Latest Postings
Loading...
Mar 17, 2014

7/3/14 CARA KITA DAN CARA ORANG.....tidak mungkin serupa apa lagi sama.

Saya sebetulnya terkejut bila seseorang mendakwa sebagai Raja Bomoh. Dia Raja Bomoh mana? Bomoh itu nama di gunakan di seluruh Nusantara Melayu. Adakah tahta Raja Bomoh itu wujud? Itu menjadi kehairanan utama saya. Heran, bila Melayu hendak berlaku baik, maka gelaran menjadi tujuan utama mereka. Soal dia hendak melakukan apa saja untuk membantu dalam menilik di mana MH370, saya kira itu carnaya dia. Dia hendak membantu, biarlah. Cuma mungkin segelintir orang Melayu jadi sensitif tentang caranya. Pada saya, sekadar bersongkok, itu watak Melayu, belum tentu jati diri pemakainya. Apa lagi bila bersongkok dan berpakaian ala-Mat Salleh. Lalu, lantaran gambaran watak itu  sehingga ada Menteripun mengarah agar dia ditangkap lantaran caranya dia. Ini pun jadi kehairanan saya. Menteri tiba-tiba bersuara pada hanya tanggapan tentang watak dan atau gaya. Tidakkah banyak perkara yang serupa sangat berluasa, sedang kita sekadar bisu, pekak dan buta? Prilaku Raja Bomoh didakwa memalukan Melayu dan Islam, namun cuba duduk di depan TV dan tonton rancangan karya dan terbitan Malaysia, berapa banyak yang mengangungkan Melayu dan Islam? Melainkan yang buta, pasti banyak sedang tersimpang dari Melayu dan Islam. Tak seekorpun Menteri berkata apa-apa.

(2) Saya tidak bercadang untuk membela Raja Bomoh tersebut, cuma saya ingin memberi pandangan betapa di saat-saat getir, segelintir Melayu lebih suka mengambil kesempatan biar atas tujuan apapun. Watak Melayu sebegini, kian menjadi perkara Melayu kebanyakan biarkan. Kita membiarkan segelintir Melayu untuk steal away kebenaran dan atau jalan benar. Saya bercakap sebegitu atas sikap saya, jika kita hendak memperlakukan sesuatu, biar pada landasan kesaksamaan. Raja Bomoh dituduh kurafat. Sedang kurafat berjela-jela biar dilakukan oleh pihak berwajib apa lagi jelas dilakukan oleh pihak-pihak lain tidak dihiraukan. Cuba fikirkan jika berserah selain kepada Allah sebagai tidak kurafat, apa bedanya kerja Raja Bomoh dengan mereka yang beriktiar selain berserah tulin kepada Allah? Bukankah sesuatu bersifat double standard, shallow Islamic understanding jika perbuatan Raja Bomoh dilihat sebagai kurafat sedang yang jelas kurafat dan dilakukan secara berluasa, segelintir yang lantang bercakap tentang memalukan Islam hanya diam dan buta.

(3) Hakikatnya, popularity sudah jadi budaya yang kian diserap ke dalam darah daging Melayu, sehingga jika tanpa ganjaran nama, maka menyisihlah semua dari mengerjakannya. Mudah-mudahan segala musibahy bertali arus ie kebanjiran, harga kangkungpun melambung naik, kekurangan air, jerubu, kemantapan nilai Ringgit, kekalutan dalam nenangani misteri MH370., dsb menjadikan yang gemar berlakun insaf betapa tiada apa di dunia ini akan membawa keseronokan yang kekal. Mudah-mudahan Allah terus menyayangi dan mengasihi Melayu untuk kita menjadi Ummah yang baik. InsyaAllah.

(4) Kejadian MH370 kian steal away pelbagai masalah lain yang sedang dan akan melanda Negara.  Heboh semua media massa, kedai kopi, pejabat, dsb bercakap tentang MH370 serolah-olah semua sudah pakar dan boleh berbuat sesuatu untuk menyelesaikan segala. Namun perkara yang sedang dan akan melanda Negara kian kita lupakan. Salah satunya, masalah banjir sudah semua lupakan dan tidak ada lagi suara-suara membela. Apa lagi kemungkinan-kemungkinan Krisis Kewangan yang bakal melanda dunia akibat pelbagai kancah mendatang. Allah, musibah yang Dia datangkan adalah agar kita cepat sadar dan siap siaga, namun kita hanya leka mencerca pada yang tidak menyelesaikan apa-apa.

LCCT Kuala Lumpur
17 March, 2014

0 comments :

Back To Top