.

6/8/14 MAS TURN AROUND......apa jadi?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 14, 2014

Share

& Comment


Saya mulai menggunakan perkhidmatan MAS pada Disembar 1972 iaitu pada usia 12 tahunan lagi. Terbang dari Padang Belon Kuching ke Subang, Kuala Lumpur dalam Boeng 737 bersama-sama rakan-rakan seumuran dari segala pelusuk Negeri adalah sangat mengujakan. Apa lagi, saya berkira di angkasaraya dalam belon MAS, saya pertama kalinya makan secara rasmi menggunakan sudu dan garpu. Juga paling tidak saya lupakan bila masing-masing saling berpandangan mengenai apa gunanya tuala sejuk. MAS memperkenalkan saya pertama kalinya kepada suasana sangat sejuk sehingga naik biru bibir dan terketar tubuh. Biar umur  belum kenal mimpi ghairah saya sudah punya rasa kagum melihat kecantikan dan anggun-segaknya para pramugari(a) MAS. Maka saat saya pulang bercuti pada Nov., 1973, cerita pengalaman di dalam belon memenuhi hari-hari percutian saya di Kampung, di Simunjan yang pada masa itu rakyatnya hanya kenal belon engkabang. Sanak saudara, rakan-rakan semua ingin tahu tentang pengalaman naik belon. Dan paling tidak dapat saya lupa sebetulnya semasa hendak melangkah keluar dari pintu masuk di Padang Belon Kuching bapa saya berpesan jangan buang air tak tentu pasal dalam belaon, takut nanti terkena orang di bawah, ketulahan. Pendeknya MAS adalah permulaan entiti kebangsaan yang menjadi kebanggaan saya juga keluarga dan sahabat handai di tahun 1970an.

(2) Sejarah MAS pastinya bermula dengan MSA iaitu Malaysia-Singapore Air Line sama sepertinya Universiti Malaya (UM) sebelum ianya bertapak ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sesiapa yang rasa berbangga dengan UM, maka saya berkira sebegitulah rasanya kebanggaan semua kepada MAS. Cuma bedanya, UM menghasilkan cerdik pandai, MAS menerbangkan cerdik pandai. Cuma apakah cerdik pandai yang menguruskan MAS, tetap cerdik dan pandai untuk meneruskan MAS agar terus menebar lambang Negara? Sejarah panjang MAS, pastinya pembaca boleh selidiki sendiri. Namun biar apapun, bila berpecah dari MSA, MAS terpaksa berperang merebut ruang penerbangan dan pendaratan yang tidak kurang sengitnya dari SIA. Saya mengira, MAS memperluaskan raung lingkup penerbangannya bila Malaysia mulai melebarkan pengaruhnya di Dunia KeTiga khususnya di zaman pentadbiran Mahathir Mohammed. Sesungguhnya, kelemahanan MAS telah membangkitkan Air Asia. Itupun kita jangan lupa.

(3) Apa tujuan asal penubuhan MAS? Kebetulan saya dapat merasai sengsara bila rangkaian penerbangan Negara adalah tidak lengkap sepertinya di Papua New Gunea (PNG). Di PNG ada beberapa bandar besar yang belum terhubung dengan kemudahan jalanraya, contohnya Mewak, Lai, pulau-pulau utama seperti Bougainville, New Britain dsb. Maka perhubungan udara dari Ibu Negara Port Moresby (POM) adalah sangat kritikal. Namun untuk mendapatkan penerbangan dari POM contohnya ke New Britain dan Bougainville, seribu satu ketidak ketentuan pasti berlaku. Saya pernah terkandas di New Britain dalam perjalanan pulang saya ke POM untuk beberapa hari tanpa tahu kapan penerbangan selanjutnya boleh didapati. Keadaan ini sama bagi Indonesia sehingga kini. Bahkan di Filipina juga sama. Di ASEAN, mungkin Thailand adalah satu-satunya Negara di mana jalinan penerbangan domestik adalah sangat baik atas keperluan sektor perlancungan di Negara tersebut. Di negara-negara lain, ianya tidak terbangun cekap. Keadaan ini menyebabkan masalah business and administrative efficency bagi wilayah-wilayah terpencil di negara-negara ini sangat terjejas. Sebetulnya inilah masalah kita di tahun 1970an khusus bagi wilayah-wilayah di Sarawak, Sabah, Pantai Timur dan Utara Tanah Melayu. Saya yakin, pastinya perkiraan asas perpisahan MAS dalam MSA adalah sebagai serampang dua mata iaitu meningkat perpaduan dan perdagangan Negara samada di peringkat dalam Negeri juga serantau dan antarabangsa. MSA pasti tidak menyokong paradigma merugikan syarikat dan pulau Singapura ini. Perpecahan adalah jalan terbaik dan kita perlu membayarnya dengan keringat dan tenaga yang keras.

(4) Natijahnya, MAS terbangun dalam suasana tidak menguntungkan institusi tersebut. Ianya adalah sekadar alat untuk memperkukuh perpaduan, kemakmuran perdagangan dan pentadbiran Negara. Lantaran itu, saya mengira Akaun MAS harus dilihat dari sudut Overall National Account.  Sesungguhnya bila Abdullah Ahmad Badawi melakukan Turn Around MAS di zamannya, banyak keributan fungsian perpaduan, perdagangan dan pentadbiran berlaku. Saya menghitung, saat jagoaan Idris Jala melaksanakan MAS Turn Around, tiga unsur asas peranan MAS tersebut mengundur deras. Tidakkah pada masa ini, banyak kekalutan perpaduan, perdaganagn dan pentadbiran Negara mulai mengelegak? Idris Jala melihat Turn Around MAS pada bidang sempit Akaun Syarikat MAS semata-mata. Ianya "pulih" namun Akaun Negara koyak rabak. Itulah asas Turn Around Negara selanjutnya dalam segala bidang yang diusahakan oleh Idris Jala lewat GTP beliau. Mohd Najib Abdul Razak terus-terusan menjadikan Idris Jala sebagai jagoan GTP yang hakikatnya saya lihat hanya sebagai jagoaan rebranding dengan Nilai Tokokan Susut, Sifar dan atau Minimal. Sesungguhnya, turning around MAS adalah titik mula turning back Negara ke titik 1990. Ini saya kira tidak ada siapa berani nyatakan dan kritik keras. Sebabnya mudah no point to critique, for all will fall onto a sleeping head. Juga no point to talk now, as Mohd Najib Abdul Razak is a man of political popularity.

(5) Saya ingin menyoal, jika Turning Around MAS yang Idris Jala dulu telah buat adalah berjaya, kenapa kini, yang saya kira pastinya MAS sedang berjalan pada Pelan tersebut kembali bobrok? Apakah lantaran Pelan itu bobrok dan atau ada penghianatan ke atas Pelan tersebut? Jika Pelan itu benar-benar telah berjaya, kenapa kita tidak kembali saja ke Pelan tersebut? Jika ada penghianatan ke atas Pelan tersebut, kenapa harus pengurusan MAS kini tidak segera dirombak dan disiasat. Sudah tidak bijak dan cerdikkah Melayu untuk kembali sadar sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan? Namun saya yakin Pelan yang Idris Jala laksanakan adalah Pelan bobrok maka MAS kembali bobrok.

(6) Apakah sukar untuk meletakkan MAS pada kedudukan kebangaan Negara? Bila saya kata sebagai kebanggaan Negara, maksudnya saya merujuk kepada peranan MAS dalam menyumbang kepada tiga unsur asal tujuan penubuhannya iaitu memperkukuh perpaduan, kemakmuran perdagangan dan pengurusan Negara. Tidakkah itu jatidiri bagi apa-apa juga entiti yang harus menjadi kebanggaan Negara? Jika MAS dapat menyuburkan tiga unsur ini, apakah Akaun Negara secara keseluruhan dan Mas secara mikronya tidak akan menjadi baik? Saya yakin, pengembalian keserasian semasa MAS dalam membina Negara Bangsa tidak terletak hanya pada MAS, ianya harus dilihat dari sudut makro yang lebih luas iaitu menstruktur dan menyusun secara strategik keseluruhan sistem perhubungan dan pengangkutan Negara. Untuk berbuat sebegini, Mohd Najib Abdul Razak perlu terlebih dahulu keluar dari sikap politik gila populariti beliau. Beliau harus kembali kepada sikap teliti, hemah, strategik dan touching bapanya Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohammed.

(7) Untuk saya membahas dasar, strategi dan programnya secara menyeluruh, adalah tidak mungkin di sini. Biar saja saya gambarkan lewat micro hypothetical conception sebegini: Sektor MAS Sibu-Kuching, apakah ianya menguntungkan? Apakah ianya benar-benar perlu, dan cekap? Begitu juga sektor Bintulu-Kuching, Miri-Bintulu,  dan bahkan Miri-Sibu. Apakah harus setiap bandar besar di Sarawak punya lapangan terbang namun tidak diguna penuh? Apakah tidak ada alternatif yang jauh lebih luas kesan dan keberuntungannya? Saya yakin pada masa lalu, itu memang perlu. Namun pada masa hadapan tidakkah mungkin sektor-sektor itu perlu rasionalisasi? Jika perlu rasionalisasi, apakah perancangan dan usaha harus dilakukan sekarang agar ianya boleh dilaksanakan segera? Kenapa umpamanya tidak dibangunkan segera Lebuhraya Persekutuan menghubung Kuching ke Miri dan Lebuhraya Pintas Brunei bagi Sabah-Sarawak? Saya mengira jika kita memperluaskan rasioanalisasi kita merangkumi seluruh Sarawak, Sarawak-Sabah, Borneo, seluruh Negara, rantau Nusantara, rantau ASEAN, rantau Asia dan seterusnya ke seluruh dunia dengan mengandingkan pembangunan sistem perhubungan, pengangkutan dan sektor-esktor ekonomi lain bersama rasionalisasi MAS saya yakin dan pasti suatu waktu MAS akan kembali terus menjadi kebanggaan Negara dalam memupuk perpaduan, kemakmuran perdagangan dan pengrusan biar di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa bagi Negara Malaysia.

(8) Secara ringkas, boleh saya katakan, penstrukturan dan rasioanlisasi MAS, harus mengambil pendekatan Integrated Spatial and Macro and Sectoral Conception and Development Planning sistem pengangkutan dan perhubungan Negara. Ianya harus punya kesepaduan sebagaimana Allah mencipta segala berpasang-pasangan saling melengkapi, tidak boleh kendiri stand alone. Sesungguhnya tiada apa yang stand alone di cakrawala ini melainkan Allah. Itu harus Mohd Najib Abdul Razak faham dan pegang kuat.

(9) Dalam ertikata lain, Mohd Najib Abdul Razak harus melihat kebijaksaan Abdul Razak Husein menukar hutan belantara jadi ladang getah, kelapa sawit, koko, padi dsb lantaran dia sadar kekayaan hutan tidak memberi manafaat jangka panjang kepada Melayu. Abdul Razak Husein sanggup kehilangan kekayaan segera balak demi Melayu dan Negara. Begitu juga Mahathir Mohammed kemudiannya membina segala Lebuhraya dan Perlabuhan agar rakyat tidak lagi bergantung kepada lembu dan kerbau untuk kehidupan mereka lantas menukar segala kepada kancil, rusa, dan segala. Akhirnya, lembu dan kerbau tetap penting dalam kehidupan Melayu namun dalam bentuk dan cara lainnya. Saya melihat rasionalisasi dan penstrukturan MAS boleh belajar dari langkah sebegitu. Tidak mengapa tanggungjawap membina semula keperkasaan MAS dipikul oleh Khazanah Bhd namum akhirnya ianya harus kembali menjadi seperti PETRONAS, MayBank, CIMB dsb.

(9) Juga jika Pelan Idris Jala dulu kembali membobrokkan MAS malah perpaduan, kemakmuran perdaganan dan pengurusan Negara terjejas, wajar cara dan gaya GTP Idris Jala dalam segala hal harus diperhatikan keras dan teliti. Saya tidak mahu nanti sudah agak terlewat baru kita sadar budaya koprat Belanda yang menjerap dalam diri Idris Jala menjerat kita semua akhirnya. Mohd Najib Abdul Razak harus berani untuk tidak popular namun jelas strategis demi masa depan Negara. Kita harus ingat, Muhammad SAW memanangi semua perjuangan dakwah baginda lewat his genius native strategies. Saya yakin rakyat Negara ini, sudah banyak yang bijak serta berpengalaman, pasti mereka tahu if there is light at the end of the tunnel dari kini, terus-terusan mengemut balong dan memamah kulit.

Kuching, Sarawaki
14 August, 2014


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.