Latest Postings
Loading...
Sep 5, 2017

1/9/17 KEMISKINAN ITU UNTUK APA.... bersykurlah jika kita pernah miskin?


Apa itu miskin? Miskin dalam takrifan mudah adalah fenomena tidak kecukupan. Miskin sebenarnya adalah fenomena subjektif, berubah-ubah mengikut masa dan kedaan. Di Malaysia, pada sekitar 1930an, kemiskinan mencakupi soal-soal tak cukup makan, pakaian dan tiada kediaman yang selesa untuk berteduh dari henyakan panas, hujan dan dingin malam. Asas perkiraan pada 1930an adalah sekadar makan, kediaman dan pakaian. Cuma jika kita mahu mempersoal diri atau bermuhasabah, pada 1930an, kenapa kemiskinan itu wujud di Negara seperti Malaysia ini (biar pada waktu itu belum wujud Malaysia). Siapa yang rajin, jika bertanam apapun di muka bumi Tanah Air ini pasti hidup. Bahkan jika berternak apapun, juga pasti hidup dan mudah membiak. Maka jika itu diusahakan sebegitu, pasti soal tidak cukup makan tidak akan timbul. Tidak cukup zat makanan juga tidak timbul di Tanah Air ini, bagi siapa yang rajin. Sama juga dengan perumahan, kita mempunyai banyak bahan-bahan untuk membina rumah biarpun selesa pada ala kadarnya. Pakaian. Sejak bila contohnya umat Melayu kenal kain? Bahkan di kurun ke 12, Melayu sudah kenal kain dari Arab, India dan China. Melayu sudah pandai menenun. Bahkan fesyen-fesyen pakaian Melayu juga sudah berkembangn hebat. Dari kurun ke 7 sehingga ke 15, dunia Melayu sudah kenal pelbagai kemewahan dan kehebatan. Hanya di kurun ke 16, Nusantara mulai disekat dari mengamalkan perdagangan bebas oleh penjajah-penjajah Barat. Kenapa kita terjajah dan tersekat?

(2) Kenapa Melayu kini sedang resah dengan masalah perumahan, makanan dan bahkan pakaian? Sepertinya, kemiskinan asas 1930an, sedang kembali menyerang hendap Melayu.

(3) Pada dewasa kini, kita mungkin mentakrif kemiskinan mencakupi unsur-unsur tambahan seperti kesihatan, keselamatan, pendidikan, mobility, hiburan dan sek. Namun, saya berani berkata, segala itu juga mudah kita dapati pada 1930an. Kesihatan, bukanlah masalah besar bagi rakyat Tanah Air ini. Cuba lihat, biar kita tidak punya apapun obat-obatan modern, namun kerana kita tidak berbuat sesuatu maka kita tidak sadar bertapa segalanya sudah ada di sekeling kita. Penyakit kencing manis, ada ubat sejadinya. Begitu juga darah tinggi. Penyakit lelah, asma, kolera, dengi, buasir, keracunan, dsb semua ada ubat sejadinya di sini. Sebut saja apa jenis penyakit, di Tanah Air ini Allah telah sediakan segala anti-dotnya. Di tahun-tahun 1930an bahkan tahun-tahun sebelumnya, amak-anak Melayu tetap terlahir baik. Bahkan penduduk Melayu terus berkembang sejak manusia itu wujud. Maka dengan itu, pasti kesihatan bukanlah sesuatu yang terlalu berat sehingga ianya kemudian menjadi unsur penting dalam Tanda Aras Kemiskinan. Maka kenapa persoalan kesihatan menjadi unsur miskin di Tanah Air yang sangat kaya ini?

(4) Saya berkira, kita sakit dan tidak tahu obatnya, hanyalah kerana kita tidak pernah mahu berfikir tentang rahmat di keliling kita. Kita dalam kata lain tidak pandai menilai rahmat Allah. Cuba fikirkan, jika ikan yang telah disiang, jika tidak dibubuh garam, pasti ianya akan cepat busuk. Juga, cuba fikir apa kesan serai, lengkuas, kunyit, halia dan lada hitam ke atas ikan dan daging yang sudah disiang, tidakkah selain untuk sebagai rempah perisa semua itu juga adalah pengawet pencegah kebusukan. Maka jika kita sedikit mengkaji dan berfikir, tidakkah penyakit kanser itu berupa ketumbuhan yang membusuk. Maka apa tidak mungkin jika serai, kunyit, lengkuas, halia, limau, kesum, petai, jering dsbnya itu jika diolah pada perkadaran yang betul, semua itu apa tidak mungkin membantu mengobat kanser dan penyakit-penyakit lain? Sesungguhnya taiada apapun di alam cakrawala ini yang tiada pasangan antidotnya.

(5) Hairan bin pelik, kenapa Melayu kian jadi resah dengan masalah obat-obatan? Katanya, obat-obatan kian mahal? Saya hairan, di mana mahalnya daun mengkudu, durian belanda, sirih, mangga dsb. Semua ini bersepah-sepah tidak berguna di Kampung-Kampung Melayu, sedang di lain masa dan tempat Melayu resah dengan segala macam penyakit dan mahalnya obat-obatan. Kenapa? Segala obat sebetulnya Melayu boleh tanam dan dijadikan perhiasan halaman.

(6) Sama juga soal pendidikan? Cuba ingat, sejak bila contohnya Melayu reti menulis dan membaca? Sejak bila abjab Alif, Ba, Ta dsb Arab Melayu jadikan ajab Jawi? Melayu dengan bijak menambah beberapa huruf baru untuk menjadikan abjab Arab sesuai dengan nahu Melayu. Bahkan A, B, C dsb Barat, sejak kapan ianya menjadi abjab rumi Melayu? Melayu juga menambah beberapa tanda-tanda baru bagi menyesuaikan abjab Barat menjadi rumi Melayu yang sempurna. Buddha pernah hadir di Tanah Air ini, namun Melayu tidak mengambil tulisan Buddha. Sama juga dengan Hindu. Bahkan kemudiannya menyusur temadun China. Tetap Melayu tidak mengikuti abjab-abjad mereka, kenapa? Sekolah Melayu telah wujud sebelum Barat datang ke sini. Bahkan sekolah Melayu berasaskan rumi sudah berkembang sebelum WWII.  Perkampungan Melayu sifatnya berkelompok. Jarang sekali Melayu mahu tinggal berjauhan terasing. Melayu mementingkan sifat kemasyarakatan. Di antara Kampung-Kampung Melayu, mereka sering berhubungan. Biar di mana Melayu sekalipun, mereka tetap berhubungan. Hikayat Melayu menjelaskan Melayu adalah pengembara. Jadi soal, pendidikan, soal dapatan ilmu, soal sebaran ilmu, bukanlah sesuatu yang anih bagi Melayu selaras dengan budaya mereka. Di tahun 1930an, pondok-pondok mendidik Melayu dengan ajaran-ajaran Islam. Kita dididik untuk melakukan yang boleh dan dijelaskan tentang yang tidak boleh. Biarpun yang diajar itu seperti memisahkan kita tentang dunia dan akhirat. Maksudnya, berilmu bukanlah asing bagi Melayu, apa lagi kerana mereka juga keturunan dari Adam AS, pastinya ilmu yang Allah kurnaikan kepada Adam AS sampai juga kepada Melayu. Gen ilmu pada Adam AS pasti turun berterusan kepada manusia-manusia selagi Kiamat belum bertandang. Jadi di mana dan kenapa ilmu menjadi salah satu unsur penting dalam menentukan kemiskinan kepada Melayu?

(7) Lantaran manusia ciptaan Allah adalah mahluk yang lebih tinggi ilmunya, iaitu kebolehannya untuk mentafsir yang berguna dan tidak berguna untuk dirinya, maka kenapa soal berilmu harus menjadi unsur yang menentukan tahap kemiskinan Melayu? Melayu punya ilmu. Melayu punya luas ilmu pertanian. Melayu berpunya ilmu binaan yang baik. Melayu punya ilmu tenunan yang bagus. Melayu punya ilmu mengenali ubatan herba yang tinggi. Bahkan Melayu berpunya ilmu pentarifan tentang sekeliling mereka yang sangat baik. Jadi dengan unsur-unsur kebolehan semulajadi yang baik ini, maka kenapa Melayu masih susah miskin?

(8) Keselamatan juga saya kira bukanlah masalah bagi Melayu. Melayu cukup cerdik untuk mengelak dari apapun jenis bahaya. Dari nipah, rumbia dan bahkan kelapa, Melayu cukup cerdik untuk menggunakan sumber tersebut sebagai menyedia keselamatan dari ancaman panas, hujan dan dingin malam. Rumah bertiang Melayu adalah cara mereka untuk menyediakan keselamatan dari binatang buas bahkan banjir dan kotoran tanih. Lembing, keris, tombak, parang, pisau, kapak, sabit, beliong dsb Melayu cukup punya banyak seni dalam mereka cipta dan menempanya untuk keperluan hidup mereka. Bahkan keris adalah senjata Melayu yang banyak pihak geruni. Dari zaman berzaman, ukhwah Melayu adalah senjata paling ampuh dalam menjamin keselamatan buat mereka. Cuma, kenapa ini semua tidak mengekalkan keselamatan kepada Melayu. Melayu sudah kian berasa tidak selamat di Tanah Air sendiri, kenapa?

(9) Melayu gemar bertandang. Dulu-dulu, Melayu sanggup belayar bahkan hilir-mudik berhari-hari malah berbulan dan bertahun, untuk bertandang. Istilah-istilah pekan, purnama, dsb adalah lambang mobility Melayu. dengan adanya sifat suka bertandang kepada Melayu, maka mereka kemudian bijak membina perahu, kolek, biduk, dan kapal. Melayu juga jadi cekap menebar layar. Bahkan Melayu juga bijak membina kereta lembu. Melayu juga bijak menjinak gajah untuk menampung keperluan mobility. Maka, apa masalah Melayu dengan melestarikan budaya bertandang ini, sehingga kini ianya menjadi rencah-rencah kemiskinan Melayu? Sesungguhnya, Melayu sangat mobil sehingga kita dapati anak Kelantan ada di merata dunia. Bahkan anak Kedah, Perlis, Trengganu, Sarawak, Sabah dsb berada di segala pelusuk Negara, Nusantara dan dunia. Jadi jika mobility sudah biasa dengan Melayu, maka kenapa mobility menjadi masalah kepada kemiskinan Melayu.

(10) Dalam kata lain, Melayu memiliki segala kekuatan sumber dan ilmu yang diperlukan, namun kenapa mereka masih miskin susah? Pastinya Allah tidak pernah melaknati Melayu untuk miskin. Allah juga tidak pernah melaknati Melayu untuk susah. Allah memberikan Melayu segala kekuatan untuk mereka merdeka berjaya dan cemerlang. Melayu tidak boleh menyalahkan keadaan di atas kemiskinan dan kesusahan mereka. Melayu juga tidak perlu menengadah ke langit untuk meminta apapun dari Allah agar mereka tidak miskin susah. Semua sudah ada Allah berikan kepada Melayu. Tetapi kenapa Melayu tetap corot?

(11) Kita banyak mendengar kenapa SAW memelihara jangut, berjubah, berserban dsb. Namun saya yakin tidak ramai yang benar-benar mengerti saranan SAW agar kita lain dari Yahudi. Jika kita bertutup kepala, kupiah kita mesti lain dari Yahudi. Jika kita berjubah, jubah kita mesti lain dari Yahudi. Potongan janggut, malah potongan rambut, kita mesti berbeda dengan Yahudi. Dan banyak lagi yang dia sarankan agar kita lain dari Yahudi. Dalam apa juga urusan kita, kita mesti lain dari Yahudi. Puncak dari segala kelaian itu adalah bila dia menukar kiblat dari ke BaitulMuqaddis ke Kaabah. SAW mahukan Muslim punya jati diri tersendiri. Ada yang mengikut, namun tetap terkurung tidak merdeka. Kenapa?

(12) Sesungguhnya, Melayu terperangkap di dalam payah, di dalam susah dan di dalam kemiskinan saya yakin hanyalah berpunca dari satu hal: Kita tidak merdeka!. Islam memerdekakan kita, tetapi Islam kita jadikan alat untuk menjajah diri. Islam kita jadikan alat untuk patuh dan terikat kepada arahan jangan, don't. Islam kata, jangan berdagang secara riba. Maka kitapun tidak berdagang. Kita takut pada riba, maka kitapun mengambil jalan mudah, tidak usah berdagang. Kita lebih terikat kepada perkara-perkara jangan. Kita tidakpun berusaha keras untuk melakukan dan atau menjadi yang dibenarkan. Contoh berdagang. SAW menyuruh kita berdagang. Tetapi kita berdagang mesti bukan dengan riba, dengan takaran yang betul malah kualiti juga mesti baik. Kita tidak memilih untuk berdagang secara baik. Kita lebih memilih untuk tidak berdagang agar kita tidak riba. Malah lebih parah Islam tidakpun kita pedulikan. Kita tidak sebegitu peduli tentang apa yang Islam larang, apa lagi yang Islam suruh. Suruhan SAW agar kita dalam apapun harus lain dari Yahudi adalah agar kita punya jati diri merdeka. Sejak kurun ke 7 sehingga kini, Islam tidak kita jadikan alat untuk memerdekakan diri kita, maka kita kekal terus payah, susah, dan miskin. Melayu, malah Muslim seluruh dunia sejak abad ke 13 kian hanyut dalam kapitalisma, hanyut dalam arus perdana Yahudi, maka kitapun terperangkap oleh mereka.

(13) Yahudi memperkenalkan sistem demokrasi. Yahudi memperkenalkan sistem kapitalis. Yahudi jugalah yang memperkenalkan sistem komunis dan sosialis. Dunia menerima nilai-nilai itu. Dunai berpecah belah kerana menerima nilai-nilai itu. Kita menerima nilai-nilai itu. Melayu juga berpecah belah kerana niali-nilai itu. Kita mereka perangkap. Kita terperangkap dalam perpecahan. Yahudi cukup bijak. Mereka cipta nilai-nilai yang boleh mengasingkan mereka dari manusia-manusia lain di dunia ini. Itulah Zinonisma Yahudi. Yahudi mencipta nilai-nilai demokrasi, komunis, sosialis dan kapitalis sebagai strategi Zionis untuk menguasai dunia. Nilai-nilai demokrasi, komunis, sosialis dan kapitalis ini dijadikan nilai-nilai di luar keagamaan yang sesuai dengan nafsu manusia. Yahudi lewat Zionis sangat licik dalam berusaha untuk memisahkan dan memecahbelah manusia dari nilai-nilai beragama. Bagi mereka, hanya Yahudi yang layak beragama iaitu agama Yahudi, manusia-manusia lain hanyalah gentile, pariah yang harus dipergunakan exploited demi kecemerlangan Yahudi.  Dalam hal-hal ini, saya tidak sesekali menyalahkan Yahudi. Yahudi adalah manusia yang sangat menjiwai rahmat Allah kepada mereka. Mereka pergunakan sebaik dan sehebat mungkin otak yang Allah berikan kepada mereka. Di atas keperluan mereka, mereka memeras otak mereka untuk menlahirkan pemikiran tajam agar mereka selamat sejahtera di atas sengsara pihak lain. Hakikatnya, kebodohan kitalah yang menjerut kita di jurang susah, payah, dan atau miskin. Allah mahabijak. Dia kekalkan Yahudi, adalah agar kita sadar tentang kebodohan kita lantas menjadikan Islam sebagai alat memerdekakan diri kita. Tetapi kita tidak, maka kekallah kita payah, susah dan atau miskin.

(13) Cuba fikir betul-betul contohnya prihal Melayu kini payah untuk makan. Makanan kian mahal. Harga makanan kian hari kian mahal. Cuba contohnya, Melayu tidak terikut-ikut budaya Mc Donald. Dari kita gila minum Coca Cola, makan burger dari gandum, daging dari lembu penghasilan US dll, tomato, bawang, bahkan kentang goreng dari kentang Australia, tetapi dengan penuh merdeka bijaksana bekerja keras kita jadikan Budaya Nasi Lemak dan Kuih-Muih sebagai gantiannya, apakah tidak mungkin Outlet Nasi Lemak tidak boleh kita sama naik taraf sepertinya outlet McDonald di merata tempat? Apakah tidak mungkin Warung Kopi beralih dari Country Cafe? Jika ini terjadi, dan diperluaskan dalam segala bidang termasuk perubatan dan farmasi, apa tidak mungkin home grown economies kita tidak dapat melenyapkan dagangan Yahudi? Jika itu terjadi, apa tidak mungkin ekonomi kita di mana-manapun akan terus hebat berkembang dan rakyat mudah hidup. Jika itu terjadi, apa tidak mungkin kita akan merdeka dari segala kepayahan, kesusahan dan atau kemiskinan.  Malangnya, benchmark hidup kita adalah Barat, maka taraf hidup kitapun harus diukur dari tandaras Barat. Dengan peredaran zaman, kita kian menjadi enau dalam belukar. Kita tidak menjadi bangsa padi di sawah yang luas. Maka hebatnya SAW adalah bila dia menjadikan zuhud kayukuran yang seharus umatnya patuhi, namun itu tidak jadi pilihan mereka, maka apakah syafaat Muhammad SAW akan sampai kepada umatnya biarpun di alam hidup mereka?

(14) Melayu susah, Melayu payah, Melayu terus miskin dan atau corot, kerana kita mengamal budaya asing yang SAW larang. Muhammad SAW kekal zuhud, kerana dengan kekal zuhud menjadikan dia sangat menghargai nikmat rahmat Allah dan akhirnya dialah manusia paling berjaya semasa dan selepas hidupnya. Maka bersyukurlah mereka yang pernah miskin, bangkit merdeka dan kekal merdeka tidak jadi hamba nafsu mereka sepertinya Muhammad SAW di dalam hidupnya. Seorang miskin di Lombok Indonesia umpamanya, dia pasti cukup kreatif menguna penuh seekor lembu berbanding penternak kaya di landang lembu Belanda. Miskin itu banyak nikmatnya jika siapa mengerti. Bagi saya, jika kita miskin, maka kita harus kreatif. Kemiskinan juga adalah ujian ASllah bagi yang berada. Biar berada tetapi punya jiwa menghargai kemiskinan itu pasti terbaik.

Kuching. Sarawak
5-18 Sept., 2017

0 comments :

Back To Top