Latest Postings
Loading...
Jun 13, 2018

1/6/18 NEGARAKU - Kudrat Allah untuk kita (Draft)

Jika sesiapa mengikuti tulisan saya, sejak Mahathir mencadangkan Mohd Najib Abdul Razak sebagai kemungkinan besar TPM bilamana Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, pada sekitar 2002, saya berasa amat tidak setuju dengan pencalunan tersebut. Saya tidak pernah menyatakan kenapa, namun firasat saya sejak 2002, dia kurang sesuai untuk menjadi TPM apa lagi PM. Sebermula 2009 sehinggalah 2013, kritikan saya kepada Abdullah dan Najib adalah kedua-duanya tidak bekerja mengikut lunas-lunas sepatutnya. Mereka seperti dancing to the tune of PKR, DAP and PAS. Mereka lebih cenderung berpolitik dari bekerja. Sejak 2013 sehingga kini, saya mulai menyedari akan kebenaran firasat saya. Najib adalah pemimpin yang sangat ilusi, tidak sedar apa yang dia lakukan sangat belum sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk Malaysia serta dalam keadaan golongan Melayu yang dia perlu jaga dengan hati-hati belum faham apa lagi sesuai dengan cara kerjanya. Najib memimpin Melayu dalam keadaan terawang-awang, not touching to the ground. Dalam istilah Pakatan Harapan, PH Najib dilihat sebagai pemimpin bobrok.

(2) Melayu yang telah terlalu lama ditatang dan terus ditatang dengan sagala subsidi dan bantuan kurang produktif sangat tidak bersedia untuk bersama Najib dengan cara kerja koprat kapitalis liberalnya. Apa lagi Najib terus menantang Melayu berlebih-lebih dengan segala macam imbuhan atau dedak dalam itilah PH sehingga Melayu kian menjadi ular sawa kekenyangan.

(3) Saya bukan dan tidak mahu menjadi pahat berbunyi bila rumah sudah siap. Saya berbunyi sejak nasi belum jadi bubur.  Pakatan Rakyat, PR iaitu kelompok yang menentang Barisan Nasional BN dari 1998-2013 menjadi hantu kepada BN. PR yang lahir dari ketidakpuasan mereka terhadap Mahathir mulanya, biar Mahathir telah berundur, tetap mereka melihat BN terutama UMNO sebagai musuh, maka biar tanpa Mahathir, PR tetap mengasak BN sampai ke bucu dinding to the corner. Lantaran itu, Najib khasnya perlu mengambil pendekatan politik wang sebagai caranya untuk terus berkuasa. Najib telah berada dalam ilusi betapa kemenangan UMNO terjamin selagi mereka punya wang. Andaiannya Melayu mudah dibeli. Andaian itu benar. Memang benar seandainya all other factors are constant. Namun khilaf Najib, sebetulnya terlalu banyak faktor sudah berubah. Paling ketara, Najib terlalu memperlekeh Mahathir Sang Tua Nyanyuk. Najib khilaf, budaya Melayu punya penghargaan tinggi kepada orang tua, apa lagi Sang Tua Nyanyuk yang dipersendakan adalah Mahathir.

(4) Kekhilafan Najib yang paling besar adalah dia gah dengan pertumbuhan ekonomi baik Negara. Kadar 5-6 peratus pertumbuhan setahun, boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara lain. Namun, Najib lupa, ini Malaysia. Soal berapa kita tumbuh, kita seharusnya lebih melihat ke dalam dari sering seronok membanding dengan pihak luar. Pertumbuhan 5-6 peratus itu satu hal, namun pertumbuhan itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat itu hal yang lebih berat dan dia tidak berikan perhatian. Dalam tempoh Abdullah-Najib memerentah, Pertumbuhan dengan Agihan tidak terasa. Kekayaan Negara berpusat kepada segelintir, tidak menjalar ke luar bandar dan ke seluruh Negara. Yang tumbuh adalah Lembah Kelang, Johor Baharu, Penang, dan Melaka. Pertumbuhan tidak melata ke Semporna, Kapit, Kuala Krai dan apa lagi ke Temerloh. Tidak usah disebut Manik Urai, Pitas dan Bentong. Pokok pangkal terpenting, pertumbuhan dan kepesatan pembangunan tidak dinikmati sepenuhnya oleh warga tempatan. Najib leka bergelut dengan golongan koprat di Kuala Lumpur. Lantaran lalai bersama koprat di Lumpur (Kuala), Najib akhirnya ditelan lintah-lintah koprat dengan pelbagai projek mega di luar pengetahuan Kementerian, Kabinet dan Parlimen seperti yang mula terdedah kini. Najib yakin, dengan banyaknya projek mega bernilai pulohan billion ringgit, dari semua itu dia akan dapat mengumpul cukup wang untuk membeli undi Melayu khasnya.

(5) Khilaf besar Najib adalah bersebabkan ilusi beliau betapa, our future greater gain is coming. Dia gemar menabur harapan. Beliau apa dalam konsep Ekonomi Pembangunan sebutkan sebagai trading today needs to future greater hope. Dengan pelbagai "pelaburan" 1MDB serta "FDI" ala China dan bermacam-macam projek mega dalam Fail Merah, Najib mengharapkan menjelang 2025 dan apa lagi 2050 Malaysia dalam istilah Abdullah akan menjadi Negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang atau dalam halatuju Najib sebagai High Income Nation. Pada saat itu, dalam ilusi Najib, rakyat boleh dapat apa saja yang rakyat mahu. Suatu ilusi yang cukup parah lantaran Najib lupa betapa Musa terkial-kial untuk meyakinkan Yahudi tentang kegemilangan janji Allah kepada mereka bila mereka pulang ke BaitulMuqadis kemudian kelak, sebaik sahaja mereka dapat menyeberangi Nil lari dari kepungan Firaun. Yahudi, tidak peduli janji masa depan Allah, mereka mahukan "kesenangan kini dari kemudiannya". Allah di tangan Musa yang cukup hebat, telah menunjukkan bahawa manusia tidak akan sabar membuat tukar ganti (trading) antara kehidupan kini dan future opportunity. Majoriti kita kufur pada hari ini lantaran kita tidak yakin dengan Syurga selepas ini. Apa lagi di saat-saat mereka kian tertekan dengan bebanan hidup yang kian menyesakan dan ditandai pada setiap Malam Rabu.

(6) Pelaburan Najib terlalu fururistic dan paling parah kini kita telah didedahkan betapa segala pelaburan ini telah tidak terurus dengan baik. Janji future Najib kini bertukar mimpi negri yang cukup ngeri. Harapan yang Najib bayangkan, kini ditelan oleh Pakatan Harapan. (7) Mungkin PRN Sarawak 2017 lepas telah dijadikan Najib benchmark bagaimana Ringgit boleh membalik arah U Turn pengundi dari Pembangkang kepada BN. Najib, seperti katanya dia akan menggunakan strategi Sarawak untuk menang PRU 14 lepas. Malangnya, pengamatan Najib adalah sangat cetek superficial. Dia tidak cuba mengerti kenapa posternya tidak terpampang meriah seperti dalam segala piliharaya biasa. Sarawak seperti mengharamkan pengantungan poster Najib dalam PRN 2013. Najib lupa untuk melihat, betapa Adenan sebaik saja mengambilalih tampuk pentadbiran Sarawak, beliau bekerja kuat. Beliau berusaha keras untuk bersih dan benar-benar mesra rakyat. Kemenangan besar BN dalam PRN 2013 Sarawak adalah lantaran rakyat mulai melihat cahaya terang bagi masa depan mereka. Sedang di peringkat Persekutuan, hanya RTM dan TV3 yang gah menjual kehebatan Kerajaan BN kepada rakyat sedang rakyat terpinga-pinga tentang apa nikmat yang mereka perolehi. Demografi rakyat, kejayaan sistem pendidikan kita, Najib telah nafikan dan dia kemamar dikelilingi dan dihisap lintah-lintah koprat. Akhirnya Najib dan UMNO tumbang berdasarkan Tiori Rahman.

(8) Kini Sang Tua Nyanyuk Mamak Kuthi yang Najib-Zahid hinakan kembali memimpin Malaysia. Jika dulu PAS, DAP dan PKR menamakan Sang Tuan Nyanyuk itu adalah Mahafiraun, maka kini orang Jepun melihat dia sebagai Maha Japan sehingga Sintaro Abe kini menyarungkan jersi Mahathir 7 sebagai simbolik pemain pasukan Bola Sepak Dunia Japan 2018. Mahathir-Abe In Shaa Allah akan mengembalikan Malaysia sepertinya Malaysia yang pernah dunia saksikan 15 tahun dahulu Harimau ASEAN. Pemilihan Abe untuk menghadiahkan Jersey Mahathir 7 Pasukan Bola Sepak Dunia 2108 Jepun kepada Mahathir, sesungguhnya itu bukan atas gimik Piala Dunia 2018. Dari sudutk politik dan ekonomi, Jepun malah dunia sudah mengakui kepentingan Malaysia di pentas dunia. Dalam masa Mahathir berunding dengan Abe, Donald Trump pula sedang berbincaang dengan Kim Jong Un KJU. Dua peristiwa ini dunia perhatikan dengan baik. Pastinya keputusan terbaik pertemuan Abe-Mahathir adalah pengekalan rantau ASEAN sebagai wilayah bebas pengaruh kuasa besar dan kemungkinan Pinjaman Yen.

(9) Sesungguhnya, ramai tidak akan nampak apa pentingnya pengekalan ASEAN sebagai bebas dari pengaruh langsung kuasa-kuasa besar dunia. Pentadbiran Najib terdahulunya lebih gemar bekerjasama dengan kuasa-kuasa besar secara terus sehingga keadaan perebutan ekonomi telah menjadikan ASEAN kawasan perebutan ketenteraan. Najib seperti mengambil kesempatan keuntungan ekonomi dari kerakusan US, China dan Jepun untuk berada di ratau ASEAN. Najib membenarkan perebutan kuasa tentera kuasa besar, dan mempertaruhkannya dengan harapan sumbangan besar ekonomi kepada Negara ini. Maka ini dapat dilihat bila "FDI" China dan proxy US iaitu Arab Saudi juga berminat membuat pelaburan di Malaysia malah menubuhkan agensi-agensi tertentu di Negara ini. Malaysia di bawah Najib telah dijadikan lapangan percaturan ekonomi, politik dan ketenteraan asing. Kedaulatan kita, jika Najib terus berkuasa saya kira berada di ambang sangat merbahaya. Maka bila Mahathir dapat menggunakan Abe untuk menjadikan rantau ASEAN kembali bebas berkecuali, maka ini secara tidak langsung dia telah memberi amaran kepada China, US dan malah Russia supaya back off dari Laut China Selatan dan Selat Melaka. Bagi Mahathir, yang paling penting, kini di kalangan Negara ASEAN juga tidak perlu perlumbaan senjata dan wang negara yang terhad harus ditumpu untuk membina kemakmuran Negara masing-masing. Dengan ini, kerjasama ekonomi dan politik ASEAN kembali makmur dan lebih mantap.

(10) Persetujuan Abe untuk menimbang Pinjaman Yen juga adalah penting. Kenapa Mahathir memilih Yen, berbanding U$. Saya yakin US juga berminat untuk bersama Malaysia untuk mengimbangi China. Namun Mahathir tidak melihat ke US atau Barat lainnya. Di sini, sekali lagi kelicikan politik antarabangsa Mahathir adalah jauh lebih hebat dari Najib. Najib, demi untuk mendapatkan sokongan US, rela menawarkan pulohan billion Ringgit untuk memacu ekonomi dan menjaga keselamatan US. Mahathir tidak menyogok demi untuk mendapatkan keperluan Negara. Saya yakin HSR Kuala Lumpur- Singapura, yang hakikatnya adalah salah satu wasiat beliau kepada Abdullah dahulu In Shaa Allah akan terus dibuat dan bertukar pembiayaan dari Pinjaman China kepeda pinjaman Yen Jepun dengan kadar rendah dan tempoh pembayaran yang lebih panjang. Dengan pertukaran ini, saya yakin, Mahathir sepertinya Mahathir, dia killed two birds with one stone. Pertama, Singapura tidak perlu terlalu bising untuk menuntut ganti rugi jika Projek tersebut ditangguhkan sedikit waktu. Jepun adalah rakan baik Singapura dan juga Amerika. Mahathir sedang sedang mencari sahabat sejati untuknya menyelamatjkan Malaysia. Mahathir mempergunakan Abe untuk menurunkan tentangan Singapura (dan kemungkinan US). Kedua, jika Pinjaman Yen dapat dizahirkan, Mahathir akan membuka ruang seluas-luasnya untuk berunding semula dengan China dalam banyak hal. Maka, petanda Mahathir akan ke China saya yakin akan bergantung kepada dua faktur. Pertama penzahiran Pinjaman Yen. Kedua ada kaitan dengan rundingan Mahathir Modi ie Perdana Menteri India yang datang bekunjung kepadanya sedikit waktu terdahulu.

(11) Kunjungan Modi ke Malaysia adalah sangat penting. Kedua-dua Modi dan Mahathir telah berbincang soal dagangan. Saya yakin high up dalam agenda Mahathir adalah kebajikan pengundi Felda yang telah beralih angin kepada PH berbanding UMNO. Mahathir, melalui Modi In Shaa Allah akan dapat mengimbangi kemungkinan jika berlaku kejutan oleh China ke atas nasib dan masa depan para perserta Felda dan setaranya. Mahathir juga dalam masa yang sama sedang menghantar signal kepada China, bahawa terus bersahabat dengan Malaysia adalah sangat penting untuk China kembali menzahirkan Sea Silk Road. In Shaa Allah saya yakin, betul cara Mahathir akan menentukan daya maju dan penzahiran Inland Silk Road. Hubungan baik Mahathir ke di dunia Islam dan Asia Tengah pasti boleh dia gunakan untuk mengekang kemerosotan kedaulatan Negara.

(12) Sesungguhnya, dengan mengambilkira hanya sedikit dari langkah bijak Mahathir kini seperti yang saya jelaskan di atas, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kepada Allah betapa, sejak sekian lama saya katakan betapa Dia sangat menjaga kebajikan Melayu-Islam, maka lewat Mahathir kudrat tidak Melayu Hilang Di Dunia adalah benar dan In Shaa Allah akan menjadikan kita lebih berjaya dan terhormat.

(13) Pokoknya, kuderat Allah sebegitu rupa, mendatangkan dan mengekalkan Sang Tua Nyantuk Kuthi berada bersama kita, berapa ramaikah Melayu akan terus berasa diri mereka masih muda dan boleh menyumbang lebih hebat demi Bangsa, Islam dan Negara ini? Berapa ramai Melayu harus berasa malu untuk tidak bekerja lebih kuat dari Mahathir? Saya berdoa semua Melayu dengan sekali lagi bersama Mahathir, kita akan menjadi lebih matang dan sentiasa bermuhasabah rationale dalam semua perkara. Kuderat kita Allah sedang pulangkan kepada kita untuk menentukannnya.

Kuching, Sarawak
13 Jun, 2108

0 comments :

Back To Top