Latest Postings
Loading...
Feb 11, 2017

2/2/17 PUTARAN GANAS AKAL DAN NAFSU .... akibatnya dan kewarakan menghapus segala? .....(draft)

Dalam ilmu fisiologi, otak adalah ibarat pusat pemprosesan maklumat CPU dan janakuasa generator. Pertama-tama peranannya sebagai CPU, otak adalah pusat pemprosesan maklumat stimuli yang diterima dari segala deria sensor. Kulit, telinga, mata, lidah, dan hidung (bahkan rambut dan bulu-bulu tubuh) adalah deria-deria sejadi manusia. Dari deria-deria ini, sebarang ransangan maklumat yang diterima akan dihantar melalu rangkaian saraf, electrical cable networks ke otak untuk di proses. Kemudian otak akan memutuskan jenis arahan tindakbalas impul dalam bentuk gelombang elektrik menuju ke sasaran organel (eg kelenjar) dan organ (eg hati) yang perlu mengambil tindakbalas selanjutnya. Dalam hal ini, otak setelah peranan CPUnya selesai, maka ia meransang segala tindakbalas lainnya lewat peranannya sebagai janakuasa generator.

(2) Di dalam ilmu fisiologi, arahan tindakbalas dari otak ke organel dan atau organ disebut sebagai impul. Maka stimuli dari istilah stimulus ransangan adalah berupa maklumat yang diterima, dan impul dari istilah impulsion iaitu arahan tindakbalas, adalah merupakan dua konsep carakerja otak dalam mengawal segala perlakuan pada tubuh badan kita. Otak berdasarkan stimuli yang diterima, setelah memprosesnya akan melahirkanan impul samada dalam bentuk buah fikiran, akal, bahkan tindakan-tindakan lain secara sedar dan atau tidak sedar. Itu adalah peranan asas otak. Sebagai CPU dan generator otak sebetulnya adalah pengawal regulator kepada segala-gala proses dalam dan pada tubuh kita, sedar atau tidak sedar voluntary or involuntary.

(3) Sesungguhnya, kerja otak memproses stimuli kemudian menerbitkan impul itulah yang dinamakan proses berfikir. Itu mungkin kedengaran anih, tetapi sebegitulah hakikinya. Maka cepat lambat seseorang berfikir tergantung kepada kecekapan jaringan sarafnya. Akal adalah hasil dari proses berfikir. Pastinya akal yang hebat sangat berkait dengan apa yang kini yang digembar-gemburkan sebagai paradigm shift, thinking outside the box, bahkan Blue Ocean Strategy. Maka pada manusia ada dua jisim penting yang harus kita jaga yang sangat berkait dengan nilai diri manusia itu. Pertama-tama pastinya otak. Kedua, seperti Al Quran jelaskan adalah hati. Pernyataan Al Quran, seolah-olah menyatakan bahawa hati adalah penentu segala-gala. Itu kefahaman banyak orang. Namun itu tidak benar. Saya berani berkata sebegitu, berlandaskan kias Kehebatan manusia yang Allah pertunjukkan kepada Iblis dan malaikat pada awalnya adalah kerana hebatnya ilmu manusia ie otaknya. Otak tetap organ paling penting pada manusia, kerana bila mendapat serangan jantung, tindakan para doktor untuk memulihkan denyutan jantung, bukanlah untuk menyelamatkan jantung tetapi sebenarnya adalah untuk memastikan oksigen terus dibekalkan ke otak, kerana tanpa oksigen, sel-sel putih otak akan mati dan jika itu terjadi maka lumpuhlah peranan otak sebagai CPU, generator dan regulator. Jika itu terjadi, maka matilah seorang insan itu. Hati tetap dalam kawalan otak. Cuma saya berfikir, Mahabijaksana Allahuakhbar, kita masih belum menjawab bagaimana hati menguasai keinginan sehingga bila keinginan ie nafsu boleh memesongkan fikiran. Seungguhnya, conflict inilah yang ingin saya huraikan dalam tulisan ini.


(3) Allah yang Allahuakbar, mencipta mahluknya dalam tiga kelompok besar jika dilihat dari sudut stimuli dan impul khususnya dari keberadaan otak dan hati.  Batu, tanah, pasir, debu, galian, air, udara dsb adalah mahlukNya tanpa otak dan hati. Maka mereka wujud sebagai mahluk mati ie non living materials, tanpa ada fikiran apa lagi perasaan (nafsu). Kemudian, wujud mahluk hidup namun tetap juga tidak punya otak dan atau hati. Namun sebegitu mereka tetap hidup, kerana mereka tetap berpunya generator. Janakuasa pada mereka ini, tidak berupa otak, melainkan sekadar mitokondria. Mereka ini adalah alam tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan hanya berfungsi untuk hidup untuk keperluan hidupan lain. Tumbuh-tumbuhan tidak perlu berfikir malah merasa. Cuma ada beberapa tumbuhan yang seakan-akan punya rasa contohnya pokok semalu, periuk kera, raflesia, dsb. Kelompok ketiga adalah alam haiwan (termasuk manusia) berpunya otak dan hati. Pada binatang, otaknya adalah semata-mata untuk mengurus biologi keperluan pertumbuhan, pembiakan dan sedikit keperluan untuk ianya melindungi dirinya. Binatang tidak memerlukan akal yang hebat untuk keperluan hidupnya. Benar binatang seperti Orang Utan, Chimpaze, kucing, anjing, ikan lumba-lumba dsb berpunya akal, namun akal mereka pasti sekadar untuk batas memenuhi samada nafsu untuk makan, keselamatan dan atau mengawan. Manusia, tergolong dalam kelompok besar haiwan, namun darjat manusia diletak pada kedudukan tinggi iaitu berpunya otak taraf tinggi higher brain development.

(4) Siapakah yang mengelompokkan manusia ke alam, kingdom haiwan? Kenapa sebegitu? Mengikut sains, manusialah yang mengelompokkan diri mereka ke dalam kelompok haiwan. Bukan beruk, bukan jerung, bukan cicak, bukan orkid, bukan durian, bukan tebu dan bukan siapa-siapa yang mengelompokkan manusia ke alam haiwan. Manusia itu sendirilah yang mengelompokkan diri mereka sebaris haiwan atas dasar mereka berpunya otak sepertinya binatang-binatang lainnya. Manusia adalah the advanced ape beruk yang termaju. Allah sebetulnya tidak pernah mengelompok manusia, ie Adam AS sebagai haiwan. Allah mengangkat Adam AS, manusia, sebagai khalifah ke atas para setan dan malaikat dan segala ciptaanNya di alam maya ini. Sesungguhnya, manusia jika mereka tiada Iman, ie tidak bertauhidkan Tuhan terutama Allah yang Allahuakhbar, mereka mengelompokkan manusia ke alam haiwan, lantaran mereka secara tidak sadar memperakui bahawa manusia itu ada tabiat binatang. Sesungguhnya, wujudnya tabiat binatang pada manusia itu kerana mereka berpunya hati yang melahirkan perasaan. Manusia, sepertinya binatang, mereka berpunya otak dan hati maka kedua-duanya berpunya akal, nafsu ie perasaan.

(5) Pada manusia, otak menghasilkan buah fikiran dan atau akal. Hati pula menghasilkan nafsu. Lantaran berpunya akal dan nafsu, maka manusia dikira sebagai Animal of Higher Degree.

(6) Selanjutnya, saya akan membicarakan, saat akal dan dan nafsu seiringan, maka keduanya tidak akan pernah menemukan kepuasan. Dalam erti kata lain, akal dan nafsu yang sejalan, hasilnya boleh berupa kebaikan dan atau keburukan. Akal dan nafsu yang seiring, biasanya menemukan jalan ketagihan. Ketagihan, biasanya menghasilkan keinginan berlebih. Keinginan yang berlebih, akhirnya meransang otak untuk menemukan akal yang jauh lebih hebat bagi memenuhi keingian yang berlebihan. Jika ini berterusan, akal dan nafsu akan terus saling meransang membentuk satu pusaran ganas yang tidak ada penghujungnya. Bahkan akal yang berlebihan pasti akan mengatasi biar nafsu yang paling ganas dan sebaliknya. Contoh, akal sedar bahawa api akan membakar. Maka kerana akal menyatakan bahawa api itu merbahaya, biar setinggi manapun nafsu berani seseorang, pasti saat berdepan dengan api dia menjadi kecut. Maka samalah tentang nafsu yang berlebihan, juga akan membatalkan cancel akal yang waras. Contohnya, bila mata terlihat perkara yang mengasyikan, maka nafsu akan melonjak, mahu menikmati keasyikan itu biar fikiran berkata jangan dan tidak wajar.

(7) Maka wajar kita harus mengerti, apa sebetulnya yang mengawal tingkah laku malah pribadi manusia? Adakah otak atau hati atau kedua-duanya? Pasti jawabannya adalah kedua-duannya. Tingkah laku, tindakbalas malah pribadi kita adalah ditentukan oleh tindakbalas otak dan hati. Hanya tindakan fisiologi sejadi kita yang bersifat involuntary reaction yang tidak memerlukan campur tangan hati dalam perlakuannya, iaitu dalam kawalan otak sepenuhnya, contoh peredaran darah, percernaan makanan, pertahanan kelalian tubuh, pembaikan tisu-tisu badan dsb. Otak dan hati sebetulnya hanya berkerjasama dalam hal-hal sadar voluntary reaction. Bijak, marah, sedih, berani, takut, suka, benci, hasad, tamak, cepat, lambat dsb yang melibatkan segala gerakan voluntary adalah dalam kawalan otak dan hati. Segala prilaku sadar tidak akan terjadi tanpa kerjasama antara otak dan hati. Hati tidak boleh bertindak sendiri-sendiri untuk menentukan prilaku sadar dan sebegitulah sebaliknya bagi otak. Maka adalah tidak benar, jika kita mengatakan bahawa contohnya seorang yang marah itu adalah semata-mata kerana nafsunya iaitu arahan hatinya. Perasaan marah tidak hanya timbul bersebabkan oleh tindakan hati melainkan ianya juga dalam aruhan otak. Sesungguhnya, tiada apapun tindakbalas pada manusia tanpa penglibatan otak. Otak adalah pusat central bagi segala tidakbalas, perlakuan serta keperibadian manusia.

(7) Agar kita tidak terbabas, otak dan hati tidak harus kita biarkan mereka bertindak dalam pusaran ganas iaitu berlebihan. Contoh, jika hati terlalu gembira, mata akan mulai berair, menangis. Apa lagi jika hati menjadi terlalu duka, otak akan meransang perempesan hormon sedih, maka kuat menangislah kita jadinya. Samalah bila lidah sudah terasa terlalu enak, hati akan berkobar-kobar untuk mahu makan lebih, dan otakpun terus-terus mengaruh agar hormon lapar itu terus terembes. Akhirnya, perut jadi cekang dan jika kita sudah jadi biasa sebegitu, kegendutan pasti akan berlaku. Akhirnya, sifat serakah dalam banyak hal akan turut menjejaki kita.

(8) Maha bijaksana Allah, Dia tahu betapa otak dan hati adalah dua jisim pada manusia yang pasti boleh merosakkan manusia itu sendiri. Namun Dia, sebagaimana maha mengetahuinya Dia, di atas kudrat maha bijaksananya Dia, telah Dia sediakan mekanisma untuk membendung putaran ganas otak dan hati. Breaking Points telah Dia sediakan. Dalam Islam, pada saban hari, Allah telah menetapkan ada lima waktu di mana Putaran Ganas Otak dan Hati akan terhenti (put to break). Pemberhentian itu adalah penting untuk kita kembali normal, sederhana. Waktu-waktu itu adalah Subuh (agar keasyikan tidur tersekat), Dzohor (agar keasyikan bekerja terputus), Assar (agar keasyikan istirehat terhenti), Maghrib (agar keasyikan bersosial terbatas), Isha (agar keasyikan berjaga terbendung). Pastinya banyak breaking points lainnya dapat kita amalkan jika segala sholat sunat juga kita jaga. Apa lagi jika ditambah-tambah dengan puasa, sedekah, zikir-tasbih dan sebagainya. Sesungguhnya Allah telah menyediakan breaking points bagi otak dan hati yang ganas agar berdamai dengan dirinya pada saban detik (zikir), hari (sholat), minggu, bulan dan tahun (puasa) agar manusia benar-benar adalah menjadinya manusia yang Allah mahukan. Sebagai akhirnya, dari cara Allah membendung kelangsungan putaran ganas otak dan hati manusia pasti akan berubah dari sifat tamak, gelojoh, resah dsb menuju kepada warak dan keberkatan hidup. Bayangkan seorang engineer yang warak bagaimana akan jalan kerjanya? Pasti penuh teliti dan pertimbangan waras. Juga jika seoarang penjabat jabatan adalah profesional warak, apakah dia akan riak, rasuah, salah guna kuasa? Maka benarlah apa yang Allah peringatkan, jagalah sholat, puasa, zakat, dan sedekah bagi menjadi manusia-manusia berjaya. In Shaa Allah.

 Meru, Ipoh, Perak
 11 Feb., 2017

0 comments :

Back To Top