Latest Postings
Loading...
Mar 4, 2016

1/3/16 NEGARA MAJU, MELAYU KE TEPI ... di mana silap dan apa pilihan kita? (Draft).

Semut tidak berkerumun tanpa ada gula. Sekitar 2,000-3,000 tahun dahulu, bagaimana agaknya Nusantara? Pasti, saya yakin penuh aman dan makmur. Jika tidak mana mungkin pengaruh Buddha dan Hindu mahu mengakar di sini. Buddha menubuhkan empayar Sriwijaya di Jambi, Palembang dan Hindu menubuh empayar Majapahit di Singhasari, Jawa. Bahkan Monghulpun pernah cuba mahu menawan Nusantara, namun gagal sehingga kemudiannnya terbangun Majapahit. Di kurun ke 7, Islam perlahan-lahan pula datang dengan kemuncak pada kurun ke 13. Islam juga datang lantaran Kerajaan Buddha dan Hindu di Nusantara telah lebih menyubur dan memakmurkan rantau tersebut. Pembauran Buddha-Hindu-Islam kemudiannya mengundang pembukaan dagangan China-India-Arab lewat kelautan. Islam akhirnya menumbuhkan Negara-Negara Kota Pelabuhuhan sebelum menjadi kerajaan-kerajaan gantian Buddha dan Hindu. Dengan wujud suasana dagang sebegitu, ini pasti akhirnya menjemput Barat yang sudah bangkit dalam zaman Renaissance dan berakibatkan pengembangan Othmaniah di Mediteranean pada kurun ke 14. Kedatangan Barat adalah sangat lain dari kehadiran Buddha, Hindu dan Islam ke Nusantara. Buddha, Hindu dan Islam menguat bersama anak-anak watan. Buddha, Hindu dan Islam hadir dalam penuh kebebasan dari tanah asal mereka. Mereka tidak dikongkong oleh kerajaan tanah asal mereka. Sedang Barat menjarah anak-anak watan untuk mengukuh kekuasaan mereka di tanahair sendiri. Barat menjajah sebagai perlumbaan di antara mereka. WWI dan WWII adalah kemuncak dari perlumbaan tersebut. Pendeknya, Buddha, Hindu dan Islam memerintah bersama anak-anak watan, sedang Barat mengambil sikap menjajah menjarah.

(2)  Di tahun-tahun 1960an, kemiskinan menjadi puaka kesatuan Negara malah bagi seluruh Nusantara. Dari 1500an sehingga 1950an, Barat benar-benar mempariah Nusantara. Rakyat Nusantara menjadi kuli-kuli batak di segala macam perladangan Barat; tebu, kopi, tembakau, teh, padi, perlombongan dll. Barat menjadikan Nusantara padang kemiskinan. Barat menjarah dan menghantar hasil kekayaan Nusantara untuk berlumba-lumba membina negara-negara asal mereka. Untung di Timur bangkit bangsa Jepun dalam menentang Barat untuk menguasai dunia di sebelah sini. Biarpun Jepun juga bersikap sebagai penjajah, namun penjajahan Jepun, telah membangkitkan semangat perjuangan kemerdekaan di seluruh Nusantara dan Asia. Namun, lantaran kemiskinan, pelbagai genjala sosial menyusup ke dalam Negara yang baru terlahir.

(3) Salah satu darinya adalah Komunisma dan merupakan kambing hitam paling ampuh. Komunisma adalah ancaman yang Barat sogokkan sebagai musuh utama Negara, sedang hakikatnya, Komunisma lebih banyak membantai perusahaan-perusahaan Barat yang tidakpun Melayu punya kepentingan tinggi padanya. Hakikatnya Komunisma adalah musuh Kapitalisma Barat. Di London, Paris dsb Komunisma sedang mengasak hebat untuk menguasai politik di sana. Komunisma berjuang di pihak miskin, sedang Kapitalisma terus-terusan menyubur kemiskinan. Kerana Barat tidak mahu kita bergabung dengan Komunisma untuk menentang mereka, maka Komunisma dijadikan kambing hitam agar kita terus bersama Barat yang tidak lain melainkan untuk mempertahankan segala perusahaan kolonisma. Komunisma Barat gunakan sebagai helah untuk mereka menutup segala macam kemiskinan yang sedang dihadapi oleh Negara. Komunisma digemburkan sebagai Fahaman Tiada Bertuhan suatu dakyah yang sangat serasi dengan jiwa Melayu. Paling cocok iaitu sangat bertentangan dengan fahaman Melayu berAdeen Islam, sedang jika difikir dalam-dalam apakah agama bagi Kapitalisma? Juga sebetulnya tiada, melainkan bertuhan ketamakan. Komunisma Barat jadikan sebagai alat untuk Melayu terperangkap bersama mereka Dakyah Komunisma Barat, akhirnya membina benteng kukuh antara Melayu dan Tionghua. Akhirnya, isu keselamatan meleret-leret menghumban Negara ke gaung kemiskinan yang jauh mendalam. Akibatnya, tercetus pergolakan kaum yang hasilnya sehingga kini tetap menjadi tembok besar yang menghalangi perpaduan utuh Negara. Maka terlahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1972 Kini ada dua kelompok berbeda dalam menilai DEB ini. Di satu pihak banyak bertegang leher dan menjadikan ianya Al Quran kemandirian Melayu, sedang di pihak lain itulah tugu kekal pemisah ras sebuah Al Quran buruk. DEB kian dilihat sebagai penghadang pencapaian kesaksamaan ekonomi antara dan di dalam ras.

(4) DEB bercita-cita untuk menstruktur semula strata ekonomi Negara. Sebetulnya, 90 peratus kekayaan Negara adalah dalam pegangan Barat bila kita mencapai kemerdekaan. Kaum Cina dan India, biarpun mereka tampak aktif di sektor perekonomian bukan tradisional pertanian, namun, penguasaan mereka kebanyakan adalah di sektor perkulian dan atau sub-kontrak sahaja. Melayu yang menguasai 10 peratus ekonomi Negara, tersisih di sektor cukup makan di luar bandar. Kemerdekaan juga mengikat Malaysia untuk memperakui masyarakat Cina dan India, peninggalan British sebagai warganegara. Keadaan ini akhirnya menimbulkan struktur ekonomi Negara berada dalam julat 10:20:70 Melayu: Cina-India: British. Maka para pengubal DEB, berusaha keras untuk menguasai sektor ekonomi British sebagai milik rakyat tempatan. Asakan pertama DEB sebetulnya adalaha untuk mengembalikan kekayaan Negara kembali ke tangan rakyat Negara ini. Malaysia dengan diam-diam cuba menghapuskan penguasaan Britrish lewat jalan itu.

(5) Razak, pengasas DEB mengerti akan permasalahan strategi DEB. DEB pada hakikatnya adalah alatan untuk Melayu secara politiknya, menguasai kekuatan ekonomi Negara, khusus dalam mengambilalih kuasa ekonomi Barat. Pada puncak kekuasaan Melayu, mereka tidak memilih jalan memiliknegarakan segala perusahaan Barat setelah Negara merdeka, seperti jalan pilihan di kebanyakan tanah jajahan Sepanyol, tetapi Melayu memlilih jalan Penyusunan Semula Ekonomi sebagai helah mengambilbalik kekuasaan ekonomi penjajah. Razak, atas kesadarannya tentang kelemahan asas Melayu dari segi pengalaman dan kemahiran, menumpu usaha-usaha DEB dalam penyediaan Institusi, pembangunan Sumber Manusia Melayu serta perkembangan ekonomi luar bandar. Kemudian ianya diteruskan oleh Husein Onn tanpa banyak perubahan. Dalam tempoh 1972-1982, saya mengira, Melayu telah sedikit khilaf dan terlepas pandang, betapa dengan asakan Razak di sektor luar bandar, usaha-usaha itu telah menumbuhan kepesatan sektor bandar, dan Melayu telah tidak diaruh untuk bersama kelompok Cina dalam merebut peluang di sektor tersebut. Maka akhirnya, strategi perlaksanaan DEB Razak-Husein telah mengujudkan dikotomi ekonomi kepada rakyat di Negara ini iaitu Melayu dengan ekonomi luar bandarnya, sedang Cina menguasai ekonomi bandar modennya.

(6) Saya yakin, sebagai Menteri Muda pada zaman Razak dan kemudian TPM di zaman Husein, Mahathir mulai sedar akan perkara kelemahan strategi DEB Razak-Husein. Maka bila mengambilalih kuasa pada 1982, Mahathir mula merubah strategi DEB kepada suatu gerakan yang meresahkan banyak pihak. Mahathir menyusun kembali segala institusi yang telah Razak bina. Beliau mengambil pendekatan peralihan koprat dengan menukar institusi-institusi penting menjadi separa awam. Institusi-institusi ini kemudian diberikan peranan lebih dalam mengerakkan pembangunan ekonomi Negara. Di sini, hakikatnya, saya yakin, Mahathir sudah menyembunyikan suatu agenda besar yang banyak pihak dan mungkin Timbalan beliau sendiri tidak tahu. Kerahsiaan Mahathir, saya yakin diketahui oleh kalangan tertentu, yang akhirnya menimbulkan masalah kepada beliau, di mana kalangan ini akhirnya ditohmah sebagai kroni beliau, dan beliau sendiri bermasalah dengan satu demi satu dari Timbalan-Timbalannya. Sesungguhnya hanya selepas lapan tahun (1982-1990) dengan menggunakan cara peralihan dari awam ke separa awam dan bila struktur ekonomi Negara sudah tampak berubah, di mana biar ekonomi luar bandar masih terus di kuasai Melayu kebanyakan, dan ekonomi lebih moden mulai diceburi institusi separa kerajaan, maka barulah Mahathir kemudian merombak DEB yang kian menjadi Al Quran Buruk Melayu. Maka pada tamat tempohnya DEB ie pada 1990, dia memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang melahirkan Wawasan 2020 (W2020). DPN sangat berbeza dengan DEB, di mana ianya lebih bersifat Annual Rolling Plan sedang DEB ketat dalam julat Five Years Rolling Plan. Kecenderungan Mahathir untuk mengambil langkah koprat sangat ketara pada 1990an melalui DPN.

(7) Dengan DPN dan W2020 Mahathir cuba membina Negara Satu Bangsa yang berteraskan kesaksamaan ekonomi. Mahathir tidak lagi melihat penjajah Barat sebagai masalah kepada kecorotan ekonomi Melayu di Negara ini, tetapi dia nampak betapa di antara kaum, sudah ada kaum yang kian mendominasi struktur ekonomi Negara. Dia ingin melihat kesaksamaan ekonomi harus terurus cepat. Benarlah, jika ekonomi Negara adalah saksama, pasti perpaduan antara kaum akan terjalin dan terjamin kukuh. Ibarat "Jika, adik kepada Qabil adalah sama cantik dengan adik kepada Habil, mungkin permusuhan pertama antara manusia tidak terjadi di zaman Adam AS lagi". Sebegitulah, sejak azalinya manusia, kepincangan tetap Allah adakan. Pengadaan segala kepincangan itu, semuanya berpaksi agar manusia berpunya pilihan sedari mulanya. Adam AS dan Hawa, telah rela memilih meninggalkan segala idealisma Syurga untuk ke bumi menghadapi segala dugaan.  Kehadiran koloni Barat benar-benar menduga Melayu. Kehadiran Kapitalisma sebetulnya yang membantai Melayu menjadi pariah di bumi bertuah. Kapitalis Barat telah dengan jayanya mendoktrin betapa Komunis Tidak Bertuhan yang kebetulan didokong oleh China dan sebahagian kaum Cina adalah musuh utama Melayu, maka permusuhan senyap Melayu-Cina berterusan bagai api dalam sekam sehingga kini. Melayu telah memilih dakyah Barat tentang Komunis. Kita terus dilaga-laga Barat untuk terus bermusuh dengan China dan secara tidak langsung dengan kaum Cina. Mahathir ingin memadam api ini, lewat NDP dan W2020. Dia mengasak Melayu untuk cepat-cepat ke depan bersama lajunya jalanan, larian dan atau melayangnya kaum Tionghua. Mahathir yakin, jika ekonomi Melayu dan Cina adalah saksama, api pertelingkahan kaum akan dapat dipadamkan juga akhirnya.

(8) Bijaknya Mahathir, dia tidak mendadak merombak DEB. Sembilan tahun (1982-1990) lamanya dia berhempas pulas melawan Barat juga kritikan dari dalaman untuk mencapai DEB. Hakikatnya, perlumbaan Negara dengan Barat sebetulnya telah DEB jayakan. Mahathir tidak popular kepada Barat kerana kelicikanya dalam penguasaan itu, namun dia tidak Barat boleh apa-apakan kerana jalan yang dia pilih adalah bersifat demokrasi-kapitalis. Mahathir tidak memilih jalan sosialis-komunis dalam menghadapi Barat. Kebayakan ekuiti penjajah telah Mahathir dapat pindahkan menjadi milik rakyat Malaysia contoh jelas adalah Gutrie. Cuma agenda memperkasa Melayunya, DEB gagal. Gagal mungkin kerana Mahathir memilih untuk terlebih dahulu memiliki dari mengagih. Lantaran itu, bila kekayaan Negara sudah kebanyakan menjadi milik Negara maka barulah Mahathir merombak DEB menjadi DPN dengan menekankan penstrukturan ekonomi dalaman menjadi asas yang lebih hebat. Penswastaan, pengukuhan GLC dan pelbagai langkah yang banyak dikritik sebagai kronisma adalah langkah-langkah berani tidak popular Mahathir untuk menjayakan dengan cepat agenda memperkasakan Melayu. Di bawah Mahathir, anak-anak Melayu kian mulai berani dan berkemahiran dalam menceburi segala bidang yang dulu asing buat mereka. Cuma, sekali lagi Kapitalisma, bukan bersebabkan Barat, tetapi akibat kepincangan dalam penerapan KeIslaman dalam sistem pendidikan dan pengurusan Negara, maka sekali lagi Melayu terpaksa melalui pembantaian dari dalam kaum itu sendiri. Mahathir terpaksa undur lantaran serangan Kapitalisma Melayu sendiri.

(9) Najib bila menjadi Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia. Banyak dipersoal tentang tidak jelasnya konsep 1Malaysia ini. Namun bagi saya, 1Malaysia adalah hasil akhir end product NDP dan W2020. Mahathir telah menentukan jalannya, Najib hanya ingin menjenama hasil akhirnya end productnya. Mahathir atas disiplin ilmunya, menekankan proses sedang Najib, juga berasaskan latar ilmunya, menekankan penjenamaan, branding. Cuma berakibatkan Kapitalisma Melayu kini Najib kian terseret menyasar bercelaru. Jika Kapitalisma Melayu menumbangkan Mahathir (dan Abdullah Badawi), Kapitalisma Melayu kini sedang menyeret Najib hanyut entah ke mana. Tulisan saya kali ini, saya ingin mengutarakan betapa sifat Kapitalisma Melayu kian memporak perandakan bangsa ini dan akan mengagalkan apapun Dasar Pembangunan kita. Saya melihat, pasukan dan Najib sendiri telah tidak berkayuh dan berkemudi sehaluan dalam cara mencapai matlamat NDP, W2020 ie 1Malaysia.


(5) Sebelumnya biarlah saya mengupas sedikit tentang konsep 1Malaysia yang saya fahami. 1Malaysia dalam bahasa mudahnya, segala-segalanya harus saksama. Inilah maksud berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seperti yang sembilan matlamat W2020 tetapkan, cuma dalam W2020, ianya lebih meletakkan Malaysia di persada dunia. Namun jika di persada dunia Malayisa sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seharusnya sebegitulah dari segi struktur semua masyarakat di Negara ini. Maka adalah sangat bijak bagi Najib dalam merumuskan matlamat NDP dan W2020 hanya dengan satu perkataan sahaja ie 1Malaysia. Dengan konsep 1Malaysia pastilah segala sesuatunya harus meletakkan semua kaum dalam apa juga bidang harus pada kesaksamaan yang unggul. Di sinilah sikap kebersamaan, kesetiaan, kemakmuran dan segalanya harus sama-sama diraikan. Cuma anih, dalam Najib cuba menghambat 1Malaysia, terlalu banyak kepincangan yang tidak dia sadari sedang dia perlakukan dan atau berada di sekeliling beliau.

(6) Suatu perkara paling silap malah salah yang Najib telah lakukan adalah terikut-ikut penasihat keliling beliau betapa beberapa Projek Mega Mahathir akan membawa padah teruk kepada ekonomi Negara. Para penasihat ini saya berkira, mereka melihat dari sudut sempit perakuanan bukan dari sudut makro pengurusan negara. Melihat hutang dan keupayaan kewangan Negara (pada 2009), sekali imbas sememangnya ada logik betapa Projek-Projek Mega tersebut akan membebankan Negara. Para pengkritik Mahathir berhujah, semua Projek-Projek Mega itu tidak membawa kemakmuran kepada rakyat kebanyakan. Projek-Projek tersebut hanya menguntungkan kroni Mahathir. Seperti timbul perbedaan falsafah pembangunan Negara di antara pendokong Najib dan pengkritik Mahathir. Perbedaan antara Kapitalis dan Sosialis. Para pendukung sosialis saya berkira tidak mengambil berat tentang perubahan demografi Negara. Kebanyakan para pendokong Sosialis masih melihat bahawa Melayu masih berteraskan Ekonomi Luar Bandar sedangkan hakikatnya, Melayu kian urbanised dan terperangkap di dalam kancah ekonomi kota yang tidak bersahabat. Namun malangnya, mereka yang berfahaman Sosialis tidak pula mengenengahkan Mega Social Agenda. Apa yang berlaku cuma Subsidy Rationalization. Maksudnya, subsidi terus berjalan, cuma dalam bentuk yang berbeza. Sudahkah ianya berkesan? Sudah enam tahun (2009-2015), apa yang disebut transfomasi subsidi apakah ianya telah membantu masyarakat sasar berubah secara ketara?. Saya belum nampak kesan ketaranya kerana, keluh kesah rakyat masih terus berjela-jela. Paling memukul rakyat adalah masalah belanja pengangkutan yang terus meningkat, harga rumah, harga makanan, dan kerana gaya hidup rakyat sudah berubah, belanja keperluan riadah dan hiburan juga sudah kian meningkat. Melayu kini kian berdepan dengan masalah kemunduran di luar bandar dan bandar. Proses pembandaran Melayu jauh mengatasi semua kaum lainnya. Pokoknya perih pedih ekonomi Melayu kian merata di sektor bandar dan luar bandar.

(7) Selain dari subsidies rationalization tidak ada pembangunan berkesan yang telah Kerajaan jalankan sejak 2002. Banyak pihak boleh berkata, semua ini adalah kerana faktor-faktor luaran. Negara dalam kesulitan kedudukan kewangan. Cuma kita seperti singkat fikiran. Bila Abdul Razak Husein mengambilalih kuasa, apakah negara dalam keadaan tenteram dan makmur? Juga sama bagi Husein Onn. Sama bagi Mahathir. Abdullah Ahmad Badawi mungkin sedikit beruntung. Pokok pangkalnya, Kapitalis dan Sosialis bagaimanakah seharusnya kita pilih dalam kedaan demografi Negara semasa.

(8) Naib sebenarnya jauh lebih beruntung dari semua Perdana Menteri yang lepas-lepas. Razak, membina asas yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi Negara. Kesungguhnan beliau dalam memeprkuat pembangunan luar bandar dan wilayah, pengujudan pelbagai institusi serta gerakan pengukuhan pendidikan dan kemahiran orang-orang Melayu memberikan kekuatan kepada Mahathir untuk memodenkan lagi apa yang telah beliau tinggalkan. Dengan keberanian dan kelicikan Mahatir, asas-asas ekonomi peninggalan Razak berkembangn hebat dalam bentuk dan rentak yang jauh berbeza di bawak Mahathir. Hakikatnya, sikap-sikap koprat Melayu terbangun dan mematang di zaman Mahathir. Melayu kian keluar dari feudalisma, menjelma menjadi kalangan kapitalis:......... bersambung In Shaa Allah.

0 comments :

Back To Top