Latest Postings
Loading...
Apr 3, 2018

1/4/18 PEREMPUAN KE NERAKA ..... sang miskin ke Syurga? (DRAFT)

Al Quran tidak menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana Allah mencipta manusia. Di dalam Injil, cukup diperincikan kejadian manusia. Saya terbaca, pada saat Adam AS telah tercipta, dia dengan ilmu yang Allah telah ajarkan kepadanya, maka dia seperti berpunya akal untuk menyoal. Dari pemerhatiannya di alam Syurga malah bila dijelaskan bahawa fungsiannya tercipta adalah agar menjadi khalifah di muka bumi, maka timbul satu soalan ie keinginannya untuk juga berpunya pasangan seperti juga segala mahluk lain yang Allah telah ciptakan. Saya berkira akal Adam AS timbul mungkin dengan mengamati, tanpa pasangan bagaimana dia boleh kekal menjadi khalifah sehingga kiamat. Allah menunaikan keinginan Adam AS sesuai dengan fitrah Syurga yang Allah telah janjikan iaitu kita akan dapat apa saja yang kita kehendaki di sana nanti. Al Quran menjelaskan bahawa Hawa AS Allah ciptakan dari Adam AS. Al Quran tidak menyatakan secara khusus dari bahagian mana Hawa AS tercipta. Injil pula menyatakan bahawa Hawa AS tercipta dari salah satu tulang rusuk kiri Adam AS. Beza tulang rusuk kiri dan kanan adalah bahawa tulang rusuk kanan jauh lebih kuat kukuh. Mungkin lantaran itu, kita disunatkan untuk tidur mengiring ke kanan lantaran salah satunya ialah kita harus mengiring pada sebelah badan yang lebih kukuh bagi menampung berat badan kita.

(2) Saya mempunyai persoalan yang sedikit anih dalam bab perbezaan tulang rusuk kanan dan kiri. Jika benar tulang rusuk kanan adalah lebih kukuh, yang seharusnya kita yakini dengan melihat acara sukan tinju, di mana kebanyakan yang diasak tumbuk adalah tulang rusuk kanan kerana jarang sekali peninju adalah kidal. Maka atas mahatahunya Allah tentang masa depan manusia, di mana tinju bahkan sumo akan menjadi sukan kegemaran mereka, maka dengan sukan itu Dia menjelaskan kekuasaanNya. Tulang rusuk kiri lebih lemah dari tulang rusuk kanan, maka kerana tidur kita adalah panjang, wajar kita tidur mengiring ke kanan. Muhammad SAW adalah medium untuk Allah menjelaskan itu. Tidur mengiring ke kanan menjadi Sunnah SAW. Cuma, kuat atau kukuh pada tulang rusuk kanan, apakah literally itu maksud Allah atau Dia hanya mengias itu sebegitu? Saya berkeyakinan, Allah sedang memberi pertunjuk bahawa susunan dan intipati otot dan tulang pada rusuk kiri pasti ada beza dengan tulang rusuk kanan. Saya bersangka, tulang rusuk kiri berpunya susunan gene yang sedikit berbeza dengan tulang rusuk kanan, jika sama serupa, pasti gene bawaan perempuan dan lelaki sama serupa mutlak. Jika itu terjadi, maka persenyawaan ovum dan sperma semua akan menghasilkan manusia-manusia sejenis dan atau ovam tidak akan pernah ada. Gene tisu perempuan lebih kadungan kromosom X sedang lelaki lebih kandungan kromosom Y. Kromosom X dalam ilmu genetik dikira kromosom lemah berbanding kromosom Y.

(3) Jika asas kejadian perempuan adalah lemah, maka pasti Allah punya rencana hebat atas sifat lemah itu. Allah tidak menjadikan perempuan itu lemah untuk kelemahan ianya pasti berpunya fungsian yang ketal lain. Perempuan Al Quran jelaskan sebagai golongan lemah. Muhammad SAW dalam Israj bila menoleh ke Neraka, dia melihat yang berasak-asak ke sana adalah perempuan, sedang bila dia menoleh ke Syurga, dia dapati kalangan miskin paling ramai berbaris untuk masuk ke Syurga. Kenapa? Adakah SAW menghina perempuan? Tidak mungkin SAW menghina perempuan, lantaran sifat azalinya sangat mengasihi perempuan. Namun fenomena perempuan berpusu-pusu terasak ke Neraka itu apa sebetulnya yang Allah ingin SAW sampaikan sekembalinya beliau nanti ke dunia? Bukankah banyak lagi mereka yang juga diasak berpusu-pusu ke Neraka, kenapa perempuan Allah pertontonkan kepada SAW? Sebegitu juga persoalan yang harus kita tanya, dari banyak yang akan ke Syurga, kenapa golongan miskin yang Allah pertontonkan kepada beliau? Apakah kerana Muhammad SAW itu seorang yang miskin, maka seolah-olah beliau berkronikan kemiskinan? Soal apa yang benar itu pastinya Allah juga yang paling tahu, namun tidak salah untuk kita bertiori asalkan tiori kita itu membawa kepada keImanan dan keTaqwaan yang hebat.

(4) Asasnya, perempuan itu terbina dari susuk tubuh lelaki yang lemah maka mereka pada azalinya lemah. Benar, ada perempuan yang keras kuat tetapi biarpun dia keras kuat, saya yakin asas itu juga adalah asas tisu lelaki yang membinanya. Yang jelas, sekeras dan sekuat mana seseorang perempuan, saya yakin dari sudut Iman dan Taqwa, mereka tetap lemah. Apapun, dengan andaian every other things are equal ibadah seseorang perempuan tetap lemah dari lelaki. Contoh paling jelas, sesuci mana seorang perempuan, pasti sucinya dia hanyalah 30-50 peratus kurang dari lelaki. Lantaran itu, pada keadaan at par parity perempuan tidak akan dapat mencapai ke tahap ibadah seoptima lelaki. Ada waktunya, kelemahan pada mereka menjerumus mereka ke jalan ingkar, biadap, tidak sabar. Secara saikologi, perempuan mempunyai yahap kelemahan emotional yang jauh lebih tinggi dari lelaki. Maka atas kelemahan itulah menjadikan faktor utama mereka menjadi lebih ramai terasak-asak berpusu-pusu ke Neraka. Saya mengakui apa yang saya tulis ini adalah bersifat akal pemikiran saya, namun saya cuba menulis untuk membantu agar para wanita kita Melayu khasnya akan bertambah sedar bertapa mereka adalah lemah dan seharusnya insaf agar kelemahan mereka tidak menghalang mereka untuk peranan baik sempurna serta boleh mempertahankan dan hak mereka agar mereka dapat bersama suami dan seisi keluarga untuk beroleh kedudukan Syurga yang sangat baik. Saya menulis ini untuk mengajak para isteri agar membantu para suami mencapai Syurga terbaik buat mereka sekeluarga kemudiannya.

(5) Al Quran berkata, sang isteri akan mengikuti suaminya untuk menempati Syurga di mana dia akan berada. Apakah ini adil? Katalah sang isteri jauh lebih Islami dari sang suami, kenapa harus sang isteri berada sekedudukan sang suami kemudiannya? Kenapa sebegitu? Jawaban mutlah sebenar, saya belum pasti. Namun asasnya agak mudah, keran Al Quran ada menyatakannya bahawa di Syurga sang isteri akan menjadi ketua bidadari sang suami, maka sebagai ketua sang bidadari, mereka akan berada di Syurga di mana suami mereka akan berada. Al Quran tidak menjanjikan pria pahlawan di Syurga buat Muslimah baik-baik, melainkan suaminya, saya belum menemukan sebarang pernyataan seperti itu. Fitrahnya, isteri di dunia dan di Syurga, dia akan tetap menjadi isteri. Maka di sini timbulnya persoalan peranan isteri untuk sang suami memperolehi Syurga terbaik untuk seisi keluarga.

(6) Dalam keadaan kini, suami terjerumus ke Neraka lantaran onar sedar dan tidak sedar sang isteri. Contoh awalan terbaik adalah pada isteri Ismail AS yang Ibrahim AS mohon ceraikan lantaran beberapa kelemahannya. Sebegitu juga isteri Nuh AS, Lut AS dll namun lantaran mereka ini adalah nabi dan rasul Allah, Dia melindungi mereka dari siksa Neraka dengan jalan lainnya. Tetapi Allah mahaadil, dalam Dia mempertontonkan para isteri yang ingkar Dia juga mempertontonkan para isteri dan wanita yang soleh seperti Zulaikha, Mariam, Khadijah, malah Fatimah Azaharah dsb yang berupa muslimah mithali. Allah anugerahi mereka dengan batas kedudukan yang hebat, kenapa? Pada Zulaikha, Khadijah, malah Fatimah, Allah anugerahkan kepada mereka lelaki yang cukup sempurna. Biar Mariam sekalipun, tetap lelaki yang sempurna menjaga beliau, iaitu Isa AS, malah Zakaria AS. Mereka saya kira sedang berada di Syurga yang cukup segala nikmatnya.

(7) Maka jika dilihat pada Khadijah dan anaknya Fatimah Azaharah, itulah merupakan contoh isteri paling mithali. Khadijah hartawan sanggup berhabis demi Islam. Khaidijah menjadi tongak perjuangan Islam SAW. Sama juga Fatimah, sanggup beliau menikahi Ali Abi Thalib yang miskin malah terus melalui kehidupan payah demi memastikan suaminya Ali Abi Thalib terus cekal berjuang bersama SAW demi Islam. Biar Aishah RA dan Habsah RA, kedua-dua anak sahabat besar SAW yang menjadi isteri beliau, kedua-dua Abu Bakar dan Umar cukup mengawasi anak-anak mereka biar telah menjadi isteri SAW agar terus kekal berperkerti baik dan tidak sesekali menyusahkan SAW dalam perjuangannya untuk Islam. Mereka berusaha untuk memastikan bahawa anak-anak mereka iaitu isteri-isteri SAW untuk terus zuhud bersama SAW biar mereka sendir adalah hartawan. Inilah teladan isteri-isteri pejuang terbaik. Lantaran itu, pasti ganjaran buat mereka adalah Syurga penuh nikmat sempurna.

(8) Dari contoh-contoh dalam para (6) dan (7) di atas, khususnya para isteri Melayu bahkan para suami, harus punya kesedaran bahawa isteri itu ibarat kain putih. Para suamilah yang mencorak akan mereka. Allah memberikan contoh jelas bagaimana mereka harus dilayani. Jika ingkar demi kebaikan, maka Allah menunjukkan bahawa mereka harus dipisah ceraikan. Jika mereka manut pada jalan Allah, ternyata keluarga berkenaan akan mendapat rahmat besar Allah. Sesungguhnya dalam dunia kini yang amat mencabar cara lainnya, iatu kita rata-rata tidak menghadapi tantangan musuh-musuh Islam namun kita sedang menghadapi pembaikan keIslaman kita iaitu perjuangan kita bukan lagi berbentuk out reaching tetapi lebih kepada reenforcing maka peranan para isteri tidak lagi serupa peranan yang dimainkan oleh Khadijah, Fatimah, Aishah, malah Habsah dll, namun sebegitu sifat-sifat mithali pada mereka harus terus ada pada para isteri kini. Sesungguhnya sang suami yang ingin kekal dalam membina Islam dan Umat, cabaran yang mereka hadapi tidak kurang sengit berbanding di zaman permulaan pengembalian Islam. Jika dahulu, tentangannya jelas dari luaran, namun kini tantangan dari dalam jauh lebih besar dan rumit untuk diatasi. Perjalanan ke Syurga tidaklah susah jika kita inginkan sekadar yang biasa-biasa, namun haruskan kita bersikap sebegitu?

(9) Saya perhatikan kini, para isteri cukup taksub dengan segala bentuk kemodenan. Budaya dan adap susila Melayu kian para isteri abaikan. Semuanya dengan alasan keletihan, beban tanggungjawab luaran menimbun, hambatan kedudukan sama taraf lelaki-wanita, dsb sudah menjadi alasan kukuh untuk para isteri untuk tidak menjadi isteri seisterinya. Bahkan kemampuan sang suami untuk memenuhi segala kebutuhan rumahtanga juga kian menjadi perkara pokok untuk para isteri kian melupakan adap susila bangsa lampau yang membawa kerukunan dan ketenangan berumahtanga dalam menunaikan tanggungjawab kekhalifahan sang suami. Pergilah ke Mahkamah Syariah, cuba semak julat tempoh pernikahan serta umor mereka yang bercerai. Akan kita dapati, julat tempoh 2-10 tahun pernikahan adalah sangat tinggi di mana masalah perceraian sedang dan telah berlaku. Kenapa? Sebahagiannya lantaran masalah kebutuhan hidup. Begitu juga dari segi umur pasangan terlibat, akan kita dapati mereka yang menikah dalam usia belasan tahunan membawa ke umur 35 tahun adalah paling banyak mengalami masalah perceraian. Bebanan hutang menikah, hutang kereta motor, hutang rumah, hutang perabut dan perkakasan rumah, hutang peribadi lainnya, menjadikan pasangan-pasangan muda menjadi resah gelisah sehingga menjadi tengelam punca. Tiada rasa kesyukuran dan keinsafan untuk hidup pada ukuran badan sendiri mereka amalkan. Segala kesenangan hidup perlu dinikmati segera menjadi norma kehidupan kini. Konsep, membina rumahtanga secara terlebih dahulu berkorban dan saling mendokong bukan lagi amalan kini keluarga muda Melayu. Semua kepingin bersaing, riak hakikatnya.

(10) Kenapa semua ini terjadi, sekali lagi saya melihat masalah pengabaian adap susila sebagai alasan beratnya. Saya melihat para ibu-ibu kepada anak-anak kini sudah sangat jauh naluri keibuan malah sifat isteri mereka. Mereka yang sepatutnya menjadi pengurus rumahtangga, telah lalai dalam memenuhi tanggungjawab sebegitu. Ramai yang sudah kepingin menjadi suami dari menjadi isteri. Para ibu-ibu moden kini, lebih taksub kepada kerjaya dan gah kerjaya. Mereka gagal menjadi pengurus rumahtangga. Mereka gagal mendidik anak-anak mereka menjadi bakal-bakal suri dan ketua keluarga yang baik-baik. Pokoknya, modernity dan tuntutan modernity telah merubah isteri menjadi perempuan hiburan. Para isteri kini kian tumbuh sebagai perempuan hiburan. Dunia semakin maju, maka semakin ramai para isteri (malah suami) sudah lupa akan fungsian kejadian mereka iaitu mengurus keluarga atau sebagai khalifahan umah. Kebanyakan sedang menuju lu lu, gua gua; me first, the society not my responsibility. Lantaran itu, pintu Neraka penuh sesak dengan mereka yang kian lupa dan melupai tanggungjawab mereka tercipta sebagai memenuhi tugas sebagai pengurus atau khalifah. Banayk bersangka, peduli apa kehidupan selepas mati namun kuasa Allah sebelum matipun ramai yang bersikap seperti itu kian mati segan hiduppun kesusahan. Semua kerana kian lari dari menjalani kehidupan barakah.

Kuching, Sarawak
5 April, 2018

0 comments :

Back To Top