.

2/10/17 KERUNTUHAN NILAI U$ ...pertukaran matawang dunia, apa mungkin boleh?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 17, 2017

Share

& Comment


Sejak tamatnya WWII, dunia telah menggunakan matawang US sebagai asas perkiraan nilai matawang negara-negara masing-masing. U$ adalah asas kepada matawang dunia. Namun, kini sedang heboh tentang susut nilai U$. China dan Russia sedang diperkatakan sebagai gergasi yang ingin menumbangkan U$. Jika matawang U$ kian merundum akibat antaranya dari masalah keberhutangan Negara itu, serta kelembapan ekonomi dunia yang berterusan, agak-agak apa akan jadi kepada ekonomi dunia malah Malaysia khususnya? Ramai yang mula khuatir, bahawa ekonomi Amerika dan dunia akan hancur jika masalah susut nilai U$ tidak dapat dibendung. Mungkin ada yang bertanggapan bahawa runtuhnya menara berkembar New York pada 11 Sept., 2011 adalah amaran awal, prophecy kepada ketakutan ini.

(2) Untuk sedikit menenangkan hati kita, cuba fikirkan, pada 1940an, masyarakat Indonesia di Medan contohnya, berdagang menggunakan Ringgit. Tetapi atas semangat kenegaraan, Indonesia kemudian mewajibkan penggunaan Rupiah. Dari nilai Ringgit yang tinggi, beralih ke Rupiah yang nilainya rendah, apakah ada kesan kepada taraf kehidupan rakyat Medan?  Pada masa itu, Ringgit adalah di asaskan kepada Pound British, sedang Rupiah adalah berteraskan Guilder Belanda. Nilai Pound jauh lebih berharga dari Gulder. Hanya selepas WWII, dunia beralih menggunakan matawang U$ sebagai asas penentuan nilai matawang Negara masing-masing. Lawatan saya ke Rhiau dan rantau lainnya Sumatera pada 2007-2009, saya dapati Ringgit masih sangat diterima baik. Ringgit dan Rupaih saling bergandingan.

(3) Dunia khususnya Barat sebetulnya telah menyaksikan kejatuhan matawang sejak dari zaman Rom lagi bilamana penggunaan wang telah mengantikan bentuk dagangan timbalbalas barter trading. Di masa-masa lalu, bagaimana agaknya, nilai sesuatu matawang itu disandarkan? Cuba ingat, bagaimana Ringgit telah dinilaikan pada masa Penjajahan British di Nusantara? Bila agaknya Ringgit itu wujud, ie sebelum atau selepas British? Jika sebelum British, berapa luaskan kawasan dangangan Ringgit? Seingat saya, di tahun-tahun 1960an, Ringgit laku di Malaya, Borneo (termasuk Brunei) dan bahkan ke Sumatera dan Pattani. The word ringgit is an obsolete term for "jagged" in Malay and was originally used to refer to the serrated edges of silver Spanish dollars which circulated widely in the area during the 16th and 17th century Portuguese colonial era. In modern usage ringgit is used almost solely for the currency. Due to the common heritage of the three modern currencies, the Singapore dollar and the Brunei dollar are also called ringgit in Malay, although nowadays the Singapore dollar is more commonly called dolar in Malay. To differentiate between the three currencies, the Malaysian currency is referred to as Ringgit
Malaysia, hence the official abbreviation and currency symbol RM. Internationally, the ISO 4217 currency code for Malaysian ringgit is MYR. The Malay names ringgit and sen were officially adopted as the sole official names in August 1975. Previously they had been known officially as dollars and cents in English and ringgit and sen in Malay, and in some parts of the country this usage continues. In the northern states of Peninsular Malaysia, denominations of 10 sen are called kupang in Malay. On 12 June 1967, the Malaysian dollar, issued by the new central bank, Bank Negara Malaysia, replaced the Malaya and British Borneo dollar at par. The new currency retained all denominations of its predecessor except the $10,000 denomination, and also brought over the colour schemes of the old dollar. Over the course of the following decades, minor changes were made on the notes and coins issued, from the introduction of the M$1 coin in 1967, to the discontinuation of RM500 and RM1,000 notes in 1996. As the Malaysian dollar replaced the Malaya and British Borneo dollar at par and Malaysia was a participating member of the sterling area, the new dollar was originally valued at 8.57 dollars per 1 British pound sterling. Dari petikan ini, saya yakin Ringgit atau Riyal telah wujud di Nusantara jauh lebih awal dari kedatangan Barat. Kemungkinan di zaman Buddha dan Hindu lagi, Nusantara sudah berpunya matawang.

  (4) Sebelum saya pergi jauh ke dalam tajuk ini, terlebih dahulu saya ingin membawa pembaca kepada pertama Relativity Theory, Tiori Perbandingan. Tiori ini telah dipolularkan oleh Albert Einstein. Einstein adalah seorang Yahudi. Einstein was born at Ulm, in Württemberg, Germany, on March 14, 1879. Six weeks later the family moved to Munich, where he later on began his schooling at the Luitpold Gymnasium. Later, they moved to Italy and Albert continued his education at Aarau, Switzerland and in 1896 he entered the Swiss Federal Polytechnic School in Zurich to be trained as a teacher in physics and mathematics. In 1901, the year he gained his diploma, he acquired Swiss citizenship and, as he was unable to find a teaching post, he accepted a position as technical assistant in the Swiss Patent Office. In 1905 he obtained his doctor's degree. During his stay at the Patent Office, and in his spare time, he produced much of his remarkable work and in 1908 he was appointed Privatdozent in Berne. In 1909 he became Professor Extraordinary at Zurich, in 1911 Professor of Theoretical Physics at Prague, returning to Zurich in the following year to fill a similar post. In 1914 he was appointed Director of the Kaiser Wilhelm Physical Institute and Professor in the University of Berlin. He became a German citizen in 1914 and remained in Berlin until 1933 when he renounced his citizenship for political reasons and emigrated to America to take the position of Professor of Theoretical Physics at Princeton*. He became a United States citizen in 1940 and retired from his post in 1945. After World War II, Einstein was a leading figure in the World Government Movement, he was offered the Presidency of the State of Israel, which he declined, and he collaborated with Dr. Chaim Weizmann in establishing the Hebrew University of Jerusalem. Jika diikuti secara mendalam biografi Einstein, biar dia seorang Yahudi, dia bukan Yahudi yang jahat. Dia hanya pemikir Yahudi yang ingin menyelesaikan masalah kemelaratan dan kebangsatan Yahudi di benua Eropah yang boleh disorot dari sejarah panjang pertualangan bangsa itu sejak Yakub AS. Biarpun dia yang mencipta formula E=MC^2 yang kemudian diterjemah menjadi kuasa atom, beliau sangat menentang pengunaan tenaga atom dalam WWII.

(5) Secara umum, Tiori Perbandingan Einstein saya berkira adalah berkait dengan pemerhatian dan tanggapan dia tentang fenomena alam. Memerhati fenomena alam, sebagai landasan pemikiran para saitis silam adalah perkara lumrah. Dua fenomena alam yang sangat beliau titik beratkan adalah berkait daya (F, force) dan tenaga (E, energy) iaitu daya tarikan bumi yang disebut sebagai graviti, g dan tenaga haba yang beliau lihat dari penghasilan oleh cahaya matahri, C. Segala apapun di alam maya ini, saya berkira, pada pandangan Einstein dan semua para saintis sebelum dan semasa beliau adalah tergantung atau didasari oleh g dan C. Kerana adanya faktor g maka pokok, gunung, bulan, planet, malah rumah, jalan dsb tetap pada kedudukan mereka. Sebegitu juga kerana adanya faktor C maka wujudlah semua yang wujud. Maka dari dua konsep g dan C Einstein mendokong formula F=mg dan E=MC^2. F daya tolakan, push force bagi sesuatu jasad (m) untuk ianya dapat terbang contohnya adalah sama dengan mg di mana g adalah nilai daya tarikan graviti bumi, dan m merujuk kepada berat jasad. Maka timbullah isu berapa nilai g?. Newton, iaitu saintis seangkatan Einstein, meletakkan g pada nilai 10 ms^2. Apakah benar g bernilai 10ms^2? Pembuktian dalam sistem hampagas, sememangnya menunujukkan satu jasad seberat 1 kg akan jatuh dengan kecepatan 10ms^2. Dengan itu, nilai g = 10ms^2 telah diterima sebagai nilai perbandingan, relative value untuk kekuatan tarikan daya graviti bumi g. Hakikatnya, ianya hanyalah sebagai nilai perbandingan. g sebenarnya boleh bernilai 5, 10, 100 amalah apa saja. Namun, bila fizik digabung dengan perkiraan Mathematik, maka nilai 10 lebih mudah untuk diuruskan. Setakat ini, tiada siapa yang tahu nilai hakiki g. Maka samalah, berteraskan formula Issac Newton F =ma=mg; Einstein kemudian merumuskan E=MC^2. Ini adalah tiori berkait tenaga. Semasa Einstein, keperluan tenaga adalah penting lantaran Eropah sedang dalam ledakan revolusi industri. Eropah perlukan tenaga bagi melancarkan revolusi industri mereka. Einsetin menemukan tiori perdandingan bagi penghasilan tenaga E=MC^2.

(6) Umat Islam cukup berbanga dengan berkata "Allah mahaberkuasa. Dia telah menyediakan segala di dalam Al Quran untuk kebaikan manusia". Namun, saya yakin, jika contohnya Melayu diminta untuk menunjukkan kepada dunia malah sesiapapun, bagaimana untuk meleburkan besi? Saya pasti akan ada yang berkata "Ala di zaman Daud AS (1010-970SM)pun Islam sudah ada kepakaran menempa besi!". Benar cerita itu ada di dalam Al Quran. Al Quran boleh dirujuk tentang itu. Tetapi, Al Quran merahsiakan bagaimana Daud AS melakukannya. Saya perhatikan dalam prihal duniawi, Al Quran juga SAW memberikan kebebasan kepada manusia untuk menerokainya dengan akal yang telah Allah kurniakan kepada mereka. Al Quran menyediakan kias, hint, penganutnya harus mencari pengertian dan kepengunaannya yang sebenar. Namun, dalam tempelakan prihal meleburkan besi tadi  tetap contohnya Melayu boleh berkata "Itulah mukzizat Allah berikan kepada Daud AS". Kehebatan para nabi dan rasul, biasanya Melayu bahkan Muslim akan matikan kepada sekadar mukjizat dari Allah. Kenapa Allah berikan ilmu pandai besi kepada Daud AS tidak akan difikirkan. Bagaimana Daud AS boleh memperolehi ilmu itu juga tidak akan dikaji. Melayu Ameenkan segala dan  mereka tidak berminat untuk mengorak langkah mengkaji lebih dari itu. Bahkan jika melihat piramid Firaunpun, Melayu dan Muslim akan sekadar berkata itu tanda kebongkakan Firaun, tanpa mahu berfikir, dengan nafsu manusia untuk beranak pinak, piramid Firaun sebenarnya adalah ilham Allah kepada senibina Firaun sebagai persediaan bilamana rakyat sudah melipah ruah. Barat tidak sebegitu. Teknologi Firaun mereka garap dan dengannya mereka menjadi jauh lebih hebat dari Melayu dan Muslim yang ada Al Quran! Sesungguhnya, bagi Muslim apa lagi Melayu yang tidak menjiwai Islam; tidak menjiwai Al Quran, dalam apapun berkait dengan Islam, pendekatan mereka cukup mudah, mereka selalunya akan hanya mengambil pendekatan pelarian jika tidak sekadar mengAmeen. Tiada unsur menyelidik, berfikir dan mengembang untuk sama membuktikan secara saintifik tentang apapun pernyataan Al Quran kepada manusia-manusia lain betapa Allah Mahaberkuasa itu benar dan sujudlah kepadaNya.

(7) Sesungguhnya Tiori Relativiti bukanlah perkara baru dalam Al Quran. Sejak dari awal penciptaan Adam AS, Allah telah menceritakan prihal perbandingan. Setan berbanding Malaikat. Manusia berbanding Setan dan Malaikat. Bahkan Allah juga banyak kali membandingkan Syurga dan Neraka, antara yang berilmu dan tidak berilmu. Allah tidak jemu-jemu membandingkan kehidupan kini dan kehidupan kemudian bagi golongan-golongan perbandingan tertentu. Cuma, saya berkira, kerana kita tidak pernah melihat itu dari sudut saintifik, maka pernyataan-pernyataan Al Quran itu kita terima secara literal ie bahasa-bahasa biasa sahaja. Kita akhirnya tidak dapat melihat segala perbandingan yang Allah nyatakan untuk dikembang dan dirumuskan menjadi Tiori Perbandingan Saintifik untuk membina kemakmuran dan kesejahteraan manusia. Kebesaran Allah akhirnya sekadar boleh kita ungkapkan sebagai lafaz SubhannaAllah, Ameen. Kita tidak boleh mengembang dari itu. Akal kita jumud sekadar menghargai untuk mendengar dan tidak mengkaji. Astarfirullah.

(8) Mungkin segala perbandingan lain yang Allah hujahkan tidak menguja Melayu dan Muslim untuk mengkaji dan berfikir. Namun, dalam prihal-prihal tertentu yang harus Melayu dan Muslim fikir hebat, mereka juga tidak pedulikan. Cuba fikirkan, saat Allah berkata "Aku akan nilai kebaikan dan keburukan yang kamu  lakukan, biar sebesar zarah, dust sekalipun". Apakah konsep zarah Allah maksudkan? Debu? Saya yakin tidak. Debu banyak jenis debu. Debu habuk jauh lebih ringan dan kecil dari debu besi. Debu nuklear jauh lebih kecil dan ringan dari debu habuk. Jadi debu apa yang jadi kayukuran Allah untuk hisab timbang pahala dosanya? Katakan bukan debu, tetapi molikul. Molikul yang mana? Banyak jenis molikul. Molikul gas helium jauh lebih ringan dan halus dari molikul gas oksijen. Tetapi molikul gas hidrojen jauh lebih kecil dari hileum. Jadi tidak mungkin molikul, jika molikul digunakan, maka pasti akan ada cacat cela hisab Allah. Tiada apapun pekerjaan Allah yang cacat cela. Bagaimana dengan atom? Atom juga ada pelbagai saiz dan beratnya. Atom oksijen lebih berat dari hidrojen. Atom hidrojen mungkin paling ringan dan kecil, namun itu setakat penemuan dan tanggapan manusia kini. Masih ada atom-atom juzuk lain yang mungkin manusia belum ketemui. Namun dalam prihal ini, apakah Allah mahu kita menemukan presis zarah yang Dia maksudkan? Untuk apa? Tidakkah di sini Allah telah mengemukakan Tiori Perbandingan sejak dari Adam AS tercipta lagi dan itu perlu diterima. Einstein hanya mengemukakan tiori itu pada 1941, sedang Allah sudah mengemukakannya mungkin ratus ribuan tahun terdahulu, namun kerana kita tidak mahu berfikir, maka kita terkebelakang dalam memahami dan mempergunakan, applied untuk kebaikan manusia sejagat sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah Allah di dunia ini.

(9) Al Quran ini hebat. Ada waktunya, ianya mahu kita bersikap kritis. Ada waktunya, kita harus terima apa seadanya. Ambil contoh sikap Ibrahaim AS dan pengikut Musa AS dalam prihal korban. Kepada Ibrahim AS, sikapnya mudah. Allah menyuruh dia korbankan anaknya Ismail, maka dia laksanakan arahan korban itu dengan tanpa banyak soal setelah anaknya Ismail rela, sehingga keikhlasanya Allah gantikan anaknya dengan kibas. Apakah sifat-sifat kibas yang Ibrahim AS korban sebagai gantian kepada anaknya Ismail? Puas saya meneliti Al Quran juga Bible, tidak saya temukan penjelasan tentang kibas sembelihan Ibrahim AS. Namun berbanding arahan korban lembu kepada pengikut Musa AS, kedua-dua Bible dan Al Quran menceritakan dengan jelas polimik mereka dengan Allah tentang sifat-sifat lembu tersebut, sehingga lembu yang Allah minta menjadi payah untuk mereka dapati. Perkara mudah, Yahudi persulitkan.

(10) Maka kembali kepada persoalan sandaran bagi nilai matawang sesebuah Negara dan dunia, apakah perlu ianya ada sandaran nilai? Kini seluruh dunia, menyandarkan nilai matawang mereka kepada U$. Namun U$ disandarkan kepada apa? Emas? Saya yakin tidak. Minyak? Dunia Arab mempunyai lebih minyak dari mana-mana negarapun. Balak? US jauh lebih besar dari Brazil, namun dengan keadaan cuaca, Brazil mempunyai jauh lebih luas hutan dari US. Kekuatan ekonomi? Secara terkumpul aggregate ekonomi Amerika memang setakat ini sangat kuat. Tetapi China sedang menghambat dekat. Namun, kenapa Yuan China jauh terlalu murah berbanding U$. Jika kita mengambil carta di sebelah sebagai asas perkiraan Ekonomi Terkumpul US dan China di mana nilai GDP US adalah U$18T sedang China adalah U$11T, maka nilai Yuan harus hanya 40 peratus lebih rendah dari U$, namun ini tidak. Kadar tukaran U$ ke Yuan adalah 1:6.61 iaitu 15 peratus dari nilai U$ iaitu sekitar 300 peratus lebih rendah dari nilai sepatutnya berasaskan GDP.  Bahkan jika dibanding China dan Jepun, ekonomi China adalah sekitar 250 peratus lebih besar dari Jepun, namun Yuan China bernilai hanya 17 kali lebih tinggi dari Jepun; 1 Yuan sama dengan 17 Yen. Jika asas ekonomi digunakan, maka 1 Yuan harus bernilai 250 Yen. Bagaimana Malaysia dengan GDP U$269b (2016)? Ekonomi Malaysia hanyalah sekitar 2.4 peratus dari ekonomi Amerika. Maka secara logiknya, nilai U$1 harus sama dengan RM240.00. Namun ini tidak sebegitu. Maka atas semua hujah-hujah ini, kekuatan ekonomi bukanlah sandaran perkiraan nilai U$.

(11) Saya curiga, bahawa US lewat Bank Dunia (WB), menggunakan bilangan simpanan peluru berpandu sebagai asas kiraan matawang negara-negara lain. Maka dengan itu, US cukup tidak senang hati dengan mana-mana negara yan berpunya peluru berpandu terutama Pakistan, Iran, Korea Utara dan rantau Islam Asia Tengah dan Kapsian.

(12) Maka berdasarkan hujah-hujah di atas, apa mungkin U$ boleh disingkirkan sebagai asas tukaran dagangan antarabangsa? Jika semua komoditi dunia, juga ditaksir nilaikan berdasarkan U$, maka apakah pilihan kita? Emas? Saya katakan dari awal emas juga kini dinilai dengan U$. Malah petai di Baling, Kedahpun sudah dilekatkan dengan nilai U$. Dari pelbagai temadun silam manusia, emas sebetulnya sangat berharga. Emas juga Allah kiaskan sebagai bahan saduran bagi mahligai dan sungai sebagai balasan bagi mereka yang berIman dan taqwa kental di Akhirat kelak. Allah mahaadil, saya kira tiada negara yang tidak Dia anugerahi dengan emas. Biar negara termiskin di duniapun, seperti Africa Tengah (meliputi Angola, Cameroon, the Central African Republic, Chad, Republic Congo, Democratic Republic of the Congo, Equatorial Guinea, Gabon, and São Tomé dan Príncipe) tetap Dia anugerahi dengan emas. Sesungguhnya, di dalam Al Quran, pesan Allah betapa setiap sesuatu itu pasti ada pasangan, antidotnya maka, U$ yang sebetulnya hanya disandarkan pada speculative market and economic of USA, Allah telah wujudkan anti-dotnya iaitu emas. Cuma kerana emas telah dilekatkan dengan U$ maka itu seperti menjadikan sesiapapun yang berfikiran bahawa contohnya Dinar Emas boleh dijadikan asas kukuh dalam menilai kekuatan matawang sesebuah negara menjadi sedikit terhalang. Dunia Islam sebelum Barat telah menggunakan Dinar Emas sebagai matawang mereka. Akibat globalisasi US, maka Dinar Emas kian dipinggir atas tujuan US hendak melihat negara miskin terus miskin biar mereka berpunya banyak emas. Mereka nafikan emas sebagai asas kiraan matawang dunia, untuk memastikan Afrika terus kekal sebagai Dunia Gelap, the Dark World.

(13) Dalam keadaan kini, bagaimanakah agaknya emas boleh dijadikan asas untuk menetapkan nilai matawang. Maka saya berkira, Tiori Perbandingan Allah tentang debu yang belum kita temui harus menjadi iktibar kita. Apapun debu yang Allah maksudkan, kita tidak harus berpolimik tentangnya. Yang penting, kita berbuat baik. Biarlah soal hisab, itu menjadi urusan Allah kemudiannya. Sama juga Tiori Bandingan Eisntein boleh kita pinjam sebagai cara kita menzahirkan Tiori Perbandingan Debu Allah. Dunia Melayu mungkin lupa, dulu-dulu kita ada konsep takaran link, cupak, gantang, pasok dan pikul. Kalau tidak silap saya dua link menjadi secupak, empat cupak jadi satu gantang, 5 gantang jadi sepasuk dan 10 pasuk jadi sepikul. dari mana Melayu mendapat ilham takaran link. Satu link sebetulnya takaran sebesar tin susu cair Cap Junjung. Melayu, dulu juga sudah menerima pakai konsep Tiori Perbandingan, cuma kita tidak pernah mahu kembangkan ianya meluas, maka akhirnya Tiori Perbandingan kita berkubur tanpa nisan.

(14) Sesungguhnya, emas boleh dijadikan sandaran matawang dunia, dengan contohnya pada 1 Januari 2018, seluruh dunia atau sekelompok negara-negara contohnya ASEAN menetapkan katakan nilai perolehan 1 kg emas sebanyak satu nilai munasabah bagi matawang masing-masing. Nilai Munasabah ini haruslah berasaskan nilai perolehan bagi emas tersebut mengikut hukum hakam Islam. Caranya mungkin kita dapat bayangkan dengan contohnya Orang Asli menilai harga petai, atau durian malah rebung yang mereka perolehi di hutan dan jual di pinggir-pinggir jalan. Pengalaman menunjukkan, harga jual bahan-bahan perolehan Orang Asli tidaklah terlalu murah, juga tidaklah terlalu mahal. Mereka meletakkan harga barangan jualan mereka pada harga patut dengan hasil usaha mereka memperolehi bahan tersebut. Maka, contohnya bagi Malaysia, katakan perolehan 1 kg emas, nilainya adalah RM100,000. Ini adalah nilai emas yang diperolehi secara melombonmg dan atau beli dari negara asing. Juga rakan dagang kita Indonesia, katakan perolehan 1 kg emas, nilainya adalah IRp 150j. Maka untuk urusan dagang semasa antara Malaysia-Indonesia umpamanya adalah berasaskan nilai emas sebenar di negara masing-masing. Dengan cara ini, pastinya RM1.00=IRp1,500.

(15) Setiap Negara, boleh meletakkan nilai wang mereka dengan nilai perolehan emas masing-masing dan itu boleh dijadikan piawaian pernilaian matang wang kebangsaan mereka. Sesebuah negara tidak perlu mempaiwaikan nilai matawangnya dengan mana-mana negarapun, kecuali dengan nilai perolehan emas tempatan mereka sendiri. Dengan cara ini, nilai matawang sesebuah negara akan kekal berasaskan kekuatan nilai emas tempatan dan tidak terpengaruh dengan perubahan di negara lain atau dunia seperti yang sedang kita alami dengan U$. Pokoknya, nilai matawang sesebuah negara harus tidak terpengaruh oleh unsur-unsur speculative asing.

(16) Saya yakin, jika kita beralih dengan emas sebagai asas perdagangan antarabangsa kita, meknisma perniagaan dan tukaran asing kinipun akan tetap terus digunakan. Bila kita ke London, kita tidakpun membawa berguni-guni Ringgit. Yang kita perlukan cuma kad kredit. Ringgit kekal di Malaysia. Samalah juga asas perdangan kita, kita ubah dari menggunakan media ciptaan manusia ie U$ ke bahan azali ciptaan Allah ie emas. Seperti janji Allah, kebarakahan hidup pasti kita perolehi jika kita mengikut jalan kebenaranNya. U$ nilainya adalah bersandarkan speculative. Emas pastinya, nilainya adalah berteraskan harga perolehannya. Dalam dunia Islam, Allah menghendaki manusia untuk berkeringat sendiri untuk mendapatkan rezeki halalnya. Sepculative apa lagi menipu, berjudi, mencuri, samun, rompak malah rasuah tidak Dia halalkan. Di Papua New Guinea contohnya, emas boleh didapati di aliran sungai-sungai sisa ledakan gunung berapi. Di pasar-pasar minggu PNG, kita boleh membeli tahi emas, raw gold. Maka harga perolehan emas di sana pasti jauh lebih rendah, katakan berbanding dengan di Kemboja yang bertanah lanar dan berair.

(17) Tidak mungkin untuk dapat saya jelaskan mekanisma dagangan berdasarkan emas di dalam tulisan ini, khusus bila mana mekanisma Money Supply dalam sistem ciptaan kapitalis Yahudi sudah sangat mengakar, namun emas saya yakin boleh mempunyai mirip yang serupa, cuma kini nilainya adalah berdasarkan true aquistion value bukan berdasarkan speculative market. U$ berapakah nilainya? Sebetulnya U$ tidak ada nilai dan USA boleh mencetak seberapa banyak U$ yang mereka mahu tanpa sandaran yang kukuh.

(18) Gagalnya dunia untuk mengukuhkan penggunaan Dinar Emas sebagai gantian U$ kerana tiada kesepakatan dan kepimpinan sejagat. Malaysia di bawah Abdullah Ahmad Badawi bila memimpin OIC, beliau lack of international leadership standing maka biarpun Malaysia adalah pengerusi OIC (2003), ianya tidak membawa apa-apa perubahan lantaran saya yakin Abdullah tidak faham International Monetary Game. Saya hanya dapat berdoa, seperti tulisan saya sedikit lama dahulu, gandingan semula kini Mahathir-Anwar In Shaa Allah dengan izinNya, bersama-sama dengan kebangkitan ASEAN, Arab dan Russia-China, kita mampu merintis jalan kepada pembentukan sistem kewangan dunia yang tidak berdasarkan speculative U$. Saya yakin Mahathir-Anwar boleh menghidupkan kembali gagasan BIMP EAGA, IMT GT, South-South, G30 (?), malah Asian dan Islamic Rennaisance untuk kita mengerakkan agar world currency fundamental mesti berteraskan kepada yang nyata dan kekal. Kepimpinan Malaysia kini, saya kira kita sudah terjerat di dalam permainan kapitalis Barat. Dalam istilah orang Sarawak, kita sudah sandat. Negara-negara miskin pada penarafan USA sebetulnya mereka adalah sangat kaya pada penarafan Allah. USA menaraf mereka berdasarkan U$ yang nilainya hanya sekadar selembar kertas bercetak, tetapi Allah menilai negara apapun bersandarkan emas yang Dia simpan baik di perut bumi masing-masing. Kita miskin kerana kita terikat kepada Kapitalis, dan tidak pada jalan Allah.

Kuching, Sarawak
17 Okt., 2017 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.