Latest Postings
Loading...
Sep 10, 2014

3/9/14 TUDUHAN PEDOPHILIA KE ATAS MUHAMMAD SAW.....apa sikap kita?

Menurut takrifan Wikipedia Pedophilia or paedophilia is a mental disorder; psychiatric disorder in which an adult or older adolescent experiences a primary or exclusive sexual attraction to prepubescent children, generally age 11 years or younger. As a medical diagnosis, specific criteria for the disorder extends the cut-off point for prepubescence to age 13. A person who is diagnosed with pedophilia must be at least 16 years of age, but adolescents who are 16 years of age or older must be at least five years older than the prepubescent child before the attraction can be diagnosed as pedophilia. Ringkasnya pedophilia adalah sakit kejiwaan kegilaan sek anak-anakian. Kapankah istilah ini wujud, dan kenapa ianya wujud pasti amat menarik untuk di kaji. Namun saya mengira, istilah ini pastinya hanya timbul selepas abad ke dua belas. The word comes from the Greek_language παῖς (paîs), meaning "child", and φιλία (philía), "friendly love" or "friendship". As pedophilia denotes sexual attraction, the term's Greek meaning is not employed by medical authorities; further, the terms child love and child lover are used by pedophiles who use symbols and codes to identify their sexual preference toward prepubescent children. Dari pernyataan di atas pedohphilia bukanlah suatu kesalahan di zaman Yunani. Jika kita membaca riwayat Socrates, budaya sek di kalangan dewasa-kanak-kanak adalah lumrah di waktu itu dan merupakan sesuatu yang menjadi salah satu tantangan hebat beliau.

(2) Pedophlilia hanya menjadi isu perundangan dan sesuatu yang diiktiraf penggunaannya di penghujung abad ke sembilan belas. Hasil kajian perubatan, khususnya berkait dengan sakit jiwa, di Amerika Syarikat umpamanya, undang-undang berkait pedophilia hanya tergubal sekitar 1980an. Akta Persekutuan 2006: Adam Walsh Child Protection and Safety Act adalah untuk mengawal dan menghukum jenayah sek di kalangan kanak-kanak. Namun lantaran Islamafobia pedophilia kini sudah menjadi isu keagamaan. Pribadi Muhammad SAW mulai diserang hebat lantaran penikahan baginda dengan Aihah RA saat beliau berusia enam tahun (?) sedang Muhammad SAW sudah dalam umuran 50an. Aishah RA dalam riwayatnya sendiri dalam Shahih Bukhari Jilid 5, Buku 58 Hadiths 234 mengakui usia penikahan beliau dengan baginda adalah pada umuran enam (6) tahun. Lantas menggunakan piawai perubatan 1980an tersebut Muhammad SAW kini Barat hukum sebagai manusia berpenyakit pedophlilia iaitu dalam bahasa mudahnya gila iaitu kegilaan sek sehingga tidak membedakan kanak-kanak dengan perempuan baligh apa lagi matang. Cuma, lantaran akibat sentimen, pembuktian pedophilia kepada Muhammad SAW saya kira tidak menepati hukum perubatan dan perundangan yang mentaksirkan sifat tersebut.

(3) Pernah semasa saya ke Cebu City di Mindanao, Filipina, di sekitar 1990an, saya ditawarkan sek kanak-kanak oleh seseorang kenalan baru di sana. Lantaran saya kepingin melihat rupa bentuk pelacuran kanak-kanak saya bersetuju mengikut beliau ke tempat di mana perdagangan sebegitu diadakan. Adalah sesuatu yang amat memeranjatkan saya melihat usia serta bentuk tubuh badan anak-anak tersebut dari umuran 7-13 tahunan, saya merasa mual namun sangat belas ke atas mereka. Saya tidak ingat berapa banyak wang saya sedekahkan untuk membeli makanan buat kanak-kanak ini, serta membayar harga khidmat teman itu membawa saya merasai pengalaman jijik itu. Maka saat hujah sek di bawah umur saya dengari, rasa jijik itu berulang kembali. Berbaur dari rasa jijik serta membela, saya menulis rencana ini.

(4) Bila saya mengikuti perdebatan agama di Barat, pendebat Islam sepertinya terperangkap oleh hujah Barat tentang isu pedophilia Muhammad SAW. Perkara itu menjadi satu kegundahan besar buat saya. Apa lagi bila Shahih Bukhari menjadi asas rujukan Barat. Pertuduhan tentang sifat pedophilia Muhammad SAW mula terbangkit hebat bila mana Ayaan Hirsi Ali seorang Muslim Somalia berjaya melarikan diri dari menuruti perintah kahwin paksa bapanya. Beliau kini mengistihar keluar Islam dan sedang berjuang keras untuk memperbaharui Islam menggunakan pentas Demokrasi Barat. Nada suara beliau menjadi pantutan musuh-mush Islam di Barat. Ke atas Ayaan, saya tidak mahu membuat judgement penghakiman, namun saya ingin melihat itu sebagai sesuatu yang Allah telah ketahui dan pasti ada sebab dan musabanya untuk kita ambil iktibar. Namun., saya berkira jika pemikir Islam tidak segera mencari jalan untuk mematahkan hujah ini, saya khuatir ada di antara Umat Islam yang tidak teguh Iman mereka akan menjadi goyah. Apa tidaknya, Barat seperti berjaya membuktikan Muhammad SAW itu seorang sex maniac, tidak siuman, lantas, apa pantas baginda menjadi ikutan kita? Bukan soal budaya Yunani yang menjadi asas budaya Barat itu jauh lebih dahulu mengamalkan pedophlilia. Juga hujah mengatakan King John dari England (33 tahun) menikahi Isabella dari Angouleme (12 tahun) pada abad ke dua belas iaitu lima abad lebih lewat dari Mhummad SAW, pasti tidak akan dapat mematah hujah mereka. Ini lantaran playing fileldnya tidak sama. Yunani dan King John adalah manusia biasa, sedang Muhammad SAW adalah Rasul penyuluh akhlak mulia. Yang dipersoal adalah masalah akhlak pendokong agama bukan budaya dan atau sifat manusia. Maka apapun hujah bersifat manusia dan budaya pasti tidak dapat mematahkan hujah Barat. Barat menghendaki kita membuktikan secara ilmiah dan theology mengenai ini, maka apakah kita ada jawabannya? Saya yakin, In Shaa Allah ada.

(5) Ada usaha di kalangan pemikir Islam untuk menyangah bahawa Muhammad SAW menikahi Aishah RA pada usia  enam tahun. Ada pendapat mengatakan usia Aishah RA saat menikah dengan Muhammad SAW adalah antara 9-19 tahun. Walau bagaimanapun, berasaskan takrifan rasmi pedophilia yang telah di terima pakai, tetap pedophilia terhukum ke atas Muhammad SAW. Maka seberapapun usia Aishah, selagi tidak melewati umur 13 tahun, sedang usia Muhammad SAW saat menikahi beliau adalah melebihi 16 tahun iaitu pada 50an, maka tetap tuduhan itu terpakai kepada Muhammad SAW. Apakah sikap yang harus ada pada kita saat berdepan dengan kedegilan sebegini? Di Barat, budaya Ilmu sangat mereka pegang kukuh. Dalam soal ini, mereka tidak akan berganjak biar apapun hujah yang akan kita kemukakan selagi ianya tidak bersifat ilmiah Asas pembuktian pedophilia Muhammad SAW mereka ambil dari usia Aishah RA semasa menikah, dan usia kebersamaan mereka berdua mengikut riwayat Shahih. Bagi mereka itulah pegangan ilmiah mereka, melainkan umat Islam menafikan apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim adalah tidak shahih. Jika kita tidak hati-hati, di sinilah akhirnya kita terjerat.

(6) Di Negara-negara "Islam" tertentu, Ayaan Hirsi Ali, dianggap sebagai halal darahnya. Apakah sikap sebegitu betul? Cuba perhatikan secara dalam-dalam akan tatacara Hukum Hudud. Tidakkah Allah mensyaratkan betapa perlaksanaan Hukum itu harus meliputi siasatan menyeluruh akan sebab musabab akan sesuatu pertuduhan itu? Juga kita harus kembali kepada Sejarah Islam. Pertamanya bagaimana sikap Muhammad SAW biarpun dihina sebegitu pedih oleh kaum keluarga baginda sendiri semasa di Mekah? Begitu juga bukankah baginda terfitnah hebat oleh kaum Yahudi di Madinah? Bahkan di dalam banyak peristiwa, baginda juga sering dihina dan tantang oleh bukan Islam sehingga para sahabat naik berang, bagaimana sikap baginda? Fitnah juga pernah tertimpa kepada baginda, lantaran kekhilafan Aishah RA sendiri. Sesungguhnya sekadar fitnah, Muhammad SAW mengamalkan sikap bersahaja sangat hebat. Baginda tidak mengambil sebarang tindakan permusuhan. Mungkin ini, tidak kita lihat secara teliti, maka banyak tidakan kita dalam menghadapi tomahan terhadap Islam dan Muhammad SAW adalah terlalu bersifat sentimental. Kita harus ingat, Muhammad SAW hanya mengangkat pedang saat keselamatan dan keperluan beribadat orang Islam terancam. Al Quran sangat jelas dalam memberikan perintah ini, agar tiada pertumpahan darah pengorbanan nyawa terjadi selagi pra-syarat itu tidak terlangkau. Pastinya saya menghitung, maksud penobatan Mekah dan Madinah sebagai Tanah Haram adalah jauh lebih luas dari yang kini kita mengertikan.

(7) Sikap kita dalam menghadapi tohmahan kepada Islam dan Muhammad SAW harus bersifat keilmuan. Cuba fikirkan, di dalam Al Quran, jelas ada tatacara dalam soal pernikahan. Pernikahan perlu mengikuti pra-syarat-pra-syarat yang amat jelas. Tidakkah Ayat-Ayat Al Quran yang berkait dengan penikahan itu turun di Mekah, iaitu awalnya Islam. Muhammad SAW sifat banginda adalah mutlak patuhnya kepada Al Quran, maka mana mungkin baginda engkar akan keperluan yang di maktubkan oleh Al Quran. Antaranya ianya harus tanpa paksaan. Si gadis harus punya kesempatan untuk menilai menerima dan atau menolak calun suaminya. Pernikahan harus mendapat restu sukarela kedua-dua pasangan dan penjaga matang sah mereka. Dalam prihal penikahan Muhammad SAW dengan Aishah, mengikut Abdul Ahad dalam buku berjudul The honourable Wives of the Prophet, terbitan Darusallam, tatacaranya adalah amat tertib dan berasaskan lunas-lunas yang sangat logik waras. Aishah baginda pinang. Tidak Aishah itu baginda minta, atas kedudukan baginda sebagai nabi dan Rasul seperti terjadi di kalangan cult agama. Abu Bakar sendiri memerlukan keyakinan akan "layaknya" pernikahan anak beliau dengan baginda. Maka, tidak timbul sikap terburu nafsu ditunjukkan oleh Muhammad SAW dalam soal memenuhi tatacara penikah banginda berdua. Bahkan jika benar baginda hanya menikahi Aishah pada usia enam tahun dan hanya bersamanya saat usianya mencapai sembilan tahun, penantian selama tiga tahun itu adalah bukti kesabaran dan ketiadaan kegilaan sek baginda. Bahkan persediaan Aishah RA untuk bersama Muhammad SAW juga tidak sembarangan. Ianya dibuat saya kira dengan penuh teliti. Inilah perkara-perkara yang umat Islam harus mengerti dan yakin, betapa tidak wujud salah tatacara dalam penikahan Muhammad SAW dan Aishah RA sebagaimana Barat tidak dan tidak mahu mengerti. Muhammad SAW berhubungan dengan Aishah RA adalah lewat pernikahan penuh adat dan syarak. Ianya bukan hubungan sek brak brakan mendadak-dadak.

(8) Saya juga yakin, betapa penikahan Aishah RA diumur mudanya dengan Muhammad SAW pasti punya hikmah yang sangat luas, khusus jika kita melihat ianya dari keperluan mewariskan ilmu-ilmu Islam secara lebih dekat bagi Muhammad SAW. Umat Melayu khususnya tentu faham akan pengertian melentur buluh biar dari rebungnya. Ali Abi Thalib, adalah anak kecil yang tumbuh bersama Muhammad SAW sejak sebelum Islam kembali terbangun. Namun Ali adalah anak lelaki. Juga Ali kemudiannya sangat sibuk membantu Muhammad SAW dalam banyak hal-hal lainnya. Allah saya berkira, MahaLuas ilmuNya, tahu, banyak persoalan Islam tentang wanita harus juga diturunkan kepada yang lebih dekat kepada Muhammad SAW. Saya melihat Aishah RA adalah jalan terbaik, lantas pernikahan baginda dan Aishah RA adalah sesuatu yang "terwahyu iaitu diperintahkan" kepada baginda. Ini dijelaskan lewat mimpi sebanyak tiga kali disampaikan kepada baginda. Aishah RA saya lihat sebagai wadah Allah untuk menerima dan menyebarkan  secara terperinci segala tatacara Islam berkait dengan wanita dan segala hubungan rumahtangga Islam. Aishah RA terkenal sebagai seorang yang bijak dan tidak mudah sekadar menerima melainkan beliau benar-benar yakin dan faham. Juga otak remaja beliau pasti boleh menjerap ilmu dengan lebih sempurna.

(9) Pendeknya, kita umat Islam perlu tahu kedudukan terperinci akan perkara-perkara asas Islam. Ilmu Sains Islam dalam segala perkara Islam sebaik-baiknya kita kuasai. Jika itu kita pegang dan sebarkan, soal manusia mahu percaya atau tidak, saya berkira itu urusan mereka. Allah jelas menyatakan ini dalam Sural Al Kafirun. Juga Muhammad SAW sendiri pernah terkecewa bila pelindung pendokong agung baginda iaitu Abi Thalib ibn Mutahlib sendiri tidak mati dalam syahadah biarpun baginda merayu Allah berkali-kali untuk kejadian itu. Sesungguhnya Ayaan Hirsi Ali dan Barrack Obama adalah suatu fenomena bila Umat Islam tidak menghargai hambatan ilmu Islam apa lagi tidak punya kecenderungan untuk mengetahui Ilmu Sains Islam. Namun keberadaan mereka tidak harus sewenang-wenangnya kita lihat dari sudut sentimental tanpa kita bertanya di mana khilaf lalai kita dan jalan tegas harus kita lakukan untuk memperbetulnya. Jika sesiapa telah membaca dan faham akan rencana Trinity yang saya tuliskan terdahulunya, saya yakin kedua-duannya lewat waktu akan kembali pulang sepertinya pernah terjadi kepada Muhammad Ali, Micheal Jackson, dan semua yang serupa. Cuma caranya kita mendepani mereka harus punya jalan berkesan paling ampuh. Sesungguhnya, babi dan segala serupanya itu adalah haram, tetapi tidak dan belum saya temui ada perintah Al Quran untuk kita membunuh babi itu secara sewang-wenangnya.

Terasi, Pendam, Sarawak
10 Sept., 2014

0 comments :

Back To Top