.

8/12/10 MENYOSONG ARUS, MENGALAS BEBAN (Tajuk Asal: Tempua Bersarang Rendah)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 19, 2011

Share

& Comment


Munshi agak ada kelainan pada hari itu. Jiwanya begitu resah. Jantungnya bergetar pantas. Fikirannya entah ke mana didambarkan. Duduknya tidak betah. Berdirinya, tidak tahu ke mana melangkah. Sesekali dia mengerutu. Sesekali dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia merengus-rengus hidungnya seperti tersumbat entah oleh apa. Sesekali dia bercekak pinggang. Sesekali dia berdiri kaku, melemparkan pandangannya ke kejauhan entah tanpa hala. Segalanya seperti tidak karuan. Dia seperti mati akal, tengelam di sudut jauh, buntu. Lalu saja dia menghempas diri sesal pada kerusi sandar mejanya. Dia berpaling melempar wajahnya terus melayang jauh.

(2) “Di mana akalku?”, dia bertanya pada dirinya. “Di mana semua yang sepatutnya berada bersama aku”, dia bertanya terus kepada dirinya. Dia seperti kesendirian. Dia termanggu. Namun dia sadar bahawa dia tidak boleh mengalah. Lalu, seperti separuh sadar, fikirannya melayang-layang cuba-cuba mencari kekuatan dari dalam dirinya. Matanya dipejam rapat. Fikirannya terbang, menerawang ke segala penjuru ruang lalu terjelma menjadi sebuah jasad pekat, hinggap di rongga nafas lalu menelusuri ke setiap salur darah dan urat saraf tubuhnya. Ia merayap ke serata ruang tubuh mencari sisa tenaga rohani yang mungkin boleh mencerna kekuatan buat dirinya. Tiba-tiba, jasad pekat fikirannya menerobos jasad otak belakangnya. Di sana, tersimpan sebuah peti memori silam. Jasad pekat itu perlahan-lahan membuka peti memori itu.

(3) “Anakku, Munshi, adalah nama panggilan ibu dan bapamu ke atasmu. Kami mahu kau hormati dan hargailah nama itu. Itulah nama pemikir bangsa kita. Ibu mahu, dalam keadaan apapun, biarlah engkau tumbuh dan kekal sebagai pemikir. Munshi Abdullah adalah nama penuhmu. Abdullah itu adalah dari namanya moyangmu. Tiada dia kalah akan kegetiran hidup. Tiada dia mengalah dengan segala tantangan hidup. Maka, jadilah engkau pemikir yang tahan akan segala kegetiran dalam jalanan hidupmu”, suara ibunya seperti keluar dari peti memori itu meresap masuk ke setiap ronga telinganya lalu menebus ke dalam otaknya dan hinggap melekap kuat pada kalbunya. “Kekallah dalam niat yang ikhlas, dan terus saja berfikir sejujurnya, mudah-mudahan Allah akan terus memberikan engkau ilham suci buat pegangan jalananmu”, sambung suara ibunya.

(4) Munshi seperti tersentap. Dia tersadar dari tidur sebentarnya. “Ya Allah, ibu!”, Munshi seperti meneriak lantang. Riak-riak wajah ibunya menari-nari di depan matanya. Dia menghulur tangan seperti mahu menjamah wajah maya ibunya. Bayang-bayang itu kabur, menjauh, hilang. Munshi lalu tertunduk rindu. Airmatanya menetes. Tangannya ditelangkup di atas kepalanya.

(5) Munshi Abdullah adalah nama pilihan ibu-bapanya, Aishah-Muhammad, mengambil sempena pengkritik bangsa, bernama Abdullah Munshi dalam zaman saat bangsa Melayu tengah terjajah-terhenyak British. Abdullah adalah nama moyang Munshi yang tinggal berjuang mempertahankan tanahairnya, Palembang, dari ratahan bangsa Belanda. Aishah-Muhammad sengaja mengambil sempena kedua nama itu kerana mereka mahu Munshi kelak akan tetap punya semangat kental sanggup memikul payah memerdekakan bangsa. Paling tidak, mereka mahu Munshi terus merdeka diri. Itulah cita-cita ibu-bapanya Munshi, ibu-bapa yang sedar akan erti hidup terjajah, tidak merdeka.

Resah-Gelora:

(1) Di ruang tamu, saat saja mahu mengetuk pintu kamar Munshi, Pak Mahmud terhenti bila terlihat akan gelagat resahnya dari dinding kaca kamarnya. Biar Munshi hanya duduk mengiring, dia dapat memerhatikan betapa wajah Munshi tidak setenang-cerah selalu. Dia kelihatan murung-ganas. Pak Mahmud mulai bersangka kurang sihat akan Munshi. “Anak ini, mungkin kerana beban kerja yang keterlaluan maka dia jadi begini”, bisik hati kecil Pak Mahmud. Kerana tidak mahu tambah merasuk fikiran Munshi, Pak Mahmud menangguh saja akan niatnya mahu berbicara tentang pelaburan baru yang bakal mereka terokai. Dia mengundur, lalu cepat-cepat melangkah pergi. "Jangan khabarkan kepada dia yang saya ada datang", pesan Pak Mahmud pada Siti Zulaikha.

(2) Siti Zulaikha menarik nafas lega. Terdahulu Munshi telah berpesan agar dia tidak diganggu. Munshi juga telah meminta agar Siti Zulaikha pulang saja bila cukup waktu. “Biar saya sendiri saja. Tidak usah sesiapa menunggu saya”, pesan Munshi.

(3) Saat melewati pintu besar keluar Gedung Koprat Bumijaya, Pak Mahmud berpesan agar pengawal di situ, untuk menjengguk ke aras 24 jika Munshi belum juga turun pada jam 8.00 malam. Dia juga berpesan, jika Munshi belum juga pulang selepas jam 9.00 malam, maka dia harus dihubungi segera. “Kenapa Pak. Ada apa-apa masalah dengan Pak Munshi?”, tanya jaga kepingin tahu. “Tidak ada apa-apa. Saya cuma tidak mahu dia bekerja sehingga lewat malam”, sahut Pak Mahmud cuba menyembunyikan rasa gundahnya terhadap Munshi.

(4) Di kamarnya, saat resah-gelorannya sudah agak reda, Munshi membelek-belek semula beberapa lapuran yang baru di terimanya tadi pagi. Dia perhatikan segala sasaran urusniaga Bumijaya tidak kecapaian. Sehingga suku ke tiga tahun ini, hanya empat puloh peratus saja dari sasaran pendapatan dicapai. Masa cuma hanya tinggal dua bulan sebelum semua akaun Syarikat akan ditutup, namun aliran masuk pendapatan kelihatan sangat lembab.

(5) Paling digusarinya, tahun lepas, Syarikat hanya mencapai 50 peratus dari sasaran jualan. Jika tahun ini, keadaan ini berulang, maka pada tahun hadapan, Syarikat tidak akan berupaya untuk mengembangan bidang urusniaganya. Semua Ahli Lembaga Pengarah akan menentang sebarang pelaburan baru. Jika ini berterusan, maka hasil Syarikat akan terus menguncup saban tahunnya. Paling parah, Munshi khuatir, segala imbuhan kepada para karyawan Bumijaya akan terpaksa ditangguhkan. Juga, cita-citanya selama ini untuk menggunakan Bumijaya sebagai alat untuk membangkit-memimpin semangat-jiwa niaga di kalangan masyarakatnya akan turut berkecai.

(6) Munshi seperti melihat mendung hitam tebal kian berarak melitupi kebajikan para karyawannya dan cita-cita besarnya. Dia khuatir, jika saja halilitar memanah kuat, pasti awan hitam akan bertukar menjadi ribut menghujan yang membawa bah. Dia khuatir, Bumijaya akan tengelam. Dia khuatir cita-citanya akan hanyut dibawa bah kekejauhan yang entah di mana terdamparnya nanti. Saat itu, apa jasad dan jiwa juangnya masih utuh atau sudah menjadi bangkai, dia seperti tidak bisa menduga. Dia tersangat khuatir.

(7) Munshi kembali berdiri tegak melempar pandang ke luar jauh. Dia mengepal-ngepal kuat gengaman tangannya. Menumbuk-numbuk tangannya. Gigi-giginya berkancing rapat. Hatinya sangat geram. Lengan bajunya sudah disinsing. Keringat gusar tumbuh lebat di dahinya. Matanya memerah. Nafasnya pendek-pendek. Badannya mengigil tidak karuan. Airmatanya menitis, dia semakin sebak: “Ya Allah, kenapa aku jadi alpa sebegini. Kenapa tidak aku perhatikan anak-anak buahku agar mereka kental-teguh dalam menunaikan tanggungjawap mereka”, bibirnya terketar-ketar menghambur kata kesal pada dirinya.

(8) “Betapa aku telah alpa, meletak segala kepercayaan kepada anak-anak buahku, tanpa aku mengawasi rapat gelagat mereka? Ya Allah, kenapa aku telah menjadi kian alpa?”, asak gemes hatinya.

(9) Lapuran urusniaga suku ketiga tahun ini yang diterimanya dari Juru Audit Dalaman jelas menunjukkan terdapat penyelewangan yang jelas dalam menghitung pulangan pelaburan dalam beberapa anak syarikat Bumijaya. Ternyata, segala kos pembangunan telah dinaikan secara halus dan licik sehingga payah untuk dikesan. Begitu juga, harga jualan adalah jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa. “Kenapa aku tidak meneliti semua ini? Kenapa aku menjadi tidak cermat? Kenapa aku menjadi terlalu percaya kepada anak-anak buahku?”, semua pertanyaan itu bergelora di dalam benak dan dada Munshi.

(10) Dari 20 buah anak syarikat Bumijaya, 10 darinya memberikan pulangan merah. Lima darinya telah lama berdarah, yang menyumbang hampir 70 peratus dari segala kerugian. Beberapa lagi dari anak-anak syarikat juga telah menunjukkan tanda-tanda akan mengalami susutan pendapatan yang ketara. Munshi, seperti terbayang dia sedang berhadapan dengan sebuah keluarga beranak ramai. Saban hari, anak-anaknya yang dulu segar bungar keriangan, kerana kesibukannya, seluruh prihal anak-anaknya terbiar pada Bibik dan Pak Supir untuk menguruskan. Kerana kealpaan ini, kini anak-anak itu kian hari kian meliar sehingga ada yang sudah tidak ketahuan olah-laku mereka. Airmata sesal terus luruh dari kelopak matanya.

(11) Betapa nanti dalam Mesyuarat Agung Tahunan, pasti Munshi akan dihentam hebat oleh para pemegang saham. Pastinya, tiada jawaban yang meyakinkan akan dapat menahan amarah para pelabur bila saja mengetahui Pulangan Syarikat terus saja menguncup. Munshi pasti, mereka akan menjadi tidak karuan amarahnya. Dia dapat seperti terbayang kuat laungan betapa mereka akan mahu dia dipertanggungjawap kerana tidak mampu membawa keutungan munasabah buat segala pelabur. Saat itu, apakah mungkin Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat akan bersama dia membela keadaan. Dia jadi semakin gundah.

(12) Namun, kemudiannya, perlahan-lahan Munshi menarik nafas panjang. Airmatanya disapu dengan saputangan. Dia memicit-micit pergelangan dan tapak tangannya. Perlahan-lahan dia kembali tenang. Ketukan di pintu kamar agak mengkagetkannya. Kepala Pengawal tersembul di celah bukaan daun pintu: “Maaf Pak Munshi. Tadi saya di pesen Pak Mahmud agar ke kamar bapak kalau bapak masih belum pulang saat sebegini. Hari sudah jauh malam Pak. Sudah jam delapan malam!”, sapa pengawal kepada Munshi.

(13) “Ya sebentar saya pulang. Saya cuma ingin istirehat dulu. Kamu turun saja, ngak usah tungguin saya”, sahut Munshi pada pengawal. Dia jadi tambah kaget. Apa Pak Mahmud ada datang? Kenapa Siti Zulaikha tidak mengkhabarkan kepadanya? Apa yang dimahukan oleh Pak Mahmud?

Sepi Mengamit:

(1) Di ruang tamu di rumahnya, Pak Mahmud sedang mengadap hidangan kopi usai makan malam. Dia membelek-belek beberapa akhbar yang dibawanya pulang dari kantor. Matanya sesekali mengawasi jam di tangannya. Sudah jam 9.30 malam. Pengawal Gedung Bumijaya masih belum menalipon beliau. Beliau yakin Munshi sudah pulang. Dia lantas beredar ke kamar tidurnya.

(2) Di ranjang, Pak Mahmud berbalik-balik tubuhnya. Sebentar ke kiri. Miring kembali ke kanan. Balik lagi ke kiri. Sesekali dia menelentang. Sesekali dia menengkurep-telungkup. Begitulah dia berulang-ulang, bagaikan sang buaya sedang bermandi selut di tebing sungai, sambil terbatuk-batuk sehingga boleh kedengaran oleh Mak Painah, Pembantu Rumahnya yang berada di dapur. Dia berusaha keras untuk melelapkan mata. Matanya terus saja berkerdipan engan tutup-tidur. Sekejap dia berselimut. Sekejap dia menendang selimutnya sampai jatuh ke bawah. Filkirannya melayang-layang. Jiwanya seperti polos. Dia sekarang diserang resah. Dia sekarang diserang sepi. Hidupnya seperti deserted.

(3) “Biar aku mengambil wudhu dan sholat sunat saja”, fikirnya, lantas bingkas mengenakan kain pelekat menunju ke kamar mandi. Saat dia akan takbir, Mak Painah, Pembantu Rumah setianya kedengaran mengetuk pintu kamar: “Bapak belum tidur? Apa mahu saya bikin air susu anget?”, tanyanya dari luar kamar. “Boleh juga. Saya mahu sholat sebentar”, jawap Pak Mahmud ringkas.

(4) “Mana air susunya Mak Painah?”, tanya Pak Mahmud selesai saja dia menunaikan sholat sambil melangkah memasuki ruang makan bersebelahan dapur. "Bapak sedang fikir apa?. Kok kelihatannya binggung sekali?”, sapa Mak Painah sambil menghulur segelas susu hangat kepada Pak Mahmud yang sudah siap duduk di meja makan. “Entah Mak Painah. Akhir-akhir ini, saya sering saja sukar mahu tidur”, jawap Pak Mahmud.

(5) “Bagaimana kalau saya saran, bapak tukar kamar tidur. Bapak untuk waktu ini, usah tidur di kamar besar. Bapak tidur saja di kamar sebelah. Kamar itu sudah saya siapkan sejak lama lagi”, usul Mak Painah dengan memuncungkan kedua bibirnya menunjuk hala ke kamar dimaksudkan. Kening Pak Mahmud mengerutu. Matanya mengecil. Wajah kehairanan menerpanya atas usul Mak Painah itu. Mak Painah yang sudah hampir 30tahun, sejak perawan sehingga seumuran 50an, yang telah bekerja dengan keluarga Pak Mahmud telah arif dengan keperluan dan perilakunya. “Ngak ada apa-apa Pak. Saya cuma mengusul. Mudah-mudahan, ya mana tahu bapak bisa tidur nyenyek. Biar saya pasang dulu ACnya”, sambung Mak Painah.

(6) Mulut Pak Mahmud seperti melopong. Namun tangannya tanpa sedar mencapai gelas lalu air susu diteguknya pantas. Kemudian, dia berjalan menuju kamar bersebelahan kamar tidur utama. Dia seperti mengikut saja usul Mak Painah. Dia baring. Dia mencapai sebuah buku yang terususn rapi di samping ranjangnya. Dia membelek-belek buku tersebut. Di hujung ranjang ada sebuah meja kecil. Di situ, dulu dia selalu menghabiskan masanya bersama Mustakim, anaknya yang sulung membaca dan berbicara panjang. Di atas meja itu kini, duduk lukisan wajah Mustakim dan adik-adiknya: Luqman, Mustijah dan Dewi yang sudah semua dewasa dan sedang berselebaran di serata penjuru dunia: Los Angeles, New Delhi, Jakarta, dan Kosovo.

(7) Keriangan anak-anak itu mulai kembali terbayang di benak fikirannya. Buku yang dibacanya, didekapnya erat ke dada seperti selalu dia mendekap Mustakim semasa bayinya. Senyum lembut terukir di bibirnya. Mulutnya perlahan-lahan melafaz ayat Kursi untuk beberapa kali. Kian lama kian perlahan. Sebentar dia hanyut belayar dalam bayu sepoi dari Los Angeles ke Ke Kosovo lalu ke New Delhi lantas ke Jakarta. Dia bertemu anak-anaknya dalam mimpi yang sanggat rindu.

(8) Sedang Pak Mahmud enak diulit mimpi, Munshi masih berkereta menyusur Jalan Persisir Pantai ke Pantai Damai. Di kegelapan malam, dalam kesahduan malam, sengaja dia merendahkan cermin tingkap keretanya. Dia ingin menghirup udara dingin Laut China Selatan yang melampias wajahnya. Pada suatu selekoh, pada suatu Tebing Tinggi, dia berhenti. Enjin kereta dimatikan. Dia turun, berjalan ke arah Bungkah Batu di pinggir tebing, lalu duduk tersimpuh di situ. Di situ, empat tahun dahulu, sering kali dia ke situ mengukir janji kasih-sayang bersama Izan, gadis pingitan desa yang baginya sangat mengerti-serasi. Di situ jugalah, hampir-hampir dia mematikan diri dalam kekufuran, terjun menjunam merelakan diri hancur dihempas ombak, atas hajat cintanya pada Izan yang tidak kesampaian. Namun ajal belum menemuinya, bila Busman satu-satu teman akrabnya datang saat bila saja dia sedang nekad mahu menghumban diri pada batu-batu di dasar Tebing Tinggi.

(9) Kasihnya pada Izan tidak mungkin akan luput. Kasihnya tidak lahir dari cinta-nafsu. Kasihnya mengalir dari rasa hormat akan keluhuran pekerti dan kesederhanaan fizis dan keterampilan perawan pingitan itu. “Yah Izan, mudah-mudahan Allah sedang dan terus memberkati hidupmu”, bisik hati Munshi. Dalam sebel yang parah, Munshi mengadah merenung ke langit. “Kenapa aku jadi begini? Saat bebanku sedang mengunung, saat inilah Kau terus mengasak-mengujiku? Ya Allah, mampukah aku bertahan kali ini?”, Munshi seperti merayu pada Ilahi.

(10) Wajah Izan menerpa menampar-memukul pipinya bersama pukulan bayu malam Laut China Selatan. Wajah Izan silih berganti dengan wajah nenek-mbahnya, Khartewi yang telah kembali ke dakapan kasih kekal Penciptanya. Kehilangan mbahnya, lima tahun yang lepas sebahagiannya sangat mengetarkan hidup Munshi. Pada mbahnya, adalah jambatan dia dan perjuangan datuk-datuknya, Osman-Manan. Keduanya adalah musafir yang sanggup membelah samudera demi untuk memerdekakan bangsa. Dalam limpahan kasih mbah Khartewi dia bangkit mahu menjadi manusia kental-cekal. Pemergian mbah Khartewi, sepasang tangan lembut yang sering saja membelai-usap tubuh kecilnya, berhati waja, ketaatan penuh pada adat-rukun yang menjadi lambang kekuatan Munshi sangat mengesankan hidupnya. Dia sangat sebel akan kehilangan orang yang paling mengerti akan dirinya.

(11) Hampir setahun selepas pemergian mbahnya dia seperti menyisih diri. Dia menjadi seorang yang sangat diam. Dia menjadi manusia paling tidak peduli akan apapun. Dia seperti sangat marah kepada Tuhan. Munshi pernah dalam beberapa munajatnya bertanya: “Saat aku sedang ingin membalas budi-jasa, kenapa Kau ambil mbahku dari hidupku? Empat puloh tahun dulu, saat aku masih belum kenal-puas kasih-sayang orang tuaku, juga kau sentap mereka dariku? Ya Tuhan, apakah mahuMu dariku? Kau perlakukan aku seperti aku tidak layak disimbah kasih-sayang dari sesiapapun?”.

(12) Ada ketikanya, dia seperti mahu melupakan akan adanya Tuhan. Dia seperti manusia atheis yang tidak mahu mengakui adanya Tuhan. Kesalnya pada Tuhan sangat hebat. Dalam fikirannya, seperti tersesat oleh raja syaitan yang maha besar. Dulunya, dia sangat yakin-taat akan adanya Tuhan. Saban waktu, dia mengajak diri dan semua mereka di sekelilingnya agar sentiasa dekat kepada Tuhan. Kini, hatinya tawar, fikirannya hambar tentang adanya Tuhan. Dia seperti bersumpah: “Ah Tuhan, kerjaNya hanya mendatangkan duka buatku!” Astaghafirullah, begitu dia sudah sangat berjaya dirasuk syaitan!

(13) Namun kehadiran Izan, setahun selepas pemergian mbahnya, menghidup kembali percaya-yakinnya akan tetap adanya Tuhan. Dia seperti kembali sadar bahawa Tuhan masih ada kasih akan dirinya. Dia melihat kehadiran Izan sebagai pemberian kasih dari Tuhan. Kehadiran Izan membakar kembali jiwa sadar dan keinginan terus merdeka-juangnya. Pada perawan desa itu, yang sifat-sifat dan prilakunya, adalah seiras mbah Khartewinya, dia menaruh sepenuh pegangan hidupnya. Kini keduanya sudah tiada, dia mengeluh, bertanya: “Ya Allah, hidup dan kehidupanku, seperti tidak Kau izinkan untuk kusandarkan kepada sesiapapun!”, simpul Munshi bila mengenang segalanya. Airmatanya mengalir tanpa izin.

(14) Di celah-celah awan yang berarak dari laut ke daratan, Munshi dapat mengenal beberapa bintang yang suatu ketika dulu pernah diceritakan oleh kekasihnya Izan. Sekelompok bintang lima, tersusun rapi tiba-tiba menjelma benar-benar di atas kepalanya. Dalam bayang benaknya, Munshi mengaris-garis menghubung setiap bintang-bintang itu. Suatu garis panjang seperti mengarah ke Barat-Laut, di antaranya adalah arah Kiblat ke Kaabah. Matanya mengikuti garis Kiblat itu menurun perlahan-lahan ke gigi laut.

(15) Di kejauhan, berkelipan terombang-ambing menari-menari lampu-lampu para nelayan sedang mencari rezeki. “Nelayan-nelayan itu, hidupnya, nasibnya, di hamparan lautan luas. Saat datang ribut kencang, bergeloralah hidup mereka. Ketika laut tenang nyaman, belum pasti indah akan hidup mereka. Namun tetap tabah mereka melangkahi segalanya”, Munshi seperti berfalsafah membandingkan kegusaran yang sedang dipikulnya, dengan ketaktentuan hidup para nelayan itu. “Kalau tidak sanggup dilambung ombak, kenapa harus berumah di tepi pantai? Juga, alang kepalang menggengam bara api, biar sampai jadi arang”, sambungnya lagi mengingatkan dua pribahasa Melayu yang mencabar keazaman juangnya.

(16) Tetiba, sebuah sinar yang sangat jelas terbit di ufuk Barat sedikit jauh dari Bintang Pedoman Kiblat. “Ah, Kejora! Muncul sudah dirimu. Ya Allah, biar dalam kegelapan pekat ini, masih ada sirna terang dariMu!”, serunya sambil menghela nafas panjang. Dia bercekak pinggang. Tubuhnya berdiri lurus. Kakinya dikuak luas. Tangannya didepa. Dia terus-terus menghirup panjang angin malam Laut China Selatan. Dia perlahan-lahan melangkah kembali ke keretanya. Saat dia hendak masuk, matanya memaku pada Kejora: “Sinarilah roh datuk-datuk, nenek-nenek, dan kedua orang tuaku. Bimbinglah mereka ke dingin mewangi indah syurgaNya. Izan, aku akan tetap pada kiblatku”, bisik hati sepi-sayunya.

(17) Dalam perjalanan pulang, fikirannya terus melayang. "Kiblatku. Ke manakah Kiblatku?, serta "...kudratku, tidak Kau izinkan disandarkan kepada sesiapa...!", dua ungkai kata yang tadinya tak semena-mena tercetus dari lubuk hatinya, kini mengiring jalanan pulangnya. "Berdosakah aku terlalu banyak menyoal akan kekuasa Allah? Atau Mungkinkah Allah sedang nakal mempermain kewarasan otak dan sepinya kalbuku? Kenapa aku menyoal Tuhan sedang otakku belum kuperah penuh?", dia terus berdebat dalam dirinya.

(18) Saat Munshi menguak pintu appartmennya, jam dinding, pusaka dari datuknya sudah berdetak membunyikan ketukan dua kali. Sudah jam dua pagi. Dia memasang musik stareo, lagu-lagu instrumental piano Christ Patent seketika menyeramak ruang tamu appartmennya. Dia ke kamar mandi. Lama sekali dia membiarkan simbahan air panas membersihkan tubuhnya. Dia merasa sedikit lapang. Tubuhnya kembali segar. “Isya dulu”, desak hati kecilnya. Tubuhnya mengikut saja. Jiwanya sedikit tenang. “Aku harus tenang. Aku harus berfikir akan jalan keluar. InsyaAllah, aku akan selamatkan segalanya”, sambung fikirannya.

(19) Tubuhnya berlabuh di sofa menghadap Plasma TV, lalu tangannya menukar-nukar saluran berita. Di saluran CNBC, lapuran urusniaga saham di Wall Street agak bercelaru. Dia beralih ke saluran BBC, lalu ke CNN, kemudian Bernama TV. Segalanya memberitakan kegawatan pasaran saham. Dollar Amerika sedang susut kuat berbanding Euro, Yen dan Deutchmark. Ringgit turut berganjak lemah. “Inilah permainan dunia. Urusan dagang, atas spekulasi, tidak bersandar pada nilai harta sebenar dan bermoral. Inilah tipu muslihat ilmu Yahudi yang terus saja kita kekalkan biar Islam telah hampir 1,500 tahun menjalar di mana-mana”, runggut hati kecilnya.

(20) “Tidak seorangpun mahu bermati-matian mengali cara niaga Muhammad membina Madinah. Di Mesir, di Itali, di China, di India, di Iraq-Syria dan bahkan di Andes Chile, para pakar purba bukan Islam mengadai masa dan harta mendongkil ilmu dari sejarah purba. Namun, adakah usaha gigih dilakukan oleh umat Muhammad dalam membongkar tadbir-urus Muhammad. Pasti belum ada. Pasti belum ada yang sadar tentang keperluan ini. Tidak seorangpun mahu keras berfikir dan berusaha untuk umat Islam benar-benar mengerti dan akur akan seruan Al Quran agar berurusniagalah dengan tanpa riba”, debat Munshi pada dirinya. “Maka benarlah kehairanan Munshi Abdullah, dalam pelayarannya keliling Tanah Melayu, betapa Melayu itu sangat tekun pada mengaji namun mengertikah mereka akan apa yang dibacanya. Dia hairan kenapa hanya mengaji tidak mengkaji?”, sambung fikir Munshi.

(21) Tangan kirinya terus saja memicit-micit remote control. Dia beralih dan terpaku pada saluran National Geography. Tersiar dokumentari tentang lebah madu. Segerombolan askar, bekerja dengan penuh taat kepada Permaisuri yang satu. Di siang hari, sebahagian dari mereka terbang ke mana saja, mengumpul beranika jenis sari bunga lalu terhimpun menjadi madu. Sebilangan yang lain, berkumpul silih berganti penuh waspada, mengawal dan mempertahan Permaisuri kesayangan dan himpunan madu dari diceroboh apapun. Namun ada waktunya, datang Tabuan Tanah, sengaja hinggap lalu membunuh sebahagian dari para askar lebah madu, mengigit-memutus kepala lebah dengan giginya yang besar dan tajam.

(22) Munshi seperti kehairanan. Sangkanya, musuh lebah madu hanyalah beruang dan manusia. Kini, baru dia tahu bahawa Tebuan Tanah adalah musuh lebah madu yang paling ganas. “Begitulah lumrahnya, peraturan alam yang telah ditetapkan, pasti ada saja yang terkorban demi puas-kebaikan yang lain”, bisik Munshi pada dirinya.

(23) Munshi tetap belum mahu tidur. Matanya masih segar. Fikirannya tetap ligat menerokai ilham. Begitulah dia bila saja sesuatu sedang bercelaru di kepalanya. Dia mencapai sebuah buku: Muhammad, tulisan Martin Langs dan Sirah Muhammad: Sejak Sebelum Lahir Hingga Detik Terakhir Kehidupan Sang Nabi tulisan Syekh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfury. Dia membelek-belek pada bab yang mengkisahkan Penghijrahan Muhammad. Dia meneliti setiap baris dan perenggan yang menceritakan perit-susah Muhammad dalam jalanan Hijrah. Setelah 10 tahun berhempas pulas, dalam fitnah-tipu daya biar dari musuh nyata dan juga para munafik, Muhammad akhirnya dapat menjadikan Yatzrib, dari penempatan kecil kepada Kota Madinah, sebuah Kota dagang yang boleh menandingi kebesaran dagangan Rom yang lahir ratusan tahun terdahulu.

(24) “Apa maksud semuanya ini?”, tanya Munshi pada dirinya. Kenapa, Muhammad kekasih Allah perlu menderita dan terpaksa merempuh segala mara bahaya. “Kekasih apakah ertinya itu, jika dia perlu disiksa? Dari masih di rahim ibunya, Muhamad telah yatim. Saat dia hanya seusia beberapa, saat limpahan kasih sangat dia perlukan, namun lengkaplah dia menjadi yatim piatu bila bundanya pula pergi kekal. Lalu kemudian kasih sayang Abdul Mutalib, datuknya juga dicabut pergi saat dia baru mencecah enam tahunan. Muhammad seperti manusia kerdil dalam ketandusan limpahan kasih sayang sejati ”, debat hati dan fikirannya. “Tuhan ini, memang kadang-kadangnya Maha Anih!”, dia cuba menduga.

(25) “Muhammad itu, takdirnya seperti seorang yang didatangkan untuk memperbetulkan akidah para Arab-Jahilliah yang sudah jauh terpesong. Tumpuannya adalah pada Kaabah di Mekah. Jika Kaabah itu dapat dibersihkan dari segala berhala, pastinya, akidah mereka akan kembali kepada yang Satu.”

(26) Munshi cuba mengingat-ngingat bacaan lainnya mengenai Muhammad. “Kenapa pula Allah melarikan Muhammad dari tujuan asal kejadiannya; buat memperbetul dan membangunkan akidah ummah? Kenapa Allah tidak memudahkan saja tugas Muhammad menghancur segala berhala yang telah mencemari Kaabah dan agama suciNya? Bukankah itu yang Allah mahukan, namun kenapa Dia mempersulitan tugas Muhammad? Berapa kali nyawa Muhammad terancam mati? Berapa banyak peperangan yang Muhammad terpaksa lalui? Berapa banyak kedustaan dan pengkhianatan yang Muhammad terpaksa lalui?”, tanyanya bertalu-talu. Dengan persoalan-persoalan itu, Munshi seperti sedang sekali lagi mahu menyanggah akan Maha Pengasih dan Maha Bijaksananya Allah.

(26) “Sedang bila di Madinah, kenapa pula, Muhammad seperti lebih menumpu kepada urusan dagang dan pembinaan negara-bangsa: menyatu, mengaman dan memakmur kaum Aws-Khazaraj, Quraish-Muhajirin, dan Yahudi? Kenapa tidak dia hanya meneruskan usaha membina akidah seperti tugasnya di Mekah?”, lanjut persoalan Munshi. “Apa hubungan Muhammad-Mekah-Madinah dengan segala persoalan yang sedang aku hadapi ini? Apakah aku harus juga turut membunuh seperti Tabuan Tanah, atau juga Hijrah sepertinya Muhammad?”, perlahan-lahan bayang-bayang jalan penyelesaian Tuhan datangkan kepada Munshi. “Subhanallah, InsyaAllah, besok pasti aku akan ada jawabannya”, bisik hatinya, lantas dia meminum air madu hangat dan menelan sebiji 3mg Melathonin. Sekitar dua puluh minit kemudian, Munshi tersandar di sofa dan hanyut jauh ke awangan mimpi.

Tanggung Sendiri:

(1) Seperti selalunya, seawal subuh, Munshi sudah bangkit. Kepalanya terasa berat. Matanya masih kesat. Dia batuk-batuk dan hidungnya terasa tersumbat. Biar dingin, dia mengheret tubuh separuh malasnya ke kamar mandi: "Aku tidak boleh berasa malas saat aku wajib ketemu Dia", perintah hatinya. Kemudian dia bermunajat, dengan wajah penuh tunduk, tangan menadah, Munshi berserah: “Ya Allah, syukur aku masih hadir seperti semalam. Namun hari ini, ada tugas berat yang wajib aku pikul. Engkau Maha tahu, kudrat hidupku di tanganMu. Aku memohon, sementara nafasMu masih dalam tubuhku, keredhaanMu, izinkan aku punya fikiran dan daya agar aku bisa menebus segala kekhilafanku”.

(2) Seawal jam 0630 Munshi sudah terjegat di depan pengawal pintu besar Gedung Bumijaya. “Selamat siang Pak Munshi”, sapa pengawal seperti biasanya. “Selamat siang, udah sarapan? Kamu bagaimana, baik-baik saja?”, sahut-soal Munshi pada pengawal. “Alhamdullilah Pak, saya sihat. Saya sarapan nanti saja usai giliran tugas. Sebentar saya hidupkan liftnya”, balas pengawal, lalu berlalu ke papan monitor pengurusan Gedung untuk menghidupkan suis utama lift, penghawa dingin dan lampu-lampu ruang legar.

(3) Munshi merenung pada longgokan fail-fail lapuran yang dia baca semalam. Dia duduk panggung. Kakinya silang bertompang. Kedua-dua sikunya menekan keras pada lengan kerusinya. Jari-jari tangannya bertaut kuat. Salah satu jari telunjuknya mengais-ngais bibirnya. Matanya terus terpusat pada longokan fail-fail. Fikirannya melayang-merayap: “Kejora, bintang pedoman kiblat, tabuan tanah, lebah madu, dan hijrah Muhammad, apa di sebalik semuanya itu?”, hatinya bertanya-tanya. Fikirannya bolak-balik pada kejadian alam yang dia saksikan. Dia pasti, ada jalan yang Allah sembunyikan pada kejadian alam itu.

(4) Di luar kedengaran Siti Zulaikha mengemas-ngemas tempat duduknya. Sebentar dia mengetuk pintu, lalu membawa segelas air suam buat Munshi. Pandangan Munshi padanya polos. Siti Zulaikha melemparkan senyuman manis biasanya: “Selamat pagi Cik”. Cik adalah gelaran yang Siti Zulaikha gunakan untuk memanggil Munshi. Sebelumnya, Siti Zulaikha memanggilnya Tuan. Munshi tidak membenarkan penggunaan istilah itu. “Tuan, itu istilah hamba dan empunyanya. Samalah dengan beruk dan pemiliknya. Jika awak setaraf dengan itu, maka gunalah istilah itu. Tapi saya tidak suka. Panggil saja saya Cik”, tegas Munshi kepada Siti Zulaikha suatu ketika saat dia mula masuk ke kamarnya dua tahun dulu.

(5) Munshi tidak membalas. Dia hanya terus diam. Harum mewangi perfume pakaian Siti Zulaikha tidak mengujanya. Begitu juga kegenitan tubuh saat kembang remaja Siti Zulaikha juga tidak menyetuhnya. “Ada apa-apa mesyuarat yang perlu saya aturkan pada hari ini”, tanya Siti Zulaikha penuh hormat. Di tangannya sudah tersedia buku nota untuk mencatat apa-apa arahan yang perlu dia kerjakan. Munshi tetap tidak menjawap. Hanya kedengaran hembusan nafas panjangnya. Bibirnya tertutup rapat. Matanya tetap tepat pada fail-fail yang bertimbun.

(6) Kemudian, seperti bermalas, dia mendongak. Menatap tepat wajah Siti Zulaikha. Siti Zulaikha tertunduk diam. Dia tidak pasti, tatapan itu apakah benar ditujukan kepadanya atau sekadar bossnya itu mahu melepas pandang. “Kamu hubungi Setiausaha Sulit Pak Mahmud. Buat temu janji untuk saya ketemu dia secepat mungkin. Dan, nanti kamu hubungi Pengurus Kewangan, Setiausaha Syarikat, Juru Audit Dalam, Pengurus Perundangan, Pengurus Perancangan Koprat dan Pengurus Halehwal Koprat untuk perbincangan khas pada jam 0930”, arah Munshi pada Pembantu Khasnya itu. “Baik Cik”, jawap Siti Zulaikha lantas berlalu.

(7) Sebentar talian telepon khasnya berdering. “Asalamulaikum”, kedengaran suara Pak Mahmud di hujung talian. “Mualaikumsalam”, jawap Munshi. “Semalam kamu balik jam berapa?”, Tanya Pak Mahmud. “Sekitar jam 2230 Pak. Saya ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan. Mompong bapak sudah di talian, kalau boleh saya ingin ketemu bapak untuk membicarakan prihal yang sangat penting”, balas Munshi. “Boleh, tapi tidak sekarang. Lusa, saya mahu berangkat ke Doha, kemudian ke London dan Kosovo. Mungkin saya akan singgah Umrah juga. Bila saya pulang nanti kita berbicara. Maaf kerana saya tidak khabarkan perkara ini kepada awak seawalnya”, jawap Pak Mahmud. “Baik, terima kasih dan selamat pergi dan kembali Pak”, pintas Munshi.

(7) “Matilah aku”, desas Munshi. “Nampaknya aku kena buat segala keputusan sendirian. Keputusan segera mesti aku perbuat. Aku perlu berani. Biar aku pikul risiko apa juapun”, kata hatinya. Tanpa Pak Mahmud di dalam negeri, pasti segalanya tertanggung penuh di bahu Munshi.

Seni Samurai

(1) Munshi melangkah menuju kamar mesyuarat dengan langkah berat. Langkah-langkahnya penuh perhitungan. Di kepalanya terbayang tabuan sedang memenggal kepala lebah madu, satu-satu, putus lalu terkapai-kapai mati bagai tawanan perang dipancung sang samurai. Di kamar mesyuarat, semua seperti sudah mengerti. Semua diam bisu-kaku. Munshi memerhati seorang demi seorang karyawan-karyawan kepercayaannya. Namun semua tunduk. “Dari lapuran Juru Audit Dalam juga perangkaan dan jangkaan Bahagian Perancangan Koprat, 10 dari anak-anak syarikat kita seperti tiada jalan pemulihan. Lima darinya, seperti sudah berkubur”, tegasnya. “Sistem kawalan perbelanjaan kita nampaknya terlalu lemah untuk mengesan segala Cost Over Run dan Return Over Valued".

(2) "Kita seperti terlalu banyak anak syarikat yang agak outlier sehingga saya banyak terlepas pandang. Kita perlu penyatuan-gembeling. Semua anak syarikat yang tidak menampakkan pemulihan mesti kita satu dan kemudian lupuskan. Karyawan-karyawan yang terlibat perlu kita rombak dan susun semula. Saya minta semua keperluan bagi Annual Financial Audit bagi tahun ini diperkemaskan dan dibuat mengikut jadual. Sepuloh anak syarikat sebagaimana yang saya senaraikan perlu kita lupuskan”, usul Munshi yang lebih berbau arahan.

(3) “Tidakkah kita perlu terlebih dahulu membuat Due Deligent sebelum sebarang keputusan dapat dibuat. Juga kenapa kita tidak terlebih dahulu memaklumkan perkara ini kepada Ahli Lembaga Pengarah”, nasihat Setiausaha Syarikat. “Saya sedar akan keperluan itu. Jika kita membuat Due Diligent, ianya akan mengambil masa. Kemudian kebanyakan Ahli Lembaga Pengarah termasuk pemegang saham terbesar sedang bercuti panjang. Kita kesuntukan masa. Kita buat saja segalanya dalam masa serentak dan tidak perlu satu di atas yang lain”, balas Munshi tegas.

(4) “Penyatuan, jika boleh mesti dilakukan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan. Kita mesti menghambat masa”, sambung Munshi mengarah deadline bagi kerja-kerja Corporate Exercise. “Kalau begitu, supaya lebih telus dan saksama, wajar kita lantik firma Audit Luar menjalankan semakan dan penyatuan semua akuan kita”, saran Pengurus Kewangan.

(5) “Kekotoran dalam rumah tangga kita, pastinya kita akan lebih mengerti akan cara menguruskannya. Jikapun kita melantik kontraktor lain untuk membersih dan mengemaskan segala, tetap kita juga perlu bertungkus lumus sama. Sama halnya dengan menyemak segala akaun dan inventori kita. Saya telah banyak melihat, dalam semua exercise seperti itu, Juru Audit Luar hanya memainkan peranan sebagai penasihat dan kuasa mengesah sahaja, sedang biaya kerja-kerja mereka adalah tinggi. Bagi saya itu membazir, dan saya mahu kita sendiri yang melakukannya dan mendalami segala kelemahan yang telah kita lakukan”, tegas Munshi terus.

(6) “Paling saya khuatiri, jika kita menyerahkan semua kerja-kerja semakan dan penyatuan segala akuan dan asset kita dijalankan oleh Juru Audit Luar, maka banyak karyawan kita tidak akan mempunyai kerjaan. Jika ini terjadi, saya pasti kita akan terpaksa berdepan dengan masalah disiplin dan segala macam penyelewengan baru. Saya mahu, biarlah ada kumpulan karyawan kita memperbaiki kebocoran kapal sedang sebilangan yang lain terus mendayung ke depan”, jelas Munshi lanjut. “Biarlah kita lakukan pengembelingan Bumijaya secara agak berbeza dari amalan biasa. Saya yakin, dengan cara ini, banyak kebocoran maklumat penting akan dapat kita bendung”, tambahnya lagi.

(7) “Lagipun, semua ini lebih kepada paper exercise, kita tidak akan melupuskan sebarang asset. Kita gembelingkan semua asset ke dalam anak-anak syarikat yang berdaya maju. Begitu juga kita tidak akan membuang mana-mana karyawan. Kita hanya mengembelingkan segala sumber yang kita ada. Pendeknya, tiada pelupusan sebenar akan berlaku”, jelas Munshi lagi.

(8) “Saya perlukan Setiausaha Syarikat, Pegurus Undang-undang dan Pengurus Kewangan mengambil langkah segera. Lapuran secara mingguan perlu dikemuka dan dibincangkan dengan saya. Saya perlu bertemu kalian pertama-tamanya pada setiap pagi Isnin”, arah Munshi selanjutnya.

(9) Dia kembali ke kamarnya sendiri. Langkahnya kini lebih pantas. Kepalanya lebih tegak. Ibu jari dan jari hantunya dijentik-jentik membentuk irama seperti memanggil ayam sabung di lataran. “Zu, panggilkan saya Pengurus Halehwal Koprat datang dengan segara”, arahnya kepada Pembantu Khasnya, semasa dia melewati mejanya.

(10) “Saya mahu awak keluarkan arahan pembekuan kenaikan pangkat dan gaji dan pengambilan baru bagi semua perjawatan dalam semua anak syarikat. Sebarang perubahan dalam soal-soal tersebut hendaklah hanya setelah mendapat persetujuan dari saya. Arahan ini mesti berkuatkuasa serta merta. Juga semua Eksekutif Kanan tidak dibenarkan bercuti sehingga March tahun depan”, arahnya kepada Pengurus Halehwal Koprat yang belum sempat duduk di depannya.

(11) Kemudian tangannya menekan buzzer sambil meminta Siti Zulaikha masuk. “Panggilkan saya Setiausaha Syarikat”, arahnya.

(12) Sebentar kemudian, Setiausaha Syarikat termengah-mengah datang menjengah ke muka pintu kamarnya Munshi. “Kamu gugurkan semua Ahli Lembaga Pengarah dalam semua 10 anak syarikat seperti dalam senarai yang saya berikan tadi. Saya dan Pegawai Undang-undang akan mengambilalih tugasan sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Begitu juga, semua Akauntan dan Setiausaha anak-anak syarikat hendaklah diambilalih oleh Akauntan dan Setiausaha Syarikat induk, Bumijaya”, arahnya.

(13) “Boss, kita ada beberapa ahli politik dalam anak-anak syarikat kita. Begitu juga beberapa pegawai tinggi kerajaan. Tidakkah lebih baik kita semak dulu dengan Pak Mahmud dan juga parti-parti politik berkaitan?” saran Setiausaha Syarikat. “Tak mengapa, apapun terjadi, kapal yang hendak karam mesti diselamatkan dulu. Mereka itu biar saya uruskan kemudian. Cuma awak berikan nama-nama mereka dan nombor-nombor hubungan mereka kepada Siti Zulaikha”, balas Munshi tegas.

(14) “Zu, awak aturkan dengan rapi, tidak kira bila dan di manapun, saya mahu bertemu secara berasingan dengan semua mereka yang tersenarai seperti yang disediakan oleh Setiausaha Syarikat. Saya perlu berbincang dengan mereka sekurang-kurangnya dalam masa sejam. Baik kalau dibuat temujanji sarapan, makan tengah hari dan atau malam. Kalau boleh dahulukan Tan Sri Bakar dan YB Datuk Husein”, pintanya pada Pembantunya bila dia melangkah keluar kamarnya bersama-sama Setiausaha Syarikat. “Saya keluar minum sebentar. Terlalu lapar. Awak sudah minum?”, sapanya lanjut pada pembantunya.

(15) Tanpa menunggu jawapan, Munshi berlalu pantas. Semasa menuruni Lift, dia menalipon Busman, teman setianya yang sudah hampir empat bulan tidak ditemuinya. “Engkau ada masa ke? Kita minum sebentar!”, seru Munshi bila Busman menyambut panggilannya. “Kau gila ke? Ni dah hampir pukul 12.00, engkau baru nak minum. Betullah engkau ini hendak membunuh-menyiksa diri! Kita ke tempat biasa saja”, ajak Busman. Munnshi seperti biasa tidak pernah sarapan. Paling-paling dia hanya minum segelas air madu suam. Busman sudah masak dengan sikap lalai Munshi dalam menjaga waktu makannya. Dia kadang-kadang khuatir sikap sambil lewa Munshi itu sering saja menyebabkan dia menghadapi masalah gastrik yang kian berat yang sedang dia hadapi.

(16) “Lama betul kita sudah tidak ketemu”, sapa Busman saat Munshi menarik kerusi untuk duduk di depannya di Restauran Sri Mamak. “Kita makan nasi briani kambing. Kita brunch saja. Akupun belum sarapan”, usul Busman.

(17) “Dua minggu lepas aku minum bersama Pak Mahmud di Hilton. Dia agak gusar dengan engkau. Katanya kau kerja terlalu kuat. Juga dia khuatir kerana, banyak aduan dia terima dari Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat bahawa engkau terlalu keras dengan para eksekutif syarikat. Khabarnya engkau banyak kehilangan eksekutif-eksekutif yang berpengalaman”, bicara Busman seperti sedang membentang lapuran pengurusan sumber manusia.

(18) Munshi hanya tersenyum. Busman kehairanan. “Aku sungguh-sungguh ini. Pak Mahmud sedang ditekan untuk mempertimbang kedudukan engkau sebagai Pengarah Urusan Bumijaya. Kemungkinan jawatan engkau akan diturunkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, CEO saja. Habis gigi engkau”, tambah Busman seperti menyampaikan satu amaran. “Man, aku tidak hirau semua itu. Kau ingat bukan? Tuhan mengingatkan kita bahawa: “Jika kita lihat kecacatan (kemungkaran), maka perelokkanlah dengan tangan kita, jika kita tidak mampu, maka tegur-nasihatlah, jika itu juga tidak mampu, kita hindari (angkat kakilah) sahajalah. Namun yang ketiga itu adalah selemah-lemahnya Iman””, balas Munshi sambil menatap berpinar tepat ke mata Busman. “Hei, kawan, jangan cepat naik angin. Aku cuma menasihat”, balas Busman saat dia merasa darah Munshi seperti mahu meluap panas.

(19) “Engkau ini, cuba belajar tenang-sabar sedikit. Aku hormati ketegasan engkau”, sambung Busman. “Jadi, kalau begitu, maka kenapa engkau mahu aku tunduk kepada mereka? Pengayuh dan haluan tuju aku yang menetapkan. Kapal yang kukemudi, engkau tahu tak, sedang mahu karam! Haruskah aku berlembut-bersahaja?”, balas Munshi.

(20) “Lagi pula, yang engkau dengar adalah berang-kekasaranku. Pernah kau selidik bagaimana aku melayani mereka seawalnya. Tidakkah aku memberikan tunjuk ajar dan segala nasihat dengan penuh hemah pada awalnya. Tidakkah mereka juga telah kuberikan segala peluang dan ruang untuk belajar, memperbaiki diri. Pernah engkau tanya, apakah aku berkeras saat saja aku menemui mereka atau aku mengamuk setelah mereka menunjuk bebal dan ingkar yang tidak berkesudahan?”, asak Munshi membela diri.

(21) Hanya baru beberapa suap Munshi dapat mengecapi nasi briani, sebuah pesanan ringkas dari Siti Zulaikhapun masuk: “Tan Sri Bakar boleh berjumpa Cik pada jam 13.00hari ini. Dia mengajak makan tengahari di Golf Club. Sila advice”. Tanpa berfikir panjang, Munshi menerima temujanji tersebut.

(22) “Man, maaf, aku kena ke Golf Club sekarang. Aku ada temujanji dengan Tan Sri Bakar. Aku pergi dulu. Kita jumpa malam nanti, aku janji jam 2100 di...kau tentukan”, pinta Munshi tergesa-gesa meninggalkan Busman yang belumpun sepat menyuap nasi makanannya. Busman hanya mengeleng-geleng kepala tanpa kata-kata. Dia sedar, sejak Munshi putus cinta dengan Izan, dia seperti telah menyerah dirinya sepenuhnya kepada kerjayanya. Kadang-kadang dia khuatir mendengar khabar-khabar yang kurang baik tentang Munshi yang tersebar luas di kalangan ahli-ahli koprat. Munshi dilihat sebagai seorang anti-sosial. Pergaulannya di kalangan ahli-ahli koprat sangat terbatas, dan boleh dikatakan sangat sedikit. Dia lebih cenderung kepada masyarakat kebanyakan. Mungkin pembawaannya sejak dalam perkhidmatan kerajaan dulu, sangka Busman.

(23) Sejak tiga bulan yang lepas, Pak Munshi seperti telah menghantar satu pembayang-imbasan pada Munshi. Dua bulan yang lepas, Munshi mendapat panggilan talipon dari Datuk Yahya, seorang yang sering bersama Munshi dalam mengurus kebajikan anak-anak Yatim: "Cik Munshi, awak sihat ke? Saya tadi semasa bermain golf dengan Pak Mahmud, dia seperti agak gusar mendengar beberapa kegawatan di Bumijaya. Dia juga bertanya banyak tentang diri awak. Dia menasihatkan saya untuk membawa awak keluar negara agar bercuti". Ajakan itu, Munshi tangguhkan kerana dia perlu untuk menguruskan beberapa hal segera.

(24) Seminggu kemudian, Encik Hassan Ali, juga teman rapat Pak Mahmud yang sering menjadi sumber rujuk Munshi dalam soal urusniaga Hartanah pula datang berkunjung ke kantornya. "Saya tidak mahu membuang masa awaklah. Saya tahu awak sibuk. Saya datang sebab Pak Mahmud minta saya datang tengok keadaan awak. Dia khuatir awak menghadapi depression kerana beban kerja yang terlalu banyak. Kalau boleh dia mahu awak pergilah jauh dan bercuti".

(25) Paling akhir, Datuk Shafiee, seorang usahawan perladangan yang sedang naik, juga telah menjadi rakan kongsi utama Bumijaya, mengajak Munshi untuk sarapan pagi: "Sebenarnya, saya ada perkara peribadi yang hendak diselesaikan segera dengan awak", begitulah pembuka kata Datuk Shafiee bila melangkah dari lobby Hilton ke Caffe. "Pak Mahmud, dia seperti sangat khuatir tentang awak. Dia kata, awak tidak pernah mahu bercuti sebetul-betulnya cuti. Setiap kali bercuti, awak tetap masih bekerja. Dia tahu awak cekap mengurus Bumijaya. Tapi dia juga khuatir, awak masih mahu tetap sendiri. Dia mahu biarlah keperluan pribadi awak juga terurus baik. Bila hendak kahwin?" sambung Datuk Shafiee bila mereka berdua telah santai menghadap Sungai Sarawak. "Saya yakin Pak Mahmud sangat-sangat perlukan awak. Bumijaya sangat-sangat perlukan awak. Jadi dia tidak mahu apa-apa tidak baik terjadi pada awak. Awak kena jaga kesihatan dan mengawal cara kerja awak. Perlahan dan coollah sedikit", terus-terusan bicara Datuk Shafiee. Namun Munshi hanya tersenyum dan berjanji akan meneliti apa yang patut dia perbuat.

(26) Sebetulnya, empat tahun dahulu, bila saja Munshi gagal bersatu kasih dengan Izan, dia membawa diri entah kemana. Dua bulan dia menghilangkan diri tanpa siapa tahu ke mana perginya. Bila dia muncul kembali, dia meletakkan semua jawatannya dalam Kerajaan. Dia menumpu perhatiannya membantu penduduk kampungnya membangunkan tanah masing-masing. Dua tahun dia bertungkus lumus bersama anak-anak kampong. Dia meninggalkan langsung kehidupan kota. Dia benar-benar menjadi anak kampong.

(27) Sehingga kini, Munshi seperti diam membatu tidak mahu bercerita tentang kenapa dia meninggalkan jawatannya dalam kerajaan, menerajui salah sebuah Syarikat Awam Kerajaan yang ulung, GLC, biarpun, jawatan yang dipegangnya memberikan pengaruh dan mendatangkan pulangan yang sangat lumayan. Juga, jawatan tersebut telah menjadi intaian-cemburu banyak pihak samada dalam kerajaan atau swasta.

(28) Kebetulan dua tahun yang lepas, Pak Mahmud sedang mencari seorang CEO buat Bumijaya, yang diterajuinya. Penyenaraian Bumijaya di Papan Pertama Busra Saham Kuala Lumpur menuntut perhatian berat. Lagipun, sudah ada tanda-tanda sedikit penyimpangan dalam urusniaga Syarikat. Paling utama, usia Pak Mahmud yang sudah melanjut ke 75 tahun menyebabkan dia ingin mengundur diri secara teratur. Dia menawarkan jawatan tersebut kepada Busman, namun Busman menolak kerana dia juga terlibat berat dalam menguruskan perniagaannya sendiri.

(29) Pak Mahmud juga telah berkali-kali membujuk agar anak-anaknya menyertainya dalam pengurusan Bumijaya. Namun tidak seorang seperti peduli, malah mereka semua kabur ke luar negara. Pak Mahmud merasa kecewa atas perlakuan anak-anaknya seperti tidak mengenang jasa dan menghargai penat jerih beliau membina kekayaan keluarganya.

(30) Menyedari bahawa Munshi telah agak berjaya merobah fikiran masyarakat kampungnya, serta rekod baiknya dalam mengemudi Syarikat Awam Kerajaan dulu, GLC, maka Busman memujuk dan mengusul Munshi untuk mengisi jawatan tersebut. Munshi menerima jawatan tersebut dengan bersyarat. Pertamanya, kuasa Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan mesti terpisah dengan jelas. Keduanya, dia memohon agar Pak Mahmud membenarkan dia memperuntukkan sehingga 10 peratus dari keutungan bersih Syarikat untuk kerja-kerja amal, CSR. Ketiganya, dia mahu urusniaga Bumijaya lebih condong ke arah membangunkan usahawan bumiputera dan membangunkan asset kaum bumiputera menjadi asset ekonomi dan komersial yang menguntungkan. Semua syarat-syarat itu di terima oleh Pak Mahmud dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah.

(31) Tidak sampaipun enam bulan Munshi menerajui Bumijaya sebagai CEO, dia telah dilantik menjadi Pengarah Urusan dengan kuasa yang jauh lebih luas untuk dengan cepat mengembangkan jangkauan urusniaga Syarikat.

(32) “Apa khabar Tan Sri”, sapa Munshi saat Tan Sri Bakar menghampiri mejanya di Golf Club. “Pukul berapa flight Tan Sri petang ni?”, tanya Munshi seterusnya, melihat Tan Sri Bakar kemas dengan pakaian golfnya. “Alhamdullilah. Kita start bermain kira-kira jam 1430 nanti. Pasti banyak masa untuk kita berbincang. Dah lama kita tidak berjumpa”, balas Tan Sri Bakar. Tan Sri Bakar adalah seorang ahli politik veteran dalam beberapa anak syarikat Bumijaya. Pengalaman dan pengaruhnya yang luas diharap untuk dapat membantu anak-anak syarikat ini maju pantas.

(33) “Dengar kata, Pak Mahmud ke luar negara. Rehat memanjang orang bujang itu”, sambung Tan Sri. “Ya, mungkin lebih sebulan baru balik. Katanya dia akan Umrah sekali”, balas Munshi. “Cari bini baru kot? Dah dua tahun dia menduda”, sambung Tan Sri Bakar. “Mudah-mudahan begitulah. Tidaklah dia sepi sendiri nantinya. Anak-anakpun semua tidak ada bersama dia”, sambut Munshi sambil tersenyum-senyum. “Pandai mengata orang, awak sendiri bagaimana? Jika benar Pak Mahmud dapat bini baru, makin teruklah bebanan kerja awak. Semakin banyak tanggungan yang akan dia lepaskan kepada awak”, balas Tan Sri Bakar. “Tidak elok membujang terlalu lama. Kalau mungkin tak boleh berpatah balik, elok cari penganti saja”, tambah Tan Sri Bakar memancing Munshi. Munshi hanya tersenyum bisu.

(34) “Begini Tan Sri, saya cadang hendak gembelingkan semua anak-anak syarikat yang selama ini berdarah. Jika masalah pendarahan ini kita terus biarkan, pastinya akan mengundang kemelesetan nilai saham pada syarikat induk, Bumijaya. Nama baik Tan Sri pastinya akan terjejas. Kita juga kemudian bercadang setelah semua asset digembelingkan, syarikat-syarikat ini akan dilupuskan. Semua karyawan yang terlibat akan kita tempat-susun semula ke dalam syarikat induk, Bumijaya. Ini termasuklah para Ahli Lembaga Pengarah. Tan Sri terlibat dalam lima dari 10 syarikat yang kita sasarkan. Lapuran lengkap Penyata Kewangan syarikat-syarikat tersebut sejak lima tahun lepas ini kita sediakan untuk penelitian Tan Sri”, jelas Munshi kepada Tan Sri Bakar. “Suatu langkah yang bagus. Saya akan sokong usaha awak itu. Syabas atas keberanian awak”, balas Tan Sri Bakar.

(35) “Maaf Tan Sri, kalau begitu, saya akan minta Setiausahan Syarikat bertemu Tan Sri untuk urusan mengundur diri dari anak-anak syarikat berkaitan. Saya akan mengambilalih jawatan Lembaga Pengarah dari Tan Sri. Ini semua adalah untuk memudah dan mempercepatkan urusan pengembelingan dan pelupusan syarikat-syarikat berkaitan. Nanti bila Pak Mahmud kembali, saya akan uruskan kemasukan Tan Sri ke dalam syarikat Induk”, jelas Munshi selanjutnya. “Baik. Buatlah secepat mungkin. Kita bersihkan dengan cepat pendarahan ini. Nampaknya sudah terlalu parah”, sahut Tan Sri Bakar sambil membelek-belek lapuran Penyata Kewangan yang Munshi unjukkan kepadanya. “Mudah-mudahan usaha awak ini akan Berjaya”, sambungnya lagi.

(36) Sesudah mendapat persetujuan dari Tan Sri Bakar, tentang rencananya, Munshi percaya langkah selanjutnya akan lebih mudah, cuma mungkin dia terpaksa sedikit cool bila berdepan dengan YB Datuk Husein Achmed, wakil Kerajaan di dalam beberapa anak syarikat. YB Datuk Husein biasanya lebih kritis dari Ahli-ahli Lembaga Pengarah lainnya. Juga dia agak liat untuk menerima perubahan mendadak.

(37) Berita penstrukturan semula besar-besaran Bumijaya pasti akan bertiup kencang di padang golf Petra Jaya pada petang itu. Munshi yakin, kematangan Tan Sri Bakar akan dapat menjelaskan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Menarik Rambut Dalam Tepung:

(1) Setelah kembali ke kamarnya, bersama-sama sekumpulan akauntan yang ada, Munshi dengan cepat mengira keseluruhan Tanggungan syarikat-syarikat yang terlibat. Agak kecut perutnya bila dia melihat angka awalannya bernilai hampir mencecah setengah billion ringgit. Jika disatukan ke dalam Syarikat Induk yang Tanggungan tersendirinya sudah bernilai RM400.00 juta, maka keseluruhan Tanggungan Terkumpul sudah menghampiri satu billion ringgit. Namun, dari segi Nilai Asset Cair dan Kekal dalam pegangan yang bernilai hampir RM3.50 billion, maka nisbah Tanggungan: Asset 1:3.5 masih dikira munasabah.

(2) Juga berdasarkan Unjuran Bahagian Perancangan Koprat, pada tahun depan, Bumijaya dijangka membuat RM500.00 juta Turn Over, dengan Keuntungan Lepas Cukai (PAT) sekitar RM150.00 juta, menguncup 25 peratus dari hasil dua tahun yang lepas. Unjuran bagi dua tahun ke depan juga masih belum dapat menampakkan pertumbuhan. Mungkin PAT untuk dua tahun mendatang hanya sekitar RM50.00 juta. Syarikat dalam kegawatan berat.

(3) “Bagaimana agaknya pengembelingan ini akan dapat memperbaiki keadaan”, bisik Munshi. Dari segi jangka pendek, nilai saham Bumijaya pasti akan terjejas. Munshi berkira, penurunan sehingga 30-40 peratus pasti akan berlaku. Namun dia tidak khuatir kerana, kebanyakan asset Bumijaya adalah dalam sektor pemilikan hartanah bernilai sederhana. Harga sebenar hartanah ini tidak akan goyah hanya kerana spekulasi pasaran. Begitu juga, dalam tempoh 3-5 tahun mendatang pelaburan Bumijaya dalam perladangan Kelapa Sawit juga akan mulai membuahkan hasil. Pendeknya, asas pelaburan Bumijaya sedikit sebanyak telah dia mantapkan sejak dia menerajui Syarikat tersebut. Nilai saham di pasaran, belum tentu mengambarkan keadaan sebenar nilai asset Syarikat. Itu Munshi pasti, dan dia yakin, jika berlaku krisis harga saham, dengan mudah Bumijaya akan dapat mengekang masalah tersebut berasaskan nilai sebenar assetnya. Cuma yang merunsingkan Munshi adalah permainan speculator dalam meraih keuntungan cepat atas kemungkinan krisis tersebut dan ian juga boleh menjejaskan nama baik jangka panjang Bumijaya.

(4) Munshi kemudiannya mengarahkan agar Pengurus Perundangan dan Akauntan Syarikat menyenarai dan meneliti semua nilai kontrak yang telah ditanda tangani. Perhatian khusus perlu diberikan dalam peruntukan Exit Clause, khususnya dalam keadaan bilamana Syarikat dalam kesulitan kewangan untuk melaksanakan kontrak. Begitu juga, mana-mana kontrak yang tidak tertunai mengikut jadual perlu disemak segera.

(5) Tepat jam 1700 petang itu semua Akauntan dan Pengurus-pengurus 10 anak-anak syarikat telah dikumpulkan di Kamar Perbincangan Khas. Pengurus Halehwal Koprat, Pengurus Perundangan dan Setiausaha Syarikat juga hadir sama. “Kita dalam kegawatan yang sangat dahsat. Nilai saham Bumijaya akan merundum sekitar 30-40 peratus sebaik saja kita mengumumkan Akaun Bersatu Syarikat kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Saya pasti, penarikan keluar dan jualan panik saham akan berlaku. Saya menjangkakan, jika tiada langkah berani kita buat sekarang, maka tidak kurang dari 15 peratus dari pegangan ekuiti awam dan firma akan dijual balik. Ini memerlukan dana beli balik berjumlah RM300.00-400.00 juta. Awak semua tahu, cairan kita cuma ada sekitar RM200.00 juta. Awak faham akan kesan semua ini”, bentang Munshi sambil matanya meniti dari satu wajah ke satu wajah pada mereka yang hadir di Kamar tersebut.

(6) “Dengan serta merta, semua kuasa Pengurus sepuloh anak syarikat yang bermasalah saya gantung. Saya dengan serta merta akan mengambilalih semua kuasa ini. Begitu juga, kuasa Akauntan anak-anak syarikat juga digantung dan diambilalih oleh Akauntan Induk. Setiausaha semua anak syarikat akan bertanggungjawap terus kepada Setiausaha Syarikat Induk. Kita sekarang akan bekerja seperti dalam sebuah peperangan konvensional. Saya akan merancang dan mengetuai semua gerak gempur dengan Setiausaha Syarikat sebagai adjutan dan Akauntan sebagai Kuarter Master. Kalau awak nak tahu apa maksud saya, bacalah hieraki Pengurusan Ketenteraan”, tegasnya.

(7) “Jadi apa akan terjadi kepada kami”, tanya salah seorang Pengurus anak syarikat dalam nada yang sangat cemas. “Pertamanya, awak kena tanya diri awak sendiri. Tidakkah ini kerana kelalaian awak? Jika hati kecil awak menjawap tanpa ragu-ragu bahawa awak telah berlaku jujur dan saksama dalam kerja awak, maka tiada apa yang perlu awak khuatiri. Saya percaya saya akan dapat menilai itu nanti. Namun jika awak percaya, ianya adalah sebahagian dari faul play yang awak sedari, samada awak cari jalan memperbaikinya atau secara terhormat awak lewat lalu pintu terbuka luas itu dan jangan kembali. Percayalah, apapun, saya akan bongkar ke akar umbi”, tegas Munshi. "Saya tidak mengugut, tetapi itulah sifat jantan yang perlu ada pada kita", tambahnya sambil melemparkan pandangan tajam kepada semua.

(8) Munshi kemudian meminta Pengurus Halehwal Koprat dan Setiausaha Syarikat ke kamarnya. “Keluarkan surat arahan sekarang juga. Semua mereka yang terlibat, kita kumpulkan ke Ibu Pejabat. Saya berfirasat separuh dari mereka boleh kita baikpulih, dan separuh lagi perlu dikeluarkan. Saya mahu kamu bertemu dengan mereka seorang demi seorang secara tak rasmi. Rintis jalan keluar, agar mereka berundur secara sukarela. Kita boleh pertimbang tiga ke empat bulan gaji sebagai ganjaran-pampasan. Keputusan terakhir siapa yang akan kita terima atau tidak pengunduran mereka akan saya tentukan kemudian. Saya ingin mendalami beberapa perkara lagi”, aju Munshi.

(9) “Maaf Cik. YB Datuk Husein Achmed ada kelapangan nanti malam. Jika Cik mahu, saya boleh sahkan temujanji dengan beliau. Katanya, dia lebih senang kalau Cik bertemu dia di Pejabatnya sekitar lepas Maghrib", lapur Siti Zulaikha. “Baik, katakan saya akan ke Pejabat beliau tepat jam 1900”, balas Munshi ringkas.

Santai.

(1) Sebaik saja Munshi membuka pintu apartmennya, taliponnya berdering. “Kau dah siap. Aku datang jemput kau. Aku dalam perjalanan sekarang, dalam 20 minit lagi aku sampai”, terdengar suara Busman dalam telipon bimbitnya.

(2) Mereka ke San Francisco Grill. “Lama dah kita tak ke sini. Nampaknya para pelayan pun sudah banyak bertukar. Aku tak Nampak Jenate lagi”, kata Munshi membuka bicara. “Yalah, Jenate saja yang kau cari”, balas Busman dengan senyum sinis.

(3) “Minta saya Rib Bone, well done dengan Mushroom sauce. Minum, minta Teh O ais”, pinta Munshi saat pelayan datang menghampir. “Saya hendak Fish&Chip. Cool coke please”, sambung Busman. “Mana Jenate?”, sampuk Munshi kemudiannya. “I repeat your order sir......, Jenate, dia dah berhenti. Dia dah kahwin dan pindah ke Petaling Jaya”, jawap pelayan dengan senyum manis. “Hai sempat juga, melepas kau Munshi, pasal kerja kau pakai gear tujuh, pasal perempuan, kau merangkak macam kura-kura”, sindir Busman. “Ala, dulang paku serpih. Mengata orang, kau apa yang sudah boleh?”, balas Munshi, dan keduanya tertawa terbahak-bahak sambil disambung senyum oleh pelayan.

(4) “Kau jauh lebih berseri-ceria malam ini. Tadi masa makan siang, aku lihat engkau macam hendak makan orang. Dah beres semuanya ke?”, tanya Busman. “Hari ini, aku dapat persetujuan dari Tan Sri Bakar dan YB Datuk Husein Achmed untuk mereka melepaskan jawatan dalam semua Lembaga Pengarah anak-anak syarikat yang bermasalah. Juga petang tadi aku sudah ambilalih kuasa penuh ke atas pengurusan semua syarikat yang terbabit”, jelas Munshi. “Wah, cepat kau bertindak. Aku tak sangka YB Datuk Husein cepat akur dengan kehendak kau. Macamana kau uruskan semua itu”, tanya Busman.

(5) “Mulanya memang Datuk nampak mahu membantah, dan itu aku sudah agak bila dia hanya mahu berbicara di Pejabatnya. Tapi aku buka bunga silat langkah demi langkah. Kadang-kadang kena Taichi juga. Strategi Judo tidak boleh dipakai di sini. Begitu juga Samurai dan Kuntau", jawap Munshi sambil jari jemarinya berdetik-detik di atas meja mengikut irama piano Beentoven yang sedang dimainkan resident artist San Francisco Grill.

(6) "Dalam apa juga perlakuan kerja yang aku jalankan, aku mengambil peringatan atas empat prinsip penting. Pertamanya, bila kita membuat sesuatu itu biarlah pada niat yang ikhlas dan jujur. Kita tidak sekali-kali boleh melakukan sesuatu atas kepentingan peribadi, atau berkhianat atau dendam. Keduanya kita perlu jelas dan pasti akan semua perincian permasalahan serta langkah pembaikan yang hendak kita jalankan. Ketiganya, kita kena jelas tentang tanggungan beban jika tiada tindakan cepat dilakukan. Juga kita kena ada Pelan Berlapis-Backup Plan dalam apa juga tindakan yang kita hendak lakukan”, jelas Munshi lanjut.

(7) “Bagi YB Datuk Husein, aku bentangkan tentang betapa banyaknya dan merbahayanya najis yang berhamburan yang perlu dibersihkan. Dalam hal seperti itu, jika pembentung pecah, tidak banyak orang mahu mengotorkan badannya untuk memperbaiki dan membersihkan najis yang berhamburan. Aku tawarkan diriku, dan aku lepaskan sesiapa juga dari menanggung risiko hasil tindakanku. Pendeknya, niat aku adalah untuk membersih dan bergerak jauh ke depan. Aku tiada kepentingan lain. Aku tiada dan tidak berminat memiliki apa-apa saham dan hubung kait urusniaga dengan Syarikat ini. Aku hanya akan menjadi karyawan tulin dalam Syarikat. Aku tidak menghambat kemenangan cepat. Kita mesti berpaksi kepada kebajikan untuk semua”, jelas Munshi panjang lebar.

(8) Sebetulnya, Backup Plan yang direncanakan oleh Munshi mudah saja. Jika Tan Sri Bakar dan YB Datuk Husein engan mengundur diri, dia akan menggunakan kuasa Pemegang Saham semasa dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang pastinya akan diadakan pada bulan Julai setiap tahun Kewangan berikutnya. Jika itu perlu, pastinya, kedua-dua dan sesiapa juga akan terpaksa akur dengan keaiban di atas kegagalan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Munshi yakin, kedua-dua Tan Sri Bakar dan YB Datuk Husein sedar akan risiko itu.

(9) “Kau memang psiko-strategis. Munshi, kita lupakan itu semua. Cuma aku ingin engkau berhati-hati sedikit, kerana pasti banyak yang akan terpijak, luka dan berdarah. Aku khuatir pasti banyak khabar-khabar yang tidak jelas akan beredar. Paling aku khuatir, mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi engkau, tiada keghaipan akan merasuk engkau. Aku akan membantu engkau di mana perlu. Tapi secara luaran saja. Aku sendiri juga sibuk. Nanti lepas ini kita ke Khartewi Spa. Engkau tentu penat dan perlu loosing sedikit”, usul Busman.

(10) “Idea yang bagus. Ayuh kita makan cepat. InsyaAllah aku akan ingat peringatan engkau itu”, sahut Munshi sambil merenung tepat bola mata Busman.
(11) “Panggilkan Mbak Lilis”, pinta Munshi saat dia mendatangkan pelayan di kaunter Khartewi Spa. “Saya mahu reflexologi dulu. Lantas pijet seluruh badan lalu kemudian kamu kasi lulur. Semuanya tiga jam, bisa?”, tanyanya bila Mbak Lilis muncul bersama baskom air hangat buat melembutkan urat-urat kakinya. “Man, kau buatlah apa saja yang kau suka. Malam ini, kau tidur saja di apartmen aku. Kau sudah lama buang batu”, usul Munshi. Tangannya kemudian mencapai buku Imamul Muhtadin: Kisah Suka Duka Saiyidina Ali bin Abu Thalib tulisan H.M.H Al Hamid Al Husaini buat menghabis masa ketika Mbak Lilis sedang melakukan reflexologi.

(12) Malam itu, Munshi tidur lena sekali. Bantuan Melathonin tidak dia perlukan. Seluruh badannya terasa lega. Mbak Lilis cermat sekali memperbetulkan urat-urat badannya yang seperti bersimpul. Aliran darahnya terasa lancar. Pijetannya seakan-akan pijetan Mbah Khartewi. Wajah Mbah Khartewi seperti hadir di sepanjang masa Mbak Lilis memijet tubuhnya. Dia juga dapat mendengar bisikan Mbah Khartewi: “Cucu-putu Mbah, hati-hatilah. Kini kamu sendirian. Sering ingat akan Allah, dan berbuatlah segalanya hanya untuk Dia. Jujur dan ikhlaslah atas segalanya. Mbah akan sentiasa mendoakan keamanan buat kamu”.

Carikan Kujodoh:

(1) “Cik, SS Pak Mahmud minta Cik berjumpa Pak Mahmud pada Khamis depan di kamarnya sekitar jam 12.00. Dia mengajak makan tengahari di rumahnya sekali”, khabar Siti Zulaikha saat dia mahu melangkah masuk ke kamarnya masa melewati meja Pembantunya itu. “Dia sudah balik dari luar negeri ke?”, sahut Munshi. “Belum, dia masih di Mekah. Malam Rabu dia sampai. Dia kata dia sangat-sangat hendak bertemu Cik”, jelas Siti Zulaikha lanjut.

(2) Munshi menjeling pada Alamanac di atas mejanya. Masih ada dua hari lagi. Khamis ini, semua fakta pasti sudah tersedia di atas mejanya. Semuanya pasti telah dapat dia jerap. Juga beberapa jalan baru, pasti sudah dapat dia fikirkan. Dia akan lebih bersedia untuk berdepan dengan Pak Mahmud. InsyaAllah biar sebesar mana persoalan di letakkan di pundaknya akan tetap dia pikul.

(3) Cuaca pagi Khamis itu sungguh nyaman. Matahari hangat dan terang. Angin hanya berhembus sepoi-sepoi. Subuh tadi hujan turun renyai-renyai. Segalanya menjadi hijau, segar, dan agak dingin. Dari jendela ruang tamu, Munshi melempar pandangannya ke Gunung Santubung. Gunung itu diselaputi awan putih. Dari kejauhan ini, berlatar kebiruan-hijau, Gunung Santubung seakan-akan Gunung Fujiyama takala diselaputi salji. Dia mengetam bibir, mengancing gigi. Dia menarik nafas panjang. Tangannya berkepal kuat.

(4) Munshi melangkah keluar apartmennya. Seperti selalu, dia pasti melangkah dalam kebersihan wudhu. Semasa mengunci pintu, dia membaca Ayat Kursi sebanyak empat kali. Kemudian diikuti tiga ayat lazim. Dia berserah kepada Allah untuk menjaga diri, harta dan jalanannya. Jiwanya terasa amat tenang. Fikirannya terasa lapang. Tenaganya terasa membakar.

(5) Sampai ke Gedung Bumijaya, dia berkeliling sekitar laman. Dia memeriksa pokok-pokok, segala bungaan dan kolam-kolam yang dijadikan hiasan taman Gedung Bumijaya. Kemudian dia menaiki tangga, dan berhenti di setiap paras, berlegar-legar di semua ruang pejabat am. Olahnya seperti Raja Singa yang sedang menandakan batas lingkungan kekuasaannya. Sesekali dia mengetuk pintu kamar karyawannya untuk sekadar berkata: “Hai, apa khabar? Sedang buat apa?”.

(6) Jam 11.30 baru dia sampai ke paras 24 ke Kamarnya. Badannya sedikit berpeluh. Dia terus ke kamar mandinya. Dia membuka baju, dan mengambil tuala-anduk basah untuk mengelap badannya. Mukanya disabun bersih. Rambutnya direnjis-renjis sedikit air lalu disikat rapi. Dia menatap wajahnya dalam cermin. Dia meminum beberapa teguk air paip. "Ya, Pak Mahmud, kita akan berbicara straight to the heart!", bisiknya tegas.

(7) Tepat jam 1200, Munshi sudah berdiri tegak di depan Kamar Pak Mahmud. Kebetulan Pak Mahmud juga baru tiba. “Hah, apa khabar Young Man?”, sambil Pak Mahmud terus merangkul lengannya dan mengiring dia terus ke Kamarnya. “Saya baik Pak. Bagaimana perjalanan Bapak?”, bisik Munshi pada Pak Mahmud yang rapat berjalan seiringan dengannya.

(8) “Alhamdullilah, semuanya baik. Hari ini, saya tak mahu dengar sedikitpun tentang perkara urusniaga. Saya hendak bercakap dengan awak sebagai seorang kawan”, balas pak Mahmud. “Sila duduk. Make yourself easy!”, sambungnya lagi sambil menjemput Munshi duduk di sebelahnya pada sofa Italia di Kamarnya.

(9) “Saya terlalu risau tentang awak. Sampai di depan Kaabah saya teringatkan awak. Awak kerja terlalu kuat. Saya dengar awak selalu marah-marah, meletup selalu. Susah untuk mencari CEO yang berani, cekap, dan ikhlas sekarang ini. Saya boleh dapatkan yang jujur tapi tidak berani. Ada yang berani tapi tidak jujur. Yang cekap, banyak, tapi kurang berani. Kejujuran awak berkerja melintasi batas bersih, segalanya awak lakukan dengan ikhlas. Satu darjat lebih tinggi dari setakat jujur. Awak jujur dan bersih. Saya tidak mahu awak mengalami tekanan yang tidak perlu dan menimbulkan masalah kesihatan teruk. Saya perlukan awak sangat-sangat. Boleh awak cool sedikit?”, asak Pak Mahmud pada Munshi.

(10) "Awak punya daya fikir yang sangat pantas. Bekerjapun terlalu cepat. Karyawan kita tak mampu mengejar. Mereka banyak ketinggalan. Jadi mereka seperti tertekan. Akhirnya banyak yang mengundur diri, mengalah!", hambur Pak Mahmud, sambil badannya membongkok, kedua tangan bercekak di pehanya, matanya tepat memandang Munshi.

(11) Munshi hanya berpeluk tubuh. Tangan kanan mengengam rusuk kiri sedang tangan kiri mencengkan kuat bahu kanannya. Dia hanya diam tapi memandang tepat pada wajah Pak Mahmud. Kini watak-Chi Api sedang bertembung. Pak Mahmud dan Munshi sama-sama punya Chi Api yang sama kuat. Chi Api adalah salah satu horoskop Cina yang mengambar dua watak yang sama-sama mudah membakar, mudah mengambil risiko, biar apapun terjadi.

(12) “Katanya awak ada darah Jawa. Telaten-teliti, manut-taat, hormat-rendah diri, semua itu ada pada awak. Tapi ke mana perginya hemah-wisdom-lembut? Bukankah pembesar Jawa itu lebih banyak mengunakan firasat dari nafsu-hati?”, asaknya terus, tapi dalam nada yang kian rendah dan lembut. Pak Mahmud seperti sedar bahawa Munshi pasti akan membalas pedas jika terus diasak. Dia banyak mendengar, bagaimana Munshi telah berdebat dengan banyak pihak sehingga banyak yang tidak dapat bertahan.

(13) “Maaf Pak Mahmud. Saya lebih banyak darah Melayunya dari Jawa. Melayu yang sedikit garang-ganas; adunan Palembang, Riau dan Brunei, pelaut, penentang dan dulu di hukum Belanda sebagai pemberontak, pengkhianat. Jika sekarang pasti keturunan saya di gelar terorist!”, perbetul Munshi pada telahan Pak Mahmud.

(14) “Tapi awak bukankah dididik lebih banyak dalam lingkungan Jawa?”, balasnya sambil merenung tepat mata Munshi. “Namun, genetiknya tetap Jawa pemberontak. Moyang Jawa saya engkar akan adat manut-lembut Solo, juga sangat menentang Belanda dan Jepun”, jawap Munshi seperti mahu membela diri.

(15) “Saya kira, awak mengalami sindrom sepi yang keterlaluan. Cuba awak baca tulisan Sigmund Freud mengenai perkara itu. Awak perlukan sesorang untuk mengurus kehidupan pribadi awak, seorang isteri", hujah Pak Mahmud lagi. Tersentap Munshi dengan kalimat itu. Dia beralih duduk. Badannya sedikit condong ke depan. Dia duduk tegak. Kedua tangannya bergengaman. Dia mengetap bibirnya, namun dia terus berusaha mengawal hela nafasnya. Dia masih boleh bertenang, biarpun Isyarat Tubuh-Body Languagenya sudah lain.

(16) "Saya tidak bercakap atas tiori. Saya bercakap dari pengalaman. Awak tahu, cinta saya pada arwah isteri saya sangat kuat. Kami sukar dipisahkan. Dia terlalu ideal buat saya. Dia cukup pandai menentukan kedudukannya. Dia tidak pernah campur urusan saya di luar rumah. Dia isteri yang benar-benar teman, pendokong, penghibur dan yang lebih penting suri-ibu yang sangat baik. Bila dia pergi, atas umur saya yang sudah lanjut, sekarang sudah 75 tahun, saya seperti mahu bersumpah tidak akan menduakan cintanya. Namun, setiap saat saya teringatkan dia, maka saya akan menjadi sepi-lesu-kelam. Jiwa saya jadi tidak tenteram. Fikiran saya kacau. Segalanya, seperti batu-tunggul yang tiada ertinya”, berhujah panjang Pak Mahmud buat membenarkan firasatnya pada Munshi.

(17) Munshi mengikut teliti Isyarat Tubuh Pak Mahmud. Dapat dia perhatikan kaca-kaca air mata seperti terbentuk pada selaput matanya. Nafasnya disedut-lepas kuat. Jari-jari tangannya digengam rapat, sesekali diramas-ramasnya. Tanda sayu jelas tergambar. Pak Mahmud sedang berbicara dari hatinya, bukan dari bibir-lidahnya. Munshi kemudian tunduk. Dia diam. Dia kelu. Dia yakin Pak Mahmud bersungguh-sungguh dalam bicaranya. Munshi tidak menjawap, biarpun kesemua buku Sigmund Freud seorang psyco-analyst Jerman telah dia baca, dan tanggapan Pak Munshi sedikit agak menyeleweng kerana Freud berhujah, jika asakan tenaga batin yang berlebihan itu dapat di salur ke arah berfikir dan berkreatif, pasti soal sepi dengan sendirinya pasti luntur dan menghilang.

(18) “Beginilah. Saya tahu awak sudah hampir sepuloh tahun hidup sendiri. Elok awak cari cepat teman hidup awak”, tegas Pak Mahmud seperti memerintah.

(19) “Sebetulnya Pak. Saya ada dua anak yang sedang remaja. Mereka baru tamat, insyaAllah hari ini, Sekolah Tinggi mereka. Selepas ini, saya percaya mereka sudah boleh berfikir-mengerti dan agak berdikari”, balas Munshi memecah kebisuannya.

(20) “Kenapa awak tidak berbincang dengan bekas isteri awak. Tentukan jalan seterusnya. Jangan awak terus dibayangi hidup silam”, sahut Pak Mahmud. “Tidak Pak. Suatu hari nanti saya juga akan membina keluarga baru. Saat ini, saya tidak tega melukakan hati anak-anak saya, biarlah saya sedikit duka asal mereka tumbuh dalam bahagia. Saya pernah yatim-piatu dan saya tahu bagaimana perasaan anak yatim piatu”, balas tegas Munshi dalam sebak menahan rahsia yang sekian lama terpendam dalam dadanya.

(21) “Baiklah. Maafkan saya kerana mencungkil-siasat rahsia hidup awak. Saya ingin berbicara sebagai teman, bukan majikan awak. Saya rasa saya tahu perasaan dan permasalahan awak”, sambung Pak Mahmud dalam nada yang lebih lembut. “Terima kasih Pak. Saya terima nasihat dan teguran bapak sebagai seorang yang jauh lebih dewasa-berhemah”, sahut Munshi.

(22) “Ayuh kita ke rumah. Mak Painah sudah masak. Nanti kita sambung bicara lagi”, usul pak Mahmud bila dia melihat jam sudah 12.30.

(23) "Mak Painah, tunjukkan Cik Munshi kamar tamu", seru Pak mahmud pada Pembantu Rumahnya. "Awak boleh rehat sekejap. Saya perlu mandi dan salin pakaian dan kita sambung perbicaraan sambil minum kopi sebentar lagi", jelas Pak mahmud pada Munshi.

(24) Munshi hanya menumpang sholat di kamar tamu. Dia kemudian terus menghantar pesanan ringkas kepada Siti Zulaikha: "Saya tidak kembali ke kantor petang ini. Terima kasih". Dia terus saja duduk di ruang tamu sambil mengadap himpunan buku-buku Pak Mahmud. Dia terpandang buku Bung Karno. Buku tersebut dibelek-beleknya. Dia terbaca satu rangkai kata keramat Sukarno: "Berikan aku lima panglima, akan kuguncang dunia ini!" Tidakkah ini sama dengan jeritan: “Tidak Melayu hilang di dunia” oleh Hang Tuah, bisik hatinya.

(25) Munshi banyak membaca tentang manusia Bung Karno ini. Sejak kecil, sehingga remaja, hidupnya penuh dihimpit kepayahan, keperitan. Juga bila dia menjejak dewasa, penaklukan Belanda menjadikan dia manusia pemberontak atas pedulinya tentang serakah-merampok Belanda ke atas kekayaan dan keamanan rakyat Indonesia. Dia meniti jalanan korban yang sangat pedih dalam merangkul kemerdekaan bangsa. Namun, biar dia adalah Bapa Pembentukan dan Kemerdekaan Bangsa Indonesia, namun atas perhitungan yang tidak jelas, biar dalam sebuah negara merdeka, di tangan bangsanya sendiri dia akhirnya hidup sepi terpenjara tidak dibelas-perdulikan. Itulah hadiah pengorbanan.

(26) Buat Munshi, Bung Karno adalah teladan dekat korban keaiban bangsa. Tanpa kesatuan bangsa, tanpa ada yang menyatukan bangsa, pasti tangan ketiga seperti lintah akan merayap lalu menghisap habis darah bahkan nanah tubuh bangsa. Belanda dalam abad ke 19, begitulah sifatnya. Bahkan 5,000 tahun dahulu, Buddha dan Hindu juga mengongkong Nusantara menjadi bangsa feudal berkasta sehingga kini sukar terhapusnya.

(27) Biar Islam sudah 500 tahun bertapak di Nusantara, juga yang dinamakan demokrasi sudah dimengerti serasi dengan Islam, namun pengagungan bangsa pada kelas berasaskan keturunan masih tetap juga sama sepertinya nenek moyang mereka menjunjung hormat-manut-sembah pada pendita Buddha dan Hindu. Paling anih, budaya kasta bangsa bahkan telah menjadi semakin luas dan dalam menjalar tanpa henti dari Sultan-Raden, turun setingkat menjadi Tengku, lalu menjadi Tuan, lalu menjadi Nik, lalu menjadi Che, lalu bertambah-tambah dengan berbagai lagi gelaran baru yang cukup innovatif. Kemerdekaan bangsa tidakpun menumbuhkan kemahuan memerdekakan diri sepenuhnya sejalan dengan tuntutan bahawa tiada yang wajib diagungkan melainkan yang Satu, Allah.

(28) Hakikatnya, bangsa-bangsa pribumi khususnya Melayu-Muslim Nusantara masih belum merdeka sebagai kehendak Islam atas setiap jiwa dan fikiran mereka. Bangsa Melayu-Muslim serantau Nusantara lebih gemar gelar dari kecekapan dan peningkatan ilmu diri. Mereka melihat kemulian diri lebih pada gelar dari pada ilmu dan kemahiran. Mereka tidak arif tentang maksud Iqraq Allah.

(29) Di bumi tempat Munshi berpijak menjunjung langit ini, tangan ketiga sedang merayap-tebar luas menghisap kekayaan anak-anak bumi. Setiap pelusuk kehidupan anak-anak bumi sudah ditelanjang nodai. Semua jalan buat mereka bangkit membina diri seperti sudah semuanya tersekat mati. Di laut tersekat. Ikan-ikan sudah tidak kebagian lagi, semua sudah dikaut nelayan besar yang rata-rata bukan anak bumi. Di hutan habis dirobohkan. Tanah sudah kian hilang tergadai cepat. Di Kota-kota kehidupan kian terhimpit. Anak-anak bumi sudah lebih enak ‘disundal dan gadaikan’. Bangsa anak bumi hanya seperti sekadar menumpang lalu berhenti lelah seketika tanpa dapat menghilangkan dahaga membara.

(30) Kini telah ramai anak-anak bumi yang dulunya berselerakan di seluruh dunia mengejar-menimba ilmu. Mereka kini telah menjadi kuasa penentu dalam kancah pembangunan negara. Namun, biar mereka telah memiliki ilmu yang baik, semangat membina bangsa yang mereka miliki sudah sangat berbeza. Mereka lebih cenderung kepada membina individu atas kepercayaan kapitalisma yang sangat mendalam. Akhirnya, mereka tidak pedulikan bangsa. Mereka utamakan diri dan kelompok melebihi segala-galanya. Para bijak pandai, sudah terlalu jauh dari mengenali anak-anak bumi sendiri. Inilah hakikat masa depan anak-anak bumi yang sedang difikir dan khuatiri oleh Munshi.

(31) Saat jiwa Munshi sedang bergelora sebegini, fikirannya menangkap kata-kata temannya Sulaiman ketika mereka ngobrol sambil ngopi. "Selepas kembali dari Tanah Suci, aku merasa insaf dan sedar tentang apa yang kau perkatakan selama ini. Semasa sujud di Kaabah, aku terfikir, dari lebih kurang 1.00 billion umat Islam di dunia ini, berapa ramaikah yang mampu menjejak kaki ke Mekah. Pastinya sangat sedikit, dua hingga tiga peratus setahun. Itu sama jumlah dengan kadar pertumbuhan tahunan umat Islam. Maksudnya, masih banyak umat Islam kita yang belum mampu bertandang menghadap Allah di Ka’abah. Kebanyakan mereka masih hanya mampu setakat hidup. Maka memang benarlah, kita yang sedikit lebih beruntung ini harus memikirkan akan kebajikan mereka yang terbanyak itu".

(32) "Aku juga sedar bertapa kita yang hidup di Kota ini adalah sekadar bodoh-sombong. Kalau kita bertanya, apa yang kita ada, pasti kebanyakan hanya mampu berkata bahawa kita ada rumah dan kereta. Itupun semuanya diperolehi dari pinjaman. Anak-anak pula, biar mungkin selebaran sedang menuntut di menara gading, kemungkinan semuanya dibiayai oleh Kerajaan. Hakikatnya, kita orang Kota hidup berasaskan Negative CashFlow. Namun biar begitu, kita tetap bergaya: bodoh-sombong" tambah beliau sambil jari-jarinya mengetuk-ngetuk birai meja.

(33) "Aku sebenarnya cemburu dengan engkau yang sanggup bersama orang kampung. Bagi aku, sekurang-kurangnya orang kampung, rumah mereka adalah milik mutlak mereka. Begitu juga tanah kebunan, segala tanaman, segala binatang peliharaan. Pada petang hari mereka akan berduyun-duyun ke surau atau masjid. Anak-anak terdidik dalam suasana kemasyarakatan yang bersatu dan bebas bergerak dan bermain biar dalam seribu kekurangan. Yang pasti, orang-orang Kampung tidak hidup dalam Negative CashFlow, tetapi kita henyak mereka sebagai masih mundur dan miskin. Aku tidak mengerti!", tegas Sulaiman sambil menghela nafas panjang.

(34) Segala persoalan inilah sebenarnya yang mengasak kuat jiwa dan fikiran Munshi. Dia percaya, perlu ada yang sanggup melihat dan berfikir dalam prihal ini. Dia juga yakin, wajar baginya saban ketika mengenengahkan perkara ini agar suatu hari nanti ianya akan dapat diterima secara bersungguh-sungguh oleh masyarakat. Dia berharap dengan itu, suatu gagasan perjuangan massa akan tercapai. Namun, dia berdoa, agar ianya tidak terlalu terlambat. Itulah hakikat yang menyebabkan dia tidak boleh lambat dan malas. Atas faktor usia yang tidak ketahuan kapan akan putusnya, maka dia bertekad untuk menjadi lebih agressif-kental.

(35) "Sedang fikir apa?", tegur Pak Mahmud sambil menepuk bahu Munshi. Bukan kepalang terperanjatnya dia. "Saya sedang teringatkan kisah-kisah Bung Karno, seperti buku yang Pak Mahmud ada itu", balas Munshi dalam mengah kekagetan.

(36) "Bagus tu. Elok awak ikut cara Bung Karno. Kapan dan di mana juga, dia tetap diladeni-teman isteri yang cantik dan baik. Dia berjuang, dan dia enjoy life!", sambut Pak Mahmud.

(37) "Nah, cuba lihat album ini", usul Pak Mahmud sambil mengunjuk Album Gambar. "Ini, gambar-gambar Bapak di luar negara tempoh hari?", sambut Munshi sambil matanya dengan pantas mengimbas album tersebut. "Itu tak penting. Cuba lihat ini. Cantik tak? Tinggi. Putih dan bermata jernih. Lembut dan sopan orangnya. Boleh bertutur Inggeris dengan baik. Anak keluarga sederhana. Available", tuding Pak Mahmud pada sebuah potret gadis manis. "Ini pasti calun isteri Pak Mahmud bukan?", tanya Munshi. "Tidak. Dia terlalu muda. Baru 26 tahun", jawap Pak Mahmud. "Kalau awak berkenan, kita boleh ke Yaman bulan depan. Nanti saya perkenalkan awak kepada keluarganya", usul lanjut Pak Mahmud.

(38) "Apa-apapun, pertengahan bulan depan, kita ke Uzbekistan. Saya akan bernikah di sana. Semuanya sudah diatur tetapi P&C: Private & Confidential. Anak-anak sayapun belum tahu perkara ini. Saya hendak awak jadi saksi dan manalah tahu berkat kedinginan di sana awak terpaut pula dengan gadis Uzbek. Kita libur selama 10 hari", tambah Pak Mahmud.

(39) Munshi seperti melopong. Dia terpinga-pinga. Dalam kepalanya dia lantas menghitung sisa hari bekerja mulai dari sekarang sehingga penutupan dan penyatuan Akaun Syarikat. Saat semua karyawan sedang berhempas pulas bekerja, dia pula berambus libur.

(40) "Bisa kecoh besar ini. Apa lagi, jika hasil penutupan Akaun nanti ada perkara-perkara negatif baru muncul, siapa yang hendak membuat keputusan strategik dan cepat? Aku akan cari jalan untuk tidak perlu ikut Pak Mahmud ke Uzbek", bisik hati kecil Munshi sambil kepalanya mengangguk-nganguk. Pak Mahmud lain pula sangkanya. Dia seperti yakin Munshi akhirnya boleh dilarikan untuk bercuti. Dia tersenyum puas. Munshipun turut membalas senyum.

Gawat:

(1) Dua minggu berjalan tenang. Semua eksekutif kanan Bumijaya sedang bertungkus lumus mengemaskini segala maklumat untuk membolehkan semua urusan Audit dapat dijalankan dengan cepat dan sempurna. Segala segi fakta dikumpul, disemak dengan teliti dan dianalisa dengan mendalam. Perbincangan secara harian sering dilakukan terutama sekitar jam empat petang untuk selama sejam. Munshi tidak pernah telat dari menghadiri perbincangan ini untuk menghalusi segala penemuan dan tindakan selanjutnya.

(2) Saban hari semakin jelas permasalahan sebenar yang dihadapi oleh Syarikat. Begitu juga, gambaran di mana dan siapa yang bertanggungjawap mulai menampakkan tanda. Beberapa kegiatan Internal Trading telah dikenalpasti. Sebilangan karyawan dan Ahli Lembaga Pengarah seperti ada terlibat. Bahang keresahan dan usaha-usaha penutupan maklumat sudah mulai terasa. Munshi mengatur langkah cepat untuk mengurangkan mereka yang telibat di dalam mencapai segala maklumat yang terkumpul. Kini hanya Pengurus Kewangan, Setiausaha Syarikat, Pengurus Perundangan dan Pengurus Halehwal Koprat saja yang sering kelihatan keluar masuk kamar Munshi.

(3) Seperti yang diduga, angka kerugian beberapa anak syarikat pasti meningkat pada Tahun Kewangan Semasa. Keadaan ini, menyebabkan Keuntungan Terkumpul menyusut deras. Munshi sudah berkira bahawa 1 Jun akan menjadi H-hour mulai merundumnya nilai saham Bumijaya. Wajah-wajah resah terbayang pada rakan-rakan karyawan yang sedang menganalisa semua data bersamanya. Mereka kelihatan amat khuatir sekali. Mereka semua kebingungan. Yang paling ketara adalah pada Pengurus Kewangan kerana di dalam Mesyuarat Agung Tahunan nanti pastinya dia akan teruk dibelasah para pemegang saham kerana tidak cermat dalam mengawasi kedudukan kewangan syarikat.

(4) Semua keresahan itu dapat Munshi rasai. Dia sendiri turut bertambah resah bila kebanyakan petunjuk menuding pada kelemahan sistem pemantauan perbelanjaan dan perolehan syarikat. Jelas, dia dan Pengurus Kewangan pasti akan diganyang hebat oleh para pemegang saham.

(5) Semuanya memaksa otaknya berputar ligat. Dia sedar, dia perlu merangka langkah-langkah segera untuk mengekang sebarang kecelaruan yang mungkin timbul. Beberapa Pelan Tindakan Pintas-Deception Plan perlu dirangka segera. Kedua-dua langkah Perang Gerila dan Konvesional yang dia pelajari dalam ilmu ketenteraan menerpa dalam otaknya. Kedua serangan penyusupan dan peperangan terbuka mungkin perlu digunakan.

(6) Saat ini kepalanya terasa berdenyut-denyut pedih. Dadanya perit bagai ada duri-duri menusuk di rusuknya. Gastrik, penyakit yang telah lama mengantuinya sudah mulai mengancam. Matanya terasa sangat penat. Munshi berusaha keras mengawal riak gawatnya. Dia tidak mahu kelihatan penik dan resah. Dia mahu semua rakan-rakan karyawannya tidak luntur semangat. Dia harus kelihatan tenang dan kental dalam menempuh segala dugaan mendatang. Munshi sedar, ketenangan dirinya, adalah semangat keyakinan pada semua karyawannya.

(7) Setelah seharian bersengkang mata, bertegang urat, memerah kepala di kantor, Munshi memandu ke arah Pantai Damai. Di sana dia ingin duduk di Bungkah Batu di Tebing Tinggi. Di sana dia seperti ingin berbicara, namun entah kepada siapa? Dia seperti menyoal dirinya, apakah angin, awan, langit, laut, pohon-pohon dan ungas-ungas yang berterbangan akan mendengar keluh resahnya? Saat ini, dia memerlukan segala kekuatan dalaman untuk memacu agar dia terus berdiri dan berjalan tegap.

(8) Namun, belumpun sempat mencapai separuh jalan, talipon bimbitnya mengaum: "Munshi, kau di mana. Boleh kita jumpa sekarang juga. Aku dalam perjalanan ke kantor engkau!", suara Busman di hujung jauh.

(9) "Aku dah balik. Saja nak ambil angin ke Pantai Damai. Penting sangat ke?", balas Munshi. "Baik kau balik cepat. Aku jumpa kau di apartmen saja. Nanti aku singgah belikan makanan. Kita makan malam di apartmen kau saja" balas Busman dengan suara agak cemas. "Baiklah, tapi bagi aku sedikit masa. Aku buat satu pusingan ke Damai, dan kemudian terus balik. Kira-kira 45 minit aku akan sampai ke apartmen. Kau ada kunci, jadi kau masuk rehatlah dulu", balas Munshi dengan hela nafas kesal.

(10) Dia mengeleng-geleng kepala. Bola matanya di pusing-pusing agar kecerdasannya kembali pulih. Kedua lengannya ditegangkan memegang steering dengan keras. Fikirannya dipoloskan, dia memacu dalam seperti separuh sedar.

(11) Saat Munshi melangkah masuk ke apartmennya, Busman sudah menghidang makanan di Meja Kopi di ruang tamu. Keharuman rempah nasi briani dan air kopi panas menerpa setiap ruang tamu. Terasa mengiur dan enak sekali baunya. "Aku mandi dulu. Kalau kau lapar, kau makanlah dulu", usul Munshi bila melihat Busman seperi resah tak karuan. "Cepat. Aku tunggu", ujar Busman.

(12) Sebaik saja Munshi menghabiskan makanannya, Busman seperti tak sabar membuka bicara: "Aku tadi ke Jabatan Boroh, aku bertembung dengan salah seorang Pengurus anak syarikat Bumijaya, Hanifiah. Bila aku tanya kawan aku yang bekerja di situ, apa yang Hanifiah buat di situ, dia kata dia sedang failkan satu Tuntutan Perusahaan menuduh khususnya engkau telah memecat dia secara paksa".

(13) "Juga tengahari tadi aku ke Golf Club, sedang aku makan, beberapa kenalan dalam dunia koprat sedang membincangkan pemasalahan kerugian besar yang sedang dihadapi oleh Bumijaya. Maksudnya, telah ada kebocoran maklumat. Aku percaya cerita-cerita 'kedai kopi' ini akan tersebar meluas. Jualan balik saham pasti akan berlaku, dan ini pasti tidak sihat" cerita Busman seterusnya. "Apa benar kau dan Pak Mahmud akan bercuti. Kenapa bercuti masa-masa gawat sebegini?", tanya Busman seperti menambah kerisauannya. “Jika benar engkau dan Pak Mahmud akan bercuti panjang pada saat segenting ini, aku yakin semua musuh-musuh engkau dan Bumijaya akan lebih mudah menabur fitnah mereka. Mereka boleh menuduh engkau melarikan diri. Lari dari tanggungjawap”, sambung Busman bersungguh-sungguh.

(14) Sambil mendengar secara teliti, fikiran Munshi ligat mengingat kembali kemungkian langkah sumbang yang telah beliau lakukan dan menjangka apakah lain-lain tindakan Mahkamah Perusahaan dan Civil yang bakal diambil oleh mereka yang mulai terkena bahang pembersihan yang sedang beliau jalankan. "Aku mengagak pasti ada kemungkinan Court Injunction akan dimulakan oleh mana-mana pihak, terutama bagi menghalang pengambilalihan kuasa yang sedang aku lakukan", bisik hati kecilnya. Semua persoalan-persoalan itu menambah kecut hatinya.

(15) Munshi bangkit dari sofanya. Dia berdiri tepat memandang Busman. Dia mengeliat mengendurkan segala ketegangan urat belakang, bahu dan pinggangnya. "Aku tak sangka yang engkau boleh menjadi sumber Intelligent Bumijaya yang baik. Sejak bila kau dapat tugas itu?" gurau Munshi sambil menepuk-nepuk bahu Busman. "Kau jangan main-main Munshi, kau jangan pandang ringan benda-benda macam ini, kau boleh tak tidur nanti, boleh tak lalu makan, dan berkecamuk akibat semua itu nanti, apatah lagi jika ianya datang secara serentak dan mendadak. Parah kau nanti", balas Busman bersungguh-sungguh.

(16) "Kau juga harus ingat, musuh kau sekarang sudah meluas. Ada dari dalam. Ada dari luar. Khususnya yang di luar, sudah mengira inilah masa terbaik untuk memusnahkan Bumijaya. Engkau pasti sedar, Bumijaya banyak saingan dagangnya. Juga, kau kena ingat, kau selama ini tiada pertalian keluarga dan niaga dengan Pak Mahmud. Kemasukkan engkau ke Bumijaya mendapat iri dari saudara mara dan bahkan rakan-rakan kongsinya. Kau kena sangat berawas", tegas Busman dalam nada yang agak keras.

(17) "Aku berterima kasih memiliki sahabat seperti engkau. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, engkau sangat banyak mendokong aku. Aku akan meneliti semua itu. Aku akan tetap rahsiakan banyak perkara dari engkau agar engkau terus bebas-merdeka mendengar, meneliti dan menegur aku dalam tindakan koprat yang akan dan sedang aku lakukan", balas Munshi sambil melemparkan senyum keyakinan kepada Busman.

(18) Hubungan Busman dan Munshi sememangnya amat akrab. Mereka berdua, sejak kecil, sejak baru mulai belajar berjalan sudah menjadi teman sepermainan yang sukar dipisahkan. Ke mana saja mereka tetap bersama. Hanya malam memisahkan mereka. Mereka sama-sama anak kampung yang meniti jalan panjang bersama. Mereka hanya terpisah bila Busman melanjutkan pelajaran ke New Zealand, sedang Munshi lebih memilih untuk terus belajar di dalam negeri. Selepas tamat pengajian, Busman menetap di Kuala Lummpur, sedang Munshi kembali berkhidmat dalam Kerajaan di Kuching.

(19) Busman sejak akhir-akhir ini, sangat mengambil berat akan Munshi. Mungkin, semua ini atas naluri sejadinya ingin membalas budi. Sambil matanya terpaku pada lapuran saham CNBC, fikiran Busman mengimbau masa silam mereka berdua. Paling mengesankan bagaimana Munshi begitu teruk dibelasah bapanya kerana membela Busman. Masa itu, tubuh Busman adalah kecil sekali. Semasa mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah, Busman telah dipersenda oleh rakan-rakan yang lain. Biarpun keduanya sedaya upaya cuba mendiam diri dan mengelak, namun ejekan dari teman-teman tersebut menjdai kelampuan sehingga berlaku pertengkaran dan akhirnya Busman telah dipukul dengan teruk.

(20) Melihat keadaan sebegitu, Munshi campurtangan untuk membela Busman dan suatu pergaduhan hebat terjadi sehingga keduanya lebam-lebam dan luka-luka. Sebaik sampai ke rumah, kerana terlalu takut untuk menjelas kejadian pergaduhan tersebut, Munshi kemudian terus dimarahi oleh bapanya dan dihuklum dengan teruk sehingga dia deman selama sebulan. Keadaan deman Munshi sememangnya amat ngeri, di mana tubuhnya menjadi sangat kurus menjerangkung. Dia kadang-kadang seharian menangis tanpa suara. Seharian dia terbaring mengelung tubuh-ngerungkel berpeluk kaki seperti tengiling ketakutan. Dia jarang sekali mahu makan-minum. Dia sering saja muntah-muntah dan bila malam akan menjerit-jerit dalam tidur berlarian ketakutan. Munshi seperti mengaku kalah dalam hidup, semangatnya seperti telah melayang jauh.

(21) Buat bapa Munshi, peraturan yang dia tetapkan buat anak-anaknya amat jelas. Dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dalam apa juga perkara yang boleh mengusutkan hubungan kemasyarakatan. Pertengkaran, pergaduhan, buruk sangka, segala macam perangai yang boleh merosakkan pertalian persaudaraan sesama manusia apatah lagi yang terkait dengan keluarga dan jiran sangat tidak diizinkan.

(22) Pendirian bapa Munshi dalam soal memelihara hubungan silaturahim sesama rakan atau tetangga sangat tegas. Dalam apa juga perselisihan atau yang boleh menimbulkan perselihan, sebagai menghormati adat Jawa, dia berkali-kali bertegas agar mengambil sikap ngalah: diam. Ngalah-diam bukan tanda kalah, bukan kerana kocor-takut, tetapi ngalah untuk tidak mengeruhkan keadaan. Jika juga sudah ngalah terus saja tertekan, maka ngaleh-undur saja. Ngaleh-undur, juga tidak bermaksud lari atau pengecut, cuma mungkin untuk mencari jalan yang lebih baik sebelum bertindak.

(23) Maka, jika ngalah dan ngaleh juga tidak meredakan keadaan, dan terus saja diasak, maka sudah wajarlah kita kemudiannya ngamuk. Sebetulnya, Munshi telah mematuhi amalan ngalah-ngaleh dan akhirnya ngamuk yang di dokong kuat bapanya, namun, kerana pegangan terhadap disiplin itu, kini dia terhukum. Munshi sangat tidak mengerti. Cuma yang jelas, setelah dewasa, maka Munshi sedar satu kekurangan dalam prinsip hidup bapanya adalah perlunya ngomong-bercakap yang benar dengan penuh keberanian. Kini, prinsip hidup Munshi dilengkapi dengan sifat ngalah, ngaleh, ngomong, dan ngamuk.

(24) Busman sering ke rumah Munshi saat dia begitu. Hatinya sangat kesal kerana, biarpun Munshi mengadai diri membela dia, namun bila Munshi terhukum keras, dia seperti bungkam untuk bersuara. Banyak cara Busman lakukan untuk mengembalikan keceriaan pada Munshi. Dia bercerita tentang segala apa yang dia pelajari. Dia bercerita bagaimana dia gembira bermain dengan teman-teman perempuan di sekolah. Dia bercerita tentang buku-buku cerita baru yang dibaca di sekolah. Dia bercerita betapa sebahagian guru-guru sering bertanya akan Munshi. Namun semuanya tidakpun mengukir sebarang senyum pada Munshi. Malah air matanya saja terus berlinangan. Dan kadang-kadang Busman sendiripun ikut menangis bersama.

(25) Kesetiaan Busman dalam menemani Munshi di saat dia terlantar putus asa itu amat memilukan seisi keluarga kedua belah pihak. Kekesalan yang tidak terhingga terbayang pada kedua belah keluarga. Pelbagai usaha dilakukan mereka untuk mengembalikan semangat Munshi. Bomoh dipanggil untuk menjampi serapah. Tok Iman Syed Ahmad turut membantu menyediakan air penawar, namun semuanya tidak ampuh. Munshi menolak segalanya. Dia memberontak dalam diam. Sesal dan penuh kebinggungan menyelubungi kedua keluarga.

(27) Buat Munshi, dia telah membuat perhitungan mudah. Jika atas membela kebenaran dan penindasan, maka dia terhukum, maka dia juga harus berani mengamuk dalam diam, menantang hukuman bapanya yang tidak adil.

(28) Namun suatu hari, tidak semena-mena, Busman mencarit-carit cuba melukis di samping Munshi. Busman sememangnya tidak pandai melukis. Dia sering saja mendapat ejekan teman-teman bila saja tiba matapelajaran melukis. Melukis sebuah bola warna warni yang bulat pun dia tidak mengerti, dari sebuah bola yang bulat entah menjadi apa yang sangat payah untuk dimengertikan bagaimana bebalnya dia saat tiba matapelajaran melukis. Sedang Munshi, memang terkenal sebagai artis di kelasnya. Pergaduhan yang terjadi beberapa minggu sudah sebenarnya akibat Busman yang tidak pandai melukis kucing, kerana kucing lukisan Busman hanyalah sebuah bulatan hitam berkaki dan berekor lurus, tanpa kepala dan telingga. Sehingga, guru lukisan mengatakan itu sebagai bayangan bungkah tunggul di malam pekat! Perkara itu kemudiannya menjadi bahan ejekan teman-teman terhadap Busman.

(29) Saat Busman sedang terbongkok-bongkok melukis di sebelahnya, tiba-tiba tangan Munshi biar telah kurus melidi dan bergetaran memegang tangannya dan memandunya mencarit-caritkan lukisan. Munshi, biar dalam tenaga yang sangat lemah, cuba sekerasnya mahu mengajar Busman melukis. Dalam hati Munshi, inilah saja jalan agar Busman tidak akan diejek oleh rakan-rakan sekelasnya lagi. Mulai dari hari itu, Busman saban hari belajar melukis bersama Munshi disamping terus-terus membawa buku-buku pelajaran lainnya untuk dibaca bersama.

(30) Saban hari, kemudiannya, semangat Munshi kian pulih dan dia mulai mahu tersenyum, makan dan akhirnya berjalan keluar dari withdrawing syndromenya. Busman dan Munshi kemudian itu terus belajar melukis tentang kehidupan mereka.

(31) Kerana minat dan bakat melukis sejadinya maka Munshi seperti sudah tertanam dalam dirinya ingin mewarnai latar bangsanya. Seni lukis menjadikan jiwanya begitu peka dan mudah tersentuh oleh latarbelakang warna-warni kehidupan. Warna-warna hitam, kelabu dan pucat adalah warna-warni masa depan bangsa yang gelap, kelam dan tidak menentu. Dia gemarnya pada warna hijau, kuning, merah dan merah jambu yang melambangkan kesegaran, ceria dan keberanian. Itulah warna yang mahu dia warnai pada setiap wajah anak-anak bangsanya.

(32) Juga seni lukis, telah memberikann dia ilham dan strategi untuk mencorakkan kehidupan masyarakatnya sebagaimana citarasa seni lukisnya.

Menyonsong Badai Menongkah Arus

(1) "Pagi esok, seawalnya, sila ke kantor saya. Ada perkara penting kita kena bincang segera", begitulah pesanan ringkas yang Munshi terima dari Pak Mahmud saat dia mahu masuk tidur. "Baik Pak. Jam 0830 saya akan ke kantor bapak", balas Munshi.

(2) Biar berapa keras Munshi cuba melelapkan diri, namun fikirannya terus berputar ligat. "Dari aku membuang masa, dari berperang antara tidur dengan tidak, lebih baik aku mencari akal buat menghadapi hari esok", bisik hati Munshi lantas dia ke kamar bacaannya. Di sana, dia merenung setiap buku yang telah dia baca yang tersusun rapi pada rak buku di kelilingnya. Dari judul buku-buku itu, dia cuba mengingati tentang pelbagai cara yang diketengahkan oleh pelbagai penulis dalam menghadapi kemelut sebagaimana yang sedang dia hadapi.

(3) Tiba-tiba matanya terpusat pada sekelompok buku-buku Sejarah Peperangan: Vietnam, Korea, Iraq, Pasifik, Asia Tengara, dan Peperangan Gerila di Malaysia. Kini fikirannya menjalar kepada Pelajaran Ketenteraan dan Peperanngan yang pernah dia ikuti semasa menuntut dulu. Dia menongkat dagu. Dua telapak tangannya bertelangkup menutupi mulut dan hidungnya. Dia menarik nafas panjang. Matanya terpejam. Dia menenangkan fikirannya. Dia memusatkan seluruh tenaga otaknya untuk mencari jalan. Dia mulai memperhitung kekuatan yang ada pada dirinya.

(4) Tiba-tiba hatinya bertanya: "Pertama, apakah para Pengurus Perundangan, Pengurus Kewangan, Setiausaha Syarikat, Pengurus Halehwal Koprat, dan Pengurus Perancangan Koprat yang ada adalah mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas? Adakah, mereka itu yang disebutnya sebagai Gang of Four, boleh dipercayai? Adakah mereka itu akan terus bersamanya dalam apa juga keadaan?" Dia memperhitung akan kejujuran dan kesetiaan mereka. Namun, Munshi yakin dia mempunyai pasukan forensik yang jujur dan ikhlas. Dia cuma ingin memastikan bahawa dia punya Pasukan Kerja yang dia boleh disandarkan keyakinannya.

(5) "Keduanya, karyawan-karyawan kanan yang telah dilucutkan kuasa, apakah mereka mempunyai cukup kerja untuk dilakukan?" Dia berkira-kira, separuh dari mereka itu boleh dipercayai, sedang separuh lagi sangat dicurigakan. Maka dia mencari akal, bagaimana untuk mengenali siapa di sebelah mana, dan paling utama, bagaimana caranya agar yang baik antara mereka tidak akan terpengaruh oleh yang sedang keresahan dan cuba mengagalkan usaha pemulihannya. Dalam disiplin ketenteraan, untuk mengenali siapa yang lemah dan siapa yang cekap, maka satu Excercise Gonzales perlu dilakukan. Dia akan membuat segalanya dengan menggunakan muslihat ketenteraan. Dia tidak akan bersikap bertolak ansur atau diplomasi.

(6) Kira-kira 40 orang karyawan telah ‘dilucutkan’ kuasa atau lebih tepat dikesampingkan-push aside oleh beliau. Agar mereka ini tidak menjadi duri dalam daging, "Keep them busy and usefull", bisik hati Munshi. Maka dia membentangkan kepada mereka ini akan permasalahan yang sedang dihadapi oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, mereka tidak diberikan sepenuh maklumat sebagai mana yang dimiliki oleh Gang of Four. Berdasarkan maklumat-maklumat yang dibentangkan, mereka ini, diberikan kebebasan untuk memilih kumpulan antara 4-5 orang, untuk membentuk ‘Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja’, QCC, untuk merumus dan mencadangkan beberapa jalan terbaik dalam mengatasi permasalahan yang sedang dihadapi.

(7) Munshi yakin, dengan adanya Kumpulan QCC ini, mereka akan menjadi sibuk dan mengurangkan masa untuk bergosip dan melakukan perkara yang bukan-bukan. Paling penting, dia mahu mereka tetap berasa berguna. Di samping itu, beliau dan Gang of Four boleh juga mempertimbangkan mana-mana saranan yang baik. Sekurang-kurangnya, pasti tercerna jalan-jalan keluar pilihan.

(8) Sekumpulan karyawan yang mahir dalam bidang IT dan pemprograman telah di arah untuk membangunkan Pangkalan Data Bersepadu bagi memudahkan pengumpulan dan penganalisaan maklumat dagang. Penyelenggaraan Pangkalan Data ini Munshi rencanakan akan dijadikan tanggungjawap utama bagi Bahagian Audit Dalaman.

(9) Munshi juga berencana, untuk melantik sebuah Juru Perunding Perhubungan Awam, PR Consultant untuk menyediakan hebahan akhbar. External Auditor juga akan digembelingkan bagi menyokong dan lebih menjelaskan akan fakta-fakta yang dikeluarkan. Semuanya akan diterbit secara berkala dan secara Slow Release. Munshi percaya, dengan cara ini, akan membantu mengekang penebaran berita berasaskan khabar-khabar angin dan spekulasi.

(10) Dalam masa yang sama, Munshi merencana agar Bahagian Halelwal Koprat bersama-sama semua karyawan yang lain merancang dan mencadangkan Penyusuan Organisasi dan Pengurusan Syarikat dan semua anak-anak syarikatnya. Setiap objektif dan tanggungjawap perlu diperincikan dengan jelas. Begitu juga semua Tatakerja kritikal perlu dikenalpasti, dibangun dan diterapkan dengan seberapa segera. Munshi berkira dengan cara ini, penyusunan semula Struktur Organisasi dan Pengurusan Syarikat akan dapat diterima secara meluas dan semua pihak akan merasa terlibat dan bertanggungjawap. Office Politicking dan Pointing Fingures pastinya akan dapat dikekang dengan baik.

(11) Bahagian Halehwal Koprat juga akan diarahkan untuk menyediakan latar belakang kemahiran setiap karyawan. Juga keperluan latihan dan pendidikan lanjut setiap seorang dari mereka juga akan dikenalpasti. Latihan secara dalaman akan diatur. Beberapa orang yang didapati wajar akan diberikan kemudahan untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang-bidang yang sangat-sangat diperlukan oleh Syarikat.

(12) Bahagian Perancangan Koprat pula akan dikenhendaki bersama-sama semua Bahagian dan anak-anak syarikat akan diarahkan untuk menyediakan Business Blue Print untuk tempoh lima tahun mendatang. Blue Print ini akan mengariskan Keupayaan, Cabaran, Prospek, Sasaran dan Pelan-pelan Tindakan yang wajar dijalankan dalam menggerakan Syarikat jauh ke depan.

(13) Munshi yakin, dengan semua usaha-usaha bersama ini, keyakinan para karyawan akan terus mantap. Munshi sedar, Internal Stabilization adalah penting. Begitu juga, kegoyahan pelaburan akan dapat dikekang dengan baik. Dia percaya, dengan semua langkah ini, akan terserlah siapa yang bertungkus lumus secara jujur dan sanggup bermatian mempertahankan Bumijaya, dan siapa pula yang bersikap sambil lewa dan sanggup pula menikam dari belakang. Munshi yakin, insyaAllah, Bumijaya akan tetap teguh dan pulih dengan baik.

(14) Untuk itu, Munshi memasang jerangkap. Dia juga mengumumkan barang siapa mahu bercuti, maka mereka bolehlah bercuti. Pastinya, mereka yang taat kepada Bumijaya akan memilih untuk terus bekerja, sedang yang sebaliknya akan memilih untuk berlibur-berhibur.

(15) Berbekal segala maklumat terkini dan rencana seperti digariskan, Munshi pada keesokan harinya dapat dengan mudah meredakan keresahan Pak Mahmud. Semuanya dia jelaskan secara terperinci kepada Pak Mahmud.

(16) "Cuma Pak, dengan semua ini, maka saya terpaksa harus bersama para karyawan kita. Maksudnya, sehingga semua maklumat sudah terkumpul rapi serta segala perincian tindakan telah tergaris sempurna, saya terpaksa mesti berada bersama mereka, khusunya untuk tempoh dua bulan ini", ujar Munshi saat dia bangkit mahu bersalaman pamitan pada Pak Mahmud. "Maksudnya, awak tak akan bersama saya ke Uzbekistan?", sahut Pak Mahmud.

(17) "InsyaAllah, saya akan ke sana untuk hanya hari penikahan Bapak. Selepas itu saya harus pulang. Kita tidak boleh biarkan kapal belayar dalam laut bergelora tanpa ada juragan", balas Munshi. Jelas pada Munshi, Pak Mahmud seperti kesal. Dia hanya diam tidak berkata apa-apa, Munshi berjalan lalu tanpa menoleh. Dia ingin pulang secepatnya, dan membanting diri di tilam dan lena. Kepalanya sudah berdenyut berat. Matanya sudah berpinar. Tenaga dan emosinya sudah kegersangan.
Jerat Makan Tuan

(1) Segala yang direncana dijalankan dengan sempurna oleh karyawan-karyawan Syarikat. Munshi bersandar puas dikerusi malas di kamarnya. Keresahan awal dipasaran, pasti dapat dikekang dan diredakan. Cuma kini dia tinggal berdepan dengan masalah dalaman. Dia sadar, dalam keadaan apa juga sekalipun, telah terbukti secara saintifik pasti akan ada lima peratus Sisihan Piawai, Standard of Error. Apa juga yang terbuat, pasti akan ada sekurang-kurangnya lima peratus kegelinciran, outliers. Dia pasti lima peratus dari para karyawannya akan ada bersifat mencurigakan. Namun dia juga pasti, sekurang-kurangnya lima peratus akan tidak tergugat kesetiaan dan kejujuran mereka.

(2) Pak Mahmud sudahpun seminggu berangkat ke Uzbekistan. Empat hari lagi dia akan bernikah. "Zu, pesankan saya tiket ke Uzbekistan untuk besok pagi. Saya mahu lewat New Delhi. Tempah tiket kembali dua hari kemudian, dan hala pulang saya mahu lewat Bangkok" arahnya pada Pembantu Khasnya. Dia yakin tiada apa-apa prihal kritikal akan berlaku dalam tempoh empat hari peninggalannya itu. Biarpun masih kepenatan menguruskan tugas rasminya, namun tanggungan-sokong moral pribadi kepada Pak Mahmud juga harus ditunaikan tanpa banyak soal.

(3) Juga bagi melegakan semua, khusus bagi yang sudah memerah tenaga mempersiap segala tugas, Munshi mengarahkan sebahagian besar dari para karyawannya berlibur untuk seminggu.

(4) Namun sebagai terduga, Hanifiah yang kebetulan telah diperguna oleh beberapa Ahli Lembaga Pengarah serta pihak-pihak di luar dalam mengaut untung dari kelemahan sistem pengesanan Syarikat, sudah merasa resah. Dia menduga pasti Munshi ke luar negara untuk mencari jalan bagaimana mahu membunuh masa depan beliau. Dia yakin usai saja Forensic Audit dijalankan, pastinya akan terbongkar beberapa pemalsuan yang selama ini telah dia jalankan. Dia berencana mengunakan kelapangan ketidak hadiran Munshi untuk mengatur langkah. "Jika aku kecundang di Bumijaya, di tangannya Munshi, aku mesti hidup terus di luar jangkauannya", begitulah perkiraan Hanifiah akan langkah yang akan dia perhitungkan.

(5) Munshi, yang firasatnya sangat dalam, telah meminta Pengurus Halehwal Koprat untuk mengarahkan agar Hanifiah menghabiskan kesemua cuti terkumpulnya yang jarang dia pergunakan selama ini. Hanifiah menyambut peluang itu untuk mengajak mereka yang bersekongkol dengannya juga memohon menghabiskan cuti yang tersisa. Mereka terbang ke Bandung atas alasan mahu main golf, khusus memenuhi undangan beberapa pembekal perabut jati yang telah sekain lama tertangguh. Tiga pemilik utama syarikat luar yang sering berurusan dengan mereka turut sama.

(6) Tanpa Hanifiah sadari, Munshi punya beberapa kenalan rapat di Lapangan Terbang. Mereka adalah teman-teman sekuliah beliau dahulu. Sebahagiannya sangat berkait rapat dengan urusan Import dan Percukaian beberapa barangan yang sering Bumijaya bawa masuk khususnya dari Indonesia, India dan China. Sebelum berangkat ke Uzbekistan, Munshi telah berhubung dengan beberapa dari mereka yang boleh beliau percayai, agar memerhati jika ada pergerakan keluar negara beberapa dari Eksekutif Kanannya. Nama Hanifiah adalah tertinggi dalam senarai beliau. Tip Off dari rakannya ini, mengesahkan prasangka Munshi terhadap mereka yang tidak boleh dipercayai di kalangan karyawannya.

(7) Sedang di Bandung, Hanifiah dan teman-temannya mengumpul semua rakan-rakan dagang Bumijaya dan beberapa anak syarikatnya di Jakarta, Bandung, Yogya, Surabaya, Medan, Makasar, dan Jayapura untuk bersama di Bandung. Sememangnnya dulu Hanifiah telah diberi kepercayaan penuh untuk berurusan dengan mereka ini. Dengan bantuan tiga rakan luar yang lain, yang selama ini sering menjadi orang tengah antara pembekal dan Bumijaya. Mereka membincangkan penangguhan semua urusan dagang bersama-sama rakan-rakan dagang di Indonesia selama enam bulan atas sebab urusan penyusunan semula Bumijaya dan anak-anak syarikatnya. Beberapa paparan berhubung dengan perkara berkenaan dalam akhbar-akhbar Malaysia mereka tunjukkan sebagai bukti.
(8) Dalam masa yang sama juga, dia dan rakan-rakannya sudah menyusun langkah untuk memintas semua pengimportan barangan-barangan itu dalam sedikit masa lagi. Kini mereka sedang menyususun strategi untuk menandatangani IkatJanji sebagai Pengimport dan Pengedar Tunggal bagi semua barangan yang selama ini rakan-rakan dagang Indonesia bekalkan.

(9) Dengan langkah ini, Hanifiah dan teman-teman sekongkolnya yakin, Bumijaya pasti akan menghadapi masalah dalam memenuhi bekalan segala barangan dari Indonesia, dan akhirnya, mereka akan menjadi pembekal tunggal bagi segala keperluan Bumijaya. Dengan menjadi orang tengah, pastinya keuntungan berlipat ganda akan mereka perolehi. Licik sekali pemikiran dan gerak langkah mereka. Mereka tersenyum puas. Mereka yakin, segala penyelewengan yang selama ini mereka lakukan pasti akan dapat ditutup kemas.

(10) Penikahan Pak Mahmud dan pasangan gadis Uzbekistan berjalan lancar. Atas nasihat Munshi, agar tidak terjadi sebarang fitnah dan spekulasi tidak ketentuan, sebuah taligraf di sampaikan ke kantor memaklumkan akan penikahan tersebut. Juga dimaklumkan bahawa Pak Mahmud akan bercuti selama sebulan dan Munshi telah ditugaskan untuk mengendali sepenuhnya segala urusniaga Bumijaya dan anak-anak syarikatnya. Berita itu Munshi pohon pihak Halehwal Koprat siarkan secara kecil sahaja dalam akhbar-akhbar tempatan.

(11) Usai urusan penikahan Pak Mahmud, Munshi langsung bergegas berangkat pulang. Sesampai di Bangkok, dia menghubungi Siti Zulaikha, menyatakan bahawa dia menangguhkan kepulangannya ke Kuching barang tiga hari. Dia mengkhabarkan mahu rehat sebentar ke Chiang Rai, di utara di perbatasan Thailand-Burma. Kononnya dia mahu menikmati musim sejuk di pergunungan dan menghirup udara segar hutan di sana.

(12) Sebetulnya, sesampai di Banglkok, Munshi terus terbang ke Palembang. Di sana, terdahulunya dia telah berhubung dengan Pak Sukarno, pemilik PT Indrakayangan, yang berpusat di Semarang, Palembang, dan Banda Acheh, sebuah syarikat gergasi yang terlibat dalam pembalakan di Papua, Sumatera dan Kalimantan. PT Indrakayangan juga adalah pengeksport terbesar perabut, ikan, batik, tektil, makanan segera, barangan kraft, dan segala macam rokok buatan Indonesia.

(13) Pak Sukarno adalah seorang rakan baru yang Pak Mahmud ketemui semasa dia menunaikan Umrah tempoh hari. Pak Sukarno punya hubungan yang amat baik dengan banyak pengusaha di seluruh Indonesia dan dia sangat terkenal dalam membantu pembangunan Pendidikan Madrasah di sana khususnya di kepulauan-kepulauan timur jauh.

(14) Kebetulan juga, Pak Mahmud mempunyai seorang rakan dagangan, Sheik Fuad Fahmy yang memiliki PanPacific Trading Ltd (PanPac Ltd), yang berurusniaga dalam bidang bekalan minyak sawit dan makanan di Yaman dan Timur Tengah. Beliau juga sangat berminat untuk mengembangkan bidang dagangannya. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Bumijaya untuk menjadi tapak bagi kemasukan barangan Malaysia-Indonesia ke Timur Tengah. Inilah sebenarnya, urusan dagang baru yang Pak Mahmud ingin bicarakan sebelum berangkat ke Uzbekistan terdahulunya.

(15) Mengetahui akan hal ini, Munshi telah mengatur agar Perjanjian Tiga Penjuru di adakan, dan ianya perlu berlandaskan Sistem Dagangan Islam iaitu Al Mudharabah-Perkongsian Untung-Rugi. Tetuan Rahman-Rahim Co yang berpangkalan di Kuala Lumpur yang mahir dalam undang-undang dagangan antarabangsa telah dilantik untuk mewakili Bumijaya dalam urusan perjanjian berkaitan. Munshi-Pak Sukarno-Sheik Fuad memetarai Perjanjian tersebut dengan penuh rasa saling bersaudara dan kepercayaan.

(16) Sekembali Munshi ke kantor tiga hari kemudiannya, dengan segera dia memanggil Pengurus Pemasaran Bumijaya untuk mendapatkan sebut harga terbuka dan jaminan bekalan dari Indonesia untuk 10 kontena perabut khas, 30 kontena ikan dan 10,000 teu papan lapis setiap bulan. Begitu juga RM2.00 juta/bulan pelbagai jenis ukiran kayu perlu didapatkan. Semua barangan ini mesti tersedia dalam tempoh satu bulan. Arah pasaran terus dirahsiakan oleh Munshi.

(17) Pengurus Pemasaran telah kemudiannya menyampaikan segala maklumat ini kepada semua Bahagian yang berkaitan, dan akhirnya Hanifiah dan kuncu-kuncunya yang masih di Bandung berpesta besar mendengar khabar ini. Mereka yakin kuasa monopoli sudah berada di tangan merreka. Bumijaya pasti sudah dalam genggaman mereka. Mereka mengira, bahawa Munshi pasti akan mudah terperangkap dan mereka kemudian akan
memaksa dia untuk menutup segala penyelewengan yang telah mereka lalukan selama ini.

(18) Hanifiah dan kuncu-kuncu kemudian bergegas ke Jakarta lalu membuat tempahan bahan-bahan sebagaimana dimaklumkan. Dia begitu yakin, Bumijaya akan terpaksa membeli melalui saluran biasanya dan di situlah nanti segala perhitungan akan dilakukan.

(19) Namun, Munshi kerana sudah mendapat Tip Off awal dari rakan-rakannya, beliau telah mengambil langkah pilihan yang jauh lebih tangkas dan berani dari yang difikirkan oleh Hanifiah dan kuncu-kuncunya. Hasil dari Perjanjian dengan PT Indrakayangan, syarikat milik Pak Sukarno, akan menghantar terus segala barangan yang dipesan ke destinasi pasaran yang akan ditentukan oleh Bumijaya. Dengan cara ini, masalah double handling akan dapat dielakkan. Masa penghantaran akan dapat dipendekan dan harga barangan akan menjadi jauh lebih murah dari urusan lewat Pelabuhan Klang-Kuching yang selama ini diamalkan. Biarpun harga jualan agak rendah, namun keuntungan besar tetap dapat diperolehi melalui High Volume Turnover.

(20) Bila urusan pembelian dan bekalan hendak diputuskan, ternyata segala sebut harga tidak Munshi pedulikan. Bumijaya-PT Indrakayangan-PanPac telahpun sepakat menetapkan harga bekalan dan jualan bagi barangan yang dipesan. Mereka juga telah menetapkan nibah dan jumlah keuntungan berasaskan penglibatan usaha dan modal masing-masing. Begitu juga mereka telah sebulat suara mengasingkan nisbah keuntungan yang akan diguna bagi membangunkan secara bersama pendidikan Islam di kawasan-kawasan terpencil Indonesia.

(21) Mengetahui akan prihal percaturan dagang terbaru Munshi, Hanifiah seperti cicak termakan kapur. Kepalanya berpusing. Badannya mengigil. Degupan jantungnya keras. Matanya berpusar-pusar berpinar. Darahnya meruap. Dia menjerit-jerit seperti orang histeria. Dia pengsan dan terpaksa dirawat di hospital. Seminggu suntuk dia terkapai-kapai kaku.

(22) Setelah habis cuti yang dia pohon, Hanifiah dalam penuh lesu datang menghadap Munshi. Pengawal yang sedar kehadiran Hanifiah telah siap sedia mengiring beliau ke mana saja dia pergi. Tanpa segan silu Hanifiah memohon: "Tuan, saya serahkan surat perletakkan jawatan saya. Saya insaf. Saya menyesal. Saya telah dipergunakan orang luar untuk mencari untung dari titik peluh kita. Saya mengaku saya bersalah. Semua itu saya tulis dalam surat ini. Saya benar-benar agar tuan terima perletakkan jawatan saya. Saya akan tarik balik pertuduhan saya terhadap tuan di Mahkamah Perusahan. Maafkan saya tuan", dengan bercucuran air mata dia menangis, mengigil, menyembah seperti seorang hamba mepohon kemerdekaan.

(23) "Bersama awak ada tujuh orang yang terlibat. Lima darinya terus mahu bergalang arang ke Bandung mahu meruntuhkan Bumijaya. Data awal menunjukkan sejumlah RM50.00 juta telah awak semua selewengkan. Tidak cukup sekadar itu, awak terus tamak mahu lebih. Inilah musibahnya bila kita sudah gila wang, tidak syukur dengan apa yang sekadarnya hak kita", tegas Munshi kepada Hanifiah. "Saya mengaku tuan, saya mengaku saya bersalah. Ampunkan saya. Terimalah perletakkan jawatan saya. Biarlah saya bebas. Saya ada tanggungan keluarga untuk dipikul", tambah rayu Hanifiah.

(24) "Baiklah, semua pengakuan awak sudah saya rakamkan. Saya akan pertimbangkan, dan awak nasihatkanlah semua rakan-rakan awak yang terlibat supaya berundur segera bersama", bentak Munshi keras. "Sekarang pulanglah kepada keluarga dan jagalah mereka baik-baik", tegasnya lagi lalu terus dia beredar pergi dari kamarnya meninggalkan Hanifiah termanggu sendiri.

(25) Sambil melintas lalu di meja pembantunya, Munshi memberi isyarat agar kedua-dua Pengurus Halehwal Koprat dan Pengurus Perundangan Syarikat bertemunya di kamar minum. Saat mereka muncul, Munshi mempersilakan mereka untuk membuat air teh masing-masing. "Saya mahu, mereka seperti tersenarai ini dipecat dari semua kedudukan di Bumijaya. Sebabnya adalah penyelewengan dan salah guna kuasa", arahnya kepada keduannya sambil menghulurkan kertas mengandungi senarai tujuh orang yang dimaksudkan. "Tapi, bukankah kita kena buat Domestic Inquery-DI dulu sebelum apa-apa tindakan boleh dilakukan", sanggah Pengurus Perundangan.

(26) "DI ada dua tujuan. Pertama membuktikan kebenaran. Keduanya, untuk memberikan peluang kepada tertuduh membela diri secara saksama", tegas Munshi. "Dalam hal ini, bukti jelas sudah ada. Segala ketak seimbangan Penyata pada Voucher Pembelian dan Jualan adalah bukti nyata. Dan dalam surat ini, Hanifiah telah mengakui segalanya. Juga rakaman pita ini, jelas mengenai apa yang telah beliau perkatakan. Saya mahu awak persaksikan semua ini dan rekod dengan baik-baik. Lagipun, saya agak sangsi dengan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang akan duduk dalam DI nanti", jelas Munshi sambil menghulurkan surat pohon letak jawatan Hanifiah serta pita rakaman perbualan mereka sebentar tadi.

(27) "Saya yakin, enam yang lain akan menghantar surat perletakan jawatan awal pagi esok. Kita jangan terima surat tersebut, sebaliknya kita pecat mereka", tegas Munshi terus. Pengurus Perundangan mengeleng-geleng kepala. Munshi perasan gerak badannya. "Ada masalah dengan itu?", lempar pertanyaan kerasnya kepada Pengurus Perundangannya. "Saya khuatir, akan ada percangahan kepentingan nantinya tuan. Maksud saya, jika mereka telah meletakkan jawatan, maka kita tidaklah boleh memecat mereka. Itu boleh jadi double jeopardy, saya kira itu tidak dibolehkan" jawap beliau dengan ada tanda ragu-ragu.

(28) "Employment is a Contract. Dia menjual, kita berhak membeli atau tidak. Lihat tawaran perletakkan jawatan mereka sebagai Invitation to Treat. Itu cara saya melihatnya dan itulah cara kita mempertahankan diri kita", ujar Munshi cuba menyakinkan Pengurus Perundangannya, yang kemudian seperti mengangguk-ngangguk setuju.

Menyikap Tabir Perjalanan

(1) "Pak Mahmud, saya kira kita perlu mengadakan majlis kesyukuran atas penikahan Pak Mahmud ini", usul Munshi saat munculnya Pak Mahmud di muka pintu Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuching. "Ada dua sebab kenapa kita mesti melakukannya. Pertama, dengan isteri semuda 30 tahun di samping, pastinya itu mengisyaratkan bahawa Pak Mahmud masih bertenaga untuk terus memimpin Bumijaya", bisik Munshi perlahan di telinga Pak Mahmud.

(2) "Awak ni, memandai-mandai. Saya hendak berehat banyak selepas ini. Awak akan memikul lebih banyak dari tugas-tugas saya selepas ini", balas Pak Mahmud sambil menepuk-nepuk bahu Munshi. Mereka berdua tertawa terbatuk-batuk. "Dan sebab yang kedua?", tanya Pak Mahmud ingin tahu lanjut.

(3) "Biarlah ianya menjadi kejutan buat semua. Saya sudah rancangkan biar ianya akan menjadi Impulse kepada peningkatan harga saham Bumijaya. Namun saya jaminkan, ianya adalah satu hakikat dan bukan sutau spekulasi", jelas Munshi seterusnya.

(4) "Baik. Saya yakin awak akan membawa tuah kepada Bumijaya dan semua yang berkaitan" jawap Pak Mahmud sambil langsung meluncur pulang bersama isterinya. Munshi terus pulang ke kantornya. Seorang penulis khas, telah sedia menunggu beliau saat dia melangkah masuk ke Kamarnya. "Begini, saya minta awak buatkan dua rencana khas berkenaan dengan negara Yaman dan Uzbekistan, khususnya menyikap sejarah ke dua-dua negara ini dari mula adanya catitan berkenaan keduanya. Kemudian, saya perlukan awak, menilai strategik kedudukan geo-politik kedua-duanya. Rencana-rencana ini perlu berorientasikan Historical-Commercial. Saya akan usahakan agar rencana-rencana ini dimuatkan di dua muka tengah akhbar Sarawak Tribune dan Berita Harian. Saya akan aturkan penerbitannya untuk hari Ahad ini dan minggu depan", jelas Munshi kepada Penulis Khas berkenaan.

(5) "Saya sudah belikan tiket untuk awak ke Timbuktu, Mali, Afrika Barat. Di sana awak perlu ke Institut Ahmad Baba bagi mengkaji sejarah Yaman. Sebelumnya awak akan singgah sehari di Sana'a dan akan dibawa meninjau Kota Lama Yaman itu. Dari Timbuktu, saya mengharapkan rencana mengenai Yaman akan dapat awak e-mail kepada saya pada hari Rabu untuk saya semak kesesuaianya", perinci Munshi tentang arahan beliau seterusnya.

(6) "Pada hari Sabtu, awak akan ke Doha untuk penerbangan ke Tashkest, Uzbekistan. Dari Tashkest, awak akan terus ke Bukhara. Khazanah sejarah Asia Tengah boleh awak selongkar di Masjid Agung Al-Bukhari", sambung Munshi tanpa memberi ruang untuk Penulis Khas itu menyatakan pendapat atau sebarang pertanyaan. "Semua urusan Visa dan mereka yang akan membantu awak sudah saya aturkan", sambungnya lagi sambil menghulurkan Visa, Tiket dan Jadual ketat yang mesti Penuslis Khas tersebut patuhi.

(7) "Saya seperti bermimpi. Inilah, kebetulannya tiga buah kota yang selama ini hendak saya lawati. Inilah kota-kota yang banyak menyimpan rahsia kejayaan Islam yang sebetulnya mempelopori Ledakan Sains dan Teknologi. Tiada kata yang boleh saya katakan untuk menyatakan betapa bersyukurnya saya. Mudah-mudahan apa juga muslihat baik tuan berkenaan tugas saya ini akan Allah makbulkan. This is my dream come true!", ucap Penulis Khas dengan linangan air mata tanda kegembiraan yang bukan alang kepalang. Semasa berlalu keluar kamar, dia bersalam dan hampir-hampir mengucup tangan Munshi sebagai tanda penghargaannya, namun Munshi menarik cepat tangannya sebelum Penulis berkenaan dapat berbuat sedemikian.

(8) Seperti direncanakan, majlis kesyukuran penikahan Pak Mahmud diadakan di kediamannya. Kira-kira 200 tetamu diundang khas bagi majlis tersebut. Pak Suharto dan Sheik Fuad Fahmy adalah antara undangan khas yang hadir. Pemegang Saham Utama Bumijaya, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pihak Bank, syarikat perkapalan dan penghantaran, para pengedar dan pembekal barangan Bumijaya, dan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana dalam bidang pengeluaran makanan memenuhi ruang tengah Dewan Utama kediaman Pak Mahmud. Munshi memilih untuk duduk bersama Ketua-ketua Pengarang akhbar-akhbar dan Majalah-majalah Business tempatan di sudut kanan Dewan.

(9) Seorang teman, tegap, segak dalam sut serba hitam, berjambang, dengan rambut sedikit panjang ke belakang namun tipis di dahi, duduk di sebelah Munshi. Dia hanya memperkenalan dirinya sebagai Ismail kepada teman-teman semeja. Munshi seperti merahsiakan siapa temannya ini.

(10) Di Meja Utama, di bahagian depan, Pak Mahmud bersama isterinya ditemani oleh dua anaknya, Mustakim dan Mustijah di sebelah kanannya dan kedua orang tua isteri beliau di sebelah kirinya. Kedua-dua mempelai angun dalam pakaian adat Melayu serba putih. Pak Mahmud seakan kembali ke zaman seusia empat pulohan, segak, berseri, dan paling bahagia. Semua hadirin seperti terpegun menyaksikan ayu-segak kedua merpati putih tersebut.

(11) Laman kediaman Pak Mahmud terhias dengan kegemerlapan pancaran lampu-lampu beranika warna dan corak. Pancuran air di sepanjang jalan dari pintu masuk sehingga ke muka Dewan menari-menari dalam suluhan warna-warni sinaran neon. Bau bunga-bungaan yang membarisi sepanjang jalan masuk dan sekitaran laman, menghambur wangian yang amat mengasyikan. Ditambah dengan angin malam yang dingin selepas simbahan hujan tadi sorenya, serta langit cerah dengan sang bulan dipagar segala bintang, menambah seri dan barakah majlis pada malam itu.

(12) Sebagai kemuncak Majlis, Pak Mahmud telah diundang untuk memberikan ucapannya. Munshi telah menyusun Tek Ucapan beliau, yang antara lainnya: "Pertamanya saya ingin mengistiharkan pernikahan saya dengan Soraya El Bukhari, seorang gadis Uzbekistan dan sesungguhnya kehadiran semua ke Majlis ini adalah sangat-sangat saya dan isteri hargai", ucap pembuka kata Pak Mahmud sambil mempersila isterinya Soraya untuk berdiri sembah lalu disambut tepukan gemuruh oleh para hadirin.

(13) "Penikahan saya ini, adalah ikatan persaudaraan yang seperti telah terputus sejak ribuan tahun dahulu. Saya berharap ikatan ini akan menjadi jambatan buat kita sama-sama kembali cemerlang dan gagah", sambungnya terus sambil matanya seperti berlegar keseluruh Dewan. Munshi seperti tahu membaca fikiran Pak Mahmud yang sedang mencarinya, maka dia buat-buat berdiri untuk menuang minuman kepada tetamu di mejanya. Pak Mahmud kemudian tampak senyum tanda lega atas tahunya dia di mana duduknya Munshi.

(14) "Sebulan yang lepas, Bumijaya-PT Indrakayangan-PanPac telah menandatangani Dagangan Al-Mudharabah bagi pasaran di Timur Tengah dan Timur Afrika. Satu urusniaga permulaan bernilai RM50.00 juta telahpun dilaksanakan untuk bulan ini, dan dijangka unjuran pertumbuhan sebanyak 1.5-2.0 peratus sebulan akan di capai untuk tempoh dua tahun mendatang. Kedua-dua barangan Malaysia dan Indonesia akan menembusi Yaman, Oman, Saudi, Mesir, dan Somalia pada permulaan ini lewat Pelabuhan Eden di Laut Merah. Dengan berpangkalan di Perlabuhan Eden, pastinya, rakan dagang kita di Yaman akan terus mengembangkan perniagaan bersama kita ke serantau Afrika Timur dan Arab. Terusan Suez seperti sedang kita kawal ketat!", jelas Pak Mahmud. Saat ini, matannya tertumpu pada Munshi. Riak wajahnya seperti tidak percaya terhadap apa yang baru beliau bacakan. Dia menarik nafas panjang sambil menjeling pada Soraya yang berusaha seperti ingin mengerti apa bicara suaminya.

(15) "Sidang hadirin, saya perkenalkan Pak Suharto Walyo dari PT Indrakayangan, rakan niaga kita dari Indonesia", lalu tangannya dihulurkan menjemput Pak Sukarno bangun mempersembahkan diri. Hadirin memberikan tepukan gemuruh menyambut kehadiran Pak Sukarno.

(16) "Ladies and gentlemen, please welcome our friend, our partner Mr. Fuad Fahmy from PanPac Ltd dari Hadramawt, Yaman", sambung Pak Mahmud sambil dia kemudian terus ke meja di mana Pak Sukarno dan Fuad Fahmy duduk. Dia berdiri ditengah-tengah keduanya. Ketiga-tiga mereka berjabat membentuk rangkaian persahabat serangkai yang utuh. Saat itu para pemberita yang hadir terus bergemerlapan mengambil gambar mereka bertiga. Tepukan hadirin seperti mengegarkan Dewan.

(17) "Sidang hadirin....", sambungnya kemudian, namun ungkapannya terhenti seketika, sambil dia memandang tepat kepada Munshi lalu beralih kepada kedua anaknya, Mustakim dan Mustijah...."Mustakim Mahmud, anak sulong saya, akan bersama En.Fuad Fahmy dalam memperluas dagangan kita di rantau Arab dan Afrika, sedang PanPac akan membuka Urusetia-bersama di Kuching dalam seminggu depan.....". Usai ungkapan itu, Pak Mahmud sejenak seperti terpaku tanpa kata. Dia terus memandang Munshi dan anak-anaknya. Semua mereka tunduk tidak memandang balas. Hadirin menyambut peristiharan itu dengan tepukan.

(18) "Pak Sukarno juga telah bersetuju untuk bersama dalam Urusetia-bersama di Kuching. Bumijaya, akan menghantar Mus...Mus....." ucap Pak Mahmud antara dengar dan tidak. Hadirin diam. Semua seperti sedu. Pak Mahmud ternyata tidak dapat menahan sebak di dadanya. Beningan air mata mengalir di pipinya. Dia meninggalkan rosterum untuk kembali ke tempat duduknya, sambil isterinya terus menyambar lengannya lalu mengusap-ngusap seperti membujuk.

(19) Pak Mahmud kemudian melambai-lambai kepada Juruacara Majlis. Sebentar kemudian, Munshi diundang untuk meneruskan ucapannya.
(20) "Saya bagi pihak Pak Mahmud Abdul Rahmen ingin menyambung ucapan beliau yang tertangguh........sukacita saya memaklumkan bahawa Pengurusan Bumijaya akan menghantar Mustijah Mahmud, anak perempuan tertua Pak Mahmud, ke Palembang bagi bersama-sama PT Indrakayangan dan PanPac Ltd dalam mengendalikan semua urusan operasi di Indonesia", ujar Munshi. Sambil tersenyum di memandang kepada Pak Munshi, dan dibalas dengan anggukan tanda setuju darinya. Namun Pak Munshi masih tetap seperti kekagetan dan terharu.

(21) "Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Mustakim adalah seorang lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Kajian Islam. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah lanjutan dalam Islamic Finance and Business Management dari Universti Damsyik. Sejak tiga tahun lepas beliau telah bertugas dengan Cardev Consultancy Ltd, sebuah perunding pemasaran dan pengurusan logistik yang beribu Pejabat di Los Angeles. Saya yakin dengan kemahiran beliau dalam Bahasa Arab dan serta Pendidikan Islam beliau, maka adalah wajar masa depan anak muda ini kita cuba di Hadramawt, Yaman di bawah bimbingan En. Fuad Fahmy", jelas Munshi seterusnya.

(22) "Sedang Cik Mustijah Mahmud pula, seorang lulusan Undang-undang Islam dari Riyad International Islamic University, kemudian melanjutkan ijazah lanjutan di Universiti Gadjah Mada Jakarta, pastinya pilihan terbaik buat bersama Pak Sukarno di Palembang untuk mengembangkan kerjasama dagang tiga penjuru kita dari sana", jelasnya lanjut. "Suka saya memaklumkan, bahawa, pemilihan kedua-dua mereka ini adalah keputusan Pengurusan, dan Pak Mahmud, tidak terlibat dan tahu mengenai perkara ini. Namun, semuanya telah saya uruskan dengan kedua-dua Pak Sukarno dan En. Fuad Fahmy sejak sebulan lepas", tegas Munshi.

(23) Saat ini tidak terkata kegembiraan Pak Mahmud akan langkah yang telah Munshi lakukan khususnya dalam membawa kedua-dua anaknya Mustakim dan Mustijah ke dalam lingkungan Bumijaya. Sebetulnya, dia sendiri telah berkali-kali cuba membawa mereka berdua kembali dan membantunya menguruskan perniagaan Bumijaya, namun biar betapa keras usahanya, tetap mereka tidak mahu. Dia selama ini bersangka bahawa anak-anaknya sudah tidak mahu peduli akan dia. Ada ketikanya dia juga seperti tidak mahu mengingati akan mereka lagi. Dia seperti kehairan, bagaimana Munshi dengan mudah dapat memenangi hati mereka.

(24) Terbayang jelas kekaguman beliau atas kejayaan Munshi itu, dan ini dianggapnya sebahagai hadiah pribadi tertinggi bagi pernikahannya. Dia selama ini amat khuathir bahawa penikahannya ini akan mendapat penentangan senyap dari anak-anaknya. Dia sungguh berasa lega, puas dan amat gembira. Dia kelihatan berbisik lama kepada isterinya, mungkin sedang menjelaskan apa yang diucapkan Munshi. Kedua anak-anaknya kelihatan menghampiri bapa mereka dan bersalaman dengan kedua pengantin baru itu. Hadirin memberikan tepukan bergemuruh.

(25) "Yaman, suatu masa dahulu adalah pusat dagangan rempah ratus. Inilah negara yang budayanya terbentuk hasil percaturan temadun silam dan moden. Dari Empayar kuno Ethopia, membawa ke Parsi, kemudian jatuh di bawah naungan Empayar Khalifah Islam, lalu Othoman Turki, membawa kepada Portugis dan British sebelum mereka merdeka", jelas Munshi lanjut.

(26) "Ladies and gentlemen, let me now, take the honor, to introduce to you my far discovered friend, brother Ismael Karimov, from Uzbekistan. Ismael was my classmate when I was doing my Postgrad Program in Denver, and now he owns a popular Travel Agency, called Bukhara Travel Ltd with the Head Office in Tukesht, the City Capital of Uzbekistan. Brother Ismael, show yourself to the floor please", lanjut Munshi sambil mempersilakan lelaki segak berjambang kemas yang selama ini duduk di sebelahnya.

(27) "Sementara kita akan membuat dagangan barang di Indonesia dan Yaman, kita telah bersetuju bersama Pak Sukarno dan En. Fuad untuk membangun Archeo-Educational Tourism bagi rantau ASEAN, Timur Tengah dan Asia Tengah. Kita harus tahu, bahawa, sedikit masa dahulu, kebanyakan waris Arab di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand adalah dari Hadramawt, Yaman. Talian darah ini pasti ingin melihat tanah tumpah darah moyang mereka. Juga kita mesti ingat, Sana'a yang sekarang adalah Ibu Kota Yaman, adalah antara bandar tertua di bumi Arab. Sana'a suatu ketika dahulu adalah sebahagian dari sebab kenapa kiblat umat Islam telah beralih dari ke Mekah ke BaitulMuqaddis. Sejarah ini harus kita mengerti. Sejarah ini punya nilai yang sangat luas yang perlu kita dedahkan", ujar Munshi dalam nada yang lantang dan tegas. Hadirin seperti temanggu mendengar hujjah beliau.

(28) "Kita juga mungkin telah lupa, betapa Uzbekistan suatu ketika adalah sebuah negara terpencil namun telah menjadi rebutan pelbagai kuasa dunia, bermula dari Farsi, lalu Roman, Turki, Khalifah Islam, Monggul dan Russia. Uzbekistan, dulunya adalah sebahagian dari Jalanan Sutera yang membawa dagangan amat pesat antara Barat dan Timur. Di Tashkent tersimpan Al Quran yang telah dibangunkan oleh Khalifah Uthman. Inilah negeri kelahiran Iman Bukhari dan saintis Ibnu Sina", sambung Munshi.
(29) "Dengan sejarah sebegitu unggul, pastinya boleh kita selidiki dan teladani bagi membangun kegemilangan kita bersama. Kita harus yakin, melalui Archeo-Educational Tourism pasti banyak rahsia kegemilangan lepas Uzbekistan dapat kita teladani. Kita juga mesti yakin, pastinya nanti kita akan mendapat ilham untuk memperluas dagangan kita ke negara-negara jiran-keliling Uzbekistan seperti Kazakhstan, Kyrgystan, Takajistan, Turkmenistan, Aghanistan, khususnya dalam membawa masuk serban-serban dan jaket-jaket kulit untuk didagangkan di Kelantan....sebuah lagi Tan, tetapi Tan Malaysia" lanjut Munshi sambil dia diam sebentar, lalu di sambut dengan gelak tertawa hadirin semua.

(30) "Hadirin yang kita muliakan. Rencana ringkas berkait dengan Yaman dan Uzbekistan telah kita sediakan pada phamplet bersama Buku Acara majlis ini. Hadirin boleh menyemak kembali rencana ini di akhbar Sarawak Tribune dan Berita Harian dalam tiga minggu yang lepas", sambung Munshi.

(31) Sememangnya telah Munshi rencanakan dengan baik penerbitan rencana kedua-dua Negara tersebut dalam akhbar-akhbar yang dia maksudkan. Dia telah mengupah seorang Penulis Khas untuk tujuan ini. Penulis yang sama juga kini sedang gigih membuat penyelidikan yang lebih rapi akan sejarah kegemilangan Islam di rantau berkenaan khususnya dalam menjejak hasil-hasil cendikiawan Islam yang tersimpan di San'a (Yaman), Andalas (Sepanyol), Timbuktu (Mali, Afrika), Basra (Iraq), Qom (Iran) dan Bukhara (Uzbekistan). Semua ini akan dihimpun menjadi dokumen bagi memudahkan galakan Archeo-Educational Tourism yang hendak Bumijaya bersama rakan-rakan dari Indonesia, Yaman dan Uzbekistan terokai.

(32) Munshi yakin, hasil dari semua ini, akan merintis jalan bagi dagangan yang lebih luas bagi segitiga Arab-Asia Tengah dan Nusantara. Dia seperti sedang mengimpikan kebangkitan semula bangsa dagang, bangsa maritim nusantara. Dia yakin hanya dengan cara ini, barulah masyarakat Islam di nusantara dan Arab-Asia Tengah akan menjadi lebih erat dalam merintis kebangkitan semula dunia Islam. Itulah mimpi besar Munshi. Itulah semangat perjuangannya dalam Bumijaya: menyikap tabir kejayaan yang lebih jauh. Tidak heranlah, jika dia begitu kental dalam perjuangannya. Itulah semangat mendorong beliau untuk terus berlari kencang.

Tempua Bersarang Rendah:

(1) Pagi itu sebagaimana biasa Munshi telah terjegat di Pintu Utama Gedung Bumijaya seawalnya. Namun, ketibaannya kali ini tidak disambut duluan oleh Pengawal yang bertugas namun oleh beberapa orang yang dia kenal selama ini sangat rapat dengan Hanifiah. "Maaf Encik Munshi, saya Philip dari...." perkenal salah seorang dari empat mereka itu. "Ya saya ingat awak. Awak yang selama ini menguruskan pengimportan segala perabut keperluan Bumijaya dari Indonesia. Terima kasih atas bantuan awak", pintas Munshi. "Ya ya memang benar. Sudah 15 tahun kita berurusniaga dalam hal itu", balas Philip sambil menyambar berjabat tangan Munshi. Munshi menyentap tangannya sebelum Philip sempat membongkok mahu menciumnya.

(2) Yang lain juga cuba berjabat dengan Munshi. Namun dia agak was-was atas telatah mereka kerana tidak pernah ada sesiapapun selama ini menjegat beliau seawal sebegini. Pengawal yang menjaga Pintu Utama kemudiannya menghampiri dan cuba menghadang mereka berempat dari terus seperti mahu merapat Munshi. “Kami sebetulnya ingin memohon maaf atas cara kami selama ini berurusniaga dengan Bumijaya. Kalau boleh kami ingin berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah kerugian yang selama ini pihak Bumijaya telah alami", tambah Philip lanjut.

(3) "Kami ingin bekerjasama penuh dengan Bumijaya dalam mengurang atau mengembalikan segala kerugian tersebut. Kami tidak mahu terputus hubungan dagang dengan Bumijaya. Kami benar-benar tidak menduga Encik Hanifiah telah....." sambung Philip, lantas dipintas cepat oleh Munshi: "Tidak mengapalah. Baik awak semua buat temujanji dengan Pembantu saya, kemudian kita bincangkan segala cadangan awak. Lebih baik kalau semuanya dibuat secara rasmi-bertulis".

(4) Munshi memperhitung, jika mereka benar-benar jujur, pasti mereka sanggup lay all the cards on the table. Jika tidak, sekurang-kurangnya beliau telah dapat secara halus mengucapkan terima kasih atas segala-galanya. Yang pasti pintu Bumijaya sudah tertutup sekuatnya buat mereka.

(5) Munshi kemudian terus berjalan lalu meninggalkan mereka yang masih seperti belum puas. Semasa menaiki Lift, dia menghantar pesanan ringkas kepada Busman untuk makan tengah hari bersama sekitar jam 12.30. Sebentar kemudian talipon hotline beliau berbunyi: "Apa khabar awak pagi ini. Awal sebegini sudah berada di kantor?", kedengaran suara Pak Mahmud dihujung talian.

(6) "Alhamdullilah Pak. Sihat. Baik semuanya. Bapak bagaimana? Sudah di kantor juga ke?", sahut Munshi. "Tidak. Saya masih di rumah. Awakpun pasti tahu saya masih bercuti panjang. Cuma....ada awak lihat akhbar hari ini? Nampaknya, melambunglah harga saham Bumijaya selepas ini. Saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada awak. Jutaan terima kasih kerena dapat mendekatkan saya kepada Mustakim dan Mustijah semula", balas Pak Munshi seperti sangat girang sekali bunyi suaranya.

(7) Di luar, saat Siti Zulaikha masuk ke kamarnya, sudah bersusun mereka yang mahu ketemu Munshi. Semuanya tiada membuat temujanji. Semuanya sekadar ingin bertemu sekejap untuk mengucap tahniah kepadanya. Sekitar 30 orang telah beratur tertib seperti menunggu giliran di klinik ubat.

(8) "Awak aturkan agar mereka bertemu saya di Bilik Mesyuarat Utama saja. Nanti sekitar jam 0900 akan ke sana. Awak suruh mereka masuk dahulu. Sediakan minuman yang sepatutnya. Minta Bahagian Halehwal Koprat untuk melayan mereka sebentar", arah Munshi bila prihal kehadiran mereka dikhabarkan kepadanya oleh Pembantu Khasnya itu.

(9) Tidak berapa lama kemudian, karyawan-karyawan Bumijaya juga turut bergilir-gilir datang berkunjung mengucap tahniah kepada Munshi. Semua seperti bersemangat tinggi akan masa depan Bumijaya. Semuanya kelihatan mesra dan bersatu.

(10) Saat itu juga, handphone Munshi juga seperti sibuk menerima pesanan tahniah dan syabas dari rakan-rakan dagang Bumijaya. Begitu juga tidak kurang yang berpesan mahu membuat temujannji lanjut yang semuanya dia halakan kepada Pembantunya untuk menguruskan.

(11) Saat Busman sedang menanti di lobi Gedung Bumijaya, dia dengan jelas dapat melihat betapa mereka yang keluar masuk dan naik turun lift kelihatan begitu riang dan saling berbual-bual dengan asyiknya. Kemudian tepat jam 12.30, Munshi diiringi oleh sekumpulan pemberita melangkah keluar dari lift dan terus menuju ke kereta Busman yang sedang menanti.

(12) Mereka kemudian meluncur terus ke Damai Beach Resort. “Aku hendak makan steak. Di sana agak sedap dan sunyi. Aku ingin lari sedikit dari keadaan di ibu kota ini”, bisik Munshi kepada Busman sambil melambai-lambai dan tersenyum mesra kepada para tetamu yang masih ingin bertemubual dengan beliau di lobi. “Kau pandu perlahan dan tenang saja. Aku hendak disconnect sebentar”, bisik Munshi pada Busman selanjutnya.

(13) Munshi lalu menyandar malas. Matanya dipejam. Fikirannya cuba dikosongkan. Dia bernafas perlahan. Seluruh ototnya dikendurkan. Dia istirehat enak. Tiba-tiba, Munshi seperti tersenyum. Busman dapat melihat perubahan mendadak tersebut pada Munshi. “Ada apa, tiba-tiba saja tersenyum sendiri”, tanya Busman.

(14) “Ah engkau…..”, balas Munshi sambil dia menumbuk bahu kiri Busman. “Aku geli hati, bagaimana tiba-tiba mereka yang sebegitu benci tentang segala langkah yang aku ambil untuk memperbaiki keadaan di Bumijaya, tiba-tiba tidak henti-henti menghantar pelbagai pujian dan ingin bekerjasama dengan aku dalam segala langkah seterusnya”, jelas Munshi. “paling anih, ada yang hadir seawal ayam belum berkokok”, tambahnya lagi.

(15) “Sama halnya dengan beberapa karyawan Bumijaya sendiri, hari ini mereka melayan aku seperti malaikat”, sambung Mushi seteruysnya. “Biasalah, bila segala dusun penuh dengan buah-buahan, pastinya tempua akan bersarang rendah. Jika tidak, tidak pernah akan kita lihat tempua bersarang di tanah datar, melainkan hanya tinggi di bukit-bukit pada pepohonan tinggi. Samalah saja, jika ada gula berciciran, pasti banyak semut datang berduyun” balas Busman. “Wah pandai engkau berpribahasa”, sampuk Munshi lalu keduanya tertawa nyaring.

Pengabdian Cinta-Kasih:

1)“Kita singgah di sini sebentar”, pinta Munshi saat mereka melewati selekoh Tebing Tinggi Damai. Busman tanpa membantah terus saja berhenti dan meletakkan kereta di pinggir jalan bersebelahan dengan Batu Hampar. “Aku hendak baca akhbar dulu. Engkau sajalah keluar ambil angin, tapi awas jangan terjun bunuh diri. Nanti aku pula tidak pasal-pasal dituduh membunuh engkau”, arah Busman pada Munshi.

(2)Sengaja Busman membiarkan Munshi untuk bersendiri, khusus bila dia berada di Batu Hampar Tebing Tinggi ini, di mana tiga tahun lepas hampir-hampir menjadi tempat buat dia melayangkan nyawa akibat rasa kecewanya tentang putus cinta-kasinya kepada Izan. Tempat ini, kini seperti menjadi suatu pertapaan baginya untuk mencari ilham dan kekuatan bila saja dia bertembung dengan apa juga dugaan. Tempat ini juga seperti menjadi tempat wakafnya dia saat dia ingin bersyukur-terima kasih. Mungkin kerana dari sini, dia dapat melihat laut, melihat kejauhan hijau-kebiruan hutan paya, maka ianya seperti tempat paling cocok buat dia melayang jauh fikiran dan semangatnya.

(3)“Ayuh, aku lapar!”, sergah Munshi sambil menghempas pintu kereta mengajak Busman terus ke Damai Beach Resort. “Apa khabar Izan?”, perli Busman seperti mengusyik. “Engkau, …” balas Munshi keras sambil menumbuk dan mengusap kepala Busman. “Engkau, ni, sampai bila agaknya engkau akan memerdekakan roh si Izan itu. Lupakan saja dia. Biarlah dia damai-merdeka-bebas!”, sambung Busman.

(4)“Aku ingin tahu secara jujur dari engkau….apa sebenarnya perasaan engkau kepada Izan sekarang ini….marah, benci, kecewa, rindu…atau apa?”, soal Busman sambil merenung tepat ke mata Munshi. “Aku tidak punya semua itu. Aku tidak benci. Kami tidak pernah bermusuh. Kami bercinta-kasih-sayang, tiada permusuhan, maka tiada asas untuk aku marah-membencinya”, balas Munshi yang kelihatan seperti bernafas cepat-cepat-pendek. Raut wajahnya segera menjadi seperti selalunya dia, tajam, seperti marah dengan bibir terkunci rapat. Dia mengeleng-geleng kepalanya cuba membenarkan luahan kata-katanya.

(5)“Jadi engkau rindu….”, asak Busman seterusnya. “Aku tetap akan mengingati dia. Tidak mungkin untuk aku melupakan akan segalanya sebegitu saja. Apa lagi bila tiada kecelaan antara kami berdua. Pertemuan kami adalah sesucinya. Perhubungan kami tetap kekal sebersihnya. Niat kami adalah murni atas fitrah tanggungjawap yang ingin kami jayakan demi kemuliaan hadirnya kami di sini”, balas Munshi. Suaranya seperti tersekat-sekat. Nafasnya semakin pendek-pendek. Pipinya tampak kian memerah. Matanya bergeningan namun tajam memancar tembus menusuk dada Busman.

(6)“Jadi…” tetap saja Busman mengasak. Dalam fikirannya, dia ingin kepastian apa sebenar rasa jiwa Munshi pada Izan. Munshi menarik nafas panjang. Dia memaling badannya biar berdepan tepat menghadap Busman. Busman dapat merasa bahang hangat nafasnya Munshi. “Aku sedang mencari jawaban, apakah benar Allah yang menentukan kegagalan untuk kami bersatu. Jika benar kenapa? Aku sedang mencari jawaban. Aku tidak akan hanya menerima itu sebagai jawaban….fitrahku adalah berakal, maka adalah menjadi tanggungjawapku untuk mencari jawaban…tidak sekadar buta menerima tanpa mengerti duduk perkara sebetulnya. Fitrahku juga adalah punya naluri….naluriku tetap sepertinya Adam menghambat Hawa biar apa juga cabaran yang terpaksa ditempuhnya” tegas Munshi. “Engkau kena ingat, bukankah kerana Hawa, maka Adam terpaksa ke bumi memikul segala kepayahan…..namun tidak dia meninggalkan Hawa sendiri menanggung akibat durhaka biarpun turunnya mereka berdua ke bumi kemudiannya terpisah ribuan batu dan ratusan tahun baru dapat bersatu kembali”, lanjut Munshi.

(7)Busman sudah seperti tidak pasti apa yang dituturkan oleh Munshi. Dia agak payah untuk menilai bahasa Munshi yang terkadang berlingkar-berbelit seperti Sungai Sarawak. “Apa engkau mengharap tetap akan ada pertemuan antara kalian?”, tanya Busman seterusnya. “Tidak. Aku tidak akan mengharapkan itu. Itu akan menganggu kebahagiannya dia”, balas Munshi.

(8)Busman mengaru-garu kepalanya. Dia semakin tidak mengerti maksud Munshi. “Habis…”, asaknya terus. “Aku saat ini, hanya ingin bersyukur bahawa cintaku tidak hanya untuk seseorang. Biarlah aku bercinta dulu dengan semua orang…..biarlah cintaku tumpah melimpahi kebahagian semua orang…terutama mereka yang sedang payah mencari kehidupan”, balas Munshi.

(9)“Aku setakat ini, ingin mengabdikan cintaku, rasa cinta-kasih suci yang pernah terlahir lewat Izan, menjadi cinta-kasih sejagat buat tanggungjawapku yang lebih besar kepadaNya’, sambung Munshi. “Hanya dengan cara itu, aku tidak akan pernah kecewa, benci, apa lagi bermalas-malas. Aku akan tetap berjalan terus dan laju”, lanjut Munshi.

(10)“Habis, apa jadi dengan beberapa gadis yang selama ini cuba menghampiri engkau? Engkau hendak biarkan mereka, tidak pedulikan cinta mereka?”, soal Munshi seperti menyanggah hujah Munshi. “Mereka itu gadis zaman sekarang. Watak, fikiran, jiwa, nafsu, dan segalanya pada mereka adalah gadis zaman sekarang. Santunnya entah ke mana? Segalanya mereka ingin mudah-ringkas. Mereka kental menuntut hak tanpa kearifan tentang tanggungjawap. Kendiri kian meluas. Paling meloyakan, atas kepicikan tentang erti cinta sehingga menjadi iri-prasangka-cemburu-tamak yang akhirnya terlahir menjadi kuasa mengongkong merimaskan. Maka dari aku berkemelut dalam kancah semua itu, maka biarlah cintaku kutabur buat semua….”, balas Munshi tegas.

(11)“Kita kekalkan Kelab Bujang Senang…”, laung Busman lalu mereka berdua tertawa nyaring dan gembira. “Aku berkira, engkau takut, kita tidak akan sering bersama bila aku kahwin?” balas Munshi. “Otak pengecut!” sambung Munshi sambil menumbuk bahu Busman.


Kuching-Kuala Lumpur
17 Dec., 2010-19 Feb., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

52 comments:

burung kenari said...

antara tmpt pling mustajab doa adalh di hdpn kaabah ..sewktu sya d hdpn kaabah teringt akn seseorg lalu berdoa utk nya..sekmbali nya sya ke kmar hotel..alangkah ajaib nya sebaik sya melihat ke HP sya ada menerima 1 sms dr nya...subhanaallah...

Anonymous said...

kuatnya daya imaginasi anda! syabas!

Anonymous said...

pelakon terhebat!!! 'loba' sangat la pulak!

Anonymous said...

kita harus bangga dengan insan yg punya daya imaginasi yang kuat,dengan itu dia boleh fikir dan rancang sesuatu dgn fikiran baik..
Kalau sesuatu drama atau filem..pelakon nya tidak hebat pasti tidak ada yang mahu nonton ..betul tak ..Syabas ABC

Anonymous said...

"Burung Kenari"..kamu mesti peminat setia ABC..Agaknya kamu watak IZAN dalam drama ini..bagus la kamu tinggalin dia..

Anonymous said...

;-p

Anonymous said...

Imiginasi yang melampau akan menghancurkan dunia ......
bila hati diselaputi kejahatan dan penuh noda,
Usah bermadah bak pendeta..
Jika hanya hendak mengaburi sifat buruk yang nyata.
......Tepuk kepala tanya akal.!

Anonymous said...

Sayang berjuta kali sayang..... Banyak membaca kisah nabi dan sahabatnya, namun tiada satu pun yang cuba diikuti dan dipraktikkan.! Menyimpang terlalu jauh beribu batu.

Anonymous said...

Usia akan mengajar kita untuk lebih mengerti. Usia juga akan mengajar kita untuk lebih sadar. Bila banyak mengerti dan banyak sadar telah bersatu, pasti akan lebih menginsafkan. Betapa indahnya, jika insafan dituruti dengan jalan pembaikan. Soal, samada diterima, baik atau tidak, semuanya tergantung kepada niat dan cara. Juga penentunya adalah Allah. Maka wajarlah ada ruang diberikan kepada yang mahu sebegitu.

(2) Seperti telah menjadi suatu lumrah kehidupan manusia, pastinya dia akan melalui banyak perkara: manis-pahit, bersih-kotor, dan jika dia kuat berfikir dan merenung, pasti kemudiannya dia akan cuba 'memberi teladan' atas apa yang pernah dilaluinya: baik atau buruk, hanya masa yang akan menentukan.

(3) Membunuh usaha sebegitu samalah juga kita menafikan rasa hati kita sendiri yang 'ingin' memperbaiki diri. Bayangkan anak-anak yang baru mula belajar berjalan dan sering saja jatuh terus kita pukul dan tidak benarkan belajar bejalan, maka apa akan jadi dengan anak tersebut. Fikirkanlah fitrah ajaran teladan anak-anak ini dalam kita menilai manusia lain.

(4) Tidaklah wajar, di sini, sifat-sifat Melayu sejati yang prasangka, cetek penilaian, saling iri- hasad, tertutup jiwa dan fikiran....terus-terus menjadi pegangan. Bilakah kita mahu menjadi manusia yang boleh menilai sesuatu pada objektif dan tidak dibayangi 'kemelut diri'.

burung kenari said...

fuyoo..ramai jgk yg mengikuti blog ini yer..bgus..sekurang2 nya ruangan ini x sepi ..maaf la sya x ada kena mengena dlm penceritaan ini ..ianya mngkin 1 simbolik sahaja..tpi klau jika sya adalh izan dlm wtak ini ..sya rasa sya x akan meninggalkan sang penulis ini hehe..hnya gurauan (hdup jgn sentiasa seriuos nanti cpt tua)..knpa nk mrh2.. mungkin terasa pedas nya kot..dan sbr ada lah ubat nya..

Anonymous said...

owhhhh....please yerrrr!!!! i bukan lah pengikut sgt2 blog ni yerrrr....blog ya meloyakan. pandai bermadah, bijak berkata tapi hati busuk!!!! in REAL LIFE, sesungguhnya kata2 yg keluar dr mulut tidak seindah imaginasi penulisan ini....hipokrit! talam 2 muka!

Anonymous said...

saya sgt setuju dgn komen'syg bjuta kali syg...' di atas.

imaginasi tinggi dan bmadah sahaja tiada gunanya kalau tidak diserikan dgn tindakan akal yg wajar dn tata yg tertib tanpa memaki hamun org lain sesuka hati..

burung kenari,bergurau lah selama kamu msh tidak kenal dan setia cinta dgn si penulis.

sekian.tma kasih..

Anonymous said...

?????

Anonymous said...

jelas penulis tidak punya ketenangan jiwa...
jiwanya penuh resah...
untuk melapangkan keresahan jiwa, penulis mula berimaginasi dan mempergunakan banyak masa untuk menulis...
untuk melapangkan keresahan jiwa jua, penulis memaki hamun dan mengherdik insan lain dengan kata-kata hina...kata-kata kurang adap...kata-kata lucah...

Anonymous said...

Pokok kalau tak digoyang masakan bergoyang...sama juga cili kalau tak dikunyah, masakan pedas. Segalanya pasti bersebab....cuma berani ke 'menelanjang' diri....

Anonymous said...

Memang dia nih keras kepala....kalau dia keras kepala...kenapa korang yang resah????kalau dia menulis...kenapa nak dengki????dah dia punyai kepandaian menulis...hmmm...banyak yang sakit hari pada penulis....mungkin sebab penulis tak layan korang eh???heeeee......(IZAN)....

burung Kenari said...

wahh pns2....maaf yer ..rasa nya ruangan ini bukn utk mengaibkan sesiapa ..apa lg tuan rmh nya sendiri..
Iya..kalau ada seorg dua yg loya dgn ruangan ini x apa lah ..sbb mungkin akn memberi keseronokan n ilmu kpd berjuta2 yg lain d luar sana..
Hrp penulis akn lebih kuat n mantap dgn sokongan kwn2 yg lain ..Nmpk Nya IZAN nya jgk sudh muncul ....
Pd shbt2 Yg Lain (yg memberi komen) ayuh kita ngeteh dulu ya..bg sjuk sedikit hati nya...

Anonymous said...

apalah abg munshi ni, tak senonoh betul. mcm mana busman boleh tau hubungan kita. abang capak benda ni rahsia.tak senonoh betul.

Anonymous said...

Senatronnya ngak bisa guey fahami.Mula nya org Indonesia lepas tu jadi org Malingsia. Apa-apaan ni dong.Kalau ngak pandai ngomong, ngak usah buat pandai pak munshi kasih malu bangsa seberang pak.Saya yakin gunung merapi pasti akan meletus lagi...

Abdullah Chek Sahamat said...

Gi mana harus dimengertikan jalan ceritanya kalau ianya belum beres sih. Gue bikin cerita atas latarbelakangnya Malaysia, bukan Indonesia. Gue juga ngak punya niat mahu kasi malu anak-anak Seberang, ngapain gue mau bikin sebegitu.....ngak ada untungnya. Cuma, reference gue pada Tanah sebarang sekadar untuk perbandingan serta imbasan sejarah. Kalau dibaca karyanya Pak Karno, Pak Hatta, bahkan Pak Hamka serta Ismail Marzuki...tertulis kritis yang sama seperti yang gue utarakan.

(2) Ngak usah ribut-ribut sih, namanya aja....cerita....perkataan dari gambungan CERIA dan BERITA....sekadar buat lipurlara....coba-coba mahu belajar nulis sih....

(3) Gi mana juga, terima kasih atas kepedulian lu...

Anonymous said...

Chek Abdullah...orang Indonesia di atas nih panggil kita orang MALINGsia...maksudnya pencuri...tak senonoh betul...dia yang suka mencuri......

Anonymous said...

Kita harus bertanya pada diri kita. Kita sudah bekerja keras untuk menjayakannya atau kita makan gaji buta? Dimaki tentu ada sebab? ABC bukan marah sesuka hati tapi ada sebab. Jika kita membuat kerja dengan dibayar gaji yg cukup lumayan tapi hasilnya boleh dibuat oleh budak spm alamaknya tepuk dada tanya diri sendiri. Gaji belasan ribu ringgit tapi hasil kerja tak sebaik mana. Harus dimaki bila tiba masanya...kerna masih ketinggalan dalam menilai sesuatu. Begitu juga ABC sudah lama bertapak di LCDA disuruh pindah tapi masih tidak mahu. Sudah cukup masa di LCDA. Beri ruang kepada orang lain pulak ya.

ani ahmad amar said...

sukarnya berhubung bila broad band meragam, mungkin kerana cuaca. Hari ini terjerat dengan keputusan PMR dan mesyuarat guru, saya benar2 terlupa abg dollah akan ke sini. Letih minda dan fizikal, saya telena. Nanti kita berjumpa, dan saya akan membawa abg dollah mencari puteri saadong dan bertanya khabar tentang cik siti wan kembang. Abg dollah boleh menerokai tanah serendah sekebun bunga ini mencari keindahan. bukankah keindahan itu ada pelbagai cara untuk ditafsirkan?

Anonymous said...

Dibayar gaji ribuan ringgit bukannya persoalannya disini saudara.... Itu yang sepatutnya diterima setaraf dengan kelulusan dan jua pengalaman. Itu tidak harus dipertikaikan.....Yang menjadi persoalan sekarang ialah nakhoda nya- haruslah bukan munafiq, yang berbicara dan berkisah tidak seumpama yang nyata. Renung- renungkan lah. Andai nakhodanya bijak dari segi I.Q, S.Q dan E.Qnya jua harus ditahap yang tinggi dong! Tiada yang mungkin mengeji ....

Anonymous said...

setuju dengan anda,seharus nya pemimpin yang baik adalah yang mampu membawa perubahan serta di sayangi semua golongan masyarakat,tidak kira bangsa dan agama..

Anonymous said...

dengan ego nya mereka ketawa dan berkata "ABC tidak berani ke sitok kerana takut dengan org di sitok, kamik org sitok keras palak semua".

Anonymous said...

apa ni tak senonoh betul, suka ikut cakap kita. benci2. abg munshi jgn marah izan bukan benci pada abg.

dura said...

saudara..tenang aja ya..

Anonymous said...

sudah tua pun masih terkenang kisah cinta...

Anonymous said...

Nang patut juak dianok...keja macam taik!!! ABC nang diupah nganok ktkorang yang keja macam taik. Mun sik di anok alu sik terpolah keja semua ya. Macam tukul ngn pahat.

Anonymous said...

cinta itu fitrah manusia tidak kira usia..apa lagi jika itu cinta pertama..mana mungkin di lupakan..kenapa cemburu..kerna cinta kamu di tolak mentah-mentah ya sama ABC HAHAHAH.

Anonymous said...

ABC itu hebat..biasa la kalu cinta di tolak hatinya bisa sakit sekali lalu semuanya yang di lihat tidak senang di hati ..apa lagi selalu di marahi sama ABC hahaha...

Anonymous said...

Tidak tahu apa yang di cari nya hingga ke saat ini masihh sendirian,agaknya menunggu bidadari dari syuga..tapi kalau di bilang gatal saya setuju jugak jangan di tanya kenapa..dan kepada yang belum ,harus hati-hati........

Anonymous said...

Muhammad pernah berpesan agar, bila berkahwin, carilah pasangan yang agak jauh hubungan kekeluargaannya. Ini pasti ada kaitan dengan masalah genetik yang boleh menimbulkan banyak kemungkinan tidak baik kemudiannya.

(2) Namun, Ali Abi Thalib adalah sepupu Muhammad. Beliau dinikahkan oleh Muhammad kepada anaknya Fatimah Al Zahrah. Biarpun ada tulisan menyatakan bahawa sebelumnya Abu Bakar Asshidiq dan Umar Al Khatab, malah banyak pemuda Quraish yang lain mahu meminang Fatimah, semuanya ditolak oleh Muhammad. Mereka ini punya kedudukan yang juga sangat baik di samping Muhammad.

(3) Kenapa ini terjadi? Namun, persetujuan Fatimah tetap Muhammad perolehi dahulu sebelum dia membuat keputusan akhir.

(4) Allah punya muslihat tersendiri dalam merestui doa Muhammad agar Fatimah punyai suami yang mulia-terhormat. Pastinya, sebahagiannya adalaha sebagai pewaris terdekat buat Muhammad menurunkan segala ajaran Islam kepada keduanya tanpa batas (kerana hubungan anak dan anak buah).

(4) Dalam memilih siapapun menjadi pasangan hidup, sesiapapun berhak menentukan haknya. Tidak siapa boleh memaksakan cinta-kasih-sayangnya ke atas sesiapapun. Perkahwinan bukanlah cinta yang terkadang hangat seperti angin lalu.

(5) Untuk itu, wajarlah siapapun yang kecewa atau tak kesampaian cintanya, harus membuka mata, hati, minda dan berfikir dan bertekad mengejar masa depan yang lebih berjaya. Tidak wajar hanya kerana putus cinta kita terus jadi buta dan menutup diri dari segala yang baik.

(6) Apalah ada gunanya 'menangiskan garam yang sudah tercurah ke laut'!

Anonymous said...

Betul ke ABC diarah berpindah? Cerita dia dikehendaki berpindah sudah banyak kali didengar. Lima tahun lepas, ada ura-ura dia berpindah ke BDA. Kemudian tahun lepas ke SEDC. Akhir-akhir ini ke KWB. Kalaulah semua ini benar, sudah pasti ada bukti tersurat, dan mereka di LCDA pasti tahu.

Atau adakah ini semuanya permainan bagi mereka (luar dan dalam) yang sudah tidak dapat "cari makan" atau "curi tulang dan complacent" kerana sikap "kerasnya dia" dalam menentang semua itu?

Anonymous said...

kalau x ada org mcm ABC ni pasti akan hncur la bumi Msia..Hidup ABC

Anonymous said...

ABC buta menilai sesuatu....yang mana kaca dan yang mana permata.

Anonymous said...

Sdra Abdullah, saya ingin tahu apakah kesudahan cerita ini?

Anonymous said...

Siapa kaca, siapa permata? Macam ada orang mengaku jadi permata nampak? Permata apa? Kalau tak silap dulu-dulu, ada sebuah tempat bernama Permata Seafood Center? Itu ke?

Sabarlah. Takkan belum klimak dah habis!

Burung kenari said...

heheh permata hijrah kot ... relax la beb..penulis bz kot ...

Anonymous said...

Semoga Allah memberi petunjuk kepada watak munshi dan pak mahmud.harta dunia tidak akan dibawa ke akhirat....

Anonymous said...

Penghabisan cerita yang baik.....dan santai....setelah melalui kemelut panjang...dan ranjau berduri....tahniah....

asmin said...

penulis perlu berlatih banyak lg menulis kerana banyak kesalahan BMS (bahasa malaysia *dulu Melayu* standart yg dilakukan...isi cerita masih longgar kerana wacana belum tersusun dgn utuh.penulis boleh menyusun semula menggunakan teknik penceritaan yg betul.teruskan menulis!

Anonymous said...

nampaknya semasa menulis cereka ini, emosi dan imaginasi penulis terganggu , lantas ceritanya berserabut . sekejap berkenaan status bujangnya, sekejap berkenaan keadaan syarikat - syarikatnya. Plotnya bagus , penuh suspen tetapi nampak jelas si penulis bukan biasa dengan kanun syarikat dimana wataknya boleh bertindak sesuka hati memecat ahli lembaga syarikat tanpa kelulusan pengarah lain. Begitu juga komplotnya untuk menjatuhkan ahli karyawannya tidak wajar dari segi HR dimana si pengaji berkomplot untuk membuang yang di gaji.Sudah banyak karya yang dibaca , tetapi tidak pernah ditulis sebegini. kesinambungan ,jalan cerita , maksud terselindung perlu jelas dan difahami oleh si pembaca. yang tidak difahami oleh si pembaca ini, tidak seperti CEO lain seperti Steve Job dsb , watak munshi dilakarkan sebagai ketua syarikat berseorangan mengendali syarikat yang baru dimana pekerjanya tidak jujur . Rasanya Sdr Idris Jala pun tidak mengalami keadaan sedemikian semasa memulihkan Syarikat Penerbangan Malaysia.

Anonymous said...

Apabila KUASA dan EGO menguasai segalanya. Kita fikir kita mampu...kita fikir kita punya segalanya sehingga DOSA itu sudah menjadi mainan. Bertaubatlah wahai sedara Abdullah. Ingat berzina itu DOSA BESAR...membunuh bayi dalam kandungan itu DOSA BESAR. Masih ada kesempatan lagi utk bertaubat sebelum dijemput.

Anonymous said...

MASYAALLAH..apa benar kah tuduhan sebesar ini ..kalau ianya tidak benar ianya merupakan fitnah yang paling dahsyat ..Tapi sekiranya benar...segera lah bertaubat kepada NYA..

Anonymous said...

biasalah dunia akhir zaman...manusia saling memfitnah....dengar dan baca bolehlah...tapi percaya jangan....ramai sangat yang dengki dengan penulis....hmmmm...susah menjadi orang berjaya....yang tidak berjaya dengki iri hati busuk hitam kelat....bahkan muka tak malu nak menumpang kejayaan orang...bila tak dapat....beginilah natijahnya....kepada pembawa cerita...bertaubatlah......

Anonymous said...

hanya empunya badan dan ALLAH sahaja yang maha mengetahui ..

Anonymous said...

semua org tahu..... kata penyanyi dari sibu. sapa nama nya tek.

Anonymous said...

apa orang sebaik dan sebijak penulis ini tega nya melakukan kerja terkutuk itu ... kalau bicaranya biar jelas dong agar yang membaca tidak tertanya-tanya..benar atau enggak ... tapi kalau nama nya nafsu itu tidak mengira sesiapa pun ..malahan ustaz dan imam jugak kalah sama ujian nya ...apa lagi manusia biasa..

Anonymous said...

Si Munshi nama saja CEO...cara mengurus syarikat hancur...kalau dah bengang berhenti aja pak munshi & Pak Mahmud...Tanah NCR habis kau jual untuk bangsa non bumi...kata joint venture tapi dividen cikit utk pemilik tanah.. tauke2 Laddang kaya raya termasuk Pak Mahmud... Bagus guna pakai konsep FELDA bukan mcm Gedung Koprat Bumijaya - ADCL...

balqiswilson said...

Assalmualaikum..
Panas juga cerita Penglipur Lara di atas.Bermacam-macam komen dan pendapat yang diajukan.Masing-masing punya alasan tersendiri untuk menguatkan hujah yang diutarakan.
Ada yang masam umpama kedondong muda,ada yang manis seperti pauh siam,tidak kurang juga yang kelat seperti pucuk jambu batu.
Apapun biarlah ia menjadi satu pendekatan yang terbaik untuk semua sebagai ilmu dan pengajaran yang dapat kita kongsikan bersama.
Siapakah kita untuk menilai dan mebaca apakah yang ada didalam hati manusia itu.. Ilmu yang ada pada kita sangatlah sedikit.
Namun Maha Besar Allah Dia Mengetahui segala-galanya apa isi yang ada di bumi dan di langit adalah kepunyaanNya.
Sesuai dengan firmannya didalam Al Qasas ayat 69,Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam didalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.
Seharusnya segala permulaan diawalkan dengan Bismillah...dan diucapkan akan patah perkataan dengan santun serta tidak bermegah-megah kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang suka bermegah-megah.,Al-Qasas ayat 76.
Wassalam.~Tq.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.