.

3/6/15 MEMBANGUN KUCHING "NEW GROWTH CITY"......apa tindakan Sarawak?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 11, 2015

Share

& Comment

Saya amat tertarik dengan saranan di dalam RMK11 seperti dibentangkan oleh Najib di Parlimen baru-baru ini. Cuma lantaran seluruh politik Negara sedang sebok dengan 1MDB, maka tidak banyak mungkin mahu memberi perhatian kepada usaha keras Wahid Omar dan rakan-rakan penjawat awamnya sekitar 18 bulan sudah dalam merumus satu rangkakerja pembangunan ekonomi Negara agar kita benar-benar dapat mencapai Negara Maju pada akhir RMK11 (2016-2020) nanti. Salah satu saranan yang saya kira wajar rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak (GOS) ambil langkah segera adalah tentang usul untuk membangunkan Kuching sebagai New Growth City. Tujuan pembangunan New Growth City ini saya jangka sama sahaja dengan apa yang cuba diusahakan pada RMK-RMK sebelumnya di mana sering ada usaha untuk mencari new growth areas or sectors. Ianya adalah bertujuan untuk memberi dan meransang suatu punca baru kepada pertumbuhan ekonomi Negeri dan Negara. Namun kali ini, ianya ada sedikit berbeza bilamana perbandaran telah dipilih sebagai New Growth Area. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Wahid dan rakan-rakan atas far sighted ini.

(2) Sesungguhnya, usaha-usaha untuk membangun New Growth City adalah perlu memandangkan ekonomi kita sedang menuju hebat kepada ekonomi bandar, urbanized economies. Kehidupan kota pasti menjadi idaman setidak-tidak 90-95 peratus dari penduduk Negeri dan Negara ini akhirnya. Sarawak dengan penduduk sekitar 3.0 juta dan Kuching dengan penduduk sekitar 650,000 orang merupakan suatu demografi yang amat sesuai untuk dilihat dan dibangunkan sebagai New Growth City. Sarawak dan Kuching masih mengalami rentak penghijerahan luar bandar-bandar yang masih boleh diurus dengan baik. Perancngan awal perkembangan Bandaraya Kuching selaras dengan kadar penhijerahan penduduk luar bandar ke bandar pasti membolehkan Kuching cukup bersedia dengan kedatangan penduduk baru ini. Cuma apakah maksud dan bidang yang dimaksudkan dengan New Growth City ini? Saya yakin, Wahid sedang mencari Model Livable-Vibrant City untuk sebuah Negara Malaysia Maju. Jika dilihat dari sudut endowmentnya, Kuching boleh menjadi sebuah Kota Rahmat yang sangat baik. Saya menggunakan istilah Kota Rahmat atau dalam Bahasa Inggerisnya Healty City lantaran itulah usaha yang telah diterajui oleh Kuching sejak  dua dekad lepas. Model Kota Rahmat harus menjadi paksi kepada pengembangan Bandaraya Kuching untuk menjadi New Growth City. Cuma mungkin khilafnya, Kota Rahmat ini selama ini tidak mempunyai Pelan Induk dan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan yang sebenar. Juga saya melihat the Master Plan of the Greater Kuching yang ada lebih menjurus kepada pembangunan Kuching Selatan dan satelitnya sejajar dengan kekuatan pedalamannnya. Kekuatan wilayah Kuching Utara tidak diberikan perhatian sewajarnya. Kuching kini saya kira terbangun lebih kepada permintaan dan kepentingan Kapitalis tertentu. Pembangunan Kuching, lebih kepada kehendak dan citarasa Kapitalis dari menjurus sebenar-benar kepada pembinaan Kota Rahmat. Kota Rahmat adalah sebuah kehidupan kota yang menjurus kepada penyuburan kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan rakyatnya. Sebagai seorang Muslim dan seluruh mereka yang beragama, perancangan dan pembinaan Kota Rahmat harus mengambil point of reference atau Modelnya berpaksikan kepada Syurga, Al Jannah, Nirvana. Apakah yang ada di Syurga? Tidakkah Syurga itu digambarkan oleh Al Quran dan dalam kitab agama apapun sebagai suatu kehdupan yang sempurna mutlak. Penghuni Syurga, hanya perlukan keinginkan apa saja, maka segala akan tersedia di sana. Segala bentuk kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan terhidang sempurna di Syurga. Itulah janji Allah. Ianya seolah-olah serupa dengan slogan America is a dreamland. Maka jika keperluan 3K iaitu kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan biar dari segi fisikal, saikologi, dan roh penduduk sebuah kota itu dapat dipenuhi, maka itulah seharusnya menjadi KPI bagi Kota Rahmat. Oleh yang sedemikian, jika kita dapat mengerakkan kehidupan dan lingkungan kota kita ini, mendekati kehidupan dan lingkungan di Syurga, maka di situlah hakiki Kota Rahmat sebenar yang harus kita bina dan ianya pasti menjadi New Growth City Kota yang terus kembang dan mengembangkan. Apakah itu mustahil? Sesungguhnya Allah tidak pernah menghalang kita secara fizikal untuk berbuat apapun, apa lagi yang berupa kebaikan untuk semua. Maka kenapa kita harus was-was? Allah dengan jelas telah memberikan manusia segala kekuatan yang perlu untuk kita menentukan pilihan kita, cuma yang pasti di hari Hisab barulah Allah akan memberikan keputusan muktamadNya tentang kehidupan abadi kita nantinya.

(3) Namun, walau apapun Kuching punya keupaayan tinggi untuk dibangun sebagai Kota Rahmat. Lihat pada kekayaan alam rahmat Allah kepada Kuching. Di garis tengah Utara kota ini ditandai dengan sebuah sosok  gadis terbaring, Gunung Santubong yang sangat scenic. Simbolik gadis terbaring itu jika kita bijak menaikan nafsu birahinya pasti Kuching akan menjadi sebuah kota yang sangat unik dan tersendiri. Di Timur Lautnya, Gunung Taman Negara Bako yang sangat mengoda. Kehijaunya ibarat batu zamrud di Taman Syurga. Di Baratnya pula adalah saudara Santubong iaitu Gunung Serapi. Inilah saudara Santubong yang banyak orang tidak sedar sebagai pengalir air jernih ibarat di Syurga untuk keperluan seluruh greater Kuching. Serapi tidak pernah lelah untuk menangkap awan lalu meleburkannya menjadi aliran air-air Syurga yang nyaman.  Sedang di Barat Daya pula adalah gugusan gunung-gunung dan bukit-bukau batu kapur yang pelbagai bentuk di daerah Bau. Sesungguhnya, pembangunan ke Barat dan Barat Daya Kuching harus dilakukan dengan penuh hati-hati memandangkan dari situlah aliran nafas Kuching yang harus tidak diperentengkan. Di Barat Lautnya pula terbentuk gugusan Pulau-Pulau Sempadi- Rambungan, yang dilitupi Hutan Malar Hijau Bakau yang cukup kaya kepelbagaian bionya dan sangat menyegarkan. Anih segala kekuatan semulajadi ini tidak pernah dijadikan paksi dalam perancangan dan pembangunan Bandaraya Kuching. Jika di Barat, segala natural landmarks ini akan dijadikan asas jatidiri sesebuah kota, apa lagi jika kota itu punya kepentingan strategik sebagai Kota Pentadbiran, Kota Perlacungan atau Kota Gerbang Kemasukan. Cape of Good Hope umpamanya sangat memberikan Johanesburg suatu kekuatan yang luar biasa. Begitu juga Rio de-Janeiro. Sydney juga sama. Wellington, Venice, Paris, London, Los Angelas, dsb, semuanya memanafaatkan seluruh kekuatan alam semulajadinya untuk tarikan asas ke kota-kota ini. Paling ketara adalah kota-kota seperti Denver, Boulder, Golden, dan Fort Collin di Colodaro, Amerika Syarikat di mana mereka meletakkan Rocky Mountain dan River Plate pada kedudukan istimewa di dalam perancangan dan pembangunan kota-kota ini. Rocky Mountain khususnya dijadikan paksi bagi pembinaan jalinan jalanraya dan landasan keretapi. Kuching pada hakikatnya adalah converging pot bagi pelbagai budaya: Melayu, Cina, Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Dari sudut wilayahnya pula, Kuching boleh menjadi jalan keluar bagi Kalimantan Barat. Biarpun sebegitu, Kuching tidak direncanakan agar mengarap semua itu untuk menjadi ciri pembangunannya serta menjadi sumber untuk memberi daya pengiuran kepada keberadaannya. Kuching kini bangun ibarat gadis tidak terhias oleh segala kembangan haruman di sekelilingnya. Kuching berdiri atas kapitalisma tulin. Roh tropis, roh adat, roh perpaduan dan roh penyuburan selanjutnya tidak direncana baik dalam pembangunan Kuching. Membangun, sememangnya Kuching terus membangun, namun kebangkitannya adalah pada keadaan biasa-biasa, lesu kurang mengahirahkan sebetulnya. Kuching tidak dapat membangkitkan sahwat kebangkitan selanjutnya.

(4) Apa yang ada di Syurga sebetulnya? Tidak ada jawaban pasti perician tentang itu. Cuma, di dalam Al Quran, Allah sering mengariskan betapa di Syurga itu ada sungai-sungai berair jernih menyegarkan. Ada juga sungai-sungai air susu nyaman. Ada juga sungai berair madu enak. Ianya adalah taman kembangan dan buah-buahan yang enak-enak. Nuansa atau lingkungan Syurga Allah gambarkan sebagai kebalikan dari ketandusan Padang Pasir Arab yang penuh kegersangan. Di Syurga penghuninya segar-segar belaka serta mendapat segala pelayanan istimewa. Manusia adalah mahluk kehormat saat dia menempati Syurga. Syurga adalah kehidupan yang penuh kemakmuran, kesejahtreaan dan keselamatan yang hakiki. Tidak ada sesiapapun dinafikan haknya di Syurga. Namun, untuk dapat ke sana, manusia perlu berIman dan berTaqwa kepada Allah. Itulah tuntutan yang Allah tidak mahu bertolak ansur. Maka, apa mungkin dengan membina Kota Rahmat kita akan ke Syurga akhirnya? Jawaban kepada persoalan itu adalah jelas. Biar sebesar zarah atom sekalipun kebaikan manusia, Allah tetap menghargainya selagi mereka tidak syirik. Namun, persoalan pokok, kenapa harus kita membina Kota Rahmat jika di Syurga nanti kita akan telah ada semuanya. Kota Rahmat perlu kita bina lantaran kehidupan di kota-kota kini kian supek menyesakan. Kita harus berbakti kepada Allah dalam membebaskan penghuni kota dari belenggu kesupekan ini. Pesan SAW harus kita ingat, betapa kesupekan akan mendorong manusia untuk tidak berIman. Adalah menjadi tanggungjawap kita untuk membina keadaan agar manusia terus teguh berIman. Inilah Ibadah. Inilah Taqwa kita kepada Allah. Sebahagian manusia pengusaha telah menjadi terlalu Kapitalis sehingga kemakmuran , kesejahteraan dan keselamatan saikologi dan roh banyak dari penghuni kota sudah tidak terjamin. Dalam sudut kemakmuran, hanya yang kuat mendapat hampir semua. Kota-kota kian berwajah dikotomi. The Beauty and the Beast wujud bergandingan tetapi tidak bersahabat dalam kehidupan kota-kota kini. Nan menjulang terus menjulang sehingga ke langit, sedang yang merayap terus kian sesak terkapar sukar bangkit. Jurang sebegini harus kita hapuskan. Atas sebab kita dituntut untuk kembali ke Syurga, yang merupakan suatu ketika dulu tempat asal kejadian kita, maka budaya hidup di Syurga kita harus bina di dunia ini, agar kita benar-benar terjamin untuk ke sana nantinya. Budaya hidup di Syurga, bukanlah budaya hidup senang sendiri-sendiri, ianya adalah budaya kehidupan bersifat Ummah, collective. Lantaran itu, maka Allah menjadikan kita untuk mengurus segala apa juga yang telah Dia ciptakan di dunia ini agar ianya memberikan kebaikan kepada semua. Kita tidak boleh membiarkan Kapitalisma untuk menguasai segala, dan manusia kebanyakan menjadi tersisih. Jika Syurga menjamin hak semua, maka Kota Rahmat harus terbina buat merahmati semua atas rahmat keliling anugerah Allah. Jika itu adalah budaya usaha kita, In Shaa Allah kehidupan kita akan menjadi seperti di Syurga dan pasti kemudiannya Syurga adalah hak kita.

(5) Di mana dan apakah corak Kota Rahmat Kuching agar ianya juga harus menepati keperluan tujuan pembangunan New Growth City. Bandaraya Kuching secara demografi dan topografi terbelah dua. Di Selatan, dominen tanah tinggi berbukit-bukau. Di Utara, dominen tanah datar lembangan Sg. Sarawak yang sangat subur namun tergenang air payau. Dari segi penduduk, Kuching Selatan mungkin menempatkan sekitar 55-60 peratus dari penduduk Bandaraya Kuching, dan Kuching Utara menempatkan 40-45 peratus penduduknya. Kuching Selatan punya kawasan tadahan pedalaman yang jauh lebih luas serta sudah agak terbangun. Kuching Selatan, saya kira lebih urbanised berbanding Kuching Utara. Harga tanah di Kuching Selatan sudah jauh sangat meninggi. Wilayah Kuching Selatan dan kawasan tadahannya, saya yakin kini boleh membangun tanpa perlu major intervention. Kuching Utara, biar harga tanah masih agak rendah, namun belanja untuk membangunnya adalah agak tinggi lantaran bentuk prasarananya adalah sedikit berbeza. Kawasan Kuching Utara masih memerlukan suntikan major economic intervention untuk ianya boleh bergerak selari dengan Kuching Selatan. Saya lebih cenderung untuk mengusul pembangunan Kota Rahmat Kuching Utara sebagai calun Kuching New Growth City di bawah RMK11 ini nanti.

(6) Kenapa saya memilih Kuching Utara sebagai seharusnya dibangun sebagai New Growth City? Saya akan cuba menjawab persoalan ini dari empat sudut utama: Kembangan Ekonomi, Keseimbangan Agihan Pembangunan, Pembinaan Ciri Budaya-Tropis, dan Kewajaran Politik. Dari sudut keperluan kembangan growth ekonomi, Bandaraya Kuching harus dibangun selaras dengan keperluan untuk menjadikan ianya dapat mengaruh kepada penzahiran keupayaan ekonomi setempat. Wilayah Kuching Utara, dengan sifatnya masih mempunyai kawasan tanah yang agak murah serta agak kurang kependudukan, membolehkan ianya di rancang sebagai sekeping kertas putih agak bersih. Kuching Utara pada masa kini lebih berupa sebuah kawasan kependudukan tempat tinggal. Tiada jasad perbadaran di wilayah ini. Pastinya agak anih, sebuah kawasan digelar bandaraya namun tidak berpunya sebuah bandar. Kawasan pembangunan bertanda I-VI di dalam gelang kuning di peta di bawah, semuanya masih terbangun secara self content in-situ. Satu jasad kota sebenar untuk menguja dan menarik pertumbuhan selanjutnya tidak ketara. Biarpun Bandar Samariang (I) terencana untuk menjadi sebuah bandar namun sifat distanced from places of employment melesukan pertumbuhan "bandar" tersebut. Projek Darul Hana (VIII), yang akan melibatkan sekitar 5,000-7,000 keluarga, akibat masalah kesempitan tanah serta sentimen nuansa kekampungan pasti juga tidak akan dapat memberikan pembangunan bentuk perbandaran. Biarpun gelungan hijau (A-E) adalah kawasan berdaya maju tinggi untuk usaha-usaha pembangunan, namun tanpa hadirnya paksi segala pembangunan, pasti tidak akan dapat menguja pembangunan selanjutnya. Maka Bandar Lama Kuching di selatan, terus-terusan menjadi focal point bagi Bandaraya Kuching Utara. Pembangunan sebuah bandar di Kuching Utara, pasti dapat mengangkat seluruh kawasan (I-VIII, A-E) itu melonjak ke satu kedudukan ekonomi yang pasti lebih baik. Kuching Utara, seharusnya punya focal point perbandaran tersendiri dan perlu juga mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan tekanan harga kepada Kuching Selatan. Pembangunan New Growth City di Kuching Utara pastinya dapat memberikan banyak kelegaan kepada Kuching Selatan, dan pembangunan di Kuching Selatan pastinya akan dapat di susun semula agar ianya dapat seiring membentuk Twin Complementing Healthy Cities.

(7) Jika diteliti baik-baik, penempatan-penempatan tradisional di Kuching Utara masih agak terpisah-pisah. Rantaian perhubungan yang cekap belum wujud di kawasan-kawasan ini. Gugusan Kependudukan Santubong (4), tidak terjalin cekap dengan Gugusan Kependudukan Bako (5). Begitu juga Gususan Kependudukan Rampangi (2) masih terpisah dengan Gugusan Kependudukan Samariang (3). Jika dilihat Gugusan Kependudukan Sampadi (1), ianya amat terpisah dari semua gugusan kependudukan lainnya. Seliratan sungai-sungai memisahkan semua gugusan kependudukan ini. Belum terbentuk jalinan jalanraya yang dapat menghubung semua gugusan ini secara cekap. Penduduk dari kawasan ini, yang rata-rata adalah kalangan berpendapatan rendah, mereka terpaksa berulang-alik sebahagian besarnya ke Kuching Selatan sebagai kawasan tumpuan pekerjaan. Kini, sememangnya sudah ada jalan perhubungan jalan, namun ianya tidaklah sebegitu cekap dan economic. Keadaan sebegini jika tidak difikirkan segera, segala permasalahan sepertinya kesesakan Kuala Lumpur juga akan turut terjadi di Kuching pada suatu hari nanti. Ini bukan sekadar tidak sihat dari segi nuansanya, namun lebih parah ianya boleh menyumbang kepada kerencatan perkembangan ekonomi selanjutnya. Kelemahan paling ketara dalam pembangunan Kuching Utara adalah akibat ketiadaan centripetal point serbagai tempat tumpuan sermua gugusan kependudukan ini. Centripetal point ini harus mampu menjana keperluan pekerjaan yang hebat bagi penduduk di kawasan Kuching Utara, dan ini harus bersifat in situ serta secara jangka panjang dan pendek ianya harus tidak melebihi dari 30 minit perjalanan berkenderaan. Jika rahmat pekerjaan in-situ serta dengan pengurang perbelanjaan dan kecekapan pengangkutan yang lebih sempurna, In Shaa Allah masyarakat-masyarakat di perkampungan-perkampungan tradisional ini akan dapat lebih cepat untuk memperbaiki kehidupan mereka. Telah tiba masanya, kehidupan di perlampungan-perkampungan ini berserta kawasan-kawasan perumahan moden lainnya di Kuching Utara agar dapat digabung sempurna akan segala kekuatannya ianya pasti boleh dijadikan asas kukuh bagi pembinaan sebuah New Growth Healthy City di Kuching Utara ini. Maka agihan pembangunan secara lebih rancak perlu difikirkan segera bagi wilayah Kuching Utara jika kita ingin melihat kesaksamaan ekonomi akan tercapai di antara semua kaum di Negeri ini khususnya di Kuching.

(8) Masyarakat Nusantara suatu ketika dulu adalah masyarakat kelautan. Berpetualang lewat jalan air adalah jatidiri mereka. Namun akibat pengambilalihan dan sekatan kuasa dagang dan pelayaran oleh penjajah telah membunuh sikap kepertualangan masyarakat ini. Jiwa berpetualang masyarakat di sini khususnya di kalangan orang Melayu harus kembali dihidupkan. Sifat berani berpetualang adalah jati diri yang seharusnya dibina dan dimiliki oleh seorang lelaki. Keperluan ini tidak sukar kita fahami jika kita teliti dari permulaan cabaran Allah kepada seseorang lelaki bila mana Adam AS telah dengan sengaja Allah turunkan jauh terlantar ke Sri Lanka sedang Hawa AS hanya menanti sabar di Lembah Bekka. Adam AS perlu bertualang merentas laut, merentas gunung, merentas padang pasir untuk dapat kembali bersama Hawa AS. Seorang lelaki Melayu khususnya harus punya sikap berani berpetualang untuk mampu menikmati kebahagian hidup. Hanya dengan mengembalikan sifat berpetualang Melayu khususnya, barulah masyarakat ini mungkin akan kembali mahu bangkit gagah meneroka apa saja yang sewajarnya. Nuansa tropis dan keluatan, adalah suatu daya yang harus digunakan bagi membangkitan kembali jiwa berpetualang Melayu. Hakikatnya, Kuching Utara mempunyai ciri-ciri dan kekuatan perlacungan asas air water-based tourism yang amat baik namun tidak diterokai sempurna. Ini kerana kedapatan linkage gaps yang amat ketara di antara kawasan kependudukan dan kawasan-kawasan berkeupayaan perlacungan ini. Untuk menikmati keindahan gunung, hutan bukit, hutan paya dan pantai-pantai bahkan laut lepas, masyarakat dan apa lagi para pengunjung ke sini memerlukan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Kuching Utara bahkan Bandaraya Kuching seluruhnya, tidak dapat menawarkan full eco-tourism package yang mudah serta murah bagi keperluan ini. Lantaran itu, Bandaraya Kuching hanyalah sesuai untuk one-to-two nights trip. Pembangunan sebuah bandar di Kuching Utara jika bercirikan keupayaannya untuk mengadakan jaringan perlancungan sempurna, pasti akan membuka peluang bagi semua kawasan perlancungan berbentuk alami ini dapat diterokai dengan sepenuhnya. Pada masa kini, Bandaraya Kuching belum dapat memberikan kepuasan perlancungan melebihi dari dua hari penginapan kepada para pengunjung luarnya. Jika kita perhatikan, di seluruh dunia, di mana-mana juga belum terbangun sebuah bandaraya tropis. Di mana-mana, sememangnya ada unsur-unsur tropis terbangun, namun ianya sekadar terhad sebagai sebuah resort dan bukan sebuah bandaraya. Banyak mungkin berfikir, kota-kota di Indonesia, Filipina, bahkan Thailand, banyak berupa kota-kota tropis, namun hakikatnya ianya itu semua bukan kota-kota tropis. Semua itu adalah urban sprawl ke dalam nuansa tropis. Semua itu tidak terbangun sebagai kota tropis yang terancang. Kuching Utara boleh dibangunkan dalam nuansa Bandaraya Tropis. Apakah maksud atau nuansa tropis? Tropis sangat terkait dekat dengan nuansa malar hijau, air, berangin dan hangat. Cuma, mungkin nuansa kehangatan lekit adalah sesuatu yang banyak manusia tidak akan gemari. Namun kehangatan adalah suatu keperluan bagi kemalar hijauan tropis.  Walau bagimanapun kehangatan ini dapat diatasi lewat penghijauan, kewujudan keadaan berair (hujan juga kawasan berair) serta pengarahan tiupan angin sepoi-sepoi. Wilayah Kuching Utara punya segala ini. Tiupan angin gunung dan laut sebetulnya dapat dialir enak ke sesuatu kota atau penempatan jika kita bijak mengatur jalinan jalanraya, kawasan berair dan seni taman mengikut garis-garis laluan angin yang ada. Sesungguhnya penciptaan banjaran gunung juga sungai-sungai adalah pengajaran Allah buat ilham kita dalam mengautur nuansa tropis di kota-kota. Sebetulnya, global orientation dalam perancangan dan pembinaan kota juga harus diserasikan dengan arah angin dan pencahayaan matahari serta semua natural landmarks yang ada.  Ini harus dibuat sedemikian rupa agar natural breezing and distance scenic views dapat dinikmati baik. Bahkan global orientation yang betul dan teliti, pasti akan dapat mengurangkan atau menghindar malapetaka sejadi seperti kesan taufan, banjir dan runtuhan tanah. Jika pembangunan Bandaraya Kuching Utara dapat dijuruskan kepada pembangunan kehidupan tropis yang rapi serta saling berjalinan, pasti bandaraya ini akan menjadi Bandaraya Rahmat Tropis. Pengekalan kawasan-kawasan hutan, seni taman hijau samada buatan atau asli adalah penting. Kawasan-kawasan
kependudukan serta apa juga kawasan-kawasan built-up harus dibangun berserta multi-functional green landscapes. Dalam waktu yang sama, senibina bangunan khususnya harus mempunyai keserasian dengan senibina tropis. Senibina asli Melayu harus dijadikan ciri-ciri penting Kota Rahmat Kuching Utara. Roh senibina Melayu khususnya harus dikembalikan agar kebangkitan teknologi Negeri dan Negara harus berlandas serta memanafatkan warganya. Juga harus diberikan perhatian berat, keberadaan nuansa air harus juga ada. Masyarakat harus boleh meraikan celebrate suasana air dan berair. Pesta lumba perahu kini yang menjadi kegemaran ramai di Kuching dan sedang menular ke seluruh Sarawak dan bahkan ke peringkat Nasional harus kini boleh diangkat ke suatu tahap yang kian berkembang. Kuching Utara harus bergerak cergas dalam menghidupkan nuansa maritim Nusantara. Cuma, di manakah di Kuching, masyarakatnya dan para pengunjungnya benar-benar dapat menikmati nuansa membeli belah, bersukan riadah serta berhibur bersama keluarga dalam suasana tropis hijau dan berair? Belum ada, dan jika ada, apakah itu tidak akan menjadikan Bandaraya Kuching sesuatu yang amat unik dan tersendiri?  Secara ringkas, Kota Rahmat Kuching Utara harus menjadi sebuah kota yang menyajikan kehidupan tropis serta memanfaatkan senibina dan keliling nuansa tropis sebagai salah satu asas penting dalam menyuburkan perkembangan perekonomian rakyatnya khusus dalam menjalin semua kawasan-kawasan kependudukan dan kawasa-kawasan berpontensi perlancungan tropis.

(9) Kuching Utara sejak dulu sudah termaktub sebagai wilayah pentadbiran Kuching dan Sarawak. Dari permulaan kedatangan Melayu, sehingga kepada Brooke dan British, Kuching Utara sudah tertakdir sebagai wilayah kuasa pentadbiran. Cuma memandangkan Kuching Utara penduduknya adalah dominen Melayu yang kebanyakan masih berada di dalam golongan berpendapatan rendah, akibat dari jurang kemahiran dan peluang ekonomi yang sangat lebar, maka suatu economic push yang lebih berani adalah diperlukan bagi kawasan ini. Keseimbangan pencapaian ekonomi adalah penting untuk kecapaian kemantapa sosial yang berkekalan. Kemantapan sosial pastinya akan membuahkan kemantapan politik. Pengalaman pembangunan tidak seimbang contohnya di Kuala Lumpur dan lingkungannya yang akhirnya kian melonjakkan keresahan sosial warganya, harus dijadikan iktibar kuat kepada Kuching. Masyarakat pribumi tidak harus dibiarkan terus menyisih lantaran haloba kapitalis tulin. Pembinaan sebuah New Growth Healthy City di Kuching Utara In Shaa Allah akan merobah landscape Melayu Sarawak secara keseluruhannya jika unsur-unsur natural endowments and traditions dapat digaul sebegitu rupa sehingga ianya memanafaatkan seluruh rakyat Sarawak dan Negara. Kapitalisma anutan Sarawak harus menjurus kepada pembinaan kemantapan ekonomi dan sosial untuk semua strata masyarakat.

(10) Di manakah harus dibangunkan Kota Rahmat Kuching Utara? Memandangan Kuching Utara sering dirujuk sebagai Petra Jaya, maka wajar jika Kota Kuching Utara disebut saja sebagai Kota Rahmat Petra Jaya, Petra Jaya Healty City. Melihat dari segala pembangunan hartanah (vis pusat khimat setempat, perumahan, kemudahan awam dan tumpuan pentadbiran) dan perindustrian yang ada, juga tahap kemudahan perlancungan semasa dan keupayaan penerokaan perlacungan seterusnya, semua ini jika dipetakan akan membentuk lingkaran berpulau-pulau seperti ditunjukkan dalam grafik di sebelah. Suatu perkara yang amat ketara kurangnya adalah jalan pintas penghubung di antara kawasan Tegala Air dan Samariang. Juga ketiada jalan penghubung pintas di antara Petra Jaya dan Gugusan Bako. Gugusan Santubong-Buntal harus dapat dihubung terus ke kawasan perindustrian Demak Laut. Jika jalinan jalan-jalan seperti disarankan dapat dibangun dengan baik, pasti titik kuning seperti tandakan pada grafik tersebut akan dapat muncul sebagai pengkalan-pengkalan bagi kegiatan berbentuk riadah dan perlancungan berkait rapat dengan air dan perikanan. Jalan-jalan pintas alternatif seperti disarankan pasti akan membentuk pusat pertemuan centripetal. Dua kawasan bertandakan star seperti ditunjukkan di dalam grafik tersebut adalah kawasan-kawasan yang paling berkeupayaan untuk dibangunkan sebagai Petra Jaya New Growth Healthy City. Sedang kawasan Star 2 telah mulai terbangun mengikut pelan yang sediaada, kawasan bertanda Star 1 pula masih merupakan kertas putih yang mana pembangunan di kawasan tersebut pasti akan membuka ruang perluasan ke sebelah Timur Kuching. Pembangunan Star 1 boleh menyediakan jalan perhubungan yang cekap di antara Pusat Perlancungan Santubong dan Bako. Pengembangan kawasan pembangunan ke Barat Star 2 amat dikekang oleh keperluan untuk hutan simpanan bakau dan juga kawasan tadahan air. Juga di kawasan Barat Star 2, keupayaan untuk pembangunan akualtur adalah tinggi, maka kawasan-kawasan tersebut harus tidak dicemari oleh unsur-unsur perbandaran. Namun dalam skala tersendiri, kedua-dua kedudukan ini jika dibangunkan dengan Model Perbandaran Tropis yang baik, pasti akan dapat menempatkan Kuching sebagai a must visit Vibrat-Healthy Tropical City.

(11) Pembangunan Petra Jaya Healthy City harus menjurus kepada green industry, living, and recreation. Jika ini dapat digarap sempurna, pasti Kuching Utara akan menjadi terus tumbuh segar. Pembangunan Petra Jaya Healthy City pasti kan memberikan ruang seluas-luasnya untuk Kuching Selatan kekal sebagai Healty Heritage City. Gabungan keduanya, past akan memberikan Kuching suatu pengalam hidup dan riadah yang sangat menyuburkan. Syurga dunia dan Syurga akhirat, kedua-duanya terletak di pundak kita, cuma tergantung dengan cara pemikiran kita yang menentuka keberolehan kedua-duanya bersama.

Bogor, Indonesia-Kuching, Sarawak
11-18 Jun, 2015

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.