.

1/9/15 BERSIHKAN DIRI KITA.......(draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 04, 2015

Share

& Comment

Entah berapa kali Al Quran berkata "Tunaikan Sholat, keluarkan Zakat....". Sholat itu pula sering diketengah sebagai Tiang Islam. Inilah suatu perumpamaan yang sangat berat, di mana biar sehebat mana ibadat seseorang, tanpa Sholat, ianya akan menjadi ibarat sisa-sisa bangunan runtuh, entah berguna atau tidak. Namun Sholat dan Zakat, adalah dua kewajiban yang sering pula diketengahkan sebagai jalan pembersihan dan penyuburan. Sholat menjadi dinding, payung dan detergent kepada segala kemungkaran manusia. Lantas jika Sholat itu harus akan diterima sempurna oleh Allah, maka manusia yang mengerjakan Sholat itu harus melakukannya dalam keadaan penuh bersih sempurna sebelum, semasa dan sesudahnya. Saat precondition itu terpenuhi, maka pasti Sholat akan menjadi penyubur yang sangat dahsyat. Manusia yang sempurna Sholatnya, pasti dia punya jiwa dan kebijaksanaan yang sangat hebat lantaran limpahan Taufik dan Hidayah Allah yang cukup sempurna. Saat itu terjadi, jalan fikir dan prilakunya, pasti sentiasa di jalan lurus dan menyuburkan.

(2) Sebegitu juga dalam soal Zakat. Zakat adalah suatu kewajiban yang sangat luas kepentingannya dalam Islam. Zakat adalah alatan utama dalam membina kekuatan ukhwah dan fizikal umat Islam. Tanpa Zakat, kekuatan umat Islam pasti hancur juga. Lantas, Sholat dan Zakat adalah tidak boleh dipisahkan. Saat kita mendirikan Sholat, kita harus menunaikan Zakat. Di dalam Islam, adalah tidak boleh untuk kita melakukan satu, tetapi meninggalkan satu yang lain yang merupakan kuku dan isi kepada yang lain. Maka, bolehlah saya katakan, apapun terkait tentang Sholat, pastinya ianya juga berkait rapat dengan Zakat. Lantaran pentingnya Zakat, Al Quran dengan tegas menyatakan "Betapa di dalam setiap perolehan kita, di sana ada hak orang lain....". Hakikatnya dalam soal ibadah Zakat (dan Sholat dll), kita dituntut untuk beramanah. Amanahnya adalah kita harus bersihkan hak kita dari hak orang lain, iaitu lewat mengeluarkan Zakat pada jalan aturannya. Untuk boleh menjaga hak orang lain dalam hak diri kita, sifat amanah jujur adalah sangat-sangat tertuntut. Maka secara lebih luasnya, ini membawa maksud, jika kita inginkan Sholat kita diterima bersih, maka dalam soal rezeki hidup, kita tidak harus sekali-kali berfikir rezeki kita adalah hak mutlak kita. Islam sangat melarang untuk kita mengambil apa lagi memakan hak orang lain. Secara bahasa mudahnya, sesiapa orang Islam yang tidak menunaikan Zakat, maka dia tidak boleh dianggap bersih sebelum, semasa dan sesudah Sholatnya. Jika sebegitu keadaanya, pasti Sholatnya bukanlah Sholat yang sempurna dalam erti kata Islam seluasnya. Dari segi rukun-rukun Sholat, itu mungkin sempurna namun dari sudut Islam seluasnya, pasti masih banyak bertanda "?". Namun Zakat pula jelas di mana kewajibannya iaitu hanya berlaku pada pendapatan yang bersih.  Hasil dari kegiatan rasuah, mencuri, merompak, judi, menipu, dan segala sumber yang tidak bersih di sisi Syara' tidak dihalalkan Zakat. Zakat juga harus dibenlanja hanya pada jalan yang bersih. Maka dalam prihal Zakat, saat ianya menjadi keawjiban, segala yang menjurus kepada Zakat biar sebelum, semasa dan sesudahnya harus pada jalan bersih.

(3) Saya tidak ingin untuk mengulas secara panjang lebar tentang Sholat dan Zakat, lantaran tulisan menyeluruh tentang keduanya sudah sangat banyak. Saya cuma ingin mengambil fitrah dari konsep bersih dalam Sholat dan Zakat sebagai iktibar dalam kita mengatasi kemelut kepimpinan Negara masa kini. Sesungguhnya, jika kita dengan lebih halus cuba mendalami, sesungguhnya betapa konsep bersih yang cuba diketengahkan dalam Sholat dan Zakat membawa kepada perlunya sifat amanah. Tanpa ada rasa amanah yang mendalam, pasti kebersihan yang Sholat dan Zakat tuntuti tidak akan pernah tercapai sempurna. Maka bolehlah saya katakan betapa beramanah adalah precondition untuk bersih. Hakikatnya, banyak yang "kedengaran  tidak bersih" dalam cara Negara ini diurus lantaran precondition amanah tidak tertunai baik. Sikap beramanah sangat kian kurang diperdulikan dalam kita mengurus Negara. Ini semua adalah gara-gara kita kian lalai untuk benar-benar mengerti akan tujuan kita dijadikan oleh Allah. Kita sebetulnya kian tidak peduli tentang amanah yang Allah pikulkan kepada kita, lantas kita kian hari kian menlalaikan amanah kita kepadaNya, lantas kebersihan kian menghilang maka kekotoran semakin hari semakin tampak dalam segala kehidupan kita.

(4) Kedudukan kita sebagai pemimpin pada tingkat apapun adalah suatu amanah. Kedudukan sebagai pemimpin juga adalah suatu bentuk rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Dari kedudukan sebagai pemimpin, kita mendapat laba. Dan dari setiap laba yang kita terima, maka ada yang lain yang juga berhak ke atas laba itu. Maka agar laba itu bersih, maka Zakat harus dikeluarkan dari laba itu. Dan untuk itu, maka segala prilaku untuk memperolehi laba itu harus berisfat bersih. Di sisi lain, kedudukan sebagai pemimpin juga boleh bersifat ujian. Jadi jika disorot dari kedua-dua sudut rezeki dan ujian, saat kita beramanah dalam kita memimpin, pasti kita mahu menjaga diri dan prilaku kita agar bersih. Saat itu adalah sebegitu jati diri kita, maka pastinya Sholat, Zakat dan apapun amal bakti kita pasti mendapat keredhaan Allah  dengan tidak terbatas.

(5) Sedihnya, kempimpinan Negara pada masa ini sangat "kedengaran dan kelihatan tidak bersih" apa lagi beramanah. Paling malang, bersih dan amanah banyak kepimpinan kita soroti melewati jalan Kapitalis. Kita tidak menyorot, bersih dan amanah dari sudut Islam dan atau bergerak ke arah Islam. Kita kian gemar menyorot banyak perkara minggir dari keperluan Islam. Maka, lantaran cara kita bekerja tidak menjurus ke jalan bersih dan amanah, maka kita kian mengutip kotoran dalam setiap langkah kerja kita. Kerana itu, apa mungkin Allah akan terus bersama kita yang kian kotor?

(6) Dalam keadaan Negara semasa, katakan Najib adalah "terfitnah". Kenapa beliau mengambil jalan menghadapi "fitnah" itu melalui jalan bagai menegak benang basah? Coba perhatikan, Allah pernah sengaja mengujudkan fitnah bagi SAW. Bukan soal Allah ingin fitnah itu harus ada padanya. Saya yakin, bila fitnah Allah perlakukan ke atas SAW, itu adalah sekadar Mahabijaksana Allah untuk menunjukkan jalan teladan bagaimana fitnah harus ditangani oleh umatNya kemudiannya. Allah dengan jelas menyatakan, hari-hari muka kita akan sangat banyak fitnah terjadi. Kerana MahaRahmannya Dia, maka Dia tunjuki jalan terbaik dalam menanggani fitnah, bagi orang-orang yang berIman. Fitnah adalah suatu yang sangat berat. Maka dengan sebab itu, jalan itu pastinya Allah tunjukkan lewat seorang yang Dia sangat muliakan iaitu SAW. Maka dengan sebab itu bila difitnah, SAW undur dari tugas beliau biar sebagai Rasulluah dan apa lagi sebagai ketua keluarga. Beliau khalwat mengasingkan diri. Beliau tidak bertempek ke mana-mana berusaha keras menafikan fitnah. Beliau mengambil jalan mengundur dan membiarkan fitnah itu terurus secara secara adil.  Dan akhirnya, fitnah itu dapat beliau lalui dengan terhormat. Namun dalam prihal Najib mengurus tanggungjawabnya sebagai pemimpin besar Negara, beliau lebih gemar menggunakan the American media management style dalam menangani "fitnah" ke atas beliau. "Fitnah" dia lawan dengan dakyah, namun tetap juga satu-persatu kelemahannnya terbongkar. Beliau benar-benar sedang menggunakan segala sumbernya bertindak secara kelihatan tidak amanah iaitu lewat menegak benang basah. Saya tidak menghukum, tetapi cara beliau bertindak, maka sebegitulah jalan tujunya. Kucing yang tidak mencuri, tidak akan liar berantakan bagai kucing yang elah salah mencuri.

(7) Kebetulan dalam Sholat Jumaat yang saya hadiri tadi, dari gaya Imam memberikan Khutbah secara santai, tidak formal sebagai mana keadaannya di Malaysia, saya tertarik dengan pengkisahan beliau tentang betapa Taufik dan Hidayah itu sangat mudah untuk diketahui keberadaannya. Jika seseorang mampu meninggalkan apa yang mesti dia tinggalkan biar itu adalah yang paling dia ingini, dan melakukan sesuatu yang mesti dia lakukan biar sepedih mana akibatnya, maka sesungguhnya dia telah mendapat Taufik dan Hidayah Allah. Contohnya, pemberian hadiah yang besar, pasti kita sangat ingin akan hadiah itu, namun jika jalan fikir kita adalah bersih beramanah, pasti kita harus memikirkan apakah sikap terbaik kita di atas pemberian hadiah yang besar itu? Misalannya, Najib dengan hadiah RM2.6b contohnya, jika jalan fikir dia adalah bersih dan beramanah, pastinya, hadiah bernilai RM2.6b akan beliau lakukan sebagai hadiah atas kedudukan beliau sebagai pemimpin Negara dan bukan sebagai Najib per se. Maka jika itu sikap Najib, pasti hadiah RM2.6b itu beliau urus sebagai harta Negara, namun beliau mengurus hadiah RM2.6B itu sebagai urusan pribadi. Itu pasti kedegaran dan kelihatan tidak betul. Samalah dengan prihal-prihal lain yang menyelubungi beliau. Jika sikap bersih amanah ada pada Najib, Islam jelas jalan yang telah ianya tunjukkan bagaimana mengurusnya. Bagi saya Najib, harus (mungkin wajib) ikut khalwat seperti SAW dalam keadaan beliau "terfitnah" ini. Beliau setidak-tidak step aside agar masalah "fitnah" ini dapat diurusi dengan baik. Najb sering bertepek ingin membela Islam, maka wajar dia harus menghormati cara Islam.

(7) Bagi rakyat Melayu-Islam, kita harus yakin bahawa soal Taufik dan Hidayah hanya Allah yang boleh memberikannnya kepada sesiapa yang Dia mahu atau perlukan. Di dalam prihal segala "fitnah" ke atas Najib, biarpun dia adalah pemimpin politik nombor satu kita, kita tidak boleh taksub kepadanya dalam kita melemparkan sokongan kita. Kita harus juga ingat pokok tidak bergoyang tanpa sebab musababnya. Ingat, jika Khutbah yang saya dengar tadi adalah benar dan betul iaitu manusia yang diberi Allah Taufik dan Hidayah tanda-tandanya adalah mereka yang meninggalkan yang salah dan melakukan yang betul. Dalam menghayati perkara ini, juga agar kita lebih jelas tentang cara terbaik kita untuk bersikap adil kepada Najib, maka adalah baik bagi umat Melayu melihat pula pada kejadian kasih sayang tak terhingga Muhammad SAW kepada pamannya iatitu Abi Thalib. Beliau sanggup menangis memohon kepada Allah agar Abi Thalib mati dalam Islam, namun Allah menjawab doa Muhammad SAW dengan satu konsep yang juga tidak lain adalah agar menjadi contoh kepada kita iaitu "Taufik dan Hidayah hanya dari Allah". Biar kasih sayang Muhamad SAW kepada Abi Thalib adalah terlalu tinggi, SAW akhirnya has to let go kerana hak untuk melimpahi Abi Thalib dengan Taufik dan Hidayah adalah hak Allah.  Maka dengan itu, Melayu harus sedar peristiwa sebegini, terlaku kepada SAW ada hikmah untuk umat kita ini. Melayu, harus melupa dan meninggalkan saja mereka yang Allah belum mahu anugerahi Taufik dan Hidayah setelah segala usaha kita lakukan untuk menyedarkan kesilapan dan kelemahannya tidak berhasil. Najib, harus kita tinggalkan agar maruah Melayu dan Islam tidak terus tercemar. Perjuangan Melayu yang lebih penting dan utama adalah kemantapan Melayu dan kebesaran Islam. Bukan untuk bersama mengambil jalan cara menegak benang basah dalam mempertahankan Najib. Walau bagaimanapun kita harus adil kepada Najib, iaitu beliau mesti diadli secara adil dan saksama melalu proses hukum yang sempurna. Jika ternyata beliau betul, maka apa yang terhak kepadanya harus kita lunasi. Begitu jugalah sebaliknya.

(8) Saya berdoa agar kempimpinan Melayu tidak dirampas, hijjack oleh kalangan yang tidakpun berminat membela melayu dan Islam akhirnya. Juga jangan sampai kita Generasi X kini menjerat Generasi Y dan Z untuk berasa bosan dan letting the course takes it way. Jangan kita menyesal kemudian hanya bersebab takut dan taksub tidak rasional.

Cilandak, Jakarta Selatan
4 Sept., 2015  

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.