Latest Postings
Loading...
Apr 4, 2014

1/4/14 UNJURAN INDUSTRI RM127.00 BILLION.....hakikatnya bagaimana?

Tahun 2014 adalah tahun Takwim Kuda bagi kaum Cina. Takwim sebegitu, sebetulnya memanggil rakyat, apa lagi para penguasa untuk belari kencang. Unjuran kuda sebagai taqwim bagi tahun ini, adalah berasaskan ramalan, betapa tahun ini adalah tahun yang akan sangat mencabar. Kuda sebagai binantang yang paling rentan, juga paling pantas dan bijak, maka penggunaan lambang kuda sabagai motivasi untuk semua bekerja lebih kuat adalah amat munasabah. Di Malaysia, mungkin lambang kuda terbaik buat kita adalah kuda putih. Maka kuda putih ini harus gigih bekerja, tidak hanya mengikek-ngikek kebiangan. Di Sarawak, Allah merestui pengantian kuda putih dengan kuda hitam. Rasanya jika terpelihara baik, kuda hitam kelihatan lebih berminyak cantik serta pasti mudah bergerak memimpin di kalangan kuda kebanyakan. Mudah-mudah sebegitu segalanya. InsyaAllah.

(2) Di awal tahun 2014, khususnya di kalangan para pekebun kecil sawit merasa agak lega bila mana harga BTB Sawit menunjukkan kemungkinan kenaikan harga. Banyak kalangan mula merasa yakin bahawa harga CPO akan mencapai RM2,800.00-3,000.00. Keadaan ini sangat ketara pada bulan Februari dan March, bila banyak kilang khususnya di Sarawak mula membeli BTB sawit dari para pekebun kecil dengan harga sekitar RM500.00-550.00. Namun kenaikan harga ini agak goyah bila mana India, pembeli CPO terbesar Negara mulai mengurangkan pembelian CPO dari Malaysia disebabkan harga competitive minyak soya khususnya dari Brazil. Kini harga CPO sawit sedang menurun secara perlahan-lahan dan kemungkinan kembali pada paras di bawah RM2,500.00/tan. Dengan ini pendapatan para pekebun kecil, akan kembali menurun. Biarpun harga BTB sawit agak baik ie pada RM450.00-550.00/tan di sekitar Feb-Jun, namun keadaan ini tidak banyak membantu. Ini adalah harga kilang, namun harga ladang pasti hanya sekitar RM350.00-450.00/tan. Inilah masa di mana penghasilan sawit adalah paling rendah, rata-rata produktiviti sekitar 50-60 peratus dari Julai-Novembar. Harga baja dan racun rumpai dan perosak yang tidak turun, menambah beban dalam pembiayaan penyelengaraan terbaik kebun-kebun sawit dalam tempoh ini. Jika keadaan ini berterusan, pasti kesan produktiviti dan kualiti jangka panjang pekebun kecil akan terjejas teruk. Pada 2013, banyak ladang-ladang mengurangkan kos penyelengaraan sehingga ke tahap 70 peratus sahaja. Juga pada 2013, hujan turun agak kurang menentu, mengakibatkan banyak kebun-kebun kecil tidak terurus dengan baik. Kebanjiran di luar jangkaan juga sangat menjejas produktiviti sawit. Juga kemarau yang agak di luar jangka telah merencatkan produktiviti sawit bagi 2013 dan awal 2014. Saya menjangka pada 2014 ini, produktiviti sawitb tidak akan lebih baik dari 2013 yang jelas menunjukkan penurunan sekitar 20 peratus. Trend produktiviti sawit Negara kian menurun, dan ini semua pihak perlu ambil perhatian berat. Dengan ini, apakah nafsu kita untuk menjadikan industri sawit industri RM127.00 billion akan menjadi kenyataan.

(3)Banyak pihak, khususnya para penguasa hanya melihat harga sawit yang memberansangkan bila bercakap tentang sawit. Namun tidak banyak yang berani mengakui, harga sawit tidak mengambarkan pendapatan sebenar pekebun sawit, bila faktor-faktor produktiviti dianalisa dengan teliti. Saya setelah bergaul rapat dengan para pekebun kecil sawit di kawasan saya sendiri di Asajaya, sebetulnya harga BTB tersiar MPOB akan hanya dinikmati sekitar 55-60 peratus sahaja oleh para pekebun kecil. Selebihnya tercicir di sepanjang jalan menuju ke kilang. Maka jika faktor produktiviti diambil kira dengan halus, saya yakin terjemahan sebenar harga BTB kilang kepada pekebun kecil hanyalah pada kadar 40-50 peratus. Kemiskinan di kalangan pekebun kecil sawit, saya berkira sedang berada di ambang dekat jika semua pihak yang berkaitan tidak segera meneliti faktor-faktor ini dan membuat langkah strategis berani dalam mengatasinya

(4) Sesungguhnya di Amerika Selatan, Australia, Eropah dan bahkan di Amerika Utara, mereka akan tetap menanam kacang soya dan jagung atas dua kepentingan utama iaitu untuk biofuel (penggunaan sekitar 47 peratus) dan makanan ternak (pengunaan sekitar 50 peratus), khususnya lembu, kambing, ayam dan babi. Secara khusus, pasaran bagi soya dan jagung adalah pasti (97 peratus) serta mempunyai rantaian Nilai Tambah di dalam dan di luar dari sektor soya-jagung itu sendiri iaitu ternakan dan automotif. Kedua-dua sektor ternakan dan automotif, adalah sektor yang sangat besar dan kian berkembanag di Barat. Berbeza dengan sawit, Nilai Tambahnya hanya belegar secara dalaman di industri oleo-kimia sahaja. Industri biofuel dari sawit adalah sektor yang merugikan, selagi kita mengamalkan subsidi bahan bakar. Pendeknya, rantaian industri sawit masih ditakuk lama yang perkembangannya sangat terbatas kepada penghasilan produk dalam julat yang sangat sempit.

(4) Saya mengira, kerana kuda putih Negara masih biang dalam kemaruk mengawan maka ianya kian alpa tentang persedian untuk membawa hijrah seluruh kloninya saat kemarau kian mendatang. Maksudnya, saat Negara terus dihantui politik gila, kita kian lari menyisih dari memusat pemikiran dan dayausaha untuk mengurus kesejahteraan Negara. MPOB yang seharusnya bekerja keras untuk mengubal dasar, strategi, dan program bagi keperkasaan sektor industri sawit Negara, saya kira kian juga hanyut terpakai sebagai alatan mandiri politik dari jentera memperkukuh ekonomi Negara dan rakyat. MPOB kian terhanyut sebagai pemacu, perubah, apa lagi regulator dalam industri sawit dan perluasan rantainya. Dalam erti kata lain, MPOB terbuta kerana duri sawit. MPOB sepertinya hanya kenal sawit pada pohonnya, buahnya, dan minyaknya. Saya tidak nampak gerakkan forceful and strategic MPOB untuk melihat ladang, batang, daun, buah, dan sisa sawit dalam hubung kait di luar dari sawit. Ambil dua contoh seperti berikut:


(i) Dalam keperluan daging dan tenusu Negara, di manakah peranan sawit? Kajian terdahulu MPOB, adalah kesesuaian integrasi sawit-lembu. Namun, planters as planters mereka pasti menolak apapun kedapatan kajian tersebut. Menternak bukan kepakaran mereka. Mereka tidak mahu terbeban dengan bidang yang bukan dalam kemahiran mereka. Ternakan harus menjadi kerjaya penternak. Kita silap dalam memilih siapa harus mengurusnya. Juga, khilafnya, kita melihat ladang sawit sebagai ladang lembu. Kita tidak melihat lembu dan sawit tetap terasing namun boleh bersimbiosis. Simbiosis ini tidak boleh dilihat dalam erti kata simbiosis ekologi biasa, ianya lebih kepada simbiosis pengurusan. Sedang MPOB membuat integrasi lembu-sawit, agensi-agensi lain yang berkaitan hanya tunggu dan lihat. Akhirnya MPOBpun undur diri. Kerana itu semuapun undur diri. Pokoknya, semua buat kerja secara hangat-hangat tahi ayam. Lain kementerian lain tumpuannya, lain egonya. Penyelarasan, kesepaduan, kesungguhan, berkubur lantaran ego dan tamakkan nama. ICU, UPE dan KSN rasanya membiarkan ini sebegini berterusan. Maka teruslah kita sebagi net beef and milk importer. Kita hanya akan kecoh bila berlaku masalah harga dan bekalan.

(ii) Dalam soal baja organik, berlimpah EFB terbuang. Usah dikata sludge. Tidakpun ada keberanian bagi kita memaksa pengusaha-pengusaha ladang besar-besaran untuk menjadi juara pengeluaran baja organik dari semua ini. Sepertinya kita lebih seronok mengambil jalan mudah untuk mengimport segala keperluan baja kita. Saya berperasangka, tangan-tangan rasuah dan gemar salah guna kuasa lebih gemarkan ini berkelanjutan sebegitu. Kajian memang banyak dibuat. Keputusannya semua tidak feasible. Kenapa? Sebetulnya, tidak berdayamaju lantaran kita tetap gila dengan keperluan import. Bukan sekadar baja kita import namun teknologi untuk menukar semua sisa sawit menjadi baja organik juga tetap kita mahu import. Perangai kita, ialah kita tidak mahu mencipta berasaskan kekuatan sendiri. Sesungguhnya, buta, pekak, dan bisulah kita untuk tidak memahami kenapa Allah menuburkan sawit di Malaysia dan kita tidak menguasainya sepenuhnya. Berbanding dengan jagung, soya dsb agaknya berapa banyak minyak boleh terhasil dari semua ini berbanding dengan sawit. Juga berapa banyak sisa berprotein dan karbohidrat terhasil dari bahan-bahan ini berbanding dengan sawit. Namun saat Barat mampu menjadikan semua sisa pertanian mereka menjadi gainful products adakah mereka mengimport segal keperluan teknologi dari selain membinanya secara native?

(5) Sesungguhnya keperluan protein, vitamin, mineral, serta farmasi Negara akan kian meningkat. Kita juga serin melaung-laung tentang keupayaan Makanan Halal Dunia. Saya tidak nampak kesungguhan di Parlimen dan Kabinet membincangkan secara strategis dan bersungguh-sungguh prihal ini semua, melainkan berpolitik. Akhirnya, semua gila berpolitik, pegawai Kerajaan, GLCs juga pihak swastapun sama, lalu tidak ada lagi ruang untuk maju jauh ke depan menimba segala rahmat yang Allah telah kurniakan kepada kita.

(6) Banyak mungkin telah lupa, bagaimana sawit sering jadi penyelamat ekonomi Negara. Dalam pelbagai krisis ekonomi dunia dan serantau, sawit telah banyak menjadi cushion kepada masalah imbangan dagangan Negara. Namun, saya mulai melihat, tidak banyak fikiran dan usaha untuk menjadikan sawit benar-benar industri berantai yang meluas keluar dari sawit. Kita selalunya ada cita-cita, namun kita tidak ada kecekalan dan mengejar cita-cita. Kita mudah terpesong. Mungkin Taqwim Cina terbaik untuk kita adalah Baghral kacukan keldai dan kuda, kerana semua kelihatan lebih politically loyal dari Nation Serving manusia. Saya mengucapkan syabas kepada Taib Mahmud yang telah rela mengundur diri, atas kesedaran beliau betapa Sartawak is more important than himself. Dan semangat ini saya baca saat dia berpesan: I hope, the Federal will help to defend Sarawak International Image yang saya kira tidak banyak mengerti dan ambil peduli.

(7) Renunglah sejarah ini. Suatu waktu Allah melimpahi kaum Yahudi dengan pelbagai rahmat di Palestine. Salah satunya, secara rasmi mereka adalah kaum yang terawal mendapat pertunjuk langsung dari Allah lewat Taurat dan Zabur. Namun mereka bongkak. Mereka buta, tuli, bisu tentang rahmat Allah. Lantas, Allah mengantikan mereka dengan pelkbagai kaum lainnya, menjadikan mereka akhirnya tersisih dari Palestin. Allah sebegitulah balasannya terhadap mereka yang buta, tuli dan bisu atas segala rahmatnya. Melayu, kita Allah rahmati dengan segala kekuatan. Namun kita kian buta, tuli, dan bisu atas semua itu, dan kita memilih untuk terus berpolitik demokrasi-kapitalis yang asasnya adalah Roman, bangsa dan temaddun yang bukan sekadar memusuhi Yahudi, juga Nasrani dan kini sisanya membantai Islam. Inilah ikutan kita. Inilah taksubnya kita. Kita kian lupa akan tujuan penciptaan kita untuk mensejahterakan ummah. Apakah Melayu ingin digantikan dengan kaum-kaum lain untuk mentadbir bumi Allah sebelah sini? Dan tidakkah itu kian terjadi?

Kuching, Sarawak
 4 April, 2014

0 comments :

Back To Top