.

14/12/11 ISLAM SEPARUH BUTA

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 26, 2011

Share

& Comment


(Lapindo, Mojokerto, Surabaya. Mereka Melayu (Jawa). Mereka Terpinggir. Mereka lapar. Mereka payah. Mereka gelisah. Mereka marah. Mereka Muslim. Kenapa jadi begini?)

There must be circles that Muhammad SAW had created, that made those immediate Khalifahs after him were able to glorify Islam to its height. Unfortunately, the colonial West had made probably the Muslim scholars narrowed their outlook and approach toward the real Islam Way of Life. Islamic ulamas, probably due to certain circumstances had shied away from the true Islamic course, and that sustained for too long that now probably had turned into accepted norms, by most, but wonder by people like me. Biarlah saya bersama pembaca, mengembara meneliti kekhilafan kita ini.


(2) Kita seharusnya masih ingat, dalam matapelajaran Tawarikh Tingkatan Lima di tahun 1970an, bagaimana Baghdad suatu ketika telah di serang oleh puak Monghul sehingga segala buku dan kitab yang terkumpul dan ditulis di zaman Abassiah telah dibakar dan dihumban ke Laut Merah sehingga air laut itu bertukar menjadi hitam pekat. Biar nukilan ini tampak sebagai kelampuan namun, ianya tetap mengambarkan betapa di zaman Abassiah, penyelidikan dan penulisan telah berlaku dengan hebat. Begitu juga bila Andalas, Sepanyol ditadbir oleh puak Islam Moroko, kebangkitan wilayah itu menjadi sebuah kuasa besar di Barat juga ada kaitan dengan sikap menyelidik dan menulis yang dikembangkan oleh para pemimpin Islam di situ ketika itu.

(3) Cuma, kenapa, jika Baghdad dan Andalusia telah begitu gah, kemudian hancur oleh kuasa yang kecil ie Moghul dan Perancis. Kedua-dua kuasa ini, sebetulnya tidaklah sehebat Baghdad dan Andalusia pada masa itu.

(4) Secara cetek, ada yang berkata: "Itulah akibatnya, bila kita tidak berpegang teguh pada tali Allah, ie Islam". Paling sinis, ada yang berkata: "Kembalilah kepada Islam". Orang Melayu, ada pepatahnya tersendiri yang menjurus kepada seruan serupa:"Jika tersesat, kembalilah ke pangkal jalan". Cuma, adakah kita berusaha gigih mencari dan menebar pengertian sebenar atas seruan ini. Tidakkah penyeru-penyeru ini hanya bersikap sebagai burung tiong, berulang-ulang menyatakannya tanpa mengerti apa maksud dan keperluan sebenarnya.

(5) Malam ini saya makan bersama teman sesekolah dulu di Kuala Krai, Kelantan, Ashaari, Dr. Dia sekarang adalah seorang Pakar Jantung di HUKL. Istimewanya, dia mendapat khabar bahawa saya akan ke Kelantan pada semalam, lantas dia bergegas dari Kuala Lumpur untuk dapat bersama sambil melawat sanak saudara di Kuala Krai. Dia juga bersama sahabat lain, Pok Yi, Shukri sanggup datang biar lewat malam dari Kuala Krai sejauh lebih kurang 80 KM dari Kota Bharu. Kami telah tidak pernah ketemu sejak dari tahun 1975. Selain mengimbau masa lalu, maka kamipun merenung kembali akan nasib teman-teman di Kelas E,F dan G dahulu. Dalam kelas-kelas tersebut, sebetulnya terlalu banyak biarpun telah mencapai ke tahap Tingkatan Tiga, masih belum tahu menulis dan membaca dengan baik. Pendeknya, mereka kebutaan di siang hari. Selepas tamat Tingkatan Tiga, kerana gagal SRP, banyak yang memasuki Sekolah Pondok. Pasti, kita dapat mengagak, bila dewasa, mereka ini akhirnya keluar menjadi guru Al Quran dan ada yang maju terus menjadi Ustaz dan Ustazah. Inilah mereka yang saya kira kini adalah pada kedudukan prime life and position. Keadaan sebetulnya menjadikan mereka hanya terdidik dalam separuh celek, mereka tahu membaca Al Quran, namun mereka tidak mengerti menghurai inti-pati Al Quran dari ilmu separuh celek yang mereka perolehi. Inilah golongan yang sekian lama telah kita sandarkan untuk mendidik kita tentang isi sebenar Al Quran. Kita telah terlalu lama dididik dan dibimbing oleh mereka yang separuh celek ini. Keadaan menjadikan kita sebegitu.


(6) Kerana kita terdidik oleh mereka yang separuh celek pastinya, tidak semua didikan itu dapat kita jerapi, akhirnya apa yang ada pada kita dewasa ini adalah tiga suku buta. Akibatnya, Islam dan Al Quran yang kita fahami, sebetulnya kita paling hebatpun hanya suku saja yang kita mengerti akibat tiga suku lagi kita sebetulnya masih buta. Jenaka orang Minang kata:"Mano sodapnyo masuk suku yo!"

(7) Bila kita menyadari perkara ini, maka berkatalah sebahagian dari kita:"Kita mesti bangunkan sistem pendidikan Islam". Kita harus galakkan anak-anak kita belajar di Pondok, Madarasah dan Pesantren. Di Pattani, kerana mencontohi sistem pembinaan pribadi Buddha, maka terbangun sekolah-sekolah Islam, Pondok. Begitu juga, seawalnya bila mengembangkan Islam di rantau Nusantara, para mubaligh Islam Arab dan India, membentuk kelompok-kelompok mulanya mengaji Al Quran dan segala rukun-rukun Islam lalu berkembang menjadi institusi Pondok, Madrasah dan Pesantren. Sebegitulah, tradisi, berulang-ulang tanpa perubahan. Sebabnya? Institusi Ilmu di Baghad, Kardoba Andalusia dan bahkan di Bukhara sudah runtuh. Hasil-hasil penyelidikan para ilmuan Islam masa lalu sudah terbakar, terkubur musnah. Kita sudah kehilangan sumber rujukan. Yang tinggal utuh adalah Al Quran.

(8) Sistem pendidikan penjajah yang kita terima dan ikuti selama ini, telah memisahkan kita menjauh dari tuntutan sebenar pendidikan Islam. Kita kerana kemelut politik sempit dan bodoh, menjadi bacul untuk terus berevolusi dalam nencari bagaimana rupa sistem pendidikan Islam sebenar. Semuanya kerana, kita kian kalut dengan tembolok dan nafsu setan menghantu yang tidak insaf tentang kemungkinan kemusnahan ummah sebagaimana kesilapan Baghdad dan Kardova di masa silam. Saya berani berkata, kedua-dua UMNO dan PAS adalah dua institusi kurap yang sudah lupa jalan asal mereka. Kedua-duanya sudah kurap kerana politik tembolok yang tidak pernah mahu kenyang dan sedar. Dan kita ummat Islam, khususnya Melayu terus membenarkan lakunan ini. Apakah kita hanya mahu sedar, bila ketulahan sudah membantai kita?

(8) Biarpun di Mesir terbangun Universiti Al Azhar, namun, graduan lepasan dari sini masih banyak bersifat theologist. Banyak juga negara-negara Islam telah mulai membentuk Universiti-universiti dan bahkan Kolej-kolej Islam, namum, pemberat theology masih membatas tentang Totality Islamic Course garduan-graduan lepasan insitusi-institusi ini. Kita sebetulnya masih meraba-raba Islam bagai si buta di jalan lepas. Ilmu keIslaman kita masih bersifat separuh celek. Kita masih paling hebatpun masih di tahap separuh buta tentang Totality Islam, dan sememangnya terlalu banyak terus buta dan membuta.

(9) Nyawa (roh) dan jasad Islam belum bersatu penuh pada mana-mana kelompok atau individu muslimin dewasa ini. Di Malaysia, kita ada tadika Islam, kita ada Kolej Islam, kita ada Universiti Islam, kita ada Bank Islam, kita ada Jabatan Agama Islam, kita ada NGO Islam, namun jambatan serta jalan-jalan penghubung segala ini masih rapuh dan goyah sehingga kini kita masih jauh dari dapat melahirkan Muslim Professional. Saya berkeyakinan, jika kita mampu melahirkan profesional Muslim maka barulah Islam sebagi Adeen itu dapat kita zahirkan. Untuk itu kita mesti perbetulkan sistem yang menjurus kepada Islam separuh buta yang sedang kita asakan kepada umat kita ini.

(10) Kita mesti sanggup berevolusi. Evolusi kita mesti evolusi pantas. Ingat, Al Quran tidak lahir dalam sekelip mata. Janin tidak keluar terus merangkak disaat usai persetubuhan! Syurga dan cakrawala tidak Allah jadikan dalam sekelip mata. Namun, tidaklah pula semua kejadian ini Allah lambat-lambatkan. Semuanya ada msitri yang wajib kita dongkel dan terapkan. Kita mesti berevolusi dengan berani, tidak takut hanya kerana kepentingan hendak menang piliharaya. UMNO berkata, berjuang demi bangsa, PAS kata demi Islam. Apa ertinya Melayu tanpa Islam? Apa ertinya Islam tanpa ummah? Apa akibatnya, Islam tetapi papa kedana, resah goyah? Celeklah. Insaflah. Bangkitlah semua.

(11) "Guano wea, mikir banyok. Kecek banyok. Ngato banyok. Kirjo, kure. Parok wea. Punoh kita lagu ni gak!"

Kota Bharu, Kelantan
26 Dec., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.