Latest Postings
Loading...
May 16, 2018

2/5/18 CABARAN DAN HARAPAN RAKYAT – Mahathir-Najib Allah pinjamkan untuk kita berfikir dan mengubah (Draft)


PRU 14 telah berjalan agak baik pada 9 Mei, 2018 lepas. Saya mengatakan agak baik, ie tidaklah baik sangat, lantaran biarpun di Kampung saya yang jumlah pengundinya hanya sekitar 400 orang, saya dapati ada ketidak wajaran yang sangat danggal. Saya telah mengundi di Stesyen ini sejak 1986, dan di sepanjang ingatan saya, kotak mengundi sentiasa di tempatkan bersetentangan di dinding seberang dari pintu masuk. Pada kali ini, kotak mengundi diletakkan di sisi pintu masuk. Perbuatan mengundi tidak lagi rahsia lantaran mereka yang berbaris di depan pintu masuk boleh melihat undian para pengundi. Saya bertanya kepada mereka yang bertugas di situ kenapa kotak-kotak mengudi ditempatkan sebegitu rupa. Tiada siapa mahu menjawab, mereka bersikap seperti tidak mendengar akan persoalan saya. Lantaran itu, timbul wasangka saya ie samada perbuatan itu adalah kerana sikap lalai mereka ie suatu pekerjaan tidak hati-hati atau sambil lewa atau disengajakan sebegitu. Jika diperhatikan di mana-mana, banyak dibangkitkan kedanggalan-kedangalan lain juga berlaku. Alhamdullilah, Pakatan Harapan PH telah memenangi di peringkat Pusat dalam PRU ini. Jika PH kalah, saya menduga pasti lain jadi ceritanya di seluruh Negara. Biasalah, manusia saat sudah menang, banyak perkara mereka boleh maafkan.

 (2) Kini PH telah menang dan Alhamdullilah pembentukan Kerajaan Pusat dan Negeri-Negeri telah dapat disempurnakan dengan agak baik. Pihak Istana kali ini, telah mengambil sikap agak berhati-hati dalam pembentukan kerajaan-kerajaan berkaitan, kecuali di Sabah di mana proses perlantikan Ketua Menteri telah dilakukan dengan sedikit tergesa-gesa. Namun di antara anak Apdal dan Aman, rakyat Sabah akhirnya terpimpin oleh yang Apdal.

(3) PH asalnya adalah PR Pakatan Rakyat. PR wujud lantaran pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. PR bertukar menjadi PH dengan kemasukan Amanah ke dalam PR mengantikan PAS. PH kemudian diperkukuhkan dengan kemasukan Bersatu. PR mengukuh menjadi PH lantaran pemecatan Muhyidin Yasin, Mukriz Mahathir dan Shafie Apdal dari UMNO serta hijrah keluar Muhammad Sabu et al dari PAS. Lantaran sentimen kewilayahan, PH lebih aktif dan dominen di Malaya khasnya di Pantai Barat, tidak di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. PH kini menguasai Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PAS terus menguasai Kelantan dan kembali menguasai Trengganu. BN terutama UMNO tersisa dengan menguasai Negeri terbesar (Pahang) dan terkecil (Perlis) di Malaya dan Sarawak. Warisan berjaya menguasai Sabah setelah dua ADUN BN melompat ke Warisan. Saya berkira, paling istimewa dan sangat baik, di negeri-negeri di mana PH dapat menubuhkan Kerajaan, mereka tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi DUN. Saya melihat prihal ini adalah sangat baik, kerana jika kita mengambil fitrah Malaikat, Iblis dan manusia, tidak sampai 2/3 dari tiga kelompok mahluk-mahluk ini sujud patuh sepenuhnya kepada Allah. Iblis 100 peratus engkar kepada Allah. Manusia dari sekitar 6.5 billion yang ada pada hari ini, hanya sekitar 15 peratus sahaja yang ”berIman” kepada Allah. Sesungguhnya keberadaan mereka yang kufur di kalangan yang berIman adalah bertujuan agar yang berIman terus-terus memperbaiki keImanan mereka. Samalah di dalam falsafah pengurusan Barat, di dalam sesebuah sistem pengurusan, ada baiknya keberadaan outlier sebagai pengawas dan faktor kewaspadaan bagi seluruh sistem tersebut.

(5) Dalam dunia pengembalaan, serigala adalah penting untuk mengawal para biri-biri, kambing dan lembu untuk terus berada dalam kelompok selamat. Allah pada tabii azali haiwan, Dia mengkias keharusan pada sistem kemasyarakatan manusia, cuma lantaran manusia jarang memerhati dan berfikir secara mendalam, mereka tidak jelas akan segala panduan hidup Allah pada alam maya ini.

(6) Di sepanjang tempoh perebutan kuasa sebermula dari 2013 bilamana BN gagal untuk mendapatkan kemenangan 2/3 kerusi Parlimen, dan momentumnya meningkat mendadak pada 2015 dengan meletusnya skandal 1MDB sehingga membawa kepada pelbagai keanihan di dalam sistem pengurusan Negara, rakyat cukup teruji dengan cabaran-cabaran yang sangat getir. Sebermula 2015, dan pastinya atas kesedaran Kerajaan BN Pusat betapa hutang Negara sudah meningkat tinggi dan ditambahi dengan bencana hutang 1MDB Kerajaan memaksakan cukai GST mengantikan SST. Sejak 2009, bila Najib menjadi Perdana Menteri, segala macam subsidi yang ada telah beliau tarik balik sehingga pada 2015, hampir-hampir kesemua subsidi telah Kerajaan mansuhkan. Pukulan paling hebat kepada rakyat adalah bila harga minyak Kerajaan apungkan mengakibatkan penentuan harga berubah-ubah saban Rabu malam dan ini diikuti oleh kenaikan tidak terkawal harga barangan keperluan hidup lainnya. Bagi tempoh 2015 ke 2018, malam Rabu adalah malam gelisah untuk hampir semua rakyat. Boleh saya katakana Rabu malam adalah fenomena anti climax kepada Khamis malamnya. Pada Rabu malam, harga minyak akan berubah-ubah dan ini dikuti kemudsiannya perubahan harga barangan keperluan. Ditokok oleh GST, suatu sistem cukai berantai, keadaan menjadi semakin sulit kepada rakyat khasnya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

(7) Semenjak 2003 sebetulnya politik Negara mulai bergolak lari dari sebab pergolakkan pada 1998. Faktor Anwar bukan lagi suatu isu terpenting kepada rakyat. Rakyat sudah mulai merasa bahang lain dari kesan pemerintahan yang ada. Bermula dari 2003, pergolakkan politik Negara lebih berpunca dari perlencongan dasar-dasar dan program-program pembangunan Negara yang lari dari landasan Wawasan 2020, W2020. Jika Razak adalah arkitek dan jurutera kepada Dasar Ekonomi Baru (1972), DEB, Mahathir adalah arkitek dan Jurutera bagi Wawasan 2020. Sejak 1972 sehingga 1990, semua pemimpin UMNO yang juga adalah PM sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan DEB biar tercabar sehebat mana sekalipun. Namun bila Abdullah menjadi PM (2003), kemudian disusuli oleh Najib (2009), W2020 mereka agak pinggirkan dan halatuju pembangunan Negara seperti kapal hanyut di samudera luas. Hakikatnya, saya berfirasat, bukanlah Abdullah dan Najib ingin sangat untuk lari dari W2020, mereka sebetulnya ingin lari dari bayangan kehebatan Mahathir. Mereka ingin mencipta Malaysia mengikut jalan lain dari jalan pemikiran Mahathir. Sebabnya, sebermula dari 1998 sehingga PRU 12 dan PRU13 faktor Anwar Ibrahim masih terus menghantui Negara. Lantaran musuh sebenar Anwar Ibrahim adalah Mahathir, maka keadaan ini menjadi faktor utama Abdullah dan Najib ingin lari dari landasan Mahathir. Cuma nasib tidak menyebelahi Abdullah dan Najib, perlarian mereka dari landasan W2020 telah mengheret mereka, Negara dan rakyat ke kancah ekonomi yang tidak menentu. Lantaran Generasi Y yang terbentuk di era 22 tahun Mahathir sudah memasuki pasaran kerja serta menguasai kedudukan-kedudukan penting dan mereka sudah terbiasa dengan kemewahan akhirnya golongan ini yang menjadi tonggak pengurusan baru di era Abdullah dan Najib, mereka telah menyisih Generasi X zaman Mahathir maka berlakulah segala langkah tikam menikam dan cantas mencantas lalu berakhir dengan kebangkitan penjelmaan Generasi Rasuah di kalangan sebahagian golongan menengah dan elit di Negara ini. Budaya bobrok ini, akhirnya menjadi lintah darat kepada khazanah kewangan Negara sehingga Negara atas pretext untuk mengelak kebangkraban serta memacu pembangunan Negara, maka segala macam dasar dan langkah yang menjejaskan kehidupan rakyat telah mulai diperkenalkan terutama bila Najib menjadi PM. Rasuah, kronisma, dan nepotisma memuncak lalu menjelma menjadi kleptokrasi. Kekayaan dan perkembangan ekonomi Negara tidak teragih saksama kepada rakyat. Kepimpinan Negara di semua peringkat telah transformed menjadi dracula, kuntilanak, lintah-lintah darat, pacat, tse-tse dan agas-agas. Akibatnya rakyat hidup tersepit dalam haloba segelintir yang berkuasa. Inilah cabaran ekonomi sebenar yang rakyat terpaksa hadapi bagi tempoh 2003-2018.

(8) Dari tahun 2003-2018, akibat kemajuan pesat Negara di 1990an, telah menyaksikan transformasi pengurusan Melayu menjadi dracula, kuntilanak, lintah, pacat, tse-tse, nyamuk, dan agas. Mereka menjelma dari  segala lapisan kepimpinan Melayu dari politik peringkat nasional, koprat, malah tersebar ke sebahagian JKKK kampung-kampung.  Inilah golongan yang telah Melayu amanahkan untuk mengurus Negara dengan baik, namun mereka transformed menjadi penghisap darah rakyat. Selepas ini, saya gunakan istilah penghisap darah rakyat sebagai jenama untuk para  kepimpinan Melayu yang telah pecah amanah rakyat.

(9) Di sudut politik, sentimen kecintaan rakyat kepada Melayu dan Islam sangat bijak dan hebat para penghisap darah rakyat ini mainkan. Berselindung di balik segala kepura-puraan, mereka berhempas pulas mempamir segala kebaikan pada segala kejahatan. Contohnya, pembiayaan kerja-kerja Umrah dan Haji dari hasil wang curi para penghisap darah rakyat ini telah tafsirkan sebagai dibolehkan dan tetap mabruh. Mereka benar-benar dapat menukar musang menjadi ayam kemudian hidup mewah dalam sekandang ayam jinak. Rakyat lantaran tidak mendapat maklumat yang benar dan jelas, lantaran sentiment kebangsaan sempit, mereka dengan mudah terus-terus dirasuah oleh para penghisap darah rakyat ini. Mahathir atas sikap kebangsaan tebalnya melihat kebangkitan Generasi Y yang di”transformed” oleh ketaktentuan dasar dan langkah Abdullah dan Najib untuk menjadi penghisap darah rakyat telah mengheret sisa tenaga tuanya untuk berdepan secara straight fight dengan para penghiap darah rakyat ini dan mereka yang taksud dengan dakyah kebangsaan sempit. Akibatnya, seluruh umat Melayu dan Islam di Negara ini telah terheret ke kancah politik yang tidak bermoral. Pertembungan ganas Mahathir-Najib seolah-olah menjadi layar perak big screen mempamir luas akan ciri-ciri buruk Melayu ie itu pada saat mereka berperang, semua yang di dalam perut dan kain dihambur terdedah tanpa batas. Nilai-nilai ahlak Islam tersisih jauh. Peperangan hidup-mati Mahathir-Najib telah membuka pekong pribadi Melayu dan nilai-nilai Islam bobrok Melayu. Dalam kata lain, dapat saya ringkaskan betapa pergolakkan politik Melayu akibat masalah ekonomi yang mereka hadapi, menjadikan Melayu sejati Melayu bobrok dengan Islam terpinggir terkesamping jauh.

(10) Perkara ini, tidaklah ganjil. Jika dilihat dalam dunia dunia persilatan Melayu, di saat murid sudah derhaka, biar gurupun akan dia bunuh. Dalam dunia perguruan persilatan Melayu, guru biasanya ada 10 langkah hebat, dia hanya perturunkan kurang dari 10 biar kepada muridnya yang terbaik. Silat adalah senjata Melayu. Ilmu persilatan adalah simbol jatidiri Melayu. Namun dalam dunia persilatan, perguruan persilatan tidak menebalkan jatidiri mereka malah ilmu yang mereka tuntuti kian cair di sepanjang perguruan. The mahaguru always keep the last skill to himself. Lantaran budaya sebegini, akhirnya kini, Melayu kian kehilangan kehandalan persilatan lantaran setiap murid biar yang terbaik selepasnya, tidak akan memiliki ilmu persilatan terbaik yang sempurna. Sepertinya, sumpah pendekar Melayu, segala pendekar selepasnya bukanlah pendekar yang terhebat, melainkan ilmunya kian hilang dengan peredaran zaman. Maka kini, saya yakin 99.9999 peratus Melayu yang mewarisi keilmuan sebenar Melayu, ilmu yang mereka miliki itu bukanlah tulin dan sempurna jatibudaya Melayu. Lantaran itu, kebobrokan jatidiri Melayu akan terus berleluasa dengan peredaran zaman. Budaya Melayu adalah budaya yang kian cair bersama zaman. Suatu senibudaya yang cukup anih. Lantaran itu Melayu mudah hanyut. Akibatnya, politik Melayu yang jadi amalan UMNO dan PAS tidak mematangkan Melayu. Apakah PH juga akan menuju jalan sama? Mahathir dan Anwar harus berani untuk membuka fikiran dan jiwa rakyat agar terus berani merubah jika kekufuran sedang berlaku di dalam masyarakat Melayu. Melayu mesti berani berdiri dalam Islam yang hakiki.

(11) Sesungguhnya, kemenangan besar PH dalam PRU 14 lepas, adalah manifestasi betapa agihan kekayaan Negara telah menuju tahap buruk. Rakyat kebanyakan dari kaum-kaum Melayu, Cina, India, Kedazan-Dusun, dan Dayak tidak dapat menikmati hasil dari pertumbuhan Negara. Negara tumbuh maju, daya dan kuasa beli rakyat susut. Struktur ekonomi kita menjadi semakin buruk yang tidak memanafaatkan rakyat kebanyakan. Model agihan kekayaan Negara BN 2003-2018 tidak dapat mengatasi masalah ekonomi rakyat kebanyakan. Model baru selaras dengan permodenan sektor-sektor ekonomi kita perlu kita cari. Kenapa Jerman, Korea, Taiwan malah Jepun terus maju dan rakyat mendapat agihan kekayaan Negara dengan baik? Kenapa kita tidak boleh?. Hjirah kaum Cina, India malah pribumi Sarawak dan Sabah dari MCA, Gerakan dan MIC ke DAP bukan kerana apa, hanyalah kerana perut mereka kian genting berikat. Mereka hijrah bukan kerana perkauman. Mereka hijrah demi masa depan. Sama juga hijrah Melayu ke PKR, Amanah, Bersatu dan Warisan. Melayu mulai sedar, UMNO tidak lagi untuk Melayu tetapi hanya untuk sebilangan para penghisap darah rakyat. Di Sarawak, ini adalah peringatan awal kepada Bumiputera di dalam PBB. Pendeknya, kemenangan PH adalah bersebab harapan bersama seluruh rakyat Malaysia. Kemenangan besar PH bukan hanya kerana Cina atau India atau Melayu atau Kedazan-Dusun atau Dayak, kejayaan PH adalah kebangkitan bersama semua kaum untuk satu harapan ie kebaikan bersama dalam sebuah Negara Malaysia.

(12) Masalah ekonomi, politk, kemsyarakatan dan malah Syahadah yang sedang kita hadapi kini bukanlah suatu yang sangat mudah untuk diselesaikan dalam waktu yang singkat. Saki baki nilai-nilai Melayu ala UMNO dan Islam ala PAS saya perhatikan masih banyak tersisa biar di dalam PKR, Amanah dan Bersatu. Hanya kesedaran bersungguh-sungguh rakyat saja yang dapat membersihkan semua ini. Cabarannya terletak dipundak dan hati rakyat. Namun dengan kesungguhan dan kebijaksanaan rakyat dan kepimpinan, tidaklah sukar untuk mengatasi segala permasalahan ini, lantaran Allah telah menunjukkan jalannya sekitar 1,300 tahun dahulu. Umar Abdul Aziz dengan dokongan padu rakyat, merobah segala kebobrokan kempimpian silam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja. Bahkan dalam dunia moden kini, Edorgan di Turki telah menunjukkan kejayaan cemerlang dalam memperkasakan kekuatan rakyat Turki.

(13) Mudah-mudahan dalam gaya Mahathir hendak menghambat keperkasaan ekonomi Negara dan rakyat, beliau harus jangan lupa, bahawa khilaf beliau yang paling besar dalam tempoh pertama pemerintahannya 14 tahun dulu adalah tahap penerapan nilai-nilai Islam yang tidak mantap dan menyeluruh, khususnya di bidang pendidikan. Nilai-nilai keIslaman harus diterapkan kedalam segala KPI kerja kita. Reformasi institusi PH harus melahirkan sistem pengurusan yang Islamis. Kita harus insaf, sebermula, bahawa sistem pendidikan kita telah menghasilkan Islamic knowledge gaps di kalangan para professional Melayu kini. Melayu laparkan Islam Mahathir tidak segera memberikan mereka juadah Islam hakiki. Syahadah Melayu jadi rosak sehingga berpegang kepada Cash is King, Duit itu Tuhan lantaran pengisian Islam hakiki adalah sangat lemah dan atau bobrok. Di samping itu, kepetahan debat Anwar harus dapat diguna bersama Mahathir untuk mempercepat dan memperluas akan perkara ini. Mungkin, gandingan Mahathir-Anwar untuk tempoh 1-2 tahun mendatang ini adalah Mahathir perlu menumpu untuk memulihkan ekonomi Negara dan rakyat, dan Anwar memperkukuhkan Syahadah Melayu dan perpaduan harmoni Negara. Saya yakin, jika seluruh umat Melayu di Negara ini sedar dan faham serta mengamalkan Islam hakiki, maka segala urusan lainnya In Shaa Allah menjadi lebih mudah. Kaum-kaum lain di Negara ini juga harus punya rasa hormat kepada Melayu yang Islami dan sebegitu sebaliknya. Memperkasa sistem Islam dan perpaduan Negara wajar menjadi agenda Anwar untuk 1-2 tahun mendatang agar kebangkitan ekonomi Negara selepas ini, adalah dalam redha Allah.

(14) Harapan saya, harapan rakyat, asas perkembangan ekonomi Negara dan rakyat perlu menuju jalan kemakmuran bersama. Tiada peminggiran harus berlaku. Biarlah setiap rakyat madiri dari sudut ekonomi, Negara ini tidak wajar jadi Negara Kebajikan. Rakyat harus hidup dan boleh hidup mandiri, dan bukan bergantung penuh kepada Negara. Negara harus memudahcara pembinaan kehidupan rakyat. Itu harus menjadi agenda ekonomi Mahathir-PH untuk 1-2 tahun ke depan. Dalam tempoh sama, saya berfikir dan percaya, Anwar tidak usah buru-buru untuk memegang tampuk Kepimpinan Negara. Agenda Anwar untuk tempoh 1-2 tahun ke depan harus menumpu kepada pembinaan sistem pengurusan Islam dan Perpaduan Negara. Jika dua perkara ini dapat berjalan baik, In Shaa Allah dalam tempoh dua tahun mendatang ini, kita pasti mencapai juga W2020. Kebangkitan ekonomi Negara dan rakyat bersama utuhnya Islam dan Perpaduan Negara, In Shaa Allah ianya akan menjadi jalan mudah untuk Anwar di tahun-tahun selanjutnya untuk meletakkan Melayu dan Negara di persada lebih luas. In Shaa Allah.

(15) Kadang-kadang, usah buru-buru melahap hidangan di depan mata, lantaran masakan yang lebih enak agak sedikit lambat untuk memasak dan hidangannya.

Kuching, Sarawak
16 Mei, 2018

0 comments :

Back To Top