.

31/9/11 GURAMI DAN JASMINE

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 25, 2011

Share

& Comment



Pagi ini saya agak kesasar: terbabas dalam menghadapiNya. Mungkin kerana sudah terlalu lama ngak pulang ke kampung dan dapat santai menikmati haruman semerbak kembang yang segar dan alam hijau, maka tidur saya jadi terlalu lena, saat saja Mind Warrior: Strategies For Total Mental Domination terlepas dari dada. Kebetulan, semalam juga saya kelelahan menampal dinding rumah dan segala kamar dengan lukisan kanvas tentang kehidupan silam, yang suatu hari nanti pasti ngak akan kita ketemui lagi. Saya cuba memperingatkan siapapun yang menduduki rumah ini nanti, betapa payah itu akan tetap ada, cuma coraknya pasti berbeda. Kehadiran kepayahan itu pasti cepat menerpa jika kita lupa dan lalai tentang betapa apapun pada kita, pasti ada hak yang lainnya.

(2) Usai mampir kehadapanNya dalam ringan-ringan, saya mengempani: memberi makan ikan ternak saya dalam kolam. Saya punya keinginan mahu menjadi penternak dan pembiak (breeder) ikan gurami: kaloi.Jika mahu tahu rupanya ikan kaloi, mungkin bagus kalau pembaca dapat menonton cerita Melayu lama: Bawang Putih, Bawang Merah lakunan Latifah Omar kalau tak silapnya.

(2) Saat ikan-ikan itu berebutan makanan, seperti terbayang wajah Jasmine, anak kecil milik sebuah keluarga kecil dan miskin yang saya temui di Phnom Penh di awal bulan ini. Jasmine, kerana kemiskinan, maka dia makan sekadarnya sahaja. Saya berkira, kerana kemiskinan juga, maka ibunya saat mengandung pasti tidak kecukupan makanan. Akibatnya, kini Jasmine menjadi terlalu comel halus kelingking, tidak lalu makan dan sering lesu. Saya cuba membantu, namun kerana Kambodia juga adalah sebuah negara miskin, maka tidak banyak yang dapat diusahakan dalam waktu pertemuan yang sangat singkat itu.

(3) Saya cuba mengirim Multi-Vitamin dan keperluan nutrient lainnya untuk Jasmine. Sepertinya, terlalu banyak sangat halangan. POS Malaysia engan membantu. Saya minta agar diusahakan dengan Courier Service, namun chargenya menghantu tinggi. Bayangkan harga multi-vitamin hanya sekitar RM25.00 sebotol untuk 60 kapsul, sedang kos menghantar dua botol sudah menjangkau RM250.00. Saya belum pasti samaada saya boleh menghantar supplementary nutrient berkenaan kepada Jasmine.

(4) Sambil mengempani gurami hati saya menjadi sedih. Jasmine seperti hadir dalam perebutan kaloi untuk menangkap makanan. Kaloi dapat saya empani sedang Jasmine anak miskin, yang sedang payah, hanya dapat saya bayangkan. Inilah aturan dunia, mengikat segala kaki dan tangan kita untuk membantu yang memerlukan. Anih dan bodoh!

(5) Di Jawa, gurami adalah ikan istimewa: specialty. Mungkin sama istimewanya dengan terubok, cuma bedanya, kaloi adalah ikan air tawar sedang terubok adalah ikan air masin. Selalunya, di sana, di Jawa, gurami di belah dua, lalu di goreng garing, saya tidak pasti sama ada deep fry atau apa, cuma ianya digoreng secara istimewa, bla masak ianya kelihatan mengelengkong, lalu dimakan bersama sambal cili padi yang digauli dengan beberapa rempahan lain. Olahan masak sebegitu, saya kira adalah jalan bagi menghilangan hamis atau hanyir rasa kolam ika tersebut. Di Kuching, kadang-kadang kita boleh dapat gurami goreng di Restauran Gamelan di Jalan Simpang Tiga, di belakang Bangunan Koperkasa. Saya sering ke sana untuk menikmati makanan Manado dan Jawa.

(6) Mungkin teman-teman yang punya tanah yang agak luas samada di kampung atau kota, keliling rumah bisa dibina kolam dari simen atau tanah sahaja, dan di kelilingnya ditanami segala macam kembangan dan kangkung. Kaloi sangat suka makan kangkung. Sisa nasi makanan kita juga boleh ditabur untuk makanan kaloi. Mulutnya yang agak muncung membolehkannya grazing. Letak saja bungkah-bungkah batu di dalam kolam seolah-olah kita membina lubuk-lubuk tiruan atau gua-gua kecil. Kaloi pasti akan mengumpul sisa gentian kangkung untuk dibuat sarang. Di sanalah nanti ianya menetaskan anak-anaknya. Saya bukan Zoologist, maka agak kurang mengerti tabiat kaloi, namun pemerhatian awal saya sebegitulah tabiatnya. Sebetulnya, di dalam tiga buah kolam yang saya ada, sebuah darinya seperti sudah agak sebati untuk pembiakan kaloi.

(7) Memberi makan ikan-ikan ternakan di awal pagi juga lewat petang (sore), memang seronok. Cuma, saat kita enak memberi makan ikan ternakan kita, saat kegembiraan itu haruslah kita layarkan kepada mereka yang susah dan payah, tidak seistimewa kaloi yang kita pelihara.

(8) Mungkin kalian yang membaca punya jalan agar saya dapat membantu Jasmine dengan segala keperluan obatan dan supplementary nutrientnya dengan jalan yang lebih mudah dan agak berpatutan. Saya mengirim buku-bulu dari Vientien, Laos pulang ke Malaysia sekitar 40 Kg, perbelanjaannya cuma sekitar U$100.00, ini, ubatan hanya seberat 0.25Kg, nilainya RM250.00 atau U$80.00. Saya kaget dan amat berasa anih! Saya benar-benar rasa bersalah, kerana sudah banyak anak-anak miskin diperantauan yang saya temui, saya hanya ingat wajah mereka lewat rakaman kamera, kini, pada Jasmine, saya mahu di membesar sebagi Muslimin yang suatu hari nanti akan berdiri membela bangsanya yang telah tersiksa teranyiaya.

Terasi, Pendam, Simunjan
25 Sept., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum .


gurami dan jasmine , munirah dan kasihnya....

Seorang anak kecil yang comel tapi tidak sihat .
Seorang anak kecil ditinggal ayah dan ibu penuh kasih .

Kedua kisah ini sering ada di layaran TV , pasti kita semua pernah mengikutinya .
Namun , kedua kisah ini bukanlah sinatron / drama . Sebaliknya ia adalah
sebuah kisah hidup dan kehidupan .
Sesiapa yang pernah melaluinya akan dapat merasakan tentang hidup . Tapi ,
mereka yang tidak pernah melaluinya hanyalah satu cerita dalam sebuah
lakun - layar .

Saya berfikir seketika ...
Mungkin ada kalangan pembaca yang akan terbuka hati dan fikirannya untuk
kedua anak ini , ....melalui bank acc no . eg . atau mungkinkah ada caranya
untuk membantu keduanya....

Mudah - mudahan Allah memberikan kekuatan untuk keduanya , doa saya juga Allah akan
melimpahruahkan rezeki kepada mereka yang memberi .
Salam Ramadhan 1436 H untuk semua pembaca , Wassalam , TQ .

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.