.

1/9/13 JANGAN SIA-SIAKAN "ROH" ALLAH PADA DIRI KITA.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 02, 2013

Share

& Comment

Pertama, Allah jadikan seluruh alam sebelumnya kejadian kita. Sesungguhnya, Allah menjadikan alam ini dalam tujuh hari, dan pada hari ke enam, Allah pisahkan Bumi dari Syurga. Dari pengisahan tersebut, saya menduga pastinya ada titik percantuman Bumi dan Syurga sedikit waktu dulu. Maka terfikir dalam benak saya, untuk menulis di mana kemungkinan Bumi ini pernah bercantum dengan Syurga? Juga berasaskan pembacaan saya dari Al Quran, Hadiths serta tulisan-tulisan Islami, saya menduga, sepertinya Syurga pernah bersama Bumi di tanah Arabia. Saya membuat andaian ini berasaskan beberapa keterangan betapa di Syurga ada tamar, ada unta, ada telaga Zam-Zam, ada Telaga Nabi, ada Jabal Hud, ada Jabal Nur, ada Sungai Nil dan Euphrates, ada sungai madu, ada sungai Susu, dsb. Bahkan saat Bumi akan kiamat, bebola api akan membakar dari Yaman, menghambat semua ke Padang Mashar. Di waktu kiamat, Padang Mashar akan terhubung dengan Syurga lewat sebuah jambatan bernama Siratul Mustaqqim. Apa lagi saat di Arafah, adalah gambaran tentang sedikit suasana di Mahsar, serta Syurga adalah paling dekat dari BaitulMuqaddis dan Allah paling dekat dengan manusia adalah di Arafah pada saat Haji saban tahunnya, bilamana Dia turun ke langit paling dekat untuk menerima segala doa dan perakuan UmatNya. Juga, kita tidak boleh lupa, hanya di tanah Arabia, Allah menumpahkan kesucianNya melebihi di titik lain di Bumi kita ini. Juga di Bukit Sinai, Allah pernah "turun dan bercakap" secara langsung dengan Musa AS untuk mendidiknya tentang Islam. Bumi Arabia, itulah hipotesis saya tentang di mana titik asal pertemuan Syurga dan Bumi di waktu-waktu awal kejadian mereka.

(2) Apa perlunya kita tahu, di mana Syurga pernah bercantum dengan Bumi? Saya sepertinya sifat saya, menghayati Sejarah, Ilmu Sejarah dari Alif Lam Sadh yang saya mengerti, melihat pelayaran para datuk saya, Abdul Manan bin Abdullah, Othman, Bajeng dan Bojeng dari Palembang, Rhiau, Batawi, dan Sambas ke Tanah Melayu lalu kemudian ke Sarawak adalah atas dasar mahu memerdeka dan mendaulat kembali martabat bangsa Melayu, maka mereka pada ilmu dan keperluannya mereka sebegitulah niat dan natijah perjuangannya mereka. Saya berkira natijah semasanya kita, perjuangan kita harus lebih luas dari itu. Saya ingin membawa seluruh Umat Islam agar sayangkan Tanah Arabia yang telah melahirkan Islam dan para Nabi dan RasulNya. Kita mesti melihat perjuangan hidup kita pada fitrah Allah menjadikan segalanya untuk kita, serta menjadikan Arabia sebagai Model Pendidikan kita. Di Arabia, Allah limpahkan segala kemewahan, dalam segala kepayahan, namun kita tidak pernah menghargainya sekuatnya. Akhirnya, apa yang berlaku sifat suka menyelidik dan berfikir Yahudi dan Nasrani, menjadikan mereka mamapu memporak perandakan Arabia demi kemakmuran mereka. Di Nusantara, Melayu di mana kita?

(3) Dalam perjalanan saya ke Alor Setar pada 8 Ogos, 2013 iaitu pada Hari Lebaran pertama tahun ini, di luar jendela pesawat saya sempat merakamkan ketakjuban saya tentang pembentukan gumpalan awan seperti yang saya tunjukkan di sebelah ini. Bacalah, di dalam Al Quran ada Allah bayangkan tentang bagaimana Dia menciptakan alam dari debu, wap air membentuk jasad, tanpa payah namun mudah saja fayakun. Anih bukan. Tidak masuk akal. Bila kita terbang tinggi, bukankah kita semakin menghampiri Matahari. Tidakkah itu bermaksud suhu semakin meninggi. Sedang segalanya sebaliknya. Kenapa? Allah itu misteri. Tidak mungkin kita akan dapat mengetahui tentangNya sejitunya, namun sebegitulah Dia, lantaran itu kita Dia tetap mahu kita mempunyai ilmu lewat anugerahNya kepada kita yang lebih istimewa dari segala penciptaanNya yang lain. Perhatikan gambar ini (saya hanya ubah Brightness serta Contrastnya), pada latar back drop segumpalan awan sepertinya membentuk sebuah banjaran gunung. Di depan banjaran gunung ini, terhampar rata sepertinya sebuah Lembangan delta lalu tiba-tiba massa awan ini membuka membentuk sebuah gaung seolah-olah adalah tasik jika tidak lautan. Lalu kemudian paling dekat sekali adalah hamburan ketul-ketulan awan yang terasing. Sebagai perbandingan, lihat pula keadaannya di muka Bumi, seperti gambar di bawahnya. Jika sesiapa sering menaiki pesawat, perhatikan fenomena ini, dan saya yakin inilah sebenarnya kias jalan Allah hendak mendidik kita agar kita mengerti, jika kita sering melihat, merasa, menyentuh dan paling agung berfikir. Di Nusantara, Melayu, apakah jalan fikir dan apakah yang sering mereka fikir? SubhannaAllah.

(2) Kedua. Syukur, seorang hamba Allah, biar tidak saya kenali siapa dia, dan biarlah sebegitu selamanya agar perhubungan kami tetap neutral dan professional, menginginkan penjelasan terhadap tulisan saya terdahulu bertajuk Kenapa Aku Harus Ke Neraka Ya Tuhan? tentang rangkap ....Kamu mensia-siakan rohKu dalam diri kamu.... Saya berkira dia hanya ingin menduga, tidak sebenar-benarnya ingin tahu. Namun, sebegitulah kadang-kadangnya Allah menebarkan ilmu yang harus manusia garap dengan sempurna. Dalam tulisan berkenaan, itulah dialoq antara Tuhan dan Pak Rahmat lantaran kemarahan Tuhan terhadap betapa Pak Rahmat telah mengizinkan dirinya untuk terus miskin, tidak mahu berusaha sendiri biar untuk mendapat makanan sendiri sepertinya Nujum Pak Belalang yang terus bergantung hidup kepada anaknya yang kecil Si Belalang sedang dirinya enak tidur siang malam tidak berbuat apa-apa. Pak Rahmat akhirnya mati terbakar rentung lantaran sudah kebuluran untuk beberapa hari biarpun dia berada di Bumi di mana Allah telah merahmati segala, sepertinya Malaysia ini. Inilah sebetulnya, tumpahan kekecewaan saya tentang bangsa Melayu yang terus-terusan menghendaki ehsan tanpa berusaha sekerasnya juga kebutaan dan ketulian sebahagian yang terhargai tidak mengerti natijah sebenar rahmat Allah kepada mereka. Ungkapan tersebut, saya lahirkan betapa dalam penelitian saya dalam Bahasa Inggeris mengenai Ayat-Ayat Allah, saya ketemui ungkapan kira-kira bermaksud seperti berikut: I made him (man ie Adam AS) from dirt and dust. In seven days. In the sixth days, I left him (the statue) in the Garden for few days. He was nothing but a hollow statue, whom then I breath my breath onto him to being... atau dalam Bahasa Melayunya saya terjemahkan sebagai lebih kurang seperti bertikut: ..Aku menjadikan kamu (Manusia iaitu Adam AS) dari tanah dan debu dalam tujuh hari. Pada hari ke enam Aku biarkan kamu di TamanKu. Kamu pada waktu itu hanyalah sebuah patung yang lompang, kosong. Lalu Aku hembuskan nafasKu menjadi roh kamu.... Dalam tulisan ini, bila saya merujuk nafasKu ianya tidak sama sekali bermaksud rohKu, namun tulisan terdahulu roh dan nafasKu adalah dua perkara yang sama. Apapun, pembaca harus mahir dalam meneliti yang mana hakiki, dan yang mana sekadar bahasa penulisan. Dalam tulisan ini, roh manusia akan saya rujuk sebagai nafas Allah, kerana itulah yang saya mengerti dari terjemahan Al Quran biar dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Indonesia. Jika saya salah dan atau keliru, silalah betulkan.

(3) Seperti sebelumnya saya pernah menulis, betapa di sisi Allah, manusia itu sebetulnya tiada nilainya, sekadar tanah dan debu. Namun dari sebelum penciptaanya Allah mahukan manusia sangat berbeda serta istimewa dari mahluk-mahluk lain ciptaanNya. Cuma manusia tidak sadar, kurang berfikir tentang kenapa Allah membiarkannya hanya sekadar patung di TamanNya pada hari ke enam penciptaannya. Allah seperti menangguhkan penyempurnaan penciptaan manusianya kita. Saya merasa, inilah sebahagaian dari akibatnya, bila Umat Islam hanya melihat Aliff Lam Sadh sebagai Aliff Lam Sadh, tanpa berusaha mengurai Mysterious Code of Allah ini. Saya melihat sengaja Allah berlaku seperti itu, agar kita sadar, betapa kita sebetulnya mean nothing to Him. Pada sejarahnya kejadian kita, we are just dirt and dust tiada istimewanya. Syaitan dan Malaikat menempelak kejadian kita. Kita, sifat kita, sering lupa sejarah. Namun, Allah MahaPengasih dan MahaPenyayang, darjat, martabat kita terangkat saat Dia "memberikan" sesuatu yang sangat dekat kepadaNya kepada kita iaitu nafasNya menjadi roh kita. Tanpa nafas Allah, siapakah kita? Dari sisipan gambar patung di atas, tanpa Alah menghembuskan nafasNya menjadi roh kita, kita pasti sehingga kini tiada beda dengan patung tersebut, kaku tidak boleh berbuat apa-apa, sepertinya patung Sadam Husein dikencing oleh tentera Amerika lalu menjadi ikutan rakyatnya sendiri yang telah dia merdekakan. Lagi-lagi, sebegitulah sifat manusia, Aliff Lam Sadh, mereka tidak ingin apa lagi mengusahakan penguraian akan maksud dan pengertiannya. Saya yakin, sejarah sering kita lupakan.

(4) Dalam penciptaan lainNya, Allah tidak menjelaskan dari mana contohnya seekor cacing mendapat nyawanya. Bahkan mahluk satu sel sepertinya Euglena atau Amoeba, nyawa mereka tidak jelas di mana. Allah hanya menjelaskan, segalanya tercipta bermula dari setitis air. Apakah maksud dan kepentingan pernyataan tersebut? Segala ciptaan Allah selagi ianya bernyawa ianya boleh bergerak. Tetapi adakah itu benar? Bagaimana dengan tumbuh-tumbuhan? Apakah kerana mereka tidak boleh bergerak, maka mereka tidak bernyawa? Saya yakin, tumbuh-tumbuhan juga bernyawa, cuma mereka tidak boleh bergerak, mungkin sebab mereka tiada otak dan otot, sistem saraf sebetulnya, itu saja. Namun pada manusia, Allah menjadi lebih khusus. Nyawa manusia tidak pada mitokondria sepertinya dalam banyak kehidupan lainnya. Nyawa manusia tersemai di lubuk hatinya. Juga manusia diberikan otak, yang jauh lebih recam berbanding biar dari otak Chimpanzee, haiwan primate paling menghampiri tabii manusia. Otak manusia punya tambah nilai iaitu akal. Haiwan, apa lagi tumbuh-tumbuhan, tiada mereka berakal secara sejadinya. Akal manusia pula sangat terkait dengan naluri atau kalbu manusia. Naluri, kalbu, rasa, hati kecil manusia semuanya terkait dengan hati di mana duduknya roh manusia. Saat berkeinginan, pasti manusia mencari akal untuk mendapatkan keinginannya. Sesungguhnya, tiada siapa sehingga kini yang dapat menjelaskan secara jitu akan yang mana nyawa, yang mana roh, yang mana kalbu, yang mana rasa hati, yang mana naluri. Namun yang jelas, hati sepertinya mengawal segala biar dalam ilmu sains, otak mengawal segala. Allah menegaskan itu secara jelas di dalam Al Quran lewat firmanNya: ....di dalam tubuh manusia, ada segumpal daging (iaitu hati), jika daging itu baik maka baiklah semuannya.

(5) Allah punya 99 Asma Al Husna, nama-nama yang mulia bagiNya. Nama-nama itu adalah juga antara lainnya sifat-sifatNya. Segalanya menunjukkan betapa MahaBerkuasanya Dia. Jadi, nafas Allah yang Dia "berikan" kepada manusia, adalah atas sifatNya yang mahukan manusia juga harus mempunyai "subset sifat-sifat sepertinya". Contohnya, Allah MahaPengasih. Maka Dia mahu manusia juga harus berkasih sayang. Semua Umat Islam adalah bersaudara. Apa lagi di kalangan jiran tertangga. Itulah keperluan untuk manusia bermasyarakat. Begitu juga, Allah adalah MahaPenyayang, maka Dia mahukan manusia juga menjadi penyayang. Kita tidak boleh melakukan kerosakan di muka Bumi ini. Itu bukan fitrah kejadian kita. Kita perlu menghargai umpamanya kehijauan pokok dan berusaha memelihara keseimbanagn alam sepertinya juga Allah memelihara segala sebegitu caranya. Allah juga MahaBerilmu, Dia mahukan kita berilmu. Malah Muhammad SAW telah mengajak kita supaya menuntut ilmu sehingga ke liang lahad serta mengembara sampai ke Negara China. Tanpa ilmu, manusia pasti tidak akan mempunyai darjat yang jauh lebih tinggi dari penciptaan Allah yang lainnya, khususnya para malaikat dan syaitan. Allah dengan jelas mahukan kita meneroka segala ilmu yang tersembunyi dai balik segala ciptaanNya lalau menafaatkan ilmu itu demi kebahagian dan kemakmuran Ummah, namun adakah sebegitu sikap kita? Allah juga MahaAdil, maka Dia juga mahu kita bersikap adil. Dalam segala pertimbangan kita, kita harus menjurus kepada kesaksamaan. Jangan hanya kita beroleh segala demi diri dan kelompok, sedang, umpamanya rakyat yang bergantung harap kepada kita hanya mendapat tulang.

(6) Sesunguhnya, seluruhnya, nama-nama indah Allah adalah sebahagian dari sifat-sifatNya yang padanya kita manusia harus menjuruskan diri. Maka dengan sebab itu saya bertanggap, MahaMemulianya Allah terhadap kita, maka nafasNya, Dia dijadikan roh buat kita, nyawa kita. "Zat" diriNya, ada tertanam dalam tubuh kita. Sesungguhnya keberadaan nafas Allah dalam tubuh kita adalah hutang kita paling besar kepadanya. Nyawa kita, roh kita, adalah pinjaman nafasNya kepada kita. Setiap pinjaman harus dipulangkan dalam keadaan sebaiknya, jika boleh pada juzuk azalinya. Seringgit kita pinjam, maka seringgitlah kita pulangkan. Tidak boleh kurang. Jika lebih itu adalah amal sedekah dan sangat dialu-alukan. Maka, saya memperhitungkan, atas pertimbangan yang serupa, maka jika pijaman nafas Allah dapat kita hargai dan pulangkan seperti keadaan azalinya sebelum ianya menjadi roh atau nyawa kita, pasti Allah akan paling menghargai kita. Bagaimanakah caranya?

(7) Jasad kita adalah tanah dan debu asalnya. Namun, penciptaan Allah ke atas kita adalah sebaik-baik dan semulia-mulia penciptaan. Paling sempurna. Maka, kita mesti menghargai kemuliaan yang telah Allah anugerahkan kepada jasad kita. Bagaimana? Bayangkan sebegini. Di Hari Jadinya kita, orang yang mengasihi kita, menghadiahkan sebuah kereta idaman kita. Tidak kira apa jenis keretanya. Ianya adalah kereta idaman kita. Hadiah itu paling berharga, pastinya buat kita, jika kereta itu asalnya adalah milik kepada yang menghadiahkannya. Kereta itu paling sempurna buat kita. Maka, bagaimanakah seharusnya kita memuliakan anugerah atau pemberian tersebut? Akan memuliakankah jika kita menyampu najis pada kereta tersebut? Atau kita menyimbah darah dan nanah ke kereta tersebut? Atau kita gunakan kereta tersebut untuk pergi merompak, mencuri, membunuh orang, menipu orang, menghianati orang, dan segala sesuatu mengikut nafsu syaitan kita? Pasti tidak sebegitu caranya kita hendak menghormati ke atas anugerah atau kemuliaan yang diberikan kepada kita, melainkan jika kita buta, tuli, pekak, bodoh, bongkak, riak, takbur, hasad, dsb. Sesungguhnya pada nama-nama Allah tiada satupun yang menjurus kepada bodoh, buta, tuli, pekak, sombong, hasad, khianat, riak, takbur, dsb. Allah tidak mempunyai sifat-sifat sebegitu. Maka, kerana sifat-sifat itu tidak ada pada Allah, maka nafas Allah adalah sesuci-sucinya nafas. Maka jangnlah kita kotori nafas itu. Kita mesti menghargai nafas itu, roh kita, nyawa kita. Pendeknya, seperti kata pepatah Melayu, Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita harsu terus berbakti kepada Allah. Kita mesti menghargai nafas Allah yang menjadi roh, nyawa dan hayat kita. Kita mesti berbakti kepadaNya, menghargaiNya lewat dua amal ibadah iaitu Fardhu Ain (ibadat untuk diri sendiri) dan Fardhu Kifayah (ibadah untuk sesama umat manusia untukNya). Kita perlu berimbang dalam keduannya. Keduanya harus jalan seiringan. Tidak wajar kita asyik dalam berbuat yang satu, sedang lupa dan atau tempang akan yang lain. Kita tidak boleh menjadi Pak Rahmat (hanya pada nama), serta Tok Penghulu, Peniaga, dan Pengembala sepertinya dalam tulisan saya terdahulu Kenapa Harus Aku Ke Neraka?, melainkan kita inginkan memandu kereta hadiah Hari Jadi kita dalam air, tidak di jalan yang baik dan sempurna.

(7) Saya tidak menjangka saya telah membuat penjelasan yang tepat mengenai kita harus menghargai rohNya pada kita. Sehingga kini saya hanya mencoba, pada sedikit ilmu yang ada pada saya. InsyaAllah, saya mensasarkan dalam tahun 2020 saya akan menulis semula perkara ini untuk penilaian semua yang berminat.

Kuching, Sarawak
31 August, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

5 comments:

Anonymous said...

Hehe....makin sesat nih. Nafas Allah la pulak....bagaimana nak takwil nafas Allah kali ini. Ayat2 mutasyabihat begitu perlu guru khusus sahabat.

Anonymous said...

Sdra mengajukan agar kita tidak mensia siakan 'roh' Allah dalam diri kita dan betapa kita perlu mengambilkira nama nama Allah untuk kita perhalusi. Saya cdangkan sdra lihat Asma ul Husna yang terakhir dan muhasabah diri. Sebagai teman saya ingin melihat sdra berubah menjadi manusia yang lebih tenang dalam kehidupan seharian, simple but not easy.

Abdullah Chek Sahamat said...

Ada pendapat mengatakan terdapat lebih kurang 132,200 nama-nama Allah. Ada juga berpendapat, Allah ada 1,000 nama. Namun kebanyakan menyatakan 99 adalah zat terpenting Allah yang seharusnya kita mengerti dan hayati. Seperti yang diusul oleh pengulas, pada senarai 99 Asma ul Husna tersebut, sabar adalah tersenarai sebagai yang terakhir. Namun saya yakin zat Allah tidak tersusun mengikut urutan sebegitu. Urutan sebegitu hanyalah keperluan penulisan, tidak sekali-kali bahawa Al Sabur adalah nama terakhirnya Allah. Jika sabar adalah zat terakhir Allah, maka janganlah pula heran jika sabar adalah pribadi terakhirnya saya!



(2) Saya meminati P Ramlee. Saya menghayati Watak Lakunan Filemnya. Dalam Pendekar Bujang Lapuk sebetulnya P Ramlee dengan jelas menyindir orang Melayu tentang falsafah sabar mereka. Kebanyakan, biar dilayan seburuk manapun, tetap "sabar", biar sehingga sang rebutan hatipun dilarikan orang tetap sabar. Anakku Sazali, Penarik Beca, Ibu Mertuaku, dsb adalah penguat berterusan kepada sindiran P Ramlee. Pengulas, mungkin melihat cara saya bekerja. Dalam pekerjaan saya berpegang teguh kepada falsafah time is the essence dan itu adalah pemahaman saya tentang Wal Asri. Juga jangan lupa pesanan nenek moyang kita berbunyi bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1,000 tahun lagi. Ianya tidak bermaksud kita mesti leka, tetapi harus bersikap tangkas dan tegas. Tangkas dan tegas sering dilihat sebagai buru-buru, tidak sabar. Natijahnya, saya tidak menerima saranan sabar pada pandangan kebanyakan orang. Itu prinsip hidup saya. Saya sabar hanya pada perkara yang melibatkan hal pribadi, (dan anak-anak) saya tidak akan betah jika ianya melibatkan hak orang lain apa lagi jika saya berurusan dengan the so called educated.



(3) Dalam Bahasa Inggeris biarlah saya nyatakan sebegini: let others look great, but I don't mind to look bad as I never meant bad. Jika sesiapa pernah mendengar saya berdialoq dengan Taib Mahmud (dua kali) dan Mahathir Mohammed (sekali) saya sering menggunakan pembuka kata: I may sound rude, but I don't mean to be rude, but I don't want to be polite either. Ungkapan sebegitu bagi sebahagian adalah bongkak, ganas tetapi saya berpendirian, I stand to what I'm going to say. Saya tidak sabar untuk make my point across.



(4) Walau bagaimanapun saya dapat membaca concern pengulas, agar saya hidup lebih tenteram, jika tidak lebih mudah untuk didekati. InsyaAllah, saya tahu di mana padang, di mana bendang. Saat mencedung, harus sabarlah saya, namun saat di muka gol, haruskah saya bersabar dulu? TQ ABC

Anonymous said...

Ulasan pertama sdra membuatkan saya berkata...betul juga..cuma banyak yang perlu kita lihat dan faham melebihi 'literally meant'.

2.Sabar dalam urusan seharian dan dalam membuat keputusan ke arah pencapaian dalam hidup , terutamanya bagi orang Melayu saya lihat sebagai sesuatu yang membakar bangsa sendiri kerana saya juga mempunyai prinsip tidak sabar akan keadaan demikian.Seperti pepatah Melayu" Orang beri tahi, kita balas dengan bunga", ada masa dan ketikanya sesuai,tetapi tidak selalunya begitu.

3.You once said "I'd rather be shot saying the truth and making my stand', that i can understand.

4.Cara atau approach kita untuk mengubah dan mencorak ke arah kebaikan seharusnya lebih banyak sabar di situ. Nabi Muhammad (SAW) dalam perjuangannya memertabatkan Islam tidak kasar dalam perkataan maupun perbuatannya. Saya kira sebagai insan yang dilahirkan dalam kategori "Personality A", agak payah untuk kita sabar walaupun kita tahu di mana padang di mana bendang. Perjuangan itu sesuatu yang susah, tetapi di dalam kesusahan itu ada senang jika disandarkan atas sifat sabar.TQ

Abdullah Chek Sahamat said...

Sering, malah lumrah, bila menegur sifat dan atau prilaku manusia kini, diusulkan harus dan mungkin wajib meneladani Muhammad SAW. Contohnya, sabar, lemah lembut, berhikmah, bijaksana dsb. Biar kita berbincang secara akademik, dan rujukan saya adalah beberapa cerita di dalam Al Quran juga Sejarah Muhammad SAW itu sendiri.

(2) Prinsip yang hendak saya utarakan adalah sabar harus bertempat sesuai dengan context. Jika kita mendidik anak kecil, kita wajib bukan setakat harus sabar. Namun bila kita berurusan dengan mereka yang telah mempunyai pendidikan tinggi hasil dari perbelanjaan wang rakyat, bila mereka terus-terusan dungu, lengai, lalai, etc, apakah sabar ada maknanya?

(3) Ingat, bila kaum Noh AS terlalu ingkar kepadanya tentang jalan lurus Ilahi, dan ini termasuk isteri dan anaknya sendiri, apakah perintah Allah kepada Noh? Sabar atau biarkan mereka menerima azab?

(4) Juga, apakah hukum Allah kepada kaum Musa AS saat mereka menggantikan Allah dengan anak Lembu? Apakah Allah memerintahkan Musa As dan Harun As untuk sabar, atau Allah musnahkan mereka?

(5) Juga, apa jadi kaum Al Juburi-gay Lut AS. Apakah Allah terus-terus meminta Lut AS untuk sabar sehingga mereka itu jadi lelaki sejati? Tidakkah mereka antara kaum yang telah lenyap terus?

(6) Sesungguhnya, nabi Yunus AS adalah antara yang paling sabar. 950 tahun baginda berdakwah, tidak seorangpun mengikut ajarannya. Baginda kesal. Banginda lari lalu dikhianati. Inilah kelainannya baginda kerana Yunus AS punya umur yang sangat panjang. Selepas terlepas dari Ikan Nun, baginda Allah berikan 100,000 (?) pengikut yang setia. Pasti ini, contoh barakah sabar, tetapi samakah zaman ini dengan dulu?

(6) Berbalik kepada Muhammad SAW; mission baginda adalah Islam. Pembimbing baginda adalah Allah lewat Jibrail. Maksudnya, apapun yang baginda buat, Jibrail akan sentiasa memerhati, sehingga bila baginda menceraikan Habsah Ibni Umar Al Khatab sekalipun Jibrail tegur dan minta baginda rujuk kembali. Maka, sifat sabar adalah tuntutan asas buat baginda demi Islam. Namun dalam keadaan tertentu, juga dengan perkenan Allah, baginda "hilang sabar" umpamanya dengan sifat belot, hasad, fitnah, dsb puak Yahudi Madinah. Bagindalah yang mengharamkan puak Yahudi dari berada di Madinah dan ini diikuti oleh Umar Al Khatab khususnya.

(7) Maka sifat sabar itu tidak boleh diwenang-wenang pergunakan. Ianya harus diguna pada context yang betul. Saya, semasa saya berkhidmat, sifat dan tujuan saya jelas. Kepayahan rakyat mesti dilunasi cepat. Juga, khusus dalam membela Melayu, kita punya banyak disadvantages, maka kita tidak boleh berlengah-lengah. Kesabaran saya sering tercabar bila sesiapa bermain masa dan tidak teliti. Juga, jika benar dan betul, saya tidak punya rasa sabar kepada pengecut. Dalam context tersebut, apakah salah jika saya kurang sabar? TQ ABC

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.