.

2/6/15 ADAKAH JALAN PULANG BAGI NAJIB ...... melerai kehampaan Mahathir? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 08, 2015

Share

& Comment


Kalau kita renung baik-baik, apakah punca pertelingkahan Mahathir dan Abdullah pada 2004-2009? Mahathir sebetulnya, marahkan Abdullah lantaran tindakan pembangunan ekonomi Abdullah adalah terlalu lembab.  Abdullah atas nasihat para pakar luarnya telah menghentikan pelbagai projek mega yang telah Mahathir rencanakan sebagai the vital big pusher kepada kepesatan hambatan Negara Maju WW2020 beliau. WW2020 menetapkan agar pertumbuhan ekonomi Negara harus pada kadar purata tujuh peratus setahun. Pertumbuhan kurang dari itu pasti mengagalkan matlamat WW2020. Dua dari Projek penting Mahathir iaitu Landasan Keretapi Laju Kuala Lumpur- Singapura dan Jambatan Bengkok telah Abdullah hentikan terus. Pelbagai alasan diberikan, namun yang pasti kemudiannya adalah akibat tekanan Lee Kuan Yew (LKY) agar kedua-dua Projek tersebut harus dihentikan. LKY sebetulnya faham kelemahan was-was Abdullah, pada firasat saya dari nasihat para pakar saikologi Israel di Singapura. Mahathir dan LKY sememangnya sering bermusuh dalam cara mentadbir Negara, namun bagi Mahathir, soal Negara adalah soal kedaulatan, bukan sekadar kemerdekaan. Mahathir terkenal sebagai Negarawan yang tidak mahu tunduk kepada sesiapa, khususnya kuasa asing dalam caranya membina Negara. Bagi Mahathir, kegagalan Abdullah untuk meneruskan dua Projek penting tersebut lebih merupakan menconteng arang di muka Malaysia oleh Singapura. Ianya sangat terkait dengan maruah Negara. Bagi Mahathir biar soal perundangan juga teknikal, itu harus dihadapi dengan gigih sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat. Sebetulnya pelbagai usaha Mahathir sebelumnya adalah persiapan beliau ke atas Malaysia untuk mampu bergerak dalam industri berat dan berteknologi tinggi. Jambatan Bengkok dan Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura adalah salah satu sasarannya, dan dua projek itu mempunyai kepentingan perekonomian yang sangat meluas bagi Negara. Begitu juga pemberhentian pelbagai Projek mega lainnya yang telah direncanakan awal oleh Mahathir telah sedikit melembapkan pergerakan kembangan ekonomi Negara. Kehidupan rakyat, khususnya dari segi perolehan kerjaya berpendatapan baik kian menyusut. Brain drain mulai berlaku lantaran kesinambungan membina dan mengamal kepakaran dari pengalaman pembinaan KLIA, Litar F1, Menara Petronas, Lebuhraya, LRT, Pelabuhan, Janakuasa, dsb terhenti di zaman Abdullah. Malaysia kerugian waktu keemasan untuk terus membina kekuatan teknologi pada anak negeri. Hampir-hampir Proton ditutup kerana atas perhitungan Balance Sheet semata-mata.

(2) Berhubung dengan Mohd Najib, kritikan Mahathir kepadanya bermula selepas PRU13 iaitu pada 5 Mei, 2013. PRU 13 diadakan selepas sekitar empat tahun Mohd Najib menjadi Perdana Menteri iaitu setelah pengunduran Abdullah pada 3 April, 2009. Selama empat tahun di kerusi PM, Najib masih belum berbuat apa-apa yang drastic untuk mengembalikan perkembangan ekonomi Negara agar on tract. Kelembapan ekonomi Negara untuk terus dapat mencipta peluang pekerjaan bergaji dan teknologi tinggi akhirnya memukul BN dalam PRU 13. Mahathir merasa sangat kecewa lantaran pencapaian Mohd Najib dalam PRU13 adalah jauh lebih buruk dari Abdullah dalam PRU12 (2008). Dalam PRU12, BN memenangi 140 dari 222 kerusi Parlimen dengan undi majoriti berjumlah 51.2 peratus, sedang dalam PRU13, BN hanya memenangi 133 kerusi Parlimen dengan undi majoriti 50 peratus beralih kepada PR. BN mendapat kurang dari 49 peratus undi majoriti. Kritikan awal Mahathir lebih menjurus kepada soal rentak perkembangan ekonomi Negara. Dari tahun 2002 sehingga kini, biar ada pertumbuhan GDP, namun terjemahannya dalam bentuk kesejahteraan kepada rakyat adalah sangat lemah. Pertumbuhan GDP sememangnya ada dan sangat berkurang ie pada kadar lima peratus berbanding sasaran tujuh peratus, dan tebaran pembangunan tidak berlaku hebat. Peluang penciptaan pekerjaan berpendapatan dan teknologi tinggi kian menguncup atau mencapai peringkat downward sloping. Saban tahun Negara mengeluarkan Generasi Y yang berpendidikan tinggi dengan sejuta harapan tinggi. Sedang di bidang kerjaya, penyediaan kukuh tidak berlaku. Generasi Y menjadi banyak terperangkap dalam educational-career mismatch. Mereka menjadi resah. Ibu bapa mereka, Generasi X juga menjadi resah. Anwar Ibrahim dengan bijak memainkan sentimen Generasi X dan Y yang tidak berpuas hati ini. Masalah itulah yang membantai BN dalam PRU12 dan PRU13.  Dalam soal mengaris agenda pembangunan ekonomi Negara, Mohd Najib, seperti Abdullah lebih mementingkan pakar luaran dari kepakaran dalaman Kerajaan dalam menasihati corak, cara dan rentak pembangunan Negara. Saya membaca teguran Mahathir terhadap kelembapan perkembangan ekonomi Negara lebih dari sudut betapa para pakar luar ini, tidak akan mampu melihat corak, cara dan rentak pembanguan ekonomi selaras dengan tuntutan kemerdekaan dan kedaulatan Negara. Begitu juga, para pakar luaran ini juga tidak arif tentang demografi sebenar Negara. Ada kemungkinan mereka boleh menyeret Najib (dan Abdullah) untuk mengkhianati kepentingan Negara atas tipu helah tertentu kuasa-kuasa asing berkepentingan khususnya. Mahathir menjadi terlalu khuathir jika keadaan tidak diperbaiki segera, dalam PRU14 mendatang, BN akan tombang. Jika ini berlaku, saya yakin Mahathir berpandangan WW2020 akan berkubur. Kerajaan bukan BN pasti merombak segala, dan cita-cita Negara untuk mengecapi sebuah Negara maju pasti akan hancur. Maka, kemuncaknya pada 18 Ogos, 2014, secara terbuka Mahathir menarik balik sokongan beliau kepada Mohd Najib. Mahathir dengan tegas menyatakan hilang kepercayaan kepada Mohd Najib: "Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara".

(3) Bila 1MDB terlewat untuk mengeluarkan Lapuran Tahunan Kewangannya dan hanya berlaku pada 31 Mac 2013, maka segala kewas-wasan dakyah PKR, DAP dan PAS tentang salah tadbirurus Syarikat milik penuh Negara tersebut mulai menjadi hakikat yang sangat baik untuk modal  pembantaian politik mereka ke atas BN seterusnya. Sesungguhnya, prihal salah tadbir 1MDB sudah mulai dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP sejak Nov, 2012. Mahathir mulai terlibat dalam membangkitkan persoalan salah tadbirurus 1MDB terutama selepas PRK Kajang pada 23 Mac, 2014. Pada pandangan Mahathir, adalah lebih baik bagi dirinya untuk membangkitkan persoalan 1MDB sebelum ianya dihijack oleh PKR, DAP dan PAS untuk kemenangan politik mereka. Dia sanggup menjadi lilin, membakar diri demi kebaikan Negara. Namun saya berpandangan bukanlah 1MDB yang menjadi perkara pokok kepada sakit hati Mahathir kepada Najib. Jika tidak silap, sekitar 18 bulan dahulu, EPU telah mulai menilai pencapaian ekonomi Negara seiring sasaran WW2020. EPU telah menjalankan suatu tindakan baik, dalam melakukan analisa penyediaan RMK11 dengan lebih awal berbanding dengan persiapan segala RMK terdahulu. Saya berkeyakinan, Mahathir pasti telah memperolehi data-data awal, serta mulai merasakan kegagalan pencapaian WW2020 di tangan Najib. Bagi saya, tanda-tanda awal kegagalan WW2020 adalah suatu yang Mahathir tidak dapat terima. WW2020 adalah soal kemandirian Negara di era penuh tak pasti di dekad-dekad dan bahkan abad-abad mendatang. WW2020 buat Mahathir adalah maruah Negara. Kejayaan WW2020 juga adalah maruah sebuah Negara Islam. Negara tidak harus terus berlengah untuk mencapai tahap Negara Maju dan apa lagi Negara Islam Maju. Pada pembacaan saya, bilamana Abdullah dan Najib, telah tidak melaksanakan segala perancangan awal Mahathir dalam melonjakkan pencapaian WW2020, maka di situlah kritikan Mahathir bertukar menjadi serangan. Sejak Najib mengambilalih pentadbiran Negara (2009), Hutang Negara kian melonjak, sedang gerakan perkembangan ekonomi Negara belum ketara. Mahathir telah menyimpan gemes geram yang sangat lama, lalu kesabaran Mahathir tidak tertahan bila 1MDB muncul sebagai bukti nyata kelemahan pengurusan kewangan Najib. Pengurusan kewangan yang tidak cekap telah menimbulkan harga yang mahal untuk ditanggung oleh rakyat akhirnya. Juga, kemelut 1MDB pasti boleh menyeret Najib ke pinggir dalam waktu kritikal di mana beliau seharusnya berada di tengah-tengah gelangang untuk menumpu penuh untuk mencapai WW2020 dalam waktu yang kian singkat dan tidak bersahabat. Maka persoalan 1MDB adalah peluru tambahan dalam peperangan tersebut. Apa lagi soal-soal pribadi seperti terhutang budi, kehidupan bermewah, keraguan arahan pembunuhan, dsb

(4) Sesungguhnya, pertembungan Mahathir dan Najib ini adalah pertembungan dalam lingkungan maruah. Mahathir dengan maruah Negaranya. Mahathir tidak mahu WW2020 gagal untuk dicapai. Jika WW2020 gagal, maka gagallah Malaysia untuk menjadi Negara Maju, apa lagi sebuah Negara Islam Maju dalam tempoh terdekat ini. Bagi Mahathir, Malaysia harus maju sebagai pelopor dalam pembentukan Negara Islam Maju. Mahathir mahu Malaysia bangkit sebagai kuasa Kewangan Islam Dunia. Kegagalan WW2020, pastinya Mahathir akan merasa rendah hati. Pendekatan perkembangan ekonomi Negara, Mahathir ingin bina dari dua sudut iaitu Hard and Soft Economies. Penguasaan teknologi oleh rakyat tempatan adalah Hard Economy. Pembangunan Kewangan Islam adalah Soft Economy. Mahathir sedar, dunia Islam lemah dalam kedua-duanya, dan dia ingin Malaysia bangkit mempelopori pengembalian Temaddun Islam dan Melayu lewat kedua cara itu. Jika gagal, Mahathir terlalu khuatir, Negara, Melayu dan Islam tidak akan masyarakat dunia pandang mulia. In Shaa Allah jika umurnya panjang, jika itu terjadi Mahathir secara pribadi juga akan berasa hilang maruah. Sebagai arkitek dan jurutera WW2020, serta sangat bercita-cita menegakkan martabat Negara, Bangsa dan Agama di persada dunia, Mahathir selagi hidup tidak akan rela untuk melihat kegagalan cita-cita murni ini di tangan pemimpin yang diangkatnya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Najib kian Mahathir pandang sebagai pengkhianat memertabatkan maruah Negara, Bangsa dan Agama.

(5) Sedang di pihak Najib pula dia sedang berkemelut dengan maruah dirinya sendiri. Najib sebetulnya telah sedar, dia tidak akan dapat mencapai sasaran asal WW2020, namun dia tidak mahu menerima tohmahan sebagai PM yang gagal dalam tanggungjawabnya untuk meletakkan Negara ini menjadi Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi. Najib berdepan dengan soal maruah dirinya. Dia sedar, dari 2002-2009 khususnya ekonomi Negara sudah agak mengundur. Beliau akhirnya menyedari betapa melengah-lengahkan rencana projek-projek mega Mahathir adalah suatu kesilapan besar, akhirnya beliau seperti terpaksa melaksanakannya. Contohnya, projek MRT dan Keretapi telah menjadi terlalu mahal, namun terpaksa juga dilaksanakan. Ini bukan soal takutkan Mahathir, tetapi itulah keperluan Negara. Najib mulai sadar, untuk memacu cepat ke depan perlukan biaya yang banyak. Dia perlu berhutang dengan lebih banyak untuk keperluan tersebut. Maka 1MDB beliau cipta secara senyap-senyap sebagai alatan untuk mengaut aliran tunai untuk menyediakan dana juga membantu menampung Hutang Negara yang meninggi. Dari sudut niat, jika sebegitu niat jujurnya, ianya adalah baik, cuma dari sudut tatacara beliau membangun dan mengurus 1MDB telah tersalah langkah. dari lapuran-lapuran akhbar dan sebaran di media sosial, beliau seperti telah membelakangkan Kabinet dan Parlimen mengenai 1MDB. Saat 1MDB mengalami masalah, sebelum beliau dapat memperbaiki keadaan, pihak PKR, DAP dan PAS sudah mulai menghidu the smelly trails of 1MDB. 1MDB tidak berhasil sebagaimana dia mahukan. Sepertinya, jika 1MDB berjaya, beliau ingin memberikan kejutan a suprise gift kepada Negara ibarat sang nelayan berbangga mendarat ke tebing dengan big catch. Najib terpukul di WW2020 dan juga 1MDB. Beliau juga sedang terpukul di FGV yang cara pembentukan dan pengurusannnya mirip 1MDB. Namun dia tidak mahu dilihat tersungkur kerana itu. Cuma hakikatnya, benarlah Najib juga berjuang untuk Negara, Bangsa dan Agama, cuma beliau memilih the American Way. Cara Amerika adalah cara Yahudi. Cara Amerika tidak boleh lari dari cara Yahudi. Yahudi sudah meresap dalam semua sistem di Amerika dan Barat. Mereka sudah biasa ie sejak 500SM lagi di Babylon, mereka sudah pakar bermain wang ie Currency Trading. Najib, mungkin akibat nasihat para pakar luarnya telah terperangkap oleh corporate and financial genius advisers ini sehingga tidak sedar betapa cara Capitalist Capital Management System boleh menjerat diri sendiri jika kita tidak hati-hati. Najib tidak sadar, pembangunan Negara dengan terlalu menumpu di bidang Financial Achievement kian terbukti menjadikan Income Gap rakyat akan terus meluas. Di Negara ini, di mana sistem ekonomi kita adalah dikotomi iaitu bercabang tidak seimbang yang menjadi mangsa akibat KPI pembangunan yang sangat menekan unsur-unsur Balance Sheet pastinya Melayu secara kebanyakannya. Namun saya yakin Najib juga yakin, jikapun wujud Income Gaps di kalangan rakyat, itu bukan masalah selagi Negara Berpendapatan Tinggi. BR1M dan segala direct assistance Najib kepada rakyat adalah tanda-tanda awal ketaksuban Najib kepada the American Ways iaitu Negara Maju Berkebajikan. Najib terjebak oleh perjuangan PAS, membina Negara Berkebajikan. Amerika menjadi Negara Maju Berkebajikan setelah ianya Maju. PAS dan Najib, menjadikan Negara Berkebajikan pada saat Negara Sedang Membangun. Beliau berlunjur sebelum duduk.

(6) Di mana dan bagaimanakah jalan pulangnya Najib? Apa Mahathir mampu memaafkan dan menumpu menjadi stateman? Ada dua pilihan yang boleh dilalui untuk jalan pulangnya Najib dan ketenangan Mahathir. Mereka boleh memilih untuk menjadi Negarawan Matang atau Anak-anakan. Jika Najib berpulang, bagai kehendak Melayu Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkalnya, pasti Mahathir akan menjadi tenang dan keduanya jika bergabung In Shaa Allah, masalah dunia apakah yang keduanya tidak dapat atasi? Mahathir hanya akan tenang jika seluruh pemikiran beliau difahami. Cuma masalahnya Mahathir, dia tidak pernah menyatakan secara jelas apa yang dia fikirkan. Dia bukan tidak mahu, tetapi tidak boleh. Seorang strategis, dia tidak banyak menyatakan pemikirannya. Namun tidaklah susah sangat untuk membaca pemikiran Mahathir jika kita sentiasa berfikir dan puting all the jigsaw puzzles together. Cuma jika Najib sanggup bertanya dan mendengarkannnya secara terbuka, pasti segalanya Mahathir akan ceritakan kepada beliau. Bahkan jika Najib tidak setuju dan perlukan pembaikan atau perubahan, kedua-duanya harus boleh terus berbincang dan merungkai jalan bersama. Inilah apa yang saya namakan sebagai Jalan Negarawan Matang. Untuk itu dapat berlaku, it is a matter of gut. Najib boleh berjumpa terus dan berbincang dengan Mahathir tanpa orang tengah. Jika perlukan orang tengah, mungkin Presiden Jokowi-Nazer-Mukriz boleh membantu. Mahathir pernah mendoakan kemenangan PEMILU buat Jokowi. Najib perlukan Jokowi untuk dia dapat menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan. Mukriz boleh berbincang dengan Nazer agar kepentingan Negara dan CIMB terus kembang di Kedah dan juga di Indonesia. Berdua mereka boleh mempertemukan Mahathir-Najib. Jokowi sangat berkehendak pelaburan asing. Banyak lebuhraya di sana perlu dibangun. Kemajuan Kedah sangat tergantung penamatan perang Najib-Mahathir. Demi Kedah, demi Negara, Mukriz dan Nazer boleh menjadi dua sahabat menyatukan dua Negarawan di meja makan bersama Jokowi.

(7) Namun dalam keadaan getir seperti ini, apakah Najib punya kekuatan diri untuk bertemu Mahathir on one-to-one basis. Jika berani maka Alhamdullillah. Juga setelah banyak kali, seperti Mahathir nyatakan dia menegur Najib secara berdepan, namun tiada perubahan, apa mungkin Mahathir punya chemistry untuk mahu bertemu Najib. Jika mahu, Alhamdullilah, jika tidak, jalan lain harus ada. Namun saya yakin, atas sumpah Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Najib pasti tidak akan mahu berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan Mahathir. Maka gemes Mahathir akan terus berpanjangan. Biarpun sebegitu, pasti tetap ada keyakinan pada Najib betapa Mahathir banyak benarnya. Maka demi ego, Najib boleh memilih  Jalan Anak-anakan. Kita semua pernah melewati zaman anak-anak. Di zaman itu, sikap kita adalah suka mencuba-cuba. Sering percubaan kita itu mendapat teguran dan atau tentangan orang yang lebih dewasa khususnya ibu bapa kita. Bagaimana sikap kita, saat ditegur oleh orang tua kita? Banyak yang pasti mengambil sikap undur dan patuh. Namun, anak yang nakal dan berani sikap kita lain. Kita diam, berfikir mengakui di mana kebenaran juga kesalahan teguran itu, lalu mencari jalan mengubah cara permainan dan atau percubaan kita. Contohnya, kita mungkin seronok main panjat-panjat pokok pisang. Pasti ayah dan ibu akan marah kerana pakaian kita akan kotor oleh getah pisang dan apa lagi pokok pisang itu mungkin akan tombang. Kita juga mungkin mendapat kecelakaan. Namun, sifat kenakalan dan pemberani  menyebabkan kita tidak mahu mengaku kalah biar ibu bapa mengugut telur kita akan burut jika memanjat pokok pisang maka kita mencari akal untuk meneruskan hajat memanjat pokok pisang. Kita mungkin memangkas pokok pisang untuk membuatkan tangga seperti orang membuat tangga di pokok kelapa. Kita juga memilih pohon pisang yang sudah diambil buahnya. Semasa memanjat, kita mungkin berbogel saja. Dengan cara itu semua kekhuatiran ibu bapa kita kita lepasi. Perbuatan itu pasti akhirnya akan menyebabkan ibu bapa kita berkata budak ini ada otak dan ada tekad. Mereka pasti tersenyum dan kita juga berpuas hati.

(8) Saya yakin Najib telah mulai sedar akan kesilapan dia dalam melewat-lewatkan corak, cara dan rentak pembangunan ekonomi Negara untuk mencapai WW2020. Begitu juga, 1MDB dan FGV In Shaa Allah telah memberikan beliau pengalaman agar sentiasa berhati-hati dan punyai keharusan untuk lebih mempercayai pakar-pakar tempatan dalam pentadbiran Negara. Saya juga yakin, Najib sudah mulai kenal siapakah musuh yang bersahabat dan sahabat yang bersifat musang berbulu ayam. Muhammad SAW sangat mengambil berat nasihat para sahabah yang berpengalaman ke atas banyak kerja duniawi baginda. Saat Ummayah umpamanya lebih mempercayai para pensihat dari Byzanthium serta Abbasyyah para penasihat dari Farsi, maka kedua-duannya menemukan jalan runtuh akhirnya. Samalah bilamana keruntuhan Othmaniah di atas serakah mengikuti nasihat asing, di mana runtuhnya empayar tersebut telah meleburkan seluruhnya dunia Islam. Hakikatnya, bagi saya, WW2020 tidak akan boleh tercapai pada waktunya. Kita mungkin hanya boleh mencapai kedudukan Negara Maju pada 2025-30, iaitu 5-10 tahun terkebelakang. Pengunduran itu, saya yakin adalah perlu memandangkan kita punya jurang nilai kemanusiaan berakibatkan hambatan kebendaan yang mendadak. Namun, saya mulai nampak betapa lompang pembinaan nilai-nilai diri manusia Melayu dan Malaysia sedang Muhyiddin usaha atasi lewat Dasar dan Pelan Pembangunan Pendidikan terkini Negara. Saya yakin, jika kejayaan materialisma kita dapat diperlahan sejenak agar kemajuan humanisma kita dapat catchup dengan baik, maka itu adalah wajar dan harus dinyatakan dengan berani. In Shaa Allah dengan kemenangan kumpulan Ulama dalam pimpinan baru PAS, ini akan dapat memberikan adrenaline ke arah itu. Saya yakin, jika Najib jelas dan berhemah dalam menjelaskan gerak kerjanya iaitu tidak terlalu terbawa-bawa dengan cara koprat kepada rakyat, pasti Mahathir boleh membuat rasionalisasi beliau sebagai seoarang tua yang berkeyakinan anak nakal tetapi beraninya sedang berbuat baik juga akhirnya. Bagi saya intipati RMK11 harus telah dilaksanakan pada RMK10 iaitu lima tahun terdahulu. Jika kita bekerja kuat, serta jujur pada lunas-lunas yang betul, In Shaa Allah paling lewat kita akan mencapai Negara Maju pada 2025. Pada masa itu Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu dan Pahang juga tidak ketinggalan. Saya nampak jika Negara menjadi Negara Maju pada 2020, negeri-negeri tersebut masih di tahap negeri-negeri membangun. Jika Najib memilih Jalan Anak-Anakan, Mahathir harus terus menulis dan peranan beliau tidak harus sesiapa lihat sebagai pengacau sebaliknya sebagai point of reference. Litahlah apa terjadi kepada dunia Islam di saat Bukhari, Ahmad, Ghazali dsb dianggap sebagai pengacau. Dunia Islam runtuh dan kita terus terhina. MasyaAllah.

Kuching, Sarawak
8-10 Jun, 2015

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.