Latest Postings
Loading...
Feb 23, 2014

11/2/14 SUDAH MAKAN?......Abdul Razak Hussein, caranya bagaimana?

Adalah menjadi kemestian saat ada yang bertandang ke rumah rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, pasti soalan yang dikemukakan adalah: "Sudah makan?" Jika tidakpun, setelah menjemput tamu duduk, tuan rumah pasti akan bergegas ke dapur, setidak-tidaknya menyediakan minuman. Makanan dan minuman adalah langkah pertama silaturahim khusus bagi Umat Melayu di mana-manapun. Mungkin kerana Allah mengingati kaum Muslimin: "Janganlah kamu enak tidur, saat tetangga kamu sedang dalam kelaparan," maka orang Melayu sangat watir soal makan. Umar Al-Khataab, saat meninjau-ninjau keadaan Umatnya, maka di suatu malam dia dan pembantunya terdengar rintihan seorang ibu bersama anak-anaknya sedang kelaparan di pinggir kota, lalu dia kembali ke kota, dan memikul sendiri gandum, raisin dan lelemak untuk keperluan keluarga tersebut, biar berkali-kali pembantunya meminta untuk membantunya. Umar Al-Khataab dengan tegas berkata: "Di akhirat nanti, akulah yang pertama-tama terpaksa menjawab di atas penderitaan Umatku". Sebegitulah, pemimpin, harus terus ingat akan rakyat pimpinannya. Kezuhudan Umar Al Khataab, pastinya adalah berlandaskan pengetahuannya mengenai antara lain pesanan Allah seperti di atas, juga ingatan Muhammad SAW betapa: "Kemiskinan akan membawa kekufuran". Dia menyisih dunia, agar yang lain boleh mendapat nikmat sebaiknya, dan bagi dirinya, akhirat adalah lebih istimewa.

(2) Saya menjangka, Umar Al-Khataab, pentafsiran beliau terhadap tatalaku zuhud Muhammad SAW adalah berasaskan songsangan Konsep Keseimbangan, Equilibrium Concept, di mana jika dia menggunakan seluruh nikmat yang Allah berikan kepadanya di dunia ini, maka yang tersisa baginya di akhirat nanti pasti sangat tipis. Umar Al-Khataab saya kira, mengurangkan kenikmatan dunia untuk melebihkan bahagianya di akhirat kelak. Namun, itu harus diusahakan dengan sagala sifat bertanggungjawab beliau sebagai Amirul Mukminin. Di dunia, dia sering bersaing hebat dengan Abu Bakar Ass-Siddique agar ibadatnya benar-benar Allah terima, dan dia tidak mahu berpisah dari Muhammad SAW sampai bila-bilapun.

(3) Keadaan ketiadaan makanan mungkin sudah lama tidak wujud di Negara ini. Maka, pasti peringatan-peringatan di atas ada yang menganggap sebagai telah lapuk. Itu jika kita melihat peringatan-peringatan tersebut lewat dari nahu bahasa sempitnya, tetapi jika dilihat dari sudut semangatnya ianya akan terpakai sampai bila-bilapun. Baru-baru ini, Kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan rakyat bagi 2013 (?) sebanyak 7.0 peratus, sedang kenaikan harga barang keperluan berasaskan kadar inflasi semasa adalah pada kadar 3.5 (?) peratus. Sekilas pandang, dari segi Matematik, seharusnya tiada keresahan timbul, namun apakah itu hakikatnya? Saya mengira, perangkaan tersebut adalah perhitungan statistik purata. Juga, itu hanyalah pada perangkaan perbandingan, namun apakah julat kenaikan mutlak sebenar tidak dinyatakan, terutama di peringkat beberapa lapisan pendapatan. Satu perkara yang lebih penting yang harus diingat, saat harga barangan melonjak, tidak mungkin rakyat akan sanggup menanti sehingga harga barangan turun kembali ke paras purata baru mahu membeli.

(4) Bilakah ganguan harga khususnya bagi barang makanan sering terjadi di Malaysia? Tidakkah selalunya di musim di mana sesebuah keluarga itu terpaksa berbelanja lebih bukan sekadar untuk memenuhi keperluan makanan dan hidangan, tetapi juga perbelanjaan penting lainnya? Keadaan ini saya kira sepertinya, sudah jatuh ditimpa tangga. Pada waktu-waktu tertentu, rakyat menerima bebanan bertindih-tindih. Contohnya, di hujung tahun, saat keperluan lain keluarga mendadak, maka di saat itulah harga barang makanan naik. Berapa lama seseorang boleh tahan tidak atau kurang makan? Umat Islam secara purata, hanya boleh tahan tidak makan selama 16-18 jam sehari. Selebihnya pasti memudaratkan. Itupun saat ada kesempatan makan, mereka pasti akan balun sakan. Jika tidak percaya, lihat gelagat mereka di bulan Ramadhan. Usul agar kurang berbelanja atau elak barangan mahal saya kira suatu usul lapuk, sekadar melempar usul penyedap hati. Usul seperti itu, tidak perlu Pak Menteri dan atau Pembesar Kerajaan lemparkan, anak-anak Tadika sudah lama tahu. Tabii rakyat tidak semudah itu jalan penyelesaiannya.

(5) Berapakah purata pendapatan rakyat mengikut golongan, khususnya di kalangan: Berpendapatan Rendah dan Menengah Rendah? Berapa pula julat pendapatan mereka ini? Jika kita mengambil paras kemiskinan semasa sebagai aras tanda, maka sekitar 95-97 peratus dari keluarga di Malaysia berada di luar garis kemiskinan. Hanya sekitar 3-5 peratus dari sekitar 5.80 juta keluarga di Malaysia yang dianggap sebagai golongan yang menghadapi masalah untuk kecukupan keperluan hidup mereka. Namun, biar berada di luar garis kemiskinan, apakah mereka pada kedudukan mereka telah dapat mencukupkan keperluan hidup mereka? Mohd Najib mengistiharkan sekitar 7.00 juta rakyat akan menerima BR1M pada Februari ini. Apakah maksudnya? Bilangan 7.00 juta ini adalah rakyat dewasa ie beumur lebih dari 21 tahun.  Angka ini mewakili sekitar 35 peratus dari golongan dewasa di Negara ini. Jika kalangan bujangan turut diambil kira, pasti angka ini boleh mencecah 40 peratus. Berasaskan perhitungan sebegitu, saya yakin kalangan berpendapatan rendah ke menengah rendah di Negara ini boleh mencecah ke 55-60 peratus. Maksudnya, 55-60 peratus dari rakyat di Negara ini pasti akan susceptible kepada sebarang pergerakan mendadak harga barangan keperluan. Agaknya berapakah julat kenaikan mutlak pendapatan golongan ini. Saya yakin, kerana gaji dasar  baseline salary mereka adalah rendah , maka kadar kenaikan 7.00 peratus pasti akan hanya merubah sedikit dari gaji mutlak mereka. Contohnya, jika gaji dasar mereka adalah RM800.00/bulan maka anjakan mutlak gaji mereka akan hanya mencapai RM856.00/bulan. Jika golongan ini membelanjakan sekitar 70 peratus dari pendapatan mereka untuk makanan ie sekitar RM560.00/bulan, maka dengan kadar inflasi 3.5 peratus, maka perbelanjaan makanan mereka akan meningkat kepada RM579.00/bulan. Dari segi Metametik, pasti ada lebihan sebanyak RM37.00/bulan dari kenaikan pendapatan mereka. Apakah ini benar? Apa mungkin dengan kadar inflasi 3.5 peratus, maka itulah kadar kenaikan perbelanjaan mereka? Saya yakin tidak. Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan sebanyak 14-20 peratus tambahan perbelanjaan. Pastinya, kenaikan pendapatan 7.0 peratus tidak dapat menampung peningkatan kos hidup akibat peningkatan harga barang biarpun pada kadar yang rendah. Maka sebab itulah biar kenaikan pendapatan lebih tinggi dari inflasi, BR1M terpaksa juga dikeluarkan. Saya yakin, selagi nilai pendapatan sebenar 55-60 peratus dari rakyat Negara ini, tidak dapat mencapai ke sekitar RM3,000.00-4,000.00/bulan, saya yakin mereka akan terus mengalami keresahan hidup. Sebabnya mudah, belanja pengangkutan sahaja setiap seorang dari golongan berpendapatn RM3,000.00-4,000.00/bulan boleh mencecah sehingga RM1,000.00-1,300.00/bulan. Kos rumah dan segala isi rumah satu hal. Kos pendidikan, satu lagi hal bagi yang berkeluarga. Kos perubatan, bagaimana? Kos gaya hidup moden satu lagi. Hakikatnya, Capital and Operating Cost bagi keluarga dan atau rakyat kini sudah sangat luas dan sangat berbeda. Inilah hakikat demografi dan sosialisasi rakyat yang harus semua mengerti. Perkara asas yang harus difikirkan adalah bagaimana untuk menjadikan Negara ini sebuah Negara Rakyat Berpendapatan Tinggi, bukan sekadar Negara Berpendapatan Tinggi.

(6) Sememangnya Kenaikan Pendapatan seringnya lebih tinggi dari Kadar Purata Inflasi, namun Kenaikan Harga Barang tidak mempunyai perlakuan sebagaimana Kenaikan Pendapatan. Kenaikan Gaji umpamanya bersifat malar tahunan, tetap. Sedang inflasi berkitar ganas seringnya dan boleh berubah dalam jangka masa yang singkat. Sifat hayat Inflasi dan Kenaikan Gaji adalah sangat berbeda, maka dengan sebab itu saya berpendapat perbandingan dua kadar ini tidak boleh dijadikan landasan bagi mengukur kemampuan rakyat untuk menikmati hidup selesa. Mungkin kita harus mempunyai matlamat dasar agar setiap tahun kadar Kenaikan Pendapatan harus setidak-tidaknya 4-6 kali lebih tinggi dari Kadar Purata Inflasi Tahunan. Maka dengan sebab itu, jika pertumbuhan ekonomi negara pada kadar sekitar 5.0 setahun, dan ini boleh memberikan kenaikan pendapatan sekitar 7.0 peratus, maka saya kira pada kadar inflasi 3.5 peratus, maka kita perlu bekerja kuat agar pertumbuhan ekonomi kita harus pada kadar 10.0-12.0 perastus setahun supaya Kenaikan Pendapatan dapat dilonjak ke sekitar 14.0-20.0 peratus. Mungkin inilah Model Emperikal Ekonomi yang harus kita pegang agar para politikus kita tidak bersifat tikus-tikusan yang menurut Melayu lama, tidak lain kerja mereka: merosak dalam niat dan prilaku membaiki: bagai tikus membaiki labu. Pertumbuhan Ekonomi dalam Sistem Kapitalis, tidak akan menyekat Inflasi, yang akhirnya tidak memberi makna yang baik bagi kesejahteraan rakyat. Kenapa? Apa pilihan kita?

(7) Berbalik kepada soal kekurangan bekalan makanan Negara, ianya merupakan perkara berulang saban tahun, sekurang-kurangnya 3-4 kali setahun: Aidil Adha, Gong Xi Fatt Choy, Christmas, dan Hujung-Awal Tahun. Jadual keributan harga dan bekalan makanan sepertinya sudah terpahat di Calender of Event Negara. Namun, seringnya kita hanya ribut-ribut pada saat menghampiri saat-saat itu. Kita jadikan prihal kenaikan dan kekurangan bekalan makanan sebagai going down to the rakyat fiesta. Di saat-saat inilah, pemimpin dalam pelbagai golongan pelbagai rupa menjelma bersinsing lengan berasak-asak di pasar-pasar. Saya mulai melihat kenaikan harga barang adalah political game play untuk semua. Mungkin sememangnya hidup berpura-pura adalah budaya kita, khususnya para penguasa kita, maka terus begitulah kita.

(8) Apakah terlalu payah untuk kita menyelesaikan masalah bekalan makanan Negara? Lembu, kambing,  kerbau, rusa, dan ayam-itik, suhu badan mereka saya kira sekitar 37 darjah C. Di rantau manakah suhu agak stabil pada julat tersebut? Jika babi kita boleh ternak berlebihan sehingga kita menjadi pengeksport, maka tidakkah boleh tindakkan yang serupa boleh kita lakukan ke atas lembu, kambing, kerbau, dan ayam-itik? Sikap kita memandang jijik pada babi, namun kita buta dan pekak untuk berusaha keras agar pengeluaran yang jijik tidak mengatasi yang halal. Cuba lihat cara Allah dalam mengurus bilangan babi, adakah bilangan babi liar lebih banyak dari segala yang halal? Apa maksudnya? Makanan lembu, kambing dan kerbau, kalau boleh dan paling enak adalah rumput segar, hijau. Di rantau manakah rumput hijau paling mudah tumbuh? Adakah kita memanafaat seluasnya nikmat hijau yang Allah berikan kepada kita? Jika kita teliti halus-halus perkara ini, pasti kita tidak punya masalah bagi bekalan protein, susu, lelemak, juga gelatin. Begitu juga, sayuran hijau, segar hijaunya dalam keadaan pencahayaan dan suhu bagaimana? Rantau mana di dunia ini, paling menghijau nuansanya? Pernahkan kita bertanya kenapa tembikai kita sangat merah atau kuning isinya? Begitu juga betik kita sangat keemasan kulitnya serta merah atau kuning isinya? Sebutkan apa saja, pisang, nenas, durian belanda, nangka, cempedak, durian, langsat, ciku, duku, langsat, rambutan, belimbing, buah naga, dsb bandinglah rasa buah-buahan ini dari yang di tanam di Thailand dan Vietnam, tidakkah keluaran kita, tanpa memalui proses ubahsuaiakan genetik, lebih enak dan menarik? Kenapa? Sesungguhnya, kita lalai tentang nikmat Allah kepada kita. Ilmu yang ada dalam diri kita adalah ilmu-ilmu tanpa roh. Paling dahsat, rasanya, mensyukuri nikmat Allah hanya kita mengerti lewat uacapan bibir bukan pada pengertian kajian fikiran buat manafaat Ummah segala.

(9) Hujan di Negara ini lebat. Hutan kita luas, biar terlalu banyak sudah dilahab oleh sagala Abu Lahab. Sungai-sungai kita banyak dan luas-luas, bahkan panjang-panjang. Apakah hubungan hujan lebat, aliran sungai-sungai dan hutan-hutan kepada hidupan laut kita? Limpahan air masin ke sungai-sungai kita menumbuhkan banyak kayu bakau dan segala hutan payau. Apa pentingnya semua ini? Dari Pulau Bangi, Sabah sehingga ke Langkawi-Tumpat, tidakkah persisir pantai kita panjang dan luas. Arus laut yang sentiasa berubah-berubah tidakkah itu memberikan maksud yang sangat luas kepada kita? Cuma, adakah kita mengerti?

(10) Negara kita kini banyak kalutnya. Kalau kita tanya kepada para Ustaz dan Ustazah kenapa jadi begini? Pasti ramai yang akan berkata, "Kita tidak ikut cara Islam". Jika kita soal lagi, "Bagaimana cara Islam?" Pasti ada yang akan menjawap, "Kita tidak ikut perintah Al Quran". Namun jika kita tanya, "Macam mana perintah Al Quran?" Pasti jawabannya, "Ikutlah sunnah Muhammad SAW" Cuba soal terus-terusan, "Macamana Sunnah Muhammad SAW jika baginda duduk di Negara seperti kita ini?" pasti akhirnya kita tahu, dia sebetulnya tidak tahu, cuma buat-buat tahu. Inilah kelemahan ketara pada kebanyakan pendidik Islam yang melingkari kita selama ini. Ini hakikat.

(11) Pokoknya, bagaimanakan caranya kita selama ini membaca Al Quran dan melihat Ayat-Ayat Allah dalam cara kita melihat industri pertanian dan pembangunan tanah kita. Saya yakin, cara kita sama saja dengan zaman Jahilliah Arab. Kita buat sendiri-sendiri. Kita pentingkan kelompok. Kita bertahan dan tetap bertahan dengan segala yang terbiasa. Kita tidak berani merobah. Kehadiran nikmat Allah sering kita perkecilkan. Kita tidak langsung mahu yakin dan bersungguh dalam mengembangkan Pertunjuk Awal dari Allah. Ilmu kita tanpa roh. Roh ilmu terlalu asing dalam hidup seharian kita. Islam amalan kita memisahkan antara roh dan kehidupan. Contohnya, dalam soal lembu, kita yakin kita tidak akan berjaya. Lembu hanyalah untuk Australia, New Zealand, Belanda, Brazil, dan Amerika. Namun, biar di Brazil, Argentina, dan Afrika Selatan yang punya banyak lembu dan biri-biri, semuanya adalah atas usaha Barat bukan anak pribumi negara-negara berkenaan. Begitu juga di New Zealand, Australia, Amerika, Kanada, dsb. Namun kita lupa, India adalah Negara yang paling banyak punya lembu. Kita juga menidakkan adanya lembu di rantau ini. Barat sepertinya adalah Tuhan kita. Kita tidak yakin pada pertunjuk Allah. Allah kita kesampingkan berbanding Barat. Mungkin, lembu kita lebih sesuai untuk gelaran buat manusia maka atas sifat lembunya kita maka menternak biarpun lembu tidak kita yakini. Sifat kita, bench mark kita seringnya adalah Barat, maka selagi kita tidak memiliki keadaan seperti Barat maka kita tidak yakin biar sekadar memelihara lembu. Barat menjadi pre-condition kepada segala kejayaan kita. Lembu mungkinnya adalah kepala dan hati kita? Mungkin sah banyak lembu di antara kita?

(12) Apa maksud Allah, bila Dia menyatakan: Aku jadikan segalanya berpasang-pasangan? Bahkan banyak lagi Ayat-Ayat Allah bercakap tentang Alam, dan bagaimana cara kita melihatnya? Sememangnya, Allah menghendaki pembaca untuk mengakui MahaKuasanya Dia, namun MahaKeberkuasaannya Dia dari sudut mana harus kita lihat? Ingatkah kita kisah seorang Badui datang ke Masjid, lalu meninggalkan untanya (?) dan membiarkan ianya tidak diikat? Muhammad SAW, menegurnya agar tali unta itu diikatkan. Namun jawab si Badui: "Saya berserah kepada Allah". Muhammad SAW kemudian tetap menyuruh dia mengikat tali unta. Apa maksudnya pengkisahan tersebut? Juga pernahkah membaca tentang kemarahan Umar Al-Khataab saat dia mendapati seorang Muslim, hanya duduk berdoa di Masjid dan tidak memperdulikan untuk mencari nafkah? Apa maksudnya? Juga ada cerita mengkisahkan Umar Al-Khataab sangat marah mereka yang punya tanah tetapi tidak mengusahakan tanah-tanah mereka? Soal saya, jika kita punya barang perhiasan, tidak kita pakai, maka zakat perlu di keluarkan bagi harta perhiasan tersebut. Jika tanah terbiar, apakah zakat tidak mesti ke atasnya? Jika, perlu di keluarkan zakat, maka apakah kias hukum ke atas harta yang tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat? Sesungguhnya terlalu banyak pertunjuk Allah terntang pengurusan ekonomi Ummah yang dinyatakan di dalam Al Quran serta dari segi pengurusan yang ditunjukkan oleh Muhammad SAW dan para sahabah terdekat baginda. Cuma, adakah kita menilai segala itu sebegitu?

(13) Apa pertunjuk Allah tentang cara Dia menguruskan Alam Semulajadi kita? Alam kita ini, ada Tropikanya. Ada Sub-Tropikanya. Ada Mediterraneannya. Ada Tundranya. Ada Savananya. Biar berbeda-beda tetap ada penghubungnya. Apa maksudnya? Bahkan mukabumi di dunia ini Allah bahagi-bahagikan, menjadi benua-benua, ada Asianya. Ada Afrikanya. Ada Amerikanya. Ada Eropahnya. Sama juga prihal lautan. Apakah kita masih belum mengerti? Biarpun sebegitu, tetap ada penghubung nya. Apa? Jika belum jelas, pada haiwan kelompok manusia, Allah menjadikan kita ada Melayunya, coklat pendek. Ada Cinanya, kuning langsat, sepet. Ada Indianya, gelap, tirus-tirus. Ada Arabnya, kelabu asap-asap, hidung bengkok-bengkok paruh helang. Ada Kulit Hitamnya, gelap, pesek-pesek. Ada Kulit Putihnya, gendut, berjangut kotor. Apa maksudnya? Biar siapapun mereka, tetap Allah adakan penghubungnya? Apa? Kelompok mamalia, haiwan berdarah hangat, ada kelompok-kelompok khususnya: manusia, primat, lembu, kerbau, kambing, badak, paus, dsb. Sudahkah kita dapat menangkap maksudnya? Terbayangkah kepada kita caranya Allah mengurus segala mahluknya? Adakah pertunjuk yang dapat kita kutip dari itu tentang bagaimana harus kita mengurus soal-soal kebajikan rakyat?

(14) Umar Al-Khataab, saat dia dapat menakluki Palestin (Rom) dan Iraq-Syiria (Farsi), maka khazanah Negara menjulang tinggi. Apa yang dia perbuat dengan khazanah tersebut? Adakah baginda membangun Istana, gedung-gedung Pentadbiran menjulang-julang, dsb? Atau beliau, kosongkan Baitul Mal dan agihkan kepada rakyat seperti di zaman awalnya Muhammad SAW dan Abu Bakar Ass-Siddique? Umar Abdul Aziz, saat dia mengambil alih jawatan khalifah, apa yang dia perbuat dengan kekayaan Negara? Yusuf AS, setelah baginda mentafsir mimpi Firaun, apa yang baginda perbuat? Para pembesar Babylonia, saat jumlah rakyat memuncak, apa yang mereka lakukan untuk memastikan segalanya kecukupan? Saat sistem azali di Nil, Euphrates-Tigris, Indus, dan Yang Tze dan bahkan di Mekong telah berubah akibat kuasa dan kekuasaan tidakkah itu akhirnya yang meranapkan semua keTemadunan Awal manusia itu? Jika semua itu, terlalu jauh dalam lipatan sejarah, maka cuba lihat kepada Mat Saman di Kedah, apa yang dia perbuat untuk menghidup suburkan rakyat tadbirannya? Mat Saman lebih dahulu perginya, Abdul Razak Husein pula bagaimana?

(15) Empayer Mughal di India, adalah serpihan dari Empayer terbesar tinggalan anak-anak Ghenghis Khan iaitu lewat Tolui dan Kublai Khan. Empayer itu hancur saat para Sultannya sudah gila monumental structures sehingga rakyat sekadar hamba, kuli-kuli sekadar cukup makan dan hidup? Bacalah, saat para pembesar sudah leka seronok bersiram air di celah kangkang dan terikat fikir dan jiwa kerananya, maka rakyat pasti jadi korban pembaziran. Itu telah terjadi pada zaman Ummayah, Abbasiah, Kordova, Ottoman, Fatimah, segala. Rakyat terkorban terus. Tidakkah sistem ekonomi kita kini sedang berasak mengajak rakyat hanya sekadar hidup? Cuba buat kajian, berapa ramai kini rakyat Malaysia yang sekadar bangun pagi pergi kerja, pulang kerja tidur, dan besok setiap hari berulang-ulang sebegitu? Berapa ramai dari rakyat kita sudah menjadi hamba tanpa mereka sadar? Kenapa?

(16) MahaBijaksana Allah. Kita tidak dapat membaca jelas. Di Tundra, Mahathir pernah ke sana. Najib mungkin hendak ikut sama. Pada suhu membeku, air jadi keras, namun tetap juga cair tetapi dingin, apa yang boleh tumbuh dan hidup darinya? Pulohan ribu di antara kita, dan Najib berulang-ulang ke Mekah dan Madinah, di padang gurun, Savanah, apa yang terjadi saat air Allah adakan di wadi-wadi, Oasis? Sebilangan kita pernah dan akan seronok berada di negara-negara hawa dingin. Bahkan sesiapa pernah ke Iskandariah, Labenon, Jordan, dsb akan pernah menikmati suasana Maditeranean. Cuma, banyak hanya seronok menghirup udara segar, dan lupa untuk memerhati tanaman dan segala haiwan di sana. Kini rakyat Malaysia sangat seronok melawat ke Kemboja, Vietnam, dan Thailand sememangnya sudah menjadi Rumah Giliran bagi sebahagian, apa yang kita perhatikan di sana? Usah dicakap lagi soal Bandung dan Surabaya. Banyak pasti tertarik bukan kerana liuk lintuk pohon kelapa, tetapi lengang lengok burung berkaki kuning kurus-kurus. Rakyat Malaysia, para pemimpin Malaysia telah menjelajah ke selurtuh pelusuk dunia, sayangnya mereka memerah kekayaan di Malaysia, namun menghabiskannya di negara lain.

(17) Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada satu sifat yang sangat agung Allah kurniakan buat kita, iaitu iri. Sifat iri menimbulkan sifat naluri ingin tahu. Pada jalan keredhaan Allah, sifat iri dan naluri ingin tahu pasti akan membuahkan ilham, cita-cita, dan keazaman berbuat bakti. Namun banyak menjadikan iri dan naluri ingin tahu bertukar kepada tamak hasad dengki khianat kerana sebegitu sebilangan akan lebih puas. Sesungguhnya jika iri dan naluri ingin tahu kita disiram baik dengan air Zam Zam atas niat berbakti kepada Allah, pasti dari keberadaan Zon-Zon Cuaca, Lautan-lautan, Kelompok-kelompok Famili Haiwan dan Tumbuhan, bahkan jika kita mendongak pada sebatang pohon besar, di atasnya ada kepelbagaian kehidupan menumpang juga parasit padanya, pasti kita akan mengerti sangat besar pertunjuk Allah untuk kita mengurus keperluan hidup kita ini.

(18) Kedah, Perlis dan Seberang Prai, cuacanya bagaimana? Yang kita gila dari dulu sampai sekarang adalah terus bertanam padi. Tidakkah kita sedar, kegilaan menanam padi menjadikan bangsa Champa hlang empayer mereka dan kini menjadi Melayu merempat hanyut di mana-mana? Tiga negeri ini, dibanjari Banjaran Titiwangsa, apa sumber ada di sana dan apa maksudnya? Adakah kita pernah memberikan rakyat dari Wilayah ini mimpi lebih indah dari sekadar Undi UMNO untuk tumbangkan PAS?. Saya yakin, biar tekak Najib sampai ruam, saya belum mendengar Syurga Kebahagian Pembangunan buat Kedah, Perlis dan Seberang Prai. Hint saya, kenapa tiga negari ini harus terus dijadikan korban kemiskinan kepada negeri-negeri lainnya? Kenapa kita tidak membangun negeri-negeri ini secara Great Valley Integrated Development. Babylon, Nil, Indus, Yang Tze boleh diwujudkan kembali di Grand Lembah Bujang ini. Begitu juga di sebelah Timur: Kelantan-Trengganu. Di Selatan: Johor-Negeri sembilan-Melaka pasti boleh membentuk Productive Region tersendiri. Pahang? Biarlah Pahang terus jadi hutan, juga terus melahirkan Perdana Menteri, mudah-mudah klon mutlak Abdul Razak Husein kembali muncul. Di Sabah, ada wilayah-wilayah tersendiri yang jelas beda micro climatenya. Begitu juga di Sarawak. Sesungguhnya kita sudah terlalu lemah dalam Regional Development Planning and Management maka kita kian buta, pekak, dan tuli terhadap kekayaan sendiri. Asyik-asyik, yang kita heboh adalah Lab. Cara perjalanan Lab saya lihat, just touching the surface; micro-treatment. Amerika Syarikat sebuah Negara Termoden di Dunia, tetap poercaya kepada Integrated Development Plan, namun kita sejak 1990an kita kian menyisih keperluan tersebut.  Cara Perancangan dan Pembangunan Abdul Razak Husein harus kita fikir kuat kembali. Orang Melayu dulu-dulu kata, Sesat dihujung jalan, kembali ke panghkal jalan. Kini kita juga kian heboh pasal corridor. Kalau diterjemah ke dalam Bahasa Iban, corridor itu adalah ruai, tempat duduk saja-saja serumah panjang, tempat lalu, tempat anak-anak bekejaran. Sebetulnya, Rumah Panjang Iban punya saikologi sindiran tajam tentang cara kita mengurus sistem ekonomi kita, jika kita mahu berfikir dan meneliti. Sesungguhnya pada sebuah Rumah Panjang, saat corridor, ruainya cantik, pasti bilik-bilik dan isi bilik-biliknya cantik-cantik. Maksud Allah menjadikan itu sebegitu pada masyarakat Iban kenapa? Kita mungkin lebih seronok melihat pelacur kelas atas: cantik di atas, robek di bawah dari meniliti banyak perkara jauh dari apa yang kita boleh lihat, dengar, dan rasa. Itulah mungkinnya gaya Capitalist Economic Management yang sedang kita lewati hebat, maka keberkatan dari Allah kian menyisish.

(19) Sesungguhnya, Melayu sangat menghormati Abdul Razak Husein, sehingga beliau tidak ada yang ingin menentang kepemimpinan beliau. Cara beliau saya yakin, adalah cara sebenar untuk memperkukuhkan Melayu. Cara beliau telah meletakkan asas bagi kekuatan Melayu sebenar, namun kni terlalu banyak telah dikepelesetkan sehingga Melayu banyak tergelincir terjengkang. Sesungguhnya, pemesongan kita dari caranya Allah dalam mengurus alam, menjadikan keadaan ekonomi kita kian kucar kacir. Allah hebat Macro PlanNya, kemudian ada Regional PlanNya, lalu ada sub-regional, seterusnya kepada detail pelbagai micro-planNya. Kita, kini sedang seronok dengan all the disjointed micro-plan itupun tanpa perincian jelas. Itulah asas kelemahan perancangan dan pengurusan bekalan makanan kita kini. Keadaan ini kian meleret kepada keperluan air, perumahan, pengangkutan, kesihatan, dsb. Bala kian menokok ke dalam sistem kita. Mungkin kerana itu Najib bersholat Hajat Tolak Bala, namun adakah itu wajar saat kita gemar beronar maka kita mengadapnya untuk jangan dihukum?

Terasi, Simunjan
23 Feb., 2014

0 comments :

Back To Top