.

12/4/11 BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUP...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 22, 2011

Share

& Comment


Semasa kecil, tidak pasti di tahap kapannya, makcik saya berkata bahawa saya bila ditanya ibu, apa mungkin jadinya saya bila besar nanti, diperkatakan bahawa jawaban saya adalah: "Mahu jadi DO". Pastinya saat itu, saya tidak mengerti apa dan siapa itu DO; District Officer, Pegawai Daerah.Andaian saya, mungkin kerana kebangaan masyarakat masa itu terhadap DO Amin Satem (Datuk), yang beristerikankan 'mem'. Saya tidak pasti. Cuma, bila saya mengingat kembali, sekurang-kurangnya, saya punya impian (bukan mimpi), yang kemudiannya menjadi cita-cita, dan akhirnya keazaman.

(2) Tadi malam saya membaca buku: History of Islam, tulisan Prof. Masudul Hassan terbitan Adam Publisher & Distribution, New Delhi, India. Buku ini terbit dalam dua Jilid, dan ianya mengisahkan penceritaan sejarah ketemadunan manusia sejak 5000BC sehinggalah kepada zaman kegemilangan dan keruntuhan empayer Islam selepas Muhammad SAW.

(3) Dalam awalan pembacaan saya, betapa saya agak kaget melihat pernyataan bahawa kematian Muhammmad SAW adalah akibat keracunan makanan angkara hidangan oleh segolongan kaum Yahudi yang bersikap berpura-pura baik terhadap beliau dan masyarakat Islam awalannya (ms 70: Though the Holy Prophet restrained his hand after taking a few morsels, the little of food that he had taken did its works in slow stages and the death of the Holy Phrophet four years later was attributed to the effect of the poisonous food taken at Khyber)

(4) Juga betapa kehebatan Muhammad SAW khususnya sebagai Manusia, Pedagang, Pendakwah, dan Pemimpin adalah atas jalanan hidup beliau seawal lahirnya, di mana, sebaik saja lahir terus dipisahkan dari ibunya Aminah, lalu disusui dan dibesarkan oleh Perempuan Badwi yang miskin di pedalaman padang pasir gersang-membakar, sehingga beliau seumuran lima tahun. Di sana, Muhammad melalui hidup penuh payah dalam kemiskinan dan kegersangan yang sangat mencabar sebagai seorang pengembala.

(6) Lalu kemudian, seumuran sekitar enam tahun, beliau kembali kepangkuan ibu, lalu mereka melawat pusara bapanya Abdullah di Yatrib, dan sang ibu kerana derita yang teramat sangat kehilangan suaminya, lalu beliau mati sebelum sempat kembali ke Mekah. Laluan hidup Muhammad sehingga dia mencapai ke usia 25 tahun bukanlah cerita indah dan enak. Segalanya penuh kepayahan dan sengsara serta sangat mencabar. Namun, kerana sifatnya yang sangat peduli akan masyarakatnya, maka Allah terus saja membantu beliau menjadi manusia agung kemudiannya.

(7) Buku ini, saya kira amat menarik, biarpun belum habis saya membacanya, kerana, di sini, banyak tercerita sifat-sifat asas bukan sahaja Muhammad SAW bahkan mereka yang besar selepasnya termasuk segala Khalifah, pahlawan, cendikiawan, dan pembesar-pembesar Islam lainnya selepas beliau.

(8) Amat menarik, dalam buku ini, tercatat penceritaan akan perkara-perkara bukan rohaniah yang terbuat dan menjadi amalan khususnya Abu Bakar, Othman Affan, dan Umar Al Khatab terutamnya berkait dalam soal Pembangunan, Kewangan, dan Pentadbiran. Malangnya, sangat sedikit kita ummat Islam dapat mengkaji perlaksanaan dasar-dasar Pembangunan, Kewangan dan Pentadbiran mereka ini, dan seringnya kita hanya dimuntahi dengan perkara-perkara 'rohani' semata-mata. Maka wajarlah kita sangat keterbelakang dalam banyak perkara, kerana Islam yang kita mengerti, adalah Islam yang tidak sempurna!

(9) Saya sebetulnya selepas Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April, yang lepas, saya agak tersentuh melihat gelagat Melayu di saat dan sebaik sahaja selepas pilihanraya. Bila Taib, biarpun saya kira dia banyak 'kelemahannya', namun sangat berjasa dalam membuka pemikiran orang Melayu Sarawak khususnya, tetapi telah dibelasah secara pribadi seakan-akan dia tidak punya jasa dan terlalu kotor, dan anih, tidak ada 'juara Melayu' yang sanggup bangun membela 'pemimpin Melayu' yang begitu dihina. Saya melihat banyak kepura-puraan pada mereka yang selama ini menempek 'Hidup Melayu; Hidup PBB'. Inilah, kiasan cerita peracunan Muhammad oleh Yahudi Khyber, bila mereka pura-pura berdamai dengan beliau!

(10) Kini, alangkah sedihnya, khususnya kita orang Melayu Sarawak, bila kita membaca, bahkan mendengar kalangan di Malaya (tangan luar), begitu 'terbawa-bawa' kebencian mereka terhadap Taib Mahmud. Secara sindiran dan juga terangan mereka mahukan Taib turun secepat mungkin? Saya bersoal diri? Siapakah mereka ini? Tidakkah mereka ini terdahulunya yang telah menyebabkan UMNO/BN kalah teruk di Malaya? Jika alasannya, jika Taib terus memimpin Sarawak, maka BN akan tumbang di Sarawak dalam PRU13, maka kenapa mereka ini tidak mengajukan pertanyaan yang sama kepada diri mereka sendiri? Kenapa mereka sendiri masih terhegeh-hegeh berada dalam UMNO/BN, ada yang kata nak berhenti, tetapi kenapa harus tunggu lama-lama?

(11) Saya amat khuatir, khususnya melihat sikap segelintir di dalam UMNO/BN yang beria-ia mahukan Taib turun secepat mungkin. Saya masih ingat, betapa sebelum Najib jadi PM, sebahagian dari mereka ini keliling negara seolah-olah merekalah PM. Mereka melobi, dan ada ketikanya memaksa, agar Projek-projek besar Kerajaan diberikan terus kepada mereka. Di Sarawak, sifat mereka itu juga terserlah. Taib, telah berusaha keras memagar Negeri ini dari gelojoh mereka ini. Tidak hairan, kini, saya berhitung, mereka ingin membalas dendam.

(12) Dalam PRU10 Sarawak yang lepas, sebahagain dari mereka ini datang ke sini. Mereka terkejar kesana kemari di mana Najib, Muhhyiddin, dan Taib berada. Mereka bersikap agressif, pada hemat saya bukan sebenarnya untuk memenangi PRU10 Sarawak, tetapi agar mereka kelihatan oleh Najib, Muhhyiddin dan Taib! Melayu Sarawak, sikap kita selalunya 'reserved'. Kita tidak gemar sikap menyerang biar dari mana sekalipun. Isu yang mereka bawa, adalah masalah mereka sendiri di Malaya, sedang isu pokok orang Sarawak tengelam dalam cerita-cerita bodoh, lucah, dengki dan khianat mereka sendiri.

(13) Maka, tadi malam saya tersandar tersentuh, apakah langkah selanjutnya? Nama-nama seperti Ali Abi Thalib, Sayyidina Hamzah, Zaid Haritha, Sayiidina Khalid Al-Waleed, dsb sudah tidak kita ketahui.Semangat mereka juga sudah mati. Kemanakah kita? Siapakah kita? Bagaimanakah kita?

(14) Syukur pada malam 15 April, 2011, Taib, Mahathir Muhammad, Muhhyiddin Yassin dan Abang Zohari secara bersama telah melancarkan Darul Hana, Projek pembangunan semula 13 buah perkampungan Melayu asal dan 'estingan' di Tebing Utara Sungai Sarawak. Saya bersama rakan-rakan telah berbulan-bulan bekerja keras dalam merangka Konsep Asas Projek ini. Kebetulan juga beberapa hari dahulu, saya menghabiskan sedikit masa di Gedung Buku di Kuala Lumpur dan membelek-belek Sejarah Pembinaan Madinah dan Mekah. Sekembali ke Kuching, dan semalam saya dapat berjumpa dengan para Ahli Jawatankuasa Madrasah Kg. Pulo (sebahagian dari 13 perkampungan yang terlibat dalam Darul Hana).

(15) Syukur, dalam perbincangan tersebut tercetus satu pemikiran, betapa Darul Hana itu akan berpaksi kepada Konsep Asas Pembangunan Madinah oleh Muhammad SAW. Saya berkira, Masjid akan menjadi Paksinya. Masjid ini pula, peranannya mestilah menjadi Pusat Kemasyarakatan. Madrasah Kg. Pulo akan diolah menjadi sebahagian dari Masjid ini sehingga, di sinilah nantinya kejaran ilmuan akan terjana. Capaian Madrasah ini, saya bayangkan akan menjangkau keluar dari Darul Hana, menerobos ke luar-luar bandar, menjamah orang-orang Melayu yang terpinggir di luar sana. Saya juga berkira, kerana Muhammad, Abu Bakar, Umar dan Othman adalah tokoh-tokoh besar pedagang, wajarlah unsur-unsur dagang disepadukan dengan pembinaan Masjid dan Madrasah ini.

(16) Jika, Ali Abi Thalib, Sayyidina Hamzah, Zaid Haritha, Khalid al-Waleed dan kemudiannya Abu Suffian adalah pahlawan perang Islam yang sangat berjasa. Maka, tidakkah mungkin Darul Hana menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Melayu yang waja. Kita perlukan mereka menjadi 'pahlawan' yang hebatnya mungkin agak lain dari ketokohan para Sayyidina ini. Watak-watak Iqbal, Bukhari, Ibnu Khaldum, Ibnu Sina, Ibnu Battutha dsb adalah perlu kita jana dari Darul Hana ini.

(17) Mudah-mudahan, berkat harapan semua Muslimin di negeri ini, serta sikap kita yang tidak gopoh, dengan sokongan kuat Najib dan Taib, saya ingin mengejar impian membangun 'Medan Makmur' atau mungkin "Al-Nur Square' di dalam Darul Hana di mana: Kerohanian, Keilmuan, Perdagangan, Kemasyarakatan, Sejarah-Budaya-Riadah, dan Maritim akan menjadi tunjang asasnya. .

(19) Pesasan orang tua-tua (dulu) yang berbunyi: Biduk (Tongkang) lalu, kiambang bertaup, perlu kita hayati. PRU10 Sarawak serta kehadiran segelintir dari mereka dari Malaya pada saat itu, adalah Biduk yang lalu. Sedang Kiambang (tumbuhan laut terapung) adalah kita. Kehadiran mereka, laluan ganas mereka, kini perlu menjadi jalanan penyatuan sebenar kita. Biar PBB menang 35 kerusi, itu baru kemenangan semntara. bagaimanakah kita perlu menang sekekalnya?

(20) Najib dan Muhhyiddin, kita ucapkan terima kasih atas kesungguhhan dan kerja keras mereka dalam PRU10. Kehadiran mereka setidak-tidaknya mendidik mereka betapa mereka adalah PM dan TPM Malaysia, dan diterima sebagai PM dan TPM Malaysia, bukan PM dan TPM Malaya!

(21) Happy Good Friday to all Chritian. Have great break and retreat for all Sarawakians. Let us clean up, back to our normal life, and personally I would like to congratulate DBKU and DBKS for their immediate clean up of those dirty-damaging posters and all those elements that had torn us apart from the 6-15 April, 2011. Let keep sarawak clean, let keep our united-harmony life.

Matang Jaya, Kuching
22 April, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Ahmad Adib Awang said...

baru tadi cousin aku dari semenanjung bercakap pasal pemerintahan Taib Mahmud yang cenderung kepada menggunakan sistem kapitalis..mengatakan Taib Mahmud menghalang kekayaan daripada orang melayu..n the only thing I still remember what he said to me was orang Sarawak kalau nak boleh goyang kaki tak perlu kerja apa3 jika Taib tidak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri..kalau aku nak tanya nampak sangat aku bodoh sejarah n isu dalam sarawak..haha3!! but terpikir jugak aku,kalau betul dia nak tolong bangsa dia sendiri(melanau),kenapa pulak dekat mukah especially masih kurang bangun right?? n also ada sumber yang xberapa nak sahih ni kata Taib takut orang melayu bangun..kalau bangun dia hancur..why?? how about chinese?? soalan yang aku sendiri tak tau nak tanya kat siapa..
Maybe I need to read a lot dan menilai sendiri mana baik buruk pendapat yang diberikan oleh orang sekeliling..
By the way this is the first time I visit this blog..sebenanya aku saja3 nak search kat internet nama datuk aku..Datuk Amin Satem..last3 landing kat sini..hehehe3..

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.