Latest Postings
Loading...
Aug 12, 2014

5/8/14 LAYAKKAH KHAIRY JAMALUDIN LETAK JAWATAN......kenapa tidak?

Saya tidak tahu di mana puncanya. Siapa memulakannya. Namun, sekadar saya baca di akhbar dan dengar di TV, Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan sendiri memperakukan bahawa dia bersedia untuk letak jawatan selaku Menteri berkaitan jika benar kegagalan Malaysia di Sukan Commonwealth baru-baru ini adalah berpunca dari dia. Syarat yang beliau letakkan, adalah bedah siasat harus dilakukan. Tiga perkara harus menjadi perhatian pembaca dalam hal ini. Pertama kegagalan Malaysia di Sukan Commonwealth. Adakah kita gagal? Apa kayukuran untuk menentukan kita gagal? Kedua, adalah punca kegagalan. Khairy seperti meletakkan suatu hipothesis bahawa dia adalah punca kegagalan itu. Lantaran hipothesis maka ianya harus dibuktikan. Dari kias perkara kedua ini, nyata Khairy sudah mengaku, kita gagal dalam Sukan tersebut. Lalu timbul perkara ke tiga, iaitu bedah siasat. Siapa yang akan melakukan proses bedah siasat? Siapa yang akan menanggung perbelanjaan proses bedah siasat? Maka di sinilah akhirnya, kayukuran, atau dalam bahasa Koprat kegemaran Khairy, KPI kegagalan perlu ditentukan.

(2) Jawatan Khairy Jamaludin adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Berasaskan jawatan tersebut, ada beberapa persoalan yang hendak saya ajukan. Pertama, Khairy adalah Menteri sebuah Kementerian Malaysia. Maka, adakah Khairy telah menjalankan tugas penuh sebagai Menteri sebuah Kementerian Malaysia. Saya perhatikan dia lebih kepada Menteri Malaya dari Menteri Malaysia. Bahkan lebih parah, saya kira dia adalah Menteri UMNO dan tidakpun Menteri Malaya. Maksudnya, dalam bahasa Mohd Najid Abdul Razak iaitu Ketua Khairy jelas betapa keterangkuman geografi tanggungjawap yang telah dilaksanakan oleh Khairy tidak mengambarkan tanggungjawab sebenar yang telah diamanahkan kepada beliau. Di situ, sudah berlaku knock out dari segi kefahaman beliau sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan. Kedua, jawatan beliau adalah Menteri Belia dan Sukan. Di mana potforlio Belia telah beliau laksanakan? Saya kurang nampak melainkan Pesta Kerjaya. Apakah maksud Belia dan bidang tusa tanggungjawab Belia di dalam potfolio beliau? Saya tidak jelas ke mana arah belia Negara ini yang hendak beliau bawa. Sering saya lihat dia gemar membawa belia UMNO untuk mengadakan tunjuk rasa jalanan. Maka dari sudut skop tugasan, Khairy nampak telah mengabaikan perhatiannya kepada sekitar 30 peratus dari penduduk Negara ini jika diambil mereka berumur 16-25 tahun sebagai belia.

(3) Sukan adalah suatu bidang well popularize. Saat kemenangan berlaku, pasti semua ingin menonjolkan nama. Khairy punya sifat sebegini, dan itu sangat baik sebagai menghargai perwira Negara. Namun, saat berlaku kekecundangan, semua kecut lari sembunyi. Syabas kepada Khairy, setidak-tidaknya dia mengaku Kontigen Sukan Commonwealth Negara baru-baru ini telah gagal dan dia sanggup bertanggungjawab. Itulah jantan namanya. Cuma kejantanannya Khairy adalah bersyarat. Syaratnya adalah dia perlu dibuktikan sebagai punca kegagalan tersebut. Di situlah akhirnya akan berlaku polimik. Polimik pertama pasti jika terbukti Khairy adalah puncanya apakah dengan meletakkan jawatan akan menjadikan Malaysia berjaya di bidang sukan lainnya. Maksudnya, apakah dengan perletakkan jawatan Khairy akan menyelesaikan masalah? Polimik kedua, pastinya nanti tentang tatacara dan kayukuran bedah siasat. Biar apapun, pasti ada saja yang kurang betul. Akhirnya apa? Sebetulnya, Khairy hendak bermain politik. Bahasanya adalah bahasa politik. Itu saja. Politik untuk apa? Politik untuk politik atau politik untuk Negara, Bangsa dan Agama? Saya yakin, melihat pada gelagat Khairy dari dulu hingga sekarang, politik beliau adalah untuk politik. Kita harus terima itu lantaran Khairy adalah orang politik. Cuma, haruskah bangsa Melayu dipenuhi politik dolak dalik?.

(4) Saya ingin mengajak pembaca juga Khairy Jamaludin jika dia masih ingat, pada suatu masa bilamana Abdul Taib Mahmud gagal menjadikan Sarawak sebagai Kubu Jaminan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri, biar Abdul Taib Mahmud tetap mendapat majoriti dua pertiga, sedang undi masyarakat Cina merosot terus, maka Khairy secara lantang meminta Abdul Taib Mahmud berundur bersara.  Sebabnya beliau khuatir, Abdul Taib Mahmud akan menjadi faktor kepada kekalahan besar Barisan Nasional di peringkat Pilihanraya Umum mendatang. Kalau saya tidak silap, kriteria asas bagi seruan Khairy adalah mudah: Taib gagal meraih sokongan pengundi Cina. Apakah telah dilakukan bedah siasat bahawa Abdul Taib Mahmud adalah sole factor kerapa kemerosotan parah sokongan pengundi Cina di Sarawak? Saya menduga, biar Taib bukan orang yang mudah diugut akhirnya dia berundur lantaran tekanan cara lainnya terhadap beliau. Saya tidak membela Abdul Taib Mahmud, saya berdiri atas tuntutan prinsip. Abdul Tiab Mahmud lead the Staste BN Team dan dia gagal maka dia harus letak jawatan. Itu politiknya, maka kini dalam soal Sukan Commonwealth lepas haruskah tidak perkiraan yang sama digunapakai?

(5) Berbalik kepada Sukan Commonwealth yang lepas, kita gagal mencapai sasaran pingat seperti Khairy sasarkan. Lantaran terlalu yakin, untuk meraih jumlah pinggat emas seperti disasarakan, Khairy mengambil keputusan bersama berkampung dengan para ahli sukan kita ke Glasgow, Scotland. Namun, kita gagal mencapai pingat emas di sasarakan. Cara Khairy mengurus sukan tersebut adalah cara politik. Maka, kegagalan beliau untuk menepati sasaran itu harus juga diterima secara politik. Saya yakin dan percaya, Khairy layak untuk meletak jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Khairy sebagai Menteri telah gagal menyelaras segala persediaan untuk persiapan sukan tersebut. Bukan sekadar itu, banyak kerenah dalam sukan Negara, adalah tanda-tanda he not been respected. Pada saya, Sukan Commonwealth, bukan baru tahun ini Malaysia menyertainya, tetapi sudah berabad. Saya yakin kita sudah jelas tentang segala keperluan saat waktu untuk berjuang harus kita lakukan. Sebagai anak Rembau, anak adat, Khairy harus kembali kepada fitrah pulang paku buas keras, sama seperi dia menuntut ke atas Abdul Taib Mahmud saat Sarawak dikatakan gagal menjadi kubu tradisi BN. Bahasa politik itu harus Khairy tunaikan. Jantan kita tuntut, kejantan kita buktikan. Dia perlu (bukan harus) letak jawatan. Setidak-tidaknya terdahulu Azalina Othman juga banyak mengalami kegagalan, juga punya cita-cita politik besar, namun beliau sanggup menjantankan diri undur secara terhormat. Dia harus belajar untuk sujud kepada kegagalan dan retreat. Khairy, the ball is yours.

Kuching, Sarawak
12 August, 2014

0 comments :

Back To Top