.

4/6/17 MEMPERKASA PELAYARAN MELAYU ....Reverse Osmosis dan kemandirian Yahudi, apa maksudnya? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 24, 2015

Share

& Comment


On the 19th June, on the first fasting day, while the surgeons were opening my tummy, mending those abdominal tissue failure and reorganizing those piping that had created lots of disorder on me, over the two hours in the Operation Room, half paralyzed, my mind need to work on something else to kill my boredom. Under strong drug influences, in between under illusion and awaken, I was asking myself what would be my biggest left over for the good of this Country, People and Islam? In the wander, I recalled my fight with some friends earlier on how should the Malays must push themselves to be great. I have a belief, if the Malays do great, the Country and the rest of the People will do much better, so long the Malays are on the correct Islamic track. Similarly to the whole region ie Nusantara. Intermittent between falling asleep and awake, the Concept of Jewish Sustenance and Reverse Osmosis came into my mind. The Jews were a nation of Allah cursed for being deviant. Despite there were much softer arrogant nations of the past vis the Luth, Ard, Noah, Pharaohs, etc as compared to the Jews, yet all of them had been made vanished by Allah. On the other hand, He seem to take a reverse course over the Jews? Why; thus to understand such, my mind travel to the the scientific flow of Reverse Osmosis for the answer to what purpose did Allah making the much ardent deceiving Jews sustaining over all the other softer deviant nations. Could that be a Module to turn the Malays to be great?



(2) Melayu di Negara ini, berbanding dengan banyak pribumi di negara-negara dunia ke tiga lainnya, sudah jauh boleh berbangga tentang pencapaian taraf sosio-ekonomi mereka. Namun biar mereka sudah jauh ke depan, secara senyap-senyap masih banyak kocakan di kalangan mereka. Sifat dualisma masih amat ketara kehadirannya di dalam bangsa ini. Biar di kota apa lagi di desa-desa, wajah-wajah dualisma Melayu masih amat ketara, bahkan semakin membentuk jurang dan benteng yang kian tebal. Akibatnya, Melayu belum boleh bangkit sebagai suatu kuasa massa dalam menempatkan kehadirannya secara jauh lebih berkesan di alam yang kian mencabar ini. Apa lagi Melayu di sini masih belum mampu untuk menjadi kuasa yang mengaruh kepada pengukuhan Melayu-Melayu pinggiran di Indochina dan Filipina. Melayu di Negara ini sebenarnya masih berkemelut berantakan sesama sendiri belum boleh menjadi khalifah unggul biar secara dalaman apa lagi luaran. Malah tanpa sedar Melayu massa sedang menuju titik-titik lemah yang boleh terputus kapanpun. Kenapa ini jadi sebegini, sedang segalanya telah Allah sediakan untuk Melayu terus memacu dengan penuh yakin dan berani?  Bagaimanakah ini boleh diperbaiki?

(3) Reverse Osmosis, RO adalah suatu fenomena di mana cairan meresap dari kelarutan rendah (tepu) ke kelarutan tinggi (cair), ie dari tepu ke cair. Fenomena ini adalah songsangan dari fenomena resapan atau osmosis biasa di mana kelarutan tinggi harus mengalir ke kelarutan rendah ie cair ke tepu. Dalam kehidupan biasa Melayu, perkara yang digambarkan di Rajah di atas, tidaklah payah sangat untuk difahami. Ianya biasa dan tergambar bila ibu-ibu memerah santan kelapa. Bila tekanan dikenakan pada parutan kelapa, maka santannya akan terkeluar. Fenomena ini secara sejadi adalah terpakai dalam sistem tumbuhan-tumbuhan bakau di mana mereka punya satu sistem selaput sel cell membrane yang boleh menghalang air dari keluar dari sel-sel akibat jerapan oleh air masin yang jauh lebih tepu. Sama halnya bagi ikan. Biar di air tawar atau air masin, proses Reverse Osmosis terpakai. Allah sebegitulah sifatNya, di mana-mana sahaja pasti ada ciptaanNya yang kebalikan dari;normal agar kita berfikir. Namun, berapa banyakkah di antara kita mahu berfikir? Contohnya, jika semua segala apa juga jenis buah, bijinya pasti di dalam maka gajus, Dia jadikan bijinya di luar. Jika semua pepohon akarnya di dalam tanah, maka epifit akarnya mengapai di udara. Jika semua akar adalah keras, maka akar ubi-ubian adalah berisi lembut dan semua boleh dimakan dan enak. Jika semua tumbuhan punya daun, batang dan akar, maka Rafflesia, kembang tanpa apa-apa. Jika binatang bertulang besar, baru membesar, maka paus hanya berkerangka asas, lalu menjadi binatang terbesar. Jika semua haiwan jalan ke depan, maka sotong, obor-obor dan udang berjalan pantas jika mengundur. Sesungguhnya, Allah seperti membayangkan kepada kita betapa punya sifat keberanian untuk anih adalah jalan ke kejayaan. Di alam manusia, di dunia ini, sepertinya Allah sengaja mensisakan Yahudi sebagai bangsa yang harus kita perhatikan. Namakan bangsa apa saja yang engkar dan sesat, semua telah Allah hapuskan, Firaun, Ard, Lut, Noh, dsb semua mereka itu jauh kurang engkar dari Yahudi, dan semuanya pupus, namun tidak bagi Yahudi. Mereka telah dan sedang Allah cabarkan untuk menjalani kehidupan RO. Bangsa Yahudi menantang segala apapun sejak dari mula sehingga kini. Mereka seperti terus saja sanggup menantang arus. Apa saja tentang mereka pasti lain dari manusia-manusia lain. Sejak dikalahkan oleh Babylon-Farsi, kemudian dari balas dendam kebangkitan Nasrani di Rom, mereka seperti perlu menjalani RO secara keras. Namun, apapun mereka kian berjaya untuk bangkit sebagai sebuah bangsa terpilih mengatasi bangsa-bangsa besar lainnya biar di Barat juga di Timur. Sesungguhnya, sifat RO pada bangsa Yahudi, bukanlah anih. Dalam bernegara, kebangkitan Islam juga adalah lewat jalanan RO. Muhammad SAW, juga tanpa sedar kemudiannya terwahyu agar menyeru Umatnya untuk belajar dari China; inilah bangsa yang telah dan sedang melewati RO yang amat ganas. Amerika, wujud sepertinya mereka kini, juga setelah menjalani RO dan terus bertahan secara RO. Vietnam adalah contoh terkini yang sedang melewati RO sangat hebat. Negara-negara Amerika Latin, sedang meniti RO secara takut-takut, maka perubahan sangat sedikit terjadi pada mereka. Cuba seperti sedang bertahan dalam status quo, maka tersisihlah dia sehingga kini. Sama halnya dengan Laos, Bhutan, Tibet, Somalia, dsb. Sesungguhnya, Muhammad SAW dan banyak para nabi dan rasul, mereka menjalani RO untuk menjadikan mereka sepertinya mereka. Cuma mungkin Daud dan Sulaiman AS, adalah dua rasul yang Allah jadikan mewah berkuasa sebagai pertunjuk kelainan RO dari segala tiori moden kita kini. Maka saya yakin, jika Melayu dan malah sesiapapun, jika ingin berjaya dunia-akhirat, maka kita mesti melewati RO. Kini di bulan Ramadhan ini, umat Islam sedang terlatih untuk menjalani RO, cuma selepas pembersihan kita terhenti di situ tanpa mengerti dan berbuat langkah selanjutnya.

(4) Seperti saya kata terdahulu, Islam juga kembali bangkit lewat jalanan RO. Kita tahu, pada mulanya, di dunia ini, Islam lahir dan bertapak di Kaabah, Mekah. Begitu juga manusia. Dari sana, lewat waktu dan keadaan, manusia berkembang mengikut nafsu dan fikiran sendiri-sendiri lalu sesat. Sesudah puas sesat, lalu menemui segala macam keperitan, maka merekapun tercari-cari jalan kembali kepada Allah. Saya mengira, sengaja Allah jadikan sebegitu perjalanan hidup manusia, lantaran sudah banyak kali Dia bersikap ArRahman dan ArRahim, tetapi manusia tidak pedulikan. Jalan perit diharap akan menemukan manusai ke jalan betul lantas menjadikan mereka akan punya rasa ownership yang lebih utuh. Ini adalah penting supaya nanti, apa lagi jika jumlah mereka sudah menjadi terlalu ramai, jalan rukun pasti akan mensejahterakan mereka. Tersasar, sesat, kecundang adalah proses yang Allah jadikan sebagai jalan untuk manusia harus mengerti betapa jalan pada ketentuanNya harus mereka pilih. Ini adalah penting lantaran dunia ini belum tentu kapan Kiamatnya. Tiada siapa boleh menentukan kapan dunia ini akan Kiamat. Saya, hanya boleh menduga, jika contohnya kita mengambil pembayangan dari Ayat Allah berbunyi "Biar sebesar atom sekalipun kebaikan mukmin, pastinya akan Dia pertimbangkan juga". Maksudnya, sekecil-kecil kebaikan yang manusia boleh lakukan adalah sebesar atom. Atom paling kecil adalah Hidrojen. Maka pada saya, Allah seperti membayangkan, jika manusia hanya ingin melakukan kebaikan sekadar sebesar atom, maka telah sampai waktu Kiamatnya dunia. Untuk mencapai ke tahap itu, pastinya jikka penduduk dunia mungkin telah mencecah kiraan 6.023x10^23 iaitu setara hitungan bilangan atom Hidrojen dalam satu Mole Sukatan Kimia. Saat titik itu sudah tercapai, saya mengira barulah dunia mungkin mulai menunjukkan tanda-tanda kiamat. Ini lantaran, dengan jumlah sebegitu, jika masing-masing hanya mahu berbuat baik sekadar sebesar zarah atom pasti dunia sedang menuju punah ranah dengan pelbagai kejahatan. Berapa ramaikah manusia pada angka 6.023x10^23 itu? Kini jumlah manusia hanyalah 6.0x10^9. Bayangkan 6.023x10^23, ini bukanlah angka gandaan 14 kali 10 lebih besar dari sekarang, iaitu 600,000,000,000,000,000,000 tetapi gandaannya adalah jauh lebih besar dari itu iaitu 6.0 trillion trillion. Bayangkan bagaimana kesesakan manusia pada waktu itu? Jika pada jumlah 6x10^9 dunia sudah sebegini kacau, bagaimana agaknya dunia akan menjadi di saat berjumlah 6.023x10^23? Allah sengaja menciptakan keadaan manusia, saat mereka senang ramai menjadi sesat, kemudian saat kian berlambak-lambak, mereka dalam susah keperitan mereka akan tercari-cari jalan kembali kepadaNya. Sesungguhnya fenomena ini setaralah dengan proses Reverse Osmosis. Manusia akan mencari dan memaksakan diri mencari jalan pembersihan saat di dalam kepayahan yang teramat sanggat. Kepayahan dan keperitan akan memaksa mereka untuk membersih diri. Apakah ini jelas kepada kita? RO adalah suatu proses pembersihan yang Allah sembunyikan di sebalik kehidupan bakau, ikan, dan segala setaranya. Jika itu dapat dilakukan, pasti InShaa Allah kehidupan segar bungar dan lestari akan tercapai. Allah telah buktikan keperluan tersebut, cuma kita lambat memerhati dan faham.

(5) Sesungguhnya payah perit adalah proses untuk menemukan kejayaan mutlak. Ibarat, menjunjung dunia adalah perlu untuk menguasai dunia. Sepertinya Allah tidak mengecualikan apapun dari Hukum ini. Perhatikan, biar Mekah adalah pusat kelahiran Islam di dunia, namun untuk kembali menegakkan Islam, ianya tidak dimulakan dengan mudah di Mekah. Biar Islam itu sendiripun, Allah takdirkan ianya harus berdiri dan kembang melewati jalan perit dan getir. Muhammad SAW perlu keluar dari Mekah untuk kembali mensucikan Mekah. Dari Madinah, yang jauh lebih lemah dan kecil, baru baginda dapat membersihkan Mekah dan kemudian memperluaskan pensucian ke seluruh Tanah Arabia. Inilah Reverse Osmosis perjalanan Islam, ianya tidak bermula dari banyak tetapi menerobos dari sedikit untuk mensucikan yang banyak. Perhatikan juga pribadi Muhammad SAW, baginda tidak berjuang dalam segala kesempurnaan, malah dalam keadaan segala kesempitan. Hidup dan kehidupan baginda juga menantang arus dari kebiasaan nafsu manusia. Samalah juga bagi para sahabah dekat baginda kemudiannya. Beramanah adalah RO yang mengental dan menjayakan perjuangan SAW dan para sahabah besar baginda. Para nabi dan rasul terdahulu dari SAW, kecuali mungkin Daud dan Sulaiman AS juga terpaksa melewati RO. Daud dan Sulaiman AS, berkuasa dalam keadaan jauh lebih mudah dan mewah; seperti terkecuali dari RO lantaran Allah ingin menguji kejujuran Yahudi dalam kata janji mereka. Namun, biar itu dituruti Allah namun tetap Yahudi engkar juga akhirnya. Di alam manusia biasa, banyak contoh yang boleh kita ambil sebagai bukti peneladanan RO sebagai jalan terbaik dalam sebuah perjuangan besar. Gautama Buddha, Confucius, Mahatma Ghandi, Jose Rizal, Ho Chi Minh, Mother Teresa, Nelson Mandela, dsb adalah contoh-contoh mereka yang sanggup menjalani RO untuk menang mutlak. Di dalam Islam, RO adalah proses muhasabah diri. Bangsa yang paling hebat melalui RO adalah Yahudi. Sedang Negara yang paling berjaya lantaran rakyatnya telah melalui RO dahsat adalah Amerika, Jepun, Korea, dan pelbagai negara di Eropah Barat. Kini China dan Vietnam sedang menyusun langkah RO yang kental. Di mana agaknya dunia Melayu?

(6) Melayu tidak terkecuali harus melalui RORO Melayu telah dan sedang lalui. Cuma tinggi manakah darjah payahnya RO yang boleh Melayu lalui akan menentukan letak ketinggian kedududkan Melayu nantinya. Ini membawa maksud, betapa Melayu harus memuhasabah diri, self examining dengan lebih teliti dan kuat untuk dapat bangkit kembali menjadi Bangsa Besar. Benar kita telah melalui RO namun itu belum cukup untuk menyadarkan kita, atau mungkin penilaian RO kita belum cukup jitu sehingga kita belum jelas akan pengajaran Allah padanya. Perhatikan, pertamanya, kepayahan dan keperitan nenek moyang kita, yang asalnya dari Tanah Arab lalu membiak melata mungkin pertamanya ke Bumbung Dunia, Mongolia merentas segala apa juga cabaran semasa itu, lalu bertebaran ke IndoChina. Dari IndoChina kemudian mereka terus menebar ke seluruh Tengara Asia. Asia Tenggara awalnya mungkin adalah tanah daratan Asia yang menghampar luas sehingga ke kini Australia. Di Asia Tenggara Melayu seperti telah menemukan Kampoeng abadi mereka. Di sinilah mungkin mereka telah membina Temaddun Melayu yang tersendiri dan selamat berbanding sebelumnya. Inilah RO Melayu Tahap I. Namun lantaran tiada bukti dan penulisan jelas mengenai ini, maka Sejarah pahit manis Melayu hijrah dari Arabia sehingga ke Asia Tengara tiada Melayu massa pedulikan. Akibatnya, Melayu seperti tidak punya kecintaan abadi kepada Asia Tengara atau Nusantara bahkan Bangsa Besarnya. Setelah agak renah, di Nusantara sekali lagi Melayu terpaksa menghadapi RO Tahap II, di mana kemudian diuji Allah dengan ledakan Toba dan Karakatoa yang memusnahkan. Ledakan maha dahsat ini menghangatkan suhu dunia, lalu melarutan ais di khutub-khutub lalu membanjiri pelantar sunda, menjadikan bangsa Melayu akhirnya tumbuh sebagai puak-puak terpisah-pisah di pulau-pulau Nusantara dan Indochina sehingga kini. Namun sekali lagi RO ini lantaran tiada penulisan sejarah yang jelas, lalu kita tidak pernah peduli tentang segala kepayahan nenek moyang kita dalam berkelana menerjah segala keperitan demi menguasai muka bumi sebelah sini untuk kita bersatu sebagai sebuah bangsa unggul tersendiri. Kemudian, bila kepulauan dan kelautan Asia Tengara terbentuk, atas semangat mahu terus berpetualang mereka, Melayu perlu menjalani RO Tahap III,  membina apa juga angkutan yang dinamakan perahu, perahoe, kapal, tongkang, bajak dsb nenek moyang kita terus menjadikan Laut China Selatan sebagai medan perantauan. Badai dan ombak menjadi mainan Melayu. Mereka gah menantang alam. Sifat terus berpetualang Melayu menjadikan Nusantara adalah Kampoeng Bangsa Melayu Raya suatu ketika dahulu. Dalam payah, kita pernah punya wilayah luas yang kita garab sebagai Kampoeng Melayu, dunia Melayu tanpa batas politik atau apa saja. Dalam sejarah nenek moyang kita, setidak-tidak Melayu dapat melewati tiga detik getir RO dalam hidup mereka. Pertama dalam berpetualangan dari Arabia ke IndoChina. Kedua setelah bertebaran ke Asia Tengara, digempur Allah dengan kabut gelap bertahun lamanya menjadikan tanah ladang bertukar menjadi laut dan pulau-pulau. Biar dalam keadaan sebegitu, Melayu mencabar alam, menguasai laut untuk terus menjadikan Nusantara Kampoeng mereka. Ketiga, batas-batas laut dan badai Melayu rempuhi demi kesatuan bangsa. Di Nusantara, Melayu hidup sebagai suku-suku bangsa serumpun.

(7) Apakah tujuan nenek moyang kita itu dulu-dulu sanggup berhijrah melalui jalan perit payah sebegitu jauh dan akhirnya memilih kehidupan berpelayaran pula? Mereka berhijrah dari tanah gurun gersang Arabia, lalu ke tanah tandus Tundra, melata meneter hutan sub-tropika lalu menjadi kini mentelantarkan kita di dunia tropika ini. Kenapa ke Timur tujuan mereka? Kenapa tidak ke Selatan atau ke Barat? Apakah ketentuan Allah atas kudrat kita, sebetulnya sangat payah untuk kita ketahui. Cuma dari fenomena sejarah amat jelas, jika ke Selatan mereka telah memilih perjalanan awal perginya mereka, mungkin akan terus tersadai di Dark World Africalah kita sehingga kini. Jika ke Barat adalah pilihan awal mereka, pastinya kita kini sudah ibarat temadun Maya, Aztec dan Red Indian, lenyap terus tertindas. Nenek moyang kita seperti punya firasat di Timur mereka boleh berdiri gagah. Dari seawal catatan dalam Kerajaan Maharaja Wu China telah kedapatan tidak kurang dari 100 Kerajaan Melayu di seluruh Nusantara di tahun 300M. Kedah, Chien Cha dan Langkasuka, Lang Chia Su pernah tercatat sebagai tempat persinggahan dalam perjalanan pensucian penganut Buddha China ke India. Begitu juga kedatangan Islam sekitar 674M lewat jalan China dan 1300M lewat jalan laut India telah menukar kerajaan-kerajaan ini dari Buddha/Hindu menjadi Islam. Dari di Indochina membawa ke Filipina sehingga ke Sumatera-Pattani, dunia Melayu telah berada dalam naungan luas Islam. Di bawah naungan islam, mereka membentuk Negara-Negara Kota Pelabuhan dan mulai mengadakan perdagangan sentau dan perlahan-lahan kembang menghubung Barat ke Timur. Yang jelas, para nenek moyang Melayu dulu-dulu berhijrah, berpetualang sehingga kini mentelantarkan kita ke Nusantara adalah atas satu takdir untuk bangkit sebagai sebuah Bangsa Besar Serantau, Melayu Nusantara, Melayu Raya lalu mendokong Adeen Ilahi, Islam. Kemudian, bila kuasa Islam mulai menebar di Maditeranean, maka Nusantara mulai di datangi penjajah Barat. Satu persatu Negeri-Negeri Melayu gugur dalam taklukan Barat. Rakyat merdeka di bawah Islam kembali tertindas. Melayu kian menjadi boroh paksaan di Tanah Air sendiri. Sengsara rakyat terus mengakar sehingga berlaku WWII di mana Si Kerdil dari Matahari Terbit akhirnya membuahkan kesedaran Asia untuk kembali berjuang untuk kemerdekaan dari Barat. WII dan pasca WII seperti membakar kehidupan di Asia juga di Nusantara. Namun itu dapat dilepasi lewat korban yang dahsat menjadikan sehingga kini seluruh Asia dan Nusantara sudah kembali merdeka menjadi Negara-Negara Bangsa. Kini, saya menghitung Melayu kembali berlayar. Namun, apa mungkin kita kini sedang belayar ke jalan benar dan betul? Dalam dunia Melayu yang kian berkocak ini, wajar untuk kita merenung ke jalan mana harus kita layari? Haruskah kita sekadar belayar sendiri-sendiri di laut lepas dan menyaksikan matahari naik dan turun seadanya, atau belayar menuju pantai pasti untuk mengembalikan Nur Ilahi di tempat seharusnya? Kita di sini, benar-benar di antara dua temadun Buddha/Hindu dan Toaism/Buddha yang sedang direbut Yahudi berproxy Nasrani, apakah kapal kita harus terus tersadai di tebing tidak terhulurkan atau sekadar belayar mengangkut apa saja ke mana ianya hendak kita hantarkan? Agenda kita, ke mana kita hendak tujui? Sekadar Melayu di Malaysia atau membina Melayu Nusantara berteraskan Islam?

(8) Melayu kita ini, jika kita ingin membina Melayu Raya, Bangsa Besar Nusantara, pertamanya berasaskan sosio-politik semasa, kita tidak boleh lari dari terlebih dahulu membina sebuah Negara Bangsa Maju. Wawasan 2020 mengerakkan kita menuju bangsa Maju. Jika bangsa Melayu kita ini maju, maka Negara kita juga akan maju. Taraf kemajuan kita pula tidak harus kurang dari bertaraf dunia. Sebagai sebuah bangsa bernegara, kalau kita ingin mencapai bertaraf Dunia maka tanda aras kita harus tidak lain dari Amerika Syarikat. Taraf dan gaya hidup kita mesti setara Amerika maka barulah kita dunia iktiraf sebagai negara bertaraf Dunia. Dunia seperti telah sepakat memperakui, betapa segalanya harus menjurus kepada the American Standard maka barulah kita dapat meletakkan diri kita di kedudukan Dunia. Switzerland, biarpun punya taraf kehidupan jauh lebih baik dari Amerika, namun ianya bukanlah suatu tanda aras yang boleh diterima sebagai World Standard. Kenapa Amerika perlu menjadi tanda aras segalanya? Untuk menjawab persoalan itu, biar kita rungkai secara ringkas sejarah pendirian Amerika itu sendiri. Amerika, lahir dari roh Rom, Latin yang dibangunkan oleh Ramulus pada 753SM. Acropolis dalam bentuk Capitol Building telah dengan rasmi pada 25 Julai, 1793 diterima oleh George Washington Presiden I sebagai lambang Amerika untuk menjadikan Temadun Rom (dan Yunani) sebagai asas ketemadunannya (dan juga Barat). Romulus adalah maharaja Barat yang pertama yang menyusun sistem pentadbiran lain dari segala maharaja yang ada di Barat pada masa itu. Rumulus mengambil arah menokah arus RO. Beliau sebetulnya mengambil iktibar dari falsafah politik Yunani. Sistem pentadbiran Romulus berupa sistem Republican lari dari konsep Raja Feudal Monarki yang menjadi amalan di seluruh Eropah pada masa itu (mungkin juga seluruh dunia). Romulus memimpin Rom berteraskan Senet dan setiap Senator adalah mewakili sesebuah kawasan tertentu. Senator adalah berperanan untuk menasihati beliau tentang cara Kerajaannya harus diurus. Rom menumbuhkan apa yang kemudian disebut sebagai pentadbiran demokrasi iaitu pentadbiran berasaskan perwakilan terpilih. Rom sebetulnya terbangun hasil dari runtuhan Temaddun Greek, Yunani yang terbangun sekitar 2,500-1,700SM yang berpusat di Athen. Namun pergolakkan dari kalangan kota-kota telah membawa keruntuhan kepada Athen sekitar 404SM. Temaddun Yunani banyak mempengaruhi falsafah Latin kemudiannya. Sesungguhnya keruntuhan Rom (476M) adalah kerana konsep pentadbiran Republica mula dikembalikan kepada sistem Maharaja oleh Caesar-Anthony (27SM) iaitu bilamana kuasa mutlak beralih dari rakyat kepada Istana. Amerika, sedar konsep Kerajaan beraja, tidak sesuai untuk sebuah Negara yang rakyatnya sangat inginkan bentuk pemerintahan yang lain dari Tanah Eropah. Rakyat Amerika, yang terlahir dari jiwa berpetualangan, kepingin agar terus bebas. Maka konsep demokrasi Yunani dan Latin telah menjadi pilihan mereka. Rakyat mahukan ketua Negara harus tidak diwarisi dari turun temurun. Pemerintahan sebegitu sudah terlalu lama menjadikan mereka dunggu dan terbelengu untuk menikmati kehidupan yang seharusnya. Inilah perjuangan George Washington, atas keperluannya untuk bebas dari Feudalisma Tanah Ibunda Eropah mengambil sikap menyonsong arah RO membawa suara dan kuasa rakyat ke dalam pentadbiran berbanding atokrasi monarki feudal. Amerika memilih untuk menjadi Negara demokrasi pertama di dunia sedang di seluruh pelusuk dunia, semua masih taat kepada sistem feudal beraja.

(9) Amerika khususnya; adalah sebuah Negara terhasil dari Zaman Kebangkitan Eropah (kurun 14-17M) the Western Renaissance setelah berlalunya Zaman Gelap Barat (500-1000M), Western Dark Age  yang terhasil akibat kehancuran Roman Barat di tangan para penjajah Jerman pada tahun 476M. Dengan penaklukan Othomaniah ke atas Byzanthium, Roman Timur pada 1453M, maka jalan dagang laut di Mediteranean dan Silk Road ke Timur sudah agak tersekat. Namun dengan penyusunan semula kerajaan-kerajaan bangsa di Eropah selepas Zaman Gelap telah mengujudkan pelbagai kerajaan yang berdiri sendiri. Sepanyol, Belanda, Portugis dan Britisah adalah di antara yang paling awal dapat membentuk kerajaan yang kuat khusus dari segi ketenteraan kelautan dan perdaganganan mereka. Kecenderungan kerajaan-kerajaan ini untuk menebar agama Nasrani disamping untuk berdagang, juga telah menumbuhkan kalangan pelayar-pelayar yang hebat. Sedang banyak para pelayar lebih memilih untuk ke Timur, Christopher Columbus(1492) contohnya telah menyonsong arah memilih jalan ke Barat merentas Lautan Atlantik lalu menemukan the New World, Amerika. Penemuan oleh Columbus akhirnya mengundang para pendatang dari Potugis, Belanda, Peranchis dan British berebut-rebut ke Amerika menghenyak kaum pribumi Red Indian dan Chicano. Sebelum kedatangan Columbus, bumi Amerika telah dihuni oleh kaum pribumi Red Indian dan Chicano sekitar 30,000 tahun terdahulu. Kumpulan-kumpulan ini kemudian menguasai ekonomi Amerika lalu membentuk masyarakat bebas dalam perlumbaan ala Kapitalisma. Lantaran kekayaan di Amerika, kumpulan-kumpulan pedagang ini kemudian memutus untuk keluar dari kekuasaan maharaja-maharaja mereka di Tanah Eropah yang gila percukaian. Konsep pentadbiran Republicanism dan kebencian terhadap pelbagai bentuk rasuah mulai tumbuh hebat di Amerika pada 1775 melarikan dari sistem monarchy Tanah Ibunda Eropah. Biarpun pada waktu itu Temadun Islam Kordoba sudah ada, apa lagi Temadun Yahudi, namun Barat sedang memusuhi kedua-duanya pada waktu itu. Lantas, tepat sekali mereka mengambil Yunani-Latin, temadun diri mereka sendiri sebagai teras kebangkitan mereka. Pada 1776 di bawah George Washington, kumpulan perdagang ini melancarkan pemberontakan khusus terhadap British dengan bantuan Peranchis lalu mengistiharkan kemerdekaan pada 4 July, 1776. Bermula dari penemuan Amerika sehingga 1865 maka berlaku kegiatan memperdagang dan penghambaan manusia khususnya dari Afrika dan China. Amerika mulanya dibangun hasil dari penghambaan. Pasti unsur-unsur sebegini sangat bertentangan dengan semangat Free America, the Dream Land. Abraham Lincon yang menang jawatan Presiden pada 1860 adalah pemula kepada gerakan penghapusan penghambaan yang mengakibatkan meletusnya Perang Saudara 1861-65. Namun hanya pada 1960an baru seluruh rakyat Amerika, tanpa mengira warna kulit dan strata sosial mempunyai kesamarataan hak politik. Sesungguhnya, kebangkitan Amerika sebagai kuasa besar dunia, bukanlah suatu jalan mudah. Ianya terpaksa menghadapi pelbagai conflict pensucian berlanjutan secara dalaman juga luaran untuk ianya terus meniti jalan kekal gagah dan perkasa. Untungnya, mereka punya pemimpin-pemimpin yang berani dan tegar pada prisip Negarawan unggul. Sesungguhnya Amerika adalah terbina lewat pelbagai jalan getir Religious Revival, Revolution, Civil War, WWI, WWII, Cold War, and numerous Economic Depression, semuanya ditantang hebat dengan hati waja dalam satu gagasan God Blessed America, America the Dreamland. Dari semua ini, Amerika kemudian bangkit menjadi Pemimpin Dunia maka atas lantaran kedudukan sebegitu, ia memaksakan normanya ke atas dunia. Inilah apa yang disebut sebagai the American Standard. Segala apa juga pengalaman pahit manis Amerika, segalanya tercatat dan terpelihara baik di mana-mana di gedung-gedung Menara Gading, Institut-institut, segala macam Yayasan, Memorial dan Perpustakaan untuk kajian dan rujukan. Pokoknya sejarah Amerika boleh saja dicapai dan diikuti sempurna oleh rakyatnya. Mampukah Melayu untuk bangkit sebagai sebuah bangsa lalu membentuk Negara yang sangat mengaruh di dunia Melayu itu sendiri?

(10) Sebenarnya, keharusan untuk menerima the American Standard bukanlah sesuatu yang susah untuk difahami. Di Amerika, terdapat dua golongan masyarakat yang paling dan saling berpengaruh. Pertama pastinya masyarakat Caucasian khususnya Anglo dari England. Kedua adalah kemudiannya para pendatang Yahudi. Kelompok Caucasian adalah pejuang kemerdekaan Amerika. Mereka hijrah ke Amerika, membentuk kelompok Puritan yang menentang tradisi gereja Khatolik, dan akhirnya kembang menjadi Protestan. Pendatang Yahudi kebanyakan membanjiri Amerika akibat dari WWI dan WWII. Takala kelompok Caucasian, gilakan kebebasan politik, puak Yahudi terus gilakan kebebasan berdagang. Sejak menjadi bangs hanyut di Eropah, Yahudi sememangnya telah dinafikan oleh pribumi di sana untuk memiliki tanah pertanian, maka akhirnya mereka telah membentuk sifat mahir berdagang khususnya di dalam dunia Perbankan. Gabungan dari kedua-dua keinginan untuk bebas ini, maka Anglo dan Yahudi kemudiannya telah menyepadukan konsep Demokrasi dan Kapitalisma, yang kini telah berevolusi bersebati membentuk Liberalism. Lewat Liberalisma inilah Amerika ingin terus menguasai dunia. Liberalisma paling mendokong tiori survial of the fittest Darwin, seorang sainstis berketurunan Yahudi. Amerika yakin di atas segala kekuasaan padanya, maka untuk terus berkuasa segala hajat dan niatnya harus tidak boleh dihalang. Dunia harus membuka apa saja kepada the fittest yang tidak lain adalah Amerika. Bagi Amerika, taraf hidup rakyat mereka mesti dipertahan dan kembangkan. Ini memerlukan mereka untuk menguasai ekonomi dunia dengan apa cara sekalipun. Sedang bagi Zionist, kelestarian Yahudi khususnya Negara Israel sangat tergantung terhadap Amerika. Maka, Yahudi harus sinonim dengan perjuangan Amerika dalam menghenyak Liberalisma ke seluruh dunia. Dengan simbiosi ini, Zionist ingin kekal sebagai kuasa di balik kekuasaan Amerika demi Israel. Jika Amerika terus-terus ingin menguasai penuh dunia, apakah Melayu berpeluang untuk menjadi Bangsa Besar, rantau Besar Nusantara? Bagimanakah caranya, jika mereka mahu?

(11) Bagaimana bangsa Yahudi yang sebegitu kecil jumlahnya, terpisah-pisah di seluruh dunia, serta lemah sifatnya, mampu untuk bergabung diri dengan bangsa Caucasian Amerika untuk sangat berkuasa menguasai dunia? Persoalan ini, mengharuskan kita untuk meneliti sejarah bangsa Yahudi itu sendiri. Melayu, juga umat Islam seluruhnya, harus punya kesedaran, betapa pasti ada tujuan Allah mengekalkan bangsa Yahudi yang sangat Dia murkai ini sehingga ke akhir zaman. Saya telah nyatakan terdahulu, bangsa Yahudi sebetulnya jauh lebih engkar dari kaum-kaum Luth, Noh, Ard, malah Firaun, namun semua mereka telah Allah musnah nyah habiskan, tetapi tidak bagi bangsa Yahudi. Kenapa? Asal usul Yahudi, kalau kita renung betul-betul, lahir dari bangsa cemburu, manja, engkar, malas dan bacul sebenarnya. Cuba lihat dari sejak Sarah Allah makbulkan untuk melahirkan Ishak, cemberut Sarah telah memaksa Ibrahim AS untuk mentelantarkan, menyingkirkan Hajar dan Ismail terkesendiri ke Tanah Gersang Bekka di Mekah, sedang Ishak terus mendapat belaian perlindungan kasih sayang penuh kemanjaan Ibrahim AS dan Sarah. Dari Ishak AS kemudian lahir Yakub AS yang melahirkan 12 anak lelaki dari dua isteri. Sikap kemanjaan Yakub AS juga kemudian memisahkan Yusuf dari saudara-saudara pendengkinya yang lain. Yusuf yang dibuang di telaga buta oleh saudara-saudaranya, kemudian telah ditemui oleh pedagang lalu dijual di Mesir. Di Mesir Yusuf Allah angkat menjadi seorang bijak pandai lalu menjadi orang kepercayaan Firaun. Dengan kuasa Allah, saudara-saudara Yusuf kemudian lalu mengalami kelaparan di tanah mereka di Palestin, lalu terpaksa berhijrah ke Mesir. Di Mesir Yakub AS dan seluruh isi keluarganya kembali bersatu di bawah naungan Yusuf AS lalu kemudian berkembang biak menjadi suatu bangsa yang handal berdagang. Kekayaan di Mesir telah memberikan kaum Yahudi menjadi jauh lebih berjaya dari kaum pribumi Firaun. Lantaran di bawah Yusuf AS mereka bertauhidkan Ellah (Allah), bukan Tuhan Firaun, juga telah membibitkan kecurigaan pembesar Firaun akan kemungkinan kekuasaan bangsa ini. Mereka kemudian menjadi mangsa kebencian kaum Firaun. Lantas di zaman Musa AS, mereka telah Allah selamatkan dari kemusnahan di tangan Firaun. Mereka kemudian didatangkan Sepuloh Rukun, Taurah langsung dari Allah sebagai panduan, namun tetap sebahagian terus engkar. Inilah satu-satunya bangsa di dunia, di mana Allah turun sendiri menyampaikan pengajaranNya kepada mereka. Mereka juga telah Allah tunjukkan tanah tumpah darah asal mereka iaitu tanah Palestin. Allah menjanjikan tanah itu, sekiranya mereka mahu memerangi suatu kaum yang sedang sesat di sana. Mereka engan. Mereka bacul. Lalu Allah terlantarkan mereka selama 40 tahun di Gurun Sinai dengan tersedia makanan manna dan salwa yang Allah datangkan dari langit selang pagi-petang setiap harinya. Dalam rahmat Allah yang sebegitu besar, mereka tetap tidak bersatu, tetap keras bersuku-suku. Lantaran kesukuan, mereka menjadi kerdil dan bacul, kembali melarat, lalu Allah turunkan Daud dan Sulaiman AS kepada mereka. Inilah dua rasul Allah yang sangat kuat kekuasaan mereka. Di bawah Daud dan Sulaiman AS, bangsa Yahudi dapat membina Kerajaan yang kuat di Palestin dengan berpusat di BaitulMuqadis. Apa juga, segalanya tunduk kepada Sulaiman AS, biar binatang, tumbuh-tumbuhan, angin, api, bahkan jin semua tunduk kepadanya menjadikan baginda Raja yang paling besar kekuasaannya. Allah membantu Yahudi dengan apa saja yang mereka perlukan untuk terus tetap berdiri sebagai sebuah bangsa. Apa ada bangsa lain yang Allah limpahi bantuan sebegitu rupa? Daud dan Sulaiman AS sepertinya yang paling dapat menyatukan Yahudi untuk bangkit menjadi bangsa besar di zaman mereka. Namun, kekuasaan itu tidak kekal lantaran selepas kematian Sulaiman AS, Yahudi kembali berpuak-puak dan kembali lemah. Temadun Mesopotamia yang kembang di Euphrates akhirnya menyerang meranapkan BaitulMuqadis lalu menjadikan sebahagian mereka hamba abdi di Babylon. Sebahagian Yahudi lainnya lari bertempiaran ke Arabia, Afrika dan Asia Minor lalu memasuki Eropah. Namun di zaman kebangkitan temadun Farsi, Yahudi dapat kembali membina semula BaitulMuqadis. Di saat itu, saya memperhitung, bangsa Yahudi mengubah sikap mereka dari bangsa bacul, pemalas, berpuak-puak bersatu membentuk kelompok taksub keagamaan. Saya yakin, kelembutan Farsi terhadap bangsa ini, kemudiannya menukar mereka menjadi suatu bangsa yang bangga diri. Mereka berbangga lantaran hanya mereka ada pertunjuk dari Allah, Taurah sedang yang lain tidak. Mereka bangga diri lantaran mereka pernah punya Kerajaan Besar dan paling berkuasa. Mereka jadi bongkak dan memandang rendah kepada kaum-kaum lainnya. Dari sana saya memperhitung, mereka menjadi bangsa yang taksub pada diri sendiri. Akhirnya, Yahudi, terus yakin betapa mereka Ellah telah jadikan bangsa istimewa terpilih: "We are the chosen nation!". Sedang hakikatnya, Allah hanya mahu mengembalikan mereka ke tempat mereka dan menjadi penyambung lidah Allah dengan kaum-kaum lain di sekeliling mereka. Lantaran bangga diri mereka kemudian menjadikan Agama Allah menjadi Agama Yahudi Esklusif. Kaum-kaum lain tidak layak untuk menganuti Agama ini maka seterusnya banyaklah kebenaran mulai mereka selewengkan. Kekalahan Farsi di tangan Latin khususnya Latin Timur, Byzanthium merobah segalanya. BaitulMuqadis terlepas dari kekuasaan Farsi, dan kebebasan Yahudi sekali lagi terbelenggu. Malah mereka terus-terusan kemudian menjadi bangsa hanyut di mana-mana. Keadaan mereka menjadi lebih parah bila mana Nasrani telah Rom terima sebagai Agama rasmi. Hal ini, menjadikan Gereja Nasrani melakukan pembantaian di atas kekejaman Yahudi kepada Jesus Christ. Cuma sedikit beruntungnya, Yahudi kembali dapat berkampung di BaitulMuqadis bila Umar Al Khataab dapat menawan BaitulMuqadis dan membernarkan Yahudi, Nasrani dan Islam berkembang baik bersama-sama di sana. Kejatuhan Islam di tangan perang Salib, lalu membawa keruntuhan empayar-empayar Islam, telah menumbuhkan Western Rennaisance dan ini telah memberikan sedikit kelegaan kepada bangsa Yahudi yang bertebaran di Eropah. Mereka perlahan-lahan menjadi bangsa perdagang khususnya Perbankan lantaran pribumi Eropah tidak membenarkan mereka memiliki tanah pertanian. Mereka juga kemudian menjadi ahli-ahli pemikir hebat dalam dunia sains, sastera dan seni. Pelbagai Universiti mereka bina di seluruh Eropah. Mereka akhirnya menjadi kelompok licik dalam dunia perdagangan dan Perbankan. Ini akhirnya menimbulkan banyak keresahan di Eropah, sehingga pribumi mulai melihat Yahudi sebagai penyebab segala sengara yang sedang mereka alami. Prussia (1905) adalah Negara pertama yang memusuhi bangsa Yahudi. Kemudian Peranchis (Dreyfus Affair) dsb. Perang WWI dan WWII akhirnya meletus akibat puncak kebencian anti-simitic banyak negara khususnya Jerman dan Itali kepada Yahudi. Sesungguhnya, dulu haya terdapat sekitar 2.50 juta bangsa Yahudi di dunia ini, dan sebelum WWII cuma ada 10 peratus dari mereka tinggal di BaitulMuqadis dan 90 peratus selebihnya kebanyak di Eropah dan Russia. Bangsa Yahudi lantaran sifat bangsa hanyut mereka, mereka lalu sedar, betapa tanpa negara, mereka akan terus ditekan untuk menjerap diri ke dalam Negara-Negara Bangsa Eropah. Keterpaksaan ini kemudian mereka lihat sebagai jalan untuk menghapuskan jati diri Yahudi. Maka demi mempertahankan jati diri ini, berbagai kelompok Nasionalis wujud di kalangan mereka. Salah satunya adalah pemikiran Zionist yang telah dipelopori oleh Rabbi Yehudah Shlomo Alkalay (1798-1878) and Rabbi Zevi Hirsch Kalischer (1795-1874) lalu diperkemaskan oleh Moses Hess (1812-1875), yang cita-citanya tidak lain adalah untuk punya sebuah Negara. Kelompok Zionist inilah yang telah merevolusi pemikiran Yahudi massa. Mereka ingin bangkit sebagai bangsa bermaruah, bernegara dan merdeka. Mereka mengumpul dana mahu membeli Uganda sebagai Negara mereka. Konsep zakat yang ada di dalam Taurah mereka perkemas dan perluaskan sehingga menjadi senjata paling spiritual untuk memaksa semua Yahudi patuhi untuk menyumbang bagi membeli sebuah Negara Yahudi. Namun, selepas WWII, Amerika mungkin akibat pemahaman Protestan dan Khatolik tentang asal-usul bangsa ini, mengembalikan mereka untuk membina Israel di Paletin. Pada May 14, 1948, David Ben-Gurion mengistiharkan penubuhan Israel di Palestin. Selain itu, Amerika juga punya muslihat lain selain itu dalam keputusan mereka untuk mendirikan Israel di Palestin, iaitu membina batu loncatan untuk menguasai kuasa tenaga dunia. Yahudi, khususnya kelompok Zionis dan dipersetujui hebat oleh kalangan pendita, melihat Amerika sebagai the modern Jew Messiah. Atas dasar itu saya mengira, Yahudi dan Amerika tidak akan pernah terpisah. Protestant dan Judaism wujud sebagai kembar Siam tulin. Sebagai sebuah bangsa, henyakan Reverse Osmosis hidup menukar mereka dari cemberut, pemalas, bacul, kerdil menjadi licik dan tega Kapitalis. Yahudi mahu kebebasan mutlak untuk menguasai kekayaan dunia. Sedang Caucasian Amerika pula, mereka punya kemahuan kuat untuk bebas dalam erti kata yang jauh lebih luas dari segala pengaruh tradisi feudal ibunda iaitu untuk menjadi demokrasi liberal. Liberalisma menyatukan kedua-dua nafsu Yahudi dan Caucasian Amerika. Kedua-duanya kini bersepadu mengasak nilai-nilai Liberalism sebagai jalan paling serasi dengan nafsu semua manusia untuk menguasai dunia.

(12) Dari gambaran di atas, tidakkah terbayang persamaan kemanjaan, cemberut, khianat, berpuak-puak namun pasrah Melayu kini berbanding the historical Jews? Sejarah awal Melayu yang penuh jatuh bangun sengsara, mulai hijrah dari tanah Arab sehingga membawa kepada ledakan Toba dan Karatoa sehingga menjadi anak penghambaan jajahan Buddha, Hindu, Barat dan Jepun seperti belum dapat menyedarkan Melayu untuk menjadi licik dan tega malah kini Melayu menjadi lembut, bersahaja, pasrah. Kenapa sebegitu jadinya jati diri Melayu? Biar setelah puas dihenyak, dipecah belah, dan terkongkong pemisahan agama oleh penjajah, bila merdeka, Melayu seperti belum mahu belajar. Mungkin tiga perkara asas yang memupuk kelemahan-kelemahan Melayu tersebut. Pertama kerana dualisma Sistem Pendidikan kita. Kita mengamalkan Sistem Pendidikan Sekular dan juga Vernicular. Sistem Pendidikan Sekular kita cukup liberal. Kita menghantar anak-anak Melayu keseluruh dunia, hanya dengan satu tujuan, membina kemahiran, ilmu hidup moden. Pendidikan Islam tidak Melayu bangunkan sebati dengan pendidikan sekular. Bahkan Sistem Pendidikan Vernicularpun sedang disekularkan. Agenda Melayu Moden (sekular sebenarnya) berkiblatkan Barat seperti terus menjadi tunjang Sistem Pendidikan Sekular Negara. Sedang Sistem Pendidikan Melayu Vernicular terus cuba bertahan akan perkara-perkara tradisi. Kedua-duanya kian bertarung saling merosakkan. Akhirnya kita sedang melahirkan kelompok-kelompok manusia yang sedang berlari-lari tetapi tidak menemukan Melayu pada Stesyen Keretapi pada tujuan dan rentak perjalanan yang sama. Mereka tidak singgah dan dipertemukan di Stesyen Keretapi Madani. Kedua, Sistem Ekonomi Melayu sedang bergerak selari dengan sistem ekonomi sekular. Seluruh kehidupan Melayu sedang diasak hebat untuk berpaksi cara hidup sekular. Cuma agar Melayu tetap Melayu maka Melayu terus saja dibuai enak oleh Dasar Ekonmi Baru (DEB). Namun tetap DEB adalah agar Melayu jadi sekular. Terlalu banyak keistimewaan percuma Melayu dapati. Berbanding Melayu di negara-negara lain, Melayu di Negara ini paling dimanjakan. Pemimpin Melayu seperti ingin menebus kembali kepayahan yang Melayu alami lewat perlidungan optimum, perfect protection. Akibat sekian lama dalam buaian DEB (1972-2015), Melayu menjadi manja dan pasrah. Melayu terus-terusan menjadi anak kecil belum tumbuh jadi bangsa matang berdikari. Faktor ketiga yang melemahkan Melayu adalah lantaran politik Melayu yang semakin Liberal. Melayu mulanya mendokong demokrasi. Ini sememangnya sesuai dengan keperluan untuk lari dari feudalisma mutlak. Namun demokrasi kita sakadar demokrasi sekerat jalan. Kita tidak mengamal demokrasi Aristotle sepenuhnya. Namun tanpa sedar, lantaran terpengaruh oleh Sistem Pendidikan dan Ekonomi Barat, kita sedang menerima Liberalisma. Sejak merdeka, sehingga kini, Melayu sudah jauh berjaya dan cukup hebat terdoktrin  betapa kempimpinan Melayu yang ada, mereka adalah sangat sangat prihatin pada mereka. Kepada Melayu, membela untung nasib Melayu adalah tanggungjawap pemimpin mereka. Melayu tidak pernah khuatir lantaran percaya, selagi kepimpinan Negara masih dikuasai Melayu, nasib Melayu dan Islam pasti kian terjamin. Inilah kepercayaan yang telah bertahan sekian lama dalam sanubari Melayu. Tidakkah ini sama dengan perlakuan Yahudi di zaman Daud dan Sulaiman AS yang begitu sayang kepada kaum mereka?  Daud dan Sulaiman AS memberikan apa saja pada Yahudi di zaman mereka. Mereka cukup kuat, paling gagah. Tetapi saat keduanya sudah pergi, segalanya runtuh. Maka di akhir-akhir ini, pelbagai dugaan sedang mengasak Melayu. Dugaan paling hebat adalah dari sudut kepayahan sara hidup. Kehidupan Melayu di kota-kota kian menuju keresahan yang kian memuncak. Di desa-desa juga sudah terlalu banyak berubah. Nafsu liberal kapitalisma sudah menular jauh. Jurang pendapatan di antara mereka dan di antara kaum-kaum lain, kian melebar serta pertumbuhan pendapatan kebanyakan dari mereka tidak sejajar pertumbuhan peningkatan belanja hidup. Kini juga sudah melanda risiko persoalan keImanan. Pelbagai serangan dari pelbagai sudut sedang mengasak Iman Melayu. Di sana sini saban waktu ada saja keoranar yang sukar kita percayai sedang melanda Melayu. Sepertinya kian muncul kalangan kecewa di dalam kelompok ini sehingga pertimbangan rasa sudah mengatasi perhitungan Iman sebenar. Jati diri keIslaman Melayu kian sangat rapuh. Serangan ke atas ketuanan Melayu juga sudah kian bingit. Melayu seperti sudah tidak lagi boleh berjuang dalam tradisi budaya mereka. Apa saja kelihatan Melayu, mulai dilihat sebagai pembangkit rasa perkauman. Apa lagi segala macam gejala sosial seperti tidak pernah ada jalan penyelesaian malah sekian bertokok tambah menyerang Melayu. Paling memalukan, gejala rasuah, penyelewengan kuasa, dan kemelemahan pengurusan khususnya kewangan sudah kian menjadi gambaran wajah jati diri Melayu. Melayu seperti kian terheret oleh perlumbaan keduniaan namun tetap mereka tercorot. Sesungguhnya, semua ini, kian meletakkan Melayu di tahap bagai telur di hujung tanduk. Maruah Melayu benar-benar tercabar. Hakikatnya, bangsa Yahudi yang hanyut di Eropah sebelum WWII, juga menghadapi henyakan yang serupa. Mereka kian ditelan oleh tuntutan assimilasi Eropah. Namun, kehadiran manusia-manusia berjiwa bangsa di kalangan mereka telah melahirkan pemikiran yang tajam untuk mereka kembali bersatu eklusif menantang segala lalu membentuk sebuah Israel, demi kemandirian Yahudi. Melayu, sudah merdeka, bernegara, namun lembut, lengai, berpuak-puak tetapi cukup pasrah. Segala henyakan yang melanda seperti belum mampu merobah Melayu menjadi bangsa sadar dan mahu bertindak. Anih dan kenapa? Apakah nur yang tersisa?

(13) Dalam mencari jalan jelas pelayaran dan pendaratan Melayu, saya melihat kita kena rombak tiga perkara asas yang menjadikan Melayu lemah. Pertamanya harus bermula dari kepemimpinan Melayu. Kedua Sistem Pendidikan kita dan akhirnya Sistem Ekonomi kita. Bahtera kita adalah kepemimpinan. Lautan ganas yang kita harus harungi adalah Sistem Pendidikan. Dan destinasi perlabuhan pendaratan kita haruslah Sistem Ekonomi yang betul. Langkah kita tidak perlu untuk mencari atau melakukan transformasi kita hanya perlu assimilasi iaitu pensebatian yang betul. Sebelum saya memanjangkan pemikiran saya dalam tiga bidang tersebut, saya mengajak pembaca untuk menghargai kemelut yang sedang melanda kita kini. Pertama Hutang Negara sudah jauh sangat tinggi dari kemampuan dan kejayaan ekonomi kita. Jika berlaku krisis kewangan dunia, kita akan parah. Kewujudan dan cara perjalanan 1MDB, FGV, dan terbaru pembelian harta MARA di luar Negara seperti tersiar luas, paling menghantui jalan dan inti pati pemikiran Melayu. Pastinya masalah dari segala masalah adalah bila Malaysia sudah dunia iktiraf sebagai antara 10 Negara paling rasuah. Sesungguhnya segala ini jika tidak diurus dengan betul pasti benar-benar meletakkan Melayu bagai telur di hujung tanduk, melukut di tepi gantang. Saya berkira, inilah titik lemah bagi bangsa ini, the breaking point bagi Melayu, dan jangan sampai Allah berpaling dari kita sepertinya Dia berpaling dari bangsa Yahudi selepasnya Sulaiman AS. Apakah Melayu mahukan proses pembantaian jauh lebih hebat dari ini untuk baru kita termengadah? Muhasabah diri iaitu Reverse Osmosis kali ini Melayu mesti jalani hebat untuk kita menghayati hikmah Allah di balik segalanya ini. Masa telah sampai untuk Melayu massa mengubah....bersambung, In Shaa Allah.

Normah Medical Center, Kuching
19 June, 2015

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.