.

9/3/14 DI TIMUR KITA MESTI BERDIRI MENERJAH (DRAFT-Updated 18 April)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 20, 2014

Share

& Comment

RINGKASAN:

Allah mengingatkan kita demi masa, manusia hanya akan berjaya jika mereka berIman, beramal salleh dan redha bersabar. Ini jelas dalam Al Quran:103 Surah Wal Asr dan Quran:93 Surah Adhuha. Sesungguhnya masa berlalu pantas. Tersangat pantas, mungkin kerana jam berputar dari kiri ke kanan, Barat ke Timur tidak sepertinya putaran sejadi alam Timur ke Barat. Lantaran itu, hitungan tarikh kita kian lari dari takwim sebenar alam, sehingga kini keributan cuaca terjadi bukan pada musimnya. Kehidupan kita kini, juga kian ribut-ribut seperti ributnya hari-hari dalam cuaca yang tidak menentu. Kita kian alpa akan kebesaran Timur.

(2) Perhatikanlah, betapa Timur adalah pemula segala. Islam lahir di Timur. Islam adalah Adeen. Islam bukan sekadar agama, sebagaimana Barat takrifkan. Kehadiran manusia pertama, adalah di Timur. Bahasa pertama manusia, Sanskrit terbangun di Timur. Semua para Persuruh Allah lahir di Timur. Tempat ibadat pertama manusia, terbangun di Timur. Semua tempat ibadat agama utama manusia, terbangun pertamanya di Timur. Kota pertama manusia terbangun di Timur. Semua temaddun besar awal manusia, lahir di Timur. Muhammad SAW menasihati Umatnya agar biar ke Timur dalam menghambat ilmu sepertinya yang dituruti oleh Ibn Batutta dan Kublai Khan. Ke Timur Allah memaksa Muhammad SAW untuk berjalan pada mulanya. Di Peperangan Khandak, Allah memancarkan Wawasan ke Timur bagi kegemilangan Islam. Paling istimewa buat Umat Melayu, kita membentuk hampir separuh dari penduduk ASEAN yang berjumlah 600 juta orang, Allah sebarkan kita jauh menduduki Timur. Tanah kita biar sekadar 4.46 juta KM persegi atau hanya tiga peratus dari daratan Allah, namun Dia menganugerahkan kita dengan berlimpah kekayaan, namun kita tetap kerdil berkerdip-kerdip terus berkiblat ke Barat terjajah. Kita mesti merobah. Ke Timur kita mesti berdiri, berjalan dan menerjah.

(3) Siapakah yang menciptakan Alam Semesta ini? Dalam Ilmu Sains, dikatakan alam terbentuk hasil Ledakan Haba yang kemudiannya mengikat segala debu menjadi juzuk-juzuk galaksi sebagaimana adanya kini. Namun Ledakan Haba, itu dari mana datangnya? Siapa yang menjadikannya? Apakah ianya benar-benar terjadi atau hanya sebagai gambaran metaforik ilham manusia yang Allah turunkan. Jika diimbas kembali, Allah menghadirkan diri kepada Musa AS di Jabal Sinai lewat pencahayaan hebat. Begitu juga saat Muhammad SAW sujud kepadaNya di ArasiNya, Dia hadir sebagai pencahayaan hebat. Sesungguhnya Allah adalah nur penyuluh jalan terang bagi manusia menunaikan tanggungjawab sucinya sebagai manusia yang Dia jadikan. Sesungguhnya dengan nur Ilahi, manusia bisa meneroka alam ini. Maka bagi Umat Islam, wajar saat membangunkan rumah, elok ianya menghadap ke Utara-Selatan agar bangkit dan terbenamnya mentari dan rembulan menjadi jelas. Timur dan Barat menjadi jelas. Maka dengannya, rumah kita akan jelas arah kiblatnya. Timur, menyajikan arahtuju jelas buat Umat Islam, khususnya Umat Melayu.

(4) Kenapa agaknya Muhammad SAW sangat terlaten rajin menunaikan sholat Tahajjud dan Duha setiap harinya. Surah Adhuha Allah turunkan kepada Muhamad SAW sebagai jalan penghilang rindu dan meyakinkan dirinya. Sepertinya, Allah menjadikan cahaya Adhuha yang bangkit dari Timur sebagai pembakar semangat Muhammad SAW untuk terus mengabdi kepadaNya. Lantas, baginda sepertinya paling banyak sujud tafakur kepada Allah sewaktu-waktu Timur sedang bangkit bersama alamnya. Kenapa? Sesungguhnya, awalnya, Muhammad SAW perlu lewat Timur, BaitulMuqaddis untuk menerima perintah aturan hidup yang paling unggul buat Umat Islam iaitu sholat. Kenapa Muhammad SAW tidak terus diangkat dari Mekah (Barat) ke langit untuk keperluan tersebut? Terdahulu, kenapa agaknya Allah menjanjikan Palestine, wilayah di Timur sebagai tanah puak Yahudi. Kenapa tidak Iskandariah (Barat) atau Ethiopia (Selatan) di mana mereka telah kembang biak dan hidup aman damai? Kenapa ke Timur Allah janjikan buat mereka?

TUJUAN:

Dalam tulisan ini saya cuba menmbangkitkan kembali tentang kehebatan Timur, yang masyarakat Melayu dan Islam khususnya kian lupakan. Saya kepingin agar kita terus berdiri di Timur kerana di situlah tumpah segala kekuatan yang telah Allah adakan, namun kian kita abaikan. Kita, khususnya Umat Melayu dan Islam kian menidakkan Timur dan kita sangat sujud kepada Barat. Kebendaan kendiri jadi hambatan kita. Itulah punca bagi segala kemelut yang sedang melanda kita. Kekayaan untuk Pembinaan Ummah bukan keutamaan kita. Sikap berkongsi usaha, nikmat dirasa saksama bersama sudah kita lupakan. Saya memperhitung jika kita kembali berdiri teguh di Timur, pasti kita akan dapat menyumbang hebat kepada pembentukan Temaddun hidup manusia berasaskan Islam untuk manusia sejagat.

(2) Segala imbasan sejarah, khususnya tentang sejarah Islam dan Melayu yang saya paparkan dalam tulisan ini, bukan untuk kita berbangga diri, namun itu adalah sebagai cermin tentang khilaf, kelalaian dan pemesongan yang telah, sedang dan akan kita lalui. Mudah-mudahan kita berani berhenti dan berpaling pulang. InsyaAllah.

PERSOALAN ASAS:

Dalam usaha untuk menjelaskan bagaiman Allah sebetulnya merahmati Timur buat Umat Islam dan khususnya bagi Umat Melayu, saya terlebih dahulu ingin mengutarakan beberapa soalan asas buat renungan bersama. Kenapakah mentari naik dari Timur? Sama juga bagi bulan. Kenapa temaddun awal manusia, lahirnya di Timur? Semua agama adat yang besar-besar, Buddha, Hindu, Taoism dan Zoroastrianism lahir di Timur, kenapa? Islam lahir di Timur, juga kenapa? Agama Yahudi dan Nasrani juga lahir di Timur, kenapa? Adam AS turunnya jauh ke Timur. Namun kedua-dua Adam AS dan Hawa turun mereka tetap di Timur, kenapa? Timur adalah pusat kependudukan dunia, kenapa? Barat, majunya, mulanya tercetus oleh Timur, kenapa? Pengembara hebat awalnya manusia, biar di zaman Firaun, juga selepasnya, semua menuju ke Timur? Timur, adalah suatu nama, yang Timur juga Barat pernah takuti. Kenapa namanya Timur? Timor saat dirasuk Barat, maka keaiban menerjah. Inilah hakikat pahit bagi Negara Indonesia, saat Timor terbelah jadi Timor Timur dan Timor Leste. Barat sepertinya adalah tangan gelap yang meruntuhkan Timur. Allah, pada penghujung zaman, akan membangkitkan mentari dari Barat, tidak lagi di Timur. Kebangkitan di Barat, adalah mula kehancuran segala. Kenapa? Namun, saat manusia kian banyak tersesat, maka akan lahirlah Imam Mahadi juga kembali bangkit Isa AS, menunjuk kebenaran mutlak. Timur adalah pemula, Barat adalah penghabisnya kita ini. Kenapa?

(2) Saat Barat ke Timur porak perandalah Timur sedang gagahlah Barat. Saat Timur ke Barat, maka menjadi gagahlah Barat, dan belum tentu Timur beroleh apa-apa. Sepertinya, Timur adalah pembangkit segala. Apakah itu, petanda kenapa Allah menjadikan mentari dan bulan, bangkitnya di Timur? Kecerahan, biar siang, biar malam mulainya di Timur. Barat adalah pemula kegelapan. Waktu sepertinya bermula berpaksikan Timur, sedang Barat adalah petanda akhirnya waktu. Apakah rahsia Allah pada kitaran waktu sebegitu?

(3) Temaddun manusia, mula berkembang di Yang Tze sekitar 4,000SM. Kemudian di Sg Nil, Mesir (3,000-31SM) dan Euphrates-Tigris, Mesopotamia, sekitar 3,100-539SM. Temaddun Indus bermula sekitar 3,300-1300SM. Cuma Barat sedang berkeras, cuba membuktikan betapa manusia mula bergerak dari Utara ke Selatan. Apakah tujuannya? Barat, gemarnya mereka adalah mengusul hipotesis songsang. Jika mereka dapat membuktikan kebenaran hipothesis mereka maka, bermegahlah mereka lalu bersikap menindas pasti timbul. Jika tidak, mereka akan terus cekal berusaha membuktikan kebenaran andaian mereka. Kenapa sebegitu sifat mereka? Contoh jelas, bila Islam dan bahkan dibenarkan oleh Yahudi dan Nasrani, menyatakan bahawa manusia itu asalnya dari Adam AS dan Hawa, maka mereka sekitar 150 tahun dahulu, hanya kerana tidak mahu tunduk kepada Gereja
Orthodox maka hanya berasaskan pemerhatian di Galapagos, lalu tercetus tiori Manusia terevolusi dari beruk dan kini, setelah 150 tahun dari tempoh tercetusnya tiori tersebut maka dibuktikan bahawa Chimpanzee secara genetik adalah 99.6 peratus menyerupai manusia. Yang membedakan Chimpanzee dan manusia adalah 0.4 peratus perbedaan gene yang mengawal fikiran dan rasa hati. Berapa lama lagikah mereka akan membuktikan, betapa baki 0.4 peratus gene Chimpanzee boleh atau tidak terevolusi menjadi sama dengan gene manusia? Namun yang pasti, Barat perlu ke Selatan (Galapagos) untuk mengemukakan tiori yang boleh merendahkan martabat manusia. Barat biar ke Timur dan ke Selatan, bawaan mereka adalah songsangan kepada kesejahteraan kekal manusia. Kenapa?

IMBASAN SEJARAH:

Temaddun awal Barat adalah Yunani, Greek (800-146SM). Kerajaan Yunani merupakan empayar Negara-Kota yang berkisar di Athen, di tanah besar Itali dan Sparta, di kepulauan Greece. Empayar ini kemudian dimusnahkan oleh Roman (753-146SM) yang juga merupakan empayar Negara-Kota berpusat di Rome. Perleluasan empayer Roman kemudian terjadi dengan penaklukan kota Constantinople (kini Istanbul) yang kemudian membentuk suatu kuasa tantangan buat Roman. Empayar Roman kemudian terbahagi dua, Roman Barat berpusat di Rome, sedang Roman Timur yang lebih dikenali sebagai Byzantium berpusat di Constantinople. Temaddun Yunani menghasilkan banyak cerdik pandai yang kemudiannya menjadi teras pemikiran Barat, di antaranya adalah Socrates dan Plato. Socrates merupakan seorang hamba berketurunan Yahudi hitam dari Namimbia. Pemikiran Socrates dan Plato kemudiannya menjadi asas kepada ilmu falsafah Aristotle yang lahir di zaman Roman. Lewat Aristotle, guru kepada Alexandra the Great (400SM) tercetus wawasan betapa Timur adalah sumber kebesaran empayar Roman. Di Timur, dari keruntuhan temaddun Babylonia, sebetulnya telah wujud empayer Achaemenid Farsi (705-330SM). Inilah sebuah kuasa awal Timur yang telah menyekat perkembangan empayar juga membawa keruntuhan empayar Yunani (Athen) di tangan Sparta akibat persongkolan bijak Farsi dan Sparta. Empayer Farsi mulanya menguasai Asia Minor lalu berkembang ke Timur dalam mencapai kegemilangannya. Agama awal Farsi, Majusi Zaroastrianism tersebar sehingga ke China. Sesungguhnya taklukan Alexandra the Great tidak lain adalah menjejaki empayer Farsi. Roman (Barat) dan Farsi (Timur) keduanya terbukti bergerak ke Timur untuk berjaya menjadi kuasa besar pada masa itu.

(2) Agama Yahudi dan Nasrani, mulanya bertunjang di BaitulMuqaddis, Jerusalam, keduanya mulanya menebar ke Syria (Timur), lalu ke Yaman dan Ethiopia (Selatan) sebelum ke Mesir (Barat) kemudian ianya meresap ke Utara terutama di kalangan penduduk Yunani, Roman sehingga ke seluruh Eropah. Agama Yahudi sebetulnya menemukan banyak malapetaka takala ia cuba menebusi Utara namun berkembang biak di Timur (Babylonia), Barat (Mesir) dan Selatan (Yaman dan Ethiopia). Kaum Yahudi ditimpa musibah paling dahsat di tangan Roman (Nasrani) dan juga semasa WWII di tangan Nazi. Yahudi sebetulnya, sebelumnya telah dimusuhi hebat di Peranchis merambat ke Russia. Sesungguhnya Eropah adalah Neraka bagi kaum Yahudi. Mereka perlu merompak kembali ke Timur di Israel untuk punya jatidiri, jika tidak pasti mereka akan menjadi seperti rakyat Rohingya dan atau Champa, sebagai orang hanyut. Di satu pihak, agama Nasrani perlu mengalami pelbagai perubahan selaras dengan kehendak manusia setempat dan sezaman untuk ianya dapat di terima. Nasrani perlu berubah sebegitu, jika tidak nasibnya juga akan sama dengan Yahudi. Pada 313M, Roman menerima Nasrani setelah ianya berubah menjadi Roman Katolik. Ia perlu bersekongkol dengan kehendak Istana Roman. Pihak Gereja perlu tunduk kepada kehendak Istana di mana simbiosis keduanya saling menjamin kelangsungan setiap satunya. Gereja memahkotakan Caesar sebagai dewa, MahaRaja untuk berbuat apa saja semahunya, dan sebagai ganjaran Gereja bebas melakukan kehendaknya. Lantas, rakyat mula melihat betapa Gereja dan Istana tidak lain, hanya mahu mengongkong. Di Utara Eropah, ia berubah menjadi Protestan lantaran tuntutan kebebasan hidup yang lebih meluas di sana. Nasrani anutan Roman Timur, kekal di Eropah Timur, Balkan dan Russia sebagai Koptik Ortodok. Begitu juga di rantau Farsi, Arab dan Ehthiopia. Nasrani bertukar wajah menjadi tiga cabang dan setiap satunya kemudian berkabilah menjadi pelbagai mazhab. Pelaut dan pendakwah Katolik Sepanyol membawa agama itu merentas Atlantik ke Amerika Selatan lalu menjadikan rantau itu sebagai Amerika Latin sehinggalah ke Filipina, untuk bertembung dengan masyarakat Melayu Islam di Manyla dan Sulu. Pengkristianan ini, bukan untuk merubah taraf hidup masyarakat tempatan, melainkan menjadikan mereka untuk mudah ditundukkan sebagai hamba di tanah ladang milik para penguasa Sepanyol ini kemudiannya.

(3) Islam, dalam sejarah kemanusiaan, ianya wujud sejak dari penciptaan Adam AS. Ianya adalah Adeen yang Adam AS dan Hawa harus patuhi untuk membimbing kehidupan mulia mereka sebagai mahluk Allah. Namun, saat nafsu menguasai prilaku mereka, maka menjadilah mereka sebagai manusia yang tercipta untuk menghuni dunia. Nafsu adalah detik waktu, masa yang menukar kehidupan Adam AS dan Hawa dari syurgawi ke duniawi. Dari hidup mudah tersedia segala, menjadi hidup penuh dugaan dan cabaran. Hidup penuh gelumang antara nafsu, firasat dan kewarasan akal. Sesungguhnya kehidupan awal sementara Adam-Hawa di syurga punya kias yang sangat dalam, jika kita mahu berfikir. Awalnya, saat segala kesenangan kita nikmati, namun saat nafsu menguasai hati dan fikiran, pasti kepayahan akan mendatang. Saya berkira, kias Allah kepada jalanan hidup awal Adam-Hawa sebegitulah. Namun, seperti peringatanNya kepada Muhammad SAW dalam Surah Adhuha, jika kita insaf, sabar dan yakin, Dia pasti akhirnya akan menyediakan yang lebih baik pada kesudahannya. Islam adalah Adeen bagi Ibrahim AS, Musa AS, Daud AS dan bahkan Isa AS. Cuma, puak Yahudi telah memesong dan mempersempitkan ajaran Taurat dan Zabur sehingga menjadi agama Yahudi hanya untuk kaum Yahudi. Bila kaum Yahudi bergerak ke Timur, bercampur baur dengan Majusi Farsi, penyelewengan berterusan terjadi kepada agama Yahudi sehingga Isa Ibn Mariam (7SM-33M) Allah hadirkan untuk mengembalikan semula Yahudi kepada Tauhid Allah. Namun kebongkakan Yahudi, terus menafikan dan memusuhi ajaran Isa AS yang akhirnya membawa kepada persekongkolan Yahudi-Roman untuk memusuhi Isa AS lalu membawa kepada penghianatan yang sangat hina. Atas kehendak Allah, Isa AS terangkat ke langit, sedang pembelot yang menyerupai baginda menjadi korban di salib. Sejak itu Isa AS telah bertukar menjadi Jesus Christ dan Islam bawaan Isa AS berubah menjadi agama Nasrani, Christian. Semuanya kerana pengajaran Islam bawaan Isa AS tidak terkumpul tercatat sebagai sewajarnya pada zaman dekatnya, melainkan sekitar 300 tahun kemudian, maka dalam kitab-kitab Nasrani kemudiannya banyak ubahsuaian dilakukan atas kehendak masa dan keadaan. Agama Nasrani terus mengalami evolusi pemikiran dan kefahaman atas keperluan untuk memuaskan nafsu manusia pada masa itu yang sukar menerima konsep Islam dan Allah pada kedudukan sebenarnya. Agama Nasrani adalah terlahir akibat pensaliban Jesus, dan kian menyimpang dari Islam bawaan Isa AS. Islam dengan Isa AS dan Nasrani dengan Jesus Christ sebetulnya adalah dua agama dan kelompok manusia yang berbeda. Perbedaan ini adalah asas kepada perbedaan Islam dan Nasrani sehingga kini.

(4) Sesungguhnya sifat tamak dan angkuh Yahudi memusuhi Islam bawaan Isa AS menjerumuskan kepada pergolakkan hebat keduanya. Agama kemudiannya dilihat sebagai asas kepada pergolakkan kemanusiaan, tidak membawa kebahagian sebagaimana dicanangkan sehingga akhirnya Islam bawaan Isa Ibn Mariam jadi tersasar menjadi Nasrani. Nasrani pula saat sudah menjadi gagah, atas dendam kesumat, membalas dendam sehingga Yahudi menjadi lebih memencil. Saya yakin permusuhan Yahudi-Nasrani selama tidak kurang dari 1,300 tahun di Eropah akhirnya membuahkan WWI dan WWII. Hanya kerana Barat melihat kelemahan Islam pada kurun ke 19, maka Islam kemudiannya menjadi wadah jalan strategis Barat untuk menyisihkan Yahudi ke Israel keluar dari Barat. Yahudi seperti sifatnya mereka, melihat ini sebagai peluang keemasan untuk kembali bernegara, maka sehingga kini mereka terus bersekongkol dengan Barat memusuhi Islam. Saya yakin, pertelanggahan agamalah yang menjadikan kini masyarakat Barat kian menyisih dari agama, dan ini adalah suatu kemenangan besar Yahudi untuk terus memesongkan dan memperkudakan Barat dan sebagai teras untuk mereka menguasai dunia. Di dalam dunia Islam kinipun, Adeen ini kian menjadikan manusia dalam kekalutan lantaran sifat tamak, dengki, khianat yang ada dalam diri manusia yang Islam tidak dapat hakiskan. Lantarn itu, tidak hairan jika generasi kini, sudah memandang Islam sebagai punca segala kekalutan. Astafirrullah.

(5) Allah MahaMengetahui. Dia pasti Yahudi adalah setan nyata di dunia. Setan berbentuk manusia yang tidak dapat melihat manusia lain selain dari Yahudi untuk berjaya. Hasad dengki Yahudi tidak akan pernah padam dan terbatas. Sifat tamak dengki Yahudi harus dibendung bagi menyelamat umat manusia lainnya. Maka pada 570M Muhammad SAW Allah hadirkan untuk memperbetul segala.  Namun Muhammad SAW tidak terlahir di kalangan Yahudi, dia terlahir dalam kelompok manusia jahil Quraish Mekah. Ketongolan Quraish dalam melakukan banyak kebodohan yang merusakkan bangsa mereka menjadikan Muhammad SAW sentiasa mengasingkan diri untuk berfikir. Berfikir bagaimana bangsanya harus diselamatkan dari segala musibah akibat sifat-sifat buruknya mereka: penjudi, pemangkir, bermusuhan, penyembah berhala, dsb, maka pada 610M, baginda Allah datangkan wahyu untuk menebarkan Islam. Islam Allah tugaskan kepada Muhammad SAW sebagai jalan penyelamat bagi Quraish dan Umat manusia lainnya. Untuk memperkukuhkan semangat Muhammad SAW, Allah mengundangnya untuk ke Arasi pada 620M lewat Timur iaitu BaitulMuqaddis. Baginda kemudian kembali membawa perintah agar Umat Islam berSholat lima kali sehari. Sholat adalah cara Allah untuk mengingatkan manusia betapa yang berkuasa ke atas mereka adalah Allah dan tidak lain dari itu, maka mereka harus tunduk kepada segala kehendakNya untuk terus hidup dalam keadaan aman sejahtera. Di Timur Muhammad SAW mendapat tonggak kepada Islam. Namun kekejaman Quraish yang menyerupai kekejaman Yahudi ke atas Isa AS, membawa Muhammad SAW dan para pengikutnya untuk hijrah ke Timur di Yathrib pada 622M. Di Tmur Muhammad SAW mengumpul segala kekuatan sehingga pada 630M dengan kekuatan 10,000 bala tentera Islam kembali mensucikan Baitullah. Baitullah harus dibebaskan dari segala berhala, lantaran itu adalah asas ketongolan dan keHalilan Quraish. Muhammad SAW bergerak awalnya ke Yathrib, Timur untuk kembali menawan Mekkah, Barat. Dalam hayatnya, Muhammad SAW dapat memperluaskan Islam ke Yaman di Selatan. Kemudian Umar Al Khataab dan Usman Affan terus memperluaskan Islam ke Timur menawan Palestin-Jordon-Lebanon dan Syria-Iraq-Farsi. Pergerakkan Islam ke Timur membebaskan Arab dan Farsi dari kekejaman Roman (Byzantium) dan Farsi. Pergerakkan Islam ke Timur pada asasnya memerdekakan lalu menyatukan dunia Arabia. Islam kemudian bergerak ke Barat iaitu Mesir dan daerah-daerah Utara Afrika. Timur Tengah kemudian menjadi kuasa baru menyaingi Roman di Barat.

(6) Perkembangan pesat Islam di Arabia adalah pertamanya disebabkan permusuhan kaum Quraish Jahilliah yanmg bersekongkol dengan suku-sulku kaum lain termasuk Yahudi. Faktor keinginan perluasan empayer Farsi dan Roman Byzantium yang sangat menindas adalah sebab keduanya. Islam terpaksa bergerak keluar dari batas Madinah pertamanya adalah di sebabkan keperluan untuk mempertahankan diri, dan keduannya untuk membebaskan jalan perdagangan Timur-Barat dari pelbagai ancaman perampokan yang sangat berluasa pada masa itu. Mungkin kerana ini, maka Hukum Hudud Islam, menjurus salah satunya kepada hukuman keras dalam soal perampokan. Namun di zaman Muhammad SAW dan para Khalifah Rasiddun, perkembangan pesat Islam lebih didorong oleh keperluan untuk mempertahankan diri. Mana-mana wilayah yang ditawan, penekanan utama adalah tentang penyebaran dan pengukuhan Iman dan Taqwa yang menghendaki manusia untuk meninggalkan sifat-sifat buruk jahilliah mereka dan kembali bertauhidkan Allah. Namun kemudiannya akibat percaturan dan bauran dengan kehidupan Farsi dan Byzantium yang mewah menjadikan masyarakt Islam khususnya di kalangan para pembesarnya untuk lebih bermewah-mewah lalu melkupakan tanggungjawab kepada Ummah.


(7) Dengan kemangkatan Khalifah Ali Abi Thalib, di antara sahabat paling akrab Muhammad SAW, Islam kemudiannya terus berkembang luas menjadi empayer bermulanya dengan dinasti Ummayah (661-750M). Pada tempoh ini, Pusat Pentadbiran Islam beralih dari Madinah ke Damshek, Syria di Timur. Islam terus berkembanag ke Timur sebelum ianya meluas ke Mesir (Barat) dan Utara Afrika. Namun akibat perselisihan puak maka berlaku pemberontakan sehingga puak Ummayah dihancurkan oleh puak Abbasiyah (750-1258M) yang menganjak Pusat Pentadbiran Islam ke Baghdad, Iraq. Kemudian pemerintahan Abbasyah mengempur meranapkan pemerihtahan Ummayah di Mesir dan Utara Afrika. Namun dalam masa yang sama di Mesir, cucu kepada Ali Abi Thalib, cicit kepada Muhammad SAW, telah membentuk pemerintahan Fatimah (909-1171M). Di zaman pemerintahan dinasti Fatimah di Mesir, kaum Yahudi dan Nasrani Koptik telah diberikan kebebasan penuh, sehingga mereka dapat membentuk masyarakat perdagangan yang sangat berjaya di Iskandariah. Dalam penulisan Sejarah Islam, diperkatakan bahawa zaman pemerintahan Abbasyah adalah Zaman Kegemilangan Islam, namun saya berkira itu adalah penilaian berasaskan KPI Barat sedang pada zaman itu banyak cendikiawan Islam tidak menyenangi gaya hidup bermewah para pembesar Islam pada zaman itu. Imam Bukhari, Shafiee, Ahmad Hanbali, Ghazali, dsb adalah di antara yang sangat menetang cara hidup para pembesar Islam di zaman itu. Iman dan Taqwa sudah mulai dipinggirkan sedang kemegahan berwewah kian dihambat hebat. Sifat-sifat ini, adalah asas kepada kehancuran kedua-dua empayer Ummayah dan Abbasyah.

(8) Dengan tumbangnya Damshek, sebilangan pemimpin Ummayah dengan bantuan para tentera Berber atau Moors menyeberangi Selat Gibralta ke Kardoba di Sepanyol lalu mendirikan Kerajaan Andalusia (711-1031M). Pada masa itu Eropah masih ditadbir secara Negara-Kota dan atau Persekutauan Negara-Kota. Mungkin kerana asas pemerintahan sebegini menjadikan Barat sehingga kini sangat ke depan dalam soal pengurusan kota-kota berbanding dengan Timur. Sebelum kedatangan Islam Andalusia, rantau Eropah sering bergolak. Peperangan perebutan Negara-Kota sering terjadi. Rakyat sangat tertindas oleh golongan Istana dan atau Panglima Perang. Kedatangan Islam di Kardoba, beserta bala tentera yang kuat dan kepimpinan yang sangat adil membawa rahmat yang sangat besar kepada wilayah Kardoba. Keselamatan rakyat dapat diwujud dan dipertahankan dengan baik, khususnya dari puak-puak melaun di Utara. Sebelumnya kedua-dua Kerajaan Islam di Damshek dan Baghdad telah mengalakkan pengkajian dan penterjemahan karya-karya agung Yunani dan Latin. Kedua-dua Damshek dan Baghdad telah menjadi Pusat Ilmuan Dunia pada zamannya. Pelbagai institusi pengajian didirikan dan ini termasuk di Iskandariah yang kemudiannya menjadi jambatan ilmu Timur-Barat di Kardoba. Tanpa kegigihan dunia Islam dalam mengkaji dan menterjemah karya-karya Yunani dan Latin ke dalam Bahasa Arab dan Farsi, pasti dunia Barat kini tidak akan berpeluang untuk mengikuti pemikiran Soctares, Plato dan Aristotle dari temaddun Yunani dan Latin. Sesungguhnya, saya yakin lantaran Farsi punya hubungan awal yang sangat dekat dengan temaddun Yunani dan Latin, saya berkira ilmuan Farsi pasti menyimpan; lebih banyak khazanah ilmuan Yunani dan Latin berbanding dengan para ilmuan Islam Arab, kecuali mungkin di Mesir yang sangat terdedah kepada pengaruh Latin.

(9) Saya yakin, Barat terlalu ingin untuk mendapatkan segala khazanah ilmu yang dimiliki oleh dunia Islam khususnya yang bertaburan di Arabia, Farsi, India, Balkan dan Afrika. Keinginan ini tidak janggal lantaran hanya di dunia Islam terutama di Arabia, tulisan awal mengenai agama Yahudi dan Nasrani berada. Tulisan-tulisan ini adalah penting untuk melindungi rahsia ubahsuaian kedua-dua agama ini. Maka lewat penerokaan archeology juga planned wars khazanah-khazanah ini sedang terkumpul hebat di Barat. Kerana itu, saya berkira, tidak hairan jika Barat tersangat ingin untuk meranapkan Farsi juga Arab agar mereka boleh merampok kembali khazanah ilmu ini sebagaimana mereka telah lakukan ke atas BaitulMuqaddis, Baghdad, Tripoli, dan kini Damsek, Kaherah dan Sana’a. Timbuktu, Mali juga sedang mereka perkotak katikan. Keinginan Barat ini amat cocok dengan kepentingan Yahudi, biar di kalangan Zionis juga para Rabi mereka. Maka Gaza meliputi seluruh utara Arabia adalah idaman Empayar Yahudi. Cuma apakah dunia Islam dan Melayu sedar akan Khazanah Timur yang sedang kita miliki yang menjadi idaman Barat?

(10) Sangat malang, dengan peralihan zaman, Islam Andalusia kemudian menjadi terpengaruh dengan genjala hidup mewah feudal Barat, yang akhirnya menjadikan ianya runtuh menjadi Negara-Kota Negara-Kota yang bersatu longgar. Kelemahan ini kemudian menumbuhkan kebangkitan Penyatuan Reconquista oleh puak-puak Nasrani di Utara Sepanyol dan memuncak dengan gerakkan Christendom pada 1212M, dan Granada Negara-Kota Islam terakhir di Sepanyol akhirnya runtuh pada 1492M. Dengan ini, maka tertubuh Negara Sepanyol bersatu. Pada 3 August, 1492, Christopher Columbus mempelopori Sepanyol dalam arena Perdagangan Meritim Antarabangsa menyeberangi Lautan Atlantik dan mengembangkan agama Nasrani ke Amerika Selatan menjadi Amerika Latin dan seterusnya menemukan Dunia Baru Amerika Utara. Sedang di dunia Arab-Farsi, kemelut yang melanda dunia Islam melahirkan Salahuddin Al Ayubi, dari seorang tentera biasa Kurdish menjadi npanglima perang dalam pemerintahan Fatimah pertamanya menantang serangan Tentera Salib lalu kemudian bergerak berani berusaha menyatukan kembali dunia Islam. Dia memusnahkan Tentera Salib dari menakluki Mesir, kemudian menawan kembali BaitulMuqaddis, lalu bergerak ke Timur untuk menyatukan Damshek dan Baghdad ke dalam Empayer Ayubi (1138-1193M). Pemerintahan Ayubi memperkukuh institusi keIlmuan di seluruh dunia Islam dengan pembangunan banyak Madrasah dan Perpustakaan.

(11) Di Asia Tengah, di Gurun Steppes berlaku pemberontakkan hebat puak-puak ganas ke atas penguasaan China. Mereka ini digelar penganas apakah kerana sememangnya sifat mereka ini ganas atau kerana mereka punya kedegilan untuk bebas merdeka? Ghenghis Khan, dari puak Mongol bangkit menduduki tahta panglima perang Mongol (1206AD) dan seterusnya memulakan penaklukan ke Selatan. Di bawah kepimpinan dua cucunya, Hulagu dan Kublai Khan, kawasan taklukan terus meluas ke Timur dan Selatan. Kublai Khan menumpu ke Timur sehingga ke China. Hulagu menumpu ke Selatan membentuk kerjasama hebat dengan Farsi bagi meluputkan pengaruh Arab ke atas bangsa itu lalu membentuk Kerajaan Pasha yang menjadi asas kepadsa pembentukan Iran kini. Hulagu melakukan kemusnahan sangat dahsat di Arabia. Tenteranya mengranap dan membakar Baghdad pada 13 Feb., 1258 dengan bantuan seorang panglima perang Cina. Pada 1 March, 1260 dia menawan Damshek dan memusnahkan penguasaan Pemerintahan Ayubi di Syiria. Dia kemudian bergerak ke Mesir, namun kematian bapanya Tolui menyelamatkan baki pemerintahan Ayubi di Mesir, bila mana dia terpaksa pulang unbtuk dilantik sebagai Khan Agung. Pemerintahan Mamluk, sisa Kerajaan Ayubi di Mesir kemudian berperang hebat dengan tentera Mongol, dan menghalau mereka dari bumi Arab. Dalam masa yang sama juga, tentera Mongol mula menghadapi tentangan dari Tentera Salib dalam gerakkan mereka ke Barat. Pemberontakkan berterusan pelbagai puak di tanah jajahan Empayar Monggol akhirnya memecah belahkan Empayar terbesar itu pada 1370M, sehingga runtuhnya Kerajaan Mongol Mughal di India pada abab ke 17. Sesungguhnya kehadiran pemerintahan Monggol di Asia Tengah-Asia Barat-China telah menjadi batu penghalang besar bagi kemaraan Tentera Salib ke Timur jauh

(12) Asakan Empayar Farsi, kemudian Islam (Ummayah, Abbassyah, dan Ayubi), lalu Mongol ke Barat menumbuhkan bibit-bibit Islam di Asia Minor. Puak Seljuk, dari kaum Kazakh di Turkestan, dari kelompok Tar Tar yang bengis sehebat Mongol telah memeluk Islam lalu berhijrah ke Farsi. Mereka berjuang menentang puak Mongol (1050SM-51M) dan kejayaan mereka mendapat penghargaan yang amat baik dari puakl Abbasyah. Namun begitu mereka menubuhkan kerajaan sendiri di Asia Minor. Pada kudrat Allah, tentera Seljuk adalah benteng bagi kelolosan tentera Byzantium dan Salib ke sebelah Timur jauh. Mereka menawan BaitulMuqaddis, namun kemudiannya kalah di tangan Tentera Salib pada 1099M. Namun kemudian mereka menawan Constantinople dari Byzantium lalu membentuk Kesultanan Rum sehingga ke 1300an. Empayar Seljuk kemudian berpecah menjadi Negara-negara bebas, di mana salah satu darinya adalah Emirat Ghazi yang diperintah oleh Sultan Osman I, yang merupakan pengasas bagi Empayar Ottoman. Sultan Osman I (1256-1326AD) mengembangkan kawasan kependudukan Turki sehingga ke sempadan Byzantium lalu meluas ke Timur Maditerranean, ke Balkan, khususnya ke Kosovo untuk memasuki Eropah. Tentera Ottoman berperang dengan banyak Negara Eropah sepertinya Hungary dan Poland. Pada 29 May 1453 mereka menawan Constantinople, dan membenarkan penubuhan dan perkembangan Gereja Orthodok Christian. Rome Barat and Byzantium pada waktu itu sudah mulai tidak sealiran, maka banyak wilayah Byzantium ingin membebaskan diri dari cengkaman Rum Barat dan memilih untuk duduk di bawah pentadbiran Ottoman. Empayar Ottoman kemudian bergerak ke Farsi lalu mengambilalih Baghdad pada 1535, kemudian meluas ke Barat untuk menakluki Mesir. Walau bagaimanpun hasrat Ottoman untuk meluas ke Timur disekat oleh Timur (1336-14505AD) seorang panglima perang Mongol-Turki, yang mengusai Farsi, Timur Laut Turki, Syria, Iraq, Iran dan sebahagian Asia Tengah meliputi Kazakhtan Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Georgia, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Pakistan, sehingga ke Kashgar di China. Kemenangan tentera Timur dalam Perang Angkara (1402) meletakkan Kerajaan Ottoman dalam Kemalapan Interregnum selama 12 tahun. Cita-cita Timur adalah untuk mengembalikan Empayar Seljuk lalu mengambilalih Lagenda Ghenghis Khan. Anaknya, Shah Rukhan adalah pengasas Empayar Mughal di India (1526-1857). Pada 1413M Sultan Mehmet I mengambilalih pemerintahanKerajaan Ottoman. Empayar Ottoman berusaha mengembang ke Barat dan Afrika terpaksa berperang hebat dengan tentera Portugis, Sepanyol, Itali, dan Jerman. Seperti empayar Islam,lainnya terdahulu, Kerajaan Ottoman mengalakkan pertumbuhan ilmu sehingga puak-puak Kristian Koptik dan Yahudi dapat membina sistem pendidikan sendiri, sehingga mereka menjadi jauh lebih maju berbanding penduduk Islam yang sering terlalu sibuk untuk berperang. Dalam masa yang sama Russia sudah kembali gagah dan sedang mengasak untuk menguasai negeri-negeri di Selatan. Akibat wilayah jajahan yang terlalu luas, serta kekahalah dalam banyak peperangan, akhirnya Kerajaan Ottoman berada dalam keadaan kucar kacir. Paling sedih bila Ottoman-Jerman kalah dalam WI (1914M), maka banyak wilayah di Balkan, Afrika, Arab, dan Farsi mulai berpecah menjadi negera-negara kecil merdeka. Pemberontakan besar-besar berlaku, yang diketuai oleh Mustapha Kamal Pasha, yang kemudiannya mengistiharkan Republik Turki pada 29 Okt., 1924. Turki mengambil sepenuhnya model Barat, dan sistem Khalifah dimansuhkan pada 3 March, 1924. Sesungguhnya, dengan berkiblat ke Barat memusnahkan Empayar Ottoman, yang juga menandakan keruntuhan sistem pentadbiran Islam di tangan Barat. Barat kemudiannya bergerak pantas menguasai Timur, terus memecah belahkan Timur untuk kekuatan mereka sehingga kini.

(13) Pada pandangan Barat, Islam sepertinya tidak membawa apa-apa nilai kemanusiaan melainkan kecelaruan. Dengan runtuhnya Empayar Ummayah, Abbassyah, Fatimah, Ayubi, Andalusia dan Ottoman hanya meninggalkan Kerajaan Negara yang kecil dan lemah. Paling sedih, Seljuk, Timur, Hulagu dan Kublai Khan, akibat tamak kuasa pada mereka telah menjadikan termaddun Islam menjadi arang, debu dan lumpur; musnah parah. Kegagalan Ottoman untuk mempertahankan Empayarnya, meluputkan penguasaan Islam di Balkan dan Eropah Timur. Perang WWI pada 1914 telah menghasilkan negara-negara bangsa merdeka mengambil model dari pembentukan negara-negara bangsa merdeka hasil dari Kebangkitan Barat. Islam dari sudut Barat, tidak lain hanyalah sebuah agama keTuhanan sama sepertinya Yahudi dan Nasrani yang tidak dapat menyumbang apa-apa kepada kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Islam benar-benar gagal untuk tegak menjadi Adeen. Maka di zaman penjajah, Islam disisih untuk hanya mengurus hal-hal keagamaan, sedang Negara menjadi urusan penjajah. Keadaan ini amat jelas di Negara-negara Islam terjajah di Afrika (Mesir, Morocco, Libya, dsb) dan Nusantara (Malaysia, Indonesia, dan Brunei). Negara dan agama terpisah jelas. Anak negeri terbatas untuk mengurus soal-soal agama sedang penjajah bebas merogol Negara dan rakyat semahunya. Sama seperti Gereja dan Istana adalah dua entiti berbeda, punya fungsian berbeda namun wujud bersimbioisis demi kepentingan masing-masing. Sehingga kini, biar pentadbiran Negara telah beralih kepada anak negeri, namun kerana sudah enak berkuasa sebegitu maka budaya penjajah terus berlanjutan. Negara merdeka, namun rakyat tidak berdaulat.

(14) Namun sangat berbeda dengan Barat. Bila Empayar Roman ranap, ianya membawa satu perubahan baru dengan mewujudkan kesedaran baru iaitu Kebangkitan Barat; Renaissance. Kerana rantau Eropah mulanya adalah berasaskan Negara Kota maka keruntuhan suatu Negara-Kota dengan mudah digantikan oleh Negara-Kota lain berbanding dengan duunia Islam di mana pemerintahan adalah berasaskan wilayah serantau, maka sumber dan masa untuk mengembali dan atau mendirikan empayar baru adalah sangat banyak. Keruntuhan Rome, Constantinople dengan mudah diambil alih oleh Negara-kota Negara-kota lainnya. Florence yang diasaskan pada 80SM, adalah contoh yang sangat baik. Ianya adalah Negara-kota yang terletak di utara Rome dan dengan pergolakkan di Roman Barat dan Timur, ianya kemudian muncul menjadi kuasa baru dalam 1401M. Florence menyediakan wadah bagi Kebangkitan Barat. Di Florence, usaha-usaha penyatuan seluruh Itali dimulakan dan Florence dijadikan Ibukota Itali sehingga 1871M barulah ianya beralih semula ke Rome. Penyatuan Itali adalah pelopor kepada kebangkitan Barat. Sebelumnya, perdagangan antara Barat-Timur di zaman Roman juga di kalangan Barat sendiri telah membawa banyak kekayaan ke Florence. Segala kekayaan ini telah digunakan untuk menaungi para cerdik pandai untuk terus berkaryacipta khususnya di kalangan Gereja. Di zaman Yunani dan Latin, bidang-bidang keilmuan banyak menjurus ke bidang Studia of Humanitatis yang lebih menjurus kepada soal-soal kematian dan alam baka, namun pada 1348-1350M, bila berlaku Wabak Hitam yang mengorbankan pulohan ribuan nyawa di Florence juga di wilayah-wilayah lainnya, maka masyarakat berputus harap terhadap peranan Gereja sebagai penyelamat manusia. Maka kerana itu memaksa, di Florence, bidang-bidang baru mulai diterokai, khususnya seni lukisan, penciptaan teknologi, senibina dan juga saintifik. Allah tidak menjadi sesuatu itu sia-sia dan tanpa jalan pembaikan, maka di Florence diwujudkan manusia-manusia bistari di antaranya Leonardo da Vinci (1452-1519AD), Sandro Botticelli (1445-1510AD), Michelangelo Buonarroti (1475-1564AD), Fillipino Lippi (1377-1446AD), dsb. Inilah manusia-manusia berbakat besar, yang Allah wujudkan untuk merobah segala. Allah mendatangkan Manusia-Manusia Pembaharuan, yang mempunyai pelbagai kepintaran melukis, mengukir, penciptaan, ilmu sains alam, dsb. Allah melimpahi mereka dengan daya ilham tinggi dan lewat jari-jari mereka menebarkan pengajaran keseimbangan dunia dan akhirat. Manusia Barat lebih gemar Pictorial Teaching dari Verbal Preaching. Allah mengerti itulah tuntutan Barat pada waktu itu, dan sebegitu Dia mendatangkan ilmu kepada mereka. Karya-karya jari jemari Manusia-Manusia Pembaharuan sangat mempengaruhi Barat. Pihak Gereja benar-benar mempergunakan mereka untuk menerapkan pengajaran Injil ke dalam masyarakat lewat segala ukiran, lukisan-lukisan dan karya-karya kesusasteraan bersifat kerohanian. Mereka melukis dan mengukir watak-watak asas pengajaran Injil untuk dijadikan hiasan Gereja. Dengan cara itu, isi kandungan Injil mudah difahami, dan Gereja kian menjadi lebih mistik, agung dan menarik. Masyarakat akhirnya mendewakan Gereja, dan langkah selanjutnya untuk Gereja terus menguasai jiwa rohani masyarakat menjadi mudah. Nasrani kemudiannya berkembang biak di Eropah lewat kerja-kerja Seni dan Sastera Manusia menyimpang dari ajaran asal Isa Ibn Mariam betapa segala ajaran adalah dari Allah swt. Maka Nasrani dan masyarakat kian terbuka luas kepada tuntutan keperluan nafsu manusia lari dari asas sebenarnya ajaran Isa Ibn Mariam. Di Barat, Manusia-Manusia Pembaharuan ini tidak sekadar melukis dan mengukir keperluan Gereja, mereka terus berkarya berasaskan pengamatan pada alam semulajdi lalu mengilhamkan penciptaan yang boleh merubah cara hidup masyarakat. Lukisan-lukisan teknikal dan saintifik mereka ini kemudian mengilhamkan para pengusaha dan hartawan untuk merobah segala. Dengan tercipta mesin pencetak oleh Johannes Gutternberg di German, maka tebaran ilmu-ilmu baru ini menjadi jauh lebih pantas dan berkesan ke seluruh Eropah pada abad ke 15, di mana pada masa itu dunia Islam kian mengalami pergolakkan hebat. Sesungguhnya, segala lakaran teknikal Da Vinci kemudiannya telah melahirkan pembaharuan dalam pemikiran saintifik dan matematik sehingga ianya merubah Eropah menjadi States of Machineries for Mass Production yang kemudiannya mencetuskan Industrial Revolution. Dari Itali, Pembaharuan meresap ke Utara Eropah, England, Peranchis, Jerman, Hungary, Belanda, Poland, Portugis, Russia, Sepanyoil, dll. Daalm abad ke 20, Pembaharuan mengambil pelbagai rupabentuk megah selaras dengan keperluan negara-negara berkaitan. Pembaharuan akhirnya meratah Timur untuk keagungan Barat.

(15) Jika direnung dalam-dalam, kita umat Islam harus sudah mulai sedar kenapa lukisan dan ukiran khususnya berbentuk manusia menjadi bahan debat di kalangan para ulama. Di zaman Pembaharuan Eropah, Gereja dengan bijak menggunakan ukiran dan lukisan untuk berdakwah. Namun dakwah mereka lebih menjurus kepada menuruti nafsu manusia dari hakikat keTuhanan sebenar. Di Farsi sebelum Islam sebegitulah juga caranya bagi agama Majusi. Kemudian di zaman Ummayah, Abbasyah, Ayubi dan apa lagi di zaman Ottoman dan Mughal, lukisan dan ukiran menjadi kegemaran para khalifah di masa itu. Di Ottoman umpamanya, kerana kegilaan untuk menghias masjid dan istana dengan segala bentuk ukiran dan hiasan telah menyebabkan Negara terpaksa berbelanja besar sehingga menuju kebangkraban. Kegilaan kepada ukiran dan hiasan istana-istana Andalusia dan Mughal akhirnya menjadikan para pembesar Negara lalai akan tanggungjawab mereka. Maka, saya berkira di sinilah letaknya kenapa Muhammad SAW dan para Khalifah Rashiddun sangat melarang segala bentuk lukisan, ukiran dan perhiasan biar pada perhiasan anak isteri mereka sekalipun. Paling berpandangan jauh Muhammad SAW, adalah bila wajah baginda diharamkan sama sekali untuk dilukiskan. Cuba lihat kini, wajah Jesus Christ yang penganut Nasrani akui sebagai Isa Ibn Mariam, mereka jadikan wajah beliau sangat mirip keturunan Caucasian. Ini semua tidak lain adalah atas tuntutan nafsu agar Nasrani dan Jesus Christ diterima meluas di Barat, tanah Caucasian. Atas hakikat ini, Jesus Christ tidak menjadi popular di kalangan masyarakat Timur: Mongol, China, India dsb yang tidak seiras Jesus Christ. Sedang Muhammad SAW memilih untuk menidakkan wajah baginda, agar Islam tidak dilihat dari sudutnya Muhammad SAW, tetapi diterima sebagai Adeen sejagat. Sesunguhnya larangan Muhammad SAW ke atas lukisan, ukiran dan perhiasan adalah agar manusia tidak lalai dan atau tersasar dari landasan Iman dan Taqwa mereka. Juga paling mendukacitakan, saat Timur meneladani Barat mereka lebih tertarik pada indah segala lukisan dan ukiran kehidupan dan melupakan atau tidak memberi perhatian berat kepada segala lakaran teknikal dan saitifik. Biar sebetulnya para cendikiawan Islam di zaman Ummayah, Abbassyah, Fatimah, Ayubi, Seljuk, Timur dan Ottoman banyak melakar perkara-perkara teknikal dan saintifik namun itu tidak mendapat tempat di hati para pemimpin dan pengusaha Islam. Kenapa ini terjadi? Timur tidak menghargai khazanah dan kebijaksanaan Timur lantaran itu Barat dengan mudah merampok Timur untuk kegagahan mereka.

(16) Sesungguhnya, jika kita ikuti secara terperinci akan prihal WWI dan WWII, apa yang sangat dititik beratkan oleh Hitler dan Musolini adalah perampokan segala seni lukis berharga di zaman itu. Di dunia Barat, dari dulu hingga kini, pembinaan Muzium untuk menyimpan, mengkaji serta mempamir sejarah silam adalah penting buat mereka. Mereka menggunakan Muzium sebagai wadah penghubung antara yang lepas, kini dan menyemai aspirasi untuk masa depan. Di Malaysia bahkan di Kuching, biarpun Muzium Sarawak adalah yang terbaik di Asia Tenggara dari segi koleksi khazanahnya, namun perana ini sepertinya muzium di Barat tidak terserlah langsung. Sangat berbeza dengan muzium-muzium yang kedapatan di London, Washington, Lisbon, Berlin, Hague, Rome, Paris, Zurish, dsb. Di dunia Islam, lantaran cara pentafsiran terhadap haram halal khususnya berkait dengan artifak-artifak zaman Jahilliah menyebabkan semua ini tidak dihargai sebagai bahan kajian dan kini menjadi milik muzium-muzium Barat. Sesungguhnya cara berfikir cendikiawan (?) Islam yang terlalu sempit menjadikan kita kehilangan banyak perkara.

(17) Gerakan Pembaharuan meletakkan Barat jauh ke depan dari Timur khususnya dalam soal seni cipta dan reka bentuk. Mungkin kerana para pemimpin Islam sezaman samada asyik bertelagah dan atau tengelam dalam kenikmatan hidup maka mereka kian lupa untuk memakmur dan mensejahterakan Ummah maka mereka tidak peduli akan perlunya seni cipta dan reka dalam memperkukuhkan dan mempertahankan Islam. Kinipun, sifat lalai sebegitu terus berlaku. Barat menggunakan sepenuhnya kekayana hasil perdaganan mulanya sesama mereka kemudian antara Barat-Timur untuk membina kekuatan. Jalan Perdaganan Sutera Lama di antara Timur Jauh, Selatan Asia, Timur Tengah dan Roman menyuburkan perdaganan antara benua. Hasil dari pengembaraan Marco Polo (1254-1324M), seorang rakyat Itali, menelusuri Jalan Sutera (1271-1295M) lalu menetap di China pada zaman pemerintahan Kublai Khan sesungguhnya telah menyemarakan perdagangan antara Timur Jauh dan Barat (Roman). Juga hasil dari penceritaan pengembaraan Ibn Bautta (1304-1396M), yang menghabiskan hampir 30 tahun hiudpnya mengembara di dalam dunia Islam di Afrika, Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara menambah jelas akan kekayaan dunia Timur dan pembukaan luas perdagangan Timur-Barat. Di sebelah Timur, Zheng He (1371-1405M) yang belayar ke Asia Tenggara, India, Timur Tenggah dan Timur Afrika sangat membantu dalam membuka jalan perdagangan laut antara Timur dan Barat. Christopher Columbus (1405-1433M) di bawah bendera Sepanyol, membawa Arus Pembaharuan ke Dunia Baru, Amerika dan menukar Amerika Selatan menjadi Amerika Latin. Manakala Vasco Da Gama (1461-1524M), pelayar Portugis, belayar ke India lewat Tanjung Harapan di Afrika untuk mengelak dari bertembung dengan armada laut tentera Ottoman di Laut Mediteranean. Pelayaran beliau membuka luas perdaganagn rempah antara India dan Barat. Di samping itu, Ferdinand Magallen (1480-1521M), membelah lautan Atlantik ke Pasifik membawa beliau untuk menerokai Kepulauan Rempah Timur Jauh. Sesungguhnya semua pelayaran ke Timur ini telah membuka mata Barat akan khazanah Timur yang tidak terhingga sehingga membawa kepada perebutan kuasa antara mereka lalu menlakukan onar pecah dan perintah. Segala kekayaan dari Timur diangkut ke Barat sebagai asas kepada Revolusi Industri I (1760-1840M) dengan terciptanya jentera pengeluaran kuasa air di England, lalu kemudian diikuti oleh Revolusi Industri II (1840-1870M) dengan terciptanya jentera kuasa wap di Amerika. Sesungguhnya Revolusi Industri telah melahirkan Kapitalisma Yahudi yang meluas untuk meranapkan sistem Feudalisma di Barat. Revolusi Industri adalah wadah bagi Yahudi menguasai Barat dan dunia akhirnya.

MELAYU: RUMPUN KITA

Melayu, dari mana datangnya kita? Umat Melayu dan dunia Islam percaya, manusia berasal dari Adam AS dan Hawa. Seluruh umat manusia berasal dari darah daging yang sama. Dari Lembah Bekka di Makkah, kita mula membiak, lalu bertebaran kemudiannya ke serata dunia. Dari rumpun mana agaknya Melayu? Saya yakin, Melayu dulu-dulu tidak menyusur ke Nusantara lewat Padang Pasir Arabia, lalu ke Teluk Arab, lantas ke Laut India dan Selat Melaka lalu ke rantau Pasifik. Saya yakin, nenek moyang kita dulu, bergerak bersama kabilah ke Lembah Babylon, kemudian terus mengembara ke Tanah Lapang Steppe di Asia Tengah dalam kelompok Mongoloid, dan dari Puncak Dunia, melihat ke Timur Jauh ke Lembah Hijau Yang Tze lalu kemudian turun ke Lembah Annam sebagai bangsa Champa Besar lalu kemudian sebahagian menjadi pelaut menguasai segala pulau di Laut Annam (kini Laut China Selatan) lalu menjadi Umat Melayu yang berbagai suku dan dailek di Nusantara. Melayu dulu-dulu saya kira adalah pemburu, pengembala, petani, dan pelaut. Darah pengembara dan peneroka ada pada kita, namun kini kian mati menjadikan kita banyak bagai katak di bawah tempurung. Sesungguhnya Kublai Khan, Zheng Hee dan pastinya kemudian Ibn Batutta semua mereka ke Timur dan Nusantara adalah sebagai menjejaki langkah awal darah Mongoloid Melayu. Kini berhamburan puak Nepal dan Mongol di Kuala Lumpur, adalah pada dasar yang sama, cuma Melayu kian menjadi tersisih. Kenapa?

(2) Saya yakin, penghijrahan Melayu dari Bekka ke Nusantara adalah perintis kepada Jalan Sutera. Seperti saya nyatakan dulunya, betapa bila Allah menjadikan sesuatu, pasti Dia telah mengariskan segala Hukum sebagai asas panduan kewujudan mahluknya. Hukum Allah ini Dia tuliskan dalam kitab Luh MahfuzNya dan diajarkan kepada semua. Lantaran manusia telah Allah jadikan dengan kelebihan otak dan hati, punya akal dan nafsu, maka Allah kemudian membebaskan manusia memilih apa saja kemahuannya. Sebegitulah saya berkira, mula Melayu dihantar mengembara ke Timur dan menduduki Timur, namun kerana faktor masa dan keadaan Melayu hanyut terlepas dalam hukum pegangannya maka di atas belakang unta kemudiannya Allah menyusur menitip Islam ajaran penuh Islam dariNya lewat Muhammd SAW, buat Umat Melayu di Timur jauh meneter Jalan Sutera dari Arabia, ke Farsi, ke Asia Tengah, lantas ke China lalu terus meresapi hati nurani Melayu di seluruh Nusantara. Islam menjamah Melayu tidak dalam jalan mudah. Puak-puak Mongul dan Tar Tar bertumpah darah membantai Farsi, meranap Baghdad dan Damshek, sebelum dapat mengasak Islam ke Timur di India sehingga ke Manchuria di China. Manchuria mungkin adalah wilayah Islam terketimur paling awal dan dari sana puak Hui (suku laksamana Zheng He (1371-1433M)) mengalirkan Islam ke lembah Annam meresapi temaddun awal Champa (192-1471M) di sana yang kemudian menjadi asas kepada penyebaran Melayu ke Nusantara. Masyarakat Cham, saya menduga adalah evolusi Melayu Mongoloid. Melayu berubah dari Melayu gurun menjadi Melayu sawah, tanah basah. Masyarakat Cham menjadi berhambur bertempiaran mendadak bila diserang oleh masyarakat Viet dari wilayah Vietnam Utara kini. Dikhabarkan, pada 617-18M, Jahsh, salah seorang sahabah Muhammd SAW telah datang menebar Islam ke Champa. Jika ini benar, pasti Islam seterusnya bertebar luas dalam dunia Melayu iaitu Kedah (1136M), Kelantan dan Pattani (Yala, Narathiwat, dan Pattani). Juga mungkin berasal dari Champa, Islam belayar ke pulau-pulau Timur Tengara ke Filipina lalu membentuk masyarakat Islam Melayu persisiran di Teluk Manila juga kepulauan Sulu dan Jolo pada abad ke 13. Sesungguhnya kedatangan awal Spanyol ke Filipina mendapat tentangan hebat Melayu Islam awal di sana, namun mereka berjaya menawan Filipina Utara lalu menjadikan mereka di sana sebagai penganut Nasrani sedang di Selatan, tentangan lanun-lanun dari pelbagai pulau mengagalkan harsat mereka biar sehingga WWII oleh Amerika dan Jepun, juga kini Kerajaan Pusat Manila. Bangsa Moro, saya kira adalah Melayu berdaulat yang tidak merdeka, berbanding dengan Melayu lain yang merdeka tetapi tidak berdaulat.

 (3) Sesungguhnya, Nusantara adalah dunia Melayu. Dari segi bilangan, Melayu adalah dominan di rantau ini. Namun, dominan mereka hanya pada angka, tidak dalam prihal ekonomi apa lagi kekuatan Islam sebenar. Kenapa? Apa mungkin kerana sikap Melayu pada Islam adalah seiras Yahudi maka Islam agak terencat perkembangannya di Nusantara. Islam sepertinya hanya berlegar dalam dunia Melayu dan tidak mampu menyusup keluar dari dunia Melayu. Sikap Melayu, khususnya di Malaysia, Brunei, Sumatera, Champa, Pattani dan mungkin Sulu dan Jolo, di mana seseorang itu harus Melayu maka barulah dia adalah seorang Islam menjadikan kesempitan ruang tebaran Islam. Masyarakat Melayu harus menilai semula akan prihal ini dan kembali kepada fitrah sebenar Islam, bersifat universal dan Allah yang menentukan segala bukan sesiapa selain dariNya.

(4) Di Barat Daya pula, Islam berkembang mulanya lewat Samudera Pasai di Utara Sumatera pada 1267M. Kemudian menyeberang ke Tanah Melayu, Borneo, Jawa, dan Maluku. Namun ada kemungkinan besar perubahan akidah Melayu berkembang dari dua hala iaitu Utara dan Barat. Utara dari pengaruhnya Champa, sedang Barat dari pengaruhnya Pasai. Namun, kerana pengkajian arkeologi serta sifat kecintaan sejarah tidak ada pada bangsa Melayu, maka asakan sebenar Islam itu di dunia Melayu masih samar-samar. Sepertinya keruntuhan pengaruh Buddha dan Hindu di kalangan orang Melayu adalah ibarat serangan moonson lautan Pasifik, berputar berkitar biar dari Timur, Barat, Selatan juga Utara. Namu suatu yang pasti, sebelum kedatangan Barat, Melayu telah membentuk Masyarakat Serantau di sebelah sini yang bebas merdeka. Islam di zaman mulanya, memberikan Melayu asas persaudaraan yang amat kukuh. . Laut China Selatan menjadi medan pengembaraan bebas Melayu. Inilah yang menjadikan Melayu dulu-dulu punya semangat mengembara dan berkelana merdeka. Mereka juga jadi sangat kreatif. Mereka mencipta pesta lumba perahu, pesta wau, persilatan, sepak raga, permainan gasing, dsb yang unik bagi Umat Melayu bukan sekadar acara pesta namun alatan penyatuan dan pengukuhan pribadi jati diri Melayu. Namun ini kini semua kian terabai dan dipandang rendah. Sesungguhnya larutnya minat pelayaran di kalangan anak-anak Melayu telah melunturkan semangat pertualangan serta jiwa kembara pada bangsa ini. Melayu kian terkongkong di kampungan dan apa lagi ini menjadi parah akibat dasar pecah perentah penjajah kemudiannya, juga penguasa Melayu sehingga kini.


(5) Sesungguhnya, Kerajaan Langkasuka (Abad 2-14M), Sriwijaya (Abad 7-11M) dan Majapahit (1293-1500M) telah menjadikan Melayu sebagai hamba abdi kepada pendita Buddha dan Hindu. Rakyat Melayu sebagai penganut perlu tunduk untuk kerja-kerja pendewaan pendita juga para raja. Namun Islam membebaskan Melayu untuk memiliki Kerajaan sendiri lewat terbentuk pelbagai Kerajaan Kota-Pelabuhan seperti Pasai, Melaka, Palembang, Demak, Pattani, Sulu, Brunei, Sambas, dsb. Biarpun Yahudi dan Nasrani lahir jauh lebih awal namun kedua-duanya hanya muncul di dunia di sebelah sini jauh lebih lewat dari kelahiran semula Islam. Nasrani hanya menjejak ke Nusantara hanya sekitar 700 tahun dahulu berbanding dengan Islam iaitu sekitar 1,400 tahun dulu (mengambil kira dari Sejarah Champa). Sesungguhnya Allah seperti sengaja memencilkan dunia Melayu dari pengaruh awal Yahudi dan Nasrani. Melayu Dia pagari dari pengaruh barat seperti Quraish Jahilliah dari pengaruh Farsi dan Roman pada awalnya. Allah mengembalikan Islam ke dunia Melayu sekitar 7-8 tahun selepas Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi dan Rasul (610M). Tindakan Allah kepada Melayu sama sajalah pada tindakanNya kepada Quraish Jahilliah: Sewaktu-waktu, kamu berada dalam gaung kegelapan, lalu Aku terangi cahaya, maka berpegang teguhlah pada jalan benar. Sesungguhnya tebaran Islam ke Timur dan Selatan, menjejaki Melayu adalah jalan Allah untuk menyelamatkan Umat ini. Tanpa Islam, Melayu pasti masih dalam kegelapan penghambaan rohani dan jasmani. Pembinaan Borobodur di Jawa adalah lambang penghambaan rohani dan jasmani Melayu, jika kita mahu mengerti. Islam membebaskan kita dari semua itu dan kerananya kita mampu menantang penindasan Barat selanjutnya.

(6) Sebegitulah, sekitar 2,000-3,000 tahun dahulu, Allah telah mentakdirkan Melayu Animisma bersama-sama masyarakat Timur lainnya membentuk Empayer Buddha dan Hindu yang amat besar di rantau ini. Melayu dan seluruh masyarakat IndoChina suatu masa dulu pernah bersatu di bawah payung Hindu dan Buddha dan ini bukanlah suatu yang Allah tidak sengajakan. Ianya jika kita cepat mengerti adalah asas bagi kita kini kembali bersatu membentuk suatu masyarakat berbilang namun bersatu demi kepentingan bersama serantau. Cuma kerana Allah lebih sayangkan Umat Melayu, membebaskan Melayu dari penindasan selanjutnya, maka Dia mentakdirkan Islam menjadi panduan kita, maka kita harus kukuh dalam Islam untuk terus menjadi besar dominan. Sesungguhnya rantau Nusantara dan IndoChina punya kesamaan yang perlu diraikan secara jujur untuk kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Persaudaraan ASEAN adalah suatu yang sangat mudah dicapai jika kita jujur, berani dan bersungguh-sungguh.

PERTELINGKAHAN TIDAK BERKESUDAHAN

Sesungguhnya, kecelaruan antara Yahudi, Nasrani dan Islam sehingga kini adalah gara-gara Yahudi yang menyempitkan Islam awalnya hanya untuk diri mereka. Yahudi, dengan bongkak dan riak, memandang rendah kepada kaum-kaum lain, hanya kerana mereka Allah telah berikan pertunjuk. Sifat bongkak dan riak menjadikan mereka taksub akan kelompok dan puak sendiri. Ini akhirnya menyebabkan mereka menjadi pendusta dan terpesong. Allah, atas sifatNya yang MahaPengasih dan MahaPenyayang, cuba memperbetulkan kaum Yahudi, lantas melahirkan Isa ibni Mariam AS. Namun tetap Islam bawaan Isa AS menjadi tentangan hebat Yahudi sehingga akhirnya Yahudi menyengutukan diri dengan puak anisma Roman untuk berkhianat kepada Isa AS. Allah atas fitrahNya yang MahaBerkuasa, mengantikan Isa AS dengan pengikutnya yang seiras yang khianat sebagai korban salib. Peristiwa penyaliban inilah titik mulanya pemesongan Islam kedua kalinya sehingga menjadi agama Nasrani bawaan Jesus Christ. Bagi Umat Islam, bermula dari Adam AS sehingga kepada Ibrahim AS, Ishak AS, Yakub AS, Musa AS, Daud AS, Sulaiman AS, kepada Isa AS dan akhirnya Muhmmad SAW, hanya ada satu peraturan hidup yang mereka mesti patuhi iaitu Islam. Islam adalah Adeen bagi kehidupan dan selepasnya bagi semua manusia. Islam tidak terbatas atas urusan keTuhanan semata-mata. Sesungguhnya Yahudi, para Rabi merekalah yang telah memesongkan Islam sebagai hanya urusan keTuhanan sehingga sempit menjadi agama Yahudi. Begitu juga prihalnya dengan Nasrani. Islam bawaan Isa AS sekali lagi dipesongkan menjadi milik para pendita untuk mencapai taraf pendewaan menjadikan segala kata dan laku mereka adalah ungkaian keTuhanan. Sifat dan prilaku Rabi dan pendita, sama saja, untuk mendewakan diri mereka, menjadikan mereka perantara antara manusia dan Tuhan. Inilah sifat tamak haloba bangga diri para pendiri agama Yahudi dan Nasrani sehingga kini. Sifat taksub kepada para Rabi dan Pendita ini akhirnya, menjadi senjata makan tuan. Yahudi dan Nasrani kian dipandang sebagai ilmu kolot, ortodok yang akhirnya memaksa kedua-dua agama ini terus terevolusi bagi memenuhi kehendak Barat. Di Eropah Barat, Nasrani kembang sebagai Catholic Christian setelah Roman sedia menerima agama tersebut (313M), sedang di Eropah Timur, Arabia, Farsi dan Afrika, ianya kekal sebagai Coptic Christian dan di Eropah Utara dan Dunia Baru ianya berubah menjadi Protestant.

(2) Dalam kehidupan Barat, mereka tidak mahu terkongkong oleh peraturan lain selain peraturan di luar logika bikinan manusia. Agama mereka wujudkan sebagai batas memisah antara urusan keTuhanan dan dunia. Maka terjadilah pemisahan dalam soal kehidupan manusia moden iaitu urusan keTuhanan (agama) dan keduniaan; kemewahan dan keselesaan hidup. Agama kian menjadi urusan manusia dan Tuhan. Sedang dunia harus terpisah dari segala urusan keTuhanan. Gereja (juga kuil) terpisah dari institusi Negara. Kerana tidak mengerti akan Islam, maka Barat juga memandang Islam sebegitu. Saat Islam cuba mencampuri urusan dunia, maka pertentangan menjadi memuncak. Ketidak serasian antara Islam dan kehidupan Barat yang terasing dari nilai-nilai insani menjadikan Nasrani dan Yahudi menumpang untung dalam sengketa Barat-Islam. Sesungguhnya, peperangan Salib, juga Pembaharuan Barat, kemudian WWI dan WWII juga holocaust tidak lain adalah kebangkitan semangat kebangsaan Barat untuk bebas berdiri atas ideologi tersendiri. Nasrani hanyalah hiasan semangat kebangsaan Barat. Begitulah juga bagi Zionisma. Agama Yahudi telah Zionisma pergunakan untuk kembali berNegara, punya jati kebangsaan Yahudi tersendiri. Kerjasama Barat-Zionis, Christo-Judaism sebetulnya tidak lain, melainkan pada asas kebangsaan.

(3) Amerika Syarikat, dunia baru, MahaRaja Barat, the Godfather West yang di asaskan pada landasan penentangan atas segala nilai-nilai Orthodox di negara-negara ibunda mereka menjadi Protestant yang mahu tercerai penuh dari sifat-sifat monarchy feudalism yang terikat kuat biar dalam Catholic juga Coptic, lalu menjerap kebebasan mutlak individu dalam menguasai kejayaan yang sangat serasi dengan fahaman Kapitalis ciptaan para Zionis yang bertopengkan demokrasi. Di Eropah, Zionis ditentang hebat. Di Amerika ia tumbuh subur berbaur demokrasi Eropah (Roman). Sesungguhnya, pensebatian Kapitalis (Zionis) dan Demokrasi tidak lain adalah perkahwinan Judo-Christian untuk menguasai dunia. Revolusi Industri II (1840-1870M) adalah permulaan usaha penguasaan Judo-Christian di seluruh dunia. Dari Amerika (Barat), Revolusi Industri II bergerak ke Eropah Barat (Timur dekat) dan kemudian ke Timur. Sedang Eropah Timur, Asia Minor, Balkan, dan Russia, wilayah orthodox Coptic tersisih menjerap Sosialisma dan Komunisma yang jauh sangat konsevatif sifatnya berbanding Kapitalisma-Demokrasi yang juga mulanya adalah ideology penciptaan oleh Zionis Yahudi. Sengaja Judo-Christian membahagi dunia Barat sebegitu, sebagai langkah jangka masa panjang mereka. Mereka ingin terlebih dahulu memperkukuh penguasaan mereka terhadap Barat (Amerika dan Eropah Barat) dan sebahagian Timur. Mereka membiarkan Eropah Timur-Russia untuk tindakan kemudiannya. Sesungguhnya keruntuhan rantau sosialisma dan komunisma adalah sesuatu yag telah dirancang oleh pakatan Judo-Christian. Kini Russia-China adalah asas pertumbuhan baru bagi dunia Barat. Dunia Islam kian punah mereka henyak kuat sebagai langkah terakhir mereka untuk menguasai dunia.

 (4) Barat ingin bebas dari Yahudi, dan Yahudi-Zionis ingin berNegara sendiri. Islam menjadi musuh bersama paling cocok buat mereka sementara ini. Seluruh dunia diheret untuk memusuhi Islam. Namun, pemimpin Islam mash alpa tentang peringatan Allah betapa yang mendusta (Yahudi) dan terpesong (nasrani) harus tidak dijadikan pilihan pimpinan.

(5) Renaissance melahirkan pemikiran baru dan segala bentuk penciptaan di Barat. Revolusi Industri kemudian memungkinkan Barat untuk menjana Sains dan Teknologi (S&T). Dengan perkembanagn cepat S&T, jauh lebih terkesan dari peranan Gereja dan Kuil dalam membina kehidupan yang lebih sejahtera kepada rakyat kebanyakan, maka ini menjadikan S&T kian lebih didewakan berbanding Gereja dan Kuil. S&T sepertinya mampu meletakkan manusia jauh ke depan sedang Gereja dan Kuil mengundur manusia ke belakang, maka keduanya menjadikan manusia berada dalam persimpangan dan terpisah. Black Death membuktikan kegagalan Gereja (Tuhan) dalam membela nasib manusia. S&T mampu memberikan manusia apa yang mereka perlukan. Maka kerana itu S&T menjadi urusan Negara, sedang Gereja dan Kuil hanya perlu berurus tentang keTuhananan. Kedua-duanya terpisah jelas. Gereja akhirnya hanya berbangga terhias dengan segala bentuk theological paintings sedang segala technical drawings para Renaissance Men dimasyarakat kemudian di komersilkan demi keperluan harian semua. Dunia, akhirnya Barat bahagikan kepada dua iaitu the State and Churches and or Temples. Keduanya harus terpisah, tidak boleh berbaur, dan sebegitulah Barat menentukan hidup ini, urusan keTuhanan adalah urusan idividu, urusan kemasyarakatan adalah urusan Negara. Itulah juga pemikiran yang sedang Barat asakan kepada Timur. Malangnya, Islam menjadi mangsa keadaan di zaman penjajahan. Penjajahan menjadikan Islam sebagai urusan pribumi sedang Negara, Barat uruskan semahu kebebasan mereka demi kepentingan mereka. Namun selepas merdeka, penguasa pribumi terus-terusan mengamalkan sikap neo-kelonisma sehingga kini menjerut pribumi kebanyakan.

(6) Suatu yang amat trajis melihat keruntuhan kegemilangan Islam, bila mana ianya telah membebaskan manusia dari segala bentuk kekejaman, kejahilan dan kemunduran, sehingga mampu membentuk empayar yang aman makmur. Saya yakin kemudiannya, Barat yang mulanya hanyalah kerajaan-kerajaan kota, berubah menjadi Negara-Kota, lalu Negara Bersatu, dan hanya kemudian membentuk empayar tidak lain telah meneladani cara gerak Islam dalam mentadbir Ummah. Dari sekadar Kota Madinah, menjadi Negara-Kota Madinah, menjadi Wilayah Islam dan seterusnya membentuk Empayar Islam; sebegitulah Temaddun Kebangkitan Semula Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW. Saya yakin, inilah jalan yang diciplak oleh Jerman, Itali, kemudian British, Peranchis, Sepanyol, Belanda, Portugis dan kemudian Amerika dan Jepun dalam usaha mereka menguasai dunia. Yahudi, Isreael, pasti punya cita-cita dan langkah serupa untuk kembali berNegara dan punya kingdom mereka. Pastinya, the Kingdom of King Solomon ingin mereka kembalikan. Dunia Islam harus berawas tentang ini.

(7) Namun jika kita ingat, tingkah Umar Al Khataab melucutkan jawatan Khalid Al Waleed dari tampuk Palingma Perang Islam untuk kembali menjadi rakyat biasa adalah amaran awal serta wawasan jauh Umar. Sesungguhnya, peristiwa penguguran Khalid Al Waleed terjadi di detik getir saat tentera Islam akan berperang dengan tentera Byzantium yang jauh lebih gagah. Umar menjatuhkan Khalid atas sikap Khalid yang terlalu gemar memewahkan bala tenteranya. Umar khuatir sikap sebegini akan melupakan tentera dan akhirnya pemimpin Islam tentang tanggungjawab mereka kepada Ummah dan Islam. Saat ini terjadi, maka pasti punahlah Ummah dan runtuhlah akidah Islam. Sebetulnya, keruntuhan Islam adalah bila semua sudah tidak ambil peduli akan hikmah kebijaksanaan Umar ke atas Khalid biarpun sehingga ke hari ini. Umar insaf, hambatan harta, kemewahan, keselesaan dan kuasa adalah tunggak kepada kemusnahan Islam. Inilah budaya Farsi dan juga Byzantium yang kian Khalid Al Waleed ikuti, dan Umar tegas berani menghalangnya. Sesungguhnya dunia Islam, nuansa Melayu kian terperangkap hebat dalam permainan dan perangkap Judo-Christian, hasilnya, segala kemelut yang kita hadapi hanyalah pemula kepada jalan kehancuran jika kita tidak segera berani berhenti dan berpaling pulang. Kita kian memisah Islam sepertinya Barat memisahkan agama dari masyarakat. Kedua, kita kian melihat kejayaan Islam dari kacamata dan kayukuran Barat. Islam kita, kita sedang paksakan agar berkiblat ke Barat. Islam kian tidak kita kekalkan pada asal lahirnya di Timur dan ianya berdiri atas sifatnya tersendiri.

(8) Lihatlah kepada Iran (Shah Iran), Iraq (Sadam Husein), Libya (Muamar Ghadafi), Mesir (Husni Mubarak), Yaman, Syiria (Basir Assad), Indonesia (Suharto), bahkan di Malaysia kini, saat pemimpin di apa juga peringkat sudah cenderung kepada kemewahan dan rakus kuasa, pasti Negara menuju kacau bilau. Apa kenangan indah rakyat dan Ummah kepada pemimipin-pemimpin sebegini akhirnya?

(9) Dunia Islam kini kian menyerupai Barat. Segala bentuk pembangunan sudah copycat Barat. Pelbagai manumen pembangunan tersergam indah melambang kebangkitan Islam banyak sebetulnya adalah jasad tanpa roh. Contohnya, anak-anak bangsa tersebar menghambat Ilmu di seluruh pelusuk dunia, namun saat pulang Iman dan Taqwa mereka di mana? Maka timbul kemudian soal kelunturan cinta kepada Negara dan bangsa. Di zaman Moghul, terbangun Taj Mahal dan segala atas nafsu berahi mahaRaja namun rakyat terhimpit sengsara. Kini, di Negara ini, tersergam indah Sri Perdana dan Istana Negara, apa rumah rakyat kian cukup dan mampu mereka miliki? Sesungguhnya, Barat sangat berjaya menyemai memahat pemisahan kecapaian rohani dari jasmani. Kita sedang bergerak seiring dengan kesilapan Ummayyah, Abbasyyah, dsb dalam cara pengurusan Ummah. Kita sedang taksub menunaikan haloba Fungisan Utili Kaptalis menghambat nafsu individu dan kelompok yang tiada penghujungnya. Kita sujud penuh cuba menghambat Barat. Kita sedang menjadikan diri kita terus menghambat tanpa tahu kita akan akhirnya jadi hamba Barat. Kita kian jadi hamba Barat tidak hamba Allah. Kita sudah kian lupa, pesan jelas Muhammad SAW, kita tidak harus sekali-kali serupa apa lagi sama dengan puak Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya saat wafatnya Muhammad SAW dan para khalifah Rashiddun, apa monumen yang mereka tinggalkan?. Seingat saya, mereka sekadar meninggalkan Baitullah, Nabawi dan Al Aqsa. Bukan istana, bukan kediaman, mereka tinggal roh waris Ummah. Beranikah kita sejenak bertafakur, berfikir keras, berhenti, dan memilih jalan sendiri dari akhirnya menjadi kerbau bedikan Barat? MasyaAllah.

KEMBALI KE PANGKAL JALAN

 ..........bersambung, InsyaAllah

Kuching, Sarawak
20 March-18 April, 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.