.

15/1/18 KANAPA SYURGA ALLAH PERTONTONKAN KEPADA SAW .... bagaimana zuhud akhirnya menjadi jatidirinya?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 15, 2018

Share

& Comment

Para agamawan melihat Muhammad SAW dengan cara mereka. Kita dari kecil sehingga kini, tetap dimuntahkan dengan cara-cara penjelasan yang sama. Mereka saya lihat seperti tidak pernah dapat mengembangkan apapun yang mereka ajarkan selain dari kebiasaannya. Di dalam Al Quran, tiada perincian tentang sifat dan pribadi Muhammad, selain apa yang sering ditegaskan bahawa dia hanyalah persuruh Allah. Biar sebagai persuruh Allahpun kita tidak dapat kembangkan keluar dari literasi maksud persuruh Allah. Kita jarang mengupas sehingga Muhammad itu selayaknya berkedudukan sebagai persuruh Allah. Benar, ungkapan Aishah RA bahawa pribadi Muhammad adalah Al Quran telah menjadi teras perbincangan rata-rata semua orang, dan itu saya tidak nafikan. Mana mungkin jatidiri Muhammad SAW harus lain dari Al Quran lantaran Al Quran itu terbit melalui lidahnya. Cuma apa yang ingin saya utarakan di sini kali ini adalah tafsiran pemikiran saya tentang secebis kehidupan hebat Muhammad SAW yang saya tahu lewat pembacaan dan saya merasakan ianya harus dilihat dari sudut untuk memperbaiki keadaan semasa. Lantaran Al Quran adalah pedoman Ummah, maka apapun pada jatidiri dan prilaku Muhammad SAW haruslah menjadi jalan ikutan malah penyelesaian kepada permasalahan semasa kita.

(2) Apakah kekalutan semasa yang sedang melanda kita. Yang jelas, politik Melayu sedang kacau. Lantaran kacau maka ekonomi Melayu juga kacau. Cuma hanya segelintir yang arif tentang betapa kacaunya ekonomi Melayu. Rakyat rata-rata atas sebab ilmu serta pemesongan maklumat, mereka seperti masih yakin bahawa Melayu tiada masalah. Rakyat biasa Melayu belum sedar betapa dengan pelbagai masalah usustadbir yang tidak baik, kecairan pada institusi-institusi di mana Melayu ada kepentingan tinggi sedang bercelaru. Kelanjutan dari itu, kita juga sedang dilanda kemelut akidah, morale dalam bahasa biasanya. KeIslaman dan keImanan kita sedang dicorak carikkan tanpa kita sedari. Jika kita sedang kekacauan dalam tiga tongak ini, maka umat Melayu sedang kacau. Di mana punca permasalahannya dan apa jalan penyelesaiannya?

(3) Muhammad, kira keturunan bangsawan Quraish. Namun Allah jadikan dia sejak sebelum janinpun berada dalam kemiskinan dan kepayahan hidup. Biar dia boleh memilih untuk hidup sebagai bangsawan, namun pilihannya bahkan kudratnya sepertinya kemiskinan dan keperitan hidup adalah ketetapan terbaik. Kedua-dua bakal orang tuanya Abdullah dan Aminah bukanlah dari kalangan bangsawan berharta. Kedua ibu bapanya adalah bangsawan bertaraf rakyat biasa yang miskin susah. Di saat dia janinpun Allah sudah "paksakan" keperitan hidup kepada ibunya, dengan bapanya pergi mencari nafkah hidup berdagang pada saat dia sarat mengandung Muhammad seumur enam bulan, namun kemudian tidak pernah kembali pulang. Muhammad kemudian terbentuk, lahir dan menjalani kehidupan anak-anak dan remajanya sebagai seorang yang miskin susah sehinggalah dia berusia 20 tahunan, baru nikmat hidup dia kecapi. Allah memberikan dia seorang isteri sejati yang hartawan malah rupawan dan paling mengasihani. Namun itu, kemudiannya Allah lenyapkan darinya. Bahkan selepas itu, nyawanya jadi taruhan di atas kebenaran yang dia bawa. Dan pada saat gelora kepayahan hebat, Allah sucikan hatinya, lalu dipertontonkan Syurga dan Neraka secara nyata kepadanya dalam Mikraj. Biar kemudian, dia menjadi manusia paling Allah rahmati dan percayakan, dia menjalani kehidupan zuhud sehingga akhir hayatnya. Syurga telah dia saksikan kehebatannya, maka kenapa saat kembali dan menjadi manusia paling berkuasa di tanah Arab, beliau tidak membina gedung istana berkeliling tasik dan taman ala Syurga? Beliau memilih zuhud. Hidup dirinya dan keluarganya cukup sekadar cukup. Jika dinilai pada taraf kehidupan kini, kehidupan seorang Rasul terhormat Allah hanyalah seorang miskin penuh kekurangan. Kenapa beliau memilih untuk terus zuhud di saat kekuasaan dan contoh nikmat Syurga telah dia ketahui?

(4) Cuba fikirkan, di saat ilmu kehidupan mewah sudah kita miliki, bahkan bayangan Syurgapun kita sudah tahu, dan apa lagi di saat kita berpunya kekuasaan untuk memiliki kemewahan itu, apakah jalan zuhud kita pilih atau winner take all menjadi sifat kita? Saya yakin, rata-rata akan memilih jalan menikmati kemewahan sepuasnya akan menjadi pilihan kita. Namun kenapa pribadi Muhammad SAW tidak kita ikuti sedang dalam Syahadah kita lantang meperakui beliau sebagai manusia terhormat yang wajib kita ikuti? Inilah prihal yang ingin saya ketengahkan.

(5) Di Negara ini, rasuah sudah mengila. Peniaga keci membawa kepada pengusaha sudah kian sebati dengan keperluan minyak pelincir yang suatu waktu dulu adalah jenaka hebat bagi bangsa Indonesia. Bahkan rakyat di jalanan juga sudah mulai merasa budaya wang kopi. Rasuah kian menjadi tabii kita. Mulai kelihatan, ada yang seperti tidak dapat hidup jika tanpa rasuah. Inilah salah satu penyakit yang paling Allah benci. Biar khutbah Jumaat, saban minggu mengingatkan malah mendoakan agar kita baik-baik, namun rasuah dan segala penyakit yang menjurus kepada kesialan Melayu tetap menular dan semakin hebat terterap ke dalam budaya Melayu. Melayu kini seperti sudah sinonim dengan bangsa kaki rasuah. Jatidiri hebat Melayu sudah tertakrif mudah sebagai bangsa kaki rasuah. Kita sudah hilang rasa malu untuk dikaitkan dengan corrupt prolific race ie bangsa aki rasuah. Kita sudah jadi lengai, malah ada yang berbangga kerananya. Sekelompok sedang bermati-matian untuk mempertahankan kaki rasuah. Rasuah sudah ditafsir dan diterima pakai sebagai senjata untuk menegak kekuatan Melayu.

(6) Kenapa genjala rasuah kian berleluasa di kalangan orang Melayu? Saya tidak menafikan rasuah juga hebat pada bangsa lain. Melayu sebetulnya tidak perlu menuding jari bahawa rasuah pada mereka dimulakan oleh pihak lain. Jika jiwa kita kental, biar terasuah dengan ratu cantik duniapun tetap kita boleh menolak. Soal rasuah hebat di kalangan bangsa atau kaum lain, itu soal mereka.  Saya hanya ingin untuk menjaga tepi kain bangsa sendiri kerana kehebatan Melayu pasti kental dan tercapai jika rasuah bukan mernjadi tabii kita. Minat kita terhadap isu rasuah ini, jika hanya berdasarkan pendengaran khutbah Jumaat mengenainya, pasti tidak banyak menyedarkan tentang bahana rasuah terhadap pembinaan Negara Bangsa Melayu. Bahkan sebetulnya, khutbah Jumaat tentang rasuah sudah bertukar menjadi lagu senandung untuk enak tidur semasa khutbah.

(7) Mungkin selama ini, kita melihat rasuah hanya sebagai perkara yang dikeji Allah. Banyak juga perkara lain yang Allah keji. Segolongan Yahudi, Nasarni dan Majusipun Allah keji. Bahkan babi dan kerapun Allah keji. Mungkin kerana kita telah mengelompokkan rasuah bersama lain-lain hal yang Allah keji, maka rasa keji kita terhadap rasuah menjadi cair, terlarut bersama-sama ke dalam kekejian yang terlalu banyak. Ibaratnya, lantaran kita sudah diselubungi dengan terlalu banyak kekejian, maka sikap kita berubah dari benci kepada menerima seadanya. Saya mengira itulah saikologinya songsang yang sedang melanda kita kini. Oleh yang sedemikian, bagi mereka yang benar-benar berIman, adalah suatu cabaran yang sangat besar untuk kita terus melawan menongkah arus. Sikap Muhammad biar sebelum dia menjadi nabi dan rasulpun harus kita hayati dalam perjuangannya menongkah segala apapun demi kelestarian bangsanya Quraish.

(8) Oleh yang sedemikian kita perlukan penilaian kebencian Al Quran terhadap rasuah dari sudut lain dari yang terbiasa kita dengar. Rasuah sememangnya keji. Kenapa ianya keji mungkin harus kita ketahui secara mendalam dan meluas. Salah satunya, mungkin dari sudut nilai dan usaha bina insan. Maka menurut The Economist 2011 bahawa "Comparing the corruption index with the UN's Human Development Index (a measure combining health, wealth and education), demonstrates an interesting connection. When the corruption index is between approximately 2.0 and 4.0 there appears to be little relationship with the human development index, but as it rises beyond 4.0 a stronger connection can be seen.". Apa yang dimaksudkan dari pengamatan the Economist tersebut adalah, di saat rasuah berleluasa, maka usaha-usaha bina insan kita pasti menuju jalan gagal. Dalam erti kata lain, masyarakat yang rasuah pasti menuju jalan bobrok keruntuhan yang hebat. Amalan rasuah bukanlah amalan baru. Mungkin amalan rasuah sama lama dengan kewujudan industri pelacuran. Bahkan lantaran rasuahlah maka industri pelacuran itu wujud. Contoh, biar di zaman Firaun, rasuah telah ditentang hebat. King Horemheb started some reformation policies over the corruption which spread during the reign of king Akhenaten because he was very busy in his religious revolution. At that time the bribers spread among the employers and high officials. Also the chaos, thuggery, and robbery spread, so Horemheb decided to control and eliminate the corruption that started during the era of king Akhenaten. King Horemheb was the first one who issued the laws and legislations to organize the political and social life in Egypt. He was very interesting also in issuing the laws that regulated the relation between the citizen and the governing authority.Horemheb issued a special law to fight the corruption in 1300 B.C. Horemheb issued a special law to fight the corruption in 1300 B.C. Among the articles ofthis law was the death penalty to any employer, soldier, or priest who took bribery. Another article has sentenced a punishment to any administrative employee who prosecuted the poor people of collect more than the determined taxes; who did so he would be punished by cutting his nose and expelling to the “Taru” at the Eastern-Northern borders of Egypt (Gaza nowadays). He was also very firm with the men of the army although he was one of them, but he wanted to be just. Di zaman Yunani, Socrates contohnya sangat melawan rasuah. Beliau menidakkan kehidupan bangsawan. Socrates memilih jalan sebegitu pada saat Yunani mulai dilanda kerakusan rasuah dan salah guna kuasa. Sama juga dengan Gautama Buddha. Beliau meninggalkan kehidupan mewah Istana untuk menentang rasuah sehingga melahirkan falsafah-falsafah hidup Buddha yang sangat hebat. Confucius juga terlahir pada saat rasuah dan salah guna kuasa berleluasa di China. Beliau seperti Buddha akhirnya menjadi ahli falsafah yang sangat hebat dalam membentuk budaya dan temadun China. Kita juga harus sedar, Rom punah kerana rasuah dan salah guna kuasa kian berleluasa. Di dalam sejarah Islam, keperluan rasuah telah menyebabkan bangsa Yahudi jadi sesat. Semua nabi Yahudi perlu merauahkan bangsa itu untuk mengekalkan mereka di jalan benar. Namun saat para nabi mereka telah mati, mereka kembali sesat dan bongkak. Kehancuran semua kerajaan Islam silam juga lantaran rasuah dan kegilaan kuasa. Kardova, Ummaiyah, Othmaniah, Othoman dsb semua punah kerana rasuah dan kegilaan kuasa. Begitu juga, rasuah sangat bermaharajalela di Kerajaan Islam Moghul India, maka kini yang tinggal hanyalah sisa-sisa Shah Jehan dan Mumtaz sebagai peringatan. Dalam sejarah manusia moden, Greece adalah contoh terbaik di mana rasuah boleh sehingga membankrapkan Negara. Di dunia Arab, kehancuran yang sedang mereka lalui lantaran budaya Arab yang gemar rasuah "hadiah".

(9) Rasuah dan salah guna kuasa adalah pasangan yang sangat sebati. Saat keduanya bersebati utuh, maka rakyat pasti terabai. Rasuah dan kegilaan kuasa adalah penyebab kepunahan kehidupan sejahtera rakyat. India, China dan Indonesia pernah mengalami keadaan di manarasuah dan kegilaan kuasa paling akrab, maka rakyat mereka berjumlah ratusan juta berada dalam kemiskinan yang sangat parah. Berapa lamakah rakyat kebanyakan dari negera-negara ini terus dalam kemelaratan dan merempat?

(10) Maka berbalik kepada hujah the Economist tadi, rasuah menjadi teras kepada kegagalan kita dalam membina insan, pasti banyak benarnya. Cuba lihat keperibadian Melayu kini berkait dengan masalah rasuah di kalangan Umat Melayu? Saya berani mengatakan bahawa nilai-nilai insani kita sedang merundum dengan penularan rasuah di kalangan masyarakat kita. Cuba lihat, kenapa genjala ketagihan dadah sebegitu hebat dan sangat melekat kepada orang Melayu? Tidakkah jika ditelusuri benar-benar sebabnya akan menjurus kepada masalah rasuah dalam penguatkuasaan. Samalah dengan pelacuran di dunia Melayu. Kepelbagaian kemaksiatan juga sedang berleluasa. Apa lagi dengan mutu pendidikan kita, apakah Melayu juga
tidak terasuah maka kita sedang menghadapi masalah mutu penkedidikan. Pelbagai kelonggaran yang diberikan kepada anak-anak Melayu, apakah itu telah menjadikan mereka lebih baik atau kian melemah? Saya mula melihat, dan sedang diperkatakan hebat, bahkan dalam Pendidikan Islam juga telah menebal maasalah rasuah. Berapakah harga sebuah pidato menjerit-jerit para agamawan kini? Pidato-pidato mereka apakah benar-benar medan penerapan ilmu atau sebuah pentas penglipur lara. Benar, ada pihak berkata jenaka dalam pidato adalah cara penyampaian, namum cuba lihat isi pidato-pidatonya berapa banyak ilmu yang terjelas terang dan meresap hebat. Saya kian nampak, pidato para agamawan kita sudah menjadi pentas lawak 'keilmuan' dan para pendengar yang datang ramai adalah pencari hiburan "halal" kerana ingin lari dari segala kekalutan yang sedang muncul hebat. Tidak ada bezanya budaya suka hadir ke sebahagian majlis pidato keagamaan kini dengan minat menonton filem Hindustan dan atau Gusti yang hebat menular dalam dunia Melayu. Dan perlakuan ini adalah 'rasuah' untuk melepas batok di tangga bagi pihak tertentu sedang mereka mendapat habuan hebat.

(11) Kenapa Melayu sejak akhir-akhir ini memilih jalan rasuah untuk hidup dan atau bermewah? Soal kecairan Iman itu sudah pasti. Namun SAW sudah berpesan Kemiskininan itu membawa ke khufuran...... bersambung, In Shaa Allah.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.