Latest Postings
Loading...
Aug 16, 2017

2/8/17 AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) .... ibarat langam tidak seindah lagu (DRAFT)

Seronok bila kita mendengar orang menyanyi - lagu dan irama yang serasi, ie cara, suara dan senikata serasi dengan tempo muziknya. Jika pincang lagu dan irama, maka nak termuntahlah untuk mendengar nyanyian tersebut. Samalah, bila kita mendengar seorang Arab yang menjiwai Al Quran, bila membaca Al Quran, pasti cara dia membaca Al Quran akan sangat mempersonakan. Boleh menusuk dan mengetarkan jiwa. Sebabnya mudah. Seorang Arab, yang faham bahasa Al Quran (Arab Klasik) pasti jika dia juga menjiwai Al Quran tersebut maka cara dia membaca ayat-ayat Al Quran pasti berbeda dengan cara mereka yang hanya pandai membaca. Seseorang yang faham bahasa Al Quran, dan menjiwai Al Quran pastinya tahu perkataan dan ayat mana yang cara bacaannya bernada apa: marah, sedih, mengingati, berpesan, menasihati dsb. Samalah suatu sajak A Samad Said tidak akan sama caranya bacaan A Samad Said sendiri berbanding dengan yang lainnya dari dia. Pokoknya, Melayu ini sangat hebat, cuma hebatnya Melayu tidak bangsa ini hargai sewajarnya, maka kini kita banyak keliru bersebab semua kepingin menjadi pakar mengenal batu manikam sedang ilmu dan pengalamannya tentang segala jenis batu adalah tersangat cetek.

(2) Amanah Ikthiar Malaysia, disingkatkan menjadi AIM sebetulnya cukup bermakna jika maksud aim itu dimengerti dan dihayati penuh. Istilah AIM diterima pakai sebagai singkatan bagi institusi Amanah Ikhtiar Malaysia, tidaklah semata-mata kerana A itu adalah singkatan bagi Amanah, I bagi Ikhtiar dan M bagi Malaysia. Bagi saya, AIM diterima pakai lantaran aim dalam maksud asalnya adalah bersifat menumpu; matlamat jelas iaitu aim dalam bahasa Inggeris. Amanah Ikhthiar Malaysia berpunya matlamat, focus yang jelas, iaitu aim to eradicate poverty. AIM ditubuh pada 1987 dalam keperluan Negara hendak mengimbangi antara membina kekuatan industri dan memperkasakan masyarakat luar bandar. Pada nama Amanah Ikhtiar Malaysia ada dua konsep yang tersangat suci. Pertama Amanah, kedua Ikthiar. Persoalannya, siapa harus beramanah dan siapa harus pula berikhtiar? Dalam ertikata lain, siapakah yang disasarkan aim untuk beramanah dan berikhtiar? Juga apakah ianya hanya menyarankan beramanah dan berikhthiar ATAU beramanah dan atau berikhtiar? Harus diingat dan dengan dan atau membawa pengertian yang cukup berbeza biar dari segi perundangan juga pengurusan. Yang mana satu sebenarnya satukah AIM maksudkan tentang amanag dan (atau) ikhtiar? Persoalan ini, apakah pengurusan AIM faham dan atau sasaran AIM mengerti dan berpegang kepadanya. Atau persoalan saya yang lebih luas, sudahkan wujud masyarakt AIM kini? Dan jika ada, siapakah yang tergolong ke dalam masyarakat AIM ini?

(3) Saya yakin, melihat kepada cara kerja birokrat Umat Melayu kini khususnya dalam AIM, beramanah dan berikthiar yang hanya ditujukan kepada pelangan AIM iaitu orang-orang miskin sahaja. Yang perlu amanah dan berikthiar adalah golongan ini saja. Pihak pengurusan AIM tidak terikat dengan keperluan beramanah dan berikthiar. Mereka, saya yakin hanyalah segolongan manusia Melayu yang hanya makan gaji. Birokrat Melayu kini hanyalah golongan makan gaji. Mereka bukan enterpreneur-manager. Saya berani berkata sebegitu, dengan melihat kepada matlamat AIM seperti saya turunkan di sini; Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan; Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah; dan Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Matlamat itu hanya aim kepada pelangan. Di mana aim untuk pengurusan? Usaha untuk mengujudkan Masyarakat AIM seperti semangat asal penubuhan AIM tidak pernah terlintas di hati nurani pengurusan AIM. Jika kita mengambil contoh carakerja Jepun, Korea, dan Jerman, mereka mampu membebaskan rakyat mereka dari kemiskinan kerana akhirnya apa yang mereka buat semuanya menjurus kepada pembentukan masyarakat, community. Maka sebab itu, di Korea umpamaya ada keluarga Hundai, Samsung dsb. Jika di Jepun kita ada Toyota, Honda, Mitsubihi, dsb societies. Di Jerman, jangan dicakap. Gerakan koperasi mereka adalah sangat hebat.

(4) Hakikatnya, lagu dan irama AIM sangat pincang. Sumbang sumbeng, itu biasa, namun saya lihat sangat pincang. Saya berkata sebegitu, selagi semangat beramanah dan atau berikhthiar tidak pihak pengurusan AIM amalkan pada diri mereka, AIM bukan sahaja tidak mampu mengatasi masalah kemiskinan, bahkan AIM akan menjerumus asnafnya ke gaung kemiskinan yang lebih dahsat. Apa yang saya gambarkan selepas ini mungkin isolated case tetapi saya yakin ianya bukan case tetapi sudah menular menjadi cases. Pinjaman Mikro AIM sudah menjadi bahan rakus politik. Pengurusan AIM tidak melulus dan mengurus pinjaman mikro AIM berasaskan keperluan dan kelayakan sebenar asnaf AIM tetapi telah berubah untuk mendapat undi asnaf bagi mereka yang berkenaan. Itu satu hal. Hal yang lain, nilai professionalisma di peringkat pengurusan AIM kian sumbeng dan sumbang. Pengurusan AIM tidak peduli, apakah pinjaman mikro mereka diguna dan diurus seperti tujuan asalnya atau tidak. Yang penting bagi Pengursuan AIM adalah kutipan hutang boleh cecah ke 95 peratus. Bravo, kata orang Sarawak statistik untuk lawa ajak, pencapaian sekadar untuk syok sendiri. Pendeknya, yang disasar pembasmian kemiskinan dan penjanaan keusahawanan tetapi yang dibanga adalah kutipan hutang. Ibarat nasi yang hendak dikunyah, tetapi sup habis diseruput dulu. Persoalan mudah saya, apakah Pengurusan AIM sedar, asnaf mereka banyak yang meminjam dan membayar balik pinjaman dengan bergolok bergadai. Pernahkan Pengursuan AIM menyemak, kejayaan sebenar asnaf mereka berteraskan matlamat AIM? Berapa ramai dari asnaf mereka sudah jauh lebih miskin dari sebelum mereka AIM bantu? Pernahkan pengurusan AIM terfikir kenapa Kedai Pajak Gadai, Islam tak Islam terus berkembang dan maju? Kenapa Along terus wujud dan kian membiak. Bukankah itu petanda, AIM has lost your aim? Al asal balik tunggul!

(5) Sesungguhnya, Allah menjadikan SAW itu hebat, lantaran SAW itu sendiri adalah pendiri Islam. Dia pembasmi kemiskinan dengan dirinya zuhud. Dia pengerak peniaga hebat, dengan dirinya adalah usahawan, bukan kaki cakap tiori sahaja. Hakikatnya, beliau tidak membiarkan Islam kepada Umatnya sedang dia hanya bersikap sebagai juru sampai sahaja. Malang, AIM yang pada asalnya ingin bersifat berteraskan Islam, namun cara SAW membina Masyarakat Islam pengurusan AIM dan lain-lain institusi Melayu tidak nampak. Maka kita kini kian hanyut dari aim sasaran yang barakah.

Kuching, Sarawak
15 August, 2017

0 comments :

Back To Top