Latest Postings
Loading...
Oct 16, 2014

3/10/14 ORANG HANYUT SULU.....cara kita menangani mereka?

Amerika Syarikat, sering menghadapi masalah orang hanyut dari Cuba, Negara jiran yang menjadi musuh mereka sejak wujudnya Blok Sosial-Komunis dan Demokrasi. Sebetulnya Negara itu bukan sekadar menghadapi masalah orang hanyut dari Cuba, negara jiran terdekat seperti Mexico turut memeningkan kepala para Pengawal Keselamatan Sempadan mereka. Amerika juga menghadapi masalah besar dari limpahan pelbagai rupa manusia dari serata benua di dunia ini. Cuma, hebatnya Amerika, mereka sudah punya segala macam Check Gates bagi mengawal kebanjiran pendatang ini. Kebanjiran masyarakat asing sangat dimanafaatkan oleh Amerika sedemikian rupa, sehingga Negara itu terus menjadi Land of Opportunities yang sangat hebat.

(2) Malaysia, kebetulan berada di wilayah yang sering mengalami pergolakan, sejadi juga akibat kecelaruan politik. Kita pernah dilanda oleh pelarian Vietnam di awal 1980an. Kita juga mengahadapi masalah kebanjiran Rohingya bila meletus kekacauan kaum di Myanmar. Kita menghadapi masalah dengan penyusupan masyarakat Pattani sehingga kini. Begitu juga dengan masyarakat Champa. Apa lagi kini kebanjiran masyarakat Indonesia, Bangladesh, Nepal, bahkan dari rantau Asia Tengah. Masyarakat Arab juga sudah mulai membanjiri Kuala Lumpur. Sering kita mulai mendengar kehadiran masyarakat-masyarakat kulit hitam dari Afrika melakukan pelbagai onar di Negara ini. Paling meledak, saya kira adalah masalah mungkin sejuta orang-orang hanyut dari Sulu dan Indonesia di Sabah.

(3) Di Tanah Melayu, masalah-masalah sosial sangat terkait dengan kebanjiran masyarakat luar ini di sana. Kebanjiran boroh-boroh asing ini, sangat merobah struktur pekerjaan di kalangan penduduk tempatan. Jika sesiapa memerhati baik, sesungguhnya kebanyakan kemudahan awam di Kuala Lumpur kini lebih dinikmati oleh pendatang asing dari penduduk tempatan. Bicara politik dan apa lagi momokan di media perdana Negara, sememangnya sangat mengembirakan untuk didengar dan lihat secara kasar, namun natijahnya, the worst has not coming. Sesungguhnya, saya yakin semakin banyak sumber Negara ini akan terpakai untuk mengawal masalah yang timbul dari kebanjiran orang asing ini. Bagi saya perbelanjaan yang tinggi untuk mengawal keselamatan di Pantai Timur Sabah dan perbatasan Tanah Melayu, pasti akan menyentap turun perbelanjaan membangun kita.

(4) Di Sabah khususnya, orang Hanyut Sulu adalah berakibatkan oleh masalah alam semula jadi dan politik di Filipina. Mereka lari dari taufan yang tidak mengenal sesiapa. Mereka juga lari dari taufan kelaparan akibat strategi politik Manila yang menekan. Sesungguhnya, sejak kehadiran Sepanyol di Filipina sekitar tahun 1,300an dulu, Sulu tidak pernah aman. Sejak dari tarikh jatuhnya Kerajaan Sulu di Manila, maka Filipina bertukar wajah menjadi Barat dan Timur Utara dan Selatan iaitu Nasrani dan Islam. Biar Islam hadir dulu di Filipina, namun Barat cuba merubah Filipina untuk menjadi sepenuhnya Nasrani. Janjinya mudah, syurga akan bersama mereka jika Sulu sanggup mengendong Nasrani. Di zaman Sepanyol, Sulu lebih hampir ke Kepulauan Rempah Maluku di bawah penguasaan Belanda. Bagi Sepanyol, Sulu adalah penting untuk mengalahkan Belanda. Sesungguhnya kini dari Utara Mindanao membawa ke segala pelusuk rantau lain, Filipina sudah bertukar Nasrani, apakah kehidupan mereka ini jauh lebih baik dari masyarakat Islam di Sulu? Pemerhatian saya tidak. Di Utara Luzon sedang bergolak dengan masalah Komunis. Sesungguhnya Sulu bagi Filipina adalah ibarat Timur Tengah bagi Barat. Kekayaan di Sulu jauh mengatasi kekayaan di wilayah-wilayah lainnya. Selagi Sulu tidak dapat dikuasai Manila yang menjadi proxy Barat, selagi itu Sulu akan terus terhenyak. Politik Sulu adalah politik sandiwara Manila di dalangi Barat. Amerika sangat ingin Sulu dikuasai penuh oleh Manila. Perebutan kekuasaan China-Amerika lebih menambah sulit keadaan masyarakat Sulu. Inilah fakta yang semua pihak harus mengerti tentang Sulu

(5) Saya yakin, pendatang Pattani, Champa, Sulu dan Indonesia akan menimbulkan masalah besar kepada sistem kependudukan Negara ini di masa terdekat lantaran mereka kini kian membiak menjadi Bangsa Hanyut di kalangan saudara sendiri. Lantaran kedudukan sebagai Bangsa Hanyut maka mereka akan menjadi masyarakat terpinggir. Apakah mereka akan kita buru pulang? Berjayakah gerakan sebegini suatu masa dulu?  Jika mereka kita buru balik, apakah Negara asal mereka akan menerima mereka? Juga bagaimana kedudukan kita akhirnya di mata dunia? Apa pilihan kita? Sesungguhnya, saya yakin, Filipina dan Amerika sengaja menimbulkan masalah di Sulu. Sebabnya mudah, kekacauan di Sulu akan menyebabkan samada Malaysia dan atau Filipina untuk mengundang kehadiran pihak ketiga. Amerika siap menanguk di air keruh. Jika ini terjadi, apa pula tindakbalas China?

(6) Sebetulnya, Melayu sangat menyambut baik kehadiran bangsa-bangsa lain ke Negara ini. Sebelum kehadiran masyarakat India dan Cina di zaman penjajahan British, masyarakat Arab telahpun datang ke sini. Mereka sangat diterima baik oleh orang-orang Melayu atas dasar kemampuan bangsa-bangsa ini untuk menyesuaikan diri ke dalam budaya hidup Melayu. Kemudiannya orang Cina juga dahulu datang ke sini menjadi kelompok Baba-Nyonya. Mamak juga adalah hasil penyesuaian masyarakat India ke dalam budaya Melayu. Jika dikaji betul-betul, sebetulnya orang Melayu sudah punya cara dalam menerima masyarakat asing ke dalam masyarakat Melayu cuma kini lantaran para pemimpin Melayu lebih gemar berpolitik, mereka melihat segalanya dari sudut politik sehingga segalanya menjadi serabut dan kecoh. Di Sabah, hanya kerana Haris Salleh tidak sebulu dengan Mustapha, kemudian kini ura-ura wujud kelompok di antara Shafiee Apdal dan Musa Aman, masalah Bangsa Hanyut Sulu akan terus menghantui Sabah. Tidakkah mereka boleh berfikir mengkaji bagaimana kehadiran Bangsa hanyut ini adalah rezeki yang melimpah ruah.

(7) Negara ini sedang menghadapi masalah tenaga kerja yang agak tenat. Di mana-mana di seluruh Negara, kita sedang menghadapi masalah tenaga kerja perborohan. Di kampung-kampung juga akibat penghijrahan tenaga kerja muda, banyak kegiatan ekonomi di Kampung-kampung menjadi lumpuh. Tidakkah para pemimpin Melayu dapat melihat betapa kebanjiran warga asing ke Negara ini adalah rahmat yang Allah hendak berikan kepada masyarakat Melayu. Kenapa tidak budaya silam Melayu dalam menangani kedatangan mereka ini kita gunakan bukan sekadar untuk mengatasi masalah kebanjiran mereka, tetapi dapat memberikan faedah kepada kedua-dua pihak.

(8) Mungkin, lantaran Melayu sejak dulu sering diasak dengan pendidikan berkonsepkan Jangan dan  Tidak Boleh maka dengan sebab itu, bila sudah jadi pemimpinpun mereka lebih menjurus kepada konsep sekat dan cegah dari memudahcara dan memenafaatkan. Saya kira, laungan Mohd Najib agar kita menjurus kepada Bangsa Innovasi hanyalah sekadar hamburan suara lahir tanpa fikiran jelas. Mohd Najib belum boleh mengerakkan seluruh jentera Negara ke arah berinnovasi dalam segala bidang.

Kota Kinabalu, Sabah
17 Okt., 2014

0 comments :

Back To Top