.

4/2/13 RUMBIA....pilihan yang harus dambil berat (draft).

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 22, 2013

Share

& Comment


Kalau kita perhatikan benar-benar, banyak pemikir hebat dunia di zaman dulu khususnya, adalah para pencinta keindahan alam. Secara umum, manusia juga adalah pencinta alam, mungkin kerana sedar atau tidak sedar, manusia secara tabii sebetulnya memperakui asal kejadian mereka adalah dari alam (tanah). Cuma, naluri dan nafsu manusia, sebahagiannya cuba menafikan itu. Sesungguhnya, firman Allah, "..lihatlah di kelilingmu, pada alam itu, adalah tanda-tanda kebesaranKu..". Jika dilihat dari sudut 'theology', Allah sebetulnya cuba meyakinkan kita betapa Dialah Tuhan semua umat manusia, tidak lain dari itu. Namun dari sudut 'human creativity', contohnya seperti Darwin, maka muncullah tiori Evolusi yang sekilas pandang betapa alam ini terjadi adalah hasil tindakbalas sesama alam, bukan dijadikan oleh sesiapa. Bacalah sejak di zaman Temaddun Awal manusia di Nil, Euphrates-Tigris, Yang Tze, Ganges, membawa ke Firaun, Yunani (Greek), Farsi, dan Latin (Rom) asas kepada perkembangan ilmu banyak bermula dari apa yang disebut sebagai Natural Science. Muhammad SAW sendiripun adalah pencinta alam. Maka dengan sebab itulah baginda mengemukakan konsep haram memburu dan menebang pokok di Tanah Haram. Di zaman kegemilangan Islam, para ahli falsafah dan saintis Islam, banyak mulanya lalu berkembang dari Natural Science.  Sebut siapa sahaja, sehingga kepada Imam Al Ghazali, adalah Natural Scientist. Begitu juga halnya dengan kebangkitan Eropah adalah bermula dengan kegilaan para pemikirnya kepada ilmu Natural Science yang kemudian berlanjutan kepada cabang-cabang ilmu sain tulin dan gunaan lainnya. Kegilaan Barat kepada pencarian ilmu, hakikatnya atas naluri mereka untuk mendalam sebab musabab sesuatu kejadian. Mereka ingin menjelaskan segalanya dari fitrah logika manusia. Sepertinya mereka kurang yakin tentang hujah para 'theologist' mereka betapa segala sesuatu itu adalah dijadiakan oleh Tuhan. Sesungguhnya jika Newton tidak termanggu di bawah pohon epal, mungkin sehingga kini kita tidak akan pernah tercipta pesawat terbang. Juga jika Gautama tidak termenung di pohon Pagoda(?) apa mungkin adanya agama Buddha?


(2) Orang Melayu sangat hebat kecintaan mereka kepada alam. Cuma banyak kekaguman Melayu itu hanya terlahir lewat falsafah hidup, tidak terus berkembang kepada ilmu sains lainnya. Sebabnya mudah. Bagi orang Melayu, umat Islam amnya, mereka percaya betapa segala sesuatu yang sulit untuk difikir atau didalami, maka jawaban kepada segalanya adalah kerana Allah. Hujah yang sebegitulah yang sering membunuh daya kreativiti Melayu. Sehingga di kalangan kini bangsa Melayu sudah mulai menidakkan kehebatan budaya bangsa mereka sendiri. Ambil contoh tentang betapa banyak pribahasa Melayu yang berlandaskan alam, pasti kita akan sekejap terkesima tentang hebatnya pemikiran Natural Science Melayu: Berjagung-jagung dahulu, sementara padi masak; Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya; Alah bisa tegal biasa; Mencurah air di daun keladi; Diam-diam ubi berisi, diam-diam pengali berkarat; Burung terbang jangan dipipiskan lada; Tiada rotan, akarpun berguna; Pisang tidak akan berbuah dua kali; Pucuk dicinta, ulam mendatang; Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa; dsb. Namun dalam hubungan tulisan ini, ada sebuah pribahasa yang sangat mencabar wibawa Melayu iaitu Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini mengajar Melayu agar bersikap tegar dalam hidup mereka. Sabar dan yakin. Sepertinya juga usul mengenggam bara api, biar sampai padam.

(3) Sebelumnya, biarlah saya bertanya beberapa persoalan dulu. Pertama apa itu sagu? Dari mana asalnya perkataan sagu? Perjalanan panjang saya di Nusantara sedikit masa dulu, saya menemukan istilah-istilah lumpia, sak-sak, sago, rumbia, mulong, dan balau bagi menjelaskan sejenis tumbuhan bernama sagu. Di Selatan Filipina, nama Lumpia di gunakan. Di Pasifik, nama sak-sak adalah sering disebut. Sago, juga disebut sebilangan di Selatan Filipina. Rumbia digunakan di Sumatera, Tanah Melayu dan Segenting Kra. Mulong adalah terkenal di kalangan masyarakat umum Sarawak dan Sambas. Balau, khusus bagi masyarakat Melanau di Mukah-Dalat. Maka sagu adalah sebutan antarabangsa yang di asaskan dari perkataan Inggris atau Belanda, sago. Buat masyarakat umum Sarawak, sagu adalah tempung yang terhasil dari mulong atau balau. Sagu adalah hasil akhir mulong atau balau.  Bahasa Melayu baku, lebih suka menggunakan istilah rumbia dari sagu. Cuma, kerana kalangan kini kian buta huruf maka yang mana pohon, yang mana hasil mereka sudah keliru. Rumbia adalah tumbuhan tropika. Ianya adalah sekelompok keluarga palma sama seperti pinang, nipah, kelapa, dsb. Cuma beda rumbia dengan palma-palma lain, melainkan mengkabung, kedua-dua palma ini adalah suber kanji yang baik. Asal cuaca di sesebuah negeri itu adalah tropika, InsyaAllah rumbia boleh tumbuh dan didapati di sana. Ini termasuklah di Amazon, Madagascar, bahkan di Surinam. Di Nusantara,memang banyak tempat ada rumbia. Tiori mengatakan asal rumbia adalah dari kepulauan Maluku sehingga menjadi polimik antara saintis Indonesia dan Papua New Guinea. Hakikatnya, bagaimana pula rumbia boleh berada di Amazon? Allah lebih tahu jawabannya.

(3) Kedua, apa itu ruyung? Sejenis pasu? Sejenis bekas? Ruyung sebetulnya adalah kulit batang sagu. Ianya adalah serat-serat (parenkima dan skalerenkima) yang telah menebal (lignified) seperti juga kulit batang kelapa, pinang, nibung atau kelapa sawit. Secara umum, ketebalan ruyungt ini adalah sekitar 1-1.5 inci. Untuk mendapatkan sagu, dalam keadaan basah disebut sebagai lemantak atau rippo, ruyungnya perlu dibelah atau kupas. Di zaman dulu-dulu, lemantak sangat enak dibuat lempeng, atau sago pizza. Sepohon rumbia dewasa, boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Di PNG, ada spesis yang boleh mencapai sehingga ketinggian 20 meter, khususnya rumbia tunggal yang kedapatan di Pulau Bougainville. Rumbia tempatan boleh menghasilak sehingga 150 kg tepung sagu kering bagi setiap pohon yang tnggginya sekitar 10 meter. Ada kajian menunjukkan rumbia di beberapa kepulauan di Indonesia dan Papua New Guinea, boleh menghasilkan sehingga 300-400 kg tepun sepohon. Namun pemerhatian saya di sana, saya dapati saiz dan ketinggian pohon rumbia adalah jauh lebih besar dari spesis tempatan. Faktor tanah gunung berapi yag sangat subur mungkin adalah sebab utamanya.

(4) Lawatan saya ke Bougainville, sebuah dari kepulauan PNG yang sangat kaya dengan galian kerana sistem gunung berapinya yang sangat aktif, saya dapati ada satu spesis rumbia yang lain dari yang lain. Ianya tumbuh tunggal, iaitu tanpa mengeluarkan sulur (sucker) sebagaimana lain-lain spesis rumbia. SubhannaAllah, sentiasa Dia mengujudkan kelaianan dalam apa juga, dan kepentingannya, hanya kewarasan akal sajalah yang tahu akan tujuannya dan faedahnya. Sifat pembiakan rumbia ini, sama dengan sugar palm yang banyak kedapatan di Thailand, Kambodia, dan Selatan Vietnam, atau sepertinya palma-palma lain seperti kelapa dan sawit. Saiz buahnya juga hampir sama dengan buah sugar palm tidak seperti yang lainnya sebesar asam kelubi atau asam paya. Pokoknya, ianya membiak secara seksual, melalui biji, bukan biseksual (biji dan sulur) seperti yang lainnya. Sulur sagu sama saja dengan sulur pisang atau nenas. Dari segi botani, seharusnya rumbia spesis ini pasti mempunyai varieti yang pelbagai sama sepertinya kelapa ada jenis biasa, mawar, mataq, bahkan pandan. Namun kerana kesuntukan waktu serta keterbatasan ruang, saya tidak dapat meneliti lanjut akan persoalan ini. Lihat sisipan foto betapa gergasinya pohon rumbia ini, kerana tiga manusia dewasa (yang masing-masing hampir-hampir 6 kaki tinggi) yang berdiri di sampingnya masih kelihatan kecil. Di katakan rumbia spesis ini boleh menghasilkan sehingga 400-600 kg tepung sagu sepohon. Usia kematangannya dikatakan sekitar 8-12 tahun.

(5) Ada kelebihan tersendiri pada spesis jenis ini. Pertama taburan pertumbuhannya tidaklah terlalu padat iatitu mudah diuruskan jika ditanam secara perladangan. Penjarakkan mudah diuruskan berbanding dengan spesis-spesis lainnya. Tanah di mana ianya tumbuh adalah tanah gunung clay soil yang kelihatan sedikit lembab, bukan bergenangan air (kerana waktu lawatan saya adalah musim tengkujuh) dan agak kering di musim kemarau. Apa yang saya perhatikan, saliran tanahnya sangat baik. Biji-biji yang tumbuh di sekelilingnya boleh dipindahkan seperti juga anak kelapa, sawit, nipah, atau pinang. Bahkan sangat mudah kerana akar tunjangnya tidak panjang serta akar rerambut sama seperti anak pinang. Sangat berbeda dengan benih sugar palm yang berakar tunjang yang dalam serta akar rerambut yang sedikit.

(5) Tepung sagu adalah kanji tulin. Hanya sebahagian kecil adalah serat yang telah dihalusi. Penghasilan tepung kaji dari rumbia adalah sama saja kaedahnya dengan penghasilan kanji dari ubi kayu, kentang, keledek, dan jagung. Di zaman dulu (sekitar 1950an di Sarawak) juga seperti masih banyak diamalkan di PNG dan kepulau-pulauan jauh di Indonesia, penghasilan tepung sagu adalah seperti ditunjukkan di dalam sisipan foto di sebelah. Batang sagu di belah dua. Empulur (pith)nya dicangkul atau ditarah, ricih, atau parut lalu kemudian diinjak-injak dalam air untuk memerah keluar santan sagunya sama seperti cara dulu-dulu memerah santan kelapa. Hampas-hampasnya kemuduian dipisahkan. Susu sagu dibiarkan untuk seberapa ketika (2-3 hari) untuk mendapatkan mendapan tepung sagu basah (rippo) lalu kemudian dikeringkan dengan menjemur. Namun revolusi industri pemprosesan sagu di Sarawak khususnya berkembang luas sekitar 1970 dan seterusnya permodenan yang sangat berkesan berlaku di awal 1980an bila mana beberapa hibrid pemprosesan antara pengilangan papan lapis, pemerahan mintak sawit, dan pengisaran kentang atau ubi keledek di gabungkan membentuk kilang-kilang sagu yang agak ekonomikal seperytinya yang wujud sehingga ke hari ini.  Secara mekanikal, penghasilan tepung sagu amatlah mudah. Dalam sekitar 30 minit dari mulanya batang-batang sagu yang dipotong sepanjang satu meter, tepung sagu akan siap sudah dipackage. Secara umum, penghasilan tepung sagu adalah melalui proses kisaran, pemecahan hidrolik, saringan, lalu pengeringan. Kadar perahan tepung sagu (mungkin boleh disebut Sago Extraction Rate SER) adalah dalam julat 20-25 peratus dari berat basah keseluruhan batangnya. Ini menghampiri Oil Extraction Rate (OER) sawit.

(6) Sagu rumbia, sifatnya hampir sama dengan tepung-tepung kanji lainnya, melainkan dari beberapa segi tertentu. Maka kegunaannya hampir-hampir serupa seperti dalam pembuatan kuih-muih, mee, gula terurai atau 'modified starch' dan etahnol atau methanol. Penapaian lanjutan hasil sisa serat sagu boleh menghasilkan pelbagai kegunaan lain seperti makanan haiwan, baja organik dan bahan-bahan pelekat.


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt ilmiah

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.