.

2/1/11 P RAMLEE DAN HANG NADIM....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 02, 2011

Share

& Comment

(Apa yang tampak: Terong Belada (Buah Cinta) atau....?)

Malam tadi sedang saya membaca, saya membuka History Channel. Dokumentari yang tersiar adalah tentang riwayat hidup Seniman P. Ramlee. Separuh awal dokumentari berkenaan adalah riwayat tentang kejayaan beliau dengan kemuncaknya penerbitan filem bersiri Bujang Lapuk di Studio Shaw Brothers di Singapura. Melalui semua Filem beliau yang diterbitkan di Singapura, maka beliau banyak meraih anugerah Filem Antarabangsa.

(2) Nasib tidak sentiasa menyebelahi beliau. Saat dia sedang berada di luar negara menjunjung 'penghormatan', sekembali ke Singapura, berlaku pemogokan di kalangan tenaga kerja perfileman Shaw Brothers. Mereka menuntut gaji dan 'overtime' lebih. Permintaan mereka tidak dipedulikan. P Ramlee kerana sayang dan cintanya kepada perfileman terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai pengeluaran filemnya kemudiannya.

(3) Namun keadaan menjadi semakin tidak tenteram. Permogokan berterusan. Kesatuan sekerja mulai campur tangan. Lee Kuan Yew mulai menghidu telatah orang Melayu, dan terus mengarahkan Shaw Brothers di tutup.

(4) Saya yakin, sikap Lee Kuan Yew bukanlah kerana beliau tidak sukakan pemogokan dan pergerakan kesatuan pekerja yang terdorong oleh fahaman komunisma yang tidak beliau sukakan, namun, perfileman P Ramlee adalah watak-watak pembangkit kesadaran kepada orang Melayu yang juga saya kira tidak beliau gemarkan.

(5) Di riwayatkan, P Ramlee dapat tawaran dari Studio Merdeka di Kuala Lumpur, dengan seribu janji "bumi dan langit". Di Kuala Lumpur bermulah pembikinan filem bersiri Do Re Mi sebagai lanjutan kepada Bujang Lapuk di Singapura. Shaw Brothers kemudian mengambilalih Merdeka Studio. Saat ini perfileman dan muzik Barat: Rock and Blues mulai menular ke Tanah Melayu. P Ramlee tetap mahu bertahan dengan caranya tradisinya. Kepopulerannya kian merundum. Shaw Brothers sudah tidak berminat dengan filem beliau lagi. EMI, tanpa peduli ketaatan P Ramlee tidak lagi mahu menyambung kontrak beliau.

(6) Keadaan kewangan P Ramlee semakin goyah. Dia berahsia tentang kesusahannya. Biar Nasir Ramlee, anak tunggalnya pun juga tidak tahu. Semua teman-teman sudah menjauh. Tiada siapa mahu menerbit apa lagi membiaya pembikinan Filem-filem beliau: para pengeluar filem, bank dan bahkan Kerajaan, tiada siapa menjengah beliau!

(7) Akhirnya, dia bersama beberapa teman lain menubuhkan Perfilem, namun nasib tetap buruk mendatanginya, bila filem pertama terbitan Perfilem, P Ramlee tidak dibenarkan mengarah, sebaliknya Jin Shamsuddin yang masih baru diberikan tugas. Perfilem, kemudiannnya berkubur. P Ramlee seperti melarat sehingga suatu hari Aziz Satar semasa berkunjung ke rumah P Ramlee dia: "Hanya dapat makan tengah hari dengan berlauk telur rebus!".

(8) Paling anih, biarpun beliau telah mengarang dan mencipta 350 buah lagu-lagu Melayu, saat dia dalam kesusahan, biarpun RTM tidak mengundang dan memberikan slot buat beliau, sedang isterinya Saloma (Salmah Omar) mendapat dokongan meluas. Bak kata Ahmad Nawab (tidak setepatnya): "Betapa RTM (RTM?) tidak ada hormat pada P Ramlee, suatu hari bila dia menemani Saloma untuk membuat Show di RTM, P Ramlee hanya menanti Saloma di kanteen RTM. Dia tidak ada tempat di Auditorium RTM!".

(9) Namun suatu yang jelas menjadi ingatan kepada teman-teman yang ingat akan P Ramlee, dia sanggup bersusah payah membantu orang lain, biarpun dia sendiri kemudiannya sengsara. Kerana menjamin 'hutang' orang lain, beliau akhirnya mendapat saman di mahkamah. Saat dia akan berdepan dengan kes mahkamahnya pada keesokan harinya, bertambah pula dengan beban kewangan dan penghinaan yang dia terima, P Ramlee mengembuskan nafasnya pada malam 24 Mei, 1973. Saat dokumentari sampai ke sini, saya teringat SMS tahun baru dari seorang teman yang berbunyi begini:

"In the urge of making love
each of us will passionately help each other to get naked
Once the making love is over
each of us will reach to our own clothes
turing our back to each other
ignoring each other"

that's live brother
'when we got f***ked
we got s**ked!'

"Teman tertawa banyak, teman menangis (mungkin tiada) sedikit sekali"

(10) Saya ingat saat itu saya baru berumur 13 tahun, dan pagi itu bila saya sedang membantu Ibu Angkat saya di Kuala Krai mengisar tepung beras untuk membuat kuih kegemaran saya, pengumuman di corong Radio tentang kematian beliau membungkam semua. Saya masih ingat, hari itu mendungnya berlarutan sehingga ke tengahari. Saya turut merasa sedih, biar saya belum kenal P Ramlee dari segi rupa, hanya pada nama, kerana siaran TV belum kedapatan di Sarawak pada masa itu.

(11) Mengingat buku bacaan saya sebelumnya: The German Genius, Europe Third Renisance, The Second Scientific Revolustion and The Twentieth Century tulisan Peter Watson, dan bila dokumentari ini terpampang di depan saya, hati kecil saya menangis mengenang nasib bangsa yang sering saja lupa Sejarah. Dalam keadaan separuh tidur saya termimpi-mimpi untuk menulis rencana ini.

(12) P Ramlee, saya kira adalah Mutiara Pujanga Negara, dan kalau di Barat apa tah lagi kalau di Jerman pastinya beliau mendapat Anugerah Nobel Ahli Falsafah Negara. Biarpun dia tidak berpendidikan tinggi, namun beliau dapat menggunakan Filem dan Lagu sebagai wadah menyedarkan bangsa Melayu yang serba kedhaifan untuk bangun membina diri. Fikirkan apa maksud segala plot dalam Pendekar Bujang Lapuk; dengan kelas Buta Huruf si Neng Yatimah, dengan pertentangan Lintah Darat Ahmad Nisfu, dsb. Semuanya ada sindiran bahawa Melayu mesti berani menantang arus.

(13) Saya yakin, jika di Barat, filem-filem P Ramlee pastinya akan di pentas semula serta di bahas dengan mendalam di menara-menara gading mengenai segala pujangga (falsafah) di sebalik plot-plot ceritanya. Namun kita hanya menganugerahkan beliau dengan gelaran yang ertinya dan kekesanannya entah apa terutama dalam membela nasibnya dia dan perkembangan temadun dan kemajuan Melayu.

(14) Melihat pada rupa P Ramlee saat akhir-akhir hayat beliau ditemuramah, beliau tampak begitu 'tua' biar hanya pada usia 44 tahun. Kekecewan beliau paling besar, saya berkira, bila bangsanya sendiri tidak sadar tentang apa yang dia perjuangkan. Perjuangan P Ramlee sering saja dikesampingkan, dan prilaku pribadinya menjadi semarak cemuhan masyarakat.

(15) Sepotong kata (tidak setepatnya) dari temuramah P Ramlee: "Kita mesti terus perjuangkan lagu-lagu Melayu. Dada anak-anak Melayu mesti kita terlebih dahulu isikan dengan lagu-lagu Melayu. Seperti juga agama, jika anak-anak kita dididik hebat dengan agama, bila mereka dewasa, sekurang-kurangnya telah ada nilai-nilai agama dalam diri mereka. Dada mereka tidak kosong. Jiwa Melayu mereka tidak kosong ssat diserang muzik Barat, budaya Barat". Itu adalah kata-kata Punjangga, dan itulah kata-katanya: "Tidak Melayu akan hilang di dunia, lewat Hang Tuah"

(16) Lee Kuan Yew nampak akan semua ini. Seperti mengantuk disorongkan bantal, kebangkitan Melayu mesti disekat. Kealpaan kita untuk terus menari bersama atas tangan-tangan yang menghancurkan kita, tetap tidak kita sadari. Ibarat Hang Nadim yang dibunuh mati kerana jasanya menyelamat Temasik dari dilanggar todak, begitulah P Ramlee dan banyak yang lain kemudiannya akan bangsa kita bunuh sendiri (Kassim Ahmad, Mahathir dan Sanusi Junid pastinya)!

(17) Shaw Brothers sehingga kini tetap memegang Copy Right pada semua Filem P Ramlee, dan kini kita banyak anak-anak Melayu yang "bijak bistari" dalam hal perundangan (termasuklah Zaid Ibrahim), namun tidak seorangpun seperti sedar bahawa khazanah bangsa lewat otak dan ilham P Ramlee,telah berkubur di tangan lain, dan tiada yang sanggup ke muka pengadilan biar sampai ke manapun mengembalikan semula hak kita. Kita seperti saja gagalnya Mahathir dalam membina Jambatan Bengkok! Hakikatnya, Melayu tidak pernah bersatu dalam melihat dan memperjuangkan haknya!

Matang Jaya, Kuching
2 Jan., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.