Latest Postings
Loading...
Mar 28, 2014

13/3/14 INSYAALLAH AKAN ADA JALAN.....kita mesti maju berakhlak.

Unta hidupnya di tanah gurun. Gurun sesuai untuk unta. Jika unta dibela di alam tropika, akan bekuraplah ia. Juga penguin tidak akan dapat hidup bersama unta. Pasti punahlah seni tari mereka. Tengiling sesuai hidup di tanah berhutan. Di sana, di celah-celah timbunan dedaunan dan atau batang-batang reput, pasti banyak semut. Tengiling makanannya semut dan serangga serupa. Begitu juga paus. Badannya yang besar perlukan air yang dalam untuk hidup berburu segala panganan yang sesuai dengannya. Paus tidak boleh hidup di mana seluang hidup. Manusia Eskimo enak mendiami belantara tundra. Namun jika orang Melayu, orang Penan, orang Semang di tempatkan pada habitat Eskimo, pasti ramai jika tidak kebuluran tetapi sering di serang influenza yang mereka tidak tertahan. Sebegitulah Allah menjadikan segala pada kedudukan kesesuaiannya. Setiap sesuatu itu ada pasangan masing-masing. Apa maksudnya?

(2) Islam lahir, saya yakin sejak Allah mulai mencipta mahlukNya. Islam adalah Adeen, A Life Order, sebelumnya banyak yang melihatnya sebagai Way of Life bukan agama pada takrifan Barat. Dalam dunia Barat, kerana kemelut antara Gereja Church, Kuil Temple dan Istana the Authority, dan apa lagi banyak perkara dan musibah hidup tidak dapat diselesaikan oleh Gereja dan Kuil maka Istana memandang remeh kepada kuasa Tuhan yang Gereja dan Kuil jajakan.  Kerana itu, prihal Gereja dan Kuil dikesampingkan dari urusan Negara Istana. Pemisahan ini menjadikan agama adalah agama, semata-mata urusan keTuhanan dan menjadi urusan mutlak Gereja dan Kuil dan Negara adalah mengatasi hak agama dalam mengurus kehidupan manusia. Pengalaman Barat sebegini menjadi Islam mereka lihat pada jalan yang serupa, sama.  Biar di kalangan Yahudi, fahaman para pendita Rabi adalah sangat berbeda dari di kalangan Zionis, namun keduanya kini mesti bersekongkol demi Israel. Cocok dengan fahaman Rabi Yahudi. Judaism dan Zionis pada masa ini perlu hidup bersekongkol hebat.

(3)  Saya melihat Islam sebagai the Life Order berasaskan keperluan betapa segala mahluk harus tunduk sujud kepada Allah. Bintang, awan, air, api, laut, angin, langit, bumi, tumbuh-tumbuhan, lembu, badak, harimau, cicak, Amoeba, Streptococci, jin, malaikat, manusia, syaitan, segala semua harus tunduk sujud kepadaNya. Istilah sujud bagi setiap kelompok mahlukNya pasti berbeda-beda taraf dan keadaannya. Sujud bungkah batu lain dengan sujud air di lautan. Sujud itu lebih kepada patuh akan fungsian kejadian mereka. Batu untuk memperkukuh gunung, bukit, tebingan, dsb. Air untuk melarut segala galian, gas dsb. Tidak sebaliknya berbaur-baur. Keduanya harus sebegitu untuk menjaga keseimbangan sejadi. Sedang sujud matahari dan bumi juga berbeda. Sujud matahari adalah untuk menyala-nyala terbakar menerang memberikan tenaga buat segala, sedang sujud bumi agar terus beredar pada paksi dan orbitnya agar segala akan berputar sebagaimana kehendakNya. Siang, malam, pagi, petang, empat musim, dsb terus beredar pada waktunya. Sujud syaitan, telah jelas, menyesatkan manusia. Syaitan tidak menganggu mahluk lain, melainkan manusia. Syaitan tidak berbuat lain melainkan menyesatkan. Juga malaikat, sujud mereka positif mutlak. Tidak berganjak dari perintah Allah. Tugas mereka paling jitu, tepat mutlak. Sujud manusia, saya kira amat luas, atas kedudukannya sebagai khalifah di bumi Allah.

(4) Lantaran itu, saya berkira Islam berkembang mengikut segala perkembangan mahluk yang Dia jadikan. Namun perkembangan Islam adalah pada ketentuan Allah, bukan selain dariNya. Bermula dari Adam AS, Adeen Islam sebegitu ringkas mudah. Baginda boleh berbuat dan menikmati apa saja, melainkan satu ie larangan memakan buah kuldi. Sepertinya, manusia awalnya punya kebebasan tanpa had kecuali satu.  Lantaran satu sekatanNya Adam AS dan Hawa engkari maka, itulah waktunya manusia terbebas untuk memilih melakukan apa saja semahunya. Manusia Allah bebaskan untuk memilih. Lewat akal dan nafsu, Allah memberikan manusia ilmu untuk mengenali yang terbaik buat masing-masing dan memilih. Islam buat manusia Allah perjelaskan akan halal, sunat, makruh, dan haramnya beserta tatacaranya. Islam buat manusia Allah datangkan secara berperingkat-peringkat selaras dengan ilmu dan kemampuan manusia. Dari Adam AS sehingga Muhammad SAW, entah berapa ribu tahun barulah Islam itu Allah perakukan sebagai Adeen sempurna buat seluruh Umat Manusia.

(4) Tadi malam saya melihat sebentar siaran langsung perdebatan di Parlimen. Alhamdullilah, syabas Annuar Musa membangkitkan soal Hukum Hudud. Juga Alhamdullialh dan syabas, kerananya Jamil Khir terpaksa membalas secara positif untuk pertama kalinya buat Umat Islam di Negara ini menilai dan mengambil langkah berani dan jujur. Saranan Jamil Khir, barang mana Negeri yang punya kemampuan dan kesanggupan untuk melaksanakan Hukum Hudud maka mereka harus merintis jalan ke arah itu. Ini saya kira jawaban yang tepat dan berani kepada penyelesaian masalah perpecahan Umat Islam dan Melayu di Negara ini. PAS ditubuh kerana UMNO condong kepada Barat. PAS sebetulnya adalah fahaman konservatif Melayu. Keduanya bertelagah tentang perlaksanaan Hukum Allah. Seolah-olah untuk menjalankan Hukum Allah menjadikan Melayu berada dalam kemelut, sedang seharusnya Hukum Allah dijadikan kuasa penyatu pembangkit kekuatan Melayu. Sedang itu semua hanya persoalan teknikal kini sudah dijadikan masalah asas membuntukan. Anih

(5) Kelantan, Kedah, Perlis, Trengganu, Pahang dan bahkan Johor adalah negeri-negeri majoriti jelas Melayu-Islam. Di negeri-negeri ini telah lama tertubuh segala sekolah Madrasah dan Pondok. Bahkan kini sudah tertubuh institusi-institusi pengajian tinggi berasaskan Islam di negeri-negeri ini. Apa lagi, inilah negeri-negeri yang banyak menghasilkan cerdik pandai Islam sejak dari sebelum penjajah sehingga kini. Kini saban tahun pulohan ribu para graduan Melayu yang telah melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang keIlmuan berasaskan Islam juga terlahir dari negeri-negeri ini. Saya berkira inilah golongan yang ingin menjalani kehidupan sebagai Muslim sejati. Kita juga harus jangan lupa, kebanjiran golongan Melayu yang celik dan atau cerdik pandai biar asas pendidikan mereka adalah tidak Islam penuh namun bibit Islam pada hati dan otak mereka kian memaksa mereka mencari yang mendamaikan dari segala kerusuhan hidup yang telah sekian lama mereka lalui. Mereka kian yakin betapa Islam adalah jalan sempurna bagi mengatasi segala keresahan sosio-ekonomi yang sedang melanda Melayu. Saya yakin, inilah demography dan psychological shift yang sedang melanda Umat Melayu. Ini harus semua baca secara jelas, bijak dan berani.

(6) Kelantan dan Trengganu boleh saya kelompokan sebagai keras kemahuan menjalani hidup keIslaman mereka. Kedah punya keinginan tahap sendiri. Perlis, Pahang, dan Johor saya kira paling sederhana. Pastinya Selangor, Perak, Melaka, dan Negeri Sembilan lebih kepada tunggu dan lihat Sarawak dan Sabah, hanya angin Moonson merubah cuacanya. Maka jika sebagai sebuah Negara, kita belum mampu dan bersedia, kenapa tidak negeri-negeri ini mendahulu merintis jalan? Tentukan target schedulenya. Dalam masa yang sama, rencanakan segala persiapannya. Dalam tahun 1960, mustahil kita bermimpi untuk jadi Negara Maju. Namun pada 1990, kita berani bertepik kita akan menjadi Negara Maju pada 2020. Kita kemudiannya bekerja keras ke arah itu. Kenapa dalam soal perlaksanaan Hukum Hudud kita jadi penakut? Apakah Allah, sebagai MahaBerkuasa tidak akan membantu kita? Syahadah kita ke mana perginya? Negeri-negeri Melayu majoriti boleh merintis jalan. Pasti ada kelainan mulanya. Tidak mengapa. Biar masing-masing membuat ujikaji. Jika Kelantan hendak lebih condong kepada PAS, biarlah. Kedah berbuat cara UMNO. Trengganu pula boleh membuat cara UMNO-PAS. Johor, Perak, Selangor dll boleh berbuat secara hybrid lainnya jika ada. Kita boleh saling belajar. Usul saya ini mungkin banyak jika tidak semua akan baca sebagai mengarut dan menyesatkan. Namun, saya pasti biar cara PAS, UMNO dan atau hybrid jika semua ikhlas demi Allah, pasti akan semua menuju ke Baitullah. Selagi kita tidak pernah mencuba, pasti kita terus berperang menuju Las Vegas.  Pokoknya kita mesti memulakan, di mana kita salah dan atau silap, kita jujur cepat perbaiki. Tidak perlu kita berperang saling membuktikan siapa salah. Lebih baik kita bekerja sekuat sejujurnya menjayakan dari saling menjatuhkan.

(7) Cuma saya yakin, ketak yakinan banyak pada Hukum Hudud lantaran potong tangan dan rejam telah dijadikan asas perdebatan. Ketakutan banyak pada Hukum Hudud sepertinya terlalu banyak majoriti Umat Melayu itu adalah pencuri, perompak, pembunuh dan penzina, peliwat, perogol, sedang hari-harinya Melayu kebanyakan hanyalah manusia biasa menjalani hidup biasa-biasa yang bebas dari Hudud. Kenapa kita jadi bengong dan sangsi? Cuba jika Hukum Hudud itu kita kuatkuasakan, bagaimana agaknya gejala rasuah, kos hidup, ketenteraman awam, produktiviti ekonomi, dsb? Dalam skala peneraju, Muhammad SAW membuktikan ini di Madinah. Dalam skala besar, Umar Al Khataab dan Umar Abdul Aziz, malah Salahuddin Al-Ayubi telah membuktikannnya. Saat Kardoba patuh pada jalan Islam, bagaimana penerimaan masyarakat keliling Barat ke atas Islam? Begitu juga dengan Empayer Ottoman. Namun saat haloba dengki bermaharajalela, maka punah semua Negara Islam. Sesungguhnya Hudud bukan itu sekadar persoalan mencuri dan zina, Hudud adalah untuk mengagih kesejahteraan hidup buat semua manusia biar Islam dan atau bukan Islam. Hudud menghalang segelintir manusia dari mencuri dan menzinakan hak orang lain di saat mereka menghambat hak mereka. Bicara dan debat kita harus pada Hudud untuk Kesejahteraan dari Hudud untuk memotong dan merejam.

(8) Saya yakin, sikap majmuk, universal Melayu adalah kekuatan yang Allah kurniakan untuk Umat ini berjaya bersama kegemilangan Islam. Kita bukan toktok nasionalis Farsi dan atau Arab, dsb. Kita bukan kaum bersuku toktok Aghanistan, Pakistan, dsb. Kita juga bukan liberal Turki, Lebanon, Mesir, dsb. Kita adalah Melayu yang Allah ciptakan punya jati diri namun mudah readjust. Kerana sifat-sifat ini tidak kita guna untuik membina kekuatan, maka pihak lain gunakan semua ini untuk melemahkan kita. Saya yakin, Melayu akan dapat mengembalikan Hukum Hudud pada roh sebenarnya, bukan ala-Iran, ala-Saudi, ala-Pakistan, ala-Aghanistan tetapi atas kekuatan penyelidikan, musyawarah, kesepakatan. Kita telah banyak berjaya dengan cara itu. Kita harus hambat kejayaan besar seterusnya.

(9) Alhamdulillah dan syabas kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei yang telah mengorak langkah berani untuk benar-benar meletakkan Brunei menjadi Darusallam bermula dari 1 Januari, 2014. Mudah-mudahan Allah terus melimpah Taufik dan Hidayah kepada seluruh rakyat Brunei untuk terus memerdeka dan mendaulatkan Melayu pada jalan Islam. Sehubungan dengan ini, saya ingin mencabar, jika Najib Razak tidak mampu agar Mukriz Mahathir, Mohd Said, Khaleed Nordin, dsb di Kedah, Trengganu, Johor untuk mula membuat kerangka menjadikan negeri-negeri tadbiran mereka sebagai Darusallam menjamin kesejahteraan untuk semua. Jika mereka tidak mampu, maka tidak usahlah mereka berdebat Hudud PAS adalah Hudud Politik kerana, you do nothing, but only critizing, make no different, wasting time.

(10) Sebagai renungan, jika Shah Iran, Ali Bhutto, Sadam Husein, Muamar Ghadaffi, Basir Assad, bahkan Suharto mahu, pentadbiran Islami pasti mereka dapat bentuk hebat di negara masing-masing. Namun saat punya kuasa, mereka menidakkan kuasa pinjaman Allah untuk menegakkan Adeen Allah, maka terjadilah pada mereka pada keaiban mereka. Biar Najib Razak, jika semua mahu membantu, kita juga pasti boleh beregerak cermat dan lancar ke arah itu. Kita harus mengolah langkah berani, kerana Allah tidak mungkir akan apa-apapun tentang janji jaminan kesejahteraan buat semua jika kita patuh kepadaNya. Itu, jika kita sedar maksud mendalam Syahadah kita. InsyaAllah.

(11) Juga sedikit masa lalu, terlalu banyak yang sangsi dengan perlaksanaan Makanan Halal. Namun bila Halal dimengertikan sebagai Makanan Kesihatan Hygienic Food, bersifat sihat-bersih bukan sekadar dari substance malah process maka kini banyak yang berlumba-lumba mahu mengeluarkan makanan halal. Hukum Hudud adalah Hukum Halal, maka jika cara kita memasar dan melaksanakannya harus pada fitrah bersih halalnya saya yakin semua akan menerimanya. Siapa yang tidak mahu Taraf Hidup Berkualiti Tinggi dengan kos rendah, siapa tidak mahu hidup terasa aman di mana-mana, siapa tidak mahu hidup dalam penuh kepastian, tiada penipuan, tiada penindasan, tiada kemangkiran, dsb. Itulah bersih halalnya tawaran Hukum Hudud yang tidak pernah kita bicarakan melainkan potong dan rejam. Sesungguhnya bila fikiran kita sentiasa berfikir mahu menafi maka pasti hati kita buta kepada jalan penyelesaian. Ayuhlah kita bersama mahu, dan kita fikirkan jalan terbaik melakukannya. InsyaAllah akan ada jalan.

Kuching, Sarawak
 28 March, 2014

0 comments :

Back To Top