.

3/7/16 JANGAN MELAYU TERUS MENANGGUNG MALU...bangsa kerbau tengala?(DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 25, 2016

Share

& Comment


Orang Melayu suka makan sup. Sup itu pedas dan panas, hot and spicy. Lidah Melayu lidah panas, hangat sebetulnya. Melayu suka yang hangat-hangat, spicy. Sebab itu lebih banyak Melayu kahwin dengan orang India dan Arab. Tidak banyak orang Melayu yang kahwin dengan orang Cina. Rata-rata Melayu suka sesama Melayu. Sebabnya adalah siapa lebih hangat, spicy. Dalam pembikinan sup, Melayu sangat bijak dalam memilih rempah ratus yang harus digunakan. Halia, bawang putih, lengkuas, cengkeh, bunga lawang, jintan putih, jintan hitam, ketumbar, lada, cili padi, limau kasturi, daun limau purut, dsb pasti menjadi ramuan mesti. Sesungguhnya segala rempah-ratus yang digunakan adalah untuk mencipta rasa hangat, panas agar ada terasa sedikit high kepada pemakan. Pun sebegitu, biar sup itu sudah hangat, panas tetap perlu ditambah sambal pula. Sambal biasanya adalah sambal kicap yang pedas-pedas. Tanpa sambal kicap pedas ibarat berbini tetapi tidak ditiduri atau biar berbini tetapi tidur bergalas lengan sendiri saja; ada yang tidak lengkap. Dalam membuat sup, Melayu sangat berdayacipta. Jika diambil contoh seekor ayam, sup boleh dibuat dari kakinya. Sup kaki ayam cukup lemak dan enak. Lalu boleh saja usus ayam juga dijadikan sup. Campuran sup usus ayam dan kulit ayam juga sangat enak. Kemudian, kepak ayam juga tidak kurang enak untuk dijadikan sup. Lalu kepala ayam paling Melayu suka dibuat sup. Kepala ayam cukup lemak dan enak bila dibuat sup. Tulang-tulang ayam yang mengandungi sedikit sisa-sisa daging juga sangat enak dibuat sup. Apa lagi kini sudah ada pressure cooker tulang ayam boleh jadi sangat rapuh untuk dibuat sup. Pokoknya dengan adanya rempah di dunia Melayu, Melayu cukup berdayacipta dalam pembikinan makanan dari seluruhnya haiwan. Pergilah ke Sumatera, Melayu di sana sangat berdayacipta dalam membikin sup dari telur, kontol, urat, ekor, rawan, lidah, bibir, malah telinga sapi. Kenapa?

(2) Sesungguhnya rempah ratus Tuhan Allahuakhbar adakan di dunia Melayu adalah sesuai dengan iklim khatulistiwa dunia Melayu. Di situlah jelas Mahabijaksana Tuhan Allahuakbar. Dia menjadikan segalanya cukup dan berpasangan. Cuaca hangat dan lembab Khatulistiwa biasanya menjadikan Melayu mudah lesu, malas, mengantuk. Agar sering segar, Melayu melawan tabii malas Khatulistiwa dengan penciptaan sup. Sup menjadikan darah Melayu kencang mengalir. Lantaran itu, Melayu boleh melawan malas dengan banyak makan sup dan setaranya seperti kari, rendang, gulai, asam pedas, masak lemak, dsb. Cuma yang Melayu tidak teliti wajar adalah, bila ramuan rempah-ratus yang digunakan adalah terlalu pelbagai dan banyak, maka sup kian bertukar menjadi makanan making you feel high. Sup yang pedas, hangat sering menimbulkan rasa high pada otak Melayu. Rasa high bukan kerana apa, lantaran jantung berdegup kencang, maka banyak darah mengalir ke otak. Bila terlalu banyak darah mengalir ke otak, maka otak hilang keseimbangan berfikir. Secara saintifiknya, saya menebak, sistem saraf Melayu jadi terganggu bila makan makanan yang hangat dan pedas lantaran campuran rempah-ratus yang terlalu banyak dan pelbagai.

(3) Cuba perhatikan bila Melayu sedang asyik melahap sup, biar berkeringat, biar terketar-ketar lantasan pedas dan hangat, namun tetap sup dia seruput dengan penuh nikmat. Dia seperti sedang high mengisap ganja, terus-terusan gelojoh menikmati sup yang pedas, hangat.

(4) Perhatikan juga cara bilamana Melayu makan sup, mereka melahap menyeruput sup dengan banyak sekali. Semangkuk pasti habis dia kikis. Namun cuba perhatikan bangsa-bangsa lain bila mereka makan sup, cara mereka cukup teliti, teratur dan sangat hemah. Perhatikan pada budaya Jepun, Cina, Barat, malah Korea. Cuba perhatikan bangsa-bangsa yang bila menyeruput sup sampai bermangkuk-mangkuk, sepertinya Arab, India, Pakistan, Farsi, malah Turki, bangaimana rupa budaya dan pembawaan martabat bangsa mereka? Secara perbandingan dengan bangsa Cina, Jepun, Korea, dan Barat, rata-rata bangsa-bangsa yang gemar menyeruput sup jauh lebih jelek. Kenapa?

(5) Saya menulis ini ada kaitan dengan apa yang sedang Negara kita hadapi. Di Hong Kong, Luxembourg, Amerika, Singapura, Switzerland, United Arab Emirates, Seychelless, United Kingdom, dsb kecurigaan tentang keterlibatan 1MDB dalam Perdagangan Duit Haram sedang giat diselidiki. Malah Jabatan Kehakiman (DoJ) USpun sudah melakukan beberapa tindakan undang-undang terhadap apa yang mereka sangkakan sebagai penyelewengan dana 1MDB. Singapura adalah antara Negara yang terawal mengambil tindakan ke atas apa yang disangka pemesongan dalam dana 1MDB. Dari lapuran yang dipaparkan di akhbar-akhbar Barat dan Media Sosial, jelas tuduhan penyelewengan ini saya kira ada kaitan dengan cara rakyat Malaysia makan sup. Di Malaysia, adat makan sup biar di kalangan orang Cina sudah berubah kepada lebih menyeruput dari menikmati sup secara adat yang tertib. Jika di Barat, satu dua rempah digunakan untuk membuat sup, di Negara ini, sup harus benar-benar pedas dan panas. Sudahlah sup itu pedas dan panas harus pula ada sambal kicap yang juga pedas. Sudah pedas harus terus ditambah pedas. Juga saat makan sup, cara paling enak makannya adalah secara diseruput bukan secara berhemah seperti masyarakat Jepun. Natijahnya, 1MDB seharusnya adalah dana untuk menjana pendapatan untuk Negara namun dari lapuran-lapuran ini, jelas yang bertanggungjawap telah mengambil kesempatan dari segala kelongaran di dalam 1MDB untuk kepentingan seluasnya diri mereka. Contohnya, filem Wolf of the Wall Street yang dikatakan dari hasil pembiayaan 1MDB namun, bila untung mencecah ratusan juta dollar, tidak pula 1MDB mendapat bahagiannya. Samalah dengan segala harta, lukisan dan bahkan perjudian seperti yang disebutkan. Seharusnya, lantaran segala itu diperolehi dari biaya dana 1MDB maka 1MDB seharusnya memperolehi bahagian dari keuntungan yang diperolehi. Namun ini tidak. Sup diseruput habis 1MDB terkapai-kapai menanggung hutang. Negara dan akhirnya rakyat perlu diperah keringat untuk membayar hutang.

(6) 1MDB bukanlah suatu isu yang terlalu besar. Jika atas sebab perdagangan yang betul-betul profesional dan bertanggungjawab dan ianya mengalami kerugian, itu bolehlah dianggap sebagai permainan perdagangan. Namun cara urusniaga 1MDB bukan hanya tidak professional malah seperti sengaja dikelirukan agar segala tidak jelas dan sukar difahami. Saat segala tidak jelas, maka terpakailah peribahasa Melayu: Mudah menangguk di air keruh. Paling anih lantaran 1MDB sudah menjadi isu hangat di Negara ini, dan sepertinya tiada penjelasan rapi telah diketengahkan, maka hanya kerana masalah 1MDB ini dibangkitkan oleh seteru Melayu, maka biar salahpun Melayu seperti ingin membuta mata, mentulikan telingga dan memekak bicara ke atas keonaran yag diperlakukan ke atas 1MDB. Lantaran sentimen, Melayu akhirnya terperangkap untuk terus berselindung dari kebenaran. Ibarat seperti sedang mengenakan sari, kini satu persatu lapisan sari telah terlerai dan si pemakai seperti kian tertelanjang. Panau, kurap dan kudis pada tubuh pemakai kian terdedah. Sebegitulah ibaratnya, Melayu terus-terus dimalukan kerana tidak berani untuk melihat kebenaran. Haruskah Melayu dipersenda sebagai bangsa tanpa kemaluan sehingga yang memalukan Melayu tidak dapat digarap dengan baik?

(7) Saya berani berkata Melayu di Negara ini sedang sangat dimalukan. Pertama, Islam Melayu sendiri sedang persendakan. Melayu biar pecah gegak gempita langit ke tujuh bercakap tentang Islam, namun Islam Melayu hanyalah Islam untuk hidup senang. Sslam pelarian, escapism. Islam pada Melayu bukan atas dasar benar-benar Iman dan Taqwa. Melayu memalukan bangsanya dengan mempermainkan Islam di depan Tuhan Allahuakhbar. Melayu memelayukan Islam dan tidak mengIslamkan Melayu. Kedua, rakyat bukan Melayu sudah kian tidak menghormati Melayu. Rakyat bukan Melayu sudah mulai melihat Melayu dengan sebelah mata, malah dalam keadaan tertentu tidak melihat Melayu sama sekali. Apa buktinya? Terlalu banyak. Perhatikan berapa banyak sudah prihal remeh temeh yang mencabar jati diri Melayu dan Islam sedang berlaku di Negara ini? Bukan Melayu sudah tidak segan silu memperlekehkan Melayu. Apakah itu kesalahan mereka atau Melayu yang mengundang sebegitu? Sesungguhnya, Melayu tidak akan dipandang hina jika bukan kerana Melayu itu sendiri.
(8) Ada satu perkara yang saya kira menjadikan Melayu kini sangat tidak berkemaluan. Dalam prihal ini, Melayu tahu betapa mereka sedang sangat dimalukan, namun mereka mengambil sikap tetap buta, tuli dan pekak mengenai perkara itu. Perihal yang akan saya perkatakan bukanlah baru, ianya sudah berkurun ada dalam budaya Melayu. Cuma dulu-dulu ianya berlaku lantaran Melayu bodoh-bodoh belaka. Namun kini, biar Melayu sudah bertebaran ke serata bumi Tuhan Allahuakhbar dalam menghambat ilmu untuk lebih bijak, namun Melayu tetap bodoh, tidak berfikir dan pengecut. Paling ketara saya kira Syahadah Melayu tidaklah jujur dan tulin. Saya berani mengatakan, Melayu kini sudah dilihat sebagai bangsa bodoh, tidak boleh berfikir, pengecut. Lantaran bodoh tidak boleh berfikir, pengecut ibarat kerbau, maka wajar Melayu harus terus dijadikan kerbau tengala. Melayu the son of soil harus diperah. Keringat, susu, darah, nanah malah air mani Melayu juga kian diperah. Melayu adalah kerbau, maka Melayu harus ditunggangi hebat. Bagaimana? Apa kesudahannya?

(9) Melayu hakikatnya adalah bangsa Pengguna, Consumer. Melayu bukan bangsa Production. Bangsa lain adalah bangsa Production. Kerana Melayu adalah bangsa pengguna, maka mereka sangat terdedah untuk diperah. Bagaimana? Mudah jawabannya, cuba lihat di hari menjelang Lebaran, bagaimana Melayu mudah diperah hebat. Cuba ke Gedung-Gedung Besar di Kuala Lumpur pada waktu itu, pasti banyak Grand Sale. Sale pula bukan kepalang, boleh mencecah sehingga 60-80 peratus discount. Cuba fikirkan, jika sale boleh cecah 60-80 persen, apa ada untung untuk berniaga? Dalam dunia perdagangan biasa, keuntungan cuma dalam lingkungan 15-30 persen, maka jika sale adalah 60-80 persen, pasti itu mengundahng kerungian kepada peniaga. Namun itu tidak kerana, jika diperhatikan 3-4 bulan sebelum sale harga yang ditawarkan pasti hanyalah 30-40 persen dari harga di waktu sale. Hakikatnya di waktu sale sebegitu, harga jualan ntelah dinaikkan sehingga 200 peratus, maka jika di berikan 60-80 persen discount, sale tersebut adalah 15-30 persen lebih mahal dari harga jualan 3-4 bulan terdahulu. Semua ini adalah untuk mengelirukan Melayu bangsa pengguna yang sangat mudah dimassage ego cita rasanya. Apakah ini salah? Salah tidak salah, cuma tepuk dada cuba tanya siapa harus malu diperbodohkan

(10) Lantaran Melayu adalah bangsa pengguna, bukan bangsa perdagangan biar itulah Sunnah, maka Melayu mudah diexploit. Melayu mudah ditekan. Kekayaan Melayu mudah dirampas. Melayu hakikinya adalah bangsa kaya. Jika tidak, apa mungkin perdagangan di Negara ini akan berjaya? Sebut saja apa yang terjual di pasaran, siapa pelanggan utama? Pastinya Melayu. Melayu sebetulnya kaya. Cuma nafsu Melayu lebih menjurus kepada sendiri-sendiri, maka sifat itu mudah pasaran exploitkan sehingga kekayaan Melayu menjadi cair dan tidak bermanafaat secara strategik bagi kepentingan jauh ke depan mereka sendiri.

(11) Ambil contoh bagaimana Melayu rugi dan kian dirompak dengan perlaksanaan GST. Sebelum perlaksanaan GST, keuntungan perniaga katakan harus 15 persen. Namun selepas GST, keuntungan tidak harus kekal pada 15 persen lantaran berlaku susutan. Maka untuk kekal bersih untung 15 persen, maka nilai untung baru harus ditingkatkan menjadi 16 persen iaitu satu persen dari nilai sebelumnya. Ini jika untung terdahulu adalah 15 persen, jika 20,30,40,50 dsb persen, pasti kenaikannya terus berganda dengan multiplier 6 presen. Siapa menanggung beban ini, pastinya Melayu yang rata-rata adalah pengguna. Apa lagi akibat pergenseran kaum akibat perbedaan politik sekarang ini, kebetulan pula masih jelas beza professionnya antara kaum di Negara ini, maka kebodohan Melayu dalam terus mendokong sistem yang ada, telah dipergunakan dengan bijak oleh kalangan peniaga untuk terus menekan kuasa pengguna Melayu. Melayu sedang dirompak secara besar-besaran dan mereka seperti kian rela. Ini adalah ibarat, dalam kata mudah bersebab kamu bodoh menyokong sistem yang bodoh, maka biarlah kebodohan kamu itu menguntungkan kami. Biar ini tidak jelas diperkatakan sedemikian, namun tindak tanduk di pasaran Negara sebegitulah maksudnya. Sesungguhnya saya melihat keadaan yang ada kini sangat meletakkan Melayu dalam keadaan mudah diperbodoh dan terus dimalukan akibat bodoh. Bangsa Melayu tidak akan bisa bangkit hebat jika genjala memperbodoh, memalukan malah merompak secara besara-besaran ini Melayu tidak berani tentang secara bijaksana dan berani. Saya hiaran kenapa TH, Felda, Sime Darby, Boustead, malah KWAP dll yang rata-rata dikuasai Melayu tidak digembelengkan untuk bersatu memperbetulkan ekonomi Melayu secara menyeluruh. 1MDB bukan jalan utama yang harus kita pilih. Kita harus lebih menumpu dalam mengembeling sumber yang ada secara jujur dan ikhlas dan terhormat demi perjuangan sebenar Melayu.

(12) Malangnya, kerana sentimen, kita tidak dapat melihat kerugian besar sedang bangsa Melayu alami, hanya kerana kita takut selain dari kuasa Allah. Kita takut berubah, hanya kerana kita takut kepada ketakpastian yang hakikikatnya kebanyakan hanyalah momokan semata-mata. Sayang sentimen ini, membelenggu fikiran dan jiwa Melayu untuk kekal bebas merdeka berdaulat. MasyaAllah.

Kuching, Sarawak
25 Julai, 2106

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Tulisan yang baik.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.