.

1/10/18 KEMEROSOTAN NILAI RINGGIT ..... jalan lain memerdekakan Negara?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 04, 2018

Share

& Comment

Jika sesiapa pergi ke bank untuk meminjam duit, pastinya pihak bank inginkan kepastian pendapatan kita. Berapa nilai pinjaman yang kita boleh dapatkan, tergantung kepada berapa pendapatan dan tanggungan kita. Pokoknya kedudukan wealth, kekayaan kita akan dijadikan asas untuk pinjaman kita. Sama halnya dengan sesebuah syarikat. Di peringkat Negeri pula, jaminan Negeri lebih kepada paper guarantee ie Surat Jaminan adalah dikira mencukupi. Namun, bagi sesebuah Negara, perkiraan menjadi lain. Negara perlu ada Simpanan Forex Reserve. Selain itu, Negara juga perlu ada Stok Emas. Cuba lihat Peta yang menunjukkan Forex Reserve pelbagai Negara di dunia seperti ditunjukkan di sebelah, akan kita dapati bahawa Simpanan Malaysia jauh mengatasi Amerika, Kanada, German, Itali, Perancis dsb negara-negara maju di Barat. Paling menarik, Simpanan USA hanya kurang sekitar separuh dari kita. Jadi kenapa kita perlu Forex Resreve. Bukankah kadar simpanan negara-negara maju tersebut jelas menunjukkan bahawa Forex Reserve ada permainan di sebaliknya. Cuba lihat pula tentang Stok Emas. Amerika mempunyai stok emas tertinggi di sekitar 8,000 tan. Ini dikuti oleh Jerman sekitar 3,300 tan. Paling menarik IMF punya stock emas berjumlah 2,800 tan. Itali, Perancis, Russia, China dan Switzerland adalah antara negara-negara yang mempunyai stok emas lebih dari 1,000 tan. Malaysia memp[unyai stok emas sekitar 37 tan. Dianggarkan pada kadar perlombongan kini, kebanyakan pengeluaran emas dunia akan pupus sekitar 30-40 tahun lagi. Jika ini berlaku, agak-agak bagaimanakah keadaan penilaian matawang dunia? Apa mungkin negara miskin, yang simpanan emasnya cukup rendah akan mengalami taraf sosio-ekonomi pariah? Tulisan ini, saya cuba melihat ketidak harusan keperluan Forex Reserve dan Gold Stock.

(2) Membandingkan Forex Reserve dan Stok Emas Amerika, seolah-olah menunjukkan bahawa kekukuhan nilai U$ lantaran US berpunya stok emas tertinggi di dunia. Harga emas kini adalah sekitar U$43.5 juta/tan, maka nilai Stok Emas Amerika adalah U$353.8 billion, sedang Forex Reserve US cuma U$44 billion. Di anggarkan pada 2017, nilai Stock Emas dunia (mined gold) adalah sebanyak U$7.5 trillion ie bersamaan dengan 172,400 tan. Amerika penyimpan tertinggi mengusai sekitar 5 perastus dari stock emas dunia. Jadi bagaimana pemegang stock 5 peratus emas dunia boleh mengawal kekayaan dunia?

(3) Theoritical question yang ingin saya ajukan adalah "Apa perlunya Forex Reserve dan Gold Stock: adakah ianya untuk kepentingan memantap nilai matang wang kita atau ada lain di sebaliknya?". Jika sebetulnya ada muslihat lain, maka sejak 1944 seluruh dunia telah tertipu hebat. Tanpa Forex Reserve dan Gold Stock apa kita tidak boleh maju jauh pada acuan kita sendiri? Kenapa kita mesti mengikat penarafan kekayaan negara dengan stok emas yang ada?

(4) Di dalam Al Quran, Allah mengingatkan kita, biar sebesar manapun kebaikan ie Value Added yang kita lakukan, pasti ada ganjarannya. Ganjaran ini diukur dalam bentuk Pahala. UoM ie Unit of Measurement ganjaran Allah adalah dalam bentuk pahala. Apa UoM dan bagaimana neraca timbangan pahala, itu kita belum tahu. Samalah biar sehalus mana keonaran ie Depreciation Value yang kita lakukan, Dia ada timbangannya. Ganjaran perilaku buruk seseorang Allah nilaikan dalam bentuk Dosa. Susut Nilai seseorang manusia adalah nilai dosanya. Secara bandingan, nilai seorang manusia secara Mathematik, jika di sorot secara Digital Value bolehlah dianggap sebagai 0 sifar atau 100 peratus suci pada saat kelahirannya. Namun dengan perjalanan waktu, atas Iman dan Taqwanya, maka Nilai Tambah ie berdasarkan segala pahala yang dia kutip, nilai dirinya pasti berubah sehingga infiniti ie tak terhingga. Mungkin, sacara logiknya, nilai infinit nilai tambah manusia adalah tertinggi buat SAW. Dia adalah manusia terbaik, pasti nilai tambah beliau adalah terbaik. Namun, nilai manusia juga boleh merosot teruk depreciate. Nilai tersebut boleh menjangkau nilai infinit negatif. Saya menduga, Iblis adalah mahluk Allah yang nilai infinit negatifnya paling rendah, lantaran Iblis adalah mahluk Allah yang terlaknat. Maka jika di sorot dari nilai Mathematik, jika dibuat skala ukuran kebaikan dan keburukan manusia, nilai tersebut boleh beranjak ke kiri dan atau ke kanan dalam skala ukuran pembaris.

(5) Necara Timbangan Allah disebut Hisab oleh Al Quran. Ianya akan berlaku di Padang Mahsyar di masa akhir zaman. Dalam perkembangan ilmu Islam khasnya di kurun ke 7-13 ie sebelum kebangkitan Barat, Hisab diterjemah sebagai Al Jabar kemudian menjadi Aljibra dan dalam Bahasa Melayu diubah mendai Hisab Biasa, Arithmatic. Ilmu Al Jibra, sebetulnya bermula dari apa yang kini dinamakan sebagai Astronomi ie Ilmu Kaji Bintang. Berpandu dan dengan membandingkan kedudukan bintang-bintang, ilmuan Aljebra Islam kemudiannya merumuskan konsep perkiraan apa yang kini disebut sebagai Geometry untuk mengagak jarak sesuatu tempat. Dari situ kemudiannya, timbul ilham pemetaan mukabumi Allah. Semua ini telah diperhalusi oleh Barat, sehingga timbul apa kini disebut sebagai Add Mathematic, Modern Mathematic, bahkan Bio Mathematic dsb. Aljebra dengan nama-nama lain awalnya, sebenarnya telah berkembang di zaman-zaman temadun awal Babylon, Nil dan bahkan Yang Tze. Ianya muncul sebagai ilmu Kaji Falak, Astronomi lantaran manusia pada masa itu mengembara di gurun gersang luas hanya berpandukan kedudukan bintang-bintang.

(6) Saya yakin, Yahudi sebagai golongan yang faham akan bahasa Aramaic, pastinya sangat mahir dalam bahasa Arab klasik ie bahasa Al Quran. Lantaran itu, kerana Taurah dan kemudian Zabur telah berada bersama mereka sekitar 2,000-2,500 tahun lebih awal dari wujudnya Al Quran, maka ilmu yang telah Allah perkenalkan di dalam Taurah itu telah Allah perluaskan di dalam Injil dan juga Al Quran. Yahudi sebagai bangsa yang Allah pilih sebagai lebih bijak dari bangsa lain maka mereka telah memperkembangkan ilmu tersebut menjadi apa kini disebut sebagai Sains. Diaspora Yahudi ke Barat sejak kejatuhan BaitulMuqadis di tangan  Roman pada 135M, serta penyisihan mereka dari masyarakat umum Barat, telah menimbulkan kesedaran mendalam mereka untuk menguasai bidang ilmu sebagai kekuatan mutlak. Saya berkeyakinan, Qadar (keputusan) Allah kepada bangsa Yahudi sebagai bangsa yang lebih bijak adalah tidak lain kerana proses iaitu Qada', ketentuan mereka sebagai bangsa terpinggir dan tersisih. Mereka harus berusaha keras untuk terus hidup. Usaha keras mereka itu ie Qada' menjadikan mereka bangsa bijak ie Qadar. Saya melihat Qada' sebagai  proses atau prasyarat sedang Qadar adalah hasil, keputusan. Cuma dalam bahasa Melayu biasa, Qada' dan Qadar sering dirangkum menjadi takdir. Istilah takdir boleh bermaksud keputusan, resultant dan ketentuan, process.

(7) Maka saya yakin, para pemikir dan cendiawan Yahudi, cuba menjelaskan bagaimana Necara Allah atau HisabNya berjalan. Mereka tidak menemukan jawaban pasti, namun Allah yang maha pemurah, setiap hambaNya yang berusaha, tanpa mengira mereka siapa, pasti Dia anugerahkan rahmatNya. Saya yakin, Allah menurunkan ilham kepada pemikir Yahudi, bahawa segala apa yang ada di dunia ini adalah melalui hukum secara relatif. Contoh kaum Yahudi dikatakan lebih bijak dari kaum lain di dunia ini adalah secara relatif  dan bukan sesuatu yang mutlak. Yahudi menjadi lebih bijak lantaran keazaman dan ketekunan mereka dalam sesuatu hal berbanding kaum-kaum lain. Samalah kaum Cina lebih baik dari Melayu lantaran secara relatif mereka lebih cekal dan tekun dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Perkara ini Allah tegaskan melalui pesanNya "Aku tidak mengubah nasib kamu, melainkan kamu sendiri".


(8) Einstein (1915), sebagai berpunya perangai yang agak ganjil lantaran dia banyak berfikir dan mencari, maka dia telah Allah anugerahkan ilham untuk memeterai pemikiran relatif menjadi tiori relativiti. Dari situ, para saintis lain telah menerima konsep relatif sebagai asas bandingan apa saja. Contoh Celcius adalah UoM tekanan raksa pada julat suhu mendidih dan mulai beku air. Beda antara titik beku dan titik didih air tulin beri nilai 100^C. Hakikatnya, kita boleh saja letakkan nilai itu sebagai 10^C atau apa saja. Sebegitu juga nilai tarikan graviti g sebagai g=10 m s^-2. Issac Newton (1687) mendapat ilham tentang nilai g= 10ms^-2, hanyalah bersifat relatif. Kita kini boleh mengubah nilai g=1 ms^-2 atau apa-apa saja nilainya. Cuma kerana Newton sudah meletakkan asas tersebut sejak 1687, maka banyak formula-formula perkiraan lain telah mengambil itu sebagai asas maka, sehingga kini, seluruh dunia menerima akan hal tersebut. Sesungguhnya, semua nilaian yang kita berikan kini bukanlah nilai-nilai mutlak tetapi hanya nilai bandingan. Kemanisan, kemasinan, kepahitan, kemasaman dsb juga hanyalah nilai-nilai perbandingan. Nilai-nilai ini, hanyalah untuk memudahkan perkiraan apa saja. Sebegitulah juga langkah saintifik ini telah dikembangkan kepada semua cara lainnya termasuk ekonomi dan perdagangan.

(9) Secara relatif, saya membayangkan, neraca Allah di Mahsyar, skala Pahala akan duduk di kanan dan nilai tertinggi, munkin 10 adalah nilai hitungan Pahala SAW, sedang skala jauh di sebelah kiri adalah Dosa Iblis dengan skala -10. Nilai sifar "0" adalah nilai kesucian bayi yang baru lahir. Maka pahala dan atau dosa manusia mungkin akan berlegar antara julat (10, -10). Konsep ini, mungkin terfikirkan oleh para Yahudi yang mengerti akan Al Quran, namun mereka menyembunyikannya lantaran mereka tidak memperakui SAW jauh lebih baik dari Musa, Daud dan bahkan Sulaiman.

(10) Maka dalam penilaian kekayaan sesebuah Negara, tiada sebuah Negarapun nilai kekayaannya dibuat secara nilai mutlak. Amerika jauh lebih kaya dari Malaysia hanyalah bersifat relatif pada ukuran-ukuran tertentu. Malaysia mungkin jauh lebih kaya dari Amerika jika UoM diubah. Ukuran kekayaan itu tidaklah mutlak. Semua hanya berasaskan nilai bandingan. Hanya Allah yang mengawal dan menentukan nilai mutlak, kerana kuasa mutlak hanya ada padaNya dan tidak pada kita. Lantaran dalam memahami akan perkara ini, dan saya yakin dengan percaya bahawa Allah mengawal alam cakrawala ini secara Hukum Perbandingan maka kalangan cendikiawan Yahudi mendapat ilham dari konsep tersebut untuk digunapakai bagi menebus taraf pariah mereka dan seterusnya menguasai dunia. Saya yakin, dalam menetapkan nilai Emas pada 1944 melalui Perjanjian Bretton Wood, puak hartawan Yahudi yang menguasai IMF dan Bank of Reconstruction yang kemudian bertukar menjadi Bank Dunia (WB), mereka sengaja meletakkan harga emas pada harga U$35.00 se Ounce. Nilai tersebut hanyalah nilai perbandingan yang mereka perkira boleh diguna untuk mengeksploitasi seluruh dunia kemudiannya.  Sesungguhnya konsep menetapkan nilai matawang bersandarkan emas telah mula diterokai di Jerman pada 1870an. Pada waktu itu, sebetulnya kaum Yahudi sudah mulai menguasai sistem kewangan dan perdaganagan Jerman sehingga tercetusnya permusuhan kaum di zaman Hitler. Mereka kemudian banyak berhijerah ke Amerika dan Britain, dan dari sana mereka merencana rancangan balas dendam kepada dunia seluruhnya, biar hanya Barat yang menjadikan mereka merempat.

(11) Pada 1940an Yahudi Amerika dan Britain mempunyai kekayaan melebihi bangsa manusia lain, maka mereka berhasrat meminjamkan kekayaan mereka untuk membina semula khasnya Eropah. Pembaikpulih dan permodenan Eropah adalah jalan bagi Yahudi memperluaskan kekayaan mereka. Mereka tidak meminjam demi Eropah, tetapi demi kekayaan nafsu Kapitalisma mereka. Keduanya, dan paling utama, mereka mahukan Amerika dan Eropah mendokong cadangan bagi membina Negara Israel bagi Yahudi. Untuk itu, mereka perlu menyelaraskan seluruh pinjaman pada suatu nilai yang boleh diterima semua pihak. Mereka tidak mengusulkan pengunaan U$ tetapi menggunakan emas sebagai asas lantaran mereka sudah kenal akan Dinar Emas sejak 500BC di Babylon lagi. Strategi itu, saya yakin hanyalah mainan mereka di mana pada akhirnya, sebetulnya seluruh kekayaan dunia akan di nilai bersandarkan U$ dan bukan emas. Sebetulnya, melalui IMF dan WB, Yahudi berkuasa penuh dalam menguasai nilai U$ dari emas. Mencatur nilai U$ jauh lebih mudah dari percaturan perdagangan emas.

(12) Cuba kita lihat dulu perhitungan Mathematik berikut. Satu pound bersamaan 16 Ounces. Maka Nilai emas pada 1944 itu adalah bersamaan U$560.00/pound. 1 Pound bersamaan 0.75 kati. Satu 1 kati bersamaan 16 tahil. Maka mengikut ukuran Melayu, satu tahil emas pada 1944 adalah sama dengan U$46.70. Satu kg bersamaan 2.205 pound. Maka pada 1944, nilai emas adalah U$691.80/kg. Pada hari ini 4 Sept., 2018 harga emas adalah sebanyak U$38,506.00. Maka jika dibanding pada 1944, nilai U$ telah susut sebanyak  5,566 peratus mengikut bandingan harga emas. Tetapi apakah nilai U$ benar-benar susut atau pernah susut. Secara on paper benar nilai U$ terdengar dan terlihat pernah dan sering turun naik. Namun hakikinya, ianya tidak pernah. Yang turun naik secara hakiki adalah nilai emas bukan U$. Di sini boleh kita lihat betapa hebatnya Yahudi, mereka membaca Al Quran, mereka faham, mereka teladani namun mereka sembunyikan hakikatnya. Inilah bangsa yang Al Quran katakan sebagai "Kaum yang menyembunyikan...". Malaysia belum wujud pada 1945. Namun lantaran "Malaysia" pada masa itu adalah tanah-tanah jajahan British, di mana nilai Pound adalah kukuh dan setaraf U$, maka saya boleh membuat andaian bahawa "Ringgit" pada masa itu pasti U$=RM2.50. Secara bandingan pada 1967, satu British Pound bersamaan RM 8.57. Pada masa itu GBP bersamaan U$0.7733.  Katalah andaian saya benar pada 1944 U$1="RM2.50", maka nilai emas pada 1944 bersamaan "RM1,729.50". Pada masa ini harga emas adalah RM161,725.20/kg. Maka dari 1944 sehingga 2018, nilai RM telah susut 9,353 peratus berbanding emas. Maka secara Mathematik, bandingan susut nilai U$ dengan RM adalah sebanyak 58 peratus. Maka untuk itu, nilai U$1 kini patut RM3.95. Pada hari ini U$1 bersamaan RM 4.15 ( 4 Okt., 2018). Maka nilai Ringgit mengikut perkiraan bandingan emas, benarlah bernilai sekitar RM4.00-4.20/U$. Berdasarkan perkiraan ini, nilai U$ tidakpun berubah, tetapi nilai emas yang berubah-ubah. Jadi turun naik nilai U$ yang kita sering lihat, kepada saya itu hanyalah permainan silap mata. Keperluan "turun naik" nilai U$ adalah untuk memenuhi keperluan perjudian di bursa-bursa saham dunia.

(13) U$ adalah matawang perdagangan antara bangsa international trade currency. Pergerakan matawang U$ jauh lebih mudah dari emas. Bahkan, Forex Reserve semua Negara kebanyakan adalah dalam U$. Sekali lagi, di sini kebijaksanaan perniagaan kewangan Yahudi adalah hebat, maka dengan wujud Forex Reserve mana-mana Papan Dagangan Saham, saya menduga tidak memerlukan pergerakan matang wang U$ secara fizikal tetapi ianya, boleh dipinjam dari Reserve yang sediada di negara masing-masing. Lantaran sistem perbankan dunia sudah begitu terhubung network maka pengurusan akaun antarabangsa setiap Dana Negara menjadi saling berjaringan dan dengan mudah dapat diurus dengan cepat dan tepat. Yahudi faham perjudian itu haram, namun mereka cukup memerhati perjalanan Casino Las Vegas. Dari Casino saya yakin mereka kembangkan menjadi Stock Exchange Dunia. Stock Exchange bermula di Belgium. Malah di Belanda konsep Stock Exchange telah bermula sekitar 1400-1500. Syarikat Hidia Timur (East India Company) ie sebuah syarikat Belanda adalah pelopor dalam Public Listing Company pada 1602 melalui Armsterdam SE. London SE kemudian tertubuh pada 1801 lalu kemudian berkembang ke NYSE pada pada 1817. London SE dan NYSE kemudian berkembang kukuh sehingga hampir semua negara sudah mempunyai SE masing-masing. KLSE telah dibangun pada 1964. Sesungguhnya, semua bandar-bandar utama Barat telah lama diserapi oleh para cendikiawan kewangan Yahudi. Mereka boleh melihat keuntungan atas angin dari urusniaga Stock Exchange dalam pelbagai cara langsung dan tidak langsung. Kepada mereka, tujuannya adalah mudah ie mengumpul sebanyak dana bagi membina Israel. Sesungguhnya Stock Excahnge adalah urusniaga Casino secara "Halal".

(14) Berdasarkan hujah tersebut, saya yakin Forex Reserve bukanlah untuk mendokong nilai matawang sesebuah Negara, tetapi untuk memudahkan kegiatan urusniaga spculative SE bagi mengukuh kewangan Yahudi. Soal bagi keperluan perdagangan antarabangsa, saya menduga itu sekadar tabir wayang illusion screen.

(15) Hakikatnya, kita tanpa sedar, nilai U$ telah kekal sejak 1944. Emas sebetulnya dinilai pada U$ dan bukan U$ dinilai pada harga emas, biar "dunia" berfikir sebegitu. Kita harus ingat pada 1944, bangsa apakah senyap-senyap paling kuat di dunia?. Sejak diaspora Yahudi di Eropah, sehingga kini, Yahudi adalah bangsa senyap-senyap paling kuat di dunia. Mereka mempunyai dana yang cukup besar dan not capitalise. Pada 1944, Eropah sedang berada dalam keadaan ransom bagi Yahudi. Yahudi sedang membalas dendam secara halus kepada Eropah yang telah menjadikan mereka bangsa merempat. Maka, hakikatnya, harga emas yang berubah-ubah, harga U$ kekal. Kenapa, US ie Yahudi bermain putar belit? Inilah hukum perniagaan Yahudi sejak 500 SM di Babylon, dan malah di Mesir pada zaman Firaun. Mereka cukup bijak dalam bermain riba dan pasaran speculative.

(16) Cuba semak. US ada sejumlah U$44b. Mereka ada stok emas berjumalh 8,100 tan iaitu 5 peratus dari stok emas dunia. Malaysia ada U$97b Forex Reserve. Kita ada 37 tan stok emas iaitu pada kadar 0.02 peratus stok dunia, atau 0.45 peratus dari stok Amerika, tetapi kenapa nilai Ringgit menjadi RM4.15, seharusnya jika kita mengambil nilai U$ adalah relatif bersamaan 1, maka nilai U$=RM2.20, tetapi tidak, ianya kini bernilai RM4.15 iaitu susut 50 peratus dari perkiraan berdasarkan emas. Sememangnya kelihat bercelaru. Kecelaruan ini memag sengaja diperbuat sebegitu, agar proses exploitation, speculation mudah dijalankan. Yahudi seronok mencelarukan dunia lantaran lebih mudah menanguk di air keruh.

(17) Maka, jalan pilihan Mahathir agar Kerajaan mengurangkan kadar pegangan ekuiti dalam syarikat-syarikat tempatan adalah benar, lantaran syarikat-syarikat ini sudah kegilaan dalam speculative market. Kekayaan Negara tidak harus didedahkan kepada kegilaan speculative market yang mengheret Nilai Kekayaan Kita Pada Penilaian Palsu. Kedua saya mendokong agar satu sistem percukaian baru harus ditemukan. Kita perlu dana besar untuk menampung Hutang Negara Tinggi kini. SST dan GST bukanlah sistem terbaik. Pasti ada sebab Allah menyediakan konsep percukaian Zakat di dalam Islam. Negara perlu melihat percukaian Negara dari sudut roh menyuburkan yang dibawa oleh Zakat. Negara makmur, rakyat sejahtera adalah tunjang roh Zakat. Ketiga, kesedaran Mahathir agar Kerajaan kembali zuhud adalah penting. Kita mungkin tidak boleh menepati ciri Zuhud SAW, namun Good Governance yang menekankan konsep  dan nilai-nilai Bersih, Cekap dan Amanah BCA saya yakin In Shaa Allah pasti menepati zuhud yang Islam mahukan. Hapuskan rasuah, hentikan pembaziran, semua pihak mesti berhemah, tumpu segala dana dan usaha dalam memulih kehidupan sejahtera rakyat, In Shaa Allah kita juga sedang menuju zuhud. Tidak sukar untuk Mahathir menerap konsep zuhud dalam pentadbiran Negara lantaran usia, segala rahmat yang Allah telah dan sedang berikan kepadanya, semua memungkinkan beliau untuk menjuarai zuhud sebagai budaya pengurusan terbaik. Anwar Ibrahim berkebolehan tinggi dalam menerapkan nilai-nilai BCA kepada segenap lapisan rakyat. Reformasi kita harus menjurus kepada nilai-nilai BCA. Keempat, ini saya kira sebagai kegilaan jika bukan kegeligaan kita. Sesekali kita harus gila. Kita pernah menyanggah cara IMF dalam menghadapi krisis kewangan 1997. Kita kini juga sedang dalam krisis kewangan, ie keberhutangan tinggi. Saya menduga kita juga boleh berani untuk dalam tempoh waktu 2-3 tahun lari dari piawaian IMF. Kita cairkan Forex Reserve dan Emas kita dan laburkan dalam sektor yang boleh benar-benar melonjakkan ekonomi Negara dan pendapatan rakyat. Kelima, hidupkan kembali kempen pelaburan ASB kepada rakyat. Semua bank harus memainkan peranan untuk mengalak rakyat menabung dan mengambilalih ekuiti awam. Bank Nasional yang menjadi Bank Komuniti harus diberikan peranan besar dan meluas mengenai perkara ini. Rakyat di Kampung-Kampung ada wang. Biar sedikit, tetapi banyak. Jadi jika agen-agen BSN di Kampung-Kampung dapat memainkan peranan, In Shaa Allah PNB punya peranan besar dalam memulihkan ekonomi Negara dan rakyat.

(18) Keenam, biar pahit, dengan Forex Reserve China yang sangat tinggi ie 7,045 peratus jauh lebih tinggi dari USA, mereka pasti ingin menurunkan jumlah tersebut terutama bagi menantang permainan Yahudi dengan ketaktentuan Dollar. Kita perlu terokai dengan China bagaimana mereka boleh membantu kita sebagai trade off pembatalan dan atau penangguhan projek-projek mega tajaan mereka di Negara ini. Kita aturkan saja FDI cara kita serta pembinaan projek mega dari biaya China secara lebih baik dari yang diperbuat oleh Najib. Kita perlu pantas dan bijak dalam hal ini. Saya yakin dan menduga Najib (MOI) ada sedikit kelicikan tentang bagaimana dia hendak mencairkan Forex Reserve dan Stok Emas kita dengan berhutang dengan China. Cacatnya dia hanya kerana anti-zuhud.

(19) Saranan keempat saya, saya sandarkan kepada dua fenomena sejarah dan satu fenomena Natural Science. Pertama, bila Yusuf dan Firaun menyimpan stok bijirin mereka selama tujuh tahun, bila datang musibah kemarau selama tujuh tahun, mereka release stok tersebut. Mereka tidak terus simpan sepertinya Forex Reserve dan Stok Emas kita kini. Samalah selepas WWII apakah Eropah dan Jepun kekal menyimpan Forex Reserve dan Stok Emas mereka?  Saya yakin tidak. Bukankah mereka berbelanja untuk memperbaiki keadaan? Dalam Natural Science Allah, Beruang Khutub dan Lebah, tidakkah kedua-duanya memberikan pertunjuk yang sama. Di musim panas, Beruang Khutub cukup aktif makan dan mengumpul lemak badan. Saat di musim sejuk, mereka hibernate, tidur panjang. Pada masa tidur panjang mereka mengunakan kembali lemak yang mereka simpan. Sama halnya dengan lebah. Pada musim apa dan untuk apa dia mengumpul madu? Maka dua pertunjuk sejarah dan natural sciences Allah ini, saya yakin harus kita teliti dan pergunakan pada saat kita sedang teruji hebat ini. In Shaa Allah, jika Umar Abdul Aziz dapat merobah struktur kehidupan rakyat Ummayah yangb terbeban dengan cukai dan jurang sosio-ekonomi yang parah hanya dalam masa dua tahun pentabiran beliau, kita juga boleh. Saya yakin, keadaan kita dan Baghdad pada masa itu sama: rasuah, pembaziran, anti-zuhud, dan salah guna kuasa. In Shaa Allah Malaysia Boleh.

Kuching, Sarawak
4-10 Okt., 2018

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.