Latest Postings
Loading...
Jun 7, 2009

6/6/09 SORRY I'LL BE ABSENT.....

I'm on a long haul search. Taking the fastest jet to carry me to the end of the horizon, hoping to see the world from the other angles. I might be able or may not be able to communicate with you loyal followers (or even seeing you again).


Till my return, if He wish, let me just leave this for you:

saat ini
saat begini
dada ini kian sakit
luka ini kian terbuka
darah kian berganti nanah
perlahan-lahan kuman menusuk
mengambil hayat perlahan-lahan

mungkin tiada penawar


namun
di mana juga
biar di neraka atau syurga

di sana pasti kita ketemu semula
berbicara
tentang jalanan hayat
semasa kita bersama....
apa juga yang pernah kita jalani bersama atau tidak
pastinya begitu..


cuma, genggamlah apa seadanya
jangan dibiar di bawa angin
jangan dibiar dihanyut arus
jangan dibiar digonggong anjing
genggamlah
jangan lepaskan biar parah seberapapun
biar begitu
kalian teman-teman...
tetaplah begitu...


KLIA 7 June, 2009

5 comments :

Bayu Senja said...

Salam
Jauh perjalanan luas pandangan.Moga bertemu apa yang dicari,tercapai apa yang dihajatkan.Walau apapun,perjalanan hidup perlu diteruskan.

Anonymous said...

semoga selamat pergi dan kembali

Anonymous said...

hope 2 c u again wlw pun sekdr merisik kbr di skrin comp shj.

dropping by said...

Bunyi macam orang nak pergi meninggalkan dunia.
Perginya pulak macam nak berperang. Dalam dunia sekarang ini, banyak lagi orang yagn berjuang, bukan Abdullah Chek sahaja.
Kadangkala dia lupa, angkuh dengan apa yang ada sehinggakan orang lain nampak kecil dan tidak pandai atau segigihnya.Dia lupa banyak orang lain yang diperkecilkan adalah lebih besar, setidak tidak dalm menghormati orang lain.
Mungkin niat sdra baik, tapi niat yang baik haruslah mempunyai pelaksanaan yang baik.Bukan dengan cara yang kasar.
Sdra Abdullah sering menyebut akan Nabi s.a.w dan memberi contoh, tapi sdra tidak pun mengikut jejak beliau yang lemah lembut dan tidak kasar dalam perlakuannya dan usahanya mengubah nasib umatnya.
Banyak lagi yang perlu dipelajari dari segi humanity, bukan hanya sekadar ada semangat.
Satu lagi,kalau nak bela anak bangsa, harap jangan 'makan' anak anak bangsa tu.fikir-fikirkanlah.....

Anonymous said...

Droppingbye...yg engko ni bunyi skt hti je ni apasal...??? sukahati dia lah...!

Back To Top