Latest Postings
Loading...
Jun 13, 2017

1/6/17 KECINTAAN MELUKIS DAN WARNA-WARNI .... maksudnya kepada diri saya.

Di waktu anak-anak, terutama setelah menginjak usia sembilan tahun (1969) iaitu ketika di dalam Darjah Tiga Sekolah Rendah, saya amat meminati bidang lukisan. Pada masa dulu-dulu, harga sebuah buku lukisan adalah sekitar lima sen untuk yang berukuran separuh kertas A4, dan 10 sen untuk berukuran A4. Mungkin tidak ramai yang masih ingat Buku Lukisan Cap Rusa. Itulah buku lukisan pada masa itu. Melukis pula samada menggunakan Crayon atau Water Colour. Saya lebih gemar menggunakan Crayon. Crayon ada pelbagai jenis. Ada yang murah dan keras, ada yang lembut mahal. Harga Crayon keras murah adalah sekitar 20 sen sekotak. Kerana kesempitan hidup, saya hanya mampu memiliki Buku Lukisan Kecil dan Crayon murah. Sesungguhnya kegemaran melukis telah menjadikan diri saya seorang kid entrepreneur. Saya membeli Buku Lukisan dan Crayon tidak dengan meminta wang dari sesiapa, melainkan saya berusaha sendiri dalam mengumpul duit bagi keperluan segala jajan saya. Saya bertanam sayur-sayuran terutama cangkok manis atau Sabah Vege, tebu, ternak ayam dan bahkan membantu nenek saya berjaja kuih muih. Jarang sekali saya mendapat upah dari menjaja kuih muih kerana seisi keluarga sangat memerlukan apa-apa juga pendapatan yang boleh diperolehi. Bahkan pakainan Raya dan jajan untuk membeli mercun juga semua hasil dari tabii kid entrepreneur yang saya miliki. Mungkin sifat-sifat para datuk dan nenek saya yang suka berniaga turun ke dalam gene saya.

(2) Lukisan saya semasa kanak-kanak lebih tertumpu kepada lingkungan hidup. Nuansa tropis adalah kegemaran saya. Saya suka melukis sungai dengan dibatasi pohon-pohon dan kelapa. Di pinggir sungai pasti ada rumah-rumah bangsal. Di tengah-tengah sungai pasti ada perahu layar. Lalu latar belakang kejauhannya adalah gunung-gunung membiru dan burung-burung berterbangan. Itulah nuansa tahun 1960an di sepanjang Batang Sadong. Rumah saya pada masa itu kebetulan adalah di pinggir sungai dan di masa air pasang penuh saya sering mengikut ayah saya bersampan untuk menikmati suasana tenang air penuh. Minat melukis sebegitu, sebetulnya, tanpa saya sadari bahawa sejak dari kecil Hijau telah menjadi warna kegemaran saya.

(2i) Capaian di internet menjelaskan bahawa Green, the color of life, renewal, nature, and energy, is associated with meanings of growth, harmony, freshness, safety, fertility, and environment. The color green affects us physically and mentally in several different ways. Green is soothing, relaxing, and youthful. Green is a color that helps alleviate anxiety, depression, and nervousness. Green also brings with it a sense of hope, health, adventure, and renewal, as well as self-control, compassion, and harmony.The color green has healing power and is understood to be the most restful and relaxing color for the human eye to view. Green can help enhance vision, stability and endurance. Too much green can cause people to become placid, lazy, slow, moody, depressed, and lethargic. Too little green can cause feelings of apathy and fear of rejection.. Benar, kegemaran pada Hijau adalah lambang kepada kecenderungan untuk maju, kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Sesungguhnya pilihan Hijau sebagai lambang warna Islam oleh SAW adalah menjurus kepada ciri-ciri tersebut. Dan saya yakin, sedar atau tidak sadar, dan pastinya dengan bimbingan dari Allah, SAW memilih Hijau adalah sebagai lambang bahawa Umat Islam harus terus bersifat bertenaga. Kerana itu, maka timbullah seruan bekerjalah kamu seoalah-olah kamu akan hidup selamanya dan berIbadahlah kamu seoalah-olah kamu akan mati besok. Di dalam kehidupan Hijau diri saya, di mana di bidang pelajaran saya memilih untuk menjadi Botanist sedang di bidang kerjaya saya lebih cenderung kepada Perancangan Bandar dan Desa adalah sangat bertepatan dengan warna kegemaran saya itu. Saya merasa seronok melihat masyarakat yang saya perlu jaga terus maju dan hidup rukun damai. Maka sebab itu soal-soal kesejahteraan masyarakat luar bandar sering menjadi tumpuan utama saya. Maka sehingga kini, biar apapun saya tetap kembali ke desa untuk membina hidup yang santai, sejahtera, damai dan rukun bersama masyarakat yang harus saya pedulikan. Hiruk pikuk kota sangat saya hindari melainkan kota-kota yang nuansanya sangat alami. Maka saya tidak pernah melupakan kota-kota kecil di Colorado, Amerika seperti Boulder, Golden dan malah Kota Metro Denver yang suasana alaminya cukup terpelihara.

(2ii) Saat saya menginjak teenage saya lebih gemar melukis bunga-bungaan. Namun Hijau saya utamakan dengan warna-warni bunga kian mendapat tempat. Kembangan berwarna merah dan orange jadi kegemaran saya. Dalam pengertian biasa, Merah melambangkan keberanian, malah boleh saja dianggap sebagai laparkan darah, panas. Red is the color of fire and blood, so it is associated with energy, war, danger, strength, power, determination as well as passion, desire, and love. Red is a very emotionally intense color. It enhances human metabolism, increases respiration rate, and raises blood pressure. Namun, itu adalah perlambangan. Maksud sebenar Merah jika disorot pada watak positif seseorang saya kira lebih menjurus kepada sifat aktif. Secara pribadi, saya gemar kehidupan yang aktif. Saya tidak berminat kepada kehidupan pasif. Maka bersyukur dengan mengadah tangan, saya tidak gemari. Saya lebih suka syukur mencari. Tidak peduli bukan sifat saya. Maka jika ada apa-apa permasalahan, saya lebih cenderung untuk menyelesaikannya dari swept those under the carpet. Terkadang kerana peduli, saya sering jadi mangsa. Namun itu tidak mengapa kerana kecintaan saya kepada Hijau sering cancel out kesan-kesan pemangsaan ke atas diri saya.Dalam dunia buah-buahan, Mahabijaksana Allah agar kita mudah mengerti, betapa buah-buah berwarna merah itu sering terkait dengan khasiat baik bagi jantung. Merah adalah darah.. Maka apa saja buah-buahan yang merah, pastinya terkait dengan darah iaitu jantung. Mungkin orang tidak pernah bertanya, kenapa gincu bibir seringnya bermarna merah. warna pink juga sering kita lihat. Ini sebetulnya tidak lain, adalah untuk membangkitkan aroma ghairah ie aktif. Kegahirahan seseorang wanita, boleh dilihat pada warna pakaian dan perhiasannya. Maka tidak heran jika Merah menjadi lambang ideologi Komunis lantaran sifat aktif, malah aggresif adalah keperluan Komunisma. Masyarakat Cina cukup gemar warna merah. Itulah lambang yang sangat sesuai dengan sifat kehidupan mereka. Aktif dalam segala bidang, malah agresif.

(2iii)  Dan warna ketiga kegemaran saya adalah orange. Orange adalah warna yang tidak catchy namun tetap jelas tampak. Cuma jika kita perhatikan baik-baik pada alam, biasanya Allah meletakkan warna orange pada susunan tidak beriringan dengan Merah. Orange biasanya di dunia alami adalah dibatasi oleh hijau yang kuat malah sering diganding dengan kuning. Bagi saya, Orange adalah sifat hangat warm. Sesiapa yang minat pada warna Orange biasanya mereka punya sifat hangat ie mesra dan santai. Saya mudah mesra dan hangat kepada sesiapapun, melainkan firasat saya sangsi. Firasat sangsi itu, saya kira adalah kerana Hijau yang saya minati. Maka kerana saya meminati kedua-dua Merah dan Orange maka saya sering terlibat dalam debat dengan sesiapapun tidak kira kedudukan malah latar belakang sesiapa. Untuk setengah pihak, saya dilihat sebagai biadap pada waktu-waktunya, namun sifat saya jelas, iaitu saya cukup hangat dan panas dengan percambahan fikiran. Kerana minat saya kepada Merah dan Orange maka batas pergaulan saya tidak terhad. Saya boleh berkawan dengan Ustaz, bahkan saya boleh juga berkawan dengan melaun. Saya boleh berkawan dengan anak-anak, saya juga boleh akrab dengan mereka yang jauh lebih berumur dari saya. Saya tiada masalah untuk mesra dengan mereka berpangkat, malah saya tidak pernah lupa kepada pencuci tandas dan pemungut sampah. Dan saya yakin, pastinya Hijau terus berperanan di situ.  Kebiasaan, sesiapa yang minat Orange pasti dia juga minat Merah. Orange sebetulnya terbina dari pertindihan Kuning ke atas Merah. Sifat hangat pada Orange adalah bersebab sifat aktif pada Merah. Dalam dunia buah-buahan, Orange terkait dengan Vitamin C. Vitamin C adalah penting untuk kulit. On average kulit yang cukup Vitamin C pasti warnanya kuning segar atau sedikit Orange, memerah segar. Sekali lagi, Allah sebegitulah Dia memberi pertunjuk jika kita mahu dekat kepadaNya dan sering berfikir. Padang Pasir, di waktu senja dan bahkan alam ini di waktu senja, warna orange cukup terserlah. Agak-agak kenapa? Sekali lagi mahabijaksana Allah. Senja adalah waktu keluarga berkumpul. Mereka berkumpul agar dapat menikmati juadah makan bersama dan mesra. Tidakkah untuk enak makan dan mesra, sewaktu-waktu kita lapar? Itulah hakikatnya message dan cara Allah mengaruhi kita agar lapar dan hangat. Dia menukar senja jadi Orange agar Umat manusia dapat bersama keluarga dalam keadaan hangat dan seronok makan. Cuba renung sejenak, buah warna apakah yang paling seronok kita hendak makan? Cuba perhatikan di antara buah limau yang kuning dan orange yang Orange, yang mana akan akan lebih mengiurkan nafsu kita? Orange juga terkait dengan karotin yang sangat penting bagi kesihatan mata. Kecenderungan kita untuk mengamati warna Orange hakikatnya adalah kerana mata kita juga dahagakan apa yang penting baginya. Aturan alami Allah cukup mahabijaksana jika kita menyadarinya.

(3) Di saat saya menginjak usia 40an, minat saya kepada lukisan terus kekal, namun saya sudah tidak lagi berpunya seni seperti saya di masa kanak-kanak dan teenage. Bidang pengkhususan akademik serta jenis kerjaya yang saya pilih, saya kira membunuh nilai-nilai seni yang ada pada saya. Jari-jari dan jiwa saya menjadi sedikit keras. Walaubagaimanapun kebolehan melukis sangat membantu saya di bidang akademik yang kebetulan banyak keperluan untuk melukis. Bidang yang berkait dengan biologi sangat-sangat memerlukan kemahiran melukis. Kerana saya boleh melukis, maka itu sangat membantu lab works malah mengambil nota kuliah dalam bentuk lakaran dari tulisan berjela-jela. Kegemaran melukis kemudian memberikan saya banyak advantage dalam merangka conceptual ideas khusus dalam merangka program, projek dan model-model pembangunan luar bandar dan bandar.

(4) Pada usia 40 an. saya sangat-sangat bersyukur, Allah melimpahkan sedikit rezeki kepada saya, sehingga saya mampu memiliki kamera yang bagus-bagus. Sesungguhnya senifotografi juga menjadi minat saya, namun lantaran keadaan sengkek saya melupakannya. Alhamdullilah pada 2000an, Allah memberikan saya peluang untuk menzahirkan minat fotografi saya. Dan paling nyata, dalam bidang fotografi, saya seperti beralih selera kepada warna Putih. Saya menjadi lebih gemar untuk merakam object berwarna Putih. Kembangan, aliran air, tetesan hujan dan embun malah kristal-kristal Putih salju dan batu-batu menjadi subject fotografi saya. Subject fotografi saya juga bertukar mengikut selera kerjaya. Kerjasaya saya sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam mengaruh dan mengurus pembangunan ekonomi, memerlukan saya boleh mengamati sekitaran amnusia dan kemanusiaan dengan lebih jitu. Lantaran itu, saya banyak merakam gelagat dan ciri-ciri manusia-manusia terpinggir. Seni saya lebih untuk melihat kemanusiaan dan Putih itu saya kira adalah penghijerahan jiwa kepada keharusan azali kita. Kita dibina dan dilahirkan bersih, maka ke situ iaitu putih bersih harus jalan tujuan kita.

(5) Sigmund Freud ada menulis You is you when you are kid. Jika kita menelusuri riwayat SAW, sejak dari janin sehingga kanak-kanak malah di alam remaja, beliau sangat lain dari para anak-anak Quraish keturunan bangsawan. Muhammad dari kabilah Mutalib adalah di antara bangsawan Quraish. Namun saat hidup anak-anak dan remajanya, dia meniti hidup yang cukup lain. Dia seorang yang kritis. Pemberani. Gemar menyongsong arah. Dia berdiri teguh mencari kebenaran dan berpegang kental pada kebenaran. Sesungguhnya, dalam setiap ceramah Islami kita sering disogok dengan betapa Muhammad itu pilihan Allah. Saya bersetuju. Cuma tidak dan belum saya dengar sesiapapun yang boleh berhujah jelas, kenapa Muhammad itu akhirnya menjadi pilihan Allah. Penjelasan sipi-sipi adalah. Dan saya yakin, biar di dalam Al Quran ada dinyatakan bahawa Muhammad akan lahir dan menjadi rasul. namun itu saya kira hanya sebagai penguat asas kejadian beliau sebagai Nabi dan Rasul. Sesungguhnya, bagi saya, Muhammad diangkat jadi Nabi dan Rasul adalah kerana penjagaan Allah dari sebelum kejadian beliau sehingga akhir hayatnya itulah maksud bagi dia adalah pilihan Allah. Lewat Muhammad, Allah menunjukkan sesiapapun akan jadi pilihanNya untuk sesuatu tujuan, jika manusia itu telah menjalani latihan sepertinya proses hidup dan kehidupan Muhammad. Maka sesungguhnya apa yang Simund Freud tulis tidak lari dari fitrah pilihan Allah, cuma sebagai Melayu khasnya, kita jarang sekali dapat mengerti lain dari apa yang kita dengar atau lihat. Pokoknya lantaran kita gemar bersikap prasangka. Allah mengadakan manusia seperti Freud untuk membolehkan kita lebih faham kenapa Muhammad akhirnya adalah pilihan Allah untuk jawatan SAW. Jika diikut, kehidupan Abu Bakar dan Umar Al Khatab hampir menyerupai Muhammad, namun Allah hanya memilih mereka sebagai gandigan kental Muhammad dan tidak sampai kepada taraf Nabi dan Rasul. Apakah kaitan prihal ini, dengan tajuk tulisan saya?

(6) Sesungguhnya, minat saya kepada seni alami lewat kecenderungan saya kepada lukisan, warna-warni dan senifoto, semua adalah lantaran itulah gene (jalan) yang Allah telah tanam ke dalam diri saya untuk menjadikan saya siapa diri saya. Gene tersebut, hanya menunggu keadaan saja yang memungkinkan penzahiran hasilnya fenotip. Minat, pendidikan dan alam kerjaya adalah keadaan itu. Maka di bidang kerjaya, banyak orang sering menyatakan bahawa saya adalah  you are colorful tidak kurang yang berkata you are very artistic. Kedua-dua ungkapan kata tadi sebetulnya semua menjurus kepada you seem to have unlimited idea. Sesungguhnya, unlimited idea yang sentiasa saya cerna, menjadikan diri saya berani mempertahankan fikiran saya sendiri, biar apapun akibatnya Itulah gabungan Hijau, Merah, Orange dan Putih, warna-warna yang saya gemari. Namun yang paling asas adalah minat saya kepada melukis dan lukisan. Sebetulnya tidak ramai yang mengerti, bahawa seorang yang gemar melukis adalah seorang yang berpunya keupayaan sebagai pemberani. Pelukis dia berani melahirkan pandangannya biar orang sukar mengerti. Bahkan dia tidak gentar untuk dicemuh. Maka Alhamdullillah, dayacipta anak-anak saya terus bertahan sehingga kini, di mana segala idaman masa lalu terus subur dan berkembang dalam membantu saya untuk berfikir secara kreatif dalam menangani apapun persoalan yang harus saya hadapi. Dengan minat saya terhadap warna-warni dan seni lukis, maka semasa dalam kerjaya saya telah menapak dengan merobah beberapa objek kaku kusam sehingga menjadi icon dan atau pemangkin perubahan khususnya dalam bidang pembinaan di Kuching, Sarawak.

(6i) Bangunan Rex lama Kuching telah dibangun sebagai Tempat Letak Kereta Bertingkat, namun seni hias bangunan tersebut dibiar secara warna alami batuan kusam dan pudar. Alasannya, saya yakin adalah bagi penjimatan belanja. Namun, akibat dari masalah senibina dan seni rupa sedemikian maka bangunan tersebut, akhirnya bertukar menjadi tempat jualan pil-pil tidak sihat dan kawasan masalah sosial remaja Melayu. Bila saya mengambilalih pimpinan GLC yang bertanggungjawab ke atas bangunan tersebut, saban minggu pasti saya mendapat lapuran tentang tidak bersahabanya bangunan tersebut kepada masyarakat setempat. Melihat dari sudut Financial Feasibility tiada apa boleh dibuat untuk memperbaiki keadaan di situ. Namun suatu hari, saat duduk sendiri di Tebingan Sungai Sarawak dari sebelah Kg Surabaya, saya berfikir bagaimana jika bangunan itu dijadikan colorful. Ilham untuk mewarnakan bangunan tersebut diperkukuhkan dengan adanya Reservoir Park dan beberapa buah Sekolah berdekatan. Saya ingin mengujudkan suasana ceria bagi kawarasn
tersebut. Apa lagi di sebelahnya ada Tokong Cina dan Carpenter Street yang sangat indah jika dapat diransang untuk diubah. Kesan pada semua itu, pasti menjadikan Kuching lebih colorful untuk masyarakat setempat hargai dan pelancung nikmati. Dan sesungguhnya, perubahan warna-warni bangunan tersebut adalah hasil dari lukisan para anak-anak kakitangan GLC berkenaan. Cuma kerana saya terlalu sibuk dengan hal-hal lain, saya lupa untuk menghargai wawasan anak-anak tersebut. Di sini, siapapun mereka dan orang-orang tua mereka, sebetulnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas dayacipta tinggi mereka. Menjadikan bangunan berkenaan the most colorful building di Kuching telah menjadikan ianya pandu arah yang cukup berkesan. Mungkin banyak tidak memerhati, dua Toa Pek Kong yang berhampiran juga berubah wajah setelah Bangunan itu berdiri berwarna warni. Kini Lebuh Toa Pek Kong ie sambungan Carpenter Street telah perlahan-lahan berubah menjadi Night Living Street untuk para budget tourists.

(6ii) Ilham mewarna Bangunan Letak Kereta Bertingkat Rex sebetulnya adalah kelanjutan dari percubaan saya ke atas sebuah lagi Bangunan Letak Kereta Bertingkat milik GLC berkenaan iaitu Saujana Car Park, di Lebuh Pasar, Kuching. Bangunan ini juga kian usang dan kusam. Para penjaja yang berjualan di tingkat atas bangunan tersebut sangat keluh kesah memandangkan mereka kian kekeringan pelangan. Mewarna-warnikan banguan tersebut disamping beberapa usaha lain untuk menarik pengguna dan peniaga kecil-kecilan ke kawasan tersebut telah diusahakan. Cuma tumpuan saya pada masa tersebut harus menjurus untuk menstruktur GLC berkenaan di samping memacu pembangunan ekonomi luar bandar, maka saya telah tidak begitu jelas tentang masalah kedua-dua Tempat Letak Kereta berkenaan sehingga menjadikan ianya agak sepi dari segi peranan komersialnya. Sesungguhnya, kedua-dua bangunan itu telah direka bentuk yang menjurus kepada keperluan jangka pendek iaitu membangun Tempat Letak Kereta. Nilai-nilai komersil lain bangunan tersebut telah tidak diberikan perhatian luas dan mendalam. Sesungguhnya, tingkat bawah kedua-dua bangunan tersebut telah salah rekabentuk sehingga tidak memungkinkan keduanya boleh diolah semula agar dapat menjadi aktif dalam bidang perniagaan runcit dan specialty outlets. Saya yakin, hanya dengan keberanian, maka prihal ini dapat dirobah. Namun saya percaya, jika lantai tingkat satu Saujana dapat diroboh, dan Garound Floor bangunan itu dapat dirombak menjadi partial mini-outlets dan indoor landscape pasti Saujana akan kembali meriah. Untuk bangunan Rex Lama, sub-basement tukarkan saja jadi cars park dan Level 1 dan 2 diolah agar lebih open untuk specialty shops.

(6iii) Saya juga telah diminta untuk membantu seorang pengusaha yang sangat besar jasanya dalam menyatukan sebuah kaum di Negeri ini ke dalam gagasan politik yang lebih mantap. Beliau adalah pemilik dan pengusaha sebuah Hotel di Jalan Rubber. Hotel berkenaan berada dalam keadaan dhaif dan telah bertukar menjadi pusat khidmat menjual daging segar. Pengurusan Hotel cukup berkecamuk sehingga terhutang yang membawa kepada pengusaha disekat perjalanannya oleh pihak berwajib. Biarpun saya diminta untuk salvage pengusaha berkenaan, namun saya telah tidak dibenarkan untuk menjadikan tempat berkenaan sebagai Hotel. Saya berkeras. Saya mencari jalan untuk mengekalkan tempat tersebut menjadi Hotel. Pengurusan Hotel sememangnya memerlukan kepakaran khusus, Namun saya yakin, dengan strategi pemasaran yang baik, dan dengan Income Stream yang mantap pasti banyak hal boleh diuruskan kemudian. Oleh yang demikain, sekali lagi daya kreatif seni saya pergunakan bagi mengujudkan market trademark bagi Hotel tersebut. Pertama-tama saya menjadikan bangunannya berwarna warni. Kedua, kamar-kamar Hotel juga harus berwarna warni namun harus memberikan nuansa Kamar Tidur yang tenang. Saya juga mengujudkan sebuah Restoran yang boleh menjadi Tempat Berkumpul bagi para pengusaha-pengusaha kecil bumiputera. Secara ringkas Hotel tersebut saya ilhamkan sebagai Pusat bagi para pengusaha kecil bumiputera untuk berkumpul dan saling berususan. Pengurusan Hotel tersebut kemudiannya saya serahkan kepada seorang kenalan yang berminat di bidang berkenaan. Di samping itu, saya berkeras agar Restoran Hotel berkenaan harus menyajikan Masakan Indonesia bagi mewujudkan kelainan pasaran makanan di Kuching. Sebetulnya bersama Restoran ini, saya juga mengujudkan rangkaian Restoran serupa di Tempat Letak Kereta Rex dan di Desa Ilmu, Kota Samarahan. Sesungguhnya, tidak banyak pihak yang sadar bahawa, konsep Restoran yang saya mulakan di Samudera Court, Bangunan Letak Kereta Rex, dan Desa Ilmu Kota Samarahan telah menyemai keberanian banyak pihak untuk membina Restoran yang bagus-bagus lari dari konsep Kedai Makan yang biasa kedapatan di Kuching. Juga saya yakin, hasil dari restoran-restoran ini, kemudiannya muncul beberapa tempat makan popular di Kuching diantaranya adalah Raja Ayam Penyet dan Kopi O Corner yang berwajah baru. Pengurus-pengurus bagi Aroma Desa di MetroCity, Matang Jaya, Aroma Desa Sibu dan Aroma Desa di Entikong, adalah mereka yang telah saya bawa masuk bagi membantu pengurusan rangkaian restoran yang pernah saya wujudkan. Malangnya semua restoran ini terpaksa bungkus lantaran masalah minat dan keutamaan mereka yang saya berikan peluang untuk berjaya.

(6iv) Seperti saya nyatakan, semasa anak-anak saya sudah suka berniaga. Bahkan sebaik tamat pengajian (1984), saya tidak tergesa-gesa untuk bekerja, sebaliknya saya memulakan menubuh Koperasi di Kampung saya dan dengan berbekal modal hanya sekitar RM2,500.00 saya memulakan Perniagaan Runcit dan Urusan Jual Beli Kopra dan Koko di Kampung. Maka bila mengetuai GLC, saya sangat bersimpati ke atas nasib para peniaga bumiputera di Kuching. Mereka biasanya berniaga dalam keadaan terpinggir dan tidak mungkin boleh menjadi sangat berjaya. Tempat-tempat perniagaan mereka tidak pernah lari dari konsep warung. Maka biar tidak popular saya telah mengambil langkah untuk membeli dan bahkan mewajibkan para pemaju tanah-tanah GLC yang saya pimpin untuk memberikan bangunan-bangunan perniagaan sebagai komponen penting pulangan untung kepada GLC berkenaan. Di Desa Ilmu, Kota Samarahan saya telah mengarahkan Bahagian Hartanah GLC berkenaan untuk membeli 16 (?) unit kedai bagi keperluan penyediaan kemudahan setempat bagi para siswa/i UiTM dan UNIMAS di kawasan berkenaan. Sekali lagi konsep Mini Market, Asrama, Spa, Restoran malah Bakery dan Stationary saya wujudkan. Di sini saya mengharap para pengusaha bumiputera yang saya berikan peluang dapat saling mendokong untuk sama-sama berjaya. Maka komplek bangunan itu saya namakan sebagai Pelita Haus. Pelita adalah simbol harapan. Haus adalah perkataan Jerman bagi house sebagai inspirasi para bumiputera yang mengelolakan urusniaga mereka di situ akan mengambil iktibar dari semangat setiakawan Jerman dalam apa juga bidang. Malangnya, tiada sisapa mengerti. Perkara ini saya kembangkan sehingga meliputi Beladin, Betong, Sundar, Lawas, Bt 7 Jalan Samarahan Lama dan Samariang. Usaha saya untuk membeli beberapa rumah kedai di Jln Matang telah disekat atas alasan bahawa GLC berkenaan tidak perlu terlibat di dalam perniagaan. Malangnya bagi tempat-tempat ini, saya tidak menyimpan sebarang gambar, namun semua itu masih ada tetapi telah lari dari konsep asal tujuan saya. Usaha untuk membina usahawan peruncitan bumiputera tidaklah mudah dan hasilnya tidaklah macam membikin cukur pisang goreng. Sayang seribu kali sayang, para kakitangan awam bumiputera jarang sekali berpunya otak dalam menyumburkan usaha dagang di kalangan kaumnya biar Muhammad SAW telah menegaskan itu sebagai fardhu kifayah yang sangat menguntungkan. Umar Al Khataab mewajibkan dagang diusahakan oleh Muslimin, kita menghormati Umar sebagai Umar tetapi tidak adeen amalannya.

(6v) Mungkin yang paling iconic di atas kegilaan warna warni saya adalah enam projek hartanah GLC yang saya pimpin. Pertama di Mukah, sederet kira-kira 40 buah rumah Kedai di Boulevard Setiaraja. Mukah adalah sebuah bandar baru yang sedang kembang membangun,. Cuma masalah pembangunan hartanah di sana seperti di monopoli oleh seorang pengusaha. Cara beliau adalah bina dan jual. Soal-soal jati diri serta keindahan sangat tidak beliau pedulikan. Maka bila saya diarahkan untuk membangun sebidang tanah di Boulevard SetiaRaja, maka pemaju berkenaan telah saya paksa untuk membuat kelainan dari kebiasaan square dull shophouses. Bila siap, GLC saya mendapat berberapa bangunan sebagai pulangan keuntungan dan dalam masa yang sama saya telah mengarahkan agar berberapa buah lagi dibeli sebagai tambahan. Namun, kerana simpati saya kepada para pelajar UiTM yang menyewa bangunan kedai bertaburan di Mukah, akhirnya saya membujuk teman saya di UiTM Kota Samarahan untuk menyewa dua blok 20 unit bangunan tersebut sebagai Kampus dan Puast Kediaman Pelajar mereka di Mukah. Saya telah memberikan mereka kadar sewa yang sangat patut dan itu menjadi ikutan kepada pemilik lain, lantaran comforting long term lease telah kita perolehi. Dengan cara ini, saya mampu membantu menaikan imej UiTM Mukah dan seterusnya memeriahkan lagi kawasan Boulevard SetiaRaja. Terkemudian dari ini, maka pembangunan hartanah di Mukah mulai berpunya senirupa dan seniwarna yang lebih menarik. Saya yakin Mukah kini sudah bergincu dan makeup indah-indah. Sudah enam tahun saya tidak pernak ke Mukah. Jika tidak dahulunya, setidak-tidak sebulan sekali pasti saya berada di sana kerana GLC saya sangat banyak membangun sektor perladangan di kawasan itu.

(6vi) Berkelanjutan dari Boulevard Mukah, kemudian saya berkesempatan untuk membangun semula Pusat Belia di Pending. Tanpa saya sadari, Pusat Belia ini dahulu adalah nostalgik bagi diri saya. Bila projek ini telah menjelma menjadi, I-Com Square barulah saya menyadari bahawa pada Disembar 1972, di situlah saya memulakan langkah perantauan saya ke Malaya untuk meneruskan pelajaran dan pendewasaan saya. Di situ dulu, kami para pelajar Yayasan Sarawak akan diclimatized dan culturized sebelum diterbangkan ke Malaya. Semasa berurusan dalam perancangan I-Com Square ini, kedua-dua pemaju dan arkiteknya sangat tidak senang dengan saya. Kepada mereka, yang penting mereka bangun dan jual apa yang ada. Saya mencari jatidiri untuk Kuching. Bagaimana akhirnya saya dapat merobah pemikiran mereka adalah dengan bersikap biadap; di mana saya cabar mereka secara sinis "You work so hard here. Make ton of monies. Then you take your family abroad to Perth, Venice or Las Vegas to enjoy the beauties there, yet here you dare not to do things that you love so much enjoying over there. I would not allow you to do all those similar things over here. I don't mind to fight even with the CM on this principle." Inilah satu-satunya Projek paling berwarna-warni yang lahir dari kegilaan saya. Cuma saya kesal, bila projek ini telah siap, saya dapati bahawa saya telah sedikit apla dalam soft scape. Juga kekesalan yang tidak terhingga, dari beberapa banyak bangunan yang dikembalikan kepada GLC berkenaan, dan saya berkira tempat ini cukup happening dan boleh dijadikan kebangaan untuk menyubur budaya berniaga di kalangan kaum bumiputera, saya dimaklumkan kebanyakan dari bangunan-bangunan berkenaan sudah dijual. Sikap to maintain for the future bumis tidak kental dipertahankan atas sikap kerdil, bacul bahkan tamak mereka yang diamanah untuk mengurus Bangsa, Agama dan Negara.

(6vii) Dengan kejayaan pemaju dalam mendapatkan kelulusan bagi I-Com Square, beliau kemudian mengusul agar GLC yag saya pimpin dapat memajukan tanah milik Persatuan Pesakit TB dan kawasan setingan di Bt 7, Sentosa, Kuching. Kawasan ini sememangnya menjadi kawasan tegar setingan. Banyak pihak telah cuba memajukan kawasan ini namun mendapat tentangan politik dan para setingan berkaitan. Namun berkat kesanggupan pemaju untuk sedikit berkorban serta usaha-usaha kita dalam membantu para setingan untuk mendapatkan perumahan mampu milik, segalanya sehingga kini tiada keributan telah berlaku, malah tidak memberikan apa-apa kesan politik kepada mereka yang berkaitan. Sesungguhnya, Projek ini telah menukar Frontal Image Kota Sentosa khususnya dari Highway Kuching-Serian. Kesanggupan saya untuk terlibat dalam Projek ini sebenarnya terdorong oleh dua faktor penting, Pertama, para setingan di situ sebenarnya paling tidak selamat. Mereka membina setingan di lembah yang terdedah kepada banjir, bahkan wabak penyakit akibat rupabentuk bumi di situ yang tidak mewajarkan penyediaan kemudahan selesa buat mereka. Kedua, Simpang Empat Bt 7, adalah sebuah simpang yang agak sibuk. Dayamaju kawasan ini untuk pertumbuhan bandar di masa depan adalah tinggi. Keperluan premis perniagaan pribumi di sini sangat berkurangan. Maka, usaha saya membina Projek ini, sekali lagi punya motif untuk menyediakan premis perniagaan strategik pribumi yang harus dipelopori dan diurus oleh GLC tinggalan saya.

(6viii) Simanggang kerana kejayaan Operasi Komunis pada 1970an, telah ditukar menjadi Sri Aman. Simanggang yang dilintasi Batang Lupar, sebatang sungai yang berpunca dari Banjaran Kelingkang mempunyai aliran air gunung yang deras. Namun akibat struktur bawah tanahnya yang saya kira mungkin agak keras terutama di bahagian muaranya di mana kedapatan Pulau Burung dan bukit granit di Sebuyau, maka muara sungai ini biar luas tetapi cetek. Lantaran fenomena cetek, luas dan aliran air turun deras, maka bila muncul anugerah Allah berupa Benak yang menjadikan kedua-dua Batang Lupar dan Batang Sadong (sungai jirannya) sangat unik. Simanggang dan kini Sri Aman terkenal dengan Lagenda Bujang Senangnya, dan kini Pesta Benak sudah menjadi pesta yang boleh memberikan tarikan wisata peringkat antarabangsa. Tidak banyak sungai di dunia ini yang mempunyai fenomena Benak iaitu gelombang air pasang akibat pertembungan air pasang dan surut yang deras dan berlawanan arah. Biarpun Pesta Benak cuba ditonjolkan sebagai daya tarikan ke Sri Aman, namun secara harian Sri Aman adalah lesu. Inilah contoh-contoh pekan-pekan lama yang terbina dari tradisi Cina yang entah berapa kurun lamanya. Jalan-jalan sempit. Bentuk-bentuk bangunan juga sangat monotone. Maka bila saya diusul untuk membangun Sri Aman Square, saya telah memaksa pemaju membuat banyak kelainan dari yang biasa dia perbuat. Sejak 2009, sehingga kini, saya telah tidak punya kesempatan untuk berkunjung ke Sri Aman. Harapan saya, semoga apa yang telah saya paksakan di sana sedikit membawa perubahan dan life ke Sri Aman. Paling mungkin ingin saya lihat adalah bagaimana GLC yang bertanggungjawab dalam mengurus Projek tinggalan saya itu mampu menyediakan tempat berniaga strategik bagi kalangan pribumi yang telah saya tetapkan rupabentuk dan kedudukannnya.

(6vix) Saya menghadapi dua kegagalan dalam dua usaha untuk mewarna-warnikan Kuching dan akhirnya harus menjadi ikutan dalam pembangunan hartanah di seluruh Sarawak. Pertama adalah bekas tapak setingan di Padungan ie di belakang Travillion. Saya gagal di situ kerana sikap tamak sebuah pemaju yang terlalu beria-ia untuk bersaing dengan GLC saya dalam memajukan tapak tersebut yang mengakibatkan Kerajaan membatalkan niat untuk menganugerahkan tanah berkenaan kepada GLC pimpinan saya. Projek kedua yang sangat saya impikan untuk dapat dijadikan asas bagi menarik para pelancung dari Arab dan Barat adalah pembangunan semula Tapak Penjara Lama Kuching di pinggir Reservoir Park. Saya telah menyediakan Plan yang cukup nyaman bagi para wisata untuk ke situ dan akhirnya merobah Resevoir Park agar benar-benar menjadi Kuching Central City Park yang boleh menjadi tarikan utama pagi para penduduk dan pengunjung ke Kuching. Biar sebelumnya, Taib Mahmud telah bersetuju dengan pembangunan ini, namun setelah saya mengundur diri dari GLC berkenaan, sekali lagi sikap tamak telah merencatkan hasrat membina kekuatan ekonomi Kuching.

(7) Kini setelah meninggalkan jawatan awam, saya sedang melakar-lakar bagi membawa beberapa konsep baru dalam pembinaan Kota dan Pusat Pengajian Tinggi di Negara ini. Alhamdullillah, kini saya sedang berpeluang untuk melakar perubahan City and Universities Places di Johor, Selangor, Kelantan dan juga di Sarawak. In Shaa Allah dalam tempoh 1-2 tahun lagi, pasti semua itu akan muncul sebagai sumbangan kecil saya dalam merobah tatasusun sosial masyarakat pribumi di kawasan-kawasan berkaitan. Alhamdullilah, pengunduran saya dari perkhidmatan awam, bair dengan tiada perancangan teliti, kini Allah memberikan saya peluang luas untuk menyumbang ke arah pembinaan Bangsa, Agama dan Negara yang lebih luas.

(8) Di Kampung saya membangunkan sebuah Mini-Market dan Restoran, MyStore. Ilham konsep MyStore adalah dengan mengambil contoh dari apa yang saya lihat sebagai the Navaho Station yang pernah saya lawati di Amerika dan juga cuba membawa nuansa Bali. Rekabentuk bangunan bercorak Melayu-Jawa, dengan di kelilingi water bodies park. Mini-Market dan Restoran saya cukup berwarna-warni. Saya bermain dengan warna putih, hijau, orange merah dan hitam untuk menimbulkan effect tasty, warm yet soothing. Saya melihat warna bahkan seni tatanya menggunakan the eyes and taste of the kids and ladies. Saya tidak nafikan pada zaman kanak-kanak saya inginkan apa yang saya lihat dan kini saya membinanya, namun jarang sekali saya dapat menikmati apa yang saya bina. Secara pribadi saya lebih banyak berada di luar Kampung. Apa yang saya bina memberikan manafaat yang sangat meluas kepada masyarakat Kampung dan kampung-kampung sekelilingnya. Bahkan kini, saya bersyukur setidak-tidaknya pada 2016 lima buah kedai dan kedai makan di rantau perkampungan saya telah mencuba untuk meniru dan bersaing dengan saya. Saya tidak pernah khuathir tentang niat mereka kerana niat dan tujuan saya tidak untuk bersaing tetapi menjelmakan inspirasi dan tekad. Saya berkira, tiada apa yang harus saya sedekahkan kepada bangsa ini, selain dari keupayaan berfikir dan berkreatif untuk masa depan mereka sendiri.

(9) Seni lukis dan seni warna, di kalangan masyarakat Cina sangat mereka ambil perhatian. Lantaran itu seni calligraphy mereka sangat berkembang berbanding seni khat, anyaman malah seniukir Melayu. Saya jarang melihat anak-anak Melayu dihantar ke kelas-kleas senilukis. Kalau kelas-kelas musik mungkin ada, itupun terhad kepada golongan menengah dan atasan sahaja. Mungkin kerana alpanya kita tentang seni, maka akhirnya jiwa Melayu menjadi keras dan kian terhakis seni kreatif mereka. Melayu jadi kurang berfikir. Sikap Melayu jadi suka mengikut dari mengkaji dan mencipta sendiri.

(10) Bagi saya, pelukis adalah pemikir. Dia sentiasa berfikir dan mencari kelainan. Bahkan dia adalah pemikir yang sentiasa mencari keindahan tersendiri. Lantaran itu, saya yakin, mereka lebih bersyukur dalam banyak hal. Leonardo Da Vinci, jari-jari dan otaknya cukup ligat melakar sesuatu yang anih-anih pada zamannya tetapi kini menjadi hakiki dalam kehidupan modern. Bahkan dari ilham fikirannya, dia menterjemah kandungan Bible menjadi lakaran-lakaran yang bersifat kerohanian. Semua itu akhirnya kini nmelahirkan the Modern Europe, the West.  Barat cukup menghargai seni lukis. Malah dalam WWII, Jerman merompak dan mengumpul lukisan-lukisan dari negara-negara jajahan mereka untuk dikaji dan dikembangkan menjadi temadun mereka. Dalam dunia Islam, hanya Farsi dan Moghul India yang menjiwai senilukis dan senihalus. Hasilnya, sehingga kini dua bangsa ini kekal hebat seni kreatif mereka. Kita, Melayu dan Arab mungkin telah tersalah tafsir tentang betapa SAW tidak suka akan lukisan. Sehingga kini, saya masih tercari-cari hakiki sebenar larangan melukis oleh SAW seperti banyak pihak perkatakan. Saya sering meneliti terjemahan Al Quran Bahasa Melayu dan Inggeris, belum saya temui larangan untuk melukis.

(11) Last but not least, orang dulu-dulu mengkagumi Mahathir di atas kegigihannya membina Bangsa, Agama dan Negara. Orang juga tertarik pada minat pribadi beliau yang suka bertukang. Sesungguhnya, tanpa minat bertukang, Mahathir pasti tidak punya kecenderungan tinggi dalam merangka pemodenan Bangsa dan Negara ini. Seni, bukan sekadar indah pada seni itu, namun seni adalah suatu petanda keberanian seseorang untuk jadi lain dari yang lain.

Kuching, Sarawak
13 Jun - 4 Julai, 2017

0 comments :

Back To Top