Latest Postings
Loading...
Sep 10, 2014

4/9/14 BELANJAWAN 2015......tumpuan Najib harus ke mana? (revised)

Dari segi ekonomi, Malaysia melalui tahun 2013 dengan penuh janji. Namun tiada apa yang terkesan terjadi di tahun tersebut. Maka dalam pembentangan Belanjawan 2014 pada Nov., 2013 bagi menunaikan janji PRU13 pada 2013, banyak perkara Najib hendak buat. Bunyinya sangat keren mengasyikan. Biarpun setelah hampir 75 peratus dari tempoh Belanjawan 2014 berlalu, namun gegeran sesimik Belanjawan itu sangat kurang terasa. Sememangnya dari segi Makro, ada nampak goyangnya, namun dari segi kesan micronya khusus di kalangan Isirumah masih tidak terasakan. Saya melihat, biar dari segi macro ada goyangannya, namun dari segi micro iaitu Isirumah tidak terkesankan lantaran daya pengeluaran khusus untuk mengaruh tagangan pendapatan ke Isirumah tidak diberi perhatian sejujurnya.

(2) Di sektor macro Belanjawan Najib mungkin sangat memberansangkan berdasarkan perbandingan dengan negara-negara sekeliling, kecuali China. Pertumbuhan KDNK pula diukur secara perbandingan dengan perangkaan tahun terdahulunya. Najib dan Zetti berbangga, KDNK Negara tetap tumbuh. Eksport Negara diwar-warkan bertambah. Simpanan Negara juga harus digambarkan teguh. Defisit Belanjawan juga harus diketengahkan sebagai terurus biar dari tahun 2000 lagi masalah defisit tersebut belum dapat di atasi. Keperluan untuk mewar-warkan pertumbuhan KDNK, peningkatan eksport, kekuatan simpanan Negara dan pengurusan Belanjawan Defisit Mampan adalah macro sifat dan tujuannya, khusus bila mana ekonomi Negara adalah bergantung kepada pelaburan asing. Namun, kita juga harus ingat bila Krisis Kewangan Serantau melanda Negara pada 1997, kita dimaklumkan betapa secara relatifnya kedudukan Negara telah mengundur ke belakang balik ke titik 1990. Sejak 1997 sehingga kini, krisis serantau dan dunia bertali arus turut melanda Negara, namun telah adakah kajian menunjukan keadaan kini adalah jauh lebih baik dari sebelum Julai 1997. Sehingga Mahathir meletak jawatan pada 2002 saya kira beliau belum dapat memulihkan ekonomi Negara balik ke tahap 1997. Sesungguhnya sehingga 2010 ekonomi Negara belum dapat kembali ke titik 1997. Jika setelah 12 tahun umpamanya, keadaan kita belumpun kembali ke katakan tahun 2002, apa lagi ke titik 24 jam sebelum krisis 1997 maka hakikatnya segala pertumbuhan yang diwar-warkan adalah statistik semata-mata khususnya jika dilihat secara micronya. Saya menghitung di dalam dunia Kapitalis, dunia yang mementingan pertunjuk peluang perniagaan, Trade Feasibility Indices Pertumbuhan KDNK adalah sangat penting berbanding kesan micronya. Di sektor micro kesan baik Pertumbuhan KDNK adalah sekadar dilihat pada andaian Air Pasang Mengangkat Semua Sampan semata-mata.

(3) Saya melihat strategi Najib sekuatnya cuba mengambarkan Pertumbuhan KDNK, Simpanan Negara,  Defisit Belanjawan terkawal, serta peningkatan Eksport adalah tidak lain agar kita terus boleh berhutang. Negara ini kian menuju ke arah membangun dan diurus secara berhutang. Apakah ini, ganjil? Tidak. Tidak sama sekali, lantaran Abdul Razak Husien dulu juga banyak berhutang. Beliau berhutang kepada Bank Dunia. Beliau berhutang contohnya untuk membangun segala Tanah Rancangan Felda, jelapang padi, institusi pendidikan dsb. Juga Mahathir, lagi kuat hutangnya, cuma dia berhutang dari sumber dalam Negara untuk tujuan membangun lebuh raya dan segala prasana moden bagi perkembangann industri Negara. Tujuan dan cara membelanjakan hutang di zaman Abdul Razak Husein dan Mahathir Mohammed adalah sangat berbeza dengan cara dan kaedah menggunakan hutang di zaman Najib (juga Abdullah Badhawi). Najib, juga kuat berhutang, cuma bagaimana cara dan ke mana dia menghamburkan wang-wang tersebut? Sampaikah Belanjawan sebagaimana ianya tertulis dibukukan? Jika dakwaan salah seorang pengulas blog Mahathir dalam tulisan terkininya benar betapa untuk membeli janakuasa bernila RM445.00 juta Kerajaan perlu membayar RM2.25 billion iaitu 500 peratus lebih tinggi, wajar Belanjawan 2014 Najib menumpu 500 peratus tenaga kepada menutup kebocoran. Keduanya Najib harus bertanya kepada dirinya, kenapa dia sayang sangat kepada para pemimpin UMNO yang telah ditolak rakyat? Atas sebab apa rakyat menolak mereka? Belanjawan 2015, harus menumpu untuk membuang mereka ini.

(4) Di sektor mikro Negara ini, saya mengira banyak tindakkan Najib adalah berbentuk Zerro Sum Game iaitu Satu Membatal Yang Lain bersifat Tutup Lobang Gali Lobang. Sepertinya segala kecelakaan dalam pembinaan MRT adalah manifestasi dasar dan perlaksanaan dasar Belanjawan Najib. Apa lagi jika disorot dari kecelakaan MAS. Semua sudah tahu MAS sendiri sedang kegoyahan niaga, namun tetap semua pihak tidak memberikan perhatian segera dan tegas. Berbillion wang Negara kini harus digunakan untuk menyelamatkan MAS. Pembaziran dana dari sumber lain berleluasa, lantaran sudah tidak ada lagi aset MAS untuk dijual atas alasan Fast Turn Around. Allah sepertinya perlu pula menghantar isyarat lebih micro sehinggalah ratusan nyawa pula perlu dikorbankan, lewat lesapnya MH370 dan MH17 untuk menyedarkan betapa secara macro MAS sudah sakit tenat. Najib sepertinya belum dapat belajar dari maksud Allah membantai Pahang dengan banjir besar di awal 2014, lalu kemudian mengasak pula Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kekurangan air mendadak kemudiannya. Isyarat Allah tidak Najib lihat sebagai betapa kita sedang kemarau dalam bah dan terbang tinggi di atas keruntuhan. MAS dan Malaysia hakikatnya sedang mengalami sakit yang sama, namun Najib masih tetap terawang-awangan.

(5) BR1M akan terus menjadi kebangaan Najib mungkin sehingga PRU14 iaitu pada 2018. Sehingga ke dua tahun sebelum 2020, sejumlah besar rakyat Malaysia perlu disokong dengan BR1M, maka tidakkah kita terfikir apakah itu sesuatu yang tidak pelek? Najib bangga dapat menghulur bantuan kepada sekitar 6.8 (?) juta penerima BR1M dari 30.00 juta rakyat keseluruhannnya. Bantuan BR1M akan terus meningkat saban tahunnya. Tidak ada Negara lain di dunia memberikan BR1M. Hanya di Malaysia. Benar. Seratus peratus mutlak benar. Sesungguhnya tidak ada Perdana Menetri lain di dunia bernama Mohd Najib Abdul Razak Husein, melainkan di Malaysia. Tidakkah itu sama saja dengan perakuan ke atas BR1M? Sungguh cetek dan picek rasanya kebangaan itu. Inilah akibatnya, bila kita saat bercermin lalu bertanya Siapa paling hebat di dunia ini, tunujkkan! Jika Umar Abdul Aziz, khalifah Ummayah (717-720M) bersyukur Umatnya tiada lagi layak menerima Bantuan Baitul Mal, kini kita punya Perdana Menteri (2014) berbangga lantaran 6.8 (?) juta rakyatnya layak menerima bantuan Baitul Mal. Kita seperti sedang maju ke belakang iaitu  1,294 tahun dari zamannya Umar Abdul Aziz.

(6) Umar Abdul Aziz tiada lupa tentang KDNK. Baginda juga tidak lupa tentang Tabungan iaitu memeprkukuhkan Baitul Mal. Kawalan Baitul Mal baginda cukup keras. Bahkan baginda tidak juga lupa tentang Perdaganan Luar. Baginda sangat mendokong perdaganan bebas namun bersih. Semua yang kini dunia moden perhatikan, baginda beri perhatian. Itu di tahun 717-20M, iaitu 1,294 tahun dahulu. Namun di hati baginda adalah satu yang Najib sekadar laung-laungkan iaitu dia adalah Amirul Mukminin. Umar Abdul Aziz adalah pemimpin dan memimpin mukminin. Umar Abdul Aziz, seperti datuknya Umar Al Khataab adalah pemimpin yang di hati mereka adalah tidak lain tetapi keperkasaan rakyat pimpinan. Mereka zuhud pada amanah itu. Bukanlah suatu keajiaban pada Umar Abdul Aziz untuk dapat membasmi kemiskinan dan masalah kesakamaan hidup rakyat hanya dalam tempoh kurang dari tiga tahun kempimpian baginda, sedang saya lihat sejak Naib jadi Menetri Besar Pahang (1982-86) sehingga beliau jadi Timbalan Perdana Menteri (2002-2009) dan Perdana Menteri Malaysia (2009-kini), kemiskinan di Pahangpun beliau belum boleh selesaikan. Kenapa?  Najib siapakah yang dia pimpin dan untuk apa? Najib sedang memimpin Kapitalis. Saya kira Najib sekadar memperalatkan rakyat untuk jadi pemimpin. Itulah Natijah kekuasaan Najib. Dia memimpin Kapitalis untuk melenyet rakyat. Najib sudah ditelan ular dan anaconda serakah. Jauh bedanya, dan itulah sifat-sifat banyak khalifah Ummayah sebelum dan selepas Umar Abul Aziz, sehingga rakyat mula menujukkan kemahuan memberontak. Allah mendatangkan Umar Abdul Aziz, baginda merobah, namun manusia kembali ke jalan gelap lalu runtuhlah Empayer Ummayah lantaran dan selepas itu.

(7) BR1M dan PR1MA akan menjadi modal Najib untuk ini. PR1MA ditetapkan pada kadar 20 peratus lebih rendah dari Pasaran Semasa. Apakah Harga Pasaran Semasa Hartanah mendatar atau perlahan pertumbuhannya? Maka, apakah PR1MA akan berkesan? Sesungguhnya  kenapa perlunya BR1M dan PR1MA tidak Najib lihat secara menyeluruh sehingga ke dasar micronya. PR1MA akan menyumbang kepada KDNK dan Pertumbuhan KDNK, itu tidak saya nafikan. Sesungguhnya membuat roti canaipun tetap menyumbang kepda KDNK. Namun adakah PR1MA dan BR1M akan menyumbang secara terkesan Daya Beli Rakyat? Juga adakah PR1MA akan mengurangkan secara deras BR1M serta memperkukuhkan Baitul Mal Negara? Biar saya soalkan sebegini, mengikut Mahathir Mohammed, sekitar 25 peratus dari Perbelanjaan Negara adalah untuk sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran di Negara ini. Itu di zaman beliau. Saya yakin, Najib juga membelanjakan sekitar jumlah yang sama sejak sekian lama. Inilah salah satunya sektor yang seharusnya menyumbangkan kepada Pertumbuhan Pendapatan Rakyat. Lain-lain sektor dan atau subsektor seperti Pertanian, Pembangunan Luar Bandar, Perladangan dsb adalah secara langsung harus meningkatkan Pertumbuhan Berkesan Pendapatan Rakyat, namun adakah perbelanjaan di sektor-sektor dan atau subsektor-subsektor ini telah benar-benar menyumbang secara terkesan kepada Pertumbuhan Pendapatan Rakyat. Saya yakin tidak. Kenapa? Najib dan Zetti boleh secara megah mencanangkan betapa Pendapat Isi Rumah sudah meningkat. Cuba kaji apakah perbelanjaan lansung untuk mengaruh Pertumbuhan Isi Rumah telah-benar berkesan? Mungkin Zetti perlu cuti setahun dua kembali mendapatkan kuliah dari bapanya Ungku Aziz tentang Pembangunan Ekonomi Rakyat.

(8) Saya kira Wahid Omar harus keluar saja dari Kabinet Najib. Lebih baik dia terus mengembangkan urusniaga MayBank agar menjadi Bank bertaraf Dunia, demi KDNK dan KNK. Rasanya MayBank, CIMB dan Petronas jika diurus sejujur sekuat yang Wahid Omar, Nazer Razak dan Hassan Marican telah tunjukkan, pasti sumbanagn ketiga-tiganya akan menjadi sama dengan perolehan KDNK Negara di suatu hari nanti. Rakyat biar dulu, Melayu khususnya pasti mudah lupa dan sangat bersabar. BR1M pasti boleh melupakan mereka kepada kepayahan setahun juga lima tahunannya. Sayang anak Melayu sebijak segigih dan naive sepertinya Wahid Omar yang jumlahnya sangat sedikit terkorban demi Negara sedang rakyat terus saja sesak nafas. Kehadiran dan usahanya dalam Kabinet Najib pasti tidak berbalui. Asal KDNK dan KNK adalah baik, kita boleh saja terus-terus berkebajikan kepada rakyat.

(9) BR1M dan PR1MA saya yakin akan sekadar menjadi memberi kain pelekat sebagai selimut tidur malam dingin buat rakyat Negara ini. Ungku Aziz kena kembali ke Universiti Malaya untuk memberi syarahan tentang People Development Economy mudah-mudahan esok-esok akan terlahir kembali manusia-manusia seperti Abdul Razak Husein. Rumah-rumah tiris di mana-mana adalah lanskap kehidupan Negara ini tidak lama lagi. Itulah lanskap Belanjawan 2014 dan seterusnya kita.

Kuching, Sarawak
11 Sept., 2014

2 comments :

Anonymous said...

salam tuan..mohon tuan bagi pandangan dan ulasan secara terperinci mengenai isu pembanguang di kawasan asajaya dan samarahan. isu berkaitan pembinaan jambatan kota samarahn yang sering menjadi isu hangat masa kini..!

Abdullah Chek Sahamat said...

Waalaikumsakam wmwbt. Apa yang sdra(i) persoalkan telah saya sentuh dalam tulisan saya terdahulu berjudul Melayu Sarawak- di mana mereka berdiri?. Sama juga bila saya mempersoal dalam judul Looking for growth- it is here at home. Kedua-dua tulisan ini adalah jelas mengapa saya berkira, Najib telah lupakan akan asas growth and people prosperity jika contohn isu prasarana tujang pertumbuhan dalam Negeri tidak beliau pedulikan hebat. TQ

Back To Top