.

3/11/14 WHEN ISLAMIC SCIENCES ARE NOT WELL UNDERSTOOD....roh Islam di mana?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 15, 2014

Share

& Comment

Sesungguhnya, terlalu banyak perkara di dalam Islam yang kita tidak mengerti perincian intipati asasnya the underlying scientific basis. Sering  kita melihat segala intipati Islam dalam bentuk yang terlalu mudah dan kita tidak mahu mendongkel lebih dari apa yang kita faham. Sikap kebanyakan kita, bila kita sudah yakin cukuplah sekadar itu tanpa sedar sedang ada cubaan-cubaan mendatang yang pasti mengoncangkan keImanan dan keTaqwaan kita khususnya generasi ke depan. Juga kita tidak mahu mempersiapkan diri, betapa setiap Muslim itu harus mampu berdakwah secara berkesan mengikut peredaran masa dan keadaan. Lantaran itu Islam menjadi terlalu asing buat banyak dari kita terutamanya generasi kini yang perlukan asas-asas logik akan setiap sesuatu sebelum subur keyakinan pada mereka. Islam hadir pada banyak dari kita  hanyalah bersifat jasadnya sahaja. Biar setiap saatpun jasad Islam itu ada pada kita, roh Islam  sebetulnya tidak mengakar teguh dalam jiwa dan fikiran kita. Kebanyakan dari kita mengamal Islam sekadar terima tanpa ada pemahaman yang jauh lebih mendalam tentang roh Islam.

Too little Muslims really understand the scientific under lying of Islam. Islam is always and being seen as too holly spiritual deed, ie something that had been passed on from the Lord thus, it must be obeyed without the need for further effort to dig into details of its scientific rationales and basis. In most, once they believe thus they stopped where they believe without thinking there would always be challenges ahead to test on their piety. Worst they never think of the greater challenges that would be faced by the next generations. Their knowledge about Islam, stopped at a point where they feel comfortable ie complacent. To most of today Muslims, their role stopped at being a believer rather forever they should be a knowledgeable and truthful missionaries. They are indeed to lead and call for everyone to be on the course of great Islamic deeds. Thus Islam becoming too alien to many to an extend today Islamic deeds are mere face values. Lots of the so call Islamic images are indeed a mere convenient, trendy and superficial displays. Islam that most are adhering are without the soul. Islam is being practiced by meant of tradition and popular demand.

(2) Roh atau Sains Islam sangat banyak tidak dimengertikan. Saya mengistilahkan roh Islam sebagai Sains Islam, lantaran roh itu berupa intipati, maka tanpa mengenal intipati maka banyak perkara akan kita ketahui sekadar kulit sahaja. Sains dalam pengertian Barat adalah disiplin yang menjelaskan segala kejadian. Jika sesuatu itu tidak dapat dijelaskan secara sainstifik maka, kebenaran akan sesuatu perkara itu akan terus tidak diyakini. Islam juga adalah disiplin yang menjelaskan segala kejadian. Cuma bedanya, Sains Barat lebih menumpu kepada zahirnya sesuatu kejadian sedang yang belum jelas, sering hanya diutarakan sebagai hipotesis dan atau tiori bersandarkan fakta-fakta tertentu. Namun apapun penjelasan Sains Barat, ianya terhenti pada takat perkara yang nyata. Sesungguhnya, dalam Islam juga banyak persamaan dengan tatacara Sains dalam menjelaskan banyak perkara. Namun Al Quran, kitab Ilmu Islam, sangat berbeda dengan doktrin Sains berdasarkan jauh lebih luasnya ilmu yang Allah bentangkan di dalam Kitab itu. Tiada satupun doktrin Sains yang dapat merangkumi segala macam perkara berbanding dengan Al Quran. Namun, segala sesuatu di dalam Islam, ianya sangat dikaitkan dengan Allah pencipta segala. Ianya tidak terhenti pada perkara yang nyata sahaja. Hanya lantaran Sains Barat belum ke tahap mampu menjelaskan Sains Islam maka di situ Al Quran itu dianggap sebagai mistik bahkan ada yang lebih dangkal celupar menganggap Al Quran sebagai rekaan khayalan Muhammad SAW. Namun hakikatnya, di situlah bukti MahaBesarnya Allah berbanding manusia, mahluk ciptaaNya. Akal manusia tidak akan dapat menguasai sepenuhnya Ilmu Allah. Namun Allah tidak pernah melarang manusia untuk melebar dan mendalami keilmuannya.

(2b) In fact, the soul or the Islamic Sciences are not well understood by most Muslims. Even if a Muslim do understand the science of being not necessarily he could comprehend his knowledge about science and Islam as a package. Today, there are many Muslim scholars in all sort of sciences, yet their knowledge about the application and connectivity of such knowledge to Islam are very sketchy. Where indeed we went wrong? I'm defining the soul of Islam as the Islamic Sciences since the later provides the underlying basis of all the Islamic deeds. Without understanding the fundamental scientific underlying of Islam, our understanding of Islam will be forever remains to matter of face values. Sciences in the eyes of the West are special knowledge. It is a discipline that is able to rationales the existence of matters or in another word the knowledge of being. Nonetheless the Western Sciences differ to Islamic Sciences in the area of moral judgement. Western Sciences are devoid of moral values. Matters are explained purely from a very limited materialistic perspective. In the eyes of the Western Sciences, a being is a mere creation of a process. Islamic Science do not only  explained matters as they are, Islamic Sciences expanded to provide a clear connection between a matter of being to the Creator, Allah. In short, Islamic Science provides the explanation of process and the Creator.

(3) Mengikut Barat, Sains mula di asaskan oleh pelbagai Temadun. Dalam Islam, Sains sudah bermula dari roh kudus dihembus ke jasad Adam AS. Berbeda dengan mahlukNya yang lain, Adam AS tercipta dengan segala Ilmu Allah berikan bersama roh baginda. Temaddun sebetulnya, adalah terbangun dari ilmu yang Allah telah berikan dan bukan sebaliknya. Ilmu dulu, temaddun kemudian. Sains dulu, a given matter baru temaddun. Pada padangan saya, tidak timbul siapa mengasas Sains, samada Yunani, Latin atau "Islam". Sains iaitu ilmu adalah azali hadir bersama manusia a given factor. Tanpa ilmu, manusia Allah tidak akan pernah angkat menjadi khalifah biar mengatasi mahlukNya yang jauh lebih suci iaitu Malaikat. Cuma prejudis dan permainan kotor Barat yang telah memisahkan Sains, Islam dan Sains Islam. Hakikatnya, semua itu adalah serupa jika tidak sama. Serupa lantaran Sains adalah Ilmu, Islam adalah Ilmu dan Sains Islam adalah juga Ilmu. Semuanya datang dari Allah. Cuma bedanya, Sains Islam adalah lebih merujuk kepada hikmah saintifik di balik segala ilmu Islam. Maka secara ringkasnya, saya katakan tanpa umat Islam memahami rasional saintifik di balik segala ilmu Islam maka Islam umat Islam akan jauh lebih mudah tercabar.

(4) Kesilapan lepas kita yang sangat memisahkan Sains dan Islam menjadikan Islam kita berkeadaan pincang. Barat atas sikap memberontak mereka ke atas agama mereka, melihat Sains sebagai asas kukuh dalam perjuangan mereka. Lantaran itu mereka menjadikan Sains sebagai agama kedua mereka. Lantaran mereka hadir ke sebelah sini untuk menjajah, dan juga mereka mengamalkan agama Sains maka Melayu dulu-dulu melihat mereka sebagai musuh. Diri mereka adalah musuh. Ilmu mereka juga adalah musuh. Di situlah mulanya, Melayu Islam mulai menyisihkan diri dari ilmu Barat. Paling parah, Melayu di permulaan kehadiran Islam, tidak mempunyai apa lagi menguasai asas-asas Saintifik Islam. Mereka masih bergelumang dengan segala macam mistik. Islampun mereka masih amalkan sebagai mistik. Di sepanjang penjajahan, Barat pula menekan kepada orang Melayu, betapa mereka harus hanya hidup dan berurusan dalam lingkungan sendiri-sendiri. Keadaan air tidak bercampur minyak inilah yang terus-terusan menjadi amalan Melayu dan Barat selama 400-500 tahun dulu lamanya iaitu selama 16-20 generasi lamanya, dan itu pasti mengakar kuat. Sesungguhnya Melayu telah khilaf besar, lupa betapa Ilmu itu datangnya dari Allah. Biar ianya turun kepada Barat, tetap ilmu itu dari Allah. Apa lagi kini, sistem pendidikan kita terus-terusan memisahkan Islam dari segala ilmu professional lainnya, sehingga keIslaman Melayu itu terus berkeadaan lumpuh. Juga segala professionalisma yang kita miliki menjadi kehilangan roh. Lantaran itu sifat-sifat kebolehpercayaan, trustworthiness umat Islam kian menipis. Maka kini, keImanan dan keTaqwaan kita lebih banyak bercorak tempelan dari pengisian ke jalan kejayaan sebenar. Perjalanan dan atau pekerjaan kita kian lari dari roh dan atau Sains Islam.

(5) Biar saya cuba gambarkan betapa penyisihan Sains menjadikan kita kian tidak mengerti akan Sains Islam. Lantaran itu, Islam itu semakin tidak kita yakini penuh, hanya sebagai amalan tempelan kebanyakannnya. Saya akan gunakan saranan membaca Al Quran sebagai bayangan kepincangan itu. In Shaa Allah.

(6) Cuba kita lihat satu bidang di mana sangat-sangat Islam anjurkan iaitu membaca Al Quran lantaran membaca Al Quran itu sangat banyak mukjizatnya. Apa maksud mukjizat yang kita mengertikan? Al Quran Allah ketengahkan sebagai gedung ilmu dariNya. Umat Islam disuruh membaca Al Quran untuk mendongkel ilmu sebagai panduan kehidupan mereka. Lantaran itu sudah menjadi "budaya" Melayu untuk membaca Al Quran. Membaca Al Quran, pastinya lebih afdal dibunyikan, dilafas terang dan betul.  Juga semua orang tahu akan bunyi. Bunyi, dalam Sains sebetulnya adalah suatu bentuk tenaga. Bunyi adalah suatu bentuk tenaga yang amat penting. Di dalam Sains Moden, diperkatakan betapa Alam Cakarawala ini adalah terhasil dari the Big Bang suatu ledakan maha kuat. Ledakan ini menyatukan semua juzuk-juzuk yang mulanya hanyalah debu menjadi pelbagai jasad seperti adanya pada hari ini. Di dalam dunia Sains Barat, tiori the Big Bang ini adalah terilham dari the Brownian Theory iaitu tiori pergerakan rawak tetapi bercorak, pattern khusus asap. Barat percaya dan jelas mengenai proses the Big Banglah yang telah mencipta cakrawala ini. Namun penjelasannya terhenti pada proses dan hasil dari proses tersebut. Sains Barat, membisu, silent tentang peranan Allah dalam the Big Bang. Islam mulanya menolak Sains Barat tentang the Big Bang namun kini mulai menerimanya, cuma kini tiori tersebut telah dipanjangkan kepada Allah sebagai penciptanya. Namun paling mengecewakan, masyarakat Islam mulai menerima keserasian Sains Barat dan Sains Islam lewat jalan sekadar terima bukan pada asas-asas Sains Islam sebenar. Namun sebegitu, sesungguhnya, bila Al Quran berkata, saat Allah berkehendak, Dia hanya perlu mengucap Kun Faya Kun. Mengucap Kun Faya Kun. Tidakkah sebetulnya Al Quran sedang berkias Allah menjadikan segala sesuatu lewat suatu tenaga Kun Faya Kun iaitu bunyi? Buat saya membaca Al Quran adalah manifestasi the Big Bang, tenaga bunyi dalam menjadikan segala. Maka membaca Al Quran adalah jalan mukjizat untuk Ummah kembali kepada recreating dan regenerating dirinya. Bagaimana?


(7) Cuba awasi. Tiba-tiba di malam pekat sepi, di kejauhan ia memanah. Di saat yang dinamakan ribut, apa lagi taufan puting beliung datang, pasti ledakannya mengetar meresahkan. Menguncangkan, menjadikan banyak pucat terdiam. Kenapa harusnya ada suara-suara ini? Jawabnya, bagaimana fenomena ini terjadi, Sains punya penjelasan hebat. Ianya terjadi hasil himpunan tebal cas negatif iaitu elektron di angkasa di antara awan dan bumi hasil pergenseran awan dan angin. Cas-cas negatif iaitu arus elektron atau elektrik ini harus turun memanah ke bumi lantaran bumi punya galian yang bercas positif. Negatif harus dinutralkan oleh positif. Di lautan luas ianya kelihatan sangat marak, kerana air masin adalah pengalir arus elektrik yang baik berbanding tanah daratan. Namun untuk apa, tidak Sains terkata-kata. Jika seseorang Muslim mahu terus berfikir, untuk apa Allah terus-terus mengadakan panahan petir sehingga kini, serta cuba mempertalikannya secara logika Sains Islam pasti ungkapan SubhannaAllah itu akan terpancul ikhlas dari dada kita. Namun itu tidak terjadi, detuman petir menjadi ketakutan lalu mengungkapkan Auzubillah dari dada kita. Kesannnya pasti tersangat berbeda berbanding jika SubhannaAllah terungkap. Bagi saya, sesungguhnya kejadian petir adalah peringatan Allah, sebegitulah Dia menjadikan cakrawala ini. Ingat, saat Allah turun mewahyukan ajaranNya kepada Musa AS di Jabal Golan, yang turun adalah semarak api dan dentum bunyi yang Musa AS tidak dapat tantangi. Jika ini kita gabungkan dengan konsep Kun Faya Kun Allah, pasti kita akan dapat mengerti betapa saat Allah menjadikan cakrawala ini pasti tenaga Kun Faya Kun yang sangat besar Dia hembuskan. Maka bunyi adalah kuasa tenaga Allah untuk menjadikan banyak perkara, biar besar, kecil dan bahkan menguncang juga menyejukan. Perhatikan, di malam sepi juga ada indah deru gemersik angin di celah-celah dedaun ru. Saat pepohon ru bersuara pasti ramai suka bergembira biar Pak Tani akan menjadi resah lantaran padinya akan tumbang.  Antara kicau angut merbok dan kicau gagak, akan ada beda terimaan kita. Soalnya, pernahkah kita bertanya akan fadhilat Allah mengadakan getar bunyi? Harus untuk apa ianya pelbagai?

(8) Di arena musik, saat the Beatles muncul di pentas menyanyi panas, banyak yang histeria. Saat Richard Claydeuman menari-nari jejarinya di celah-celah Oktad piano, pasti ada yang menetes air mata. Namun saat Kitaro menabuh gendang, terasa bangkit jiwa perang. Saat gambus mengiring Qashidah, semua akan duduk diam damai. Apa maksud segala ini? Untuk apa semuanya jadi begini? Kita mendengar, kita melihat, kita merasa, apakah pernah kita berfikir mengerti?

(9) Allah sering menganjur agar kita membaca Al Quran. Muhammad SAW juga tidak sarat memesankan. Fikirkan untuk apa? Kita telah banyak berbicara tentang kenapa namun saya ingin kita berfikir untuk apa. Untuk Allah? Apa Dia perlu? Untuk kita? Sememangnya Dia berikan itu untuk kita. Tetapi untuk apa? Jadi pelindung dari siksa api neraka? Jadi benteng siksa kubur? Jadi payung siksa Mahsyar? Apakah hidup ini sekadar untuk mati? Tidakkah hidup ini untuk hidup dan hidup? Mati kita hakikatnya adalah untuk hidup. Itu banyak kita lupa. Sedang batu yang mati ada hidupnya, maka kenapa kita sering berfikir hidup untuk mati? Juga Bahasa Al Quran, adalah Bahasa puitis. Sesungguhnya jika terhitung, Adeen Allah hanya turun dalam kelompok dua bahasa yang keduanya adalah sangat dekat iaitu Hebrew dan Arab. Kenapa sebegitu? Untuk apa Dia lakukan agar sebegitu? Dalam tulisan ini, saya tidak untuk menghurai mukjizat penuh akan Al Quran. Saya hanya akan menyorot mukjizat cara baca Al Quran yang sangat jarang sesiapa perkatakan. Saya ingin melihatnya dan mengajak sesiapa kini dan kemudiannya memikirkan bagaimana seharusnya pembacaan Al Quran yang sempurna boleh menjadi tenaga obat bagi segala. Allah ada menyatakan itu sebegitu, namun pengertian kita selama ini, saya agak tidak menerima tepat akan maksud Allah itu. Lantas jika sakit kita masih mahu ke dukun, tabib juga pakar perubatan. Al Quran kita kesampingkan dalam mengelak juga mengobat segala sakit. Biarlah saya coba melihat getaran lidah membaca Al Quran lewat E=MC^2 sebagai jalan penjelasan, mudah-mudahan darinya saya bisa membantu dalam menjelaskan mukjizat kebesaran Al Quran agar kita mahu mengenali dan patuh sujud padaNya sesempurnanya. In Shaa Allah.

(10) Biarlah saya cuba jelaskan pembacaan Al Quran yang baik dan bagaimana kesannya dapat dinikmati sepenuhnya oleh Ummah lewat apa yang saya sifatkan sebagai pemindahan tenaga dari getar suara membaca Al Quran ke sasaran sel, organel, dan organ manusia. Untuk itu saya akan menggunakan air sebagai contoh mudah.

(11) Pernahkan orang Melayu terfikir, kenapa bila berjumpa bomoh juga tabib, sering mereka terkumat-kamit membaca sesuatu di air, lalu kemudian menyuruh si sakit samada minum atau mandi dengan air jampi serapah tersebut? Juga pernahkan orang Melayu dan Islam amnya, cuba keluar dari sentimental air Zam Zam sebagai air suci, dan melihat bagaimana kesucian itu Allah datangkan. Sama halnya air pembaptisan di kalangan Nasrani, bahkan Buddha dan lain-lain agama. Acara toasting atau Yam Seng umpamanya kenapa menggunakan cecair? Allah di dalam Al Quran jelas menyatakan dari air segala kehidupan dijelmakan. Saintis Jerman Daniel Gabriel Fahrenheit pada 1724 menemukan konsep untuk mengukur suhu di mana beliau menggunakan suhu air sebagai Suhu Piawai bagi segala-gala. Beliau menyatakan pada suhu 32F adalah titik beku air dan pada 212F adalah titik mendidih air. Peruapan air boleh berlaku pada sebarang suhu di atas dari 32F. Suhu normal manusia adalah sekitar 98F. Sebetulnya Fahrenheit  jelas memperakui air adalah piawai bagi banyak perkara kemudiannya. Kuasa hidrolik yang kini sangat banyak digunakan dalam pelbagai bidang kejuruteraan adalah juga berasaskan air atau cecair. Apa hubungan membaca Al Quran dan air?

(12) Membaca Al Quran banyak seninya. Dari seni inilah sebetulnya, pelbagai tenaga E=MC^2 terjelma. E adalah Tenaga, terhasil dari nada bunyi seni sebutan. M adalah massa, namun dalam prihal pembacaan Al Quran, biar M adalah lengok seni pembacaan. Berapakah jumlah tenaga terhasil, maka ini sangat bergantung kepada M iaitu lenggok seni pembacaan lantaran faktor C iaitu secara relatifnya adalah tenaga Cahaya, Nur yang bersifat malar, tetap. Sebetulnya bila Einstein (seorang Yahudi) mengutarakan tiori E=MC^2 beliau tanpa sedar memperakui betapa Allah mengilhamkan kepada beliau betapa Nur Allah iaitu Cahaya (C) matahari adalah bekalan tenaga buat semua. Nilai C Einstein tetapkan sebagai 299,792,458 m/s iaitu kelajuan Cahaya Matahari melintasi ruang angkasa ke bumi. Maka bayangkan jika M adalah pada lengok yang tepat, berapakah Tenaga Suci, Pure Total Energy, E terjana dari pembacaan Al Quran. Jika tenaga ini ditangkap, jerap dan diguna baik, agaknya berapakah mukzizat Allah berikan kepada kita dari Al Quran tersebut. Maka, Allah sengaja menjadikan telaga Zam Zam wujud di Kaabah. Dengannya, Dia menunjukkan kepada manusia bagaimana akhirnya Tenaga Suci, Pure Total Energy, E dapat dijerap lalu dimanafaatkan. SubhannaAllah, hebat cara Allah mencurahkan ArRahman dan ArRahimNya kepada kita. Berapa ramai di antara orang Islam yang tahu betapa air adalah penjerap tenaga terbaik dan boleh menyimpan tenaga jerapannya jauh lebih lama dari apapun juga tanpa ia berubah bentuk. Kita tidak tahu, lantaran kita buta Sains maka Sains Islam tidak kita mengerti. Air Zam Zam bagi saya bukanlah air keramat ia adalah air yang menakung E yang sangat hebat. Jutaan manusia mengucap mengungkapkan kalimah-kalimah Allah dan di sekitarnya Allah hanya menghalalkan kebaikan, bayangkan betapa tinggi dan sucinya E yang dijerap oleh air Zam Zam. Apa boleh kita wujudkan air Zam Zam di persekitaran kita di ,luar dari Kaabah? Bagi saya boleh, sememangnya boleh.

(13) Jika kita faham akan perkara ini, pasti minat untuk membaca Al Quran akan menjadi tebal pada setiap Umat Islam. Juga pasti semua mahu mempelajari cara, lengok, M pembacaan itu. Paling istimewa, pasti semua ingin tahu Surah dan Ayat mana yang boleh memberikan M terbaik, dan kenapa? Tidakkah memahami Sains Islam, Sains Membaca Al Quran akan memperteguhkan keImanan dan Ketaqwaan kita? Juga, faktor M pasti sangat tergantung kepada siapa membaca dan berapa ramai dari mereka. Jika jumlah M adalah ramai serta pelbagai, pasti nilai E akan jauh lebih baik dan tinggi mukjizatnya. Maka jika ini difahami, apakah sukar untuk Umat Islam mengerti akan keharusan kita beramai-ramai memeriahkan Masjid dan selalau bercakap baik dan tertib, khusus di kedai-kedai kopi. Melayu harus mengerti ini, dan kita harus berhenti mengumpat di depan air yang akan kita minum. Begitu juga, wajar kiranya semua Jamaah membawa sebotol air ke Masjid di saat Sholat Jumaah untuk mendapat E dan M terbaik menjadi bahan minuman kita. Begitu juga wajar kita meletakkan segelas air putih bersih di depan sajadah saat kita sholat juga saat kita membaca Al Quran, untuk kita minum sesudahnya. Apakah dengan cara itu, penyakit tidak akan terhalang juga terobak jika kita benar-benar yakin dan suci? Ada bukti-bukti menunjukkan kalimat-kalimat Allah memberikan kristal air yang sangat elok dan menyegarkan.SubhannaAllah, pelajarilah Sains dan halusilah Sains Islam kerana kerananya kita akan jauh lebih mengerti ArRahman dan ArRahim Allah kepada kita, maka dengannya semoga kita cekal berIman dan berTaqwa. In Shaa Allah.

Kuching, Sarawak
19 July-15 Nov, 2014 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.