.

1/4/17 DI SEBALIK EMPAT SAHABAT BESAR SAW ..... the Living Al Quran?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 06, 2017

Share

& Comment

Siapapun para Nabi dan Rasul, mereka ada pengikut setia mereka. Pengikut ini, samada murid, kawan bahkan sanak saudara mereka sendiri. Ibrahim AS umpamanya, pengikut setia beliau adalah kedua-dua anaknya iaitu Ismail dan Ishak. Nabi Yakub AS pengikut setia beliau adalah anaknya bernama Yusuf AS dan Boyamin. Musa AS dengan Harunnya. Daud AS dengan Sulaimannya. Bahkan tidak anih, pada manusia biasa bukan Nabi dan Rasulpun ada pengikut setia mereka. P Ramlee, tidak mudah terpisah dengan Sudin, Aziz, Ahmad Nisfu dan bahkan Kassim Selamat. Muhammad SAW, tidak terasing. Kali ini, saya cuba melihat kenapa adanya empat sahabat besar di sisi SAW pada zaman hidupnya, dan sesudah matinya beliau. Kenapa empat sahabat ini disebut sahabat besar SAW? 

(2) Muhammad SAW membesar dan berkawan dengan Abu Bakar sedari kecil. Abu Bakar adalah di antara paling awal bersama Muhammad SAW dalam menerajui kebangkitan Islam. Uthman pula, adalah sepupu kepada Muhammad, yang beda umur sekitar tujuh tahun lebih muda dari Muhammad. Uthman dan Abu Bakar atas sifat pedagang adalah rakan akrab. Abu Bakar membawa Uthman kepada Islam. Umar Al Khatab pula lain sifatnya. Dia adalah pendokong keras budaya Jahilliah Quraish. Dia sangat kental dalam mempertahankan budaya Quraish. Dia sangat memusuhi SAW dan Islam. Namun, dengan kuasa Allah, dia sujud juga akhirnya kepada Allah dan menjadi pengikut setia dan pemberani Muhammad SAW. Ali Abi Thalib adalah sepupu Muhammad SAW. Sedari kecil, Ali menjadi anak angkat Muhammad SAW. Ali bersama Islam dan Muhammad SAW sedari kanak-kanak. Di akhir riwayat hidup empat manusia ini, mereka semua adalah sebahagian dari keluarga besar SAW. Abu Bakar dan Umar adalah bapa mertua SAW. Uthman dan Ali adalah menantu SAW. Persoalannya, kenapa SAW berpunya jaringan hubungan sebegitu dengan mereka ini, in such a relationship web?

(3) Berkawan semua orang ada kawan. Kekawanan adalah manusia yang sejalan, secocok; samada dari segi pribadi dan pemikiran ideologi. Binatang yang tradisinya tidak bersahabatpun akan berkawan atas kepentingan sejalan. Tumbuh-tumbuhan juga berkawanan. Itulah kebenaran apa yang Allah perkatakan; segalanya Dia jadikan berpasangan. Secara umum dan lumrah, berkawan lantaran masing-masing berpunya kepentingan sejalan. Namun, berkawannya Muhammad SAW dengan empat manusia ini, pasti ada kelainannya. Muhammad SAW adalah manusia pilihan Allah untuk menyinari alam ini dengan segala pedoman baik untuk hidup diberkati. Cuba perhatikan, empat sahabat ini mereka berkuasa dari 632-661M (11H-40H) iaitu 632-634M bagi Abu Bakar, kemudian Umar Al Khatab 634-644, Uthman Affan 644-656, dan Ali Abi Thalib 656-661. Mereka berkuasa selama 30 tahun iaitu selama satu generasi manusia selepas Muhammad SAW. Dalam peradaban manusia, khususnya sekarang ini, dalam tempoh 30 tahun, terlalu banyak peristiwa besar berlaku. Cuba pula lihat beda umur dan hayat antara mereka dan Muhammad SAW. Muhammad (570-632M), Abu Bakar (573-634M), Umar Al Khatab (583-644M), Uthman Affan (576-656M) dan Ali Abi Thalib (601-661M). Sekilas pandang, Muhammad SAW punya sahabat yang punya jarak umur yang sanggat menarik iaitu dari pemuda-pemuda matang sehingga ke anak-anak di masa mula Hijerahnya beliau. Juga dari sudut professionalisma, Muhammad SAW dikelilingi oleh para pedagang hartawan kecuali Ali Abi Thalib. Mereka juga berupa panglima perang. Pentadbir yang strategis. Mereka juga adalah ulama. Pokoknya, Muhammad SAW Allah lengkapi dengan sahabat-sahabat besar yang cukup berbeda serta pelbagai sifat-sifat mereka. Ada yang lembut, ada yang keras. Ada yang bertolak ansur, ada yang melintang lalu, membujur patah.  Ada yang sangat kaya, ada yang sangat miskin.  Cuma yang pasti, semua mereka ada satu sifat kental iaitu tauhid mereka kepada Allah tiada bandingannya.  Atas sifat-sifat itu maka, secara tradisi kita sering dihujani tentang keberadaan mereka di sisi SAW adalah sebagai penguat kedudukan SAW dan kerja-kerja membangkitkan semula Islam beliau. Mereka sering digambarkan sebagai pembantu SAW dan selanjutnya sebagai pewaris SAW

(4) Ungkapan betapa empat sahabat besar itu adalah pembantu dan pewaris besar SAW memanglah betul. Cuma, pada masa kini di mana, manusia khususnya orang Melayu yang sudah tidak lagi sebegitu berminat mengkaji segala macam Kitab, dan jika membacapun, apa yang mereka baca tidak menyeluruh serta tidak mampu untuk menyampaikan hujah sebenar, maka ungkapan sebegitu pastinya tidak mendatangkan rasa ingin tahu apa lagi menyemaikan ingin menjejaki langkah dan sifat mereka. Sikap kita menjadi acuh tidak acuh. Saya pernah melawat sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menamakan Bilik Kuliah mereka dengan nama-nama besar ini. Saya tanyakan, apa maksud untuk menamakan Bilik-Bilik Kuliah mereka sebegitu? Jawabannya, kebanyakan adalah kerana mereka telah berjasa kepada Islam. Suatu jawaban yang saya kira kerana sifat acuh tidak acuh. Seharusnya, penamaan Bilik-Bilik Kuliah mereka sebegitu lantaran, itulah watak-watak dan keperibadian yang harus mereka jerap dan jejaki sebagai Insan Kamil. Bagi Melayu, nama adalah sekadar pengenalan sama prihalnya menamakan Bilik Darjah sebagai 1A,1B, 1C, 1D dsb, gives no meaning, just an identification

(5) Sesungguhnya, kepada saya, empat sahabat besar SAW adalah para professional yang warak. Kehadiran mereka di zaman dan selepas SAW adalah atas ketentuan Allah. Mereka bukan sekadar pembantu dan pewaris SAW, mereka buat saya adalah sebahagian dari kebijaksanaan Allah dalam menunjukkan jalan bagi panduan UmatNya mengikut keadaan dan waktu mereka. Mereka tidak semata-mata adalah pembantu dan pewaris SAW, mereka Allah adakan sebagai the Living Al Quran.

(6) Muhammad SAW (dan para Nabi dan Rasul lainnya) adalah juga berupa the Living Al Quran. Namun para Nabi dan Rasul lebih berupa penebar Tauhid. Mereka sememangnya juga adalah manusia biasa dan apa yang mereka jalani semasa hidup juga adalah berdasarkan pertunjuk Allah namun, saya yakin segala prilaku para Nabi dan Rasul adalah semua menjurus kepada mentauhidkan Allah. Para sahabat besar SAW, mereka pewaris dalam pengertian lebih luas. Bagi saya, mereka adalah pengembang, expansionist pada apa yang SAW tidak sempat lakukan sebagai pentadbir kemanusiaan. Dari sudut tauhid, apa yang SAW bawakan adalah lengkap dan sempurna, namun dari sudut mengurus manusia beliau tidak sempat melakukan apa lagi menunjukkan jalan lengkap dan sempurna. Saya berkata sebegitu sesuai dengan apa yang Muhammad SAW katakan "Kamu akan lebih tahu tentang urusan dunia kamu". Bahkan saya yakin, sengaja Allah menjadikan ilmu pengurusan kemanusiaan ini adalah sangat subjective bersebab, Dia juga telah membenarkan setan untuk terus wujud bagi mengoda manusia. Sifat subjective sistem pengurusan kemanusiaan ini adalah suatu yang sengaja Allah wujudkan bagi memberikan peluang untuk manusia mengangkat diri mereka ke kedudukan tertinggi Jannah bahkan turun ke Neraka paling bawah. Sifat subjective tersebut adalah ujian keImanan dan keTaqwaan Allah. Namun sebegitu, Allah tetap memelihara dan menyiram Taufiq dan HiyadayNya kepada mereka yang mahu berbuat baik. Maka berasaskan itu, saya berkeyakinan empat sahabat besar SAW, Allah adakan sebagai kesinambungan cara bagaimana kemanusiaan itu harus diuruskan selaras dengan tauhid yang telah Muhammad SAW ajarkan sesuai dengan masa dan keadaannya.

(7) Saya cuba menguji kefahaman serta pemikiran saya tentang kenapa wujudnya empat sahabat besar SAW pada zaman dan satu generasi selepas beliau. Maka dalam suatu perjumpaan dengan Muhhyidin Yasin sekitar beberapa bulan lepas, saya pernah mempersoalkan beliau tentang halatuju Parti Bersatu (PPBM). Di dalam pidato-pidato Bersatu di seluruh Malaya kini saya perhatikan penuh dengan persoal-persoalan dan memperkatakan keburukan UMNO dan BN. Jika UMNO dan BN tidak baik, maka di mana bedanya, khususnya Bersatu sebagai parti sandaran baru buat Melayu dan Negara khususnya di Malaya? Hakikatnya, saya belum nampak beda ketara Bersatu dengan apa yang mereka sedang perkatakan tentang UMNO dan BN. Benar, Bersatu belum berkuasa. Itu sang buta, pekak dan tulipun tahu. Namun, sebagai Parti khususnya yang bernada mahu membela Islam dan Melayu tidakkah ada dalam naluri para pemimpin dan pendokong Bersatu (malah PH) untuk melihat teladan SAW? Apakah SAW menanti sehingga dia berkuasa maka baru dia mengamal dan menunjukkan, practiced and being seen berkeperibadian mulia dan sangat memberikan harapan? Tidakkah sebelum menjadi Rasulpun Muhammad telah bergelar Al Amin? Beliau pastinya adalah pemikir kelestarian bangsa Quraish melampaui pemikiran para pemimpin Quraish yang ada pada masa itu. Juga mereka yang bersahabat dengan beliau pada masa dan selepas beliau menjadi Rasul. Maka di sinilah besar dan sebesarnya sifat dan kedudukan para sahabah Nabi SAW, mereka tidak menanti untuk menjadi khalifah baru mereka menjalani dan melakukan perkara-perkara baik-baik. Biar hanya sebagai pengikut, mereka cekal baik-baik. Abu Bakar dan Umar, berlumba-lumba untuk membuat yang terbaik baik. Mereka tidak pernah mahu mengalah dalam mengerjakan kebaikan biarpun hanyalah seorang pengikut SAW, apa lagi selepas mereka menjadi khalifah.

(8) Cuba perhatikan kehidupan kita kini dan zaman Jahilliah Quraish. Di mana beda dan persamaanya? Riba, ada. Rasuah, ada, Syirik, banyak. Munafik, banyak. Menindas, ada. Zina, banyak. Bunuh bayi, kian meningkat. Kemiskinan, masih banyak. Tamak, mengila. Haloba malah terus berleluasa. Bakhil, kian menjadi-jadi. Dengki, khianat, terus berleluasa. Malas, terus kekal. Bacul, kekal. Singkatnya, segala apa di zaman Jahilliah Quraish, bahkan di zaman Firaun, Lut AS, Sulaiman AS dsb  masih kekal bahkan kian subur berlaku kini, kenapa? Muhammad SAW telah bekerja keras menghapuskan budaya Quraish Jahilliah, apa tidak mungkin Melayu kini sedang menelusuri hebat sifat-sifat Quraish Jahilliah. Kenapa jadi sebegini? Di sisi Allah, saya yakin jawabannya mudah. Tauhid kita goyah. Kita sembah apa yang tidak harus kita sembah. Sholat kita sememangnya sholat. Kita sembah Allah. Namun saya berkeyakinan, kita masih menduakan Allah. Kita tidak yakin penuh kepada Allah sehingga sifat Jahilliah dan Islam terus berbaur hebat. Jika di zaman Quraish Jahilliah, SAW diwujudkan bagi memperbetulkan keadaan. Namun kini, kita tidak perlu Nabi atau Rasul. Itu telah Allah putuskan. Allah telah lengkapkan dan sempurnakan Al Quran untuk kita. Nabi dan Rasul kita kini hanyalah Al Quran. Yang kita perlukan adalah pengamalan kepimpinan sebagai salah satu dan atau gabungan empat sahabat besar SAW.

(9) Cara kepimpinan empat sahabat besar memang berbeda-beda. Namun seperti saya perkatakan sebelumnya, mereka kekal pada satu sifat khas iaitu bersih. Mereka bersih dari penyimpangan bertauhidkan Allah sepenuhnya. Tauhid utuh mereka tergambar dalam kepercayaan mereka betapa dunia adalah wadah bagi mendapatkan nikmat hidup mutlak sempurna di Jannah. Kerana itu, mereka biar sebelum dan semasa menjadi khalifah, mereka tidak memerlukan kehidupan duniawi yang senang dan selesa. Mereka kekal zuhud dan mewarisi sifat zuhud SAW. Zuhud sentiasa mendekatkan mereka kepada Allah dan dengan itu segala apa yang mereka lalukan mendapat barakah Allah. Biar dalam soal kepimpinan, dari sudut pandang pengurusan moden orientalis banyak kritik boleh dihujahkan, namum kepada saya, semua itu adalah ketentuan Allah untuk kita fikirkan. Jika baik, teladanilah. Jika tidak, harus kita singkirkan. Berdebat secara ilmiah mengenainya, tiada halangan asalkan akhirnya ianya boleh menjurus kepada pencarian jalan terbaik.

(10) Cuba lihat. Abu Bakar sifatnya lembut namun tegas. Sifat itu perlu lantaran, di zaman beliau, bahkan di zaman SAW, sifat sebegitulah yang menyinari dan menyuburkan Islam. Namun Allah tidak memanjangkan keperluan sifat sebegitu. Beliau hanya bisa mentadbir selama dua tahun. Dan ini saya yakin, betapa kebijaksanaan Allah itu sangat besar. Benih yang cambah, tidak lama sifat lembutnya. Harus keras, menjadikan benih apapun akan hidup subur dan membiak. Maka Umar ditakdir mengambilalih dari Abu Bakar biar tandingannya adalah Uthman dan Ali, iaitu saudara-saudara Muhammad SAW sendiri. Umar Al Khatab, beliau seorang yang keras dan tegas. Pemberani tidak kepalang. Sifat beliau adalah membujur lalu, melintang patah. Setanpun minggir takutkan beliau.

(11) Umar Al-Khatab, the Farouk seorang yang jelas tentang yang benar dan bathil, para setan tidak berani hampir kepada beliau, suatu sifat yang sangat khusus bagi Umar Al Khatab. Sifat itulah yang menjadikan beliau 'mengalahkan' Aishah RA dalam prihal kedudukan beliau di sisi SAW semasa hidup dan setelah matinya beliau. Apakah sifat sebegitu juga tidak boleh kita bina pada diri kita?

(12) Sifat keras tegas Umar adalah penting. Pada zamannya Byzanthium Timur (Constanstinople) sangat kuat. Mereka sentiasa ingin meluaskan jajahan mereka keluar dari Turki-Farsi. Tanah Arab menjadi idaman mereka. Maka sifat keras dan tegas Umar adalah penting pada waktu itu untk mempertahan malah mengembangkan Islam. Umar kemudian seperti kita tahu adalah yang mampu meruntuhkan empayar Byzanthium lalu Islam berkembang ke Farsi dan menjadi asas bagi perkembangan Islam ke Asia Tengah, Eropah dan malah ke India dan Timur jauh. Uthman sangat berbeda. Dia bersifat agak lembut. Beliau sangat bertolak ansur dalam banyak hal. Sifat ini, bukan tidak ada sebabnya. Bagi saya, sikap ini sengaja Allah adakan kepada Uthman agar kita mengerti, bahawa dalam soal kebenaran, kita harus bertegas menegakkan kebenaran. Sifat favouritism sangat mengundang padah. Uthman kecundang akibat dari favoritism dan cronysm. Allah mahu menjelaskan itu dan menjadikan itu bukan amalan yang harus kita ikuti. Ali Abi Thalib, seorang yang keras. Namun kerasnya beliau berbaur dengan kepuakan. Ini juga akhirnya menuntut kepada pengorbanan. Islam terkorban di tangan Ali Abi Thalib dengan peristiwa perpecahan yang sangat dahsyat.

(12) Sesungguhnya, perpecahan dalam pemerintahan Islam bermula dengan kematian Umar Al Khatab. Uthman dengan favouristism dan cronysm dan Ali Abi Thalib dengan kepuakan akhirnya melahirkan Ummayah, Abbasyah, Fatimah, Ottomaniah, Moghul dsb yang cukup lari dari sifat Kerajaan Islam di bawah SAW-Umar Al Khatab. Allah sebegitulah Dia, Dia menunjukkan jalan baik, juga jalan tidak baik, semuanya agar kita faham, mengerti dan sadar.

(13) Sesungguhnya, Abu Bakar dan Umar adalah dua tokoh khalifah dan sahabaht besar SAW yang sukar digantikan. Mereka adalah pertunjuk Allah tentang cara masyarakat dan Negara harus kita uruskan. Sifat Uthman dan Ali adalah anti-climax kepada sifat dan cara Abu Bakar dan Umar. Sengaja, dan telah menjadi roh Allah, setiap apa yang elok Dia pasti iringi dengan genjala buruknya. Cuma akal yang waras akan dapat melihat segala itu sebagai suatu pedoman hidup. Dan pastinya kita terpingga-pingga, kemasyurah Islam pembinaan SAW, Abu Bakar dan Umar runtuh di kala di tangan Uthman dan Ali, lalu muncul keIslaman corak Ummayah. Islam Ummayah terpengaruh dengan Roman dan Farsi. Di waktu Ummayah, banyak kekeliruan berlaku di antara Islam-Islam dan Islam-Roman-Farsi. Dan sekali lagi mahabijaksana Allah, dia memutuskan kekhalifan Ummayah dengan timbulnya Umar Abdul Aziz iaitu cucu kepada Umar Al Khatab dalam mengembalikan Islam-Roman-Farsi kepada Islam-Islam. Cuba ingat hanya dalam tempoh dua tahun sahaja Umar Abdul Aziz dapat mengembalikan Damshek ke era kegelimangan Islam yang agak lain dari tradisi Ummayah. Namun itu juga Allah tidak kekalkan lama. Selepas Umar Abdul Aziz, Islam Damshek kembali kepada Islam-Roman-Farsi. Sejarah membuktian itu kemudian menyebabkan Damshek jatuh ke tangan Abbasyiah di Baghdad dan keruntuhan demi keruntuhan seterusnya, sehingga kini. Islam terus terseret menjadi Islam-Othaman, Islam-Mogul, Islam-Farsi, Islam-Mesir dsb sehingga timbullah Islam-Kapitalis, Islam-Sosialis, Islam-(?) segala macam.Dunia Arab dan Islam kini terpecah-pecah lantaran Islam-Islam bukan jalan pilihan kita.

(14) Cuba kita imbas peri mahabijaksana Allah dalam meletakkan empat khalifah besar, lalu kemudian diwujudkan beberapa khalifah hebat lainnya di antara kecelaruan umat Islam sebagai pedoman kita kini. Dalam hubungan di Malaysia, apakah hikmah yang boleh kita garap dari kewujudkan para khalifah hebat-hebat ini.

(15) Di ambang kegoyahan bangsa Melayu, Abdul Rahman Putera Allah adakan. Dengan sifat beliau yang khusus, maka kemerdekaan Melayu perolehi. Tanpa Abdul Rahman Putera, biar pada masa itu banyak lagi Melayu-Melayu hebat, saya yakin, Melayu tidak akan boleh mencapai kemerdekaamn tanpa adanya Abdul Rahman Putera. Allah mengadakan beliau khusus untuk memerdekakan Melayu tanpa perlu bertumpah darah. Sifat gentelman beliau memungkinkan Melau merdeka. Namun, Abdul Rahman Putera bukanlah manusia paling hebat untuk mengemudi Negara selepas kemerdekaan. Aman memang aman. Bersatu padu memang rakyat sudah bersyukur. Namun rakyat kian lapar dan gelisah dalam bidang yang lain. Di sinilah gandingan Abu Bakar-Umar Melayu menjelma dalam bentuk Rahman-Razak. Razak saya kira adalah Umar Al Khataab Melayu. Razak melonjakkan Melayu untuk keluar dari keresahan baru yang mereka hadapi iaitu pemencoilan ekonomi...... bersambung, In Shaa Allah

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.